Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 32

January 4, 2024

Sesiapa Pun Tersenyum Tengok Harga Emas Dulu-dulu

Tersenyum tengok harga emas dulu-dulu... 1 gram cuma RM159. Hari ni RM329... Beza RM170 (kenaikan 107%)!..

Saya percaya, lagi 5 tahun masing-masing akan tunjukkan screenshot harga emas tahun 2024.

Walaupun orang sekarang cakap mahal. Tapi lagi 5 tahun akan datang, semua cakap murah bila tengok harga emas 2024.

Cek harga emas semasa Public Gold : https://publicgold.com.my/

Macam dulu saya tak jadi beli dinar tahun 2006 sebab saya cakap mahal. 1 dinar RM300. Saya tak beli sebab mahal. 

Akhirnya saya start beli tahun 2010 ketika harganya sekitar RM600!...

Cerita macam ni akan sentiasa berulang-ulang sejak zaman atuk nenek kita sampailah zaman cucu cicit kita nanti...

Tak ada zaman orang anggap harga emas murah...

Kalau nak beli, jangan tunggu harga murah... Sebab harga harga murah tu sebenarnya 5 tahun dulu. Yang kedua paling murah ialah sekarang...

Harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang disebabkan nilai duit kertas sentiasa jatuh dimakan inflasi dan terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit... 

Zulkifli
Cyberjaya
5 Januari 2024
23 Jamadil Awwal 1445H

#TipKayaDenganEmas

Baca posting dan komen berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Cara Dapatkan Harga Emas Paling Rendah?!
Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas!
Public Gold Beli Emas Lama Pada Harga TinggiCara Jana Keuntungan Bila Harga Emas Jatuh
Bermain Spekulasi Harga Emas, Haram Hukumnya!
Hakikat Sebenar Disebalik Teori 1 Dinar Seekor Kambing

The post Sesiapa Pun Tersenyum Tengok Harga Emas Dulu-dulu appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2024 12:44

Bila Dicurangi, Binalah Kebahagiaan Baru. Cepat-cepat Move On!

Orang kalau hati dia dah tak sukakan kita (dan sukakan orang lain), buat apa kita tergila-gilakan dia. Lepaskanlah dia... Biarlah dia pergi kepada orang yang dia suka... 

Kita tak perlu tergeheh-hegeh nak dapatkan balik cinta orang yang hati dia dah tak bersama kita. Sudahlah buang masa, dan hati kita pulak terseksa... Bahkan lebih buruk, mungkin boleh memudaratkan kita...

Saya ada terbaca headline berita, "Suami Tikam Isteri dan Skandalnya..."

[…]

The post Bila Dicurangi, Binalah Kebahagiaan Baru. Cepat-cepat Move On! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2024 02:03

January 3, 2024

Anak Muda… Berhijrahlah dan Bina Kehidupan di Tempat Baru

Bila duduk tempat sendiri, kita malas. Tapi bila hijrah ke tempat orang, kita lebih rajin, akal lebih panjang. Memang itulah sifat kita, tak kira apa kaum ataupun bangsa...

Duduk di tempat sendiri, kita tenggelam dalam comfort zone kita, yang membuatkan kita malas bergerak. 

Yang membuatkan kita tak maju, bukan sebab cabaran ataupun halangan yang besar. Tapi comfort zone - rasa selesa dengan apa yang ada. Walaupun hakikatnya hidup taklah seselesa mana.

[…]

The post Anak Muda… Berhijrahlah dan Bina Kehidupan di Tempat Baru appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2024 12:43

January 1, 2024

Bukti Hidup Bisnes Public Gold Boleh Diwarisi Dengan Mudah

Kalau saya mati, apa jadi dengan bisnes yang saya dah bina bersama Public Gold?"

"You punya bisnes akan diwarisi oleh isteri dan anak-anak you", jawab Dato Wira Louis Ng dengan penuh yakin dan tegas.

Perbualan sekitar tahun 2012 ketika Master Dealer Forum di PG HQ Penang. Itulah yang menjadi point kenapa saya fokus bina masa depan bersama #PublicGold.

[…]

The post Bukti Hidup Bisnes Public Gold Boleh Diwarisi Dengan Mudah appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 01, 2024 16:58

December 31, 2023

Tahun Baru, Azam Baru Menabung Emas!

Bulan baru, tahun baru... Letakkan azam untuk pastikan setiap tahun bertambah kaya. Bukan sekadar gaji meningkat, tapi yang lebih penting jumlah tabungan dan harta makin bertambah. 

Kalau gaji meningkat tapi jumlah simpanan (dan harta) masih tak ke mana-mana, kita sebenarnya sedang berlari di tempat yang sama. 

Kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya...

[…]

The post Tahun Baru, Azam Baru Menabung Emas! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2023 23:12

December 30, 2023

Elak Duit Bocor Dengan Tingkatkan Rasa Syukur

Orang ada, kita pun nak ada juga. 

Duit sentiasa tak cukup, kadang-kadang bukan sebab gaji tak cukup. Tapi sebab keinginan yang besar... Berbelanja yang bukan-bukan, yang sebenarnya bukan keperluan pun. Tengok orang lain ada, kita pun nak ada juga. Tak nak kalah...

Kalau benar-benar mampu, tak ada hal lah... Tak mampu tapi tak nak kalah... Itulah yang bermasalah...

[…]

The post Elak Duit Bocor Dengan Tingkatkan Rasa Syukur appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2023 16:27

December 29, 2023

Kewangan Tercekik, Baki Gaji Tinggal RM550. Apa Patut Buat?

Kewangan tercekik. Lepas tolak hutang, gaji tinggal RM550. Apa nak buat?

Formula lain tak ada. Kena perbaiki cashflow segera. Cashflow yang tak dijaga dengan baik tu lah yang buatkan hidup tercekik.

Penat kerja cari duit sebulan... Tapi bila dapat gaji, duit habis gara-gara hutang yang membebankan.

[…]

The post Kewangan Tercekik, Baki Gaji Tinggal RM550. Apa Patut Buat? appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2023 12:00

December 28, 2023

Mulakan Bisnes Tanpa Hutang, Biar Kecil Asalkan Berhasil

Untung bisnes belum tentu. Hutang bank confirm nak kena bayar...

Bahkan lebih menakutkan, daripada 10 bisnes yang baru dibuka, 8 daripadanya bungkus dalam tempoh 18 bulan pertama! Itu data yang didedahkan oleh Bloomberg. 

Memang betul, bisnes adalah cara tercepat gandakan kekayaan. Tapi peluang bisnes juga cara tercepat membuatkan kita jatuh miskin! 

[…]

The post Mulakan Bisnes Tanpa Hutang, Biar Kecil Asalkan Berhasil appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2023 16:22

December 27, 2023

Network, Unfair Advantage Bagi Siapa Ada Mentor

Ketika kami sekeluarga bercuti di Langkawi pada tahun 2017, lepas 'lawatan sambil belajar' ke Langkawi Airport Control Tower atas jemputan dua orang mentee kami yang bekerja sebagai Air Traffic Controller (ATC) iaitu Cik Nurul Aini Mohd Ali dan Cik Rosa Adrina, kami tak tahu nak jalan-jalan ke mana sebab cuaca semalam hujan renyai-renyai.

Masa keluar dari airport tu, mentor bisnes kami En Syukor Hashim (orang Langkawi) tanya, ada nak pergi mana-mana tak lepas ni? Saya terus jawab MATLAMAT seterusnya kami nak pergi Island Hopping.

Cuma saya tak tahu mana port nak join aktiviti tu. Setakat yang saya tanya pakcik google, aktiviti tu di Pantai Cenang, tempat yang sangat crowded. Nak parking pun susah! Ini yang membuatkan saya buntu. 

Ada matlamat, tapi tak nampak jalan.

Itulah pentingnya MENTOR, iaitu orang yang lebih berpengalaman dan pernah capai matlamat yang mahu kita capai.

Maka dengan pengalaman En Syukor sebagai orang Langkawi, dia bawa kami ke pusat rekreasi air, depan sikit dari Pantai Cenang. Tempat tu tak ramai orang. Nak parking pun senang.

Area tu, ada banyak kaunter ejen aktiviti rekreasi air. Ada banyak aktiviti air yang boleh pilih dan dah siap dengan papan tanda harga. Walaupun banyak dan rambang mata, saya cuma FOKUS pada matlamat kami iaitu Island Hopping je. Malas serabut dengan yang lain walaupun semuanya best-best belaka.

Dekat papan tanda harga, harga pakej Island Hopping tertulis harga RM350. Dalam kepala saya, harga tu saya setuju. RM350 untuk 10 orang kami sekeluarga naik bot untuk 3 jam, rasanya berbaloi.

Masa tengah tanya harga, En Syukor mencelah, "Saya orang Langkawi. Berapa boleh bagi harga untuk orang Langkawi?".

Akak tu jawab, "owh, orang Langkawi saya boleh bagi RM280 je". 

Jimat duit, jimat masa

Haha.. Hati saya berbunga-bunga. Rasa macam tak percaya. Saya jimat RM70!

Dah lepas tu kos dua kali makan kami sekeluarga. Banyak lagi aktiviti air yang akak tu boleh bagi diskaun sampai 50% selain Island Hopping! 

Ini lagi satu advantage bila ada mentor; kita boleh dapat advantage atas NETWORK yang dia ada. Kita jimat duit dan masa yang banyak berbanding orang yang tak ada mentor.

Begitu jugalah ibaratnya kita dalam dunia kewangan dan bisnes...

Sebenarnya boleh je tak ada mentor, tapi risiko 'langgar dinding' sana sini tu lebih besar berbanding yang ada mentor. Mentor adalah unfair advantage yang kita ada...

Zulkifli
Cyberjaya
28 Disember 2023
15 Jamadil Akhir 1445H
Baca posting berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan BisnesTiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita
Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan!
Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
Fokus Pada Minat, Dan Jangan Pernah Berhenti Belajar

The post Network, Unfair Advantage Bagi Siapa Ada Mentor appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2023 15:00

December 25, 2023

Waktu Terbaik Beri Nasihat Untuk Anak-anak

Tiap-tiap hari mesti mengajar. Sedikit pun tak apa. Tapi mesti berterusan untuk ajar dan berikan peringatan kepada anak-anak tentang agama dan kehidupan...

Musim cuti sekolah, peluang yang lebih besar untuk kami sekeluarga mengadakan sessi ta'lim (belajar).

Kalau hari sekolah, hanya lepas waktu Maghrib sahaja. Tapi hari cuti sekolah, lepas solat Subuh dan Maghrib. Dua kali sehari.

[…]

The post Waktu Terbaik Beri Nasihat Untuk Anak-anak appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2023 12:00

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.