Faisal Tehrani's Blog, page 69

May 24, 2009

Nasib Bahasa Dalam 1Malaysia


"Menerusi konsep 1Malaysia ini, tidak ada kumpulan besar atau kecil yang akan terpinggir dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sama ada di kampung, bandar atau rumah panjang, semua dapat perhatian kerajaan,” Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat agung/perwakilan tahunan ke-15 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PKKM) bahagian negeri Pahang kelmarin.

Perjuangan dan 'survival' kumpulan sasterawan masuk senarai atau tidak?
Bahasa kami terpinggir dapat perhatiankah dalam 1Malaysi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2009 16:26

Bantahan Keganasan Perang atau Demo Pro LTTE?

Saat ini di New Delhi, media sedang hangat membincangkan tentang kabinet baharu Perdana Menteri Manmohan Singh. Lain dari itu berita kematian komander LTTE, Velupillai Prabhakaran turut mendapat liputan. Saat saya mengetik blog dan berita tanahair, saya agak terkejut membaca laporan mengenai ribuan orang berkumpul di kuil Batu Caves untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka (baca orang Tamil: lihat sini). Khabarnya mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang T
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2009 05:07

May 23, 2009

Mogok Lapar

Ekoran kehabisan modal dalam merebut kembali tapak gerai pasar malam dan tong gas miliknya, Mak Mah atau Semah Manis, pemimpin Dindraf akan menganjurkan mogok lapar 82 jam bagi mendesak pemulangan tong gas tersebut.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi selasa ini di Wisma Persatuan Pau Demokratik (PPD) di Petaling Jaya, akan dirasmikan oleh Mak Mah sendiri.

Jika tiada aral melintang (seperti lapar yang amat sangat) ia akan berakhir dengan upacara membakar lilin di tepi jalan SS/1 Kelana Jaya pada
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2009 17:18

Aminah Penanti

Seorang penanti,
bernama Aminah
manis senyumnya
lembut wajah
memegang kunci
menidak rasuah
pincang didedah
adil terserlah
menanti Aminah,
Aminah Binti Abdullah.




[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2009 07:10

PPSMI Gagal - Datuk Dr Anwar Ridhwan

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara. Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di lua
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2009 03:58

May 22, 2009

Zabedah Tahi Lalat Menang

Alamanda PutraJaya, Jumaat: Zabedah Tahi Lalat pengerusi Bahulu Negara (BaNe), bersedia untuk berunding dengan Semah Manis atau Mak Mah, pengerusi Dindraf (Denderam Rights Action Force). Zabedah menjelaskan beliau gembira kerana mahkamah rayuan memutuskan tong gas Mak Mah adalah tong gas kepunyaannya kini.

"Kak Bedah sangatlah senang hati. Tong gas itu kini adalah milik sah Kak Bedah. Jadi janganlah Mak Mah buat kacau lagi. Kak Bedah sedia timbangkan supaya tapak gerai itu kami boleh kongsi sama-
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2009 20:37

Diskusi Sastera Islam

(Petikan Berita Harian, klik sini)

oleh Nazmi Yaacob

POLEMIK sastera popular berjangkit dalam sastera Islam apabila novelis dan pengarang muda terutama berlatarbelakangkan pengajian Islam, apabila turut meminjam pendekatan popular untuk menghasilkan karya kreatif berunsurkan Islam dalam usaha menarik minat pembaca.

Percikan polemik pendekatan popular dalam sastera Islam yang sebelum ini lebih berlegar dalam dunia siber terutamanya laman blog, dibincangkan secara nyata pada Forum Sastera Popular Isl
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2009 14:21

May 21, 2009

Fatehpur Sikri

Saya sedang berada di India, mengkaji dan menulis mengenai tareqat Chistiyyah. Inilah puncanya komentar sebelum tidak dilepaskan. Tambahan pula pembantu saya ada yang bercuti, ada pula yang sedang sibuk dengan hal famili.

Sehingga saya pulang nanti. Salam dari Fatehpur Sikri![image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2009 08:38

May 19, 2009

Penculikan Penyeksaan

SALAH satu yang dilakukan oleh Presiden Obama dalam 100 hari pemerintahannya ialah menilai semula pelbagai bentuk penyeksaan amalan CIA. Sejauh mana perubahan itu benar-benar dilakukan dan bermanfaat untuk keamanan dunia belum lagi diketahui. Mungkin sahaja Obama hanya berpura-pura. Salah satu metod penyeksaan yang diamalkan oleh CIA ialah extraordinary rendition yang mana merujuk kepada penculikan atau pemindahan seorang warga negara tertentu ke negara lain kerana warga tersebut adalah suspek k
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2009 14:30

Pemilik Sebenar Perkataan 'Rakyat' Akan Ditentukan di Mahkamah

Stesen Bas Puduraya: Bahulu Negara (BaNe), badan yang bertanggungjawab mempromosi bahulu sebagai kuih nasional akan mengheret Dindraf atau Denderam Rights Action Force (Barisan Bertindak Hak-Hak Denderam) ke muka pengadilan kerana menggunakan perkataan 'rakyat' ketika merujuk kuih denderam sebagai 'denderam rakyat'. Ungkapan 'denderam rakyat' kedengaran sejak minggu lalu iaitu apabila Dindraf mula melancarkan kempen atau 'roadshow' bertema 'Kuasa Denderam' ke seluruh negara.

Pengerusi BaNe, Zabed
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2009 04:12

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.