ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.


2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.


3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.


5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.


6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.


7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.


SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA


1. South China Morning Post

2. The Australian

3. Australia Broadcasting Corporation

4. Sydney Morning Herald

5. Herald Tribune

6. Herald Tribune Latin America

7. International Business Times

8. International Business Times Singapore Edition

9. Wall Street Journal

10. International New York Times

11. TIME Magazine

12. The Guardian

13. The Daily Mail

14. Sun Daily (UK)

15. Euronews

16. Deutsche Welle

17. Singapore Straits Times

18. TODAY

19. Today Online

20. India Today

21. ​Business Standard (India)

22. India Times

23. Fortune

24. EJ Insight (Hong Kong)

25. Anadolu (Turkey)

26. Bangkok Post

27. ​Chiang Rai Times

28. BBC

29. New Zealand Herald

30. Reuters

31. ​Bloomberg

32. Channel News Asia

33. Al-Jazeera

34. PAKISTAN FIRST

35. Swissinfo.ch

36. MWC News

37. ​East Asia Forum

38. Radio New Zealand

39. CNBC

40. The Independent

41. ​NewsX (Pakistan)

42. StateoftheStateKS (USA)

43. Asian Correspondent

44. Times of London

45. Financial Times

46. Asia Sentinel

47. Courier Mail

48. Jawa Post

49. Tempo

50. Waspada

51. The Telegraph

52. The Diplomat

53. Myanmar Times


AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB


LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg


SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office


SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department


​ Monetary Authority of Singapore


USA : U.S. Department of Justice


Federal Bureau of Investigation


HONG KONG ​ : Hong Kong Police


UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office


UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.


FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)


`

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2016 23:15
No comments have been added yet.


مهاتير محمد's Blog

مهاتير محمد
مهاتير محمد isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow مهاتير محمد's blog with rss.