Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 31
January 14, 2024
Duit Kita Tanggungjawab Kita, Jangan Harapkan Kepada Sesiapa
"Mustahil insuran tak nak bayar claim..."
Masa bekerja sebagai internal auditor di syarikat insuran dan takaful dulu, saya dah banyak kali audit Claim Department. Saya selalu ambil peluang berbual-berbual dengan staff yang bekerja proses claim insuran berpengamalan bertahun-tahun.
Menurut mereka, banyak yang tuduh insuran sengaja tak nak banyak claim...
Hakikatnya sangat mustahil ianya berlaku sebab terma-terma dalam kontrak insuran semua jelas dan ianya sudah ada garis panduan ketat dan dikawal selia oleh BNM (Bank Negara Malaysia).
[…]The post Duit Kita Tanggungjawab Kita, Jangan Harapkan Kepada Sesiapa appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 13, 2024
Exam Tak Cemerlang, Peluang Anak Kita Belajar Untuk Bangkit!
Masa pergi ambil result anak UPSR tahun 2016 dulu, tengok result Aisyah (anak sulong saya)... Tak ada satu pun dapat A... Tapi saya ucapkan, “Alhamdulillah. Tahniah Aisyah... Tak apa, usaha lagi. Malam ni Papa Mama belanja kek kesukaan Aisyah!”.
Saya tengok kawan-kawan dia kebanyakkan air muka tak ceria. Daripada 300 pelajar darjah 6 (SK Damansara Damai 1), hanya seorang yang dapat 6A. Aisyah pulak tak ada satu pun subjek dia dapat A.
[…]The post Exam Tak Cemerlang, Peluang Anak Kita Belajar Untuk Bangkit! appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 12, 2024
Impian, Motivasi Diri Tanpa Perlu Dimotivasikan oleh Orang Lain
Tak boleh tidur...
Hampir setiap kali terjaga tengah malam (ketika dalam penjara), saya teringatkan isteri dan anak-anak...
Setiap kali teringatkan mereka, saya tatap foto-foto mereka yang ada dalam simpanan saya... Rasa rindu tu membuatkan saya lagi tak boleh tidur...
Waktu tu, impian saya cuma satu... Iaitu nak bebas dan kembali ke pangkuan keluarga...
[…]The post Impian, Motivasi Diri Tanpa Perlu Dimotivasikan oleh Orang Lain appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 11, 2024
Nak Emas Bertambah, Tengok Emas Itu Selalu!
Duit dalam akaun bank jangan cek selalu. Lagi kerap kita cek, lagi cepat duit tu habis. Tapi emas berbeza... Lagi kerap kita tengok, lagi cepat emas tu bertambah!... Ia jadi motivasi...
Salah satu tip penting nak pastikan tabungan emas sentiasa bertambah; kena tengok selalu emas tu. Lagi kerap tengok emas tu, lagi cepatlah emas tu bertambah...
Macam pelik kan? Tapi itulah realiti yang banyak terjadi kepada majoriti penyimpan emas. Boleh baca banyak #TestimoniPenyimpanEmas sebelum ini.
[…]The post Nak Emas Bertambah, Tengok Emas Itu Selalu! appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 10, 2024
Cara Elakkan Stress Melayani Media Sosial
Gara-gara stress layan medsos, mood jadi tak baik.
Marah dan tak puas hati dengan orang yang up status atau reply comments di posting kita. Padahal kita tak kenal pun orang tu. Tak ada kena mengena dengan kita. Tapi tak pasal-pasal pasangan dan anak-anak kena tempias sekali!
Tak berbaloi...
[…]The post Cara Elakkan Stress Melayani Media Sosial appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 9, 2024
Zaman Orang Makin Lembik, Peluang Berjaya Sangat Mudah!
“Owh... Zaman sekarang sangat mudah nak berjaya. Sebab semua orang pun ‘weak’!”, kata saya.
Pagi tu saya kelam kabut hantar anak ke sekolah, sekali dengan anak sulong saya yang nak ke kampus MMU (Multimedia University). Pukul 7.15 dah keluar rumah. Sekali jalan...
“Kelas start pukul berapa Aisyah?”, saya tanya sebab rasa macam terlalu awal dia keluar hari tu.
“Kelas start pukul 8.00 pagi. Tapi selalunya pukul 9.00 baru start. Sebab lecturer tengok banyak student susah bangun pagi”, katanya.
“Owh... Zaman sekarang sangat mudah nak berjaya. Sebab semua orang pun ‘weak’!”, balas saya. Haha... Aisyah dan adik dia tergelak. 
The post Zaman Orang Makin Lembik, Peluang Berjaya Sangat Mudah! appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 8, 2024
Pakai Macam Orang Berjaya, Percaya Diri Sebelum Berjaya
"Beli tak tengok harga. Yang mana suka, ambil dan bayar je..."
Itulah kata-kata mentor saya satu ketika dulu. Waktu saya struggle belajar tentang bisnes, kewangan dan kekayaan.
Masa tu pergi berguru pun datang naik motor kapcai bersama isteri saya, sambil dukung baby... Dia motivasikan saya supaya sabar dalam bina kekayaan. Pasti akan tiba saya juga dapat nikmati hidup sama macam beliau pada ketika itu...
[…]The post Pakai Macam Orang Berjaya, Percaya Diri Sebelum Berjaya appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 7, 2024
Tukar Kereta Bila Ada Keperluan, Bukan Sebab Kemampuan
"Pakai Axia ni, malaikat maut duduk (dekat seat) sebelah. Kalau pakai Camry, at least malaikat maut duduk luar (kereta)...", gurau saya kepada murid saya umur 20-an.
Tentang ciri-ciri keselamatan Perodua Axia dan Toyota Camry...
Kewangan dia sudah established. Tapi kerap ulang-alik jarak jauh hanya pakai kereta kecil Perodua Axia sahaja.
[…]The post Tukar Kereta Bila Ada Keperluan, Bukan Sebab Kemampuan appeared first on MohdZulkifli.Com.
January 6, 2024
Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!
Mungkin orang tak boleh brain. Student buat sales RM12 juta setahun hanya di meja study?... Ini bukan hype... Ini kisah benar... Saya benci hype...
Saya serba salah... Kalau cerita, takut nampak show-off... Tapi kalau tak cerita, takut rasa selfish...
Kena cerita juga khusus untuk sesiapa yang mencari peluang nak ubah kehidupan atau jadikan hidup lebih baik... InsyaAllah...
[…]The post Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study! appeared first on MohdZulkifli.Com.
Nak Dihormati, Panggillah Orang Lain Dengan Panggilan Hormat
Nak dihormati dan nak orang terhormat hadir dalam hidup kita, lazimkanlah berbahasa tinggi. Bahasa yang penuh hormat kepada orang lain.
Saya sering nasihatkan kepada murid-murid saya dalam bisnes supaya biasakan panggil orang lain dengan panggilan hormat; "Tuan, Puan, Encik, Cik, Cik Puan". Bukan "bro, sis, korang"...
Bahkan dalam banyak keadaan, panggillan "akak, abang, achik, uncle" pun tak sesuai.
[…]The post Nak Dihormati, Panggillah Orang Lain Dengan Panggilan Hormat appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

