Karim Mohd's Blog, page 6

December 23, 2018

Kaset Resah Oliver Tate

1.
Seperti apakah rasanya menjadi dewasa? Menempuh masa persekolahan, universiti, beberapa cinta yang tak jadi, patah hati dan terjatuh ke dalam jurang kemurungan bersama butiran pil anti depressants dalam balang kaca kecil di sisi katil.

Matahari meraung di luar, membuka langsir, kita masih mengimpikan waktu senyap di kamar, dalam selimut, tanpa memikirkan keresahan menjadi dewasa. Dikejar waktu  untuk ke tempat kerja dalam risau. Memeriksa jam berkali-kali dalam kereta dengan penuh cemas da...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2018 10:00

December 18, 2018

Swa-potret

 

Setiu, 24 Mac 2017

 

Setiu, 18 Julai 2016

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2018 14:42

December 17, 2018

Catatan Mimpi (4)

Seperti seperca momen dari filem klasik, seorang lelaki bertopi fedora dalam trench coat menjinjing beg kerja di depan cermin sebuah kedai sambil memejamkan matanya ke hadapan.

Seorang wanita muda di sebalik cermin lutsinar kedai itu sedang membelek pakaian berupa gaun pengantin pada patung plastik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2018 01:58

December 12, 2018

Di Hadapan Puisi

oleh Karim Mohd

1.
Kalau tiba di hadapan rumah ini, masuklah ke dalamnya. Atau mungkin saja engkau mahu mengintai lewat lubang kunci terlebih dahulu? Namun jangan risau, pintu utama sedia terbuka manakala kamar-kamar di dalamnya sepi dengan pintu terkunci. Atau jika engkau ingin mengetuk, sebelum itu, lihat nama pada papan tanda di dada pintu, barangkali saat penyairnya pulang nanti engkau dapat menyapanya dengan mesra seakan telah kenal lama. Engkau pun membuang sepatu, atau tidak, dan masuk...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:40

Menulis Puisi Dengan Hati

oleh Rahimidin Zahari

i
Di luar tanah air, ada banyak buku teori yang dituliskan oleh sarjana mahu pun penyair sendiri tentang bagaimana menulis puisi. Sebanyak buku yang ditulis, dan seramai penyair yang hadir, maka puisi pun terus bercambah dan berkembang. Ada yang bertahun menukangi puisi tanpa jemu menjelajah dari Timur ke Barat untuk mendalami dan mengenal erti sebenar puisi sehingga mereka digelar sebagai penyair. Ada juga yang berdekad menulis puisi, tetapi puisinya tidak pernah menemui...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:36

Catatan Mimpi (3)

Mimpi ini telah banyak kali berulang tapi aku tidak menemukan suatu susunan kata yang indah untuk menuliskannya dari suasana mimpi yang agak mentah dan mengerikan. Ia seakan-akan mimpi bunuh diri di atas rel keretapi dengan merehatkan leher di atasnya.

(Mimpi)
Seseorang tanpa wajah menyarungkan topeng hitam dengan dua lubang pada kedudukan mata, mengangkat pedangnya dan memutuskan tali gilotin sebelum bilah tajam itu mengucup leherku, kepalaku bergolek ke tanah, manakala darah lebih dahulu mew...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:18

Catatan Mimpi (2)

(Mimpi 1)
Aku isi sebuah belon gergasi dengan air, kembung(kembang?), dan tiba-tiba terlucut dari getah paip air dan bergolek menuruni bukit, di persimpangan ia bertukar kepada sebuah kereta merah sebelum membelok ke tengah jalan.

(Mimpi 2)
Sekeping syiling di atas rel keretapi telah bersedia untuk dileperkan. Hanya aku yang tiba-tiba menundukkan badan menilik-nilik syiling itu sebelum membaringkan tubuh mengadap langit, menjadikan batang rel sejuk bak bantal tidur yang empuk. Keretapi meraung...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:16

Catatan Mimpi (1)

(Mimpi 1)
Aku lahir dari sebuah hutan belantara lalu memilih untuk berlari ke pantai melihat buih-buih pecah dimamah gigi air, dan ombak bergulung seperti rambut awan telah menghantarku kembali ke hutan. Hutan telah bertukar menjadi padang rumputan. Pohon-pohon jadi kerusi. Terlalu banyak. Sehingga aku tidak tahu lagi yang mana satu perlu aku duduki, atau; perlukah aku duduk? Atau sekadar berdiri.

(Mimpi 2)
Ketika kubuka jendela pagi itu, landskap alam melekat pada kaca jendela, dan di luar cum...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:15

Mimpisau

Pada suatu pagi aku terbangun dan menemui sebilah pisau di bawah bantal. Aku tidak bertanya pisau dicipta untuk apa atau kenapa ia berada di situ. Lalu kuhiris kulit sendiri. Aku tidak bertanya kepada kulit, kenapa berdarah; atau kepada tangan, kenapa mengambil pisau. Kini darah telah mengalir deras seperti Niagara dari luka kecil tadi, membasahkan seluruh tubuh dan lantai kamar.

Aku terbangun dari lena dan menyedari ianya cuma sebuah cereka mainan tidur. Secara spontan kuselak bantal dan ada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 09:13

October 27, 2018

Tengah Malam, 27 Okt. 2018

Jam 1.30: Bau nasi dagang berapungan dari ruang dapur. Toru Takemitsu memutarkan “And then I knew t’was wind” dalam speaker. Aku matikan suis kipas dekat meja, berdiri depan sinki, mengisi cerek dengan air, mencurahkannya semula dan memetik suis. Jam 1.30, aku bancuh air Milo, bayangan laut berpusar dari dasar cawan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2018 03:07