Faisal Tehrani's Blog, page 73

May 4, 2009

Andaikan Zainab Ada di Palestina

Semasa Gaza sedang dibom bertalu-talu oleh Zionis pada Disember dan Januari lalu, saya sedang berada di kota Mekah setelah menunaikan haji. Hari kedua Palestina (Gaza) digasak Israel, kami berangkat ke kota Rasulullah saw, Madinah Munawwarah. Semasa berada di Raudhah, dan teresak di hadapan baginda Nabi Muhammad saw saya sempat berdoa untuk kesejahteraan umat Islam di Gaza.

Tetapi, doa sahaja tentu tidak memadai.

Hari ini (kala catatan ini dinukilkan) setelah Palestina bermandi darah dan saya tel
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2009 08:00

May 3, 2009

Merakyat, Apa Benda?

1. Saya ingin menegur kecenderungan dan keghairahan media kita melabel segelintir pemimpin sebagai berjiwa rakyat atau merakyat.

2. Label merakyat atau berjiwa rakyat ini amat 'sacred' dan sungguh luhur sekali.

3. Tiada pemimpin dari mana-mana kumpulan pun setakat ini berhak disematkan dengan label sedemikian bagus.

4. Sekiranya pemimpin tersebut berjalan kaki 3 kilometer (sekali), atau turun minum (sekali) di Puduraya, atau naik lrt/monorel dari stesen KL Sentral (sekali) ke mana-mana destinasi, i
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2009 18:30

Sastera Tetap Ada Khalayak

Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
(Sumber asal di sini)

ADAKAH kepesatan dan kecanggihan teknologi sebenarnya telah menghapuskan minat orang ramai terhadap karya-karya sastera? Mungkin ya atau juga mungkin tidak. Tapi itulah realiti sebenar pada hari ini.

Kecanggihan dunia masa kini sedikit sebanyak memudarkan minat golongan muda untuk terus bergelumang dalam dunia penulisan tidak kira cerpen mahupun novel.

Lantas kerajaan mewajibkan pula setiap pelajar sekolah menengah mempelajari komponen sastera demi menye
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2009 11:16

May 2, 2009

Natrah Kembali?

1. Saya ingin merujuk kepada keputusan kabinet dalam hal membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya. Kabinet memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

2. Keputusan terkini kabinet itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban, atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah, dengan bekas isterinya M Indira Ghandi. Lelaki itu menukar aga
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2009 09:27

Faisal Tehrani di Majalah Muslimah

oleh Jamilah Aini Mohd Rafiei

Anak muda ini lantang membicarakan isu berkaitan sastera. Penulis prolifik ini banyak memenangi hadiah sastera dalam pelbagai genre sekaligus namanya tersenarai di kalangan penulis muda negara. Kelantangannya kadang-kadang menimbulkan rasa tidak senang bagi setengah pihak. Baginya jika tiada yang menegur, apa akan jadi dengan dunia seni dan sastera tanahair. Mohd Faizal bin Musa atau lebih dikenali dengan nama Faisal Tehrani, tidak asing dalam dunia sastera. Memperol
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2009 04:47

May 1, 2009

Nak Makan Babi Lagikah?

Kalau saudara membuka lipatan dan halaman Ketupat Cinta, Tun Lepat telah pun berperi dan meriwayatkan tentang bahaya memakan binatang yang tidak sepatutnya dimakan. Sebuah novel yang mesti dibaca ketika terjadinya wabak penyakit.

Berikut adalah petikan dari Ketupat Cinta:


Oleh kerana Tun Saripah itu pandai dia berbahasa Arab, maka selalu dia menghafaz bermacam-macam hadis dan ayat suci. Tun Saripah juga mahir akan segala khilaf mengenai halal haram makanan. Kita terhutang budi juga dengan baginda

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 01, 2009 14:08

April 30, 2009

Hari Buruh


'Imaginasi' di belakang puisi 'Jangan Kata Begitu' ini adalah milik teman saya, Saharil Hasrin Sanin. [image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 30, 2009 15:56

Keraguan

PADA tahun 1964, sebuah sekolah agama Kristian, St Nicholas di Bronx menerima pelajar kulit hitamnya, yang pertama iaitu Donald Miller. Slogan ‘keadilan untuk semua’ bergema. Yang bertanggunjawab membawa harapan baharu buat masyarakat ini ialah Paderi Flynn yang mahu melakukan reformasi dengan membuka beberapa ruang pada peraturan yang ketat, termasuk melakukan agenda liberalisme dalam amalan agama Kristian Katolik. Flynn popular di mata ramai. Tetapi tuntutan perubahan, dan keinginan merombak s
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 30, 2009 03:37

April 29, 2009

Nik Abduh Sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Saya berpendapat keberanian Nik Abduh Nik Aziz, selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat wajar dihargai oleh ahli-ahli PAS sempena pemilihan akan datang ini. Nik Abduh adalah pemimpin masa hadapan PAS yang jujur, serta sanggup menanggung risiko apabila 'menmeecelupkan' pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

2. Saya tidak fikir beliau tergesa-gesa menulis entri tersebut (dalam blognya) sepe
 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2009 09:28

Doa Mendepani Selesema Babi

Tidak ada insan yang lebih mengenali baginda Rasulullah saw seperti ahlul bait (ahli keluarga baginda). Sahabat-sahabat tidak mengenal baginda seperti mana keluarganya. Doa ini diajar Saidatina Fatimah Zahra Binti Muhammad Rasulullah saw tatkala berdepan dengan wabak penyakit.

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2009 04:59

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.