Faisal Tehrani's Blog, page 75
April 22, 2009
Khalifah Lim Maafkan Penasihat Pakatan Cendol Rakyat

Khalifah Lim, seorang baba Pulau Pinang pencinta konsep khilafah, hari ini mengesahkan bahawa Lebai Bukhara Kaw telah memohon maaf berikutan campur tangan beliau dalam urusan pentadbiran Medan Makanan Penantian (Penantian Food Court). Perang mulut antara kedua-duanya tercetus setelah seorang peniaga rojak yang merupakan
Published on April 22, 2009 07:37
April 21, 2009
Laporan Pelancaran Ketupat Cinta di Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 April - Sebuah novel sastera hasil karya penulis terkenal, Faisal Tehrani yang bertajuk Ketupat Cinta dilancarkan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Buku terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. tersebut mempunyai beberapa keistimewaan yang belum pernah lagi ditonjolkan penulis berkenaan dalam karya-karyanya sebelum ini.
Faisal berkata, novel tersebut menggunakan bahasa Melayu lama iaitu bahas
Published on April 21, 2009 20:57
Hofshat Kaits

FILEM ini Hofshat Kaits, atau maksudnya ‘Ayahku, Tuhanku’ sungguh mudah dan ringkas. Ia hanya mengenai takdir, atau lebih tepat kita umat Islam memahaminya sebagai qadha dan qadar. Meski mudah dan ringkas, perbincangan agama atau spiritual di dalamnya amat berat dan menggesa minda bekerja.
Filem arahan pertama arahan David Volach berlegar seputar Abraham Eidelmann, seorang rabbi Yahudi tua dari aliran ultra-ortodoks. Isterinya Eshter masih muda dan mereka punya seorang anak lelaki, tunggal, Mena
Published on April 21, 2009 06:26
April 20, 2009
Majoriti Ahli BBN Trengganu Mahu MB Letak Jawatan
Pulau Wan Man - Sejumlah 18 daripada 24 ahli tertinggi Barisan Badut Nasional atau BBN cawangan negeri Trengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Master Badut, Mat Kebil Bacin supaya meletakkan jawatan.
Setiausaha BBN Terengganu, Haji Sabit Haji Rumput (lihat foto) mendakwa dalam ceramah beliau di hadapan replika Taj Mahal, (tidak jauh dari replika Kubah Emas al-Aqsa), di pulau yang terkenal itu; sehingga hari ini jumlah ahli tertinggi yang menolak Mat Kebil Bacin meningkat darip

Published on April 20, 2009 22:23
Sasterawan Negara Baharu

Published on April 20, 2009 06:42
April 18, 2009
Pembaca, Ameen, ITNM dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Hari ini adalah hari kedua pesta buku. Saya ingin berterima kasih pertama-tamanya kepada pembaca setia yang sanggup menanti, bersesak, dan mendapatkan karya-karya saya. Sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi amat dihargai. Pembaca saya sentiasa, adalah sumber ilham. Saya mendengar keluhan guru-guru (termasuk guru bahasa Inggeris) tentang PPSMI, mendengar 'cerita-ceriti' pembaca, melayan keterujaan dan harapan anak-anak muda dan merakam pelbagai kisah khususnya kebimbangan politik yang makin
Published on April 18, 2009 08:00
April 16, 2009
Marilah Bersatu Menyokong...
...industri buku. Hidup dengan membaca!
Ini masa untuk buku! Berikut adalah jadual kerja saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal bermula esok.
Saya akan berada di gerai Institut Terjemahan Negara pada 18 April 2009 dari pukul 2.30 petang - 4.30 petang. Juga pada 19 April 2009 dari pukul 11 pagi - 3 petang. Dapatkan The Prau With the Silent Soul (Bedar Sukma Bisu) yang diterjemahkan oleh Datuk Dr Zawiyah Baba. Bedar Sukma Bisu adalah novel saya yang pertama diterjemahkan ke bahasa
Ini masa untuk buku! Berikut adalah jadual kerja saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal bermula esok.

Published on April 16, 2009 00:00
April 15, 2009
Novel FT Untuk Najib Tun Razak

‘Negara Pembaca’ menurut beliau lagi, bukan sahaja untuk melihat semua orang membaca di mana-mana tetapi juga merujuk kepada masyarakat Malaysia yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan, mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar,
Published on April 15, 2009 17:27
Pelancaran 'Ketupat Cinta: Musim Pertama'

Nama hakir ini Hang Seleri, adapun hakir adalah tidak lain tidak bukan teman sekamar Tun Lepat saat dia menanti dijatuh hukum mati. Inilah ceritera Tun Lepat hakir ceritakan kembali supaya keadilan dapat tertegak dan kebenaran dapat terbongkar.
Sejak hari pertama Tun Lepat itu disumbat dalam tahanan dengan hakir, sejak itulah
Published on April 15, 2009 02:50
April 14, 2009
Filem Terkini di Pawagam: 'YB Tak Sayang Nyawa?'

Filem 'YB Tak Sayang Nyawa' terbitan Ganu Motion Pictures menerima kritikan hebat dari penonton dan pengulas filem sebaik sahaja ditayangkan minggu ini. Filem komedi-seram (comedy-thriller) mengenai sepuluh samseng penyeludup belacan dari Siam itu dianggap 'murahan' dan 'memualkan' menurut pensyarah filem Universiti Malaya Dr Hasan Abu Hasnullah.
Selain itu, antara adegan yang dikritik teruk oleh pengkritik ialah adegan sepuluh samseng tersebut memulaukan mesyuarat kongsi gelap mereka setelah bim
Published on April 14, 2009 19:10
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
