Syaihan Syafiq's Blog, page 28

July 20, 2012

261: [siri sekadar cuci mata] #18 - choi siwon.

Saje je buat comeback untuk siri sekadar cuci mata ni. Sebab dah lama tak buat. Hahaha...




Anyways, ini yang terakhir setakat ini sebab esok dah mula puasa.

Jadi kena jaga mata, telinga, hidung, mulut, kaki, tangan, hati dan semua-semuanya.




Sementara tu... enjoys...




*lap hidung sebab keluar darah









Choi Siwon.

salah seorang ahli anggota Super Junior.




OK, itu je yg aku tahu pasal dia.

Yang lain tak penting sebab dia comel.




Gambar selebihnya ada kat bawah. Mohon klik. Hehehe...






















uuhhmm.... *speechless*






masih speechless....






air liur berlumba-lumba masuk tekak. guk-guk-guk... #sweat
















basically I prefer him to have shorter hair. nampak smart and stylish.











longer hair dgn fringe mcm ni... well, jambu sgt kot...






see what I mean? dgn ddk mcm tu... very the hadek-hadek. but then again, I'd still do him. hahaha...





















is it me or is it just that kadang-kadang aku tgk dia ada iras-iras Henry Golding?































gambar Siwon paling comel. *kesat darah*













sila fokus pada 0:30 sebab masa tu Siwon datang joget-joget. comel sangat. #obsessed




 kthnxbai.




=)




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 01:51

July 17, 2012

260: #ThatAwkwardMoment when HIM texted you after all these while.


Got a message from HIM, saying that he misses me writing entries in English. Kinda shocked and surprised to know the fact that he still reads my blog after all these while. I thought he had moved on and forget about me already.




Anyways...




I went to Hospital Pulau Pinang today to continue my regular checkup, continuing what was left since I leave Melaka. Since I came without a proper appointment, the doctor can only manage to secure me an appointment date for next Monday and asked about the effectiveness of the medicine that I have been taking.




I told her the truth, the medicine did worked. My heart palpitation seems to reduce and I don't get tired easily anymore. But then again I have only been taking the prescribed medicine for about 6 weeks now. I need to continue taking them for 6 months before the doctor can see if it had improved my health condition or not.




Whoops. Been gabbing about boring stuff for too much now.




Anways, I just wanna say that I have (sorta) started writing something for my second book. I'm not gonna tell much (because I think it'll jinxed the whole thing) but all I can say is that it will be very different from BISIK.




I can't thank you guys enough for the support and encouragements that I got for my first novel, BISIK. A lot of you guys loved it and I really really appreciate all your critiques and recommendations. All of that just wanna make me write better for my second book.




Anyways (berapa banyak kali anways dah?), I am still recovering from the shock that I got by receiving that message from HIM. I totally do not expect it.




#fingerscrossed. I hope he will contact me again. I'm not gonna lie, after all these years... I still do misses HIM a lot.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2012 11:42

July 14, 2012

259: borang jawatan kosong.








mohon isi, buat dua salinan dan hantar kepada saya dalam kadaran segera.




thank you.




=)







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2012 00:30

July 13, 2012

258: cinta seorang pencuri, KTR menang besar MAKUM2012.

Sepatutnya entri ini keluar lebih awal tapi aku lupa dan ia terbiar dalam draft buat sekian lama baru aku perasan. Hehehehe...



Sorry ye... =P



Tahun lepas aku berkesempatan untuk turut sama menjadi salah seorang tenaga produksi teater ' Takdir Ilahi ' untuk pertandingan MAKUM 2011.




Tahun ini aku tidak berkesempatan kerana tuntutan kerja sebagai guru praktikal di Melaka. (sob..sob..)




Walaubagaimana pun, Kelab Teater Rimba kali ini bangkit dan memperbaiki kedudukan selesa di tempat ketiga pada tahun lepas dengan meraih tempat JUARA!




Alhamdulillah. Syabas dan tahniah kepada kesemua tenaga produksi 'Cinta Seorang Pencuri' kali ini. Saya hanya sempat lihat persembahan kalian pada malam itu sahaja. Memang menghiburkan.









Memang ketara sangat peningkatan mutu lakonan dan pengurusan pentas pada produksi kali ini. Seriously aku sangat mencemburui kalian yang dapat turut serta dalam produksi kali ini. Tapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang jauh lebih penting, ye tak? Hehehe...




Apa-apapun kita layan dulu cuplikan video persembahan 'Cinta Seorang Pencuri' ni...




=)
























































KEPUTUSAN PENUH MAKUM 2012






JOHAN : UKM (Cinta Seorang Percuri)

Naib Johan : UUM (Dejavu Seorang Perempuan)

Ketiga : USIM (Preh)

Anugerah Khas Juri : UIA (Realiti Alam Fantasi)




Adaptasi/Arahan Terbaik : UKM

Pelakon Lelaki Terbaik : UPSI

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : UM

Pelakon Wanita Terbaik : UUM

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : UUM

Anugerah Tatacahaya dan Tatabunyi : UKM

Anugerah Set dan Props Terbaik : UM

Anugerah Teknikal Terbaik : UPM

Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik : UIA




Pelakon Harapan :

Agok (As-syura) - UPSI

Nyai Tua (Kebayan) - UiTM

Tunggul (Rumah Sakit Jiwa) - UPM

Pokka (Realiti Alam Fantasi)

Lela (Cinta Seorang Pencuri) - UKM

Rohana (Dejavu Seorang Perempuan) - UUM




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2012 20:59

July 11, 2012

257: cinta buku teks.

Bukan. 




Ini bukan attempt aku untuk nyanyi, main gitar dan rakam lepas tu upload ke YouTube. Ini adalah entri yang aku cuba nak tulis berkenaan dengan senario tipikal sebuah perasaan yang dinamakan cinta.




Kali ini subjek entri aku agak jiwang sebab aku tak nafikan yang aku sekarang sedang menyukai seseorang dan individu itupun memang sedia maklum aku suka padanya. Menurut hukum tipikal bercinta, ia hanya akan berfungsi kalau perasaan itu berbalas. Ya, bukan? Itu hukum asas buku teksnya.




Tapi bagaimana pula dengan situasi cinta yang tak berbalas. Atau cinta yang enggan dibalas. Atau cinta yang mahu dibalas tetapi tidak boleh atas sirkumstasi tertentu.




Aku bukannya percaya pada horoskop. Syirik pulak kalau percaya lebih-lebih. Sekadar baca buat isi masa senggang kira tak ada masalahlah. Cuma terkadang aku tak dapat nak menolak yang akurasi horoskop makhluk-makhluk di bawah naungan zodiak sang ketam comel ini ternyata agak menakutkan.




Contohnya, para ketam dianggap sebagai seorang yang mudah jatuh cinta dan seorang pencinta yang setia.




Which is so fucking true!




Sebab aku memang jenis yang mudah gila suka kat seseorang. Kalau orang tu baik, atau rapat sikit dengan aku, aku dah mula rasa lain macam kat dia. Kawan aku cakap aku mudah suka kat orang sebab aku ni lonely. Lack of friends, kata Nazzman (tiada perkaitan langsung macam watak dalam BISIK ye, suatu kebetulan yang disengajakan semata-mata) si BFF aku yang kachak macam Shahz Jazle tu. Entahlah, mungkin ada betulnya cakap Nazzman tu. Tapi aku rasa kawan-kawan aku agak ramai untuk aku tidak rasa sunyi. Entahlah.




Tang bahagian pencinta yang setia tu pun aku amat setuju. My first relationship lasted for about five years. Kami kenal sejak tingkatan dua, mula serius di tingkatan tiga dan lima tahun kemudian membuat keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut atas sebab-sebab teknikal yang tidak bolek dielakkan. Aku rasa followers blog lama aku tahu kot kenapa, jadi tak perlulah aku buat back-story, sebab nanti akan lagi panjanglah entri yang sudah sedia ada panjang ni. Hubungan kedua aku bertahan selama empat bulan. Yang ini putus sebab dia yang sudah tak mahu. Jadi pergi matilah dengan dia. Yang ketiga bertahan selama setahun. Yang ini putus dengan cara dramatik yang aku tak pernah cerita kat blog. Cuma rakan-rakan rapat aku saja yang tahu, which to be honest sampai sekarang aku tak dapat terima alasan dia untuk putus dengan aku.




Apa yang hendak aku sampaikan kat sini ialah aku rasa aku sudah sedaya-upaya menjadi the perfect boyfriend kepada mereka semua tu tapi alih-alih aku juga yang ditinggalkan. Ini membuatkan aku membuat sedikit refleksi diri.




Apa kurangnya aku? Apa sifat-sifat jengkel aku yang dah bikin mereka tidak mahu lekat dengan aku?




Aku dapat tahu dua sebab utama.




Pertama: mereka bosan.




Kedua: aku ni terlalu baik sehingga mereka ambil keputusan untuk ambil kesempatan ke atas kebaikan aku.




Konklusinya: bodoh kan terus-terusan begini?




Bila aku visualisasikan kesemua ex aku sebaris macam kawad cam polis, aku dapat buat satu kesimpulan yang aku tertarik pada ciri-ciri fizikal dan kareteristik yang sama. Body type mesti sekian-sekian, watak mesti sekian-sekian... dsb. Dah tahu jawapannya, tetapi aku masih lagi dengan bangangnya mahu mencari cinta.




Seorang lagi kawan aku si Danial, (ex-boyfriend si Nazzman tadi) minta aku untuk cuba mencari hubungan di luar template yang aku dah set dalam otak aku ini. Cuba keluar date dengan orang yang bukan citarasa regular aku. Dalam erti kata lain, kalau setiap kali aku ke KFC dan pesan snack plate regular, tak nak wings tak nak drumstick dan pepsi tak nak ais. Apa kata kali ini aku order dinner plate hot and spicy, nak wings sahaja dan orange.




Cari kelainan, bukan ikut buku teks dalam otak aku.




Betul jugak kata mamat tu.




... bersambung (sebab aku agak malas menulis panjang-panjang lagi sebab dah mengantuk)




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2012 13:48

256: [siri certot!] #02 - murtad.

Ini certot percubaan aku untuk kontes memenangi novel 'Murtad' karya Hasrul Rizwan, novel terbaru terbitan Fixi. 




Sayangnya tak terpilih.





klik SINI untuk beli secara online!





Ah well... you can't win them all, right?




Apa-apapun... enjoy reading!



Julia atau nama sebenarnya Jailani mendongak apabila terdengar bunyi pintu kamar dibuka. Sialan, kuku-kuku kakinya masih belum selesai dimanikur. Seorang lelaki berbadan macam badak sumbu berbaju duduk di sebelahnya.




“Sayang dah ready?” soal si badak sumbu berbaju itu.




Julia geleng. Dia malas hendak turut serta si Michael kekasih itu untuk ke gereja. Makanan yang dihidang tidak sedap, dan apa yang dibicarakan saban pagi Sabtu itu juga membosankan. Selama ini Julia cuma menurut atas nama cinta. Sebab Michael tidak pernah melarang untuk dia bersolat. Malah saban Jumaat Michael begitu taat menghantar dan menunggu Julia untuk solat Jumaat. Kadang-kadang Julia rasa seperti sudah tergelincir dari agamanya tetapi dia masih lagi yakin dan berpegang pada lima rukun yang dipelajari di sekolah dahulu.




“I belum mandi lagi. Can you just go without me?” Julia menoleh dan mengedip-ngedipkan kelopak matanya, dengan harapan Michael akan termakan pujuk. Namun Michael hanya tarik muka serius.




“We’re gonna be late. Kita nak pergi ambil kawan-kawan I lagi kat Bangsar,” keluh Michael. Lelaki Amerika itu fasih berbahasa Melayu kerana sudah tiga tahun bersama Julia. Mereka bertemu ketika Julia bekerja di Padini kerana Michael mahu membeli beberapa pasang kemeja. Julia yang bertubuh langsing, berambut lurus panjang melepasi bahu dan punya sepasang buah dada (buatan doktor Siam) mekar secara automatis membuat Michael keras pelir dan mahu memiliknya.




Akhirnya dek kerana bosan dengan leteran Michael, Julia lompat keluar katil dan terus ke kamar mandi. Julia keluar semula dengan badan separa lembap. Dia sarung jeans, sisir rambut dan capai baju randum dari dalam almari.




“Sejak bila you murtad?” soal Michael.




“Sejak Jerman menang game semalam,” Julia pandang jersi yang terpaut di tubuhnya. Harimau Malaya. Tidak sedondon Michael yang memakai jersi putih di mana runtuhnya Tembok Berlin. Dia sudah kalah betting. Makanya petang ini dia harus belanja makan Michael dan rakan-rakannya sekali selepas ke gereja. 




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2012 00:07

July 9, 2012

255: [siri certot!] #01 - hilang.




Sebenarnya aku sering upload certot (cerpen ketot) aku di blog aku yang satu lagi. Tapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, blog itu aku telahpun privatekan. Makanya, atas niat sekadar ingin berkongsi, aku bikin juga entri yang akan himpunkan certot-certot aku (sama ada yang dah published atau belum) kat dalam siri certot! ni.




Certot bertajuk 'Hilang' ini aku tulis bersempena dengan kontes Fixi baru-baru ini. Alhamdulillah, aku antara tiga yang bertuah yang memenangi senaskah novel 'Hilang' karya kedua Kak Dayang Noor. Novel sulung beliau, bertajuk 'Jerat' sudahpun aku ulas September tahun lepas. 




Bulan ini, rilis pula 'Hilang'. 





klik SINI untuk beli secara online.





Aku belum berkesempatan untuk baca 'Hilang' sebab naskah yang aku menangi itu masih lagi berada di Pulau Pinang dan ketika kalian sedang membaca entri ini aku (mungkin, insyaAllah) dalam perjalanan pulang ke kampung halaman yang tercinta. Aceewah.




Anyways, without further due... enjoice!




-----



Soraya celikkan mata. Kepalanya terasa maha berat, seperti mahu tertanggal dari leher. Semuanya tampak normal, cuma bilik yang tadinya kemas tersusun kini berantakan. Kurang setengah jam tadi dia baru sahaja disamun. Dua orang lelaki bertopeng Ultraman datang menyerbu setelah dia mendengar pintu kamarnya diketuk. Yang seorang laju sahaja himpit dia ke lantai, hujung pisau dapur kemas teracu ke lehernya menyeyapkan dia kalau dia meronta. Yang seorang lagi laju sahaja menggeledah biliknya.





“Mana? MANA? KAT MANA KAU SIMPAN?!”




Entah apa yang dua setan itu cari Soraya tidak tahu. Dia cuma seorang pelajar senibina tahun akhir yang baru sahaja usai praktikal di sebuah firma. Proses menterbalikkan dekor bilik itu memakan masa tidak sampai dua minit namun masa terasa bergerak maha perlahan, seperti setengah jam lamanya. Mungkin kerana gagal menemui apa yang dicari, dua brengsek itu bergegas keluar. Sebelum itu, satu penumbuk padu tepat diberi ke wajah Soraya, betul-betul di tengah-tengah matanya. Yang lagi seorang menyepak perutnya sehingga Soraya terduduk. Pandangan Soraya segera berpinar, berbintang sebelum bergelap. Tinggallah Soraya kembali sendiri dengan pintu bilik dihempas kasar.




Itu kisah setengah jam tadi.




Soraya pandang sekeliling, pastikan tiada apa yang hilang. Wang tabungannya untuk ke Krabi bulan depan bersama kekasihnya Mellinda masih tersisip kemas di dalam perut bekas pensel Domo-kun. Laptop Acer milik kekasihnya itu juga tidak terusik. Soraya belek fail-fail di laptop, khuatir ada yang diusik atau dipadam. Blackberry jumpa di stesen Hang Tuah yang kini miliknya itu juga tidak dikebas sialan dua ekor itu. 




Habis apa yang hilang?




Soraya tongkat tubuh untuk ke muka pintu. Payah. Mukanya terasa sengal dan agak sukar untuk bernafas. Dia tidak berani untuk sentuh kawasan yang sakit itu sebab dia yakin hidungnya patah. Dengan segala kudrat bersisa Soraya keluar dari biliknya. Seorang perempuan Cina sedang mendukung Pekingese berjalan laju-laju menembusinya. Soraya kini tahu apa yang hilang. 




Nyawanya sendiri.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 19:30

July 7, 2012

253: praktikal sudah tamat, apa yang sebenarnya aku sudah pelajari?

Bagi yang tak tahu, Jumaat lepas merupakan hari terakhir aku bergelar guru praktikal di sebuah sekolah kat Melaka tu. Alhamdulillah, walaupun banyak pancaroba dan onak-duri, aku berjaya jugak lengkapkan kuota jumlah hari dan jam yang diperuntukkan untuk aku dianggap sebagai sudah melengkapkan sesi praktikal aku. 




Anyways, bebel panjang tak guna... berikut merupakan apa yang aku dah banyak belajar sepanjang berpraktikum di Melaka ni.




AMARAN: Ada statement-statement pedih dalam entri kali ini. Anda telahpun diberi amaran awal.






Traffic lights kat Melaka tersangatlah annoying lama dan banyak. Memang faktab kalau lebih-lebih lagi masa balik sekolah. Asyik sangkut dalam jam je manjang.
Kebanyakan Malaccan drivers are fucking selfish. Suka sangat cilok sebelah kiri lepas tu tenggek nak mencelah kat depan masa traffic light tukar hijau.
Aku tak jumpa satu pun tempat makan sedap yang aku boleh ulang singgah. Oh, kecuali restoran De'Puteh yang sediakan jus buah RM2 tu maybe aku akan rindu, walaupun makanan diorang biasa-biasa je.
Kebanyakan lauk kat Melaka semuanya pedas. Tapi ikan bakar yang aku makan kat satu restoran nama Parameswara ni memang terbaik la.
Melaka memang ketandusan mapley yang best untuk lepak.
ABC kat food court Jusco AEON tu sangat sedap.
GSC kat Jusco AEON tu sucks gila sebab hari Khamis lepas aku nak tengok Spiderman masa midnight, tunggu dekat sejam last-last budak pekerja tu cakap projektor rosak. Ha, memanglah aku datang GSC semata-mata nak beli overpriced Coke dengan popkon, kan?! Nasib baik boleh refund kalau tidak ada yang balik rumah tak cukup telur dalam kerandut.
Nasi ayam kat food court MITC memang terbaik. Sempat makan dua kali je sebab tak ingat tempat tu kat mana. Tu pun sebab ada orang bawak. Hahahaha...
Cuaca kat Melaka sangat unpredictable. Kau bajet akan cerah panas sepanjang hari, tup-tup tiba-tiba je angin pus-pus siap dengan hujan maha lebat turun. Awal pagi hujan lebat gila, kau mula pasang cita-cita perjumpaan rumah sukan untuk hari tu batal, tup-tup tak sampai tengah hari matahari dah galak membakar dan padang dah siap kering. Jadi latihan rumah sukan ada macam biasa. Fuck.
Budak-budak sekolah tempat aku mengajar masih lagi obses dengan Aaron Aziz dan filem Ombak Rindu sampaikan contoh ayat untuk nota dan latihan yang aku bagi pun diorang request suruh buat biar ada kena-mengena dengan Aaron Aziz atau filem hampas kelapa yang bernama Ombak Rindu tu.
Walaupun tak ada apa sangat pun, aku dapat tahu yang budak-budak sekolah aku suka benar pergi lepak kat Dataran Pahlawan setiap hujung minggu.
Cikgu-cikgu sekolah tempat aku mengajar sangat murah hati dengan makanan. Tiap-tiap hari akan ada makanan untuk disyer kat bilik guru.
Tak ramai student atau cikgu yang tahu aku ni novelis untuk Fixi. Lagipun aku memang low-profile dan tak mahu ramai orang tahu pun. Tapi last-last ramai jugak yang tahu bila kantoi gambar-gambar aku pergi events merata naik kat Facebook dan Twitter. Hahaha...
Budak-budak sekolah tempat aku mengajar tak suka tengok filem Hollywood. Tapi kalau cerita Melayu, stok bangang gila macam Nongkrong tu pun ada budak aku yang pergi tengok wayang sampat empat kali. Lepas tu ada hati nak kompelin kat aku cakap Bahasa Inggeris tak power. Dah kau sendiri yang malas + bebal tak nak dedahkan diri dengan bahasa tersebut macam mana nak pandai. Sheesh...
Ramai betul orang yang suka judge orang lain hanya berdasarkan cakap-cakap orang lain padahal dia tak kenal betul pun dengan orang yang tertuduh tu.
Budak-budak sekolah semua harap cikgu buat semua benda. Aku hairan bila masa Hari Guru tempoh hari, segala persiapan untuk event hari tu cikgu-cikgu yang sibuk uruskan. Budak-budak sekolah sekadar jadi audiens (dan turut serta buat persembahan yang pada hemah aku tak seberapa) je. Zaman-zaman aku kat PFS dulu, masa Hari Guru, students lah yang paling sibuk uruskan itu-ini. Cikgu-cikgu kat sekolah chillax je. Yelah, dah nama pun Hari Guru. Yang diraikan adalah para guru tapi sebaliknya kat sekolah tempat aku berpraktikal ni, cikgu-cikgu yang yang uruskan segala dan cikgu yang sambut sendiri Hari Guru. Sedih.
Budak-budak sekolah zaman sekarang (aku merujuk kepada budak-budak sekolah aku secara spesifik) sangat malas. Diulangi, SANGAT MOTHERFUCKING MALAS. Most of them ada akses kepada internet 24 jam sehari di rumah. Most of them boleh online Facebook dari balik sekolah sampai lewat malam (ada seorang tu aku pernah perasan profil dia online jam 4 pagi) tapi tak ada seekor pun yang mahu/rajin guna Google untuk cari info atau bahan kalau diberikan tugasan di rumah. Pernah sekali aku minta budak-budak kelas aku cari info tentang karekter dan perincian setting satu short story dalam KOMSAS Bahasa Inggeris diorang. The following class semua tak cari info padahal the day before aku sengaja online dan usyar hampir 70% budak kelas aku tengah online FB jugak. Perangai macam sial.
Majoriti budak sekolah tempat aku mengajar mengaku tak pernah keluar dari Melaka dan tidak tahu banyak tentang tempat-tempat lain (contohnya KL).
Respect, respect, respect. Kebanyakan students kat tempat aku mengajar masih lagi tak faham konsep hormat pada yang lebih dewasa dan matang, guru mereka contohnya. Bagi aku; respect is something that you have to earn, not demand .
Melaka lacks of things to 'cuci mata' with. Hahaha... 





OK, cukuplah kot 20. Nanti kalau aku rajin aku buat entri lagi. Babai bitches.




=)




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2012 14:12

July 3, 2012

252: [siri ulasan buku] #18 - L.U.V.E karya pingu toha.




Sebelum aku membebel lebih jauh, aku aku ucap terima kasih kepada Pingu Toha sebab hadiahkan aku tiga novel keluaran Jemari Seni Publishing (JS). Tiga-tiga novel nukilan beliau. Makan hati, okay? Rupanya-rupanya lelaki kacak berkaca mata bernama Pingu Toha tu dah ada tiga novel bawah nama beliau. Terasa kecil bila duduk semeja dengan beliau tempoh hari. L.U.V.E merupakan novel pertama terbitan JS yang pernah aku baca. Yelah, selama ni asyik baca dan ulas novel terbitan FIXI je, sesekali ubah selera tak salah, bukan?




L.U.V.E karya sulung Pingu Toha boleh disimpulkan sebagai sebuah novel yang catchy namun klise. Plot yang terungkai jelas dengan landasan ala chic lit seperti kebanyakan karya komedi-romantik kebanyakan tulisan novelis Barat. Sesuatu yang boleh dipuji kerana bagi aku walaupun L.U.V.E biasa-biasa sahaja ceritanya, tetapi setidak-tidaknya ia tidak seperti novel cinta tipikal yang memenuhi toko buku bahagian Novel Melayu. Aku cakap L.U.V.E ini catchy sebab setiap babak demi babak ditulis pendek-pendek dan progressive jalan ceritanya selanjar dengan perkembangan watak. Pendek kata, tidak meleret dan merapu-raban.





Monolog dalaman yang digilirkan dengan plot sebenar agak terkesan cuma kadang-kadang aku rasa agak hiperbola (keterlaluan). Walaubagaimana pun aku suka sebab dengan cara itu kita dapat tahu isi hati si Uthman Huzir yang digambarkan sebagai sedikit pemalu dan punya inferiority complex. Jujurnya aku mencuba untuk suka pada watak Uthman (atau lebih dikenali sebagai Uth) tetapi kadang-kadang aku rasa macam mahu tampar dia dan tolak dia ke tengah jalan raya yang sibuk. Bagi aku sifat pemalunya terlalu tebal sehingga dia kelihatan agak emasculated dalam L.U.V.E. Buat bandingan sisi dengan si watak sampingan bernama Keri (yang hanya pada tiga halaman terakhir novel baru tahu nama penuhnya Ahmad Mukhri dan ternyata seorang Muslim), Uthman tampak tiada visi, tiada matlamat dan pada suatu bab agak pathetic.




Ok. Mungkin aku agak kejam terhadap watak Uthman. Tetapi aku akui Uthman bukan your typical jock in a business-suit, watak klise nak mampus yang sering kita jumpa dalam novel-novel cinta bahasa Melayu. Selalunya watak hero dalam kisah cinta novel bahasa Melayu mestilah a) kacak, b) berharta (antara sudah tahu dia kaya atau tidak, itu belakang kira), c) jahat dahulu kemudian akan dibaik dan dialimkan oleh watak heroin (atau sebaliknya), d) punya nama yang mampu buat anda dikejarkan ke hospital kerana tergeliat lidah menyebutnya, e) punya ego setebal Kamus Dewan dan f) walaupun egonya setinggi Everest tetapi dia punya daya sabar yang amat tidak logik tingginya. Dan Uthman tidak termasuk dalam ciri-ciri stereotipikal klise seperti yang dinyatakan di atas. Sebab itulah walaupun aku akui aku agak annoyed dan terkadang benci akan Uthman (sebab dia agak lembik!), pada masa yang sama aku suka Pingu Toha tidak menzahirkan satu lagi watak klise yang aku benci (baca: watak hero dalam novel Ombak Rindu, Seindah Sakura dll).




Hubungan jerat percintaan pentagon Uthman-Lana-Vee-Elina-Keri berbelit-belit tetapi diseimbangkan dengan baik. Cuma aku fikir L.U.V.E agak nipis dan semacam tidak puas baca. Elina dan Uth pernah ada lipatan sejarah bersama, tetapi entah macam mana boleh putus di tengah jalan dan kini masih bersahabat baik. Namun dalam diam masing-masing tidak nafikan yang cinta itu masih ada. Keri temannya si Uth cintakan Lana separuh mati tetapi dia seperti dapat rasakan yang dia bertepuk sebelah tangan sebab Lana menaruh hati terhadap Uth. Vee, teman serumah merangkap sepupu (kalau tak salah, aku baca L.U.V.E agak buru-buru untuk pastikan hal ini) kepada Lana pula syok habis pada Uth dan Uth tahu cuma Uth tidak dapat menerima Vee kerana hati Uth ada pada Lana. Tambahan pula si Vee itu aku baca agak psiko, clingy dan semacam orangnya. Creepy. Oh, dan siapa pula si Leo yang muncul di saat-saat akhir?



“We can be a little stupid at times, when emotion is overwhelming.”

- Elina. Bab 48, halaman 198.




Jadi apa penyudah kisah L.U.V.E? Siapa pilih siapa dan siapa pula yang akan kecewa gigit jari hingga bawa diri terbang merentasi samudera (dengan alasan… oh, klisenya… sambung belajar)? Sila beli/pinjam/curi L.U.V.E dan baca sendiri untuk tahu.




Oh, aku sekarang sedang baca 143, sekuel kepada L.U.V.E.




=)




nota kaki: Abang Fikret Rahman tu mesti cando, kan Pingu? #pitam




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2012 18:29