Karim Mohd's Blog
August 13, 2022
4 Sajak Alejandra Pizarnik
REBAH
Tiada lagi harapan
pada ketibaan dan keberangkatan
nama-nama, wajah-wajah.
Seseorang samar-samar memimpikan
seseorang dirasuki sesalan
jarak yang terlupakan.
MAJLIS
Kubentangkan keyatimanku
di atas meja, seperti peta.
Kulakarkan arah jalan
menuju rumahku di dalam angin.
Tetamu tiba tapi tidak temukan ku.
Tetamu yang kutunggu, tak ada.
Betapa banyak arak ku teguk
demi menukar wajah mereka
sebagai malaikat, sebagai gelas kosong.
SUNYI
Maut sentiasa mendampingiku.
Kudengar ia bicara.
Kudengar suaraku sen...
April 23, 2021
Menulis cuma satu cara lain untuk
Meyakinkan bahawa ada seseorang di antara mereka, mendengar suaramu.
Aku tak banyak bercakap sebab seorang cikgu masa sekolah rendah pernah tegur aku, katanya, mulut lanchang. Baiklah cikgu. Saya tak bercakap banyak dah. Dulu masa di sekolah rendah pun aku tak bercakap banyak. Dia anak yang pendiam, kata mak, bila aku terbisu di depan jiran, atau ziarah sedara mara jauh.
Atau kalau aku bercakap pun, aku selalu dilayan seolah tak didengari. Mungkin cara aku cerita tak semenarik orang lain, ...
March 1, 2021
Selamat datang, sayang?
1. “Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage,” ujar seorang pendeta Cina setelah berkelana dari gunung sini ke gunung sana melalui hutan tebal melewati padang datar, mengelek berus, jilidan kertas kosong dan pelita, mencatatkannya tengah malam buta seakan menerima pencerahan terus daripada langit teratas.
2. Aku faham kini, dalam dunia penuh ketidakpastian, kau cuma perlukan satu kepastian untuk menewaskan segala.
3. Aku pernah bersaks...
February 18, 2021
February 13, 2021
Tak semua akan dituliskan diucapkan. Sebahagian disimpan dipendam
Kepenatan. Beban kerja menghempap tanpa kasihan. Aku tak peduli pada dunia. Dan apa-apa. Semuanya. Bagiku hidupku. Bagimu hidupmu. Jangan katakan kita memikul sengsara yang sama resah yang serupa. Bahkan waktu antara kita tak malar.
Kau. Kenapa masih berdiri sangsi. Tekan butang pada cerek letrik. Bancuh kopi dengan teh. Hirup dan katakan: tak sedap! Tuangkan ke sinki. Dan bancuh semula yang lain. Teh/kopi/air masak. Matikan lampu. Matikan api bernyala di dapur tanpa periuk atau kuali di atas...
February 1, 2021
Belenggu
Merdeka
Aku mau bebas dari segala
Merdeka
Juga dari Ida
Pernah
Aku percaya pada sumpah dan cinta
Menjadi sumsum dan darah
Seharian kukunyah-kumamah
Sedang meradang
Segala kurenggut
Ikut bayang
Tapi kini
Hidupku terlalu tenang
Selama tidak antara badai
Kalah menang
Ah! Jiwa yang menggapai-gapai
Mengapa kalau beranjak dari sini
Kucoba dalam mati.
14 Juli 1943
–Chairil Anwar
*
“Kaureguk wain agar dapat mabuk dengannya, aku teguk juga agar tersedar dari kemabukan wain lain.”
–Kahli...
January 17, 2021
Cemara menderai sampai jauh
Sejujurnya lepas diterima masuk bekerja di sebuah syarikat terbit menerbit di Sri Damansara, saya tidak sekali belek jurnal kecuali hari itu. Sewaktu mimpikan Ed. Saya bangun dan catat sesuatu pada mukasurat, mungkin catatan mimpi, mungkin ingatan entah apa, mungkin luapan perasaan bodoh saya…
*
Tempohari sebelum perintah kurungan, saya dan Dolah pulang dari studio mengelek barang-barang kami yang tertinggal di sana. Saya bawa sebuah kotak berisi catatan-catatan, jurnal lama, surat-surat E...
January 13, 2021
dari Kahlil Gibran, Pasir dan Buih (1926)
SELAMANYA AKU BERJALAN sepanjang pesisir pantai ini,
di antara pasir dan buih,
air pasang akan menghapus jejak-jejak kaki,
dan angin kencang akan menghembus buih pergi.
Namun laut dan pantai tetap selamanya
abadi.
*
Sehingga kelmarin aku fikir diriku adalah serpihan yang bergetar tanpa irama dalam semesta kehidupan.
Kini aku tahu, akulah semesta itu, dan seluruh kehidupan ialah jutaan serpihan irama, berlegar di dalam diriku.
*
Ingatan ialah suatu bentuk pertemuan.
*
Lupa ialah s...
January 10, 2021
Nyanyikan sengsaramu
Tidak aneh untuk berasa iri tatkala melihat sepasang kekasih asmara, berpimpin tangan di jalanan sedang aku dengan langkah deras melewati jendela-jendela kafe, melintasi jalan dalam desar-desur kendera, merenung ke dalam kaca kedai serbaneka—sendirian. Kita akan nak apa yang kita tak dapat.
Kerapkali aku temui mereka, dalam keramaian dan sering juga aku berhasrat bertanya salah seorang antara mereka, seperti paderi dalam majlis kahwin di gereja, benarkah engkau mencintainya seperti dia mencin...
January 9, 2021
Berjalan Keluar dari Tidur
suara perempuan meraung
dari balik dinding
suara bulan melaung
dalam gonggong anjing
aku keluar. tiada orang di jalanan
bulan di sebalik awan
kulitku jadi malam
segalanya mencair dan diam.
cair dan diam
tubuh kulemparkan ke kasur.
aku tahu aku perlu masuk tidur dan
masuk ke dalam tidur.
namun suara telah menjelma kata-kata
dan kata-kata tak habisnya menjelma kebisingan
baiklah. malam ini aku akan menulis puisi
aku bimbang kalau tidur begini
dan esok pagi terbangun di sebuah kota jauh:
r...