مهاتير محمد's Blog, page 34

June 10, 2016

BAZAR RAMADHAN

1. Seperti biasa saya ke bazar Ramadhan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.


2. Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.


3. Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas. Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.



4. Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadhan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya. Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi.


5. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.


6. Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar


7. Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen dikedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.

8. Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib. Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.


9. Di Malaysia juga Presiden UMNO dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.


10. Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya. Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib. Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya. Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.


11. Dibawah Najib parti UMNO ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; UMNO sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13. Besar kemungkinan UMNO akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.


12. Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata “rasuah” apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia. Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu. Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.


13. Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.


14. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya UMNO sudah tidak mencerminkan UMNO yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.


15. Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan UMNO sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan diluar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang. Semangat kebangsaan UMNO yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin UMNO.

16. Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib. Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.


17. Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya. Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .


18. Selamat berpuasa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2016 01:46

June 6, 2016

KEBEBASAN BERSUARA

1.Pengasas negara Malaysia merdeka memilih sistem demokrasi kerana rakyatlah yang berjaya mempengaruhi dan menyokong Raja untuk menolak Malayan Union rancangan British. Rakyat dalam demokrasi diberi hak dan kuasa memilih pemimpin untuk mengetuai pentadbiran negara. Bersama dengan hak ini datang juga hak untuk menukar pemimpin jika pemimpin sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin. Penukaran ini boleh dibuat semasa pilihanraya umum atau diwaktu mana pemimpin didapati sudah tidak lagi sesuai.


2.Dalam negara demokratik suara rakyat penting bagi pemimpin mengetahui kehendak mereka. Oleh itu kebebasan bersuara menjadi satu dari hak utama dalam demokrasi. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka bukan sahaja demokrasi menjadi cacat tetapi ianya tidak wujud.


3.Negara Malaysia dibawah Najib sudah tidak lagi mengamal prinsip kebebasan bersuara. Memanglah sekatan terhadap memburuk hubungan antara kaum di negara berbilang bangsa ini diperlukan. Semua negara demokratik mengamalkan sekatan tertentu bagi mengelak rusuhan. Tetapi ia tidak termasuk pemerintah mengurang atau menghapus hak rakyat mengkritik pemerintah apabila pemerintah melanggar undang-undang.


4.Hari ini kita lihat hak rakyat bersuara diganggu secara terbuka. Media cetak dan elektronik dikuasai penuh oleh Najib dan tidak lagi lapor yang benar. Maklumat diputar sehingga tidak lagi mencerminkan fakta yang sebenar. Sekatan terhadap media alternatif juga dicuba.


5.Walaupun dahulu kebebasan dialami oleh ahli parti UMNO untuk mencabar Presiden, bahkan bertanding merebut jawatan presiden, hari ini jika Presiden disoal atau ditegur, yang menegur akan dibuang dari parti, atau dilucut dari jawatan dalam parti. Dengan itu ahli parti takut dan membiar presiden membuat perkara yang tidak baik.


6.Katanya ada dedak yang disumbat kedalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu. Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta Ringgit dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku. Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang memilih mereka, tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.


7.Demikian juga dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Mereka sudah tidak ada suara lagi setelah melihat seorang Naib Ketua Bahagian yang menegur Presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah.


8.Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib, walaupun duit Kerajaan berbillion Ringgi dihilangkan, walaupun Najib tiba-tiba memiliki berbillion Ringgit dalam akaun peribadinya yang tidak dapat dijelas puncanya; wakil rakyat BN, Ketua-Ketua Bahagian UMNO membisu.


9.Dalam mesyuarat agung UMNO perwakilan tidak dibenar bercakap berkenaan dengan 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.


10.Apabila beberapa pemimpin cawangan menyoal dan menegur Najib kerana 1MDB, 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya dan penglibatan Jho Low dan syarikat Good Star Ltd dalam pengurusan wang 1MDB sehingga ratusan juta dollar Amerika hilang, maka Ketua-Ketua Cawangan dipecat.


11.Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan. Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.


12.Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan. Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan.


13.Sekarang ini rakyat cuba untuk merayu kepada Yang diPertuan Agong melalui Deklarasi Rakyat. Memang tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan bagi rakyat merayu kepada Raja-Raja. Tetapi oleh kerana semua jalan lain untuk memperdengarkan rintihan mereka sudah dihapuskan, maka terpaksalah mereka mengguna cara rayuan kepada Raja. Najib juga tidak patuh kepada Perlembagaan, undang-undang serta prinsip-prinsip demokrasi berkenaan hak bersuara oleh rakyat.


14.Ugutan juga dibuat untuk merampas paspot jika semasa berada diluar negara, kenyataan dibuat kepada media asing berkenaan salahlaku pemerintahan Najib.


15.Sudah lebih sejuta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat untuk selamatkan Malaysia, walaupun kedengaran ada amaran diberi oleh Kerajaan Najib bahawa sesiapa yang menandatangani Deklarasi Rakyat akan kehilangan bantuan BRIM, biasiswa anak, peluang perniagaan, lesen dan semua kemudahan hak rakyat. Peniaga akan digeledah oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, tidak akan dapat kontrak, urusan dengan pejabat terganggu dan lain-lain ugutan.


16.Sekarang ada penyokong Najib yang memperlekehkan Deklarasi Rakyat, kononnya ada banyak penipuan. Ia mendesak polis supaya merampas Deklarasi yang berada dengan sekretariat. Harapannya ialah supaya polis dapat kenalpasti mereka-mereka yang telah tandatangan Deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka.


17.Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan Deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka. Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib.


18.Penyokong Najib ini ialah pengkhianat bangsa dan demokrasi yang tidak senang kerana rakyat bersuara. Kononnya ia dari parti pembangkang yang bermusuh dengan kerajaan Najib. Tetapi sebenarnya ia adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib.


19.Usaha untuk mendapat Deklarasi Rakyat akan diteruskan. Saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara.


20.Pengkhianat bangsa dan demokrasi tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2016 21:34

May 31, 2016

THE CITIZENS’ DECLARATION

1. Malaysia is a Constitutional Monarchy and a Parliamentary Democracy.


2. The country has a written constitution and laws to protect the people from criminal acts and abuses of power by the Government.


3. Unfortunately we are seeing the Constitution and the laws of the country being ignored or abused. The built-in constitutional provision for redress i.e the report to the police and the vote of non-confidence to remove the leader are now no longer available.



4. The separation of power between the Legislative, the Executive and the Judiciary is not respected any more. The Prime Minister seems to exercise power over all three. As a result he seems to be above the laws of the country.


5. He created a national wealth fund from borrowed money.


6. Now the Government is in debt totalling RM50 billion.


7. 1MDB is unable to pay a two billion dollar interest on the debt.


8. 1MDB defaulted on the payment of another debt. 1MDB invested one billion dollars in JV with Petro Saudi, supposedly to exploit oil and gas concessions in Argentina and Turkmenistan.


9. The JV was dissolved as there was no oil or gas to produce.


10. The USD 1 billion share in the JV was lent or sold to Petro Saudi for 1.2 billion.


11. More money was lent to Petro Saudi.


12. Where the money has gone to is not known.


13. More than 2 billion USD was invested in Cayman Islands.


14. The money was said to have been brought back and deposited in a Singapore bank.


15. The Singapore bank denies money had been deposited with it by 1MDB.


16. 1MDB then claims it was not money, but units. What unit?


17. Suddenly Najib was reported to have USD 681 million (equal to RM 2.6 billion) in his private account in Ambank.


18. He claims it was a donation but has no credible document to prove it.


19. He had spent some of the money held in this account on himself.


20. There is no record of his spending on UMNO in the 13th General Election as he claims.


21. Reports by Bank Negara apparently on this account has been brushed aside by the newly appointed Attorney General.


22. There are many more things done by Najib which require police investigations together with other Government agencies under the law.


23. All these investigations cannot be done because they are stopped by Najib as Prime Minister.


24. In fact all avenues for redress are now not available to the citizens of Malaysia.


25. These are extraordinary circumstances and resort has got to be made through extraordinary means.


26. Hence the Citizens’ Declaration on saving Malaysia and the appeal to the Rulers to intervene.


27. Although there is no provision for the Rulers to intervene, nevertheless there are ways and means for the Rulers to save the country from the abuses of power by Prime Minister Najib.


28. The people look up to the Rulers to save Malaysia.


29. I am sure the Rulers will not fail them.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2016 21:19

May 27, 2016

MUKHRIZ AND ME

1. Najib’s henchmen are fond of saying that I want to remove Najib as Prime Minister is because he did not promote my son, Mukhriz, to be Prime Minister. Journalists, local and foreign, also asked the same question.


2. I know whatever explanation I make will not stop Najib’s men from repeating this allegation to divert attention from Najib’s wrongdoings.


3. If I had wanted to I could when I was Prime Minister and President of UMNO promote Mukhriz as a leader of UMNO. But I did not even allow my sons to contest for office in UMNO or to become candidates in elections.



4. But Mukhriz could not even become a member of UMNO because the Kubang Pasu division of which I was head, refused to accept him. It was after UMNO H.Q. directed the division that he was admitted as a member, just before I retired.


5. He stood for Parliament in 2008 and won. He was made a Deputy Minister.


6. At that time Kedah had a PAS Government because UMNO under Mahadzir Khalid lost the state in 2008.


7. In the 2013 elections Mukhriz chose to contest for a state seat. Kedah people believed that if he would be appointed Menteri Besar, the BN would defeat PAS and regain Kedah. Najib apparently agreed. The BN won Kedah in the 2013 elections. Mukhriz was appointed Menteri Besar.


8. When the 1MDB scandal exploded I stopped supporting Najib. Mukhriz did not show full support for Najib. He was critical of Najib’s explanation about the 2.6 billion Ringgit in Najib’s private account.


9. Unable to get Mukhriz to give unqualified support Najib engineered his removal as Menteri Besar of Kedah.


10. I could have easily helped Mukhriz by ignoring Najib’s wrongdoings and continuing to support him. But I did not do this because I am not concerned about Mukhriz’s future. I am more concerned about stopping Najib from destroying this country.


11. Toward this end the citizens of Malaysia are signing declarations for the removal of Najib as Prime Minister .


VERSI BM

MUKHRIZ DAN SAYA


1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama.


2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.


3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.


4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara.


5. Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen pada 2008 dan menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.


6. Pada masa itu Kedah dikuasai oleh Kerajaan PAS kerana UMNO di bawah Mahadzir Khalid kehilangan negeri pada tahun 2008.


7. Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah. Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar.


8. Apabila skandal 1MDB meletup saya berhenti menyokong Najib. Mukhriz tidak menunjukkan sokongan penuh untuk Najib. Beliau kritis terhadap penjelasan Najib mengenai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.


9. Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.


10. Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini.


11. Untuk mencapai matlamat ini rakyat Malaysia menandatangani deklarasi untuk penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2016 04:57

May 23, 2016

THE PASSPORT PRIVILEGE

1.And now Najib’s censorship will be exported. Foreign media must be put under control the way the Malaysian media is controlled. All reports must be in praise of 1MDB, Petro Saudi, Cayman Islands, British Virgin Island, the 2.6 billion Ringgit in Najib’s private account, the 2.3 billion Ringgit which has been returned, the sacking of party members and leaders who failed to praise all the above etc. etc. etc.


2.How is the foreign censorship and control to be done. Simple. The passports are a privilege. Deprive Malaysians of this privilege.


3.Take away their passports if they fail to praise Najib when speaking to the foreign media. It is totally and absolutely the democratic thing to do. All democracies in the world take away the passports of their citizens if they tell the foreign media anything bad about their leaders. Malaysians, under Najib’s democracy must do the same.


4.I will begin and I will set the example by praising Najib and the 2.6 billion Ringgit in his account sky-high when abroad. Any speech I deliver abroad and my answers in any interview by foreign media will highlight Najib’s democratic arrest and detention of anyone who failed to report to the police about Najib’s action to secure the country by declaring his critics are terrorists. I will never fail to talk about Najib’s great contribution to Islam for which the Arabs gave him USD 681 million. Also about the freedom of speech of UMNO delegates to not talk about 1MDB and the 2.6 billion Ringgit in the great leader’s account.


5.The passport is a privilege. It says so in the Malaysian constitution. The constitution and the law also says that if you don’t praise Najib, the passport will be confiscated.


6.When I am abroad I will defend Najib and his democratic Government. I give my word that I (with my tongue in cheek) will do so.


7.Three cheers for 1 MDB and money in the PM’s pocket.


8.Now the country will become a big prison for those who talk against Najib to the foreign media when abroad.


BM VERSION

KEISTIMEWAAN PASPORT


1. Dan sekarang penapisan media cara Najib akan dieksport. Media asing mesti diletakkan di bawah kawalan sepertimana media Malaysia dikawal. Semua laporan hendaklah memuji 1MDB, Petro Saudi, Kepulauan Cayman, Kepulauan British Virgin, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib, 2.3 bilion Ringgit yang telah dikembalikan, pemecatan ahli-ahli parti dan pemimpin yang gagal untuk memuji kesemua di atas dan lain-lain lagi.


2. Bagaimanakah penapisan media asing dan kawalan akan dilakukan? Mudah sahaja. Pasport adalah keistimewaan. Lucutkan rakyat Malaysia akan keistimewaan ini.


3. Tarik balik pasport mereka jika mereka gagal untuk memuji Najib ketika bercakap kepada media asing. Ini adalah satu perkara yang betul dan benar-benar demokratik yang perlu dilakukan. Semua negara berdemokrasi di dunia tarik balik pasport rakyat mereka jika mereka memberitahu kepada media asing perkara yang buruk tentang pemimpin-pemimpin mereka. Rakyat Malaysia, di bawah demokrasi Najib perlu melakukan perkara yang sama.


4. Saya akan memulakan dan menjadi contoh dengan memuji tinggi melangit Najib dan 2.6 bilion ringgit dalam akaunnya apabila berada di luar negara. Mana-mana ucapan yang saya sampaikan di luar negara dan mana-mana jawapan saya dalam temu bual dengan media asing akan mengetengahkan penangkapan demokratik Najib dan penahanan sesiapa yang gagal melaporkan kepada polis mengenai tindakan Najib untuk menyelamatkan negara ini dengan cara mengisytiharkan pengkritik-pengkritik sebagai pengganas. Saya akan terus menurus bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam yang mana orang-orang Arab telah memberikan kepada beliau USD 681 milion. Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan UMNO untuk tidak bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun pemimpin besar itu.


5. Pasport itu adalah suatu keistimewaan. Ini termaktubkan dalam perlembagaan Malaysia. Perlembagaan dan undang-undang juga menyatakan bahawa jika anda tidak memuji Najib, pasport itu akan dirampas.


6. Apabila saya berada di luar negara saya akan mempertahankan Najib dan Kerajaan demokratik beliau. Saya memberi jaminan bahawa saya (dengan mengulum lidah) akan berbuat demikian.


7. Tiga tepukan untuk 1MDB dan wang di dalam kocek PM.


8. Sekarang negara ini akan menjadi penjara yang besar bagi mereka yang bercakap menentang Najib kepada media asing apabila berada di luar negara.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2016 02:35

May 19, 2016

The Citizens vs Najib

The Citizens vs Najib


1.To blunt the move for his removal as PM, Najib tries to make the citizens’ movement as opposition parties’ movement. It is not. The signatories of the citizens’ declaration are ordinary people, mostly not members of any political parties. (Untuk menumpulkan usaha menjatuhkannya sebagai PM, Najib cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan parti-parti pembangkang. Itu tidak benar. Mereka yang menandatangani deklarasi rakyat adalah orang biasa, kebanyakannya bukanpun ahli mana-mana parti politik).


2.And he tries to make out that I have joined the opposition. He disregarded the fact that the declaration is made not in the name of opposition political parties but in the name of the citizens of Malaysia. I am in this movement as a citizen, not as a member of any party. I have not joined any party. (Ia juga cuba mengatakan yang saya telah menyertai pembangkang. Dia tidak menghiraukan bahawa deklarasi itu tidak dibuat atas nama parti-parti pembangkang tetapi di atas nama rakyat Malaysia. Saya bersama gerakan ini sebagai seorang rakyat, bukan sebagai ahli parti politik. Saya juga tidak menyertai mana-mana parti).


3.The citizens do not call for the overthrow of the Government but only for the overthrow Najib as PM. ( Rakyat tidak mendesak untuk menjatuhkan Kerajaan tetapi sekadar menjatuhkan Najib). Jika Najib digugur, parti majoriti masih juga BN. Dengan itu BN akan terus berkuasa dan berhak memilih Perdana Menteri baru. Tetapi tentulah PM yang dipilih bukan seperti Najib, yang amalkan rasuah untuk memenangi pilihanraya dan sokongan dari parti.


4.Apabila Sarawak mengadakan piliharaya negeri dan BN menang Najib mendakwa kemenangan dirinya sebagai P.M. Sebenarnya kemenangan itu disebabkan dasar Adenan yang utamakan Sarawak.


5.Apabila saya desak supaya BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil di Semenanjung, sebabnya ialah supaya Najib tidak boleh dakwa kemenangan itu sebagai penerimaannya sebagai P.M.


6.Pilihanraya kecil ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN. Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib.


7.Rakyat perlu sokong siapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat. Tetapi jika rakyat meletak lebih dari satu calon perpecahan dikalangan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN.


8.Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon PAS ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.


9.Sebab itu untuk mengelak perpecahan dikalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.


10.Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendiri Kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya.


11.PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS. Hadi nampaknya sudah terima Cash is King Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah. Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah.


12.Rakyat perlu ingat bahawa gerakan untuk menjatuh Najib adalah gerakan rakyat. Ia bukan gerakan mana-mana parti pembangkang tertentu. Hanya apabila Najib tidak lagi menjadi PM baharulah demokrasi dapat dikembalikan dan segala tuntutan parti-parti boleh diperjuangkan. Setelah demokrasi kembali rakyat boleh tentukan tuntutan apa yang mereka akan sokong dan siapa yang akan memimpin negara.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2016 23:56

May 17, 2016

HOW TO BRIBE GOVERNMENT

1. The Governments of nations dedicated to increasing the wealth of their countries realised the importance of international trade. This is especially so after the loss of the European Empires during which a policy of Imperial Preference ensured the monopoly of imports and exports from and to the colonial territories.


2. The greatest of these imperialist countries was Britain. It became the richest and the most powerful country in the world.


3. But after WWII the imperialists of Europe lost their empires and the trade monopoly that they enjoyed. Strong competition from East Asian countries reduced their trade even more.


4. But they still enjoy good incomes from selling arms. To generate more exports of arms they need to have proxy wars being fought by unsuspecting countries, particularly between the countries they created during their imperial heydays.


5. We see today very sophisticated arms being used in the fratricidal wars, which are being fought in a number of Arab ex-colonies. There is no way for these countries to develop and produce such sophisticated weapons. They may produce primitive bombs and rockets. But the tanks, armoured cars, machine guns and missiles must be bought from the developed countries.


6. These developed countries decry the arms trade as a business. But there can be no doubt that they are the ones most involved in the trade.


7. The weapons trade is huge. The warplanes, tanks, warships, rockets, missiles, submarines etc cost billions of dollars. The income from the sale of arms can contribute much to the wealth creation of a country.


8. They are therefore not too choosy as to who they sell their arms to. Their customers may be oppressive dictators and corrupt Prime Ministers. They may condemn these people for not being democratic and oppressive. But they would tone down their criticisms if these people offer to buy expensive arms from them.


9. The moaning and decrying over the injustices and oppression of dictators are just side-shows to assuage their conscience. But it is they who promote corruption and dictatorial oppression of many Governments in the world.


VERSI BM

CARA MERASUAH KERAJAAN


1. Kerajaan negara-negara yang berdedikasi untuk meningkatkan kekayaan negara mereka menyedari kepentingan perdagangan antarabangsa. Lebih-lebih lagi selepas kehilangan Empayar Eropah di mana dasar Keutamaan Imperial (Imperial Preference) memastikan monopoli import dan eksport dari dan kepada wilayah jajahan.


2. Yang terbesar di antaranya negara-negara imperialis adalah Britain. Ia menjadi negara yang paling kaya dan yang paling berkuasa di dunia.


3. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua imperialis Eropah kehilangan empayar mereka dan monopoli perdagangan yang mereka nikmati selama itu. Persaingan sengit dari negara-negara Asia Timur mengurangkan perdagangan mereka lebih lagi.


4. Tetapi mereka masih menikmati pendapatan yang lumayan daripada menjual senjata. Untuk menjana lebih banyak eksport senjata, mereka perlu mengadakan peperangan proksi yang diperjuangkan oleh negara-negara yang tidak menyangkanya, terutamanya di antara negara-negara yang mereka tubuh semasa zaman kegemilangan empayar mereka dahulu.


5. Kita perhatikan pada hari ini senjata yang begitu canggih digunakan dalam peperangan melibatkan pembunuhan antara saudara yang sedang berlaku di beberapa negara Arab bekas jajahan. Tidak ada cara bagi negara-negara ini mencipta dan menghasilkan senjata secanggih itu. Mungkin mereka boleh menghasilkan bom dan roket yang primitif. Tetapi kereta-kereta kebal, kereta perisai, mesin-gan dan peluru berpandu perlu dibeli dari negara-negara maju.


6. Negara-negara maju ini mengutuk perdagangan senjata sebagai perniagaan. Tetapi tidak ada sebarang keraguan bahawa mereka adalah orang-orang yang paling terlibat dalam perdagangan senjata.


7. Perdagangan senjata adalah besar. Pesawat pejuang, kereta kebal, kapal perang, roket, peluru berpandu, kapal selam dan lain-lain menelan belanja berbilion-bilion dolar. Pendapatan daripada penjualan senjata banyak menyumbang kepada kekayaan sesebuah negara.


8. Jadi mereka tidak terlalu memilih kepada siapa yang mereka menjual senjata. Pelanggan mereka mungkin adalah diktator yang menindas dan Perdana Menteri yang rasuah. Mereka boleh mengutuk orang-orang ini kerana tidak demokratik dan menindas. Tetapi mereka akan turunkan nada kritikan jika orang-orang ini menawar untuk membeli senjata yang mahal daripada mereka.


9. Mengeluh dan mengutuk ketidakadilan dan penindasan diktator-diktator adalah hanya acara sampingan untuk meredakan hati nurani mereka. Akan tetapi merekalah yang menggalakkan rasuah dan penindasan diktator oleh banyak Kerajaan-Kerajaan di dunia.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2016 07:23

May 15, 2016

UMNO dan Najib

Wahai Wakil Rakyat UMNO,


Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej UMNO dan imej negara?


Jika tidak sedar saya perturunkan disini sedikit sahaja dari salahlaku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.

a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM 42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.


b)Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.


c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah dimana wang ini berada.


d)Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.


e)Agensi-agensi Kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.


f)Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD 7 billion dalam pengurusan 1MDB.


g)Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.


h)Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.


i)Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.


j)Mesyuarat agong UMNO tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.


k)Jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli UMNO hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. UMNO tidak ada suara lagi.


Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sri Najib.


Yang Berhormat-Yang Berhormat,


UMNO ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi Negara maju.


Tetapi hari ini nama UMNO sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu didalam negara.


Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.


Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat UMNO. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.


Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?


Segala yang merosakkan UMNO dilakukan oleh Dato Sri Najib.

Selagi ia menjadi Perdana Menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.


Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.


Yang Berhormat-Yang Berhormat,


Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.


Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah UMNO dan BN akan kalah dalam PRU 14.


Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan UMNO dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam UMNO. UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib. Dan ahli serta pemimpin UMNO yang menyokong parti Najib ini mengkhianati UMNO, bangsa, negara dan agama. Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya UMNO dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.


ENG VERSION


O UMNO Elected Representatives,


Is it possible that Your Honourables do not know and are not aware of the scandals involving Prime Minister who had tarnished UMNO’s and the country’s image?


If you have not realized, let me list to you here a few of Najib’s misconducts so that Your Honourables can understand the seriousness of the damage done by Najib.


a) Najib had established “Sovereign Wealth Fund” to borrow RM42 billion, – simultaneously raising the country’s debt because the debt is secured by the Government. It is not possible for a company to borrow 42,000 times its capital without collateral.


b) Investments made all suffered losses so that it cannot even service the interest.


c) The money borrowed has been lost so that it cannot be legitimately traced where the money are.


d) Suddenly a sum of RM2.6 billion appeared in Najib’s private account in AmBank.


e) Government Agencies of the United States, Switzerland, Singapore, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles and United Arab Emirates are investigating misconducts and corruption involving 1MDB.


f) Switzerland alleged corruption of USD7 billion by the management of 1MDB.


g) Singapore arrested a banker involved in 1MDB misconduct.


h). Malaysia is despised and its Finance Minister Is labelled the worst Finance Minister in Asia.


i) The report by PAC recorded that major frauds had occurred in 1MDB. This has been confirmed by 1MDB CEO, Arul Kanda Kandasamy.


j) The 1MDB and the RM2.6 billion existing in Najib’s bank account are not allowed to be discussed in the General Meeting of UMNO.


k) If any member or leader of UMNO were to question anything about 1MDB, they are fired. UMNO members would only be allowed to support anything that Najib does. Unlike previously, no one can criticize or challenge Najib as President. UMNO has no voice anymore.


And there are many more errors and abuses committed by Dato Sri Najib.


Your Honourables,


UMNO is the sacred party that defeated the British Malayan Union, which liberated Malaya and Malaysia, which succeeded in developing the country so as to become an almost developed nation.


But today, UMNO’s name has become so rotten, it has become a laughing stock, despised and rejected by a large number of Malays and non-Malays in the country.


All this is caused by Najib with his belief that “Cash is King”, that corruption is the way to administer.


Your Honourables, Umno elected representatives. Do not you love this party that had devoted and contributed so much to the race, nation and religion? And to you and your family.


Have you not got in your the heart to ignore self-interest for the sake of your country?


All the damage suffered by UMNO is done by Dato Sri Najib. As long as he remains the Prime Minister, the recovery of this beloved country will not be possible.


Only with the removal of Najib can the Constitution and Laws of the Nation be re-enforced and Malaysia restored as a sovereign nation respected worldwide.

Your Honourables,


People choose Your Honourables because they believe Your Honourables will voice and defend their rights.


Now millions of people have rejected Najib. Believe me, Umno and BN will lose in the 14th General Election.


People and generations to come will curse Your Honourables for destroying UMNO and bringing chaos to the country. There can never be any recovery made from within UMNO. UMNO now is not like UMNO when it was first established. What is left is just Najib’s party. And UMNO members and leaders who are supporting this party of Najib are betraying the race, nation and religion. So, join those who had rejected Najib as Prime Minister so that UMNO can recover and be respected and dignity of the nation redeemed.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2016 21:38

May 12, 2016

MENGKHIANATI UMNO

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.


2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.


3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.


4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.



5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.


6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.


7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.


8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.


9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.


10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.


11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.


12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.


13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.


14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.


15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.


16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.


17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.


18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.


19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.


20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.


21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.


22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.


23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.


24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.


25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.


ENG VERSION

BETRAYING UMNO


1. Indeed, what is happening to this blessed country has never been anticipated, dreamed or predicted by anyone, whether its citizen or foreigners.


2. When we fought for independence all leaders and people believed that leaders chosen by them will behave and act as nationalists who served, even sacrificed for the sake of country, for the people and for their prosperity. This is why they accepted without question the democratic system, a system that gives citizens the right to choose their government.


3. And as they anticipated, their choice of leaders after leaders did not disappoint them. The nation was properly developed and people enjoy a better life and are more prosperous than before.


4. Prime Ministers did not posed any problems. When the time came for them back down, off they go. Civil unrest to topple the Prime Minister has never happened.


5. Tun Abdullah also stepped down when his performance in the 12th General Election was not so good. He withdrew when it was clear that he no longer had people’s support. Najib also urged him to step down, and Najib replaced him.


6. People felt relieved. This is Malaysia. The transition of leadership at the highest level of power occurred smoothly and orderly. People waited for favours that they will get from the new leadership. They believed that the new is better than the old. If not better then certainly at least equal to his father, Tun Razak.


7. But people aspirations did not come true. Very early it can be observed his remarkable life of luxury compared to the previous Prime Ministers. This is seen especially during the wedding of his child. The focus is not given to the country’s development, to the creation of jobs and business opportunities. On the other hand BRIM was created, giving RM500 to people who are said to be poor.


8. People are disappointed. Far from supporting. Najib’s performance in the 13th General Election declined compared to the Prime Minister that he replaced. But the leaders at the divisional level and especially UMNO’s elected representatives did not seem to understand the lack of public support for Najib.


9. Then came 1MDB. With a capital of one million ringgit the company, founded and headed by Najib, borrowed forty-two thousand times more than capital. Thus started the stories about misconduct by 1MDB. Billions of ringgit were invested without in-depth studies, transferred here and there, disappeared and lost. Questions remained unanswered. Interests obligations are not met. Auditors are dismissed, replaced and dismissed again.


10. Then there is the story of Jho Low who does not hold any position but was full of authority.. If Members of the Board question, Jho Low would telephone Dato Sri Najib and tell the director asked Najib himself. Directors do not ask. Just follow instructions from Jho Low. Those who are not happy withdrew from the Board.


11. Stories about Rosmah also angered the people. Stories spread regarding the purchase of handbags alone costing millions of Ringgit, and also supposedly of many businesses giving free shares to Rosmah through her proxy.


12. All matters regarding 1MDB are sealed, not reported by the press because they are not allowed to, or out of fear or were warned. 1MDB matters were also not allowed to be brought up during UMNO General Meeting.


13. Later in the foreign press, Wall Street Journal, there were reports that Dato Sri Najib has in his personal bank account USD681, equivalent to RM2.6 billion. Everyone was surprised. They asked whether it was true that the Prime Minister of Malaysia have that much money. This is not possible. This is just news from the foreign press who like to criticize Malaysia.


14. Najib denied. He said he would never be so stupid as to deposit that amount of money into his personal account. He said the story is unfounded. He did not have so much money.


15. But in the end Dato Sri Najib admitted that there is a sum of RM2.6 billion in his personal account. Supposedly, a donation from a Prince of Saudi Arabia. Then changed, that it was from the King of Saudi Arabia who had died.


16. But its confirmation by means of a reliable document does not exist. Just a declaration by Najib. The Attorney General was dismissed and the new one appointed claimed that Najib had not misused funds in his account. Apparently this money has been given back to the donor. Once again there are no documents to support this contention. Only a statement by the Attorney General


17. If not guilty, why not file a defamation suit against the Wall Street Journal and Sarawak Report that made the reports on the RM2.6 billion in Najib’s account. The suits can be filed in Britain or the United States if the accused refuses to be tried in Malaysia. But Najib did not file the suit, other than just asking why the reports were made. This means that reports by the Wall Street Journal and Sarawak Report are true and with basis.


18. Now the world knows and believe that Najib has misappropriated a lot of 1MDB’s capital. And the world laughs sarcastically at Malaysia which have become the most corrupt country in the world. And Najib is allegedly the worst Finance Minister in Asia.


19. Heads of UMNO’s divisions and UMNO Members of the House of Representatives could not be so deaf and blind as to not know about Najib’s misconduct. But they continue to support Najib and defend him. Do not they feel any shame knowing their Prime Minister is this rotten, openly humiliated by the world without being rebutted by Najib.


20. But it seems they do not feel ashamed and are more concerned with self-interest rather than the interests and dignity of the country.


21. Everywhere people gather and demanded that Najib be removed from the post of Prime Minister. Members and UMNO leaders do not know that their party will lose if Najib continues to lead the BN and Umno in the 14th General Election. Only the dumb and deaf will not be bothered with the demise of Umno which will surely happened.


22. Umno is a party that defeated the Malayan Union and liberate the country. UMNO also succeeded in developing the country.


23. UMNO also gave to the country Prime Ministers, Prime Ministers that developed the country to a high level.


24. But today because UMNO defends Najib as Prime Minister although it is clear he was involved in a deplorable scandal, and makes UMNO the worst party in Malaysia, still division leaders and UMNO Members of Parliament conspire with Najib to destroy UMNO. Their children and grandchildren will curse them for this.


25. O UMNO leaders, please remember the future. Your betrayal will be justly commensurated in the world and in the hereafter.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2016 10:30

May 9, 2016

CONGRATULATIONS ADENAN

1.I would like to congratulate Adenan Satem for the landslide victory of his coalition in the Sarawak election to the State Council. For a first-time Chief Minister this is a satisfying achievement indeed. Also congratulations to SUPP.


2.Najib has no reason to be happy. What the Sarawak BN achieved is to weaken the authority of the Central Government which Najib leads. He is now going to be even more dependent on the support of Sarawak than before. Already he has given in to all Sarawak’s demands.


3.There should be a balance in terms of power between the centre and the state. This will ensure interdependence between the two.


4.But after the 13th General Elections supports from Sarawak and Sabah become crucial to the Central Government. It requires only a loss (by defection) of 12 or 13 Members of Parliament for the Central Government to be brought down.


5.The strength of the Adenan Government means the authority of the Central Government has inversely been weaken.


6.Now more than ever Najib will have to pander to the demands of Sarawak. In fact Najib has been doing just that. Anything that Sarawak asks for Sarawak will get. The cry of Sarawak for the Sarawakians has become louder.


7.This turn of event has not been lost on the other states of the Federation. They too are more strident in their demands for greater autonomy. On the other hand the poorer states of the Federation will suffer from the imbalance on the treatment by the centre.


8.So, while Adenan and Sarawakians celebrate their landslide victory, Najib will have to worry about being over dependent on the fix-deposit states.


 


VERSI BM


Tahniah Adenan


1. Ingin saya mengucapkan tahniah kepada Adenan Satem atas kemenangan besar pakatan beliau pada pilihan raya Majlis Perundangan Negeri Sarawak. Bagi Ketua Menteri yang pertama kali memegang jawatan, ini adalah satu pencapaian yang memuaskan sekali. Tahniah juga kepada SUPP.


2. Najib tidak mempunyai sebab untuk berasa gembira. Apa yang dicapai oleh BN Sarawak akan melemahkan kuasa Kerajaan Pusat yang terajui oleh Najib. Beliau kini akan menjadi lebih bergantung kepada sokongan Sarawak daripada sebelum ini. Sudah pun kini, dia telah angkuh kepada semua tuntutan Sarawak.


3. Perlu ada keseimbangan dari segi kuasa antara pusat dan negeri. Ini akan memastikan kesalingbergantungan di antara kedua-dua.


4. Tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sokongan dari Sarawak dan Sabah menjadi sangat penting bagi Kerajaan Pusat. Ia hanya memerlukan kehilangan (dengan cara paling tadah) 12 atau 13 Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat.


5. Kekuatan Kerajaan Adenan bermakna kewibawaan Kerajaan Pusat sebaliknya akan tergugat.


6. Pada masa kini lebih daripada masa-masa yang lain, Najib perlu melayan segala tuntutan Sarawak. Malah Najib telah pun melakukan demikian. Segala yang Sarawak meminta Sarawak akan dapat. Laungan Sarawak untuk rakyat Sarawak telah menjadi lebih lantang.


7. Pergolakan ini turut diperhatikan oleh negeri-negeri lain dalam Persekutuan. Mereka juga lebih lantang dalam tuntutan mereka untuk autonomi. Sebaliknya negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan akan mengalami ketidakseimbangan layanan oleh pusat.


8. Oleh itu, sementara Adenan dan Sarawak meraikan kemenangan besar mereka, Najib perlu bimbang kerana menjadi terlalu bergantung kepada negeri-negeri deposit tetap.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2016 01:24

مهاتير محمد's Blog

مهاتير محمد
مهاتير محمد isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow مهاتير محمد's blog with rss.