Syaihan Syafiq's Blog, page 29
June 16, 2012
251: tayangan perdana KOPI THE DVD.
Ingat pelawaan aku untuk ke Pelancaran 3 Filpen dan Antologi KOPI bulan Mac lepas? Siapa pergi sila angkat situ sekarang! Hehehe...
Well, untuk pengetahuan semua ketika entri ini ditulis antologi KOPI ni dah pun habis dijual. Sold out. Illek!
dah habis. kau ada??!!
Kepada yang sudah ada naskah KOPI, 정말 감사합니다!
Kepada yang belum ada, bh000000ttt!!! Too bad lah sebab sekarang kepada whomever yang ada extra copies tu semestinya akan jual di pasaran gelap pulak. Pandai-pandailah korang cari. Hahahaha...
Anyways, kali ni aku nak jemput korang ke Tayangan penuh filpen KOPI THE DVD yang akan berlangsung pada 24 JUN 2012 di The Annexe Gallery, Central Market (lokasi yang sama macam event sebelum ni, cuma yang cunnya its three months after that).
Kali ni bukan hanya 3 filpen yang akan ditayangkan tetapi 8 filpen yang diadaptasi daripada cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi KOPI tersebut. Berikut adalah senarai penuh filpen yang akan ditayangkan.
1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar)
2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)
3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)
4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)
5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)
6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)
7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)
8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan)
Masuk adalah, as usual percuma. Jadi kepada pemilik antologi KOPI atau penggemar/penggiat/penagih filpen sudi-sudikanlah datang. Heret sekali teman wanita/lelaki/suami/isteri/skandal/simpanan/bekas/whatever untuk datang memeriahkan event yang bermula sekitar jam 4 petang dan usai jam 6 petang. InsyaAllah ramai (kot?) penulis KOPI yang akan hadir. Yelah, pelancaran DVD filpen KOPI kot...
Untuk maklumat lanjut boleh klik pada Tayangan penuh KOPI THE DVD . Sekali lagi, acara ini adalah sebahagian daripada event KL ALTERNATIVE BOOKFEST + ART FOR GRABS 2012 .
Jadi lapangkanlah jadual korang untuk hujung minggu berkenaan. Mana tahu boleh bersua dan berkenalan. Eh.

Published on June 16, 2012 23:00
June 12, 2012
250: waiting.
The view from down here is fascinating...
Breathless I am, while staring at the clouds
Patiently I am, while waiting for you...
The view from down here is amazing...
Captivated I am, while inhaling its beauty
Desperately I am, while drowning in you...
The view from here is wonderful...
Intoxicating I am, while looking at the hills
Lonely I am, while longing for you...
It's such a wast to let this pass us by...
It's such a drag you are late here...
[09|10|2004 -saturday- 12:59PM]

Published on June 12, 2012 09:00
June 10, 2012
249: butterfingers - mati hidup kembali.
Empat minggu lagi bersisa.
Aku harap aku mampu bertahan.
Aku harap aku sempat usai.
Aku harap sangat-sangat...
=)
notakaki: lagu ini sangat ohsem. ktnxbai.

Published on June 10, 2012 03:00
June 9, 2012
248: tangis.

Aneh. Padahal ini bukan pertama kali aku menghantar dia pulang ke negara permastautinannya. Tetapi hari itu, berdirinya aku di atas lantai lapangan terbang itu, melihat dia menyeret bagasi berodanya yang berona putih bersih (gila, tinggal di Pulau Pinang hanya untuk tiga hari tetapi dia bawa baju seperti mahu pindah negara) membuat hatiku meruntun hiba. Mataku bergenangan air gratis yang terbit secara biologi dari pelupuk.
Mungkin perpisahan kali ini buat selamanya. Itu sering berlegar di benakku. Ya, ajal sememangnya di tangan Tuhan. Mungkin hari ini aku masih bernafas, makanya aku mampu melihat, menyentuh, mengucup dan mengusap dia. Tetapi mungkin esok aku sudah tiada.

Aku tidak tunggu sehingga kapal terbangnya berlepas. Usai dia melepasi gate berlepas, aku cepat-cepat keluar dari terminal, menuju ke deretan teksi-teksi cekik darah. Aku jalan lagi. Sehinggalah langkahku secara automatis terhenti di satu pintu gelongsor automatik yang menghala ke perut terminal. Aku kenal tempat ini.
Di situlah pertama kali aku dan dia berpelukan saat dia mahu berangkat ke selatan semenanjung untuk mengusahakan diplomanya. Maklumlah, pertama kali berpisah ketika itu. Tahun 2003, bulan lima, tarikhnya aku sudah lupa. Cuaca pada ketika itu cerah secerah-cerahnya sehingga amat menyilaukan mata kalau kau mendongak. Aku ingat hari itu kami sama-sama pakai baju kotak-kotak rona biru yang kami beli di KBJ dua-tiga hari sebelumnya. Aku ingat dia pakai minyak wangi Versace yang aku pilihkan untuk dia ketika kami jalan-jalan ke Feringghi sebulan sebelumnya. Aneh sekali aku tidak ingat perincian-perincian sebegitu sebelum ini, tetapi fragmen memori itu akan datang sendiri pada ketika yang paling tidak terduga.
Dan hari ini dia sekali lagi berpisah denganku. Dan aku menangis lagi.

Published on June 09, 2012 10:37
June 8, 2012
247: makan hati.
Petang itu dia lewat lagi. Aku macam biasa, tak kisah pun menunggu sebab aku tahu dia lewat bersebab. Aku silang kaki sambil duduk di sofa empuk one-seater di Starbucks itu, sedang membelek komen-komen twitter di telefon, membiarkan java-chip frappucino di meja itu berpeluh bukan sebab panas. Di sisi aku ada sebuah beg kain (kain ke? entah...) warna hitam dengan tulisan sepatah empat huruf. Di dalamnya, novel aku. Masih berbalut plastik. Dia yang hantar SMS tadi bilang jangan lupa senaskah novelku, kerana katanya ia agak sukar untuk diperoleh di kota singa (benarkah?).
"Maaf lambat, I datang naik cab tadi," dia bilang sebelum cicip sedikit kopi dari mug. Hari itu dia pakai shorts warna putih dengan jalur-jalur halus warna hijau, dipadankan dengan kemeja yang tidak disisip ke dalam warna biru pucat dengan lengan berlipat hingga ke siku. Ada jam tangan Fossil di pergelangan kiri dan itu sahaja aksesori yang dipakai. Ringkas.
"Cab? Kereta mana?"
"La, tinggal kat rumahlah. I datang naik flight kot."
Lupa. Dia yang tinggal di kota singa memang jarang memandu. Iyalah, memang tak berbaloi kalau hendak pandu berseorangan dari hujung semenanjung ke hujung lagi satu semata-mata untuk satu hujung minggu. Tapi kalau naik kapal terbang pun kosnya tentu mahal. Ah, persetankan. Dia punya duit, dia punya pasallah.
Untuk hampir setengah jam berikutnya kami bersembang, bertukar-tukar cerita dan masing-masing mahu isikan masing-masing dengan apa yang telah berlaku ke atas diri masing-masing. Iyalah, kali terakhir aku bertemu dia adalah bulan Februari lepas ketika aku baru sahaja keluar dari wad gara-gara jangkitan paru-paru. Sesungguhnya aku tidak nafikan yang aku teramat selesa apabila bersama dia. Mana tidaknya, sudah berkenalan sejak tahun 1999, sudah hampir 13 tahun berkenalan. Kalau berkahwin anak sulung sudah masuk sekolah rendah.
Kemudian, dia tanya aku soalan cepu-cemas; "Sudah ada yang baru?"
ini bukan penulis walaupun penulis feeling2 nak jd dia.
Aku gumam perasaan yang meronta mahu terbit. Aku mahu bilang yang aku masih lagi punya secarik perasaan pada dia tetapi aku takut bertepuk sebelah tangan. Aku mahu katakan pada dia yang walaupun antara aku dan dia sudah terkubur sejak 2006, tetapi aku amat sukar untuk tangkis perasaan itu daripada menyusup kembali.
Aku lorekkan satu senyum, tahan nafas dan geleng.
"You know me, right? Mana ada orang nak kat I..."
"Nonesense-lah. A great person macam you mesti ramai orang nak. You je yang tak perasan..."
"Ke I yang perasan ada orang syok kat I?"
Atau mungkin sebenarnya aku...
Ya, mungkin juga! Eh.
Aku pandang java-chip frappucino yang sudah separuh habis. Masih berpeluh. Jadi aku dakap ia dalam genggaman tangan kiriku. Sengaja. Aku tidak mahu dia nampak tangan aku menggigil sebenarnya.
"Anyways, come... I nak tunjuk kat you something..." dia gamit aku untuk berpindah tempat duduk dan duduk di sebelahnya. Dia keluarkan telefon bimbitnya, sebuah Samsung Galaxy S2 warna putih. Dia ke opsyen galeri gambar.
Apa yang dia minta aku lihat seterusnya memang membuat aku seperti mahu makan hati. Sungguh, aku tidak tipu. Aku benar-benar geram dan rasa semahunya lari lekas-lekas keluar dari kafe francais kopi mahal itu dan pulang ke rumah.
Dia, bekas kekasih pertamaku itu...
Menunjukkan gambar anak kucingnya yang baru lahir.

Published on June 08, 2012 19:30
June 7, 2012
246: kenapa saya sayang anne hathaway lebih sikit daripada orang lain.
Published on June 07, 2012 22:52
245: [siri salah dengar] #07 - beli softlan.
Suatu petang di kedai runcit.
AKU: Tauke, ada pelembut softener tak?
TAUKE: Apa??
AKU: Pelembut softener.
TAUKE: You mau angkat apa?
AKU: Pelembut softener. Eh...

AKU: Tauke, ada pelembut softener tak?
TAUKE: Apa??
AKU: Pelembut softener.
TAUKE: You mau angkat apa?
AKU: Pelembut softener. Eh...

Published on June 07, 2012 01:59
255: [siri salah dengar] #07 - beli softlan.
Suatu petang di kedai runcit.
AKU: Tauke, ada pelembut softener tak?
TAUKE: Apa??
AKU: Pelembut softener.
TAUKE: You mau angkat apa?
AKU: Pelembut softener. Eh...

AKU: Tauke, ada pelembut softener tak?
TAUKE: Apa??
AKU: Pelembut softener.
TAUKE: You mau angkat apa?
AKU: Pelembut softener. Eh...

Published on June 07, 2012 01:59
May 26, 2012
244: keluar date dengan orang baru tak kurang 24 jam selepas kau break dengan orang lama, cool atau tidak?
Aku punya seorang kenalan. Biarlah aku kenalkan dia sebagai Mahmud untuk melindungi identiti sebenar dia kerana aku yakin benar dia juga rajin baca blog ini kalau dia kelapangan. Oh, maaflah kerana kebelakangan ini aku jarang kemaskini, sibuk sikit. Lagipun praktikal aku di Melaka masih bersisa 6 minggu dan aku punya banyak hal yang harus aku bereskan segera kalau aku mahu bergraduasi pada tahun ini. Ya, mudah-mudahan...
Anyways, hendak dijadikan cerita kenalanku si Mahmud ini punya seorang kekasih. Mari kita namakan dia Sofea (juga bukan nama sebenar walaupun aku agak yakin dia tidak baca blog aku). Aku dan teman-teman lain sudah sedia maklum yang Mahmud dan Sofea bercinta dan tahap keseriusan mereka agak tinggi sehingga kami mula membuat spekulasi yang kad harum berupa undangan ke majlis perkahwinan mereka sememangnya tidak mustahil. Mereka berkenalan dan bercinta selama hampir setengah tahun lamanya.
BUKAN lokasi yang dimaksudkan oleh penulis.
Baru-baru ini aku dihubungi Mahmud, katanya dia mahu minum petang bersamaku. Suatu kemujuran ketika itu aku berada di KL (ada hal di PBAKL) dan aku pantas bersetuju dan meminta dia datang ke Starbucks dekat dengan lokasi aku berada. Dia pula lekas bersetuju kerana katanya elok benarlah lokasi tersebut. Tanpa fikir panjang kami berdua bersetuju untuk bertemu. Sekitar sejam selepas itu kami akhirnya bertemu empat mata dan duduk menghadap kopi terlebih harga di kafe francais berlogo mermaid hijau itu.
Bila aku tanyakan kenapa, dia bilang hubungan antara dia dengan Sofea sudah tawar. Dia salahkan Sofea dalam hal ini sebab sudah tidak lagi memberikan perhatian kepadanya seperti dahulu mula-mula kenal. Biasalah, tipikal jantan sangat. Egonya rendah sedikit daripada KLCC. Mestilah dia enggan tuding jari ke batang hidung sendiri kalau satu-satu perhubungan itu menemui jalan buntu atau kegagalan.
Bila aku tanyakan bila kalian putus dengan selamba dia jawab awal pagi tadi. Hubungan mereka dia yang putuskan lewat satu panggilan telefon ketika menunggu lampu merah trafik bertukar hijau dalam perjalanannya ke kantor. Semudah itu!
"Oh, lupa aku nak kenalkan," Si Mahmud menyambung setelah meletakkan gelas plastik java chip frappucino saiz grande miliknya ke meja. "Aku nak kenalkan kau dengan Miera, awek baru aku!"
Dia gamit seorang perempuan bertudung bertubuh kecil untuk mampir ke mari. Aku hairan. Minah mana pulak ni?
Perempuan yang namanya Miera itu duduk di birai sofa di sisi Mahmud. Dia tersenyum-senyum sumbing, seperti memohon untuk ditampar. Aku tambah hairan.
"Miera ni on duty kena jaga booth Ana Muslim kat dalam tu," Mahmud tuding ibu jarinya ke arah bangunan PWTC, bangunan yang menempatkan berlangsungnya PBAKL pada ketika itu. "By the way, she's my girlfriend. Kenalkan..."
[image error]
mereka bertiga ternyata BUKAN awek baru si Mahmud
Aku dan si Miera bersalaman. Hairan kuasa dua. Cepat benar si Mahmud cari pengganti walhal dia sendiri yang bilang dia baru sahaja putuskan hubungan dengan si Sofea.
Jadinya salah siapa sekarang ini?
Apa benar si Sofea itu yang telah kasi tawar hubungan mereka berdua?
Atau memangnya si Mahmud ini dasar buaya darat tidak boleh dipercayai dan wajar disepak-sepak?
Cool atau tidak tindakan si Mahmud ni, sila komen...

Published on May 26, 2012 19:30
May 13, 2012
243: [siri ulasan buku] #17 - licik karya sham hashim & julie anne.

Novel duet pertama terbitan FIXI yang bertajuk LICIK ini merupakan gabungan duo Sham Hashim dan Julie Anne. Jangan tertipu dengan ilustrasi kulit depan novel ini, tiada babak di mana wataknya bertopeng dan menghadiri parti masquerade seperti apa yang aku harapkan. Sedikit kecewa di situ. Apa-apapun, ada kisah menarik di sebalik pembikinan novel ini. Menurut Julie Anne (yang amat ramah dan kelakar ketika beliau ditemui di PBAKL tempoh hari), beliau sendiri seperti tidak mahu percaya yang beliau akan terlibat dalam pembikinan novel ini. Menurut Julie lagi, LICIK sebenarnya hampir mungkin tidak akan diterbitkan kerana penulis asalnya Sham Hashim dikatakan terlalu sibuk untuk menyiapkan manuskrip tersebut. Projek ini terbengkalai untuk suatu masa yang panjang sehinggalah tauke FIXI, Amir Muhammad mengeluarkan tawaran kepada sesiapa yang mahu ambil draf-draf yang telah ditinggalkan oleh Sham Hashim untuk disiapkan menjadi sebuah manuskrip. Long story short, Julie mendapat tanggungjawab tersebut dan dengan pantas LICIK berjaya disiapkan.
Membaca beberapa bab awal LICIK aku asyik terbayangkan filem Catch Me If You Can dan Pisau Cukur kerana kemiripan jalan cerita dan perincian watak. Kita diperkenalkan dengan Fira (yang asyik aku bayangkan dilakonkan, jika LICIK difilemkan, oleh Fazura) dan Alias, pasangan anak-beranak kaki tipu yang bermula daripada tiada kepada ada segala-galanya. Namun disebabkan salah percaturan semuanya berantakan dan mereka anak-beranak harus bermula dari bawah semula. Mereka ditemukan dengan Sadik (yang digambarkan sebagai sangat kacak, aku asyik terbayangkan Remi Ishak… damn he’s hot, dan seorang heart-breaker yang juga merupakan seorang kaki tipu).
“First step, carik mangsa. Fira kena carik mangsa yang berpotensi untuk ditipu. Kedua, pancing cerita. Fira kena pancing cerita pada si mangsa. Ketiga, stress. Fira kena buat situasi tu jadi terdesak ataupun tertekan. Langkah keempat, alpa. Bila mangsa tu alpa je, Fira kena cepat-cepat ambil peluang. Kelima… mmmm… cabut lari!”
- Fira, bab 2, halaman 17.
Maka bermulalah sekuens demi sekuens perancangan penipuan antara Fira dan Sadik (dengan bantuan Alias) yang mendebarkan. Modus operandi mereka berbeza-beza; kadang-kadang goda-pikat-rompak-lari, kadang-kadang pancing-tipu-tukar-lari, kadang-kadang tipu-palsukan-larikan-tukar. Macam-macam. Ternyata kombo penulis Sham Hashim dan Julie Anne berjaya membina sebuah dunia licik konspirasi penipuan yang dilakukan oleh Sadik dan Fira. Syabas dan salutasi kepada kedua-dua penulis.
Kekuatan LICIK adalah pada kepantasan pergerakan plotnya. Pembaca tidak akan mahu lepaskan pegangan pada naskah novel itu dan terus membaca sehingga selesai. Aku sendiri habiskan membaca LICIK dalam hanya dua kali sesi duduk baca. Bahasanya mudah, urban dan dialog antara watak-wataknya natural dan terkadang aku rasa seperti pernah bertemu dengan seorang gadis licik, cantik bergaya bernama Fira (walaupun Fira yang aku kenali mungkin sekali bukan seorang con artist). Sepertiga menghampiri penyudah novel, aku bertemu dengan curve-ball yang tidak disangka-sangka, menyebabkan perubahan momentum novel ini secara mendadak. Sekali lagi aku ucapkan syabas kepada kedua-dua penulis kerana twist pada plot yang mulanya aku jebak pengakhirannya. Nah, aku berjaya terangkan sesuatu yang aku suka tentang novel ini tanpa mendedahkan sebarang spoiler. Hebat bukan? (oh, terangkat bakul sendiri sekejap)
Tetapi kadang-kadang aku rasa LICIK ditulis agak terburu-buru berdasarkan dua faktor; a) ada beberapa bahagian yang aku rasa seperti kurang dihurai/terang dengan lebih terperinci (oh, ia hanya setebal 272 halaman dan punya 15 bab tidak termasuk prolog dan epilog) dan b) watak Khairi aku kira gagal kerana setelah dua kali habis baca aku masih lagi kurang faham tentang mengapa dan bagaimana dia membantu Fira (terutama sekali pada bahagian-bahagian akhir novel tersebut).
Plus points untuk LICIK, Julie Anne ternyata menggunakan apa yang beliau tahu tentang negeri kelahiran beliau dengan baik kerana tujuh puluh peratus lokasi yang digunakan dalam LICIK berlaku di seberang semenanjung Malaysia. Aku amat teruja dan kagum dengan perincian tentang bandaraya Kuching (which obviously aku tidak pernah pergi tetapi teringin benar mahu pergi suatu hari nanti) yang dipaparkan dalam novel ini. Lagi satu, aku tergelak besar membaca nama-nama watak sampingan yang membuat kemunculan di dalam novel ini. Datin Suzanawathy Erodrikromo, Dato Sulaiman Akhlaken, Tan Sri Adha Ku Kay Shah… seriously Julie, seriously? Aku hampir tersembur kopi yang aku minum pertama kali terbaca nama Tan Sri yang secara ironiknya kelakar itu.
LICIK, novel bahan bacaan yang sesuai dan relevan untuk semua. Mesti baca kalau kalian sudah baca PECAH dan KASINO kerana aku kira LICIK berada dalam kategori genre yang sama. Kalau belum novel yang aku sebut tadi, usai baca LICIK dengan kadar segera anda perlu dapatkan naskah novel-novel tadi dan baca. Hahaha… =)

Published on May 13, 2012 23:00