Hanya Langit Meratap Quotes

Rate this book
Clear rating
Hanya Langit Meratap Hanya Langit Meratap by Rosli K. Matari
11 ratings, 4.00 average rating, 3 reviews
Hanya Langit Meratap Quotes Showing 1-5 of 5
“Kalau kukenang, dulu
tidak mudah untuk bertiarap,
mengengsot, merangkak,
berlunjur.

Alangkah payah
untuk bangun
berdiri menjadi manusia.

Tetapi betapa mudah pula
untuk menjadi tua.

(Sajak 2014, Mengenang Hari Lahir)”
Rosli K. Matari, Hanya Langit Meratap
“Perang membakar
rumah dan sekolah.

Huruf dan angka
menyala
hangus.

Yang akan ditinggalkan
untuk masa depan kami
bara dan arang.

(Ke Manakah Lagi?)”
Rosli K. Matari, Hanya Langit Meratap
“Berikanlah aku kulit kerang
Untuk selalu kuingat, hidup ini sementara.

Bagai pelangi akhirnya hilang
Bagai matahari akhirnya terbenam.

Kalau aku pergi lagi ke hadapanmu
Akan tertinggal tapakku di pasir.

(Ingatan Terhadap Laut Yang Jauh)”
Rosli K. Matari, Hanya Langit Meratap
“Kauberikan buih berserakan
Untuk kuertikan apa sahaja.

Tetapi aku turut memerlukan rhu
Sebagai pembanding makna.

(Ingatan Terhadap Laut Yang Jauh)”
Rosli K. Matari, Hanya Langit Meratap
“Kutatap senja.
Untuk melihatmu,
Renunglah pula dinihari
Untuk mengenangku.

(Benarkah Matahari Tersangat Pijar?)”
Rosli K. Matari, Hanya Langit Meratap