Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 34
December 1, 2023
Lepaskan Kejayaan Lalu Untuk Cipta Kejayaan Baru
Saya tak akan selama-lamanya di sini. Saya akan step down untuk beri laluan kepada pemimpin lebih muda dan lebih perform dari saya.
Itu hasrat yang saya sering beritahu kepada leaders dalam team saya.
Saya nak selesaikan #MisiUbahHidup1000Keluarga dulu. Sebaik sahaja selesai, mungkin itulah waktu terbaik untuk melepaskan tanggungjawab memimpin G100 (network terbesar dealer Public Gold) kepada mereka yang lebih muda, dan lebih perform dari saya.
[…]The post Lepaskan Kejayaan Lalu Untuk Cipta Kejayaan Baru appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 30, 2023
Berdamai Dengan Takdir, Belajarlah Suka Apa Yang Kita Dapat
Mengada-ngada. Nak kena pergi taman tasik dulu baru ada mood nak exercise.
Masa 2 tahun dalam penjara dulu, hampir tiap-tiap hari exercise. Kalau tak dapat keluar sel (24 jam dalam kurungan), saya tetap exercise juga walaupun ruangan sempit, tak pemandangan atau pengudaraan yang kurang baik.
Buat sahaja apa yang boleh. Push-up 100 kali, lari setempat, atau stretching...
[…]The post Berdamai Dengan Takdir, Belajarlah Suka Apa Yang Kita Dapat appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 29, 2023
Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru
"Semua yang naik stage (terima anugerah) tu kereta Tesla. Tapi dalam banyak-banyak achievers tu, ada satu Walkswagon!", kata Pn Marlia, Champion dealer Public Gold (2021 - 2023).
Saya baru perasan. Yang naik stage ambil award besar-besar tu semuanya orang baru (Tesla). Cuma saya seorang sahaja orang lama (Walkswagon). Pelajaran baru untuk saya renungkan...
Kita benci susah. Tapi hakikanya kita dapat banyak kebaikan dalam kesusahan. Kesusahan tu menjadikan kita kuat. Kekuatan tu membolehkan kita cipta kejayaan demi kejayaan.
[…]The post Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 28, 2023
Berduit Itu Penting, Rasa Berduit Itu Berbahaya!
Balik naik MRT, jimat dekat RM30.
Masa nak balik dari #KarnivalKayaDenganEmas Sabtu lepas, isteri saya bagitahu dia nak pergi jalan-jalan di Bukit Bintang KL dengan beberapa rakan ladies #PGG100Network, bersama dengan anak sulong kami.
Saya nak terus balik rumah. Bila nak panggil Grab, tengok kadar harga tengah tinggi. Sekitar RM48...
[…]The post Berduit Itu Penting, Rasa Berduit Itu Berbahaya! appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 27, 2023
Lihat Masalah Rumah Tangga Orang, Doakanlah Yang Baik-baik
Ujian buat mereka, ujian juga buat kita sebagai orang luar. Jangan sampai ujian hidup orang lain, tak pasal-pasal kita terpalit dosa gara-gara lidah tak dapat dijaga.
Setiap kali ada isu poligami ataupun perceraian rumahtangga artis ataupun influencer, masing-masing sibuk nak komen, nak keluarkan pendapat... Tak kurang juga yang ambil kesempatan untuk naikkan reach dan engagement atas masalah rumahtangga orang lain.
Seolah-olah masing-masing bersorak dan bertepuk tangan atas kesedihan orang lain.
[…]The post Lihat Masalah Rumah Tangga Orang, Doakanlah Yang Baik-baik appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 24, 2023
Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya!
Itu mungkin emas curi, hasil penipuan, bahkan mungkin rompakan! Kita berisiko deal dengan scammer (penipu), perasuah, atau perompak. Jadi jangan jual beli emas dari orang sembarangan.
Beberapa hari lepas, seorang Kapten Bersara call saya untuk tanyakan deal jual beli emas yang akan dia buat. Ada big buyer nak beli emas 1 tan (ya, 1000 kilogram) katanya.
"Public Gold boleh supply tak?"
[…]The post Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya! appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 23, 2023
Setiap Kita Bermula di Garisan Berbeza. Kita Juga Akan Berjaya
Setiap kita tak sama. Kalau tengok orang lain lebih cepat berjaya daripada kita, bukan bermaksud kita tak boleh berjaya. Bukan...
Kita nampak dia cepat, sedangkan kita tak pernah tahu macam mana kehidupan dia sebelum memulakan sesuatu usaha.
Dalam bisnes, ada orang memang dilahirkan dalam keluarga bisnes. Bahkan ada orang yang pernah ada pengalaman berniaga sejak kecil lagi.
[…]The post Setiap Kita Bermula di Garisan Berbeza. Kita Juga Akan Berjaya appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 22, 2023
Kewangan Bukan Sekadar Matematik, Tapi Juga Tentang Emosi
Walaupun kewangan tentang matematik (kira-kira), tetapi kita cenderung buat keputusan dengan emosi. Kemudian kita justifikasikan dengan logik (untuk menyedapkan hati).
Emosi mempengaruhi kita dalam membuat keputusan, samada nak beli sesuatu, nak buat hutang baru, bahkan nak melabur sekalipun!
Bak kata Jim Rohn, “Faktor utama yang menentukan masa depan kewangan kita bukan ekonomi, tetapi psikologi”.
[…]The post Kewangan Bukan Sekadar Matematik, Tapi Juga Tentang Emosi appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 21, 2023
Pasang Niat, Kejayaan Kita Jadi Rahmat Buat Orang Lain
“Kejayaan kita akan jadi rahmat buat semua penyimpan emas #PublicGold. InsyaAllah.”
Itu kata-kata saya dalam meeting terawal bersama committee G100 (ketika itu dinamakan MDAC - #MasterDealerAdvisoryCouncil) sebaik sahaja saya bebas dari penjara - 30 Oktober 2020.
Dengan semangat teamwork ketika itu, saya sangat percaya kami akan jadi team bisnes yang sangat besar. Yang akan jadi rahmat buat seluruh penyimpan emas, khususnya di Malaysia. InsyaAllah.
[…]The post Pasang Niat, Kejayaan Kita Jadi Rahmat Buat Orang Lain appeared first on MohdZulkifli.Com.
November 20, 2023
Bunga Bukan Sekuntum, Jadilah Lelaki Yang Kuat Berjuang!
Bunga bukan sekuntum... Saya simpati dengan satu posting seorang anak muda yang luahkan rasa kecewa sebab hantaran yang diletakkan pihak keluarga perempuan telalu tinggi. Dia tak mampu katanya. Dan dia luahkan kekecewaan dia di medsos.
Sebagai seorang ayah, yang bakal nikahkan anak-anak perempuan saya, saya nak nasihatkan kepada lelaki bujang yang nak menghalalkan anak dara orang...
[…]The post Bunga Bukan Sekuntum, Jadilah Lelaki Yang Kuat Berjuang! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

