Syaihan Syafiq's Blog, page 2

March 9, 2016

407: :(


semacam teaser untuk manuskrip berat dan separa peribadi yang sedang aku usahakan.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2016 09:01

February 18, 2016

406: [siri salah dengar] #11 - internet lembap, spotify disalahkan.

Lagu: All I AskPenyanyi: Adele


If this is my last night with youHold me like I'm more than just a friendGive me a memory I can useTake me by the hand while we do what lovers doIt matters how this ends 'Cause Spotify never loads again...



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2016 03:50

December 31, 2015

405: 15 buku terbaik untuk 2015.

Anda berjaya mengharungi 2015 dengan jayanya.
Tahniah!

Oh, tibalah masanya untuk aku mengulangi rencana yang pernah aku tulis pada awal 2015 yang lalu, iaitu menyenaraikan 14 buku terbaik yang saya baca sepanjang 2014 .
Maka rasanya lebih molek kalau menyenaraikan 15 buah buku terbaik dibaca sepanjang 2015.
Anyway, senarai ini not in any particular order, dan tidak semua diterbitkan pada tahun 2015. Its just that aku cuma dapat membacanya pada tahun ini. Orait?
Yay.

1. Ayah - Andrea Hirata Goodreads rating: 4/5
Rasa:Jujurnya inilah satu-satunya (setakat ini) buku dari penulis tersohor Indonesia, Andrea Hirata, yang habis dibaca. Bukunya yang terdahulu, Laskar Pelangi, aku pernah baca tetapi tidak habis (sebab malas nak renew tarikh pinjam di PTSL). Lagipun sudah tengok filemnya, jadi tidak begitu bersungguh pula hendak habiskan.
AYAH terbit pada Mei, 2015 dan aku dapatkan senaskah dengan cara mengirimnya dari ibu yang kebetulan ke Indonesia pada pertengahan Ogos yang lalu.
Beberapa bab awal agak struggle juga hendak baca sebab 1) bahasanya agak canggung, 2) agak meleret dan semacam tidak tahu plot utama cerita. Namun disebabkan banyak rakan-rakan di GR yang beri rating yang amat tinggi, jadinya gagahkan juga untuk baca. Sampai separuh baru dapat tahu kenapa begitu ramai orang mengagumi Andrea Hirata.
Lenggok bahasanya indah namun minimalis, kosa katanya luas sekali sehingga dia mampu menggambarkan hal-hal habis mundane dalam perkisahan yang bila dibaca habis indah, watak-watak yang dibangunkan walaupun secara geografi dan sejarahnya jauh berbeza dari kita, terasa amat-amat dekat dan akrab sekali sehinggakan kau tidak boleh tidak daripada terusik emosi apabila ada momen-momen tertentu berlaku ke atas mereka.
Aku kagum bagaimana Andrea Hirata mampu untuk menceritakan babak Sabari berbasikal merentas pekan untuk ke kedai pajak gadai demi untuk menebus radio ayahnya. Nyaris tertumpah air mataku sambil membaca tersengih-sengih sendirian.
Hebat. Salah satu buku yang semestinya akan aku ulang baca di lain kali.
2. A Monster Calls - Patrick Ness Goodreads rating: 5/5
Rasa:Ah. Jangan terpedaya dengan tajuknya ataupun kulitnya yang tidak menangkap. Kalau AYAH menceritakan kasihnya seorang anak kepada ayah dan kecintaan seorang ayah kepada anaknya, A MONSTER CALLS pula mengisahkan tentang ketidaksanggupan seorang anak menghadapi realiti bahawa dia bakal kehilangan ibunya buat selama-lamanya.
Terlalu banyak momen-momen yang mengundang air mata sehingga aku tidak tahu hendak pilih yang mana satu.
Khabarnya buku ini bakal difilemkan. Oh-My-Gosh!!!
Itu sahaja yang mampu saya ungkapkan. Ini adalah antara buku yang semua orang wajib letak dalam senarai WAJIB BACA.
3. Brazil - Ridhwan Saidi
Goodreads rating: 4/5
Rasa:Tahun lepas, Ridhwan Saidi hadir dengan Babyrina. Tahun 2015 beliau tampil dengan fiksyen/travelog/surreal/absurd berjudul BRAZIL.
Sukar untuk meletakkan BRAZIL di rak yang mana, antara fiksyen dengan non-fiksyen, kerana terkadang apabila dibaca ada beberapa bahagian dibaca sepertinya Ridhwan Saidi 'sengaja' untuk menciplak nuansa travelog dirinya ke Brazil dalam misi untuk menyiapkan sebuah buku. Pada masa yang sama ada juga kisah fikyen tentang penyiasatan si Roy yang diupah bos Fixi untuk mengintai Ridhwan (yang dalam buku) supaya menyelesaikan tugas menulis buku di Brazil.
Sangat-sangat mindfucked... dan sofistikated.
Seperti biasa; bahasa Ridhwan Saidi santai sahaja. Tidak berbunga-bunga, tidak bombastik dan habis minimalis. Itu aku suka. Tidak perlu guna onomatopoeia dan segala macam teknik literasi untuk "mengindahkan" tulisan beliau yang sudah sedia ada bagus.
Jarang hendak bertemu penulis tempatan yang mampu menulis seperti Ridhwan Saidi. Aku pernah terbaca ada orang dengan bijak dan penuh apt pernah menyimpulkan: ramai orang mahu menjadi seperti Ridhwan Saidi namun tidak mampu.
Heh.
4. Miss Peregrine's Home for Peculiar Children - Ransom Riggs Goodreads rating: 4/5
Rasa:Buku pertama dari trilogi Miss Peregrine's Peculiar Children ini aku boleh simpulkan dalam satu perkataan: gelap.
Aku gemar bagaimana buku ini mengambil pendekatan non-conformist dalam eksposisi cerita. Bukan naratif semata-mata. Pembaca disajikan dengan gambar-gambar obskur entah apa yang sedikit sebanyak menyuntik rasa semak perut dan perasaan 'tolong kalih belakang sebab takut ada orang tengah usyar kau'.
Walaubagaimana pun, aku harus akur bahasanya agak wishy-washy. Macam mana entah cakap, ya? Kalau diukur dengan skala graf, komposisi naratifnya tidak sebagus ceritanya. Dalam erti kata lain, ceritanya bagus, cuma cara ia dipersembahkan kurang berkesan, pada pendapat aku.
Namun ini tidak menghalang daripada aku berikan rating yang tinggi kerana bagi aku nuansa seramnya sampai.
Cumanya aku tidak begitu bersungguh untuk membaca sekuel dan buku ketiganya. Mungkin, dan aku bilang mungkin, kalau suatu hari nanti ketemu di BBW barangkali aku akan beli. Kalau tidak jumpa pun tak apa.
:-)
5. Mr Mercedes - Stephen King Goodreads rating: 3/5
Rasa:Jarang untuk dapat baca tulisan Stephen King yang selalunya diasosiasikan dengan genre seram/supernatural dan thriller. Siri penyiasatan bekas polis bernama Hodges (yang khabarnya aku baca ada 3 siri buku kesemuanya) dimulakan dengan bab pertama yang menceritakan dengan penuh grafik bagaimana seorang psikopat mencuri sebuah kereta Mercedes dan membuat siri langgar lari paling epik pernah aku baca.
Namun, mungkin oleh kerana ini tulisan Stephen King yang berlainan genre daripada yang selalu aku baca, jadinya kisah Mr Mercedes ini bagi aku menarik, tetapi tidak cukup menarik untuk aku beri 4 bintang. Tetapi aku harus tabik kepada Stepkehn King kerana mampu menulis dalam pelbagai genre.
6. Batman: The Killing Joke - Alan Moore, illustrasi: Brian Bolland Goodreads rating: 5/5
Rasa: Naskah ini sebenarnya aku belikan untuk seorang kenalan. Jadi bila ia sampai ke  rumah, aku minta izin untuk baca terlebih dahulu dan terus-terang aku bilang... aku benar-benar menikmatinya.
Novel grafik ini mengisahkan rentetan awal bagaimana musuh tradisi Batman iaitu Joker menjadi seorang psikopat ikonik yang digeruni dan juga dikagumi.
Cumanya, pada pengakhiran novel grafik ini aku baca bagaikan ada sedikit cliffhanger yang disengajakan, sepertinya penulis/pelukis mahu dedahkan pengakhiran cerita namun enggan mendedahkan sepenuhnya, jadi terpulanglah kepada adaptasi dan fahaman tersendiri pembaca.
7. The Strange Library - Haruki Murakami Goodreads rating: 5/5
Rasa:Ini buku yang aneh, boleh disimpulkan sebagai part horror/fantasy story, part fairy tale. Membuat pembaca tertanya-tanya akan erti dan rasa hidup-mati, signifikasinya kau dihidupkan di dunia dan juga kasihnya seorang ibu.
Menarik.
Namun aku kira pembaca tidak boleh anggap serius dalam menganalisis novella ini kerana bagi aku ia terbuka untuk sebarang adaptasi dan tanggapan yang berbeza-beza, bergantung kepada rasa dan perasaan pembaca itu sendiri.
8. Cerpen - Regina Ibrahim


Goodreads rating: 5/5
Rasa:27 cerpen himpunan Regina Ibrahim yang bertunjangkan ikonografi kemanusiaan, feminisme, gender issues dan kekeluargaan.
Walau setiap satunya tiada variasi ketara dari segi genre, namun koleksi ini memperlihatkan kepandaian penulis sebagai bukan sahaja seorang pemerhati yang bijak, malah seorang penganalisis dan pengadaptasi yang baik. 
Pembaca secara tidak langsung boleh mencedok iktibar dan pengajaran dari setiap satu kisah yang dipaparkan untuk dijadikan pedoman hidup.
9. Middlesex - Jeffrey Eugenides
Goodreads rating: 4/5
Rasa:Membaca Middlesex ini memperlihatkan ketelitian dan kejituan penyelidikan yang dilakukan oleh penulis sepanjang proses menyiapkan manuskrip ini.
Mulanya aku terpanggil untuk angkat naskah ini kerana tajuknya meningatkan aku tentang nama tempat yang bernama serupa. Tetapi hakikatnya ini kisah penghuraian dan kekaburan identiti gender dan persoalan diri.
Naskah ini agak berat untuk dihadam, mungkin sekali temanya yang berat dan pengkisahannya yang banyak bersangkut-paut dengan lipatan sejarah, agama dan mitos seputar.
Patutlah Oprah Winfrey juga galak merekomendasi buku ini dalam Oprah Book Club beliau...  
10. Perjalanan - Regina Ibrahim Goodreads rating: 3/5
Rasa:Aku ada menulis ulasan panjang tentang buku ini di Goodreads. Ini naskah travelog/memoir/biografi fiksyen yang bagus. Bagaimana Rozan yang lemas dan tercari-cari identiti dirinya sendiri sehingga dia 'bertemu' dengan Rozila diceritakan dengan baik sekali.
Buku ini benar-benar berjaya membuka mata pembaca agar tidak mudah menuding jari dan mencemuh orang seperti Rozila kerana kalian tidak tahu apakah bentuk pancaroba yang harus golongan sebegini tempuhi dalam proses untuk mencari diri sendiri.
11. Urban - Azrin Fauzi Goodreads rating: 4/5
Rasa:Azrin Fauzi seorang anak muda yang punya kelebihan luar biasa dalam menulis, pada hemat akulah. Bagi aku, beliau seorang pemerhati senyap yang prihatin terhadap subject matter-nya. Setiap baris ayat dalam cerpennya ditulis cermat dan tertib, memperlihatkan keperkasaan kosa katanya yang luas.
Membaca himpunan cerpen ini sahaja sudah cukup untuk aku menyimpulkan bahawa penulis seorang yang gemar membaca buku-buku bagus dan punya bakat besar dalam bidang penulisan. Tidak sabar rasanya hendak membaca novelnya (kalau dia ada terbitkan di kemudian hari, harapnyalah).
Aku berkesempatan untuk duduk semeja dan bersembang dengan anak muda (ceh, anak muda... macamlah aku ni tua sangat!) ini dan sepetang bersamanya terasa tidak memadai untuk aku mencungkil apa yang terlipat di fikirannya.
Harap Azrin akan terus menulis untuk tahun 2016. 
12. Romantis - Nuril Basri Goodreads rating: 3/5
Rasa:Naskah mentah awal yang diberikan oleh penulis kepada aku untuk rebiu mulanya dibaca agak longgar dan pada hemat aku banyak kelemahannya.
Namun naskah edisi terjemahan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia ini nyata menunjukkan kesungguhan penulis untuk membaiki mutu penulisannya yang sedia ada baik. Tetapi dek kerana naskah ini terbit selepas penulis menerbitkan Dosa, jadinya aku letak expectation yang agak tinggi terhadap Romantis kerana Dosa sudah sedia ada bagus kualitinya.
Pengakhiran Romantis yang punya sedikit twist menyuntik elemen kejutan dan kesegaran untuk novel bertemakan romantik/realisme ini.
13. Bagaimana Anyss Naik Ke Langit - Faisal Tehrani Goodreads rating: 4/5
Rasa:Betul apa kata Cikgu Lordzara; naskah ini harus dibaca tenang dan tenteram kerana ia dibaca bagaikan separuh laporan akademik, separuh fiksyen dan separuh cuplikan berita.
Buku ini sebenarnya aku sudah baca di tahun 2014, tetapi aku baca sekali lagi di tahun ini sebab aku tak puas hati (dan tidak berapa faham penyudahnya).
Seperti biasa, laras bahasa Faisal Tehrani ada kalanya minimalis, ada kalanya bombastik dan ada kalanya biasa-biasa sahaja. Namun naratifnya dibaca segar dan memperlihatkan kepandaian dan ketokohan beliau dalam meneliti, memperhalusi dan memerhati situasi masyarakat pribumi yang sering terlepas pandang dek mata masyarakat umum.
14. Santet - Saat Omar Goodreads rating: 3/5
Rasa:Apabila Saat Omar tampil dengan Santet, aku antara orang yang tidak sabar untuk mendapatkan novel dengan dua ekor lintah ungu menjadi penghias kulit buku ini. Ini adalah kerana aku meletakkan harapan bahawa naskah ini mampu memberikan rasa yang sama seperti ketika aku membaca Seronok dahulu.
Santet dibaca agak santai, terlalu santai sebenarnya sehinggakan awalan ceritanya dibaca agak meleret dan tiada fokus khusus. Namun begitu, penulis nyata bijak menghidupkan watak-watak yang colorful dan pelbagai, menjadikan bacaan terasa hidup dan meyakinkan.
Aku tahu, bukan mudah untuk membuat kajian dan menterjemahkan watak-watak dukun dan VVIP ke atas kertas fiksyen, kerana bukan semua orang pernah punya pengalaman bertemu dukun dan VVIP. Hahahaha...
15. Dear Life - Alice Munro
Goodreads rating: 5/5
Rasa: Alice Munro merupakan pemenang hadiah Nobel Sastera 2013. Himpunan koleksi cerpen dalam antologi Dear Life ini banyak bermain dengan emosi, situasi tak terduga dan percaturan hidup manusia.

Alice Munro merupakan seorang penulis yang tidak pretentious, tidak showy. Semua tulisan beliau terasa jujur dan dibaca bagaikan seperti sama ada dia pernah dengar orang ceritakan kepadanya atau dia sendiri pernah melaluinya suatu ketika dahulu. Ayat-ayatnya mudah, ringkas dan tidak terlalu berbunga-bunga, menjadikan pembacaan terasa akrab, walaupun faktor jurang masa dan geografi latar setiap satu cerpen yang terhimpun.

Aku bilang Alice Munro tidak pretentious dan tidak showy kerana laras bahasanya tidak dahsyat bersalut metafora dan perlambangan seperti pemenang Nobel Sastera yang lain seperti Mo Yan yang gemarkan suntikan nuansa magical realisme dalam tulisan beliau, atau Orhan Pamuk yang gemar menulis hal-hal melankolik mendayu-dayu yang sarat dengan metafora, atau Gabriel Garcia Marquez yang mahir menulis kisah-kisah yang sarat, komplikated dan penuh dengan hirisan sejarah.

Cerpen-cerpen Alice Munro dibaca biasa-biasa sahaja sehinggakan kau tertanya-tanya, macam mana dia boleh layak menerima anugerah Nobel.

Jawapannya terletak kepada kejujuran dan kepersisan tulisannya. Itu sahaja. Beliau seorang pemerhati dan pencerita yang amat-amat mengagumkan, pada hemat aku.
*EXTRA*. A Little Life - Hanya Yanagihara Goodreads rating: TBA
Rasa: 50 muka surat pertama aku macam ni... 

Lepas tu dah separuh aku jadi macam ni...

Dekat-dekat nak last buku aku rasa macam ni...
“You won’t understand what I mean now, but someday you will: the only trick of friendship, I think, is to find people who are better than you are—not smarter, not cooler, but kinder, and more generous, and more forgiving—and then to appreciate them for what they can teach you, and to try to listen to them when they tell you something about yourself, no matter how bad—or good—it might be, and to trust them, which is the hardest thing of all. But the best, as well.” ― Hanya YanagiharaA Little Life

Okay... jujur... Sebenarnya aku belum habis baca novel tebal ini. Namun rasa awal yang aku boleh simpulkan di sini adalah setelah aku mendapat amaran awal dari kalangan booktubers, rakan-rakan dan juga pensyarah aku sendiri yang memberitahu bahawa novel ini punya momen-momen yang agak gritty dan grafik kerana tema yang diketengahkan di dalam novel ini agak berat dan memang tidak sesuai untuk pembaca yang tidak matang.
__
Itulah 15 buku terbaik untuk 2015 yang aku baca. Kalau sudi, kalian kongilah jugak buku-buku terbaik yang dah dibaca sepanjang 2015.
Apa-apapun, selamat tahun baru!
#muahciked
p/s: - 15 Januari nanti jangan lupa bukak Wattpad Buku Fixip/s/s: - lagi satu, jangan lupa simpan duit untuk bulan April nanti. :p 



5 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2015 07:59

October 30, 2015

404: #NaNoWriMo2015 dah dekat.


tu je nak pesan.kipidap, dongibab, malas kena babab.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2015 21:00

October 13, 2015

403: 2 bulan tanpa updates. oh, well. macamlah ada orang baca blog ni (dan entah apa-apa updates merapu-rapik tak penting).

fefeeling malu sebab blog bersawang.Seriously.

2 fucking solid months without any blog entries.

Entah kenapa aku malas gila nak update blog sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab tak ada motif nak update apa-apa (kot?).

Anyways, aku okay je. Just living a normal life. Taking day by day as it is, tackling haze and whatever shit that this sinking boat that we call our beloved country is throwing at us with finesse (probably) and nonchalant attitude.

Baru-baru ni singgah BBW kat Times Square and man the collections this time around are more or less the same as before. Jadi, aku end up tak beli banyak pun. Pusing punya pusing, tiga ketul buku je aku grab. Itupun masih belum baca sebab tengah settle-kan TBR yang semakin menimbun kat meja sebelah katil.

Well, in case you fuckers are curious of buku apa yang aku grab, here's the list:

Revival - Stephen KingReconstructing Amelia - Kimberly McCreightThe Wishbones - Tom Perrotta
^takde gambar sebab aku malas nak snap pastu feeling-feeling upload kat Facebook, Twitter, Instagram, letak kapsyen 'My new book haul, y'all!'^
Bolehlah daripada tak beli apa-apa langsung. Lagipun tengah berjimat sebab *ehem* (saja dehem kuat-kuat, bukan sebab batuk kokol) nak sambar #Fallout4 bulan depan.

Apa lagi eh yang aku nak update?

Oh...

#NaNoWriMo dah dekat. TBH, aku rasa lain macam tahun ni. Maybe sebab tahun ni aku berazam untuk capai deadline siapkan 1 manuskrip dalam tempoh 1 bulan (kot?).

~masa ni la subconscious gelakkan kepada diri sendiri; "Hahahahaha... ada hati nak tulis novel dalam sebulan! Tulis disertasi pun merangkak-rangkak!" ~

Sebabnya, aku dah ada dua-tiga rough ideas dalam kepala, dan dah ada a few characters set up, cumanya aku tak sure sama ada idea-idea aku ni cukup bagus atau tak untuk diperpanjangkan dan survive untuk #NaNoWriMo.

Selalunya aku akan pre-plan watak, idea segala bagai atas kertas dan plotnya aku main hentam as I go along je. Well... so far teknik tu berkesan untuk empat manuskrip sebelum ni, so might as well stick to what's work, amirite?

Tapi kali ni since the deadline is about 30 days (campur-tolak 25 hari lah kalau kau nak ambil kira baki untuk suntingan, hari-hari tidak menulis, hari-hari malas dan hari-hari kecemasan) aku rasa aku perlu seriously draf plot cerita aku kali ni. Tapi aku jenis yang tak suka plan siap-siap cerita aku sebab nanti watak-watak dalam kepala aku jadi sort of 'kejung' dan tak tahu macam mana (yes, ladies and gents... that is the correct spelling of 'macam mana' ye, I have checked it, THRICE!) nak behave dan react to a pre-planned scenario. As crazy as it sounds like, gitulah cara aku bekerja, maksud aku menulis.
kayak ahlil seherrr, gitu!
Aku suka bina watak dulu, lepas tu latar tempat, lepas tu berikan mereka senario. Lepas tu aku cuma jadi pak pemerhati dan usyar apa yang mereka buat dan dictate apa reaksi mereka. Once in a while aku akan ubah sikit-sikit here and here, tweaked sana-sini latar tempat and/or senario tu so that watak-watak aku sentiasa on their feet.

Macam BISIK dulu. Aku cuma ada rough idea of a man moving out from his old flat lepas witness a horrendous accident. Itu je. Selebihnya yang jadi sampai trilogi bagai tu semuanya kerja-kerja Mikael (nama watak aku) dan 'kawan-kawannya'. Serious. Aku tak tipu.

It is as if I was just a mere observer yang perhati reaksi Mikael bila dapat tahu yang housemate dia mati, then lepas tu apa dia akan buat and so on and so forth.

Haih...

Panjang pulak entri kali ni. Hajatnya nak karang bebelan pendek je.

Oklah. Itu je kot. Tengok lah lain kali entah bila pulak aku rajin nak update blog ni.


Trilallewwwww..... *melambai sambil catwalk pergi*



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 13, 2015 16:00

August 14, 2015

402: awak suka yang panjang ke yang pendek? *ehem*

Panjang Bisik, novel debut aku dulu: 54, 000 patah perkataan.
Panjang Koyak pulak: 62, 000 patah perkataan.
Last but not least, panjang M: 62. 500 patah perkataan.
* average ajelah. exact word count aku tak ingat*

Basically, secara amnya penerbit Fixi selalu syorkan penulisnya untuk aim for around 50-65 ribu patah perkataan untuk sesebuah manuskrip.

Any shorter than that, penerbit bilang agak reluctant untuk terbitkan. Yelah, kena consider jugak kos produksi sesebuah manuskrip, termasuk kos-kos lagi segala bagai.

macam ni lah kot gamaknya reaksi editor aku.Kalau terlebih panjang pun, end up akhirnya editor akan cantas around 10% dan suruh kita reread dan sunting lagi biar kemas.

Bayangkan.
Nak tulis sampai 60K words pun terkadang rasa macam nak bersabung nyawa. Macam manalah penulis-penulis prolifik kat luar sana tu yang mampu cecah sampai lebih 100K patah perkataan.

Aku kalau datang rajinnya, hari-hari menulis pun mahu 5-6 bulan baru siap 1 manuskrip. Memang respect habislah kat penulis yang boleh tulis panjang-panjang.

Satu manuskrip yang dah siap, yang dah pun aku submit (sekarang tengah tunggu feedback dari editor dan queue untuk penerbitan ~agaknyalah!) pun cuma 75, 932 patah perkatan. Setakat ni manuskrip tu la yang paling panjang aku tulis. Itupun entah berapa kali jugaklah rasa macam nak give up half-way, sepertiga siap, dan almost dekat-dekat nak siap sebab rasa macam tak larat nak sambung.

Anyway, ini antara senarai novel-novel terpanjang;

Infinte Jest (David Foster Wallace) - 543,709War & Peace (Leo Tolstoy) - 587,287Les Misérables (* sebutannya L(h)ei Miseghab ye, bukan LeSS Mis-se-rabbel*) - 655,478

Kagum, kan?

Macam manalah diorang ni mampu tulis panjang-panjang macam tu sekali dan tak run out of idea, bosan, stress, menyampah dengan tulisan sendiri, dll.

Apa-apapun...

Terjumpa gambar infografik ni dari sebuah blog. Saja nak syer.

Hiks.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2015 04:37

August 10, 2015

401: still breathing.

no.

i am not dead (yet).
contrary to what the rumors have been spreading about me.

i had received three separate phone calls from random LTNSF (long-time-not-speaking-friends), asking about my status.

i am still breathing. thank you for asking.
the lack of update on this blog doesn't mean i am no longer around.
i am just busy procrastinating hiding sleeping not in the mood to write anything.
so...

yeah.

i am fine.
thanks for your concern.






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2015 06:37

June 17, 2015

April 11, 2015

399: [siri ulasan buku] #45 - pentas karya anuar shah.

Novel PENTAS tulisan saudara Anuar Shah yang setebal 244 halaman ini boleh disifatkan sebagai sebuah naskah yang factual-driven dan bukannya sebuah naskah yang banyak digerakkan oleh plot ataupun penceritaan. Struktur naratif novel PENTAS dibahagikan kepada tiga (Pentas Satu, Dua, Tiga) dan setiap satu daripadanya mengupas isu dan permasalahan yang pada hemat saya agak terpisah, menjadikan pergerakan cerita agak mengelirukan pembaca. PENTAS sarat dengan penceritaan fakta, terlalu banyak sehinggakan ada beberapa ketika saya sendiri tidak pasti kenapa penulis memilih untuk menghuraikan secara agak terperinci tentang sesuatu sekuens yang terkadang dibaca langsung tidak ada kena-mengena dengan watak utama (yang saya anggap merupakan Harut si ahli silap mata yang muncul di awalan naskah ini).
PENTAS pada hemat saya terlalu ‘memberitahu’ dan bukannya ‘menceritakan’, suatu garisan halus di mana pada pendapat saya apabila sesebuah naskah itu terlalu memberitahu dan tidak mempersembahkan cerita, ia saling tidak tumpah bagaikan membaca sebuah buku bukan fiksyen. Secara amnya, bahagian Pentas Satu memperihalkan tentang Harut si ahli silap mata dan pada penghujungnya bagaimana dia (mungkin?) telah tersilap percaturan sehingga telah menyebabkan pembantunya yang bernama Zulaika telah lenyap secara tiba-tiba. Pentas Dua pula memfokuskan cerita pada Harun, seorang wartawan muda yang berminat ingin mengkaji dan menulis sebuah rencana tentang kes perbicaraan Harut dan Pentas Tiga menceritakan tentang sesi perbicaraan Harut dan Dato Mah Rut di mahkamah. Secara teorinya, ringkasan di atas paling tidak akan menghasilkan suatu penceritaan naratif yang menarik.
Namun begitu, bahagian-bahagian ini ditulis dan dipersembahkan sebegitu rupa sehinggakan ia dibaca bagaikan agak terpisah dan tiada korelasi antara satu sama lain. Paling jelas adalah pada bahagian Pentas Dua di mana saya sendiri kurang jelas kenapa perlu diceritakan secara terperinci bagaimana Harun bermula menjadi seorang wartawan, hubungkaitnya dengan Mak Su pemilik restoran yang terkena sihir buatan orang dan segala macam backstory tentang Harun yang pada hemat saya tidak menggerakkan pergerakan plot secara baik.
Tamat membaca PENTAS, saya tidak boleh tidak daripada mempersoalkan kenapa begitu banyak hal yang dibangkitkan dalam novel ini dibiarkan tidak berjawab. Apa yang jadi dengan Harun dan Mak Su? Apa yang sebenarnya terjadi dengan Zulaika? Siapa sebenarnya Zulaika itu? Apa yang akan berlaku ke atas warga Kota Mega Kuala Lumpur?
Watak Ustaz Rasyid Idris yang merupakan key benefactor dalam novel ini pula anehnya hanya diceritakan sepintas lalu, dan hanya muncul sebagai watak sampingan yang wujud dalam ketiga-tiga bahagian Pentas. Tanpa mendedahkan begitu banyak spoiler, saya sendiri berasa hairan kenapa watak Ustaz Rasyid Idris ini tidak diketengahkan, dan kenapa watak Harun si wartawan yang muncul sebagai peran utama di Pentas Dua itu pula diberikan keutamaan sedangkan peranannya pada pembacaan saya kecil benar dan ada di beberapa bahagian dalam novel ini langsung tidak bermotif.

Namun begitu, walaupun PENTAS sarat dengan pergerakan fakta dan disjointed narration, saya tidak nafikan bahawa ia merupakan suatu penambahbaikan daripada PINJAM iaitu karya penulis yang terdahulu. Bahasa yang digunakan (walaupun agak banyak menggunakan terminologi undang-undang) ringkas, mudah, tepat dan berketepatan. Isu yang diketengahkan agak berat kerana ia merupakan adukan fiksyen dan agama. Patutlah kenapa sebelum ini novel ini pernah menjadi buah mulut apabila terbitannya tiba-tiba tergendala seketika. Saya fikir mungkin penulisnya ingin membaiki pengakhirannya agar ia menjadi lebih relevan dan boleh diterima pembaca. Mungkinlah. Saya tidak tahu. Hanya penulisnya, editor dan penerbitnya sahaja yang tahu hal sebenar yang berlaku. PENTAS berjaya memancing pembaca untuk meneliti dan mencambahkan rasa intrig dan ingin tahu sehingga tamat pembacaan, namun penceritaannya yang tersangkut-sangkut sedikit-sebanyak telah menjejaskan keseluruhan naskah yang mempunyai potensi untuk menjadi lebih bagus ini.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2015 00:20

April 9, 2015

398: [siri gambar nan sekeping] #09 - semalam punya cerita (sekarang dah jadi surat khabar lama).

right click, bukak kat tetingkap baru utk senang baca. =)
Thanks to Mr. Bissme. S. for this interview.
=)




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2015 04:56