مهاتير محمد's Blog, page 36
April 5, 2016
PROTON
To: Proton car owners and buyers
I feel I owe you all an explanation as to why I resigned as Chairman of Proton.
I was not expelled by Proton management or owners. I decided on my own, for the sake of Proton I should leave. I therefore have no grudge against Proton nor do I want it to fail after I left.
This is because Proton seems to be having difficulties with the Government and for some unknown reason sales of Proton cars have plummeted.
I know I am persona non grata with the Government. I do not want to be the cause of Proton’s inability to recover because of my presence.
I would in fact like to see Proton recover and do well.
So, please, Proton owners and buyers, don’t take it out on Proton because I am no longer the Chairman. Please continue to support Proton.
Proton has great ideas about introducing new models which are of good quality. This month they will launch the new Perdana. Later in the year they will launch the new Persona and Saga.
Proton cannot expect any help from the Government.
Only Proton owners and fans can help Proton. So please help Proton, your national car maker.
1. I am no longer the Chairman of Proton. However I feel a need to merely state the facts.
2. Firstly Proton is now privately owned after it was bought at RM5.50 per share (originally priced RM2.95 but bidding pushed the price up) largely from Khazanah and a few other share holders. Khazanah was supposed to hold shares for Bumiputras but is now representing the Government. Proton is not a GLC (Government Linked Company).
3. Government policy previously was to encourage local contents. All cars manufactured or assembled in Malaysia are entitled to rebates on excess duty based on the percentage of local contents used. Most foreign cars assembled in Malaysia has 30 – 40% local contents. Proton has almost 90% local content. Therefore the rebate for Proton is higher. It is not a privilege for Proton alone. All foreign and local cars enjoy this privilege. Local contents increase the cost of producing the car. This is because the deletion allowance by the foreign company is invariably lower than the cost of the local component.
4. The Government claims to have provided grants, various forms of assistance as well as tax foregone to the take of about RM 13.9 billion in total.
5. Most of this is made up of taxes foregone. Proton records show the following:
(1) RM 1,320 million as tax incentives to Proton also eligible to non-national cars
(2) RM 773.8 million in R&D Grant, Special grant, Stimulus package, eligible to all automotive manufacturers.
(3) 12,532.6 million in customized incentives also eligible to all automotive players.
Total Government contribution from 1985 – to date amounts to RM 14, 631.4 million.
Details of (1), (2) and (3) are appended.
Total contribution by Proton to Government since 1985 totals RM 24, 905 million.
These are made up of the following:
(i) Excise duty from 1985 onwards RM 11,785 million
(ii) Sales tax from 1985 onwards RM 9,470 million
(iii) Corporate tax from 1985 onwards RM 1,410 million
(iv) Import duty from 1985 to 2008 RM 1,403 million
(v) GST from 1/4/2015 RM 28 million
Total RM 24, 095 million
Clearly Proton has paid more to the Government than Government to Proton.
Capital injection by Government in 2 seed funds total RM 400 million. These have been fully paid up. On top of this, Proton had fully funded the 1.8 billion Ringgit Tanjung Malim Plant from its internal coffers which at that point had a staggering total of 4 billion Ringgit.
6. In addition Proton provides jobs for about 12,000 workers at any one time directly, and more than 250,000 souls indirectly. Proton reduced the outflow of funds probably amounting to more than 100 billion Ringgit.
7. Vendors also create jobs and reduce outflow of funds.
8. We can forget the development of engineering capability as our policy now is to encourage imports.
9. Incidentally all the countries exporting cars to Malaysia implement tariff and non-tariff barriers resulting in excluding Proton importation into their countries. This contrast with our policy of allowing foreign cars to enter Malaysia with minimal or no restrictions.
10. It should be noted that Proton has to compete in its own domestic market against the likes of Toyota (10 million cars p.a.), South Korean car makers (5 million cars p.a.), German car makers (6 million cars p.a.) and others.
11. These companies can afford to lose on their cars in Malaysia and recoup in other markets. Apart from economy of scale, Proton cannot access foreign markets except those of poor countries with low Total Industry Volume.
12. Today the Government has no pride in national products. Imports are cheap and there are more consumers than producers. In democracy numbers count. So pleasing the more numerous is more important than national capacity of develop.
April 4, 2016
UMRAH
1.Saya berada di Arab Saudi minggu lepas. Ramai sungguh orang Islam membuat umrah. Keadaan sama seperti membuat ibadah Haji. Berduyun-duyun mereka datang. Diantara mereka terdapat ramai orang Melayu Malaysia.
2.Umrah adalah satu dari ibadah yang sunat bagi orang Islam. Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa.
3.Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?
4.Saya hanya bertanya. Sebabnya kerana saya lihat beratus yang dapat buat umrah yang dibiayai oleh orang tertentu yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.
ENG VERSION
UMRAH
1. I was in Saudi Arabia last week. There were really many Muslims performing the Umrah. The situation is the same as during the Hajj period. They come flocking. Among them were many Malaysian Malays.
2. Umrah is a voluntary act of worship (sunat) for Muslims. I understand that being “sunat”, if performed it earns a reward (pahala) to the practitioner. There is no sin (dosa) if not performed.
3. I wonder what if the money spent in performing the umrah comes from illegal sources, for instance if the money was stolen, whether it would be a legitimate worship and earns reward?
4. I am just asking. The reason is because I see hundreds of people who are able to perform the Umrah financed by certain people with still questionable sources of finance.
April 3, 2016
ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN
1.Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.
2.Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.
3.Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
4.Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.
5.Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.
6.Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.
7.Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.
SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA
1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times
AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB
LUXEMBOURG : Public Prosecutor’s Office, Luxembourg
SWITZERLAND : Swiss Attorney General’s Office
SINGAPORE : Singapore Police Commercial Affairs Department
Monetary Authority of Singapore
USA : U.S. Department of Justice
Federal Bureau of Investigation
HONG KONG : Hong Kong Police
UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office
UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.
FRANCE : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)
`
April 1, 2016
NAJIB PROVEN RIGHT
1. According to newspaper reports the ABC broadcast confirms funds a gift to be used as the PM sees fit.
2. This is good news indeed. Now the Government TV must broadcast the ABC news so that all the people will know how right Najib is.
3. But don’t just broadcast only a part out of context. Show the whole ABC broadcast to prove Najib’s innocence. Only then will the people be reassured. Be truthful and establish that Najib only speaks the truth, the whole truth and nothing but the truth.
4. To show that he is innocent, since the task force of four has been emasculated, set-up a proper neutral commission to investigate the donation from where the previous task force was stopped from finishing their work.
5. Mere statements from the Government, in particular by the discredited politicians, are not convincing as far as the public is concerned.
6. We need to have the letter-writer who claimed he donated the money to answer questions regarding his source of wealth, his bank, the manner of his transfer of huge sums to Najib’s private account. There is also a discrepancy between the date on his letter and the time when the public found and questioned the money in the private account of Najib in 2014.
7. This letter of 1st Nov 2011 answers all the questions which were asked only in 2014 after the Wall Street Journal exposed about the USD 681 million in Najib’s personal account. If the letter is to be believed transfers of money including the stated USD 375,000,000 were made in different sums repeatedly through a company bank called Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd which is a British Virgin Islands company which the US Blackstone Group denies any knowledge of.
8. This letter which is supposed to prove that the money is a gift, is full of inconsistencies with regard to dates, amounts of money and frequency of disbursement.
9. It is as if the writer, purported to be “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” knew in 2011 that in 2014 the existences of the “gifts” would be discovered, exposed and explanations would be required. It is an amazing case of prescience.
10. But the broadcasting of the whole 1 hour episode by ABC will clear everything.
March 31, 2016
MEDIA RELEASE
NOTE TO EDITOR
Tun Dr Mahathir bin Mohamad has resigned as Chairman of Proton Holdings, effective March 30, 2016.
A letter of resignation has been sent to Group Managing Director of DRB-HICOM Berhad, Dato Seri Syed Faisal Albar yesterday.
Dr Mahathir has also relinquished his post as the Chancellor of Universiti Teknologi Petronas, also effective Mar 30, 2016. His decision has been communicated to UTP Rector Datuk Abdul Rahim Hashim.
Apart from that, Dr Mahathir has also resigned as the advisors to the Langkawi Development Authority (LADA) and the Tioman Island Development Authority (TIDA). The Chief Secretary to the Government has been informed of these resignations.
Office of Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31st March 2016
March 28, 2016
KIT SIANG DAN DR MAHATHIR
1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa.
March 18, 2016
DEMOKRASI DAN NAJIB
3. Hanya dengan undi ahli sahaja pemimpin boleh dijatuhkan atau dinaikkan.
4. Demikian apabila Dato Onn mencadang membuka parti kepada semua rakyat Malaya, UMNO tolak. Dengan itu Dato Onn letak jawatan dan Tunku dipilih untuk menggantinya. Tidak ada percubaan oleh Dato Onn sebagai Yang Dipertua UMNO memaksa UMNO mengekalkan dirinya.
5. Kemudian selepas mencapai prestasi yang kurang baik dalam PRU 1969, Tunku, apabila sedar dianya tidak popular lagi menyerah kepimpinan UMNO kepada timbalannya Tun Razak walaupun Tunku khuatir akan kesetiaan Tun. Tunku letak jawatan dan peralihan kepimpinan UMNO berlaku tanpa masalah.
6. Pada tahun 1987 Tengku Razaleigh dan Musa Hitam mencabar saya sebagai Presiden parti. Kempen bebas dilakukan oleh kedua-dua pihak. Tidak ada siapa yang dipecat. Ada menteri yang memihak kepada Team B. Mereka bebas berkempen diseluruh negara. Tidak ada arahan menyekat pemimpin Team B berjumpa dengan bahagian, cawangan atau ahli UMNO. Tidak ada apa-apa ugutan untuk dibuang dari parti. Tiada siapa yang dibuang dari parti atau disoal oleh polis.
7. Pengundian dibuat secara bebas semasa mesyuarat agung parti. Semua pemimpin dan ahli mengundi secara sulit.
8. Hasilnya saya menang hanya 43 undi dan Encik Ghaffar Baba 41 undi walaupun 80% dari bahagian-bahagian mencalonkan kami berdua.
9. Selepas itu kabinet disusun semula dan beberapa menteri dari Team B diterima masuk kabinet.
10. Tengku Razaleigh membawa kes ke mahkamah dan UMNO hilang kesahihannya dan didakwa haram.
11. Dalam menyusun semula ahli-ahli UMNO bebas untuk kembali kepada UMNO atau menyertai Parti Semangat 46.
12. Demikian juga apabila prestasi Tun Abdullah kurang baik, Najib dapat mempengaruhi Abdullah supaya bersara dan menyerah jawatan Presiden kepadanya. Peralihan berlaku tanpa sesiapa digugur daripada UMNO atau letak jawatan.
13. Semua peralihan kepimpinan UMNO berjalan dengan licin dan demokratik. Sepatutnya Najib juga harus guna cara ini dan membenar suara ahli didengari, perbahasan diadakan secara bebas berkenaan prestasinya.
14. Tetapi tidak.
15. Najib bertindak keras dan mengguna kuasa sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri untuk menghalang sesiapa yang cuba mempengaruhi kedudukannya.
16. Sesiapa yang menegurnya disingkir dari UMNO. Ada yang disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas, kononnya mereka ‘terrorist’, pengganas.
17. Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada bulan Disember 2015 jumlah pemerhati dihadkan. Wakil tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.
18. Sepatutnya Timbalan Presiden menyampaikan ucapan pembukaan bagi persidangan pemuda, wanita dan puteri. Tetapi Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin, tidak dibenar.
19. Hanya Najib seorang sahaja yang berucap dalam pembukaan dan penutupan.
20. Tidak ada perbahasan yang serius sepanjang persidangan.
21. Dengan tindakan-tindakan ini ahli dan pemimpin UMNO hilang suara kerana takut. Timbalan Presiden dan seorang dari Naib Presiden dilucutkan jawatan tanpa melalui proses pemecatan dari parti.
22. Ketua-ketua bahagian diarah oleh Najib supaya tidak bincang berkenaan 1MDB dan Ringgit 2.6 billion dalam akaun peribadinya. Hanya penjelasan Najib bahawa duit itu adalah derma dari orang Arab yang ketua bahagian mesti terima.
23. Diperingkat Kerajaan pula perpisahan kuasa antara badan perundangan, pentadbiran dan badan kehakiman sudah diketepikan oleh Najib. Semua kuasa dirampas oleh Najib. Dengan ini pentadbiran termasuk polis dan institusi kehakiman tidak lagi bebas untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Najib mengarah semua gerak-geri mereka. Mereka terpaksa ikut arahannya supaya menolak sebarang siasatan terhadap dirinya.
24. Yang jelas ialah jentera parti dan jentera Kerajaan sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi. Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk mendapat perlindungan dari parti atau Kerajaan, hak untuk menaik dan menurun pemimpin. Majoriti ahli parti berada dalam ketakutan atau terlalu selesa dengan layanan yang diberi oleh Najib.
25. Sebab itulah tindakan diluar parti terpaksa diadakan.
26. Jika ramai ahli-ahli UMNO berani menolak Najib melalui suara ramai, kerjasama dengan parti lawan semata-mata untuk penyingkiran Najib dan tidak untuk lain, tidak perlu dibuat.
27. Parti lawan juga ingin menyingkir Najib bukan kerana mereka bersetuju dengan pendirian bekas-bekas pemimpin parti Kerajaan tetapi kerana mereka sedar akan kerosakan kepada negara dan jentera pentadbiran yang sedang dilakukan oleh Najib yang juga mempunyai kesan buruk kepada mereka.
28. Oleh kerana ini mereka juga berpendapat Najib perlu disingkir. Pendapat mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin UMNO dan kebanyakan rakyat.
29. Oleh kerana kongkongan UMNO dan ahli-ahlinya oleh Najib dan mereka sendiri tidak mampu membuat apa-apa, maka suara rakyat, diluar UMNO, termasuk suara parti lawan perlulah digabung untuk memberi kekuatan dan kejayaan kepada usaha menyingkir Najib.
30. Najib akan main isu Kit Siang dengan saya supaya ahli UMNO terpesong dari tujuan Deklarasi Rakyat sepertimana ia memesong demonstrasi Bersih yang bertujuan menjatuhkannya kepada kononnya demonstrasi Bersih adalah percubaan orang Cina untuk menjatuh Kerajaan Melayu dan baju merah pun berdemonstrasi melawan Cina.
SURAT KEPADA AHLI-AHLI CAWANGAN UMNO
Saudara-saudari sekalian,
Assalamualaikum,
Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.
Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.
Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.
Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.
Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.
Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga
Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
Terima Kasih
Selamat bersidang
Dr Mahathir bin Mohamad
18 Mac 2016
March 14, 2016
SACKING AND POPULARITY
1. I have been sacked from Petronas. The decision was made by the Cabinet. It must be very important to the Government.
2. Actually I had resigned from Petronas quite some time ago. But Petronas refused to accept my resignation or the allowance which I sent back. They insisted on putting into my account my monthly allowance. I resigned then because I did not think I should be a non-advising adviser and being paid for doing nothing.
3. Now Najib’s supporters want to have me sacked from Proton and the Perdana Leadership Foundation (PLF). These two do not belong to the Government. But of course that is a minor obstacle for a Government which can charge anyone under a law to curb terrorism. Nasty things can be done, like threatening to bankrupt Proton or harassing the people who set up PLF so that I would be thrown out. This is of course entirely democratic.
4. The free press in Malaysia says Najib is getting stronger and more people are supporting him. Just look at the pictures of the people supporting him. They all wear red shirts and some UMNO leaders show placards with ”Solidariti bersama Najib”.
5. Obviously their show of support is spontaneous, so spontaneous that they immediately bought the red shirts and printed the “Solidarity with Najib” cards in time for the photographers.
6. Really Najib is very popular. But some recalcitrant may not think so. Even a red-shirted demonstration organised by Jamal Yunos, participated in by Felda people brought by bus and given free meals to counter the Bersih demo which according to Najib’s supporters was organised by the Chinese to overthrow a Malay Government, has not convinced people about Najib’s popularity.
9. What really would convince people would be a national referendum or poll in which every voter in the country can express his support of Najib. Perhaps it would also be useful to show how Dr Mahathir (that’s me) is wrong in exposing his financial scandals.
8. Just a simple question would suffice: Najib-tick, Mahathir-cross or the other way depending on who you support. Malaysians are familiar with voting.
9. The referendum should be conducted by a reliable foreign public opinion company, overseen by representatives of the two people concerned.
10. I give an undertaking that if Najib wins in the national referendum, I will stop asking him to resign. I will not say anything more about 1MDB, the 2.6 billion Ringgit and the mansions in UK, US and Hollywood or the “Wolf of Wall Street” pornographic film. Najib can continue to be the Malaysian PM for life.
11. But if I get more votes, it means the rakyat accepts what I have highlighted about Najib’s financial wrongdoings as true, then he should resign.
12. This way we can settle the question of Najib’s popularity and what the rakyat thinks of his financial scandals once and for all.
13. The alternative is to wait for the National Security Council Act to be signed by the Agong or to wait for one month if he doesn’t, when the Act would be enforceable. Then Najib can arrest and detain without trial this pesky ex-PM. I am getting messages that this is what awaits me if I don’t cease and desist, I don’t tone down.
VERSI BM
PEMECATAN DAN POPULARITI
1. Saya telah dipecat dari Petronas. Keputusan itu dibuat oleh Kabinet. Ini mestinya sangat penting bagi Kerajaan.
2. Sebenarnya saya telah pun meletak jawatan dari Petronas beberapa lama yang lalu. Tetapi Petronas enggan menerima peletakan jawatan saya atau menerima elaun yang saya kembalikan. Mereka berkeras memasukkan ke dalam akaun saya elaun bulanan saya. Saya meletak jawatan itu kerana saya fikir tidak perlu saya menjadi penasihat yang bukan menasihati dan dibayar gaji untuk tidak melakukan apa-apa.
3. Sekarang ini penyokong Najib mahu saya dipecat daripada Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP). Kedua-dua bukan milik Kerajaan. Tetapi ini sudah tentu adalah hanya halangan kecil untuk sebuah Kerajaan yang boleh membuat tuduhan terhadap sesiapa di bawah undang-undang untuk membendung keganasan. Perkara-perkara yang jahat boleh dilakukan, seperti mengancam untuk membankrapkan Proton atau mengganggu orang-orang yang mendirikan YKP supaya saya akan dibuang. Ini sudah tentunya democratic sepenuhnya.
4. Media yang bebas di Malaysia menyatakan Najib semakin kuat dan lebih ramai orang menyokong beliau. Lihat sahaja gambar-gambar rakyat menyokong beliau. Mereka semua memakai baju merah dan beberapa pemimpin UMNO menunjukkan sepanduk “Solidariti Bersama Najib”.
5. Jelas sekali persembahan sokongan mereka adalah spontan, terlalu spontan sehingga mereka dengan segera membeli baju merah dan mencetak kad “Perpaduan Dengan Najib”, sempat untuk jurugambar-jurugambar.
6. Sesungguhnya Najib adalah sangat popular. Tetapi beberapa orang keras kepala tidak berfikir demikian. Sekalipun demonstrasi berbaju merah yang dianjurkan oleh Jamal Yunos, diambil bahagian oleh orang-orang Felda yang dibawa dengan bas dan diberikan makanan percuma untuk menentang demo Bersih yang, menurut penyokong Najib, dianjurkan oleh Cina untuk menggulingkan Kerajaan Melayu, masih tidak meyakin rakyat mengenai populariti Najib.
9. Apa yang sebenarnya akan meyakinkan orang ramai ialah referendum atau pungutan suara di mana setiap pengundi di negara ini dapat meluahkan sokongan mereka terhadap Najib. Mungkin ia juga berguna untuk menunjukkan bagaimana Dr Mahathir (saya tu) adalah salah dalam mendedahkan skandal kewangan beliau.
8. Hanya satu soalan yang mudah sudah memadai: Najib – pangkah, Mahathir – silang, atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.
9. Referendum ini perlu dikendalikan oleh sebuah syarikat pendapat umum asing yang dipercayai, diselia oleh wakil-wakil daripada kedua-dua orang yang berkenaan.
10. Saya memberi jaminan bahawa jika Najib menang dalam referendum negara ini, saya akan berhenti meminta beliau meletakkan jawatan. Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion ringgit dan rumah-rumah besar di UK, Amerika Syarikat dan Hollywood atau filem lucah “Wolf of Wall Street”. Najib boleh terus menjadi PM Malaysia seumur hidup.
11. Tetapi jika saya mendapat lebih banyak undi, ini bermakna rakyat menerima apa yang saya telah menekankan mengenai salah laku kewangan Najib sebagai benar, maka beliau perlu meletak jawatan.
12. Menerusi cara ini, persoalan mengenai tahap populariti Najib dan pandangan rakyat tentang penyelewengan/skandal kewangan beliau dapat diselesaikan dengan secara muktamad.
13. Alternatifnya adalah untuk menunggu Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh Agong atau menunggu selama satu bulan jika dia tidak, apabila Akta ini akan dikuatkuasakan secara otomatis. Kemudian Najib boleh menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bedebah bekas PM ini. Saya mendapat mesej-mesej bahawa ini adalah apa yang menanti saya, jika sekiranya saya tidak kurangkan dan berhenti, jika saya tidak turunkan nada.
March 13, 2016
NAJIB AND HIS ACHIEVEMENTS
1. Prime Ministers need not follow the policies of their predecessors. They are entitled to formulate their own policies and strategies. But the people have a right to evaluate their performance. The right includes approving, criticising or rejecting the work of the PM. The right of the people includes overthrowing the new PM through peaceful and legal means. The fact that the PM is elected does not mean he cannot be removed before his term. Elected people have been removed or terminated from office for various reasons all over the democratic world.
2. There was a lot of expectations on the part of the people when Najib took over from Abdullah, also an elected PM. He resigned in 2009 and Najib as Deputy PM took over. This is by tradition, not because of any particular rule or law.
3. The expectations of the people that Najib would undo some of the wrong policies of PM Abdullah very quickly faded. This is because he continued the policies of Abdullah which caused the latter to lose five states in the 12th General Election. Najib also introduced policies which undermined the independence of Malaysia and contributed to negative perception of the country.
4. Among these are the following :-
1) He seeks the permission of the Singapore PM for the building of the bridge to replace the Malaysian part of the causeway. Later he asked the Singapore PM when he wanted to build the high-speed train. In both cases he was rejected. He doesn’t seem to be in full charge of the affairs of his own country.
2) He employed European consultants to advise him on the policies for the nation. This cost Malaysia RM 7 billion. These consultants did not understand the multi-racial character of Malaysia and the sensitivities of the people. The result is greater racism and tension between the races in Malaysia. The Chinese who before supported the BN, rejected him completely in 2013.
3) He actually employed Europeans to work in the PM’s department. Their influence over him led to his becoming insensitive to local conditions.
4) He set up agencies outside the Government to direct the affairs of the Government and disregarded the EPU and ICU in the planning and implementation of Malaysia’s development.
5) He paid these agencies, of which Pemandu is a major one, salaries and perks not in accordance with the Government salary scheme i.e. very much higher. He did not follow Government procedures and disregard the relevant authorities when doing this.
6) He increased the budget of the Prime Minister’s Office very many times more. There are so many Ministers in the Prime Minister’s Office. His cabinet is the biggest in Malaysian history.
7) He created jobs with high salaries for people he retired from service so that they will support him irrespective of his wrongdoings.
8) He had a lavish life-style and spent well beyond the means of a
Malaysian Prime Minister for his daughter’s wedding.
9) He kept the Ministry of Finance under him together with his job as Prime Minister. This gives him full control over the financial affairs of Government. He was thus able to borrow from Government funds and fix the very low price of Government land when selling to 1MDB.
10) Failing to take over the management of the Terengganu Investment Agency, he set up 1 Malaysia Development Berhad, a company with 1 million Ringgit capital from the Government.
11) He appointed himself as adviser to the company. Obviously anything that is done must be with his knowledge.
12) He borrowed for 1MDB altogether 42 billion Ringgit at high commission and interest rates, which a company with 1 million Ringgit as capital would never be able to do. Effectively the loan is guaranteed by the Government.
13) He then bought private power plants at 12 billion Ringgit. This is well above market prices. He also took over debts amounting to 8 billion Ringgit incurred by a power plant. Later he sold the power plants to China at a loss.
14) 1MDB formed a J.V. with an Arab company called Petro Saudi.
15) This company was said to have two oil concessions in Argentina and Turkmenistan. To date the concessions appear not to have been exploited. Even the existence of the concessions are doubtful.
16) 1MDB paid more than 1 billion US dollars for its share of the J.V.
17) The J.V. was terminated some months later.
18) Instead of getting back the money, Najib lent the 1 billion USD plus another 0.8 billion dollars to the Saudi partner.
19) Where the money is today is not clear as the explanations given are not verified with credible documents.
20) Large sums of money were invested in Cayman Islands.
21) Then we are told the money has been brought back. But most of the money is deposited in a Singapore bank. Then the bank said no money is in the bank. 1MDB then claims it is not money but units. No documentary proof is given, certainly not what the units are worth.
22) 1MDB did not bring back the money to Malaysia because Bank Negara might question the source of the money. This is clear admission that there is something wrong with the money.
23) Suddenly it was reported by the Wall Street Journal that Najib had USD681 million (about 2.6 billion Ringgit) in his secret private account in Ambank.
24) He denied at first; then admitted, saying that it was a gift; then that it was a donation to ensure he won the election; then it was a donation from Arabs who appreciated his fight against Muslim terrorists; and finally that it was a donation from the late Saudi King. The source of the money is still not proven.
25) Now a Saudi Minister said there is no record of a gift, that probably it was a Saudi investment. The amount was not so big, he said.
26) No matter how he got the money but the amount is too big to be a donation. No PM of Malaysia should accept that amount of money especially from a foreign national. Certainly it should not be a personal gift.
27) Money in any person’s account, whether from profits or borrowed or gift must be declared to the income tax department even if it is not
subject to income tax. Apparently the Internal Revenue Board is not able to verify from official records about how the acquisition or existence of this money was done. There is also no clear report about the money by Bank Negara to determine whether it is being laundered.
28) Then the money is said to have been withdrawn and deposited in
Singapore banks.
29) And the Singapore Government is said to have frozen the account.
30) In Malaysia four Government institutions formed a Task Force to investigate the money.
31) Before the report could be made Najib disbanded it by sacking the Attorney-General, putting fear of arrest of the Bank Negara Governor. The Anti-Corruption Commission head went on leave. Only the police continued to function but is silent on the results of the work of the task force. The police is the only member of the task force which has not made a report. Yet the police should be the first to lodge a report to the A.G.
32) Bank Negara and MACC submitted separate reports on the money in Najib’s accounts to the new A.G.
33) Both reports were dismissed by the new A.G. claiming Najib had done nothing wrong.
34) Then the A.G. declared that the balance (2.03 billion RM) had been returned to the Saudis. How this was done when the accounts are frozen is not explained.
35) Malaysians feel ashamed of the reports by influential foreign newspapers about Najib’s questionable management of 1MDB and the huge sum of money in his personal account. When travelling abroad, Malaysians who used to be complimented for their country’s successes are ashamed at being asked about what is happening to their country?
36) Malaysians are ashamed that Malaysia is rated as among the ten most corrupted country in the world and Najib is regarded as the most incompetent Finance Minister.
37) Although Najib threatened to sue, he did not until now, even when the Wall Street Journal and other papers revealed more and more unsavoury stories about him and 1MDB losses as well as the money in his private account. The amount involved is now reported to be RM4 billion.
38) Malaysian papers are not allowed to report on 1MDB except the
explanation by the Government.
39) All the institutions of Government which are tasked with protecting the citizen’s well-being have now been undermined by Dato’ Seri Najib so that people fear these institutions instead of relying upon them to secure their freedom and well-being.
40) It is because of all these that the citizen of Malaysia call for his removal.
مهاتير محمد's Blog
- مهاتير محمد's profile
- 141 followers
