Karim Mohd's Blog, page 4
May 17, 2019
Dalam Blues
Ini. Saya namakannya: resah. Antara keresahan sejak dewasa ini, ialah tempoh menghadapi waktu pagi. Saya selalu terbangun dengan dada penuh debar dan gelisah entah apa. Saat mula memiliki telefon pintar, saya akan berjalan ke bilik air dari kamar dengan memasang lagu – jika universiti dulu saya gemar akan Nirvana – dan itulah yang akan berderaian di lantai bersama hentakan kaki dan titisan air. Sekurang-kurangnya ada getar lain yang mengisi debar dada.
Kini sudah jauh saya berjalan meninggalk...
May 13, 2019
Berjalan Keluar dari Tidur
suara perempuan meraung
dari balik dinding
suara bulan melaung
dalam gonggong anjing
aku keluar. tiada orang di jalanan
bulan di sebalik awan
kulitku jadi malam
segalanya mencair dan diam.
cair dan diam
tubuh kulemparkan ke kasur.
aku tahu aku perlu masuk tidur dan
masuk ke dalam tidur.
namun suara telah menjelma kata-kata
dan kata-kata tak habisnya menjelma kebisingan
baiklah. malam ini aku akan menulis puisi
aku bimbang kalau tidur begini
dan esok pagi terbangun di sebuah kota jauh:
rambut-rambut ja...
May 1, 2019
Catatan Mimpi (6)
February 27, 2019
Five poems from Nocturna
terjemahan lima puisi daripada Nokturna, 2018
dreamless days (1)
a man has left the house this morning
leaving the door ajar,
the thief is still trying to get through the window.
the night has fallen
but the city never sleeps, dreams
or approaches the bed, in the streets I stumbled upon
starving people. what is more wretched:
becoming meat and walking there
or becoming a seeded dream that never thrives
in anyone’s head?
I know you are among them
each seeking for that endless burrow
so as to fall slum...
Nocturna
terjemahan lima puisi daripada Nokturna, 2018
dreamless days (1)
a man has left the house this morning
leaving the door ajar,
the thief is still trying to get through the window.
the night has fallen
but the city never sleeps, dreams
or approaches the bed, in the streets I stumbled upon
starving people. what is more wretched:
becoming meat and walking there
or becoming a seeded dream that never thrives
in anyone’s head?
I know you are among them
each seeking for that endless burrow
so as to fall slum...
February 22, 2019
Dalam Tren Menuju ()
Sewaktu pengumuman berloncatan dari speaker, saya terbangun oleh ngauman rel. Gerabak menyusur ke dalam terowong bawah tanah selepas stesen AEON Maluri. Kerana tren bergegar lebih kuat dari biasa, dan ia berhenti secara tiba-tiba, para penumpang yang berdiri memautkan tangan pada apa-apa yang sempat dicapai; bahumu, pemegang tergantung dari siling, tali beg sandang orang lain.
Saya terbayangkan sebuah cawan. Sebuah cawan tanpa telinga yang tidak dapat kita subangkan dengan jari. Setelah mengi...
February 20, 2019
Bunyi dan Idea Menidurkan Piano
“Wherever we are, what we hear is mostly noise. When we ignore it, it disturbs us. When we listen to it, we find it fascinating.”
-John Cage
Setelah mendengarnya, barangkali akan ada yang mengatakan, gubahan 4’33” John Cage, cuma sehelai kertas kosong. Soal kosong, dalam sebuah puisinya, Baha Zain berkata, “Itulah persoalannya.“
Misalnya, kenapa David Tudor sang virtuoso cuma duduk diam tanpa menekan satu kunci pun di gigi pianonya , menyembunyikan gerak di tangan, memerangkap getar, tanpa m...
February 6, 2019
Post-Rock Mengangkasa
(766 patah kata, 4-minit bacaan)
1.Muzik ialah sebuah bentuk seni, yang memuatkan sunyi dengan bunyi. Ketertarikan manusia terhadap keindahan memuatkan bunyi ini (sekaligus memecahkan sunyi) dengan cara terbaik, mencapai suatu bentuk kepuasan telinga dan jiwa ini telah menciptakan pelbagai jenis instrumen dalam pelbagai budaya di seluruh dunia.
Seperti muzik lain, post-rock dalam satu sifatnya, wujud untuk didengari, namun ia tidak pula mencari pendengarnya. Anda tidak akan dapat mendengar m...
Post-Rock ke Permukaan
(766 patah kata, 4-minit bacaan)
1.Muzik ialah sebuah bentuk seni, yang memuatkan sunyi dengan bunyi. Ketertarikan manusia terhadap keindahan memuatkan bunyi ini (sekaligus memecahkan sunyi) dengan cara terbaik, mencapai suatu bentuk kepuasan telinga dan jiwa ini telah menciptakan pelbagai jenis instrumen dalam pelbagai budaya di seluruh dunia.
Seperti muzik lain, post-rock dalam satu sifatnya, wujud untuk didengari, namun ia tidak pula mencari pendengarnya. Anda tidak akan dapat mendengar m...
January 30, 2019
Terperangkap Dalam Kontinuum Idea-Mimpi
(1481 patah kata, 8-minit bacaan)
1.Pendingin hawa ruang seni persembahan Five Arts petang itu tidak henti-henti meniupkan angin sejuk ke muka kami. Namun di hadapan, pada layar, api sedang marak terbakar dengan goyangan lengan-lengannya terjulur ke udara, hampir saja mencapai kornea mata. Gulungan muzik Joni Atari berupa ambient sai-fai berputaran melatari kebakaran ini membuatkan kita terasa seperti berada di dalam perut sebuah kapal angkasa yang agam, menjelajah ruang cakerawala dalam fil...