Faisal Tehrani's Blog, page 64

July 13, 2009

Intan 'Tak' Tercanai


AKHIRNYA saya kira konsep 1Malaysia mendarat juga di Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi pementasan Intan Yang Tercanai, karya Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan. Malah uniknya, gagasan tersebut tercanai bersama gagasan Islam Hadhari. Dato Noordin amat beruntung kerana dua karya beliau dipentaskan dalam tempoh waktu yang tidak jauh untuk tahun 2009 ini. Sebelum ini drama beliau Mana Setangginya diangkat besar-besaran di Istana Budaya. Intan Yang Tercanai adalah karya pentas beliau yang paling
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2009 10:22

July 12, 2009

Ketupat Cinta Musim Kedua dan Sebuah Muzikal

Buat pengekor satira Ketupat Cinta, saya dengam sukacitanya ingin memaklumkan Ketupat Cinta (Musim Kedua) akan mulai menemui pembaca di sebuah akhbar (saya akan memaklumkan di akhbar mana apabila waktunya tiba Insya-Allah) minggu ini.

Selain itu saya juga sedang giat mengurus dan melatih sepasukan aktor untuk muncul dalam sebuah muzikal yang bakal dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka 8-11 Ogos 2009 ini. Pementasan ini akan ditulis dan diarahkan saya sendiri. Saya akan memanjangkan maklumat ten
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2009 15:06

100 Hari: Hadiah Abe Jib

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri. Antara yang bermakna ialah pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, pe
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2009 06:19

July 11, 2009

Puisi Bahasa Nelayan

Bahasa ditutur nelayan,
saat melangkah ke laut meramal tengkujuh,
adalah bahasa burung undan,
bahasa ikan tenggiri,
bahasa angin dan ombak,
bahasa pukat dan jaring,
bahasa sotong dan ikan kering.

Bahasa mereka,
saat menyorong hasil ke pasar,
meraih dan memborong,
adalah bahasa daging dan nadi,
bahasa masin peluh,
bahasa panas darah mengalir,
bahasa menghitung memikir.

Bahasa inilah bahasa jerih jelata,
bahasa perit murbawan,
bahasa nurani sukma, bahasa nubari jiwa,
bahasa itulah menjejak cuaca,
membilang angka –
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2009 14:03

July 9, 2009

Majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI Oleh GMP: 19 Julai 09

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP)

...dan berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-

Kenyataan Media 9 Julai 2009

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2009 19:07

July 8, 2009

PPSMI: Mahathir Patut Keluar UMNO (Sekali Lagi)

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri di blognya. Beliau adalah ahli nujum yang bertanggungjawab membawa dasar dan polisi kotor ini ke sekolah-sekolah.

Polisi dan dasar comot ini sungguh memualkan kerana setiap kali saya ke sekolah-sekolah untuk memenuhi undangan memberi ceramah KOMSAS (cerpen Kerana Manisnya Epal tersisip dalam KOMSAS) saya tidak pernah mendengar kata-kata yang baik tentang PPSMI. Ia bukan sa
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2009 15:05

PPSMI: Terima Kasih


Foto: 7 Mac 2009: Orang ramai ditembak dengan meriam air ketika berusaha mencari perlindungan di dalam Masjid Negara.

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2009 00:22

July 7, 2009

Sebuah Dokumentari Yang Harus Ditonton oleh Ahli Gerakan Islam

DEMOKRASI. Kebebasan. Hak asasi. Inilah yang dijual oleh Amerika Syarikat kepada dunia. Untuk tujuan itu, Amerika Syarikat akan turut mendanai kumpulan tertentu di negara yang disasarkan. Apabila negara tersebut jatuh ke tangan Amerika Syarikat, segala kemewahan akan disedut oleh sang kapitalis, dan yang mendapat keuntungan serta kelebihan ialah masyarakat kelas atasan, golongan kaya dan hartawan.

Untuk menjadikan kes ini jelas, John Pilger seorang jurnalis, pengarang dan pembikin flem dokumentar
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2009 15:05

July 5, 2009

Misteri Istilah Wahabi, Adakah 'Misteri'?

Dalam ruangan rencana, akhbar Mingguan Malaysia 5 Julai 2009 (semalam: klik sini) seorang ahli akademik menulis sebuah artikel pendek dengan judul 'Misteri Istilah Wahabi'. Artikel tersebut dapat difahami menerusi nadanya adalah bertujuan untuk mempertahankan kelompok wahabi..

Usaha beliau memberi sisi pandang yang positif terhadap wahabi menerusi artikel tersebut adalah merupakan hak beliau untuk berhujah yang diraikan. Hak yang sama harus diberikan untuk memberi pula sisi pandang yang negatif t
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2009 22:03

July 4, 2009

Kalau Jerusalem Post Memuji

Ingatkah anda bila Jerusalem Post memuji seorang tokoh di negara kita selepas pilihanraya umum yang lalu?

Baik, Jerusalem Post sebuah akhbar terkemuka di Israel telah melaporkan pada 1 Julai baru-baru ini bahawa kerajaan Iran telah menggantung sampai mati enam orang penyokong Mir Houssein Mousavi, penentang terdekat Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihanraya Presiden republik Islam Iran yang lalu.

Adakah berita ini benar?

Laporan media asing termasuk media zionis memang pandai memutar belit fak
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2009 20:38

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.