مهاتير محمد's Blog, page 33
July 12, 2016
THE DUMB PEOPLE
1.I am told that Sarawak Report had somehow gotten hold of the top secret Auditor General’s report on 1MDB. And they say the A.G.’s report is damning. There were so many wrong things, even criminal things done by 1MDB people and the Chairman of the Board of Advisors, which warrant criminal charges being initiated against the Chairman and the staff of 1MDB.
2. But as we all know the other A.G. – the Attorney General declared that the Auditor General’s report did not show that Najib had done anything wrong or criminal. The A.G. dismissed the other A.G.’s report but he then invoked the Official Secrets Act to prevent members of the public from accessing the contents.
3.Obviously the two A.Gs, the staff of Auditor General’s and the Attorney General’s offices and the Public Accounts Committee know the contents of the A.G.’s report. But they are not talking. Their lips are sealed.
4.Then the Finance Minister II resigned from all his posts. He has not explained why he took that drastic action. He is going to Jordan to study religion. Seems that his lips are also sealed. He is dumb now.
5.Looking at the people involved in the setting up and the management of 1MDB, one must conclude that they were chosen because they were dumb. And there must be a lot of these dumb people around. Some quickly resigned, others took a longer time. Some must have been removed or transferred or retired. But the common disability they all suffer from is their inability to talk. They may also be deaf but they are certainly dumb.
6.There is I believe a law about covering up criminal acts. Even dumb people are not exempted from this law. They may be dumb but they are not so stupid that they cannot distinguish between right and wrong. They can read and they can understand.
7.A court of law may not take kindly to their plea of being dumb. They may claim they have been coerced into being dumb. One person may be. Even two or three. But a whole army of people cannot possibly be coerced into dumbness. Their pleas would be rejected by the courts.
8.Then there is a matter of conscience. But there are those who gleefully embellish what they know by telling lies. They cannot be so illiterate as to be unable to read. The press, the alternative media and the specialist investigators like the WSJ and Sarawak Report cannot possibly be fabricating all the massive cheatings the 1MDB is involved in. Until the original report is made public, claims by the stooges that they were all lies cannot be believed.
9.Today you may act dumb. But the time will come when the pretext is no longer excusable. Even if you turn religious, the cover-up will not hold.
10.A third group is made up of people who had been fed with dedak (bran). And the fourth is made up of the mindless supporters. This group believe that a President who is also a party leader is entitled to do anything he likes, including stealing Government money no matter how much. A million or a billion does not matter. It’s only about changing “m” to “b” and adding three more zeroes – i.e. adding nothing. For these people, “theirs not to reason why, theirs but to do and die”. “My President may he always be in the right, but my President right or wrong”. That is their mentality.
11.Between all these dumb people the country is going to the dogs. But who cares!!
12.The day of reckoning will surely come. It will come before the Muslims among them meet their Maker. Mouths will open and words will pour out. Religions will not absolve you. Performing the Hajj, especially with stolen money will not absolve your sins. You will get your just deserts.
VERSI BM
ORANG BODOH
1. Saya diberitahu bahawa Sarawak Report, entah bagaimananya, telah dapat memperolehi laporan Audit Negara mengenai 1MDB yang paling rahsia. Dan mereka berkata laporan Audit Negara itu adalah menjahanamkan. Terdapat begitu banyak perkara yang salah, malah perkara-perkara jenayah yang dilakukan oleh orang-orang 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat, yang mewajarkan tuduhan jenayah diambil terhadap Pengerusi dan kakitangan 1MDB.
2. Tetapi seperti yang kita semua tahu A.G. yang satu lagi itu (Attorney General) – iaitu Peguam Negara telah mengisytiharkan bahawa laporan Ketua Audit Negara tidak menunjukkan bahawa Najib telah melakukan sebarang kesalahan atau jenayah. A.G. ini menolak laporan A.G. yang satu lagi dan beliau kuatkuasakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai mengakses kandungan laporan.
3. Jelas sekali kedua-dua A.G., kakitangan pejabat Audit Negara dan pejabat Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengetahui kandungan laporan Audit Negara ini. Tetapi mereka tidak bercakap. Bibir mereka dimeteraikan.
4. Kemudian Menteri Kewangan II meletak jawatan daripada semua jawatan. Dia tidak menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan yang drastik itu. Dia akan ke Jordan untuk belajar agama. Nampaknya bibirnya juga dimeterai. Dia membisu sekarang.
5. Jika melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa mereka itu telah dipilih kerana mereka bodoh. Dan mesti ada banyak orang-orang bodoh sebegini di persekitaran. Sesetengahnya meletak jawatan dengan cepat, yang lainnya mengambil masa yang lebih lama. Sesetengahnya mungkin telah dihentikan atau dipindahkan atau bersara. Tetapi kecacatan umum mereka semua adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap. Boleh jadi juga mereka pekak, tetapi sudah pasti mereka semuanya adalah bodoh.
6. Saya percaya terdapat undang-undang mengenai menutup perbuatan jenayah. Bahkan orang-orang bodoh pun tidak dikecualikan daripada undang-undang ini. Mereka mungkin bodoh tetapi mereka tidak sebegitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan di antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh memahami.
7. Mahkamah undang-undang mungkin tidak dapat menerima dengan baik pengakuan bahawa mereka bodoh. Mungkin mereka boleh mendakwa bahawa mereka telah dipaksa untuk bertindak bodoh. Kemungkinan seorang. Mungkin juga dua atau tiga. Tetapi sekumpulan manusia yang besar tidak mungkin dapat dipaksa untuk bertindak bodoh. Hujahan mereka akan ditolak oleh mahkamah.
8. Kemudian timbul persoalan perasaan yang ada dalam hati nurani. Tetapi terdapat mereka yang dengan penuh cerianya memperindahkan apa yang mereka tahu dengan membuat pembohongan. Tidak mungkin mereka begitu buta huruf sehingga tidak boleh membaca. Akhbar, media alternatif dan penyiasat pakar seperti WSJ dan Sarawak Report tidak mungkin dapat mereka-reka semua penipuan skala besar yang melibatkan 1MDB. Sehingga laporan asal diisytiharkan awam, tuntutan oleh konco-konco mereka bahawa semuanya adalah pembohongan tidak boleh dipercayai .
9. Hari ini anda boleh bertindak bodoh. Tetapi akan tiba masanya apabila helah ini tidak dapat dimaafkan. Walaupun anda berselindungkan agama, pengelakan tidak akan bertahan.
10. Kumpulan ketiga terdiri daripada mereka yang telah diberi makan dedak (bran). Dan yang keempat terdiri daripada penyokong yang tidak boleh berfikir. Kumpulan ini percaya bahawa seseorang Presiden yang juga seorang pemimpin parti berhak untuk berbuat apa-apa saja yang beliau suka, termasuk mencuri wang Kerajaan tidak kira berapa banyaknya. Satu juta atau satu bilion tidak mengapa. Ianya hanya melibatkan perubahan “m” kepada “b” dan menambah tiga lagi sifar – iaitu menambah kosong. Bagi mereka, “bukan mereka untuk menyoal sebab mengapa, tetapi bagi mereka ialah membuat samapai mati”. “Presiden saya, semoga dia sentiasa berada di landasan yang betul, tetapi dia Presiden saya, betul atau salah”. Itulah mentaliti mereka.
11. Di antara semua orang-orang yang bodoh ini, negara ini akan musnah. Tetapi siapa yang mempedulikan !!
12. Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam di kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurahkan keluar. Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri, tidak akan menebuskan dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal.
July 4, 2016
RASUAH II
Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada pembaca blog ini
1. Dalam Pilihanraya Kecil baru-baru ini ramai daripada pengundi gembira menerima duit, beras dan alatan elektrik.
2. Mereka tentu tahu mereka telah menerima suapan rasuah. Yang memberi pun tentu tahu mereka melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga di sisi agama yang mereka anuti.
3. Kerana rasuah inilah, pihak yang menyogok mendapat kemenangan.
4. Kemenangan yang didapati dengan cara tidak halal bukanlah kemenangan yang sebenar. Seperti mana barangan yang dicuri tidak halal diguna atau dimakan, demikian juga kemenangan itu tidak halal.
5. Di dunia ini mereka tidak dapat dihukum kerana mereka sendiri yang berkuasa ke atas proses mendakwa dan menghukum. Tetapi perbuatan tidak mendakwa dan menghukum juga salah dari segi undang-undang duniawi serta agama. Ini juga melipatgandakan kesalahan dan dosa perlakuan mereka. Sogokan yang diberi dan diterima oleh penerima sudah dua kali haram.
6. Punca duit yang disogok juga haram kerana ia didapati dengan cara haram. Mereka yang menerima dengan ini menerima duit tiga kali haram.
7. Dalam Islam kita diberi hak bertaubat. Tetapi taubat kita hanya diterima Allah s.w.t. jika kita tidak mengulangi perbuatan salah yang telah kita lakukan. Mereka yang menunggu-nunggu untuk sogokan dimasa hadapan harus ingat pesanan dalam Al Quran berkenaan bertaubat.
8. Rasuah adalah suatu jenayah yang keji dan kotor. Ia merosakkan masyarakat, menindas yang miskin, menghalang kemajuan dan kesejahteraan, melemahkan dan mempermudahkan penjajahan oleh bangsa lain.
9. Mereka yang cuba menghalalkan rasuah tetap termasuk dalam golongan penjenayah yang berdosa. Lebih buruk lagi ialah mereka yang tahu akan larangan agama terhadap rasuah namun mereka cuba halalkan rasuah. Dosa mereka tentu berlipatganda jika kerana mereka dakwa bahawa rasuah itu halal maka orang lain akan menerima rasuah.
10. Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.
11. Harapan masyarakat kepada undang-undang mencegah rasuah tidak mungkin berjaya sepenuhnya. Undang-undang melarang mencuri mungkin mengurangkan jenayah ini tetapi tidak menghapus pencurian. Sudah tentu jika mereka yang dipertanggungjawab menguatkuasa undang-undang pencegahan rasuah, mereka sendiri mengamal rasuah, maka undang-undang tidak bermakna lagi. Lebih buruk lagi ialah apabila undang-undang mencegah rasuah diguna untuk tujuan lain, untuk politik umpamanya. Rasuah sejuta dikena tindakan, rasuah berbillion dihalalkan.
12. Sebenarnya penolakan rasuah sebagai satu budaya dan nilai hidup sahaja yang boleh mengurangkan perlakuan rasuah. Benar rasuah terdapat dimana-mana sahaja. Tetapi ia amat berkurangan jika budaya masyarakat atau bangsa itu memandang keji dan menolak rasuah.
13. Untuk ini orang atasan khususnya pemimpin hendaklah menunjuk teladan yang baik. Lebih-lebih lagi pemimpin perlu tentukan pendidik memberi tekanan dalam mendidik pelajar dari peringkat tadika sehingga ke sekolah.
14. Sesungguhnya negara ini sedang menuju kehancuran kerana rasuah diperguna secara meluas untuk menguasai segala-galanya.
ENG VERSION
CORRUPTION II
My wife and I wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin to all Malaysians, especially to readers of this blog.
1. In the recent by-election many of the people of the electorate were happy to receive money, rice and electrical appliances.
2. They certainly know what they had received were bribes. The giver would also certainly know what they did was wrong in the eyes of the law and also in the eyes of religion they profess.
3. It was because of this corruption, the party that bribed was victorious.
4. Victory obtained by illegitimate means is by no means a real victory. Just as all stolen goods are illicit to use or consume, so is victory that is not legitimate.
5. In this world they cannot be punished for the power to prosecute and judge rests with them. But the acts of not prosecuting and punishing are also wrong in worldly laws and in religion. This multiplies the wrongs and sins of their act. Bribery given and received by the receiver are illegal twice over.
6. The money used for bribery is also illicit as they were acquired through illegal means. Those who received the money were actually receiving money illegally three times over.
7. In Islam we are given the right to repent. But we will only receive mercy from Allah s.w.t. if we do not repeat the wrongs we have done. Those waiting for a bribe in the future will have to bear in mind the decree of the Quran regarding repentance.
8. Corruption is a heinous and dirty crime. It destroys society, oppresses the poor, hinders progress and harmony, weakens and facilitates colonization by other nations.
9. Those who are trying to legitimize corruption remains as one of those criminals who have sinned. Even worse are those who know that religion prohibits corruption but nonetheless they try to legitimize corruption. Their sins would certainly multiply if because of their claim that corruption is lawful others will accept bribes.
10. It is very sad indeed that most of the people who take bribes and receive bribes are Muslims. This is because there is no pressure by those responsible in educating the importance of prohibiting corruption and the importance of rejecting it. Therefore it is not included in the value of life held as part of the culture of Muslims in Malaysia, at least.
11. Hope of society on anti-corruption laws may not fully succeed. Laws prohibiting thefts may reduce but will not eliminate the crime of theft altogether. Certainly if those given the responsibility of enforcing the law against corruption are themselves corrupted, then the law itself is meaningless. Even worse is when laws to prevent corruption are used for other purposes, for instance politics. Corruption involving a million is liable for action, corruption involving billions legitimized.
12. In fact, it is only the rejection of corruption as a culture and a life value alone that can reduce corruption. True there is corruption everywhere. But it is very much reduced if the culture of society or the people despises and rejects corruption.
13. For this, people at the top, especially senior leaders, should show good examples. More so leader need to assure that educators give emphasize in educating students from kindergarten to schools.
14. Indeed, the country is heading towards destruction as corruption is widely used to control everything.
July 1, 2016
POLITICIANS
1. There are politicians and politicians. How they behave and how they react cannot fit into any mould.
2. When I was Prime Minister I was called all kinds of names. I was labelled an ultra, a firaun or pharoah, mahazalim, dictator, you name it, just anything derogatory or insulting or demeaning, and I have had it.
3. I did not take any action against them, I did not threaten them, I did not ask the police to question them, I did not arrest, detain and charge them for being terrorists, for sabotaging Malaysia’s banking system, sabotaging Malaysia’s economy.
4 And I did not threaten to sue them, nor did I sue them.
5. I was and am a politician. Being cursed, being called names, being accused of corruption or nepotism, being asked to step down, having your portraits being torn down etc. etc. – these are all to be expected. If you cannot stand these, then don’t be a politician.
6. It is different of course if the accusations and rabble rousings are directed at the Government. Still even the Government must expect to be criticised, to be accused of wrongdoings. Only if the laws are truly breached can the Government take action. And that too according to due process of law, not just if the committee of the party in power decides.
7. We are all equal before the law. There is no exemption or privilege for those in power. Due process has to be followed. The A.G. should prosecute and the judge must judge. It is not for the A.G. to pass judgement as well.
8. We see today the very people who believe you can buy everything with money, who believe that Cash is King, who own billions, who openly buy votes not being questioned or investigated or charged but other people, accused of corruption on much smaller scale being promptly arrested, charged and committed to trial in court.
9. Admittedly the law must apply even if the crime is small. But when big crimes are allowed to go free simply because the person says he is innocent, we must question whether the laws are equally applicable to all.
10. We are watching, the world is watching. In a democracy there is a separation of power between the legislative, the executive and the judiciary. Already we see a part of the judiciary being subverted.
11. I have been subjected to police questioning four times. There is another one scheduled after Raya.
12. I am sure there will be another police questioning after this is published.
13. The police is there to protect us, the people, from criminals.
14. But now the police is being used to harass and pressure us. Is this right or is this wrong.
15. I would like to paraphrase the utterance of an American patriot who said, “My country may it always be right, but my country right or wrong”
16. In Malaysia it seems that we believe in “My party, my bosses, may they always be right, but my party, my bosses right or wrong”. We are seeing wrong acts being perpetrated in the name of professionalism and discipline. The protectors have become the oppressors.
17. May Allah SWT save us.
VERSI BM
AHLI-AHLI POLITIK
1. Terdapat ahli-ahli politik dan ahli-ahli politik. Bagaimana mereka berkelakuan dan bagaimana mereka bertindak balas tidak boleh dipadankan ke dalam mana-mana acuan.
2. Apabila saya menjadi Perdana Menteri saya dipanggil dengan berbagai jenis nama. Saya dilabel sebagai ultra, Pharoah atau Firaun, Mahazalim, diktator, anda sebutkan sahaja, segala sahaja yang menghina atau merendahkan martabat, dan saya mempunyai semua sifatnya itu.
3. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka, saya tidak mengancam mereka, saya tidak meminta pihak polis untuk menyoal mereka, saya tidak menangkap, menahan dan mendakwa mereka kerana menjadi pengganas, kerana mensabotaj sistem perbankan Malaysia, mensabotaj ekonomi Malaysia.
4. Saya tidak mengancam untuk menyaman mereka, tidak juga saya menyaman mereka.
5. Saya adalah seorang ahli politik dan masih lagi seorang ahli politik. Dimaki, dipanggil nama-nama, dituduh rasuah atau nepotisme, diminta untuk meletak jawatan, potret anda dikoyak dan lain-lain – ini adalah perkara-perkara yang perlu dijangka. Jika anda tidak boleh terima ini, maka janganlah jadi seorang ahli politik.
6. Ini adalah sudah tentu berbeza jika tuduhan dan desus desas rangsangan ditujukan terhadap Kerajaan. Namun begitu Kerajaan perlu bersedia untuk dikritik, dituduh salah laku. Hanya jika benar-benar undang-undang dicabuli maka bolehlah Kerajaan mengambil tindakan. Dan itu pun perlu mengikuti proses undang-undang, bukan sahaja jika jawatankuasa parti yang berkuasa memutuskan.
7. Kita semua sama di sisi undang-undang. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan bagi mereka yang berkuasa. Proses undang-undang perlu diikuti. Tugas Peguam Negara adalah untuk mendakwa dan tugas hakim untuk mengadili. Ianya bukan untuk Peguam Negara juga untuk mengadili.
8. Apa yang kita lihat pada hari ini ialah orang yang sangat mempercayai bahawa anda boleh membeli segala-galanya dengan wang, yang mempercayai bahawa Tunai adalah Raja, yang memiliki berbilion-bilion, yang secara terbuka membeli undi tanpa dipersoalkan atau disiasat atau pun didakwa, tetapi orang lain, yang dituduh rasuah dalam skala lebih kecil, segera ditangkap, didakwa dan dihadapkan untuk perbicaraan di mahkamah.
9. Memang diakui proses undang-undang perlu dikenakan walaupun jenayah itu adalah kecil. Tetapi apabila jenayah besar dibenarkan bebas semata-mata kerana yang orang yang terlibat berkata dia tidak bersalah, maka kita perlu mempersoalkan sama ada undang-undang yang sama dipakai kepada semua.
10. Kita sedang memerhati, dunia juga sedang memerhati. Dalam demokrasi terdapat pemisahan kuasa di antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman. Sudah kita melihat sebahagian daripada badan kehakiman sedang terjejas.
11. Saya telah tertakluk kepada penyoalan polis sebanyak empat kali. Ada sekali lagi dijadualkan selepas Raya.
12. Saya pasti akan berlaku satu lagi soal siasat polis selepas penerbitan ini.
13. Pihak polis wujud untuk melindungi kita, iaitu rakyat, daripada penjenayah.
14. Tetapi sekarang pihak polis pula sedang digunakan untuk mengganggu dan memberi tekanan terhadap kita. Adakah ini betul atau salah?.
15. Ingin saya parafrasa lafaz seorang patriot Amerika yang berkata: “Negara saya, semoga ianya sentiasa betul, tetapi itu negara saya, betul atau salah”.
16. Di Malaysia kelihatan bahawa kita bercaya kepada “parti saya, bos saya, semoga mereka sentiasa betul, tetapi itu parti saya, bos saya, betul atau salah”. Kami melihat perbuatan yang salah dilakukan atas nama profesionalisme dan disiplin. Pelindung telah menjadi penindas.
17. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita.
June 29, 2016
THE STORY OF THE PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION
1. I think generally Malaysians know very little about the Perdana Leadership Foundation. Certainly very few know of its origin.
2. Now that the Government of Dato Sri Najib is trying to destroy this foundation, it has achieved certain notoriety. Perhaps it is time to enlighten the public about its origin and its work.
3. It began with a proposal by a few businessmen that a library be built to commemorate the twenty-two years of my premiership.
4. I felt greatly honoured but besides knowing that they would be accused of being my cronies, the idea went against my principle of being against personality cult.
5. Throughout the time I was in the Government I had tried to stop the practice of naming public places after living people. The exception I made was for the rulers. Others would have to wait until they die before their names would be given to public places.
6. As I was still alive at the time the proposal was made, I rejected the proposal. Besides I could not ignore the contribution of my predecessors to the development of Malaysia.
7. Accordingly I suggested that they commemorate all the previous Prime Ministers and future Prime Ministers by setting up an institute to gather all documents relating to the policies, strategies and plans initiated and implemented by all Malaysian Prime Ministers.
8. Hence the name Perdana Leadership Foundation or institute. In the Library of the Foundation are collected information on the work of all Malaysian Prime Ministers. It is a reference library available to everyone who wishes to study the story of Malaysia’s development and the contributions of its Prime Ministers.
9. The founders and sponsors of the Foundation bought the land, built the building and maintain it. Staff for the archive and library and supporting staff are paid from the Foundation’s fund through contribution by the sponsors.
10. The practice in Malaysia is for the Government to provide an office and staff for former Prime Ministers. Although the Tunku was rather antagonistic towards the Government and did speak from opposition platform and supported the DAP, he enjoyed privileges until he died.
11. Accordingly the Government rented space in the Perdana Leadership Foundation for me and a few of my staff.
12. Apart from the work of gathering the documents, speeches and writings of the Prime Ministers, PLF decided on a campaign to criminalise war. This led to the creation of the Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). We held conferences participated by local peace-lovers as well as from the Middle East, Europe, America and other parts of the world. We are continuing with the campaign.
13. The PLF is also involved in helping the Palestinians especially after the Israelis attacked Gaza. To specifically undertake these efforts of assisting those suffering in war torn nations, we have set up the Perdana Global Peace Foundation (PGPF). We have done some charity work among them.
14. For these activities we raised funds from the public. In the past the Government contributed a few million Ringgit for which we are very grateful.
15. Since I am in this building, all kinds of people come to see me, singly or in groups. When they are unhappy with the Government they seek my help. I never close my door to anyone. That is why after retirement I still go to office as if I am still working.
16. Of course people come to see me in other places also, in three other offices and also in my house. But now that I have resigned from Proton and Petronas, the PLF is usually where I work.
17. Even if the Government stops renting space in PLF and refuse to pay Government staff accorded to me, I will still be working here in the PLF.
18. Only now the supporters of PLF are feeling scared as people close to me are being harassed. They may cease to support the PLF and we will have to stop research being done in our library and archives and also our campaign to make the killing of people and the destruction of countries through war to be criminalised.
19. But it is okay. I only want to let people know what the Perdana Leadership Foundation is about.
June 27, 2016
RASUAH
1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.
2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.
3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.
4. Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.
5. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.
6. Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.
7. Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.
8. Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.
9. Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.
10. Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.
11. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.
12. Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.
13. Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.
14. Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.
15. Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.
16. Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.
17. Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.
18. Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa Kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit Kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.
19. Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.
MM/fi
PRK Results
1. Najib is gloating over his winning with a big majority.
2. The press reports that he won by 6,969 votes in Kuala Kangsar and 9,191 votes in Sg. Besar.
3. Actually the majority is much smaller as 10,621 votes went to other parties contesting in Kuala Kangsar so that BN’s majority is only 2,032.
4. In Sg. Besar the margin is only 2,289 and not 9,191 as the other parties gained 14,511 while BN won 16,800.
5. Considering that the BN distributed rice and electrical goods, as well as money, tarring the road and promising to build a multi-million Ringgit bridge, while Amanah is a new poverty-stricken party with hardly any election machinery, it is the performance of Amanah which should be lauded.
6. As for PAS although it managed to split the Malay votes, thus helping BN, it lost to Amanah in Sg. Besar.
7. The tactics used by BN to win is really not something to crow about either.
8. As for the Chinese voters, they have not returned to BN. Their turn-out was far below average in both constituencies, indicating their belief, as promoted by MCA, that this is a Malay quarrel and they should not take part in it. And this failure to vote is despite the goodies distributed to them by BN, and the threats regarding foreign workers.
June 24, 2016
HAK ISTIMEWA
1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.
2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.
3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.
4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.
5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.
6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.
7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.
8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.
9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.
10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.
June 23, 2016
STATUS RASUAH DI MALAYSIA
1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dalam masyarakat manusia. Agama Islam melaknati mereka yang mengamal rasuah. Pendapatan mereka dari rasuah termasuk dalam pendapatan yang tidak halal. Mereka yang makan duit rasuah memakan benda yang haram.
2. Ada seorang yang menggelar dirinya ulama, berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Balasan hanya diterima diakhirat. Pendapat ulama ini menghalalkan rasuah di dunia, walaupun diharamkan oleh Islam dengan menjanji neraka di akhirat.
3. Rasuah atau korupsi atau dalam bahasa pasar, makan suap, berlaku di semua negara di dunia. Perbezaan hanya dari segi tahap amalannya. Ada negara yang ternampak seolah-olah bersih tetapi dari semasa ke semasa dilapor kes-kes perlakuan korupsi.
4, Di kebanyakkan negara lain rasuah berlaku secara tersembunyi walaupun disyaki dan diketahui umum. Yang memberi tahu dan yang menerima juga tahu akan perlakuan jenayah rasuah. Tetapi pihak yang menjadi mangsa tidak berani bercakap atau membongkar kerana takut tidak akan dilayan langsung di masa hadapan, bukan sahaja oleh pihak yang memeras tetapi juga rakan-rakan mereka.
5. Tetapi ada juga negara dimana rasuah diterima sebagai amalan biasa. Tiap satu urusan memerlukan suapan rasuah sekian banyak kepada anggota-anggota yang terlibat dalam melayan permintaan.
6. Rasuah bukan sahaja menaikkan kos segala-galanya tetapi juga mengganggu dan melewatkan pengurusan. Negara dimana rasuah berleluasa sukar dibangunkan dan dimajukan. Rakyat akan menderita kerana sebahagian dari kos sara hidup ditelan oleh suapan rasuah. Bisnes menghadapi keadaan kos yang tidak menentu yang merugikan. Pelabur dari dalam dan luar tidak berminat untuk melabur dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan menjejaskan pembangunan ekonomi.
7. Penggangguran yang ramai menekan turun upah pekerjaan. Kemiskinan akan menimpa ramai penduduk kerana pendapatan yang rendah dan pengganguran.
8. Ekonomi negara akan merosot berterusan. Sesungguhnya rasuah adalah satu musibah yang boleh menimpa bangsa yang rendah moral dan terbelenggu dengan perasaan tamak.
9. Di Malaysia rasuah memang pun ada sejak dizaman pemerintahan Raja-Raja Melayu. Ia lebih dikenali sebagai makan suap.
10. British menggunakan pendekatan ini untuk menjajah negeri-negeri Melayu. Tetapi setelah menjajah, pentadbiran British mengawal rasuah di kalangan anggota pentadbiran. Tahap makan suap tidaklah terlalu tinggi sehingga menjejas pentadbiran wilayah yang dijajah mereka.
11. Selepas merdeka kawalan terhadap rasuah diteruskan dan tahapnya tidaklah begitu tinggi. Lagi pun rakyat dan peniaga yang kaya tidak ramai dan kontrak Kerajaan pun amat sedikit dan kecil.
12. Semakin kaya negara semakin besarlah jumlah permohonan lesen dan sebagainya dan juga kontrak. Dan jumlah rasuah pun meningkat. Namun demikian perasuah sedar rasuah menyalahi undang-undang dan dipandang keji oleh masyarakat.
13. Oleh itu disembunyinya amalan ini. Rasuah yang berlaku dilakukan dibawan meja; iaitu dirahsiakan oleh pemberi dan penerima.
14. Kerajaan telah menubuh Badan Pencegah Rasuah. Sedikit sebanyak adanya Badan ini menghalang dan mengurangkan rasuah. Sekali-sekala tangkapan dilakukan oleh Badan ini.
15. Tumpuan diberi kepada ahli politik dalam Kerajaan. Ada juga pembesar politik yang dikenakan tindakan.
16. Tetapi rasuah mereka masih dibawah meja, disembunyi. Bukti yang diperolehi ialah dari cara hidup mewah yang melebihi pendapatan mereka secara ketara.
17. Dalam parti pemerintah timbul kepercayaan bahawa jawatan boleh membuka peluang untuk memperkaya diri. Oleh itu ramai yang mengguna sogokan untuk memenangi jawatan. Maka kualiti kepimpinan pun merosot. Yang tidak mampu menyogok kalah. Kepimpinan dikuasai oleh mereka yang tamak dan tidak lagi anggap rasuah sebagai jenayah yang hina.
18. Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah “Cash is King”. “Cash” yang boleh berlagak sebagai “King” tentulah besar.
19. Inilah yang kita lihat hari ini dalam politik negara. Wang diguna dengan luas untuk menarik sokongan rakyat. Dicipta berbagai alasan untuk memberi wang Kerajaan secara percuma kepada sebilangan besar dari rakyat dengan tujuan meraih sokongan.
20. Tetapi wang untuk ini mestilah yang lebih besar dan membesar sepanjang masa. Kerajaan sendiri tidak miliki dana yang cukup. Apabila keperluan rasuah meningkat kepada bermillion maka punca kewangan lain mesti dicari.
21. Demikian, apabila rasuah diamalkan maka punca lain, samada halal atau tidak, tidak lagi mempengaruhi tindakan. Mungkin derma atau punca yang tidak halal dicipta.
22. Jika yang berkuasa tidak ada perasaan takut dituduh, diselidik dan didakwa dimahkamah maka pengawalan melalui undang-undang tidak lagi berkesan.
23. Rasuah diperingkat atasan menjadi begitu besar sehingga diketahui umum. Jika diperingkat atasan berleluasa, maka diperingkat bawahan juga ia berkembang dan diamal tanpa takut.
24. Sebagai negara demokratik, pilihanraya adalah cara untuk memilih wakil rakyat yang mungkin memegang jawatan tertinggi. Kata pepatah Inggeris “power corrupts”. Walaupun kuasa rakyat terhad kepada pemilihan wakil, tetapi ia masih juga kuasa.
25. Dengan kuasa ini pun rakyat terdedah kepada rasuah. Dalam iklim “Cash is King” maka wang boleh membeli kuasa undi rakyat. Maka terlihatlah pemberian wang, beras, alatan elektrik secara terbuka kepada pengundi di mana pemilihan berlaku. Dan terdapatlah undi yang banyak kepada perasuah.
26. Ada pihak yang berkata terima sahaja sogokan, tetapi jangan beri undi. Tetapi sama ada undi diberi atau tidak penerimaan sogokan masih rasuah dan masih menjadi wang haram. Apabila bersumpah untuk memberi undi, wang dan barangan yang haram tetap haram. Dan besar kemungkinan wang yang diberi didapati secara haram. Maka bergandalah dosa penerimaan rasuah.
27. Semua yang berlaku ini tetap rasuah. Tetapi kerana Badan Pencegah Rasuah dikuasai oleh perasuah, tidak ada tindakan. Maka semakin berleluasalah rasuah di negara tercinta ini.
28. Sekarang rasuah sudah naik ke atas meja.
29. Ia sudah jadi perkara biasa. Apabila sahaja kuasa diberi, maka rasuah tetap akan berlaku. Dalam PRU dan PRK pengundi menanti. Suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah.
30. Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah.
31. Malaysia sudah disenarai sebagia diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi seorang pemimpin Malaysia.
June 20, 2016
PENDIRIAN SAYA
1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.
2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.
3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.
4. Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.
5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.
6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.
7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.
8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.
9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.
June 13, 2016
DESAKAN RAKYAT
1. Ada ahli UMNO yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan Kit Siang, musuh ketat UMNO
2. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946.
3. Dimasa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
4. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. UMNO diheret ke mahkamah dan hakim hukum UMNO haram.
5. Saya terpaksa hidupkan semula UMNO. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli UMNO menyertai UMNO Baru. Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari UMNO melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
6. Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam UMNO.
7. UMNO kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya dimasa pertandingan berada dalam UMNO.
8. Inilah cara UMNO. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
9. Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
10. Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan dibawah Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
11. Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
12. Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
13. Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
14. Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi. Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin UMNO. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.
15. Perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO tidak lagi bebas bersuara. Mereka ditaklimatkan supaya tidak sentuh 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.
16. Dalam keadaan begini bolehkah ahli UMNO beri sokongan kepada saya secara terbuka dan ramai jika saya tegur Najib? Beranikah ahli UMNO secara terbuka tandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib?
17. Beberapa Ketua Cawangan yang mengkritik Najib telah diberi amaran, diganggu perniagaan, ditarik balik biasiswa isteri dan bermacam lagi tekanan.
18. Yang jelas ialah semua Menteri-Menteri, Ketua Bahagian UMNO, wakil-wakil rakyat UMNO membisu dalam merestui segala salah laku Najib. Biarlah hilang berbillion Ringgit, negara dikenali di dunia sebagai antara sepuluh negara yang tertinggi rasuahnya, rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dimalukan dan dihina dan Najib sendiri takut bertemu dengan pemberita asing, namun ahli UMNO akan sokong Najib.
19. Akhbar dunia melapor secara terperinci dan terbuka berkenaan bagaimana Najib menyalahguna kuasa, memasukkan dalam tahanan pemimpin UMNO yang membuat laporan polis, mendakwanya di bawah undang-undang pengganas, menangkap peguamnya, tetapi pemimpin dan ahli UMNO tidak berasa malu dan terus sokong Najib.
20. Dan sekarang undang-undang dikuatkuasakan yang memberi kuasa kepada Najib membelakangkan Yang diPertuan Agong, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara untuk mengisytiharkan kawasan darurat dalam mana Najib sebagai Pengerusi National Security Council (Majlis Keselamatan Negara), boleh masukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara di mahkamah.
21. Semua pihak dalam dan luar negara mengecam undang-undang ini. Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja tidak menandatangani undang-undang ini. Baginda dan Duli-Duli Raja-Raja mengarahkan supaya dikaji dan dihalusi peruntukan dalam undang-undang ini.
22. Najib tidak endah semua bantahan dan nasihat Raja-Raja. Dia kuatkuasakan sahaja undang-undang ini.
23. Yang boleh meminda atau menolak undang-undang ini ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dari UMNO dan BN tidak mungkin menolak rebutan kuasa oleh Najib.
24. Apakah mungkin teguran saya disokong oleh ahli UMNO secara meluas? Tentu tidak. Saya tidak sertai mana-mana parti sekarang. Saya bebas untuk berserta dengan apa sahaja gerakan. Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat. Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju.
25. Oleh kerana pimpinan UMNO sekarang tidak faham bahasa saya, saya jelaskan sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak terimanya lagi.
26. Jika ada Kit Siang atau sesiapa bersama saya, itu adalah kerana mereka seperti saya juga rakyat Malaysia yang hendak menyatakan kepada Najib melalui PRK ini bahawa rakyat sudah tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri. Hanya secara kebetulan sahaja mereka menjadi ahli parti-parti politik atau NGO.
27. Tetapi yang tidak mahu faham tentu tidak akan faham juga.
مهاتير محمد's Blog
- مهاتير محمد's profile
- 141 followers
