Roslan Hamid's Blog, page 120

June 4, 2017

PM ke-7: Peristiwa luar untuk renungan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************SIAPA calon PM ke-7...sejumlah spekulasi dan pandangan sudah 'dilontarkan' termasuk kemungkinan tokoh pembangkang Saudara Anwar Ibrahim ke kedudukan itu; adalah baik untuk kita meninjau-ninjau peristiwa pemilihan pemimpin di luar negara terutama di kalangan tetangga kita iaitu anggota Asean.
Sekarang ini jika kita teliti gambar-gambar pemimpin negara Asean, terlihatlah wajah Aung San Suu Kyi. Beliau adalah orang paling berkuasa di Myanmar tetapi adalah penting untuk kita ketahui bahawa beliau bukan presiden atau perdana menteri negara itu!
Sekalipun parti pimpinannya, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD)  menang besar pada pilihan raya umum terbaru, mengikut perlembagaan Myanmar, Suu Kyi iaitu anak tokoh kemerdekaan, Aung San, tidak layak menjadi presiden kerana dia berkahwin dengan seorang warga Inggeris, Michael Aris (kini mendiang) malah pernah lama tinggal di luar negara dengan anak-anaknya adalah warga British.
Selepas pilihan raya, Suu Kyi di ambang untuk menjadi Presiden baru Myanmar tetapi pihak tentera pimpinan Jeneral (ketika itu Presiden) Thein Sein dengan keras merujuk satu fasal dalam perlembagaan (Bab 3, nombor 59 (f) yang menghalang beliau berbuat demikian.
Sekalipun terhalang, mengapa Suu Kyi boleh menjadi orang paling berkuasa di Myanmar dengan 'dirinya' dilihat sebaris dengan pemimpin-pemimpin Asean yang lain? Sekalipun partinya (NLD) melantik Htin Kyaw, 69, sebagai Presiden, Suu Kyi berkeras menyatakan: "Hal ini tidak akan menghalang saya daripada membuat semua keputusan sebagai ketua parti yang memperolehi kemenangan!" Hakikatnya dia adalah pemimpin tertinggi dengan gelaran 'State Counsellor' (Konselor Negara).
Ya, kerana kesabaran berjuang puluhan tahun, Suu Kyi akhirnya muncul tokoh paling berkuasa di negaranya namun tidak dengan jawatan Presiden. Beliau memerintah secara proksi dan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi politik rantau sebelah sini kerana pemimpin Parti Kongres India, Sonia Gandhi pernah 'mengawal' kerajaan Perdana Menteri Mahmohan Singh sebelum hilang kuasa pada 2014. 
Jika kita rujuk ke Filipina pula, kisah Corazon (Cory) Aquino ke puncak kuasa (Presiden Filipina 1986-1992) hampir mirip pengalaman Dr Wan Azizah Ismail (Presiden KEADILAN) sebagai seorang 'reluctant politician'. Cory seorang suri rumah tetapi berhasil menjadi presiden sekali gus penyelamat negara daripada kerakusan diktator Ferdinand Marcos selepas suaminya, Benigno (Ninoy) Aquino ditembak mati.
Perjuangan Cory menjadi legenda kerana gerakan kebangkitan rakyat dipimpinnya berjaya menyingkirkan Marcos tanpa pertumpahan darah. Cory ke puncak kuasa apabila berjaya menghimpunan pelbagai kekuatan- daripada golongan peniaga, ahli politik hingga pihak gereja - dan yang paling hebat memenangi hati tentera untuk bersama-samanya. 
Akhirnya Marcos dan Cory 'berhadapan' dalam pilihan raya Presiden pada Februari 1986. Marcos, dengan 'mesin politiknya' menyatakan diri sebagai pemenang. Namun, para pendukung Cory tak mengenal kalah, mereka melawan 'SPR penipu Filipina', intimidasi dan kecurangan pihak Marcos; akhirnya Cory dinobatkan Presiden manakala Marcos dan isteri Imelda, lari ke Hawaii. 
Demikianlah, apa iktibar kita dapati daripada dua peristiwa luar ini? Ya kedua-dua tokoh wanita ini (Suu Kyi dan Cory) berjaya ke puncak kuasa dengan mengetepikan segala halangan termasuk bikinan pihak 'sedang berkuasa' yang mengada-adakan alasan seperti kononnya melanggar perlembagaan dan kewujudan birokrasi penipu, ya seperti SPR Filipina! Jadi fahamilah situasi ini dan terapkannya di tanah air! Ya, selamat berjaya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2017 23:14

June 2, 2017

U Masjid (25): Ramadan masa terbaik berhenti merokok...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************SESEKALI ketika berbuka puasa, terkenang zaman bujang ketika mula bekerja di KL 30 tahun lalu. Sekalipun sudah lama berlalu, rasanya bagai semalam. 
Ketika bujang saya kerap berbuka puasa di masjid; salah sebuah masjid 'favorit' adalah Masjid Sayidina Abu Bakar As-Sidiq di Bangsar kerana di sini selalu disediakan hidangan istimewa, antaranya nasi briyani.
Entahlah, pada zaman 'separuh jahiliah' itu, sebaik saja lepas makan, saya dan rakan bergegas ke depan masjid - bukan untuk segera solat mahgrib berjemaah tetapi 'pekena' dulu...nampaknya merokok lebih 'afdal' daripada perkara lain.
Merokok adalah perbuatan buruk apatah lagi dilakukan di masjid. Malah ada pihak berkuasa agama memfatwa merokok sebagai haram. Namun orang yang sudah ketagihan seperti saya dulu peduli apa...ikutilah kisah ini bagaimana akhirnya saya berhenti merokok malah membenci pula orang merokok berdekatan saya!
Sekarang Ramadan kembali menjenguk, satu persoalan kepada kaki-kaki rokok, adakah bulan suci ini akan berjaya mentarbiyah anda semua untuk tidak lagi merokok? 
Cuba fikir baik-baik, jika anda boleh bertahan tidak merokok hampir 10 jam ketika berpuasa, insya-Allah, berfikirlah secara positif bahawa anda boleh bertahan lebih lama lagi sehingga akhirnya tidak merokok langsung.
Sebenarnya Ramadan-Ramadan saya yang lampau juga 'tidak berjaya' mematikan tabiat saya untuk merokok; huh, alangkah nikmatnya menyedut asap rokok selepas berbuka, apatah lagi jika ia dilakukan di dalam jamban (tempat syaitan berkerumun). 
Ya, tanyalah perokok, sesetengahnya suka sangat 'sting' dalam tandas kerana sudah 'dilatih' melakukannya dalam suasana begitu sejak di asrama sekolah lagi. Jika puasa gagal 'menginsafkan' saya, satu lagi 'Rukun Islam' berjaya mematikan tabiat buruk saya itu - sejurus sebelum menunaikan haji pada Februari 2002, saya diserang batuk-batuk yang sangat teruk, jadi fikir saya lebih baiklah saya buangkan tabiat itu sebelum kaki saya menjejak Tanah Suci. 
Alhamdulillah, sejak itu sehingga kini, saya tidak pernah menjepit pontong rokok di bibir saya. Ringkasnya saya 'sudah suci' daripada rokok. Selain daripada batuk teruk itu, ada banyak faktor lagi yang menghalang saya kembali merokok; misalnya selepas balik haji dengan kopiah sentiasa di kepala, takkan saya nak menjepit rokok di mulut, malulah orang lihat 'pak haji' merokok; kawan-kawan saya (ada yang berserban besar) hampir semuanya tidak merokok malah isteri saya pun benci orang merokok, jika mahu merokok kena keluar rumah dan anak-anak pun sudah mulai besar, malulah pada anak-anak jika seorang bapa asyik merokok saja. 
Nanti kalau anak tiru kita merokok, apa kita nak cakap? Namun bercakap memanglah mudah, untuk benar-benar berhenti daripada merokok itu yang payah. Saya sedar berapa banyak orang boleh berhenti sebulan dua, tetapi kembali merokok malah ada yang sudah berhenti bertahun-tahun tetapi kembali kepada tabiat lama. 
Mengapa? Jawapannya memang pelbagai; orang jika sudah jadi tahi rokok, mereka akan mengungkapkan kata-kata ke-'mancho'-an seorang perokok seperti; "hilang bini takpa, jangan tak dapat rokok" atau "aku tak boleh kerja jika tak dapat rokok." 
Kini Ramadan datang lagi, perokok perlu dinasihatkan sekali lagi bahawa  jika mereka boleh tak merokok sepanjang berpuasa iaitu dari waktu imsyak sehingga berbuka, cuba-cubalah untuk terus tidak menghisap asap rokok sepanjang malam. 
Lupakanlah 'nikmat' rokok itu dengan menyibukkan diri dengan amalan-amalan disyorkan seperti sembahyang tarawih, tahajud, berzikir dan bertadarus al-Quran. Jika siang boleh tak merokok, takkan pada malam hari yang waktunya lebih singkat (kita banyak tidur) tidak boleh tidak merokok. 
Dulu apabila disebut merokok, orang ramai pandai-pandai menghukumkannya sebagai makruh tetapi kini sudah terang lagi bersuluh, Majlis Fatwa sudah menghukumkannya sebagai haram; oleh itu apa lagi; jadikanlah Ramadan ini bulan mengembalikan kita kepada fitrah - bebas daripada rokok. Ya, mana ada bayi lahir dengan pontong rokok terjepit di tangannya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2017 03:11

May 30, 2017

An appointment with CM at 3.00 am...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
IMAGINE this scenario -  after attending a very late political 'ceramah' (talk) you were at a 'mamak' restaurant - at first you wanted to head straight home but your tummy ask 'for a refill' - there you saw an old friend sitting alone at a corner desk - you asked yourself quietly "what's he is up to at this wee hour of the night?"
You approached, greeted him and asked: "You seemed to be waiting for somebody...but it is 3.00 am now..." to which he answered: "Yes, I am waiting for the CM (Chief Minister). I had an appointment with him!"
Immediately your mind would grade high to that person. Subhanallah, this friend of mine must be someone of importance to the Chief Minister. He was so special in the eyes of the CM...because he had the 'power' to make the CM gave up his sleep just to see him.
And of course, the matter or matters they would discussed were very important and urgent...if not why the CM must see him in the wee hour of the night...can't he wait until tomorrow when he is in office?
Well, dear readers, if a person or persons who could set an appointment at 3.00 am with the Chief Minister are looked high in our eyes, just imagine the position of a pious person who have an 'appointment' with Allah SWT, Master of the Universe at the wee hours of the night - more amazingly if he could have the appointment being set at every night!
And if 'the appointment' is made during Ramadan which is the 'penghulu' (chief) of all months, then that person or persons, 'insya-Allah' (God Willing) would be in high ranks in the 'eyes' of Allah SWT.
This 'appointment with the CM story' was used by an 'ustaz' (religious teacher) during his 'kuliah subuh' (early morning lesson) at a 'masjid' near my house recently to 'inject' the spirit to perform 'ibadah malam' (acts of devotion to Allah SWT during the night) among Muslims during the holy month of Ramadan.
"Let's make our night alive during this 'barakah' (blessed) month of Ramadan," said the 'ustaz'. He explained our 'night duties' begin with performing 'solat isyak' (late evening prayers) 'berjemaah' (in mass) followed by 'solat sunat tarawih' (the recommended prayers with eight or 20 'rakaat' which could be done alone or in mass) and ends with 'solat witir', a one or three 'rakaat' prayer.
Normally the above 'solat' at the masjid ends at about 10.00 pm and congregators head home to have a light supper or they could have it at the masjid itself which is called 'moreh'. Then we could continue with our work, mingling with our family members, do some reading or reciting the Qur'an before calling it a day; perhaps at 11.00 or 12.00 midnight.

At 3.00 or 4.00 am we could wake up with 'high spirits' to fulfill 'our 'appointment' with Allah SWT during the very calm and serene time of the night.

"One of the most important things to do is to perform your 'qiam' (night) prayers," said the ustaz. "There are many recommended prayers such as 'solat tahajud', 'tasbih', 'taubat', 'hajat' and 'witir'. If you had said your 'witir' prayes after your 'tarawih' then you need not repeat it.

"It is recommended to offer 11 rakaat of all the prayers mentioned; the time taken is up to you but it was reported that Sayidina Uthman bin Affan prayed a two rakaat prayer all night long (from after isyak and ended before dawn) finishing reciting the whole Quran from Surah Al-Fatehah to Surah An-Nas," said the ustaz.

After performing your prayers, you could use the time to read the Qur'an, said the ustaz. "If could recite the Qur'an in your solat (as what Sayidina Uthman did) that would be highly rewarded by Allah SWT; but if you could not, then reading it from the book would be a very good deed what more if you searched for its meaning and had a thought about it.

The next thing to do in the wee hours of night is 'berdoa' (do your supplication to Allah SWT). Remember, 'berdoa' is an 'ibadah'; so do it the correct way as suggested and showed by the Prophet, his 'sahabah' (companions) and renowned scholars. Begin it with praising Allah SWT (reading Surah Al-Fatehah would be highly recommended), 'saluting' (salawat and salam) to the Prophet and his family members and then ending it with the salawat dan salam.

Many of the well known supplications derived from the Qur'an; among them are 'Rabbana aatina fiddunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina adhabannaar' (Our Lord, give us good in this life, and in the Hereafter, and protect us from the Hellfire). - Al-Baqarah or Cow, 201) and ayah 40-41 of Surah Ibrahim with the meaning: "My Lord, make me an establisher of prayer, and (many) from my descendants; Our Lord, and accept my supplication. Our Lord, forgive me and my parents and the believers the Day the account is established" and ayah 87 of Surah Al-Anbiya; 'La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin' (there is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers) which was the supplication by Prophet Yunus.

The ustaz said the next 'ibadah' to be done would be the 'zikir' (dhikir that is eulogizing Allah in the words taught by the Prophet or in the words prescribed in the Qur’an). One’s tongue should be wet with words of praising Allah SWT with the chants of ‘Laa Ilaha IllAllah (there is no God except Allah) which is the heaviest in weight on the side of Allah SWT. Then there are many more ‘kalimah’ that should be read such as ‘Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahuakbar’, Astaghfirullah al Lazi La Ilaha ‘illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illahi’, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’, and ‘Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim’ (lofty words in His praise).

These ‘kalimah’ should be chanted in full concentration for the maximum rewards by Allah SWT and for the ‘zikir selawat’ (praises to Prophet Muhammad s.a.w.) its reciters would also be rewarded even if their minds were not on what they recited, what more if they paid full attention to it. Among the simplest ‘selawat’ is ‘Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad, Wa’ ala Ali Saiyidina Muhammad’.

After spending our night with the above ibadah (praying, reading the Qur'an, doing supplications and 'dhikir'), then it would be time for us to take our 'sahur' (meal before beginning our fast). This is also an 'ibadah'; it is recommended to take it late perhaps in Peninsular Malaysia at around 5.00 am before the 'azan' (call for prayers) at dawn (Subuh) at around 5.40 am.

Before the 'azan', men should already be in the masjid, performing their 'solat tahiyatul masjid' and after 'azan' their 'sunat' (recommended) prayers. Then perform the subuh prayer in congregation. After 'subuh', daylight would slowly come on; we are advised to seek our parts in the world (go to work).

But remember, we would be fasting on that day; Abu Huraira related that Rasulullah s.a.w. said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except being awake.” - Darimi

Why is it that way...; the ustaz advised congregators that "fasting is not just about abstaining from food and drink...We are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds. If we only refrain ourselves from taking food and drink, but 'free' our eyes, ears and tongues, then at the end of the day, I am afraid we will be rewarded only with hunger, thirst and tiredness."

To beginners, of course it is hard to 'have an appointment with Allah SWT' at 3.00 am; scholars have given us tips on how to wake up for the 'tahajud' and other prayers; among others:
* It is preferred that what you eat is of high nutritional value and is not consumed for the sake of taste buds. Break you fast as soon as possible but for 'sahur' delayed it - say about 30 minutes before the 'adhan subuh'.
* Take a mid-day nap/siesta before 'zuhur' or after.
* Remain pure all day, i.e. in wudhu. 
* Praying 'fardu' (obligatory) prayers on time in 'jemaah' (mass) with maximum khushoo’ at the 'masjid'. 
* Go to sleep early and 'du'a' (supplicate) to Allah SWT 'to help you in waking up'! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2017 21:34

May 29, 2017

Politik wang juga rasuah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************MEMBACA akhbar harian akhir-akhir ini ternyata terlalu banyak tangkapan membabitkan rasuah. Apa yang 'menarik' kebanyakan kes membabitkan penjawat awam termasuklah anggota polis, imigresen sehingga kepada guru sekolah dan pegawai zakat agama negeri...
Persoalannya, mengapa 'terlalu kurangnya' tangkapan ke atas orang atau lebih tepat lagi tokoh politik yang berterusan mengamalkan 'politik wang' dan menjelang pilihan raya bersikap lebih 'agresif' sehingga sanggup mengungkapkan 'I help you, you help me' (saya tolong awak, awak tolong saya).
Wikipedia Bahasa Melayu (ensiklopedia bebas) mendefiniskan politik wang sebagai RASUAH bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam sesuatu pertandingan (seperti pilihan raya) atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.
Secara mudah politik wang adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan 'mudah bawa' seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang. Malah akhir-akhir ini ada sanggup 'merasuah' dengan barangan berharga seperti peti sejuk dan televisyen!
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Jika politik wang adalah rasuah, maka mereka yang memberi wang politik adalah perasuah manakala mereka yang memakan wang politik adalah penerima rasuah. Perkara ini tersangat jelas, tetapi mengapa pihak-pihak tertentu begitu gemar menggunakan istilah politik wang, tidak rasuah.

Nampaknya begitulah keadaannya, seseorang yang telah pun didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh partinya sendiri, kelihatan telah bersih kerana apalah salah sangat politik wang. Sedangkan kalau dia dicop sebagai perasuah, kesannya sangat besar, mungkin orang akan ingat kesalahannya sepanjang hayatnya.

Pemberian barangan kecil seperti kain pelikat dan batik juga diistilahkan sebagai politik wang, jadi tidak nampak sangat kesalahannya. Mengapa semua ini tidak dikatakan rasuah saja? Mengapa mesti bersembunyi di belakang istilah politik wang?

Orang kampung (pengundi) jika dikatakan dia dihadiahkan kain pelikat atau kain batik, dia tidak akan terasa apa-apa tetapi jika dikatakan dia dirasuah dengan kain batik, dia akan marah. Apatah lagi jika dikatakan dia makan duit rasuah.
Jika memberi kain batik saja sudah rasuah, apatah lagi janji-janji tender, kontrak, pembangunan, infrastuktur dan sebagainya. Tetapi perkara inilah yang terjadi pada setiap kali pilihan raya.
Orang politik bijak menipu rakyat, mereka bermain bahasa; mereka menamakan rasuah sebagai politik wang. Istilah politik wang telah mengurangkan kejijikan kepada rasuah; sesetengah orang dan pihak melihatnya sebagai tidak ada apa-apa (bukan satu kesalahan), jadi mereka yang terbabit masih kekal di jawatan tertinggi parti dan juga kerajaan.

Orang ramai juga tidak bertindak apa-apa walaupun pelaku rasuah politik kekal di jawatan tertinggi sedangkan di negara yang maruah dan harga diri amat dipentingkan seperti Jepun dan Korea Selatan sudah lama pemimpin terbabit meletakkan jawatan malah membunuh diri.
Islam memandang berat kesalahan rasuah. Abdullah bin ‘Amr bin Ash menceritakan, bahawa dulu ada seorang dalam pasukan perang Rasulullah SAW seorang lelaki yang digelar ‘karkaroh’. Orang tersebut meninggal, lalu Nabi SAW bersabda: “Dia masuk neraka.” Pada sahabat pergi melihat orang tersebut, ternyata mendapati orang itu melakukan rasuah dengan mengambil rampasan perang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Hadis di atas menegaskan sesiapa pun yang melakukan rasuah kelak dia akan masuk neraka. Tidak peduli dia seorang pegawai kerajaan (seperti pegawai polis, imigresen, guru dan pegawai zakat) atau pemimpin masyarakat atau negara yang kononnya banyak berjasa. Ini kerana mereka, termasuklah menteri dan pegawai sudah dibayar gajinya dan menerima pelbagai kemudahan daripada negara.
Seorang yang turut berjuang dengan Rasulullah s.a.w. tanpa digaji saja, setelah terbukti rasuah dihukum masuk neraka. Mudah-mudahan hadis ini membangkitkan keinsafan kita untuk berhati-hati dalam mencari wang – usah makan harta orang terutama duit rakyat secara haram tidak kita sikit apatah lagi banyak sehingga berbilon-bilion ringgit! Persoalannya sekarang kenapa tangkap bilis dan tidak jerung di persada kuasa?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2017 08:18

May 28, 2017

U Masjid (24): Kasihan imam, dia bagai tak cukup tangan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************SABTU dan Ahad lalu (20 dan 21 Mei 2017) adalah hujung minggu terakhir sebelum Ramadan. Sungguh banyak kenduri di kalangan penduduk - ternyata pegawai syarak masjid terutama imam tidak cukup (menang) tangan dalam menjalankan tugas di rumah Allah dan menyantuni dan memenuhi hajat orang kampung.
Sebagai OTK (orang tak kerja/pencen) yang memanfaatkan banyak masa di masjid, kini tahulah saya betapa sukar dan beratnya tugas imam - berlainan daripada pandangan umum masyarakat bahawa kerja pegawai syarak terutama imam adalah mudah sedangkan mereka dapat elaun pula!
Disebabkan terlalu bertungkus-lumus dalam kerjanya, seorang imam saya perhatikan tetap mengimami solat lima waktu sedangkan dia sakit dengan suaranya sudah hampir hilang. Selama beberapa hari dia mengimami solat dengan nada suara tersekat-sekat - rasa simpati pun ada tetapi apa boleh buat sebab imam penggantinya tiada!
Elaun imam dan pegawai syarak lain tidaklah sebanyak mana; saya difahamkan mereka diberi tak lebih RM1,000 - dengan wang sebanyak ini tidak mungkin mereka 'boleh berterusan duduk' di masjid - sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja atau menjalankan bisnes jadi tidaklah boleh mereka berada di masjid sepenuhnya.
Walaupun wujud kekekangan yang menghalang pegawai syarak masjid daripada 'memasyarakatkan' diri mereka secara lebih berkesan, kita berpendapat jalan keluar perlu dicari dan diusahakan agar mereka dapat membimbing penduduk menuju kejayaan dunia akhirat, apatah lagi pada Ramadan ini.
Ini kerana keadaan masyarakat sekarang ini dengan aneka jenayah dan maksiat sudah menjadi terlalu teruk sehinggakan ada kalanya tidak lagi terbendung. Di sinilah kita berpendapat pegawai dan petugas masjid, daripada pengerusinya sehinggalah kepada jawatan paling bawah berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi membendung salah laku masyarakat terutama generasi muda.
Namun apa yang dapat kita saksikan hari ini, berlaku kelesuan pentadbiran di sebahagian besar masjid sedangkan sumber dana masjid tidak putus-putus, misalnya adalah biasa bagi sesebuah masjid di bandar memperolehi pendapatan RM2,000 pada setiap kutipan hari Jumaat.

Kita tidak mahu pentadbiran masjid dikuasai golongan tertentu yang ada kepentingan politik. Amat dikesali tokoh politik tidak mesra agama dilantik sebagai penaung masjid manakala ahli jawatankuasa dibuat secara lantikan oleh pihak terbabit tidak melalui pungutan suara dan pengundian di kalangan ahli kariah seperti sebelum ini. Masalah bertambah rumit apabila AJK lantikan bukan ahli masjid; jika lantai masjid pun jarang mereka pijak, bagaimana mereka mahu membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat?

Pentadbir yang lesu menambah masalah ahli kariah. Di sesetengah masjid berlaku kekangan sehingga bilal dan imam gagal menjalankan tugas dengan baik, kadang-kadang jemaah terkial-kial mencari orang yang boleh mengimamkan solat waktu.

Jika pegawai syarak (seperti imam) mahu diperkasakan, jangan lupa kebajikan mereka seperti meningkatkan jumlah elaun. Walaupun begitu diharapkan agar petugas masjid dapat mempertingkatkan iltizam bagi membina kehidupan beragama yang membahagiakan seluruh kariah. Selain meningkatkan pengurusan di masjid, pegawai masjid wajar turun padang ke seluruh kampung bagi memastikan kehidupan anak buah sejajar dengan kehendak Islam.

Kerja-kerja amal makruf nahi mungkar hendaklah dijalankan. Imam dan petugas lain perlu meluangkan masa menziarahi anggota kariah seterusnya mentarbiyah mereka, yang melanggar hukum-hakam perlu dinasihati manakala amalan beragama diperkukuhkan. Penting untuk petugas turun gelanggang kerana penduduk yang ke masjid untuk solat berjemaah dan majlis ilmu terlalu sedikit.

Imam perlu sedar bahawa tugas mereka sebagai pemimpin bukan setakat mengimamkan solat berjemaah di masjid yang mungkin berlangsung 5-10 minit setiap waktu tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang amat negatif seperti berleluasanya zina, kelahiran anak luar nikah, pembunuhan, perompakan dan pergaduhan adalah wajar untuk mereka turun padang.

Selain mentalbiyah penduduk, imam-imam juga perlu mengusahakan jalan agar gejala tidak menyenangkan dalam masyarakat ini dapat dikurang seterusnya dibanteras sama sekali. Jalan utamanya adalah kembali kepada Islam, umat Islam perlu disedarkan bahawa dengan menegakkan hukum-hakam Islam akan tertegaklah keadilan yang membawa kesejahteraan dalam masyarakat.

Tentunya, jalan ini tidak mudah dirintis, pengorbanan imam-imam sebagai pemimpin amat diperlukan. Merekalah antara golongan paling dekat dengan masyarakat, misalnya pada setiap majlis di kampung seperti kenduri dan kematian, merekalah yang akan mengepalai upacaranya. Jadi adalah wajar imam menjadi agen perubahan, membawa masyarakat kepada pengamalan Islam sepenuhnya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2017 08:33

May 25, 2017

Time to service your car...oops stomach!

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
CAR experts said there are numerous factors that should be considered when it comes to how often your car needs servicing. The general rule for most vehicle types is once per year, but if you’re an especially frequent driver, your car could benefit from a more regular service.The age of your car and type of fuel will influence the servicing time period. The older your car is the more often it will need servicing. Newer models under four years old often have a servicing period of 12 months. For automatic cars, the recommended service period is 12 months or 20,000 km. An 'ustaz' (religious teacher) in his 'tazkirah' (Islamic lesson) at a 'masjid' near my house recently when discussing the subject of 'puasa' (fasting) for the coming Ramadan said our stomach (body) needs to be serviced just like our car. To service our stomach we need to rest it and for 'puasa' we stop eating and drinking for about 13 hours during the day.If a car normally needs to be serviced once a year, then our stomach too needs to be serviced 'annually' that is during 'Ramadan' - the ninth month of the Hegira (Islamic) year. During this month, Muslim are required to fast during the day for the whole month.The 'ustaz' said if we neglect in servicing our car, the tendency for it to break down is high - the same could be said about our stomach. "We put everything edible inside our stomach whether the food or drink is hot or cold - even 'our home faithful refrigerator' breaks down or of no use after 20 or 30 years in service."Subhanallah, for some of us our stomach is now 50, 60 or 70 years old...then of course it urgently needs to be serviced...so 'puasalah' (do the fasting)."So during 'puasa' we stop from eating during daylight; hopefully it could help in 'repairing' our tear and wear 'parts' in the stomach. But 'puasa' is not just about abstaining from food and drinks. Scholars said we are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds. If not, we would get nothing out of our 'puasa'. Abu Huraira related that Rasulullah SAW (peace be upon him) said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness.” - DarimiRamadan is about taking less food because you can only eat after sunset but the irony of it, Ramadan is the month where some Malaysian Muslims spend so much money and time on it. Ramadan teaches Muslims to be thrift on their spending. But it is normal for a Malaysian Muslim family; I included, spending more during Ramadan especially on food, clothing and decoration of the house. Ramadan teaches us to feel the pangs of hunger of the poor people of the world. It has been reported that one person in the world dies every three seconds because of hunger. So wasting of food is criminal. But how is the situation in our country and other rich Muslim nations where the word ‘hunger’ seemed ‘quite unfamiliar’ to us, and seemingly is happening in far faraway lands. In United Arab Emirates (UAE) it was reported that 500 tons of food are thrown away each year in the holy month of Ramadan! 
True, we are taking our own halal food, but we have to adhere to the regulations when eating. For example fill only one third of the stomach with food, the next one third with drink and leave the rest empty for easier breathing as said by the Prophet. If not we would be too heavy to perform the night 'ibadah' (acts of devotion) such as 'solat tarawikh' (a recommended prayers normally performs at 'masjid' in mass for 8 or 20 'rakaat' (units).
Another aspect of wastage during Ramadan is regarding time. How many people waste their precious time of Ramadan for example playing ‘dam haji’ (checkers) and carom while waiting for the time for ‘berbuka puasa’ (breaking of the fast or iftar)? 
This ‘fine aspects’ of Ramadan was discussed by an ustaz while giving his weekly ‘tazkirah’ (talk) at a masjid near my house not long time ago. The ustaz reminded Muslims (congregators at the masjid) to gain maximum benefits from the gifts of Allah SWT during Ramadan. In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months. 
He said we should not waste any time during Ramadan because it is very precious. “Grab the oppourtunities given by The Almighty by considering this is our last Ramadan. If it is our last, then we should do our best to please our Creator, Allah SWT. Every second counts thus fulfill it with activities in accordance to the Creator’s wish.
Ramadan and the noble Qur’an cannot be separated. It was in this month that the first verses of the Qur’an were revealed to the Prophet s.a.w. through Angel (Malaikat) Jibril a.s. So to Muslims brothers and sisters why not brought along a small Qur’an with you and recite it while you are waiting in a line or better still during long journeys on buses and trains. 
And when travelling don’t forget to bring along a packet of dates with you, so that when it is iftar time, pass the dates to person or persons next to you for you would be rewarded handsomely by Allah SWT as the Prophet s.a.w. had declared: “If a person gives iftar to a fasting person in this month, his sins would be forgiven. And he will be given as many rewards as has that fasting person.”
When servicing our car, we would be happy if 'the end product' is that our car is in a tip-top condition; by performing 'puasa' during Ramadan, 'the end product' is that a person gaining 'takwa' (piety); the question is had we archived it during the previous Ramadan?
A few days ago while driving my car, I heard an ‘ustaz’ (religious teacher) say in a radio programme, that one’s ‘puasa’ (fasting) in term of spiritual enhancement of the soul was considered a failure if one’s budget overshot the normal monthly expenditure. But he said it is okay if we use the money for the benefits of others such as sponsoring an 'iftar' (breaking of fast) gathering especially in 'masjids' or helping the poor. 
He also jokingly said that if one’s weight dropped a lot at the end of Ramadan, he or she had succeeded in his/her ‘puasa’ but what would be said if one’s weight increased at the end of the holy month?
The truth is that in our society, some folks were indulge in wastage activities during the holy month of Ramadan, they should be reminded that they are accountable for five things before the coming of five. The Prophet (pbuh) said: "Take benefit of five before five - your youth before your old age, your health before your sickness, your wealth before your poverty, your free-time before your preoccupation,and your life before your death." (Hakim)
So to Muslims brothers and sisters, do not indulge in such empty, hollow and unbeneficial deeds, for Allah SWT says in Surah Al-Asr: "Verily! Man is in loss, Except those who believe and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's cause)."
Regarding the wastage of food and gluttony during Ramadan, President of Consumer Association of Penang (CAP), SM Mohamed Idris, previously had commented on the lavish spending of Muslims at Ramadan bazaars and the ‘merry iftars’ at restaurants and hotels. 
During the month of Ramadan, Muslims are encouraged to eat nutritious food during breaking fast and sahur (predawn meal) and prohibited from wasting. Unfortunately many tend to prepare many dishes or the easiest way is to buy food and drinks that are sold in abundance in Ramadan bazaars and markets that mushroom during the fasting month.
Remember Allah SWT decree in Surah Al A’raaf, sentence 3, "Eat and drink, but not in excess. Allah does not like people who are superfluous". Whereas Surah Al Israa’, sentences 26 and 27 states, "And do not waste, as those who waste are the devil’s friends".
Remember Prophet Muhamad SAW’s commandment, "Fight the yearning for food and withstand hunger and thirst as the reward is equivalent as jihad to Allah’s path. There is nothing greater to offer God than resisting hunger and thirst."
In relation to this and in the occasion of this good month, let us all return to true Islamic teachings and practices and not be influenced by wastefulness and guile.
Let it be known that Ramadan is a sacred month among all other months and Allah SWT wants all his servants to fulfill the month with obedience and 'taqarrub' (closeness) to Him. The continuous satiety of an individual’s life will fulfill and enhance the soul with obstinacy and extremity. We hope that Ramadan will help develop loving and caring Muslims.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2017 16:53

May 24, 2017

U Masjid (23): Perihal kencing dan bunyi hon dekat masjid...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************SESEKALI saya solat di Masjid An Ni'mah, Bukit Piatu, Melaka. Ya, sungguh 'nikmat' solat di sini; apabila teringat masjid ini saya tidak dapat lupakan serangkap pantun yang dipasang di laluan tandas - ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus.
Peringatan ini adalah berkaitan adab. Menarik kerana ia disampaikan secara santai dan bersopan melalui pantun. Ia sesuai dengan 'selera' orang Melaka yang gemar berpantun; mungkin ia menyamai arahan dalam bahasa Inggeris - 'please flush after use'.
Mengapa kita perlu diberi peringatan? Adalah lebih baik jika ia selalu diulang-ulang. Ini kerana manusia itu pelupa; seorang pemimpin kita pernah berkata 'Melayu mudah lupa' hakikatnya kelemahan ini bukan membabitkan orang Melayu saja tetapi semua orang - dalam al-Quran, Surah Az-Zumar, ayat 8, Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” 
Jadi dengan sifat pelupa manusia wajarlah mereka 'ditazkirah' selalu. Dan wajarlah rangkap pantun 'ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus' dipasang kerana ia dapat mengingatkan pengguna supaya 'pakailah tandas betul-betul; ini tidak kerana ada yang selepas 'berak' (maaf tulis) tak dibersihkan tandas, ada yang saja malas nak 'flush' dan jika najis 'melekit' tidak ada usaha pun untuk membersihkannya'. 
Ada yang kencing, tiada usaha untuk menjirusnya. Kadang-kadang tandas berbau teruk sehingga pengguna lain atau tukang cuci mengeluh: "Aiii sapa pula dah makan petai atau durian ni, kencing tak tahu nak jirus pula."  Walaupun manusia perlu ditegur, tetapi teguran atau nasihat hendaklah dilakukan secara baik malah di Masjid An Ni'mah dalam bentuk pantun pula...alangkah baiknya budi orang Melaka, be!
Namun, ketahuilah wahai semua bahawa kita berpotensi berperangai jahat kecuali orang yang hatinya 24 jam sehari semalam (ketika tidur pun dia dikira beribadat kerana berniat demikian) bersama Allah SWT. Orang ini akan terasa dipantau Allah SWT jadi tidak mungkin (insya-Allah) dia bertindak melanggarkan kehendak Allah termasuk dari segi kebersihan. Jika melakukan kesalahan pun, dia cepat-cepat bertaubat...kesalahan kecil pun sudah nampak padanya macam gunung mahu menghempapnya.
Adapun orang selain ini perlukan pemantauan manusia kerana kesalahan (dosa) bagi mereka bagaikan lalat saja. Sebahagiannya 'hanya berperangai baik jika dilihat orang'. Jadi bagus ada masjid ditulis peringatan 'Ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus'. Atau lebih baik lagi dipasang CCTV dan ditulis perkataan besar dan merah pula, 'Anda sedang diawasi'!
Berceloteh mengenai tandas ini, ada hadis menyatakan: "Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat mengertaknya, tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu." Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran." Setelah itu, Nabi s.a.w. memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)
Ulama berkata antara pengajaran hadis ini adalah larangan membuat kekotoran di dalam masjid, cara menyucikan najis dan menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. dalam menangani orang jahil iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan, Rasulullah s.a.w. tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan.  Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh tepat dalam menghadapi karenah orang jahil.
Hadis ini kerap diperdengarkan di masjid-masjid tetapi mengapa seorang jahil bahkan bukan Islam membuat kecoh berhampiran sebuah masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini, sebahagian jemaah termasuk yang berkopiah dan berjubah 'hilang pertimbangan'...
Tidak ingatkah kita dalam sebuah hadis, Nabi ada menyebut, engkau jangan marah, engkau jangan marah...malangnya 'kita sudah melepaskan kemarahan kepada orang jahil yang dibimbangi akan mendatangkan fitnah kepada agama kita sendiri'...
Ya, seseorang itu boleh dimaafkan sekiranya perbuatannya itu disebabkan oleh kejahilan dan tidak seharusnya dia dicemuh apatah lagi 'dipukul dengan kon' malah teguran hendaklah diberikan dengan cara yang lemah lembut. Jika jemaah masjid yang 'kencing tak betul' pun kita boleh nasihatkan dengan pantun, tak boleh tak kita tangani tingkah laku biadap seorang 'non-Muslim' secara berhemah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2017 06:28

May 21, 2017

PRU14: Pengorbanan guru diperlukan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************SEMPENA Hari Guru pada 16 Mei ini disertakan sajak 'Guru Oh Guru' karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr Usman Awang. Kepada semua guru diucapkan Selamat Hari Guru dengan tema tahun ini 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Terima kasih cikgu semua, semoga Allah SWT merahmati anda sekalian. 
Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, 

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, 

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara, 

Jika hari ini seorang ulama yang mulia, 

Jika hari ini seorang peguam menang bicara, 

Jika hari ini seorang penulis terkemuka, 

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, 

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, 

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Pada Hari Guru ini, kita ingat-ingatlah kembali kuliah-kuliah agama yang kita pelajari selama ini. Tok-tok guru dan ustaz sering mengingatkan di akhirat, malah di dunia lagi, manusia ditempatkan bersama-sama orang disayangi dan dicinta mereka termasuk pemimpin. 
Di akhirat, orang baik-baik akan ditempatkan bersama-sama para nabi, sadikan, solehin dan syuhada; manakala orang jahat akan ditempatkan bersama Firaun, Hamman, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal dan sahahat-sahabat mereka.
Di dunia ini anda boleh pilih untuk bersama perasuah, penyamun, perompak (termasuk 'tukang kebas' wang berbilion-bilion ringgit), pencuri (pemaling), perogol, penzina dan penindas rakyat (termasuklah mereka yang mengenakan cukai melampau bertindak bagaikan musang berbulu ayam, zahirnya nampak baik); tetapi ingat di akhirat nanti anda akan ditempatkan dengan segala bapak penjahat dan pendusta.

Demikian juga di dunia ini jika anda memilih orang salih dan baik-baik untuk menjadi pemimpin dan berkawan dengan mereka, insya-Allah, di akhirat nanti akan ditempatkan bersama-sama dalam kumpulan orang diredai-Nya. Bukankah pada doa kita, kita sering meminta ditempatkan bersama-sama orang beriman dan golongan diredai-Nya.
Semua orang - sama ada mereka Raja, Presiden, PM, ulama, penulis - semuanya diajar oleh guru tetapi sudah hampir pasti guru-guru tidak pernah mengajar mereka perkara buruk seperti memakan rasuah dan menyalah-guna kuasa, malangnya perkara ini semakin banyak berlaku lantas guru-guru perlu bermuhasabah dan melalukan 'islah' (pembaharuan). Ya, nampaknya ada anak murid cikgu yang 'bagaikan kacang lupakan kulit' - mereka melakukan pelbagai perkara keji yang cikgu tak pernah ajar seperti makan rasuah!
Jika dulu pengorbanan guru berhasil dalam menuntut kemerdekaan negara dan membantu dalam pembinaan negara (ramai guru menjadi pemimpin negara; antaranya Tun Ghaffar Baba) kini pengorbanan guru diperlukan secara maksimum bagi menyelamatkan negara daripada tangan pemimpin korup melalui pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Seorang cendekiawan ada mengingatkan - apabila adanya pilihan raya, anda semua gunakan kuasa undi dan undi siapa saja tapi jangan undi Umno BN.
Sejarah telah membuktikan bagaimana guru-guru berperanan hebat dalam perjuangan menegakkan kedaulatan negara termasuk bahasa. Sebagai contoh pada 31 Disember 1957 Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) dalam mesyuarat agungnya meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan Sekolah Menengah Melayu.

KPGMS telah memberi kata dua kepada Umno sekiranya sekolah menengah Melayu lambat ditubuhkan ahli-ahli mereka yang menjadi ahli Umno akan menarik diri dan keluar daripada Umno beramai-ramai. Akibat daripada tindakan Umno yang tidak menghiraukan tuntutan KPGMS tersebut setelah memberi notis selama 15 hari maka seramai 10,000 orang guru yang menjadi ahli KPGMS telah keluar beramai-ramai daripada Umno.

Peristiwa keluarnya 10,000 ahli KPGMS daripada Umno in telah meyaksikan mereka tidak menyokong Umno dan akibatnya mereka menyokong PAS dan hasilnya pada pilihan raya 1959 Umno kalah dan kehilangan pemerintahan di Terengganu dan Kelantan.

Pada peristiwa Keranda 152 pada 3 Mac 1967 pula, di mana 150 pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili 2,000 orang Melayu termasuk guru-guru telah berarak membawa keranda yang bertulis Pasal 152 ke kediaman Tunku Abdul Rahman Putra. Perjuangan mereka berkesan sehingga membawa kepada antara lain, pendidikan dalam pengantar bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan Inggeris pada semua peringkat mulai 1970.

Jadi sekarang rakyat termasuk guru-guru perlu menyatakan undi protes mereka terhadap pemimpin Umno BN yang telah nyata bertindak keterlaluan dalam menindas rakyat seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tata uruskelola yang buruk seperti salah guna kuasa dan rasuah.
Jika dulu warga pendidik dan anak buah mereka berani dalam membawa perubahan, kini guru-guru, apatah lagi yang sudah pencen marilah bersama-sama kembalikan kedaulatan dan martabat negara termasuk bahasanya dengan membuang jauh pemimpin Umno BN yang telah begitu jauh terpesong daripada perjuangan ayah dan datuk nenek mereka sendiri!
Sekarang ini pun dunia pendidikan (sekolah) semakin kelam-kabut, kata seorang guru. Lepas satu isu ke satu isu ditimbulkan pemimpin politik sedangkan yang lama belum diselesaikan. Pihak menanggung beban adalah guru yang bukan saja terbeban dengan gelagat orang politik yang menjadi 'hantu' dunia pendidikan ini tetapi juga anak-anak murid yang semakin sukar diajar; ringkasnya kurang ajar.

Umum sudah mengetahui sekolah dijadikan markas untuk Umno berpolitik. Tokoh politik Umno termasuk Puterinya selalu masuk sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempengaruhi pelajar. Ya, guru-guru pendukung Umno-BN akan berdendang di sekolah, dewan malah bilik darjah dan makmal akan bebas digunakan mereka menjalankan projek masing-masing. Bukankah ini menjadi cukup bahaya. Jika dulu dewan menjadi tempat mesyuarat agung Umno, nanti bilik guru pun jadi markas mereka. Umno apa peduli, masjid dan surau pun mereka salahgunakan untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka sendiri mencanangkan jangan gunakan masjid untuk tujuan politik.

Hari ini dunia pendidikan anak bangsa kita amat huru-hara. Banyak 'hantu' hidup dalam bidang ini, mereka menjadikan dunia pendidikan tempat untuk meraih populariti, lantas menjadi juara rakyat kononnya. Apabila tukar perdana menteri dan menteri, banyak perkara berubah, guru jadi pening kepala. 

Dulu, ketika era PM Abdullah Ahmad Badawi, warga sekolah terutama cikgu diminta memahami dan kemudian menyerapkan fahaman Islam Hadhari di sekolah, kini mereka disibukkan pula dengan pelbagai promosi PM Najib Razak seperti 1Malaysia. Islam Hadhari sudah tercampak ke mana, guru pun tidak ingat lagi 10 Prinsip Asasnya.

Demikian betapa banyak 'hantu' mahu merosakkan kita termasuk di sekolah; jadi guru-guru insaflah dan marilah kita bersama-sama berusaha agar 'hantu-hantu ini' dikalahkan PRU14. Biarlah mereka dipasung bagai syaitan dipasung pada bulan Ramadan. Jika berjaya, tidaklah lagi mereka dapat memperkuda sekolah dan institusi pengajian tinggi kita!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2017 08:31

May 18, 2017

Explaining 'diyat' to society...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************RECENTLY it was reported that the Pahang Pardons Board plans to adopt the Islamic law of 'diyat' as an alternative to grant pardon to convicts awaiting death sentence.The Regent of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah said the system, believed never implemented in other states, had been discussed by the board."This system provides an opportunity for convicts to be given other suitable punishment instead of the death sentence based on the views of the victim's family."This approach is accordance with Islamic law. We can discuss with the families of the victims, and it depends on cases," he said.'Alhamdulillah' (All praise be upon Allah), 'jazak Allahu Khayran' (may Allah reward you with goodness) to the Regent of Pahang for his farsighted views and wishes for the people of Pahang Darulmakmur to live peacefully, harmoniously and bountifulness under the blessing of Allah SWT: one way is by studying and implementing His laws such as the 'diyat'.However, 'diyat' to many, even to Muslims is a 'strange' word or term. I witnessed it during a 'tazkirah' (Islam lesson) at a 'masjid' near my house recently when a young man suddenly stopped and asked the 'ustaz', what is 'diyat' when the ustaz mentioned the word in his lesson.The 'ustaz' gave a brief answer....I guessed the questioner himself would have difficulty in understanding it...actually the 'ustaz' had gave lessons (and still on-going) on 'Fiqh Jinayat' at the 'masjid' on a weekly basis but unfortunately the young man was not a regular attender.From his lessons which I had followed for years now, the 'ustaz' had explained that Islamic criminal laws comprises of 'hudud' (hodoud), 'qisas' (quisas) and 'ta'zir'. 'Hudud' is prescribed by Allah SWT in the Qur'an and 'hadith'. 'Hudud' is His Law and His Rights. In Ayah 229 Surah Al-Baqarah Allah SWT says with the meaning: "For whoso transgresseth Allah's limit: such are wrongdoers." Examples of 'hudud' are punishment to those who committed illicit sex (zina or adultery), accusing people of illicit sex but failed to bring four witness (qazaf), taking alcoholic drinks, stealing, robbing, being apostate and fighting against an Islamic government (bughat).
"Ta' zir' is punishment for crime not measuring up to the strict requirements of 'hadd' (hudud) punishments, although they are of the same nature, or those for which specific punishments have not been fixed by the Qur'an. 
Punishments range from the death penalty for espionage and heresy to flagellation, imprisonment, local banishment, and a variety of fines. Determination of punishment is left to the judge or chief executive, who can vary the punishment according to a number of criteria including who has inflicted the crime and upon whom.
'Qisas' means retaliation, in the case of murder, it means it is the right of their heirs of a murder victim to demand execution of the murderer. 'Qisas' literally means "'pursuing, seeking or to return like for like." From this it also acquired the meaning of "retribution, requital and punishment." The basic rules of 'qisas' are mentioned in the Qur'an.
Allah SWT says, "O you who believe, retribution is prescribed for you in the cases of killing; if a freeman is guilty then the freeman; if a slave is guilty then the slave; if a female is guilty then the female. But if something of the murderer's guilt is remitted by his brother then this should be adhered to in fairness, and payment be made in a proper manner. This is alleviation and a mercy from your Lord; and for him who transgresses after that is a painful chastisement. People of understanding, there is life for you in retribution that you may guard yourselves against violating the Law." (al-Baqarah 2:178-179)
'Qisas' is primarily the right of the family of the victim. Allah says, "...whosoever is wrongfully slain, We have given power to his heir, but let him not commit excess in killing. Lo, he will be helped." (al-Isra' 17:33)
If a person is murdered, then according to the Shari'ah, if the duty of the society and the state to pursue the murderer and to bring him/ her to justice. Once the murderer is found and it is proved beyond any doubt that the murderer killed another person knowingly and offensively, as a pre-meditated murder, then he/she will be given capital punishment. However, the nearest relatives or heirs of the victim have a right to take monetary compensation instead or to forgive the murderer. No one else has right to forgive except the nearest kith and kin of a person. 
As for killing without intention,  the 'ustaz' cited examples such as a person who throws a 'karipap' (curry-puff) to another person's head but unfortunately he dies or a hunter aim and shot his gun at a deer but instead his friend was killed - then the 'killers' are all subjected to 'hukum qisas' with the 'diyat' applicable.
Since murder, according to the Shari'ah, is not only a crime against a family, but also a crime against the society at large, the Muslim jurists have explained that even when the victim's family forgive the murderer, the Muslim judge is allowed to prescribe some punishment (other than the capital punishment) or imprisonment, if the judge sees that the offender needs that for his/ her own correction or as a deterrence for others in the society. 
Thus, we can say that according to the Shari'ah, no one can forgive the murderer except the victim's family and nearest kith and kin. The State cannot forgive a murderer, but the state is allowed to punish the murderer if it is necessary to maintain the safety and security of the society, even if all the relatives of the victim are ready to forgive the murderer.

According to the ustaz, those who committed the crime should be punished accordingly to what they did. If he kills, he must die. Allah SWT says "We have prescribed for thee therein ‘a life for a life, and an eye for an eye, and a nose for a nose, and an ear for an ear, and a tooth for a tooth, and for wounds retaliation;’ but whoso remits it, it is an expiation for him, but he whoso will not judge by what God has revealed, these be the unjust." (Qur'an 5:45)
The Qur'an specifies the principle of 'qisas' (ie, retaliation), but prescribes that one should seek compensation (diyat) and not demand retribution.

So, what is actually ‘diyat’? ‘Diyya’(plural: Diyyat; Arabic:) is compensation paid to the heirs of a victim. In Arabic the word means both blood money and ransom.

The Qur’an directed to pay 'diyat' just according to this law both in case of intentional as well as un-intentional murder. A variation of 'diyat' was present in pre-Islamic Arabia, where it was paid in terms of goods or animals rather than cash.

In Sharia law, 'diyat' should be paid in terms of cash to avoid possible fraud on the part of the criminal In Islamic and Arab traditions, blood money is the fine paid by the killer or his family or clan to the family or the clan of the victim. It is unlawful for a believer to kill a believer except if it happens by accident. And he who kills a believer accidentally must pay 'diyat' to the heirs of the victim except if they forgive him. The tradition finds repeated endorsement in Islamic tradition; several instances are recorded in the Hadith, which are the acts of Prophet Muhammad s.a.w.
According to the 'ustaz', the rate for 'diyat' is based on the number of camels that is the most priced belongings. The full rate is 100 camels.

Killing intentionally was subjected to 'qisas' and 'diyat'. 'Diyat' is only applicable if agreed by kin. If not, 'qisas' would be honoured.

In a class by another 'ustaz' that I followed, he explained unintentional crimes including driving offenses, which resulted in death, could also be subjected to 'diyat'. If the person intentionally rammed into a person to kill him, he is subjected to 'qisas', he had to die, his head executed.

If he unintentionally killed a person in the accident, then he must pay the 'diyat'; that is 100 camels. If he crippled the person, the amount varies from 100 camels, 50 camels and so on.

Paying 'diyat' of 100 camels is no cheap said the 'ustaz'. If a camel costs RM5,000; those who kill unintentionally including in road accidents had to pay RM500,000. 
If three persons die, the payment would be RM1.5 million. Of course this huge amount would make those behind the wheels (drivers) shiver thus avoiding madness and careless driving.
Unfortunately and sadly, the 'ustaz' said the Islamic law mentioned are only for discussion...Subhanallah, are our leaders prepared to implement Islamic laws, which according to the 'ustaz' are perfect on human beings because He who creates knows what's best for His subjects!  
Hopefully, the move by the Pahang Pardons Board to adopt 'diyat' would an eye opener for all, thus all parties and individuals who love Islam must prove their worth - going all out to explain Islamic laws including 'diyat' to society and then implement it!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2017 16:36

May 15, 2017

GST dan Hari Raya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199*********BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN4. Tajuk: Di Dalam Lembah KehidupanPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***********3. Tajuk: Keadilan IlahiPenulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka DiniMuka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus****************2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir Penerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus********1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-BiladiPenerbit: Al-Hidayah PublishersMuka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus***************KETIKA pembaca menatap artikel ini, kita berada di pertengahan bulan Syaaban. Ramadan hampir menjelma dan selepas sebulan berpuasa, umat Islam (di Malaysia hampir semua orang termasuk non-Muslim) akan menyambut 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri, dijangka pada 25 Jun.
Menjelang Ramadan ini, sesetengah ibu bapa khasnya bapa sebagai ketua keluarga sudah 'berpinar biji mata', memikir-mikir bagaimana persiapan mereka menyambut bulan puasa dan raya tahun ini. Tentunya sebahagian besar masalah mereka adalah berkenaan wang di tangan yang akan 'mengalir dengan derasnya' pada musim perayaan ini.
Perbelanjaan pada Hari Raya adalah besar dan apabila ditambah bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam (6) peratus ke atas hampir setiap pembelian barangan dan perkhidmatan, tentunya ia akan menambah beban seseorang ketua keluarga itu.
Jika seseorang itu berbelanja RM1,000 untuk keperluan dapur keluarganya sepanjang Ramadan dan kemudian pada hari-hari awal bulan Syawal, GST yang terpaksa dilunaskannya adalah sebanyak RM60. Itu hanya untuk barangan dapur, bagaimana pula dengan persiapan lain seperti pakaian, perhiasan, kuih muih, urusan balik kampung dan sebagainya.
Dalam banyak kes, perbelanjaan balik kampung itu adalah yang paling tinggi kosnya sehingga pada perayaan sebelum ini ada menteri mencadangkan perantau tidak payahlah lagi balik kampung...berayalah di ibu kota saja!
Bercakap mengenai Aidilfitri ini, tidak lengkap jika tidak dibicarakan mengenai zakat fitrah yang wajib dilunaskan oleh umat Islam berkemampuan. Jika menjelang raya ia berkaitan zakat fitrah tetapi pada sepanjang masa umat Islam berkemampuan juga dikehendaki melunaskan pelbagai zakat lain seperti hasil pertanian, perternakan, perniagaan, wang simpanan dan sebagainya apabila cukup syaratnya.
Apa yang mahu ditekankan di sini, zakat dikenakan ke atas orang berkemampuan ertinya orang kaya...demikianlah tingginya falsafah Islam 'dalam mencukai' orang kaya tetapi tidak ke atas orang miskin yang kehidupan sesetengahnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau 'tak makan langsung'. 
Namun GST yang dibanggakan sesetengah pemimpin negara kita kerana berjaya mengutip hasil sehingga RM40 bilion setahun menggunakan kaedah 'menangkap borong' iaitu mengenakan cukai kepada sesiapa saja - tidak kira miskin atau kaya - orang miskin pun kalau mahu membeli baju Melayu hari raya RM30 dikenakan GST RM1.80! Sandalnya pun kalau dibeli dengan harga RM10, GST-nya 60 sen.
Di negara kita, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-106 pada 22-22 Oktober 2014 ada menyebut bahawa "kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan, Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini."
Namun ada ulama berpendapat fatwa ini adalah lemah, longgar dan tidak tepat pada penghujahan yang menatijahkan hasil pandangan yang tersilap dan tersasar. Antara hujah mereka, cukai itu perlu diambil daripada orang kaya sahaja (mempunyai lebihan kewangan) bukannya daripada orang kaya dan miskin juga.
Mereka merujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "diambil daripada orang kaya mereka dan dipulangkan kepada orang miskin mereka." (Hadis Sahih Bukhari)
Menurut ulama berkenaan syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh sistem percukaian GST kerana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan yang tidak boleh membezakan antara si kaya dan miskin, bukannya berdasarkan pendapatan yang boleh dibezakan antara golongan yang mempunyai lebihan pendapatan dengan yang kurang.
"Apabila cukai diambil juga daripada orang miskin yang tidak berkemampuan, maka berlakulah kezaliman," katanya sekali gus mengesahkan betapa ramai orang miskin yang 'terketar-ketar' untuk mengeluarkan wang bagai menampung kehidupan seharian mereka akan bertambah parah lagi keadaan mereka menjelang Hari Raya nanti!
Demikianlah, rakyat kebanyakan semakin merana di bawah rejim yang zalim ini; oleh itu bersatulah wahai rakyat semua untuk mengakhiri penindasan ke atas orang miskin ini...ya tumbangkan Umno BN pada PRU-14! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2017 16:14

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.