Karim Mohd's Blog, page 2

January 5, 2021

Swa-potret





Rumah GAPENA, Bukit Petaling, 31 Oktober 2020. Fotografi © Md. Fariq Khir













Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 4 September 2020













Setiu, Ogos 2019













Setiu, 4 Disember 2017













Setiu, 24 Mac 2017













Setiu, 18 Julai 2016

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2021 22:18

December 31, 2020

Dan kau akan selamat,

Bukan kerana ini malam tahun baru, baru aku ada masa untuk menulis. Tidak, bukan itu. Malam ini aku mengilas kembali senarai panjang perkara yang aku belum buat, kerja atau buku, tulisan atau terjemahan, perjalanan atau liburan. Semua yang tertangguh, tak siap, tak akan pernah siap. Deru kenderaan makin terdera di jalanan, merayap deras meninggalkanku. Gregory Alan Isakov bernyanyi via Spotify, “They won’t stay they won’t stay” dan ngiauan Rockwell semakin dengar tak dengar.





Petang tadi seora...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2020 08:58

December 15, 2020

Pagi ini kubersaksi, hanya Kau

Mimpi: Ed nangis-nangis dalam dakap. Tapi saya pujuk, “Nanti kita kahwin. Takpe. Nanti kita kahwin.” Ed cuma nangis dan nangis, sedu dan sedan. Dan saya cuma mengulang, nanti kita kahwin… Bahu panas dan basah, menakung hangat airmatamu. Bangun saja, terasa pipi saya basah. Bukan Ed. Saya yang menangis.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2020 05:50

November 28, 2020

Berkat Kesedihan

Berkat Kesedihan
(dalam tidur, aku termimpi puisi ini)





Seseorang yang pernah kucintai memberikan
sebuah kotak penuh kegelapan.





Setelah bertahun lamanya baru aku mengerti
bahawa ini jua, satu hadiah.





–Mary Oliver





*





Segala sengsara itu sudah berlalu.
Tak perlu ditangiskan lagi. Dalam sebuah album purba
kausaksikan wajah seorang anak Yahudi
lima belas minit sebelum ia mati.
Kering sudah airmata. Kau jerang air,
hirup teh, kunyah sebiji epal.
Kau akan hidup.





–Adam Zagajewski

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2020 09:54

October 31, 2020

Do I Wanna Know?

Mimpikan Ed sepanjang minggu ini, dan tak akan menidakkan keresahannya. Seperti dendangan Arctic Monkeys, “I’ve been dreaming about you every night this week.” Dan resah lagi. Dan resah lagi. Malam ke malam tidur ke tidur. Dan saya tak lagi bertanya kenapa, kerana sentiasa tahu sebabnya. Seperti selalu, ini cuma rindu. Tapi saya selalu cakap, bukan? Tak apa-apa. Tak apa-apa. Ini jua akan berlalu, akan reda semua. Ed pun okey, saya pun okey, tak apa-apa. Tak apa-apa. Tak apa-apa.





1.
Ed masuk da...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2020 10:34

September 15, 2020

Doa

Saya ingat kali terakhir saya benar-benar berdoa. Tiga bulan lepas. Keresahan melemparkan saya dari tilam. Di surau, meratap, tuhan tuhan, buangkanlah kesedihan dari hati kami, hambamu yang pernah kasih mengasihi, cinta mencintai, sayang menyayangi. Jadikanlah kami manusia yang terus beriman kepada cinta, kepada kasih sayang dan ihsan. Sebulan kemudian saya mengucapkan doa lain tiap pagi: tuhan, sibukkanlah hari-hari saya.





Doa saya makbul. Kesedihan, saya tak merasainya lagi. Bahkan kepada se...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2020 16:42

July 22, 2020

Nota Waktu Mengarca Ingatan Sebagai Kaca

Ed, apa khabar sekarang? Sihat? Harap Ed sejahtera dan okey saja. Farisya okey? Keluarga okey? Kerja? Jangan fikir banyak ya, semua akan reda, kita akan dewasa dan tua dan lupa dan–





Sekarang di kuliah, membelek draf-draf sajak lama, dan antara itu terselit catatan saya sesudah menyiapkan puisi “Lupa Adalah Cara Waktu Merawat Luka“. Saya tulisnya dalam notepad, dan fikir, ia akan jadi antara emel yang akan saya hantar kepada Ed, tetapi itu tak jadi dan tak akan pernah terjadi lagi. Waktu itu s...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2020 00:08

April 1, 2020

Syukuri Dunia yang Serba Cedera

Mengapa kita masih bangun setiap pagi semata mengharapkan matahari masih ada lagi hari ini?  Di sudut kamar, cerminmu gugur dan pecah berkecai. Rambut-rambut relai. Rutin memusnahkan, memakan dirimu semacam ulat. Sementara kau sebutir epal. Kaubuka mata kaubuka jendela, dunia sedang remuk musnah.

Ya, dunia sedang musnah sayang. Matari akan pecah. Dari pohon-pohon, daun-daun gugur. Dari bunga-bunga, kelopak-kelopak relai. Di hujung sebuah peta seorang bayi terbuai di buaian bermimpi tentang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2020 15:05

March 30, 2020

Serpihan Mimpi

Mimpi sering saja mengembalikan ingatan- pada teman-teman lama dari waktu persekolahan, pada deru pantai pada angin kampung, pada wajah ibu dan desahan suara kakak di ruang tamu, atau batang tubuh kekasih yang jauh tiba-tiba saja terduduk rapat di sebelahmu. Seakan bayangan-bayangan itu telah sedia tiba telah sampai begitu hampir tapi malang, aku tak dapat menyentuhnya. Yang kulihat cuma bayangan demi bayangan, kilasan ingatan demi ingatan.

Setiap selepas mimpikan orang yang ku kenal, aku...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2020 11:35

August 23, 2019

Perihal The Lovers, René Magritte

1.
Beberapa hari lepas saya terlihat klip pendek dari sebuah filem yang guna The Lovers Rene Magritte sebagai rujukannya. Dalam bingkai kita dapat lihat dua kekasih sedang berciuman tapi dengan kepala masing-masing berbalut kain putih. Kain ini bukan saja menghalang pandangan (macam membutakan) tetapi juga sentuhan bibir ke bibir pasangan yang sedang comolot ini. Beberapa detik kemudian pada bahagian mulut mereka, terlihat tompokan darah timbul di kain putih. Ia telah membawa apa yang tiada d...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 23, 2019 08:13