Syaihan Syafiq's Blog, page 30

May 9, 2012

242: [siri ulasan buku] #16 - dosa karya nuril basri.






Aku sebenarnya kagum dengan kegigihan penulis novel DOSA ini iaitu Nuril Basri sepanjang beliau menghasilkan manuskrip novel ini. Hampir setahun dihabiskan oleh Nuril dalam membuat kajian untuk mempersiapkan diri untuk menulis sebuah penceritaan tentang persahabatan yang dipaparkan dalam novel tersebut. Menurut Nurul, beliau berjaya memperoleh akses ke sebuah sekolah pondok di Indonesia, menjalani hidup sebagai para santri (pelajar sekolah pondok) dan juga berpeluang menelurusi kehidupan sisi gelap lorong-lorong hitam yang menempatkan kelab-kelab gay dan tempat di mana banyak PSK (Pekerja Seks Komersial) bersidai.




DOSA dimulakan dengan pembaca diperkenalkan oleh Ricky, seorang pemuda yang masih menuntut di sekolah menengah yang merasakan dirinya sebagai seorang yang terasing dan dipinggirkan oleh keluarganya sendiri. Lantaran itu, Ricky membuat keputusan untuk meninggalkan rumah keluarganya dan menetap di sebuah sekolah pondok di kampung yang berlainan. Di situ dia diperkenalkan dengan Yusuf, adik kepada Bang Ali dan persahabatan mereka mulai terjalin dan berpintal-pintal menuju ke arah yang mengelirukan.


Ricky juga bertemu dengan Paris, rakan sesekolahnya yang mempunyai naluri keperempuanan. Terus-terang aku amat suka bagaimana Nuril menghurai dan mempersembahkan watak Paris. Paris dilihat sebagai seorang yang indipenden, tabah dan punya sifat take no shit from anybody. Dek kerana kesempitan wang dan tergoda dengan kehidupan serba mudah yang dicanang oleh Paris, Ricky akhirnya bersetuju untuk menjadi ‘belaan’ Paris.




Muncul pula Oskar, pelajar sekolah lawan yang mulanya angkuh namun harus meletakkan egonya ke samping setelah dia diselamatkan oleh Ricky dan Yusuf dalam suatu insiden. Makanya semakin komplekslah hubungan persahabatan Ricky-Yusuf-Paris-Oskar dalam menjalani hidup mereka yang tidak habis-habis berbaur dosa.




Novel yang tajuk asalnya Bukan Perjaka ini berjaya diterjemahkan oleh Nabila Najwa (yang turut menyumbang satu cerpen dalam antologi KOPI) dengan jayanya tanpa mengusik essence dan core elements yang ada dalam DOSA. Apa yang pasti, novel ini bukanlah untuk semua orang kerana tema yang diketengahkan oleh Nuril Basri mungkin tidak padan dengan selera kebanyakan pembaca. Namun, ini terbitan FIXI, makanya bersedialah untuk (mungkin) mencebik jijik atau tersenyum terkenangkan sesuatu/seseorang apabila anda mengangkat dan membaca DOSA.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2012 23:00

May 8, 2012

241: [siri ulasan buku] #15 - mautopia karya ridhwan saidi.




Rasa-rasanya
pembaca karya Ridhwan Saidi yang terdahulu sudah sedia maklum bahawa penulis
berbakat besar ini memang tidak asing lagi dengan cubaan beliau menyatukan
objek-objek tertentu sebagai simbol yang membawa maksud yang amat asing dan
bertentangan. Mautopia, novel ketiga Ridhwan Saidi selepas Cekik dan Amerika bukanlah
suatu bacaan yang mudah. Terus-terang, dari kaca mata bacaan linear mungkin
sekali pembaca akan fikir yang Ridhwan Saidi berkemungkinan seorang yang
terlalu imaginatif ataupun seorang yang gila-gila.




Namun
begitu, harus dijelaskan bahawa Mautopia merupakan sebuah novel pengembaraan
distopik yang mengupas isu cinta terlarang dan konsep kepercayaan kepada Tuhan
(ini menurut pandangan saya) yang dipersembahkan melalui deskripsi-deskripsi
metafora yang mengelirukan. Kalau dalam novel Amerika pembaca akan disajikan
dengan lipas besar, debat tentang hidup di hadapan laut dan sup brokoli; dalam
novel Mautopia pula anda akan berkenalan dengan kek cawan berperisa paku dan
kaca, ikan pari masak asam pedas, sut manusoid, kerengga gergasi dan rumah
modular.


Ridhwan
Saidi sekali lagi akan membawa pembacanya untuk benar-benar berfikir tentang
apa sebenarnya maksud tersirat dalam kehidupan, akan mempersoalkan letak
dirinya dalam dunia dan menganalisa diri sendiri sama ada dirinya sama atau
tidak seperti apa yang dilalui oleh watak-watak dalam novel ini. 




Ohgurubesarku,
aku mungkin sekali telah melanggar larangpantang-mu dan aku berkemungkinan
harus dihukum dengan memakan kek cawan berkacamu!





Mautopia
tidak ubah seperti bawang, punya banyak lapisan-lapisan yang kalau tidak kena
gaya dikupas akan ‘memedihkan mata’ kerana ia sememangnya bukanlah suatu bahan
bacaan realis. Walaupun novel ini hanya setebal 223 halaman dengan tujuh bab
sahaja, namun saya mengambil masa yang agak lama (kira-kira seminggu) untuk
habiskannya kerana terpaksa banyak kali berhenti dan ulang baca beberapa
bahagian tertentu kerana a) tidak faham dan b) cuba untuk faham apalah yang
sang penulis cuba hendak sampaikan. Berbanding dengan The Hunger Games yang dua
kali ganda lebih tebal dari Mautopia berjaya saya habiskan dalam tempoh dua
malam sahaja (mungkin sekali kerana jalan ceritanya mudah dan tidak memeningkan
kepala seperti Mautopia).




Apa
yang pasti, Mautopia bukanlah untuk semua orang. Hanya segelintir pembaca yang
merasakan dirinya bersedia dan mampu untuk mencerna karya sebegini sahaja yang
aku usulkan untuk baca. Bagi yang lain atau mereka yang berkira-kira mahu
mengenali bagaimanakah stail penceritaan Ridhwan Saidi, aku cadangkan agar mula
membaca karya beliau yang terdahulu seperti Cekik dan Amerika sebelum mencapai
naskah Mautopia ini. Bukan apa, aku takut pembaca baru akan berasa overwhelmed
dengan gaya penceritaan Ridhwan Saidi yang boleh disifatkan sedikit eksentrik.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2012 17:33

April 20, 2012

240: ahad ini saya di borders the curve.

Maaf sudah agak lama tidak kemaskini blog. Pertamanya saya malas. Kedua saya capek deh kerna lagi praktikal sih. Ketiga saya sebenarnya tiada apa yang menarik hendak dikongsi. Makanya saya fikir when there is nothing nice to say, better keep your mouth shut... ye tak?




Apa-apapun...




Ahad ini saya akan berada di sini:








Jadi bagi sesiapa yang berkelapangan bolehlah datang. Actually tak tahu apa sangat aktiviti yang akan berlangsung pada hari tersebut, cuma yang pasti dua penulis Fixi iaitu saya sendiri dan Raja Faisal yang uber-glamour tu akan turut serta mempromosikan novel INVASI dia yang awesome tu. Oh, congrats kepada Faisal sebab INVASI dah masuk cetakan kedua. Jeles sebentar bersama Kit-Kat. Eh.




OKlah... tak tahu apa dah nak tulis. Harap dapat jumpa kalian kat sana nanti. Karang bolehlah tukar-tukar pendapat tentang novel saya ni. Nak juga tahu respons pembaca yang sudah baca BISIK.





=) 








 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2012 02:07

April 4, 2012

239: [siri ulasan buku] #14 - invasi karya raja faisal.





Fixi sekali lagi berani mati menampilkan kisah bergenre berbeza dari novel-novelnya yang terdahulu. Kisah rompakan bank, perempuan lanjut usia licik, lelaki bawah umur yang keliru, perempuan berisi, perempuan pakar komputer yang hilang ingatan, tiga pelajar universiti yang psiko, lelaki kasanova dengan hutang lumayan, kisah cinta berona kelabu, serangan mayat hidup, dendam kesumat seorang hartawan, lelaki yang berhalusinasi. Dan kini kisah saifai serangan makhluk asing dengan berlatarkan tempatan.




Rasa-rasanya Raja Faisal harus belanja aku makan selepas ini gara-gara telah terpromosi novelnya secara tidak sengaja di tempat aku praktikal. Mana tidaknya, saban ada waktu senggang pasti aku akan isi dengan membaca INVASI. Sekaligus, kulitnya itu menjadi daya penarik untuk beberapa orang pelajar yang nampak lantas menegur aku untuk mengetahui apalah agaknya INVASI ini. Dan aku telah menjadi agen tukang beli kepada mereka kerana di toko-toko buku di Melaka masih lagi belum menjual INVASI dan BISIK.




Hari ini Bayani mengerti bahawa takdirnya selama ini, sememangnya, untuk menjadi seorang penyelamat umat manusia dan pembela nasib segenap bangsa. Hari ini Ahmad Bayani Abdullah menjadi seorang hero.


- prolog, halaman 9


INVASI secara amnya mengisahkan tentang bagaimana jika suatu hari Kuala Lumpur (dan seluruh Malaysia secara amnya) ditakluki makhluk asing yang mempunyai objektif tersendiri. Ahmad Bayani, seorang jurutera yang aku kira berusia dalam lingkungan late twenty atau early thirty terperangkap dalam tengah-tengah kekalutan serangan makhluk asing tersebut. Makanya dia punya dua pilihan; lari menyelamatkan diri atau tentangi makhluk asing yang dipanggil Penceroboh ini sehingga ke titisan darah yang terakhir.




Dan dia memilih untuk menjadi seorang hero.




Aku cuma ada beberapa hal yang kurang senang terhadap novel INVASI. Pertama, novel ini seperti anticlimactic sebaik sahaja memasuk bab 11. Aku enggan ulas dengan lebih lanjut kerana mahu ulasan ini bebas daripada spoiler. Namun begitu, walaupun mungkin ramai yang akan beranggapan penyudah INVASI ini agak klise dan predictable, aku tetap suka kerana wujudnya sedikit plot-twist pada penghujung cerita ini.




Kedua, terkadang aku rasa watak Ahmad Bayani ini berani tidak bertempat sehingga ada beberapa ketika dia kelihatan seperti inhuman. Secara logiknya, seseorang manusia pasti sekali secara lumrahnya akan berasa gentar/takut walau sekelumitpun. Tetapi dalam hal Ahmad Bayani, sukar untuk aku cari satu babak di mana dia berasa takut dan menurut sahaja kepada rasa takut tersebut. Sifat absolute heroism yang ada pada Ahmad Bayani ini kadang-kadang terasa seperti melampau dan tidak realistic kerana sebaliknya, Bayani dengan penuh rasa amarah (dan patriotism, mungkin?) capai senjata dan meluru ke arah Penceroboh untuk menyerang mereka. 




Dan ini masuk ke poin ketiga iaitu ada salah seorang pelajar aku bertanya, bagaimana seorang jurutera seperti Ahmad Bayani ini secara hampir automatiknya mahir menggunakan senjata api dan formasi-formasi serang hendap dan sebagainya? Apakah watak tersebut rajin 'berlatih' lewat permainan Counter Strike atau apakah dia itu lepasan PLKN?




Namun begitu, INVASI punya banyak kelebihan dan kekuatan yang amat aku puji. Pertama, penulis ternyata membuat kajian yang mendalam tentang senjata dan juga latar tempat yang digunakan. Banyak informasi terutama sekali nama-nama senjata api dan cara-cara menggunakannya dinyatakan (walaupun tidak secara terperinci) di dalam novel ini. Nama lokasi yang digunakan juga adalah berdasarkan lokasi sebenar sekaligus berjaya menimbulkan ambiens realism dalam suasana genting. Ada beberapa ketika aku sendiri berasa sesak nafas kerana membayangkan berada di dalam runtuhan KL Sentral. Sudahlah aku seringkali ke situ, makanya untuk membayangkan yang hub transportasi awam itu ranap pasca peperangan ternyata amat mudah dan menakutkan pada masa yang sama. Raja Faisal bijak mengadun emosi terjerat dalam perperangan dengan konflik antara watak-watak yang ada. Amat sukar untuk berhenti membaca INVASI kerana plotnya bergerak dengan pantas dan pembaca terasa seperti mahu segera tahu apa yang berlaku selepas satu-satu hal berlaku.




Kedua, deskripsi tentang bagaimana rupa fizikal makhluk asing yang datang menyerang bumi tidak dijelaskan secara terperinci oleh penulis. Makanya pembaca harus membuat interpretasi dan bayangkan sendiri bagaimana rupa makhluk asing tersebut. Namun aku asyik terbayang akan rupa fizikal makhluk asing seperti dalam filem Alien lakonan Sigourney Weaver. Ngeri dan menakutkan, dengan taring berlapis-lapis lengkap dengan liur menjejeh-jejeh. Koloni Penceroboh ini juga diceritakan mempunyai hierarki dan rupa fizikal yang berbeza-beza bergantung kepada tugas dan pangkat mereka. Ternyata, banyak masa telah diluangkan oleh penulis untuk menghidupkan kaum Penceroboh ini.




Ketiga, INVASI berjaya memecah monopoli genre novel tempatan kerana setakat ini aku kira kita masih lagi kekurangan karya-karya bermutu yang berteraskan sains dan teknologi. Ceritanya ringan, dengan teras dan kupasan isu polemik seperti sistem pemerintahan dan pertahanan negara disentuh (walaupun secara sepintas lalu) namun berjaya membuat pembaca berfikir apakah yang bakal tampuk pemerintah lakukan kalau (minta dijauhkan) suatu hari negara kita ini mengalami Hari Invasi.




Ya, INVASI dengan mudah berjaya mendapat tempat di hari pembaca muda, khususnya pelajar sekolah menengah kerana menampilkan genre saifai yang sememangnya (mungkin) agak dekat di hati mereka. Dengan laras bahasa yang mudah difahami dan jalan cerita yang menarik, INVASI memang novel yang unputdownable.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2012 17:39

March 28, 2012

238: [siri ulasan buku] #13 - kumpulan cerpen kopi.

Rasanya tidak lengkap kalau tidak membuat ulasan tentang Kumpulan Cerpen KOPI keluaran Fixi kalau tidak memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seluruh warga penerbitan, rakan-rakan penulis dan semestinya para pembaca sekalian.





Okay, introduksi yang skema.




Anyways, Sabtu lepas (24/03/2012) merupakan pelancaran rasmi buku Kumpulan Cerpen KOPI ini. Ia berlangsung di Annexe Gallery, memperlihatkan 13 daripada 19 penulis KOPI, 3 filem pendek adaptasi daripada cerpen-cerpen KOPI yang terpilih, hidangan kopi percuma, jualan buku dan macam-macam lagi. Walaupun pada hemat aku majlis pelancarannya santai-santai sahaja, tetapi itulah buat pertama kalinya aku didedahkan kepada umum sebagai salah seorang penulis KOPI dan juga penulis novel debut BISIK (yang turut dijual pada majlis yang sama).




Cakap banyak tidak guna, mari baca ulasan serba ringkas aku tentang cerpen-cerpen yang termuat di dalam KOPI. Awas, entri ini agak panjang dan mungkin membosankan.




=)





dengar cerita stok untuk belian online dah lama habis.
siapa yang nak grab a copy kena pakat-pakat serbu events-lah lepas ni...
=)




KOPI 3 RASA – Shaz Johar

Penulis kacak ini tidak perlu sebarang introduksi lagi. Dua novel beliau (Kougar dan Tabu) mengintai sisi pandangan seorang wanita dan aku mulai merasakan yang beliau sebenarnya seorang pejuang feminism dalam selimut (mungkin?).




Cerpen ini bermula dengan agak normal namun plotnya terungkai sebaik sahaja misteri kenapa orang gaji itu diarahkan untuk menyediakan tiga jenis kopi yang berlainan rasa. Penyudahnya benar-benar buat pembaca akan senyum sendirian dan bilang; "Ini memang cerpen trademark Shaz Johar."




Kopi 3 Rasa adalah salah satu cerpen yang telahpun diterjemahkan ke dalam filem pendek dan dipersembahkan buat pertama kalinya di Annexe pada Sabtu lepas. Sekalung salutasi dan syabas kepada tenaga kerja produksi filem ini kerana dengar khabar sudah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Malaysian Shorts.







BERSAKSI KOPI – Dayang Noor

Kak Dayang yang amat ramah dan murah senyuman tampil dengan cerpen santai selepas novelnya Jerat terbit sekitar penghujung tahun lepas. Tahniah kepada Kak Dayang kerana Jerat sudah memasuki cetakan kedua.




Kalau Jerat lebih berkisar tentang kancah konspirasi IT dan manipulasi maklumat, Bersaksi Kopi pula lebih terarah kepada suatu rungkaian peristiwa demi peristiwa Armin yang sedang berusaha mencari apakah sebenarnya definisi cinta yang dia sedang cari. Pembaca dibawa menyelami kehidupan Armin sehingga ke kota Eropah, hanya untuk dikejutkan oleh suatu penyudah yang aku kira genius.







KOPI KOLA – Nadia Khan

Satu lagi penulis Fixi yang uber-famous dengan novel debutnya yang paling tebal dalam senarai novel terbitan Fixi iaitu Kelabu. Tahniah kepada Nadia kerana dengar khabar Kelabu sudah memasuki cetakan ketiga.




Cerpen Kopi Kola ini boleh dirumuskan dengan satu perkataan – comel. Pembaca dibawa mengimbau kenangan ketika kanak-kanak, diperkenalkan dengan setting desa/kampung yang aku rasa dekat benar dengan diri sendiri (kerana masa aku kecil dulu sering pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan).




Tajuknya sendiri sudah cukup untuk menjadi foreshadow tentang apakah yang bakal menjadi penyudah kepada cerpen ini. Suatu pembacaan yang segar dan menyeronokkan dan aku kira tidak akan jemu dibaca berulang-ulang kali kerana aku yakin pembaca akan terpanggil untuk mengingat memori yang berbeza-beza pada setiap sesi ulang-baca mereka.







KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU – Adib Zaini

Kisah obsesi luar kawalan seseorang terhadap seseorang dipersembahkan dalam gaya penuh santai dan cheeky oleh Adib Zaini. Penulis Zombijaya (yang kini sedang giat menjalani perfileman dengan nama KLZombi) ini kekal dengan identitinya menulis sebuah cerita yang pembaca akan fikir mungkin sekali diceduk daripada pengalaman peribadinya sendiri.







CINTA KOPI – Gina Yap Lai Yoong

Aku berkesempatan bertemu dengan Gina sebelum tayangan filem-filem pendek bermula pada majlis yang sama. Penulis novel Ngeri terbitan Fixi ini ternyata seorang wanita yang mudah didekati dan banyak celoteh orangnya.




Cinta Kopi jauh berbeza daripada Ngeri. Kalau pembaca mengharapkan Gina menulis tentang sesuatu yang ganas, gory mahupun sadistik, tajuk cerpen ini sahaja sudah memadai untuk menidakkan andaian tersebut. Cerpen Cinta Kopi mengisahkan tentang pertemuan secara tidak dirancang oleh dua hati yang akhirnya tidak mungkin boleh bersama oleh kerana ketentuan hakiki.







LUWAK DAN KRETEK – Ridhwan Saidi

Abaikan perkataan 'luwak' yang ada pada tajuk cerpen novelis Cekik ini kalau anda tidak tahu maksudnya. Suatu bonus (atau mungkin mini-spoiler) kalau anda tahu apa itu luwak. Cerpen ini kekal sebagai trademark Ridhwan Saidi yang gemar menyuntik elemen surreal dan fantasi dalam karya beliau.




Kalau anda (seperti aku pada mulanya) akan garu kepala (seperti aku selepas membaca Cekik dan Amerika buat pertama kalinya dahulu), usai membaca Luwak dan Kretek bikin aku senyum kepuasan. Cerpen ini paling tidak mungkin sekali merupakan suatu self-promotion terhadap novelnya yang berjudul Cekik yang kebanyakan penggemar novel Fixi sedia maklum mungkin sekali paling kontroversi gara-gara toko buku arus perdana Popular enggan untuk menjualnya kerana ia dilabelkan sebagai 'kurang sesuai'.




Namun, aku rasa pengikut blog ini sudah sedia maklum bahawa Cekik merupakan novel Fixi kegemaranku setakat ini. But enough about Cekik. Apa yang menariknya, dalam cerpen Luwak dan Kretek ini penulisnya sendiri juga membuat kemunculan (yang aku rasa bersifat semi-parodical). Aku yakin, mesti ramai pembaca KOPI di luar sana yang akan anggap cerpen ini nonsense dan syok sendiri tetapi percayalah bahawa pada pendapat aku ini antara karya 'mudah' Ridhwan Saidi yang aku suka.







KOPI PERCIK – Amal Hamsan

Kejutan terbesar buat aku apabila mendapati yang Amal Hamsan seorang gadis genit yang malu-malu kucing. Ini adalah kerana selama aku mengetahui line-up penulis KOPI, mati-mati aku sangka Amal Hamsan seorang lelaki.




Kopi Percik juga sudahpun diangkat menjadi filem pendek dan ditayangkan pada majlis pelancaran KOPI dan aku akui sedikit-sebanyakan menonton filem pendek itu sebelum membaca cerpennya sudahpun memberikan spoiler kepada keseluruhan cerita.




Sekali lagi penulis yang bijak kerana meletakkan foreshadowing pada tajuk cerpen tersebut. Kopi Percik. Kalau fikir lama-lama sebelum membaca cerpennya apa agak-agak yang kalian akan bayangkan? Aku enggan ulas dengan lebih lanjut. Bagi aku, Amal Hamsan harus lekas usahakan manuskrip dan terbitkan novelnya kerana aku sudah 'jatuh' pada gaya penulisannya.







KAU KOPIKOKU – Deepan Pranthaman

Penantian itu suatu penyiksaan. Cerpen cinta antara dua bangsa yang disudahkan dengan kekecewaan. Penulis ternyata bijak bermain dengan flashbacks dan mempersembahkan suatu jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menawan.




Oh ya, aku masih lagi kurius ingin tahu apa maksud 'nan unnai kadhaliriken'. Ada siapa-siapa yang tahu berbahasa Tamil?







KOPI JANTAN KAW – Nik Adam Ahmad

Uncle si peminta sedekah ternyata mencuit hati dan meraih simpati si penulis sehingga berjaya membikin penulis mengekori dan mengintai sisi lain uncle yang tidak disangka-sangka. Satu-satunya cerpen yang paling pendek dan disisipkan dengan gambar, aku hanya mampu tersenyum tatkala membaca penyudahnya.







CETHU – Nabila Najwa

Mungkin satu lagi cerpen yang agak sukar untuk dibaca (selepas Luwak Dan Kretek karya Ridhwan Saidi), penulis membawa pembaca menelusuri kota Yogyakarta dan mendampingi Cethu, sejenis kopi bercampur ketul arang.




Jujur aku katakan yang walau sudah masuk tiga kali aku ulang baca, aku masih lagi kurang faham dengan kisah yang hendak dipaparkan dalam Cethu. Apakah ia kisah sebuah cinta sisa tempat yang jauh? Apakah ia kisah suatu soliloki perasaan yang tidak kesampaian? Atau adakah ia suatu fragmen mimpi orang yang lagi sedang high?







BARISTA CINTA – Shafaza Zara Syed Yusof

Cerpen tulisan satu-satunya penulis yang mendapat sorakan dan tepuk tangan ketika namanya disebut di Annexe sebelum tayangan filem pendek di Annexe bermula ini sebenarnya terlingkar dengan kontroversi. Aku ada baca beberapa ulasan blogger lain (dan juga dari mulut beberapa pembaca KOPI yang ditemui di Annexe sendiri) yang menyuarakan pendapat bahawa Barista Cinta ini agak lucah.




Bagi aku, deskripsi adegan senggama itu biasa sahaja. Tiada apa yang erotik, malah aku rasa ia dikarang dengan penuh kreatif dan sinis. Kalau setakat itupun sudah ada pembaca yang labelkan cerpen ini lucah, aku terfikir apalah pula reaksi pembaca kelak apabila membaca beberapa bahagian tertentu dalam novel BISIK aku nanti?




Apa-apapun, Barista Cinta dipersembahkan dalam segmen-segmen kecil yang disusun lewat perspektif individu yang berbeza yang bertemu secara tidak disengajakan. 







HARI INDITIH – Asyraf Bakti

Kalau ramai yang sebulat suara menyatakan yang cerpen Barista Cinta itu lucah, aku kira cerpen Hari Inditih karya Asyraf Bakti ini sepuluh kali ganda lebih lucah. Hari Inditih mengisahkan tentang bagaimana sebuah restoran mamak yang tampak inesen pada luarannya menyimpan seribu satu rahsia sulit.







MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK – Hafiz Hamzah

Gabungan mimpi, cuplikan novel yang tidak siap dan khayalan seorang penulis yang sedang tenggelam dalam tidurnya yang didadahkan secangkir kopi. Bagi aku cerpen ini bijak. Sekali baca aku sendiri yang garu kepala tidak faham.




Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok pada hemat aku merupakan monolog seorang penulis yang separa kecewa kerana novel yang sedang diusahakan tidak begitu progresif. Bagi aku, tarikh-tarikh yang menjadi sub-tajuk kepada cerpen itu hanyalah indikasi bila serpihan novel yang sedang penulis itu usahakan ditulis. Selebihnya merupakan monolog yang membuat kita berfikir apakah kopi itu yang sedang 'bercakap' dengan sang penulis atau apakah itu hanya suara-suara di dalam kepala penulis itu sendiri?







RITUAL – Luc Abdullah

Kebagusan laras bahasa Luc Abdullah memang tidak dapat disangkal. Tulisan-tulisan dari blognya sendiri sudah cukup untuk buat kau rasa malu mengaku bahasa Melayu merupakan first language kau. Mulanya aku fikir Ritual merupakan kisah klise sepasang pacar bersekedudukan dan akhirnya si perempuan itu hamil. 




Rupa-rupanya Ritual seperti berjengket-jengket secara senyap dari belakang pembaca dan melucutkan seluar yang sedang kau pakai dan biarkan kau terperanjat dan tidak tersangkakan yang begitulah penyudahnya.




Brilliant. Aku harap di masa akan datang Luc Abdullah akan hasilkan novel untuk Fixi kerana aku sudah pastinya akan beli. 







TANGAN BERULAT – Fadli Al-Akiti

Cerpen fiksyen dramatik daripada Fadli Al-Akiti ini membuat kau benar-benar seperti dapat rasakan pasir dan tanah yang ditelan oleh watak utama dalam cerita ini yang ditanam hidup-hidup. Kenapa dan siapa yang tergamak untuk membuat dia sebegitu?




Semuanya terungkai dan akhirnya pembaca akan sedikit tercengang dek ketergamakan watak utama dalam cerpen ini.







VENTI – Redza Minhat

Kisah cinta bukan konvensional budak skinhead yang dipersembahkan tanpa sebarang tapisan bahasa. Aku suka bagaiman Redza Minhat mengintai sisi psikologi sub-budaya budak-budak skinhead ini seolah-olah sang penulis ada menghabiskan hujung minggunya mengekori dan mengamati perilaku golongan  tersebut. Paling tidak mungkin juga penulis ada kenalan yang merupakan seorang skinhead yang boleh ditemuramah.




Mungkin penyudah ceritanya agak tidak masuk akal tetapi jukstaposisi pertembungan budaya dan fahaman di bawah naungan aliran konsumerisma membuatkan cerpen ini menonjol daripada yang lain.







KOPI JULIA – Faizal Sulaiman

Agak kelakar apabila penulisnya si blogger tegar mengomel memberitahu yang dia agak terkilan ramai pembaca membuat konklusi segera yang cerpennya ini merupakan kisah vampir/pontianak ala filem Twilight.




Aku enggan untuk ulas dengan lebih lanjut tentang cerpen ini, khuatir terlepas banyak spoiler. Apa yang pasti, penulis memang seorang yang bijak berkarya dan punya kosa kata yang amat luas. Bahagian paling disukai; gurindam ringkas di akhiran cerpen ini.




Tulis sendiri atau ceduk dari mana-mana, ya tuan penulis?







SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA – Syaihan Syafiq

Eh, cerpen sendiri pula. Secangkir Kopi Bersama Dia sebenarnya sudah lama ditulis, sekitar tahun 2008 mungkin (atau boleh jadi lagi lama daripada itu?). Cerpen ini sebenarnya dalam bahasa Inggeris dan dihantar dengan harapan ia terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Body2Body keluaran Matahari Books. Namun begitu aku mendapat tahu daripada pihak penerbitan bahawa cerpen ini, walaupun layak untuk dimuatkan, terpaksa ditolak kerana kuota cerpen sudahpun penuh.




Setahun selepas itu ketika Matahari Books mengumumkan yang antologi cerpen Orang Macam Kita pula mahu diterbitkan, aku berusaha sekali lagi. Kali ini aku alihbahasakan ke bahasa Melayu. Namun rezeki masih lagi belum berpihak kepada diriku apabila sekali lagi cerpen ini ditolak kerana pihak penerbit bilang kuota entri sudahpun penuh.




Makanya cerpen ini tersadai lama di dalam folder dalam laptop aku buat kesekian kalinya sehinggalah ada hujung November 2011 lepas aku mendapat pelawaan untuk menulis cerpen dengan bertemakan KOPI. Terus sahaja aku teringat akan cerpen ini yang sudah lama 'bersawang'. Dua-tiga klik, pautkan pada emel dan hantar.




Sehari selepas itu aku terus diberitahu yang cerpen ini terpilih untuk dimuatkan dalam koleksi cerpen KOPI. Tambah memeranjatkan apabila tidak lama selepas itu aku juga diberitahu oleh pihak Fixi yang cerpen ini telahpun terpilih untuk diangkat sebagai filem pendek.




Secangkir Kopi Bersama Dia merupakan konflik dalaman seorang lelaki beristeri yang pada masa yang sama punya seorang kekasih gelap. Apa yang aku kira menarik tentang cerpen ini adalah oleh kerana ambiguiti jantina kekasih gelapnya itu membuka ruang interpretasi yang amat luas kepada para pembaca. Ada dua-tiga pembaca yang aku temui di Annexe tempoh hari bilang mereka mati-mati menyangkakan yang kekasih gelap lelaki itu mungkin sekali seorang pondan, khunsa, lelaki mahupun perempuan. Seorang pembaca yang aku temui juga berspekulasi yang kekasih gelap lelaki itu mungkin juga seorang makhluk halus.




Dahsyat bukan? Well, terpulanglah apa yang pembaca mahu fikir. Apa yang pasti aku amat-amat berpuas hati terhadap filem pendek arahan Fikri Jermadi yang aku tonton buat pertama kalinya di Annexe tempoh hari. Beliau berjaya menzahirkan essence dan permasalahan utama cerpen ini dengan gaya yang amat unik. Syabas dan terima kasih aku ucapkan kerana memilih cerpen ini untuk difilemkan.







KOPI MIMPI – Raja Faizal

Ketika rebiu ini ditulis, aku masih lagi belum memiliki naskah novel sulung Raja Faizal yang berjudul INVASI yang berkongsi tarikh pelancaran dengan novel debut aku iaitu BISIK. Kopi Mimpi kekal menjadi trademark Raja Faizal yang gemar menulis kisah-kisah sai-fai.




Cerpen ini berlatarkan sebuah lokasi yang tidak dispesifikasikan (dan aku kira Malaysia sebab ada watak Melayu dalam cerita ini) selepas Perang Dunia Ketiga kira-kira berpuluh atau beratus tahun dari sekarang. Kisah kehidupan sepasang pengawal yang cuba menangkis dingin suhu sejuk kesan sampingan kesan nuklear memang membuat pembaca harus berimaginasi tinggi.




Membaca Kopi Mimpi seakan suatu introduksi ampuh kepada apa yang mungkin kita boleh jangka dalam novel debut penulis iaitu INVASI.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2012 18:38

March 10, 2012

237: siapa belum beli KOPI lagi sila datang sini!

Seperti yang sedia maklum, cerpen Secangkir Kopi Bersama Dia karya aku akhirnya terpilih untuk dikumpulkan dalam antologi cerpen bersaiz poket suitably titled KOPI. Kumpulan cerpen KOPI ini menghimpunkan 19 aneka cerpen dengan bertemakan kopi (oh, penggemar teh dan jus oren sila pergi jauh-jauh... hehe, takdelah... gurau je!) daripada penulis-penulis FIXI, penggemar FIXI dan juga penulis tegar yang bukan sekadar rakyat marhaen biasa.




untuk membeli secara online boleh pergi ke:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-kopi/

tapi dengar cerita dah tinggal 100 copies  je lagi...

jadi, siapa cepat dia dapat!

=)  




Well, the good news doesn't just stop there...




Aku nak jemput korang semua ke majlis Pelancaran & Tayangan 3 Filem Pendek KOPI yang akan diadakan pada 24 MAC 2012 di The Annexe Gallery, Central Market.




Yep, you heard me right folks... tayangan 3 filem pendek yang diadaptasi daripada salah satu cerpen-cerpen dalam KOPI ni, dan 3 filem pendek itu adalah:



Kopi 3 Rasa (karya Shaz Johar, arahan Nazri M Annuar)
Kopi Percik (karya Amal Hamsan, arahan Azizul Hakim)
Kopi dan Dia (karya Syaihan Syafiq, arahan Fikri Jermadi)




Cuba baca nama penulis yang paling akhir itu, kenal ke? Ahaks... *blushing*




Majlis bermula seawal 12:00 tengah hari dan usai sekitar jam 2:00 petang. Sekejap je. Kalau datang boleh mingle around dengan kebanyakan penulis KOPI yang (insyaAllah akan membuat kemunculan), boleh tanya mana dapat ilham nak tulis cerpen tu, boleh ambil gambar, peluk, cium, ajak keluar (bagi yang available, mungkin?) dan semestinya boleh kumpulkan tandatangan daripada penulis-penulis KOPI semua. Bagi yang belum dapatkan naskah mereka, kat sana pun nanti akan ada jual jugak.




Oh, lupa hendak beritahu yang event ni percuma dan akan ada kopi percuma, ditaja khas oleh Coffex Coffee Malaysia. So, bolehlah korang grab a copy of KOPI while sipping on your coffee. Hehehe...




Bagi yang (macam aku) tak ada kenderaan sendiri dan tak tahu macam mana nak pergi ke Annexe Gallery ni, jangan risau... actually senang je.




Dari KL Sentral korang naik Putra LRT dan turun kat stesen Masjid Jamek. Turun dari stesen tersebut, jalan sikit ke Central Market tu. Alah, jangan risau sebab signboard banyak nak guide korang untuk ke sana. Alah, Central Market tu bangunan warna biru muda (eh, yeke? nampak macma hijau cair je... whateverlah...) jadi tak susah nak spot dari jauh. Masuk ke dalam Central Market dan terus je sampai ke bahagian belakang bangunan tersebut. The Annexe Gallery tu ada betul-betul kat belakang bangunan Central Market, its very hard to miss it.




Jadi datanglah singgah kejap untuk memeriahkan majlis pelancaran ni. Maybe lepas tu kita boleh pergi dating jalan-jalan kat KLCC sama-sama? Ahaks...




Untuk maklumat lanjut sila klik pada Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI. Acara ini sebenarnya in conjunction with ART FOR GRABS 2012: Colorful Assembly , jadi apa salahnya luangkan hujung minggu anda untuk sertai majlis ini?




Okaylah... jumpa korang kat sana nanti!




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 10, 2012 03:23

February 27, 2012

236: boyce avenue - aku mencarimu.

 


Kadang-kadang kita harus mempunyai rasa syukur.Sebab sebagai manusia kita kadang-kadang punya kebarangkalian untuk lupa diri.
Benda-benda yang kita sendiri nampak remeh sebenarnya merupakan sesuatu yang amat berharga.Cuma kita, sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang.
Betul tak?
=)



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2012 12:19

February 26, 2012

235: benda-benda tak realistik yang aku jumpa dalam drama Pretty Little Liars.


Budak-budak Lawa Kaki Kencing.





Rasa-rasanya tak perlu la cheq karang panjang-panjang intro pasai cerita Pretty Little Liars ni. Drama bersiri omputeh yang dah masuk musim kedua ni cerita pasai empat anak dara yang dok kena kacau oleh seorang individu nama A yang dok pi hantaq SMS la, video la, apa haram la kat bebudak empat ekor tu. So la ni empat anak dara tu dok ketaq lutut la tak tau sapa la malaun hak nama A yang musibat dok kacau depa tu.




Cerita panjang tak guna, la ni meh aku nak story sikit pasai the realistic lessons learned from the show Pretty Little Liars (hatuuudiah tetiba jah cheq cakap omputeh! hangpa ada? hahaha...)


1. Banyak betoi pulis kat tempat tinggal depa nih.


officer garret reynolds. salah sekoq pulis yang ada.


Sebesaq-besaq pekan/bandar hak depa dok duduk tu ada dua orang pulis jah yang on duty. Hak lain-lain tu pi mana? Dah tu dua ekoq pulis ni (sorang tu pangkat officer jah, yang sorang tu taraf detektif). Hak officer tu punya la suspicious, lepas tu asyik dok muncul merata jah tang budak-budak pompuan tu dok ada. Macam takdak kerja lain pun ada gak aku tengok. Hak detektif tu muncul sat-sat jah. Lepas tu mai takda sembang lain, dok korek punya korek rahsia budak-budak pompuan tu. Macam takdak kes lain nak handle.




Yang herannya, sebesaq-besaq pekan/bandar tu memang takdak pulis lain pun yang on duty. Kalau parents budak-budak pompuan tu mai nak buat report ka apa ka, asyik-asyik ngadap officer tu takpun detektif mangkuk tu jugak. Heran aku.




2. Budak-budak sekolah keluaq malam-malam mak bapak depa rileh jah.

Hak ni memang baffles me abes. Budak-budak empat ekoq tu dok keluaq malam-malam pi menyiasat tempat-tempat bahaya (ada satu episod tu depa pi kat satu rumah hijau yang dah lama abandon sebab kunun-kununnya nak perangkap si A tu, sekali kena ambush dengan sapa ntah. nasib baik takdak sapa yang cedera!). Tak ka mangkaq depa tu dok keluaq malam-malam tak bagitau mak bapak depa tu. Depa bukannya besaq pun, tahap-tahap form five kalau level Malaysia.




Lagi satu yang aku herannya, mak bapak depa tu sikit tak heran depa dok keluaq masuk malam-malam tak bagitau pi mana. Bahaya betoi! Kalau time-time aku dulu, nak pi kedai depan rumah tu pun nak kena bagitau kat mak aku dua-tiga kali!




Yang kelakarnya, depa dok keluaq pi keluaq mai tu mak bapak depa tak heran, tapi bila si Aria (salah sekoq daripada empat anak dara tu) nak keluaq dengan member lama dia (jantan la) terus laju jah bapak si Aria tu nak skodeng. Selama ni yang depa dok keluaq malam-malam pi sana-sini kunun-kununnya menyiasat siapa tu A takdak plak mak bapak depa nak bising.




Pening!




3. Mamat Caleb dengan Toby tu tak reti-reti nak abes sekolah ka?


Caleb Rivers yang muka tua. Dia ni adik-beradik Cullen kot?


Ada dua watak jantan dalam cerita Pretty Little Liars ni yang buat aku sekali lagi pening. Sorang tu nama Caleb Rivers, yang sorang tu nama Toby Cavanaugh. Yang herannya dua-dua ekor jantan ni sah-sah muka tua, stok-stok muka dah abes sekolah dan sambung belajar masuk kolej ka, uni ka, politek mara ka apa ka. Takpun dok kerja part-time kat stesen minyak ka, seven-E ka, jadi promoter supermarket ka...






Depa dua ekoq ni kunun-kununnya pi sekolah sekali dengan budak pompuan empat orang tu tapi haram takdak sekalipun aku tengok ada scene depa ni belajaq. Kot iyapun depa ni pindah mai sekolah sekali dengan budak-budak pompuan tu, depa ni student kelas apa? Form Six ka? Pening lagi sekali sat. Hahaha...




4. Pasaipa takdak sekoq pun nak report kat telco center dan habaq kat mak bapak depa?

Masa awai-awai si A tu dok kacau-kacau budak-budak pompuan tu dengan dok hantaq SMS bukan-bukan dok ancam nak dedah rahsia depa, awaitnya bodo sangat depa tu tak mau report kat center line telefon depa tu suruh diorang cek yang mesej tu mai dari nombor mana. Lepas tu buatlah tindakan susulan pi report pulis ka apa ka.




Yang lebih penting, awaitnya depa ni bengap sangat takmo bagitau kat mak ayah depa? Ni tak. Dok peda simpan lama-lama sampai masuk musim kedua dah cerita ni tak abes-abes lagi. Aku rasa kalau budak lain dah lama dah depa bagitau kat mak ayah depa suruh buat report pulis, lepas tu pegi check dengan telco center tengok leh trace tak nombor telefon hak dok hantaq mesej bukan-bukan tu.





"Hang nak McCiken ka McFlurry?"


Setel. Sah-sah sekejap ja leh taw sapa A tu. Lagi satu, yang depa dok ketaq takut kat A tu pasaipa? Selama ni depa dok kena gertak-gertak camtu aku tengok depa dok elok ja. Takdaknya si A tu nak buat gila mai bunuh depa ka apa ka. Nampak sangat si A tu pun takdak dok berani sangat nak buat apa-apa.




Lagipun depa ada empat orang, si A tu aku dok rasa sorang dia ja dok buat kerja gila tu. Awaitnya depa empat orang tak betoi-betoi pakat kenakan si A tu balik?




Memangla ramai suspek yang mungkin buleh jadi si A tu. Maya budak bodoh yang kawan dengan Hannah tu, kakak tiri Hannah yang nama apa ntah aku dah lupa tu, Officer Garret dengan detektif tu, takpun si Caleb boyfriend si Hannah tu sendiri boleh jadi A atau tali barut A. Tak heran kalau last-last rupa-rupanya mak ayah Aria tu sebenarnya A pun aku sikit tak terkejut.




Tapi its worth a shot kalau budak-budak tu berpakat dan plan elok-elok untuk jatuhkan A. Ni tak, tiap-tiap episod dok main lari-lari ngelak-ngelak jah. Tu la, apa-apapun kita sebagai budak-budak remaja kena habaq kat mak ayah gak. Senang nak berurusan nanti kalau jadi apa-apa. Jangan dok pikiaq dah besaq sangat nak setel sendiri.




5. Sebesaq-besaq bandar, dalam hospital ada dua-tiga orang jah staff on duty.

Hak ni paling bodo sekali la aku rasa. Ada banyak episod yang ada scene kat hospital. Yang herannya, sebesaq-besaq hospital tu ada dua-tiga orang ja staff yang on duty. 





"Lepaih ni kita main nyuruk-nyuruk kat stor ubat nak tak?"


Lepas tu buleh plak ada satu episod tu budak-budak pompuan tu senang-senang ja dapat akses masuk rumah mayat dan geledah fail apa ntah dan bawak keluaq balik pegi wad member depa hak sakit sorang tu. Punya senang!




Kalau hospital betoi-betoi sah-sah takleh buat cenggitu. Setahu aku, hospital punya staff dua puluh empat jam ada orang dan tukar-tukar syif. Takkanlah tempat sulit dan private macam rumah mayat tu senang-senang jah orang awam boleh masuk?




Mangkaq la cerita ni...




***




Tapi aku dok kutuk-kutuk macam mana pun aku dok tetap download dan tengok tiap-tiap minggu cerita ni. Bukan apa, saja syok-syok. Lagipun budak-budak pompuan tu lawa-lawa kot. Leh cuci-cuci mata sket. Ahaks.




Hangpa rasa apa lagi benda tak tak realistik yang hangpa dapat detect daripada cerita Pretty Little Liars ni?




Cerita la kat komen tu. Aku nak baca jugak.




=)







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2012 11:56

February 25, 2012

234: melawak kasar.

I gotta admit.




Aku tahu ada a few of my friends yang sebenarnya tak selesa dengan cara aku melawak. Aku melawak sarkastik. But then again it doesn't mean that I am rude or being ignorant. Aku tahu batas-batasnya. Kalau that person is someone that I am close with and I know that he/she can tolerate with my so-called "pedas" words, then let it be. Kalau aku berada dalam lingkungan orang yang tak berapa aku nak rapat atau baru nak kenal tak adalah aku nak bodohkan diri sendiri untuk melawak kasar dengan orang tu.




So that brings back to the original question: sejauh manakah sebuah lawak atau gurauan itu akan dianggap kasar?




Like seriously, how long should you and that person being friends before you can actually feel comfortable in your own skin and act the way you're naturally behave or are we all just a bunch of pretentious people bila berada di depan kawan-kawan?




Nak dijadikan cerita, the other day aku dengan BFF aku si Nazs ni decide untuk makan pasembur kat Padang Kota. Saja, since aku keluar wad the other day aku dah lama gila kot tak keluar pergi mana-mana. So lepas pusing-pusing Gurney Plaza (which apparently every time aku pergi sana mesti ada wing baru bukak, pening!) dan cuci-cuci mata kitorang pun decide untuk jalan kaki je ke Padang Kota sebab bukannya jauh mana pun. Lagipun the weather petang tu macam okay je. Baby Qimie tak ada, Nazs tinggal kat pengasuh sebab memang lepas sekolah dia akan terus dihantar ke rumah pengasuh tu. Since Nazs kerja balik petang so elok sangatlah Qimie stay dengan pengasuh kejap. Petang tu Nazs dah call akak pengasuh tu dan cakap dia datang amek anak dia lambat sikit.




Anyways, masa kitorang tengah duduk-duduk usyar orang sambil makan pasembur panas-panas, phone si Nazs tu bunyi. Ada mesej masuk dan katanya ada kenalan dia nampak dia dengan seorang kawan (aku lettew) kat Padang Kota. Nazs mintak izin aku ajak kawan dia tu join sekali. Aku tak kisah pun. So around sepuluh minit lepas tu datang la seorang mamat ni tersengih-sengih kat meja kami.




Apentah nama mamat tu, tak penting pun. So for the sake of this story kita panggil dia Kay je. Cool?




Si Kay ni kerja bank, kenal dengan Nazs pun sebab last month bank dia ada buat farewell dinner untuk one of their staff-members kat hotel tempat Nazs kerja (mesti staff pangkat tinggilah kot, kalau tak takdenya nak buat farewell dinner segala bagai, ye tak?). Somehow they bumped into each other dan berkenalan. Si Kay tu duduk kat sebelah Nazs so he is in the middle between Nazs and me. Masa dia tengah sembang kencang pasal ape ntah, Nazs sibuk dok SMS aku dok gossip pasal mamat Kay tu.




According to Nazs, Kay pernah ajak dia keluar date dan since he got nothing better to do dia pun setujulah. What Nazs doesn't expect is that how rude that idiot Kay can be.




"Ade ke patut exactly lepas I citer pasal my mom passed away masa I kat uni, si bangang ni buat lawak pasal mother passing away." <- exact SMS yg Nazs hantar kat aku, aku taip balik je kat sini bagi korang baca.




Then it got me wondered, perhaps ada orang tak kisah kalau there is this new guy melawak kasar macam tu. But then again for such serious issue like the passing of a loved ones macam tu rasanya tak wajar la dibuat lawak. Even aku yang rapat gila dengan Nazs pun akan stay clear from sensitive issues macam tu sebab aku tahu benda-benda macam tu kita tak patut joked about (or even talk, unless kalau orang tu okay with it).






Then Nazs hantar lagi satu SMS suruh aku test mamat Kay ni. Since aku baru literally kenal dia tak sampai 10 minit, it'll be a good plan untuk try it out. So aku dengan ringan mulutnya cerita a bit pasal medical history aku.




Aku cakap pasal aku ada congenital heart problem dan aku actually baru je keluar wad about a week ago sebab paru-paru aku ada jangkitan kuman.




And guess what?




This stupid motherfucker started to crack jokes about me looking anorexic dan dia cakap kan cool kalau ada this one giant meat grinder yang leh dispose semua babies yang dah pre-scanned and kalau ada defect leh terus grind kasi mati.




WTF??!!




Seriously. What the fucking fuck?




Aku dengan Nazs dah saling pandang-pandang. Kuah kacang kat tengah meja tu nampak sedap je kalau aku flip it over to that idiot goddamit face.




Anyways... aku usyar fizikal dia. Dia boroi sket. So aku cakap macam ni:




"Eh, kau ni macam gemuk sikit eh? Mak dengan ayah kau memang gemuk jugak eh?"




Okay. Aku tahu its a personal attack (kot?) tapi rasanya fair kot. Tit for tat. Fair la kan?




Mamat Kay tu diam. Pastu dia fumbles on his phone, buat-buat macam tengah karang mesej. Aku dengan Nazs dah macam faham-faham, terus je mintak diri nak blah.




Masa dalam kereta, I can't help but to cry. Aku cuba untuk reflect balik pada diri sendiri.




Am I as bad as that asshole Kay? Apa mulut aku pedas dan tak bertauliah macam mamat tu ke?




As far as I can recall, aku takdelah selancang dan setolol mamat tu dalam berbicara. I know my limits. But then again meeting him had made me reflected on myself.




Sebaiknya, kita as human beings kenalah tahu batas-batas ketika berbicara. Everything that we speak/type sewajarnya have to go through some serious thought process sebelum ia dilafaskan.




Macam orang tua-tua cakap: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak berguna.




So guys, a lesson learned here is that fikir-fikirlah dulu sebelum melawak.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2012 11:28

February 18, 2012

233: bagaimana BISIK mula berbisik.

Alhamdulillah.




Seperti tidak mahu percaya akhirnya novel sulungku akhirnya bakal menemui pembaca tidak lama lagi. Novel berjudul BISIK ini bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Jujur aku nyatakan yang aku sendiri tidak mahu percaya yang aku punya kudrat dan kemampuan untuk siapkan manuskrip dan akhirnya berjaya untuk diterbitkan. Menjadi seorang published writer memang sesuatu yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi tetapi aku tangguhkan kerana tidak begitu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh FIXI kepadaku ini merupakan sesuatu yang benar-benar tidak aku duga.





sneak peak kulit belakang novel BISIK. hehehe...



Idea untuk menulis BISIK sebenarnya datang secara tidak sengaja. Aku sedang menonton siri filem Saw secara marathon dan entah macam mana ilham untuk menulis datang. Enggan untuk kehilangan idea tersebut, aku segera tuliskan ia dalam program notepad di dalam komputer riba. Esoknya aku hadap kembali nota tersebut dan mula menggambarkan senario-senario 'what ifs' yang berbeza.



BISIK mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan, suatu jangkamasa yang agak singkat aku kira memandangkan aku mampu menulis kira-kira dua hingga tiga jam sehari. Kalau lebih daripada itu aku akan mula bosan dan terggiur untuk buat kerja lain seperti melayan Facebook dan sebagainya. Dengan berpandukan contengan ringkas pada dua-tiga helai kertas aku kosongkan otak dan biar jari-jari aku mengambil-alih dan sedar tidak sedar sudah hampir 20 ribu patah perkataan terhasil.



Pada ketika itu aku mula terfikir yang matlamat untuk menzahirkannya menjadi sebuah manuskrip novel yang lengkap adalah tidak mustahil. Sudah tiga puluh peratus siap, amat berat untuk aku tinggalkan begitu sahaja. Lagipun aku benar-benar terpanggil dek kata-kata keramat Amir Muhammad sewaktu aku bertemu beliau di Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun lepas.




"I'm looking forward to read your first two chapters, tau!"


Mungkin separa sedar kata-kata itu sendiri menjadi pendorong untuk aku selesaikan manuskrip BISIK dan akhirnya pejam celik pejam celik pejam celik...



Naskah BISIK ini bakal menemui pasaran tidak lama nanti. Penghujung April semestinya.



Resah menunggu reaksi pembaca.

Gementar pun ada.

Takut dan risau pun berbelit.



Tapi harap-harap para pembaca dan peminat FIXI khususnya bakal disajikan oleh sebuah BISIKan yang berbeza.



InsyaAllah.



Eh, datanglah beramai-ramai ke launching novel BISIK dan 5 judul FIXI yang lain di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 pada 27 April nanti.



=)



P/S:- sudi-sudikanlah LIKE fan page BISIK, ya? Thanks.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2012 08:00