Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 35
November 19, 2023
Kiraan Zakat Barang Kemas, Berbeza Uruf Mengikut Negeri
Cukup 85 gram simpan gold bar dan dinar dalam setahun (tahun hijrah), kita diwajibkan keluarkan zakat emas 2.5% dari KESELURUHAN jumlah emas yang kita ada. Gold bar dan dinar dikategorikan sebagai emas yang TIDAK DIPAKAI.
Maksudnya, kalau ada barang kemas yang "tidak dipakai" walaupun sekali dalam setahun, maka kiraanya sama macam zakat gold bar dan dinar.
Tapi sebenarnya bukan sahaja gold bar dan dinar, barang kemas yang DIPAKAI pun benarnya kena zakat kalau lebih daripada kadar uruf sesuatu negeri.
[…]The post Kiraan Zakat Barang Kemas, Berbeza Uruf Mengikut Negeri appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 18, 2023
Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan!
Takut kena reject. Itu ketakutkan paling utama siapa yang baru nak belajar buat sales (bisnes).
Padahal tak ada apa-apa pun berlaku kalau kena reject. Bukannya rugi apa-apa pun. Tapi ketakutan (yang sebenarnya cuma bermain dalam fikiran) itulah menyebabkan banyak yang give-up di peringkat permulaan lagi.
Masa saya baru nak belajar berbisnes sekitar tahun 2003 - 2005 dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan "100 rejection".
Tugasan cari 100 rejectionMentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 - 100, dan saya perlu cari 100 orang yang reject untuk tak membeli produk yang saya jual.
Setiap satu "rejection" yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.
Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya "rejection" itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal! Ketika belajar di universiti kita tak akan cek kesilapan kita jawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa...
Setiap kesilapan (dan "rejection") seolah-olah satu DOSA yang perlu dielakkan sama sekali!
Mula-mula saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan "100 rejection" itu.
Saya fikir, saya dapat completekan task 100 rejection tu dengan baik. Tapi lepas saya dapat sekitar 50 rejection, saya sudah 'KEBAL'. Rejection sudah jadi 'makanan' saya.
Kegagalan jadi 'makanan' kejayaanKalau tak mencuba, peluang untuk berjaya (close) adalah 0%. Tapi kalau saya mencuba, saya ada peluang berjaya 50%. 50-50...
Bahkan kalau saya kena reject pun, saya tak rugi apa-apa pun. Nothing to lose orang kata.
Jadi why not saya mencuba? Lebih banyak saya mencuba, lebih besar peluang untuk saya berjaya.
Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah sekitar 10%. Kalau jumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli. Tapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%!
10 orang yang saya jumpa, 8 orang yang beli produk yang saya jual! Alhamdulillah...
Kalau baca tulisan Robert T. Kiyosaki (guru kewangan di Amerika), latihan begini dianggap sebagai LIFE-CHANGING BUSINESS EDUCATION.
Latihan mengubah masa depanWalaupun nampak macam latihan jalanan, tapi sebenarnya latihan hands-on itulah yang akan mengubah kehidupan kita untuk berjaya dalam bisnes.
Latihan begini tidak diajar di sekolah dan di universiti, tapi ia bakal mengubah kehidupan kita. Ia mengubah mindset, dan melatih emosi kita jadi lebih kuat.
Pengalaman tu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;
Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu 'DOSA' yang perlu dielakkan sama sekali. Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan tersebut, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga dianggap kejayaan - sebab nak kena kumpul sampai cukup 100 rejection. Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Kalau orang cakap "NO", saya jawab "NEXT" (dalam hati). Saya terus pergi ke orang seterusnya sampailah saya dapat "YES" yang saya mahukan. Selagi bukan dosa, ia bukan kegagalanDan yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara menjadikan kegagalan sebagai 'makanan' (sumber motivasi) untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.
Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA. Sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan lebih besar pada masa depan, insyaAllah.
ZulkifliCyberjaya
19 November 2023
6 Jamadil Awwal 1445H
Ubah kegagalan menjadi kejayaan - FB (2016)
Baca posting berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Orang Berjaya Bukan Tak Pernah Jatuh, Tapi Tak Pernah Mengalah
Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita
Kalau Yakin Produk Kita Memang Bagus, ‘Kompanglah’ Kuat-kuat!
Jadilah Sahabat, Bukan Salesman
4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri
The post Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Latihan 100 Rejection : Ubah Kegagalan Jadi Kejayaan!
Takut kena reject. Itu ketakutkan paling utama siapa yang baru nak belajar buat sales (bisnes).
Padahal tak ada apa-apa pun berlaku kalau kena reject. Bukannya rugi apa-apa pun. Tapi ketakutan (yang sebenarnya cuma bermain dalam fikiran) itulah menyebabkan banyak yang give-up di peringkat permulaan lagi.
Masa saya baru nak belajar berbisnes sekitar tahun 2003 - 2005 dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan "100 rejection".
[…]The post Latihan 100 Rejection : Ubah Kegagalan Jadi Kejayaan! appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 17, 2023
Duit Kertas Akhirnya Jatuh Senilai Tisu Tandas. Apa Persediaan Kita?
Hanya dengan satu pengumuman oleh Bank Negara India, duit 500 dan 1000 Rupee jadi sama nilai dengan tisu tandas! Itu apa yang pernah terjadi pada tahun 2016 dulu, yang membuatkan berlaku kekalutan di negara India.
Perkara ni bukanlah asing. Negara kita pun pernah terjadi di zaman Jepun dulu. Duit pisang Jepun. Atuk nenek kita mesti tahu peristiwa tu.
Duit-duit yang banyak ketika tu jatuh senilai dengan tisu tandas bila Jepun menyerah kalah.
[…]The post Duit Kertas Akhirnya Jatuh Senilai Tisu Tandas. Apa Persediaan Kita? appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 16, 2023
Demi Bebas Dari Hutang, Ahli Sukan Ini Jual Kereta Mewahnya
"Besi buruk bergerak" kata beliau. Kos bulanan yang dia kena tanggung untuk beli dan beli Toyota Vellfire hampir RM5,000 sebulan. Padahal dia cuma pakai tak sampai 10 kali dalam sebulan. Pakai jarang-jarang.
Bila dia buat keputusan lepaskan Vellfire tersebut, dia rasa sungguh lega!... Jimat RM5,000 sebulan. Hidup dia tentang tanpa hutang...
[…]The post Demi Bebas Dari Hutang, Ahli Sukan Ini Jual Kereta Mewahnya appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 15, 2023
Orang Berjaya Bukan Tak Pernah Jatuh, Tapi Tak Pernah Mengalah
Kalau nak berjaya, tak boleh takut untuk jatuh (gagal).
Orang berjaya bukan tak pernah jatuh, tapi tak pernah mengalah. Setiap kali jatuh, dia akan bangkit.
Jatuh lagi dia bangkit lagi!
[…]The post Orang Berjaya Bukan Tak Pernah Jatuh, Tapi Tak Pernah Mengalah appeared first on MohdZulkifli.Com.
Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita
Saya terbaca satu posting; seorang ejen hartanah frust sebab client yang dia bagi consultation, tapi akhirnya membeli direct daripada developer. Dia melepas komisyen yang bukan sediki tentunya.
Saya tahu banyak peniaga lain yang jadi ejen pun pernah lalui pengalaman ni. Banyak peniaga yang kecewa bila kena macam ni, khususnya mereka yang baru nak berniaga.
Untuk elakkan kekecewaan ni, saya nak share pengalaman saya 20 tahun dalam bisnes. Yang mana, kebanyakan bisnes saya adalah jadi ejen jual produk syarikat lain.
[…]The post Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 12, 2023
Jongkong Emas 12.5 kg Tarikan Terbaru di Menara Public Gold!🔥
Ini baru betul namanya JONGKONG emas! Sekeping emas beratnya 12.5 kilogram yang nilainya hari ni sekitar RM4 juta seketul!...
Kalau nak rasa pegang jongkong emas 999.9 bersaiz besar, berat 400 troy oz (bersamaan 12.5 kilogram), jemput datang ke Menara Public Gold @ TRX, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Public Gold dah ada 3 ketul jongkong ini. Dua ketul di Menara Public Gold. Lagi satu ketul di HQ Penang.
[…]The post Jongkong Emas 12.5 kg Tarikan Terbaru di Menara Public Gold!🔥 appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 11, 2023
Bercakap Baik, Jangan Sabotaj Diri Sendiri
Jangan sabotaj diri sendiri.
Bila kita cakap “mimpilah boleh simpan emas sampai 1 kilo”, maksudnya kita sudah sabotaj diri sendiri.
Otak akan terus stop. Langsung tak nak fikir lagi macam mana nak kumpul emas sampai sebanyak tu. Langsung tak ada harapan sebab kita sendiri yang tutup harapan.
[…]The post Bercakap Baik, Jangan Sabotaj Diri Sendiri appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 10, 2023
Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan!
Terbeli emas palsu dan risiko dipenjarakan... Risiko dalam jual beli emas yang banyak orang tak tahu.
Bukan mudah kita sebagai orang awam nak kenal emas palsu. Tapi ini antara sample emas palsu yang ditunjukkan oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), SIRIM ketika kami dibawa melawat ke makmal mereka dalam lawatan bersama MGA (Malaysia Gold Association) tahun lalu (2022).
[…]The post Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

