Faisal Tehrani's Blog, page 65

July 3, 2009

Rahsia Ummi

Aneh sekali saya pernah mengarang sebuah novel seperti ini. Memang aneh. Saya cuba mengingat kembali bagaimana novel ini sampai terdampar di tangan saudara. Rahsia Ummi pernah terbit pada tahun 2003. Kali ini dengan sampul dan edisi baharu Rahsia Ummi kembali 'menghantui'.

Sesetengah kalangan menyifatkan Rahsia Ummi adalah percubaan gagal saya menulis sebuah novel cinta antara manusia. Tidak mengapa, setiap pengarang akan menulis paling kurang sebuah karya gagal. Namun, terdapat pembaca yang ama
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2009 07:50

July 2, 2009

Mana Setangginya? Mana Fitrahnya?

MASIH baru sahaja pementasan Mana Setangginya berakhir di Istana Budaya. Naskah Mana Setangginya adalah karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan. Menurut cakap-cakap di belakang ia sepatutnya dipentaskan sepuluh tahun lalu oleh Istana Budaya tetapi ditolak 'pihak atasan' Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan waktu itu kerana dianggap keras dalam kritikan politiknya. Saya tidak berminat dengan kritikan politik Noordin Hassan dan tidak penting menghujahkan berani atau tidaknya beli
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2009 06:15

July 1, 2009

"Kerja BBC" di Republik Islam Iran


Menurut laporan BBC, majlis meraikan Presiden Ahmadinejad oleh ahli parlimen Iran 24 Jun lalu tidak mendapat sambutan. 290 orang ahli parlimen telah diundang ke kenduri kesyukuran itu tetapi yang datang hanya 105 orang: "More than 180 Iranian MPs appear to have snubbed an invitation to celebrate President Mahmoud Ahmadinejad's election win, local press reports say. All 290 MPs were invited to the victory party on Wednesday night, but only 105 turned up, the reports say. A BBC correspondent says
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2009 07:43

June 30, 2009

Faisal Tehrani di Berita Harian

Meletakkan artikel ini di sini mungkin akan menimbulkan salah faham ramai. Seakan-akan masuk bakul angkat sendiri pula. Setelah berfikir panjang, artikel pendek tulisan Saudara Salbiah Ani ini tetap saya titipkan di sini memandangkan blog ini juga merupakan satu bentuk dokumentasi untuk merakam pelbagai perkembangan tentang diri saya, tulisan saya dan apa yang orang perkatakan tentang saya. Terima kasih buat Berita Harian.

Oleh Salbiah Ani

SABAN tahun dunia sastera tanah air menyaksikan tokoh vet
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2009 07:11

June 29, 2009

Maaf Dari Sorga

PERCAYA atau tidak Maaf Dari Sorga saya tulis sewaktu masih di bangku sekolah. Saya peram bertahun lamanya, dan saat didekati oleh sebuah penerbitan pada tahun 2003, saya kehilangan tenaga untuk mengarang karya baharu. Apa yang ada dalam simpanan saya serahkan. Maka begitulah Maaf Dari Sorga, manuskrip novel pertama saya diterbitkan setelah bertahun-tahun saya dikenal sebagai pengarang.

Kerana itulah novel ini dirasai pucuk dan lancar. Pun sebagai 'karya pertama' yang dikarang ketika masih belaja
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2009 06:07

June 27, 2009

Anak Wayang dan Pilih Kasih

Maafkan saya, kalau berasa rimas dengan budaya pop murahan; khusus mencari bintang-bintang menerusi rancangan realiti di kaca televisyen. Ada produk rancangan tersebut kini, ajaib sekali, telah menjerat sahabat saya sendiri. Ia memang murah. Ia mendorong penonton menghabiskan masa yang disebut oleh Allah sebagai mereka yang rugi. Kerana tunjang rancangan murahan itu tidak ada keimanan kepada Allah, tidak ada amal soleh, sambil tidak pula berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Adakah saya anti r
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2009 08:59

June 25, 2009

Michael Jackson

Teman saya menghantar sms: 'Michael Jackson dah mati kejap tadi. Patutkah aku baca al-Fatihah untuknya?'

Saya menyangkakan ia lawak kerana teman saya itu memang suka berjenaka yang bukan-bukan. Tetapi benar Michael Jackson sudah meninggal dunia. Saya bukanlah peminat Michael Jackson. Ketika menuntut di Universiti Malaya, saya ingat Michael pernah menyanyi di Kuala Lumpur dan membeli-belah di One Utama, Damansara. Itu saja ingatan saya tentang Michael Jackson.

Lain dari itu kita juga selalu jengkel
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 25, 2009 18:01

NED, Chavez, dan Ahmadinejad dalam Siasah Edisi Ahad Ini

Sinema Spiritual dalam Siasah minggu ini akan menyorot dokumentari arahan John Pilger (foto di atas) berjudul 'The War On Democracy'. Dalam dokumentari ini beliau membongkar modus operandi CIA dalam menjatuhkan kerajaan yang ada, termasuk usaha kudeta melengserkan Hugo Chavez lapan tahun lalu. Saya kemudian mengaitkannya dengan apa yang berlaku di Tehran hari ini. Dapatkan Siasah ahad nanti.

Petikan artikel:

"Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya dirancang oleh CIA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 25, 2009 02:05

June 23, 2009

Sang Bedebah Separa Negro


Bedebah muka tidak tahu malu berkulit hitam dari Rumah Putih memberi amaran kepada Republik Islam Iran konon pihak berkuasa Iran terlalu ganas menangani samseng yang membakar bas, merosakkan tiang lampu, menjahanamkan telefon awam dan membaling batu ke masjid di Tehran utara. Menurut Obama, samseng-samseng ini, yang menghalang orang keluar bekerja adalah pejuang hak asasi, pemprotes kebebasan dan pencinta keadilan. Kata bedebah berkulit hitam itu: "I strongly condemn these unjust actions, and I
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2009 23:45

Terima Kasih Abang Khairy

Argh betapa berbulunya membaca tajuk di atas. Berbulu atau togel rasa di hati anda tidak penting. Abang Khairy, Ketua Pemuda Umno ternyata berbeza dengan Ketua Pemuda sebelumnya (argh anda pun tahu siapa. Yang pukul gendang perang ke atas along itulah!) dan abang Khairy juga berbeza dengan Tun (bukan Tun bapa mertuanya). Walaupun penyataan sikap ini agak lewat, kita terima juga. Kerana ia tidak liwat. Memang murid dan pelajar di sekolah jangan dimangsai sebagai bahan ujian dasar Pengajaran dan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2009 09:51

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.