Faisal Tehrani's Blog, page 67

June 11, 2009

Bahtera Yang Selamat

Dalam sebuah jemaah, melenting dan beremosi itu biasa. Tetapi ia jadi luar biasa apabila emosi itu disalurkan kepada media yang boleh membuka pula pelbagai penafsiran. Macam tiada sms, telefon bimbit, twitter, facebook, atau emel untuk berbincang kalaupun tidak suka masuk mesyuarat dan meluat untuk bersemuka (lihat sini).

Jika gagal untuk berbincang dan bermesyuarat seperti manusia terpelajar maka duka cita dirujuk perlembagaan Fasal 7:

Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kur
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2009 01:58

June 9, 2009

Siapa Layak Guna Nama Islam?

Sisters of Islamic Tart (SIT) disaran menukar namanya kepada "Sisters of Malaysian Tart" jika ingin meneruskan kegiatannya menjual kuih tat nenas di Malaysia. Sisters of Islamic Tart atau dalam bahasa Melayunya 'Kakak-Kakak Dengan Tat Islam' adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha mempelopori tat sebagai kuih rasmi umat Islam.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul mengharamkan SIT, Dewan Pemudi Persatuan Kuih Bom Islam Semalaysia (PKBIS) berkata label "Islam" pada NGO makanan yan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2009 12:13

June 8, 2009

SIS

Saya berpendapat mengharamkan Sister In Islam tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah pun. Islam liberal telah lama berakar kukuh di dalam semua parti politik di Malaysia ini termasuklah dalam PAS itu sendiri tanpa mereka sedari. Carilah anasir itu dalam diri sebelum menuding pihak lain.

Mengharamkan satu-satu aliran, kepercayaan, dan mazhab dalam konteks Malaysia sukar membuahkan hasil.

Hujah harus dilawan dan didebatkan dengan hujah.

Menyedari itu sahaja jalan yang ada saya menumpukan perhatian
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2009 18:40

June 7, 2009

PAS: Musuh Dalam Selimut

Ada dua hal sahaja yang menarik mengenai PAS kali ini. Pertama, PPSMI. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengingatkan perwakilan ketika perbahasan mengenai usul PPSMI peristiwa tahun 2004, iaitu setahun selepas PPSMI diperkenalkan. Anak beliau serta tiga lagi murid sekolah telah menyaman kerajaan kerana pelaksanaan tersebut.

Kes ini akan didengar buat pertama kali pada 25 Jun 2009.

Dalam saman itu; kerajaan persekutuan, menteri pelajaran dan ketua pengarah pendi
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2009 04:04

June 6, 2009

PAS: Sebenarnya Kumpulan Anti Muqabalah Menang

1. Saya berpendapat keputusan Muktamar ke-55 PAS yang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam memberi satu petunjuk dan isyarat yang jelas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kekal sebagai presiden tanpa bertanding. Apakah isyarat tersebut?

2. Benar, Nasharuddin Mat Isa yang dilihat sebagai pro muqabalah telah berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam pula 281 dan Moha
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2009 09:05

June 5, 2009

Ustaz Nasha Pertahan Jawatan No 2 PAS

Ini sms yang baru diterima dari salah seorang perwakilan di muktamar PAS. Entah betul atau tidak saya tidak tahu.

Hj Mohamad Sabu 261
Hj Husam 281
Ustaz Nasha 480.

Khabarnya inilah keputusan tepat dan rasmi. Macam saya kata, saya pun belum pasti.[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2009 19:17

PAS Sudah Pandai Beri Anugerah

SHAH ALAM 5 Jun - Pas hari ini mengiktiraf dua tokoh bahasa yang terlibat dalam perhimpunan Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) sebelum ini.

Dua tokoh berkenaan ialah Pengerusi GMP, Datuk Hassan Ahmad serta penasihat gerakan itu, Datuk A. Samad Said yang disampaikan pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati di sini.

Anugerah yang dikenali sebagai Anugerah Pejuang Bahasa itu disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

A
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2009 17:44

June 4, 2009

PAS Tunggul

Sewaktu saya menulis entri di atas, memang ia keras dan pedas. Bukan main ramai yang melenting-lenting kerana tersangat sayangkan orang itu. Maklumlah tempoh bulan madu belum habis. Akan tetapi lebih setahun sudah berlalu. Apa yang saya sebutkan menjadi semakin real.

Wakil Dewan Pemuda Pas Perlis, Yasir Mat Desa kelmarin menegaskan, PAS tidak boleh menjadi tunggul dalam pakatan pembangkang sebaliknya perlu berada di barisan hadapan.

''Saya tidak mahu Pas menjadi tunggul, kena duduk di barisan hada
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2009 21:03

Bobby Sands dan Imam Khomeini

Bobby Sands atau nama gaelic nya Roibeard Gearóid Ó Seachnasaigh mungkin kurang dikenali di Malaysia. Politik dan perjuangan IRA terasa jauh dari kita. Tetapi tidak buat Imam Khomeini.

Pada tahun 1981, Bobby Sands meninggal dunia setelah 66 hari mogok lapar. Perdana Menteri Britain pada waktu itu Margaret Thatcher dengan angkuh mengherdik Sands sebagai penjenayah yang membunuh diri secara keji untuk meraih publisiti dunia.

Pada tahun tersebut juga, nama Bobby Sands segera diabadikan di sebuah jala
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2009 04:45

June 3, 2009

Reaktor Nuklear Malaysia di Gong Badak?

Saya tertarik hati yang teramat-amat dengan niat Malaysia untuk mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil. Ia adalah bertujuan untuk menjana tenaga. Saya difahamkan oleh rakan-rakan saintis di UKM yang tenaga nuklear lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu. Patutlah Republik Islam Iran beria-ia membangunkan beberapa loji nuklear sehingga disalahertikan oleh banyak pihak khusus Israel dan Amerika Syarikat.

Saya juga difahamkan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2009 16:27

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.