Syaihan Syafiq's Blog, page 26
September 4, 2012
280:[siri haiku merepek] #07 - comel sungguh.
Published on September 04, 2012 09:57
September 1, 2012
279: yang sudah itu, sudahlah. aku tidak sudi!
Hendak dijadikan cerita, aku rasa bekas kekasihku seorang psikopat tak tahu malu yang terdesak dan tersedak, mungkin.
Beberapa hari sebelumnya tidak semena-mena dia menelefonku kembali, bertanyakan khabar dan sewaktu dengannya. Klise. Aku jawab dengan respons suam-suam teh tarik sahaja. Bukan apa, sudah namanya pun berlabel bekas kekasih. Makanya perlukah aku beriya-iya dan terloncat-loncat gembira apabila dia hubungiku kembali? Nombornya juga sudah lama aku lupuskan dari telefonku.
Mulanya aku langsung tiada klu tentang motif dia menelefonku kerana aku kira dia memang sekadar mahu bertanya khabar dan memohon kemaafan. Iyalah, kitakan masih berada di bulan Syawal. Afdhal kalau bermaaf-maafan.
Malangnya maafnya itu datang satu tahun lewat dari yang sepatutnya. Aku dan dia putus dengan cara yang kurang baik dan sepanjang kira-kira tiga bulan selepas putus aku masih lagi berdendam secara aman. Namun masa dan perubahan persekitaran membuat aku sudahpun melupakan dia dan memaafkan apa yang dia buat walaupun tidak secara verbal bersemuka.
Whatever-lah.
Konversasi sekitar lima minit di telefon itu akhirnya membelok kepada nawaitu sebenar sang pemanggil. Aku dapat rasakan ada ura-ura seperti dia mahu rujuk kembali.
Motifnya?
Kekasihnya selepas aku baru sahaja meninggalkan dia dan dia ingin kembali kepadaku.
Like, what the forks?
Aku bilang pada dia agar dia cerminkan dulu apa yang dia sudah buat sehingga kami putus dahulu dan berikan satu alasan kukuh yang memungkinkan aku tutup kisah lama itu dan (mungkin) mulakan buku baru bersama dia. Ya, mungkin. Nah, jawapan habis berlapik daripadaku.
Walaupun hakikatnya pergi jahanamlah dengan kau dan tawaran rujuk kembali kau itu.
=)

Published on September 01, 2012 11:31
August 31, 2012
278: [siri ulasan buku] #22 - murtad karya hasrul rizwan.

Membaca MURTAD karya Hasrul
Rizwan membuatkan aku acapkali teringat akan filem-filem aksi Hong Kong ataupun
Taiwan (Replacement Killer, A Better Tomorrow, dan entah berapa judul filem Chow Yun-fat yang lain) – banyak benar aksi tembak-menembak dan bergocoh di sana-sini. Di
Twitter, kalau menurut kicau-kicau yang ber’hashtag’ #MURTAD, banyak yang
memuji dan mengatakan bahawa novel sulung karya penulis yang lebih dikenali di
Twitter sebagai @MatGorn ini wajar dijadikan filem. Melihat kepada kejayaan
berlambak-lambak filem-filem aksi sepak-terajang dan tembak-menembak yang
menyemak di panggung tempatan, tidak sukar untuk membayangkan kejayaan yang
serupa untuk novel Murtad kalau ia difilemkan. Memang ternyata selera penonton
filem Malaysia gemarkan filem aksi yang santai (lihat sahaja KL Gangster) atau
jenaka separa slapstik (Adnan Sempit), maka kalau gabungan kedua-duanya
merupakan resepi untuk sebuah plot cerita yang bakal digemari oleh kebanyakan
penonton filem tempatan.
Murtad memperkenalkan dua watak
utama, Adam dan Akhil, pasangan kembar seiras (eh, sama macam dalam novel Hilang karya Dayang Noor!) dari Kedah yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur
untuk memulakan hidup baru setelah kematian ibu mereka. Rentetan demi rentetan
kejadian yang berlaku pada awal novel membawa mereka berdua bertemu dengan Mr.
T yang akhirnya memberikan mereka jawatan sebagai seorang pembunuh upahan yang
ditugaskan untuk membunuh mereka yang keluar dari agama Islam. Ya, tidak
dinafikan elemen teras dalam novel ini agak berat sebenarnya. Namun penulis
ternyata bijak untuk mengimbangkan fahaman beliau terhadap topik tersebut
dengan mengambilkira kesemua sudut pandangan sebelum mengembangkan plot cerita
dengan berteraskan konsep hukum hudud iaitu ‘mereka yang murtad dan enggan
kembali ke Islam haruslah dibunuh’.
Menurut Stephen King dalam sebuah
rencana beliau yang aku sudah lupa tajuknya apa, seseorang penulis itu
sebenarnya menulis dan mengembangkan idea daripada suatu teras yang klise.
Begitu juga dengan Murtad di mana pada hemat aku tidak terlepas daripada klise.
Plot ‘boy meets girl, boy falls for girl, boy loses girl, boy fight to win girl
back’ seperti apa yang ada dalam Murtad sudah terlalu banyak kali diulangpakai
oleh kebanyakan penggiat filem dan novel. Namun si penulis bijak mengolah
Murtad agar kesegaraman terhadap idea sentralnya tidak hilang. Namun begitu,
tidak aku nafikan bahawa cerita Murtad ini agak predictable dan biasa-biasa
sahaja. Sepertiga baca aku sudah boleh jebak penyudahnya bagaimana. Cuma mungkin epilognya agak tidak terjangkakan sebenarnya.
Kekuatan tunggal yang aku lihat
di dalam novel ini terletak pada kebijaksaan penulis dalam bermain kata-kata. Dialog
yang dituturkan ternyata segar dan terasa real. Adam dan Akhil bertutur mirip
seperti kebanyakan orang Utara yang aku temui – kasar dan tidak berselindung. Lucunya, banyak benar perkara atau hal yang terjadi di dunia nyata diselitkan di dalam novel ini. Sebagai contoh, insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang pernah mendapat liputan media gara-gara ada pekerja yang bertumbuk dengan pengunjung. Ada juga novel Fixi lain seperti Kelabu dan Langit Vanilla (oh, yang ini bukan dari Fixi) disebut dalam cerita. Ada juga (parodi mungkin?) kemunculan si Nipis, hero bidan terjun dari novel Zombijaya membuat kemunculan ringkas di halaman 243. Seperkara
lagi, plot cerita bergerak pantas, selanjar dan mudah untuk dibaca. Cuma
sesekali ada juga terselit bab-bab imbas kembali seorang watak bernama Pak
Talha. Similariti antara Pak Talha dengan Mr. T (selain daripada klu nama
kedua-duanya) membuatkan pembaca mudah menjebak apa yang akan berlaku
seterusnya. Siapa sebenarnya Pak Talha dan Mr. T, sewajarnya aku biarkan ia
sebagai rahsia kerana mahukan pembaca reviu ini yang masih lagi belum
mendapatkan naskah Murtad untuk mengetahuinya sendiri.
Namun begitu, kekurangan Murtad
yang paling ketara adalah kurangnya perincian terhadap dua watak paling penting
dalam novel itu, iaitu Akhil dan Adam. Ya, mereka berdua adalah kembar seiras
dan semstinya punya banyak persamaan dari segi tutur kata dan gerak-laku. Namun
secara realistiknya, begitu ramai pasangan kembar yang aku kenali yang amat
berbeza sifatnya. Kadang-kadang aku sendiri keliru kembar yang mana sedang
berbicara dan perbuatan yagn itu dibuat oleh siapa kerana susah untuk aku
bezakan antara duanya. Mungkin itu strategi separa sedar sang penulis
sebenarnya, mahu pembaca ikut terkeliru dengan situasi kembar seiras sebegitu.
Apa-apapun, penulis tidak
terlepas daripada perwatakan stereotaip arketaip seorang ‘hero’ bagi Akhil dan
Adam. Mereka dipaparkan sebagai seorang yang jujur, berani, ikhlas dan sanggup
mati demi menegakkan keadilan; dan keadilan ini dipaparkan dalam bentuk
keagamaan. Sekali lagi, sebuah klise yang diperbahui menjadi segar apabila
diketegahkan dalam situasi moden. Jelasnya penulis ternyata mahu menulis
sesuatu yang pada mulanya mungkin santai, namun apabila dikaji secara falsafah
dan ideologinya pekerjaan yang dilakukan oleh Adam dan Akhil ini, apakah
pembaca akan bersetuju? Menurut pemerhatian aku dan pembacaan aku terhadap
ulasan-ulasan novel ini daripada orang lain, ada dua puak fahaman yang terbit. Pro
dan kons. Ada yang sokong, ada yang tidak. Sejujurnya terpulang. Secara islamiahnya,
hukum hudud itu harus (atau wajib, aku sendiri sebenarnya kurang jelas) namun
di Malaysia ini aku kira agak sukar untuk aplikasikan hukum hudud secara total
memandangkan kita hidup berlapisan etnik dan bangsa pada amnya. Makanya tinggalkan
Adam dan Akhil yang pada mata aku sepasang Randian hero yang tidak kesampaian.
Membunuh manusia murtad adalah pekerjaan mereka dan membelasah budak rempit itu akan diletakkan seperti mengisi masa lapang sepertimana hobi mengumpul setem atau menggubah bunga bagi manusia normal umpamanya.
- Murtad, bab 16, halaman 135.
Murtad tidak aku syorkan untuk remaja kurang matang dek kerana kontennya agak tidak berkesesuaian, tambah-tambah lagi dengan lambakan kata-kata kesat yang ditabur sesuka hati dalam dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak di dalam novel ini. Namun aku amat-amat syorkan peminat Fixi untuk membaca Murtad, lebih-lebih lagi kalau kalian sudah membaca Pecah, Zombijaya dan dan Hilang kerana aku fikir Murtad punya banyak elemen sampingan yang berbaur (atau mungkin penulis sendiri sedikit terpengaruh dengan gaya dan lentur cerita tiga novel yang disebut tadi) dengan baik sekali. Akhir sekali, menurut rating yang aku tinggalkan di Goodreads, aku berikan 4 bintang daripada 5. Jangan tanya kenapa tidak boleh beri lima bintang sebab kalau kalian baca ulasan ini sendiri pun kalian boleh jebak kenapa.
Oh, aku sedang tunggu SUAMI dan ISTERI pula. Kapan doank mau sampe??

Published on August 31, 2012 10:18
August 26, 2012
277: marah dan terasa hati... itu lumrah hidup, beb!
terkadang aku tahu akan ada orang yang terasa dan seterusnya marah selepas membaca apa yang aku tulis. serius. betul-betul aku tak sangka yang entri-entri yang aku ngomelkan kat blog yang tak ada orang singgah ni rupa-rupanya terkesan juga pada beberapa orang individu. apa-apapun, kalau ada yang terasa itu, harap maklum sajalah. kebanyakan masa apa yang aku tulis memang apa yang terlintas di kepala aku tatkala itu. bak kata orang putih, it was at the spur of the moment. namun secara amnya apa yang aku mahu beritahu di sini ialah yang kebanyakan entri yang aku tulis di sini hanya terjurus kepada seseorang secara hampir spesifik, melainkan ia dinyatakan secara jelas yang entri itu untuk umum. lihat label pada entrinya sahaja sudah boleh tahu aku cakap tentang apa dan kepada siapa. apa-apapun, aku mahu mohon maaf kepada semua yang terasa hati gara-gara
entri 275
aku yang lepas. mohon kepada individu yang terasa hati itu sila baca sekali lagi dan fahamkan apa yang aku maksudkan sebenarnya. harapnya selepas bacaan kedua (atau ketiga, keempat, ke.... berapa kali suka hati engkaulah) individu tersebut akan jelas tentang apa yang aku maksudkan dan tidak tersalah faham lagi. ya, mungkin konteks dan ruang bicara aku itu terkadang tidak akuret, tidak persis, tidak jitu... tapi aku rasa kebanyakan masanya sampai sahaja maksudnya kepada pembaca blog aku (ada ke pembaca? *selit bunyi cengkerik*). jadinya aku sedar yang kebanyakan apa yang aku tulis mudah benar disalahertikan. hence, naiklah kuotasi-kuotasi ambiguous seperti entri sebelumnya. pokoknya aku tidak salahkan individu itu. sebaliknya aku salahkan diri sendiri kerana menulis dalam kekaburan sehingga
entri 275
aku disalahertikan. gambarkan situasi begini: kau tulis entri dengan harapan ia berbunyi dan bermaksud seperti X tetapi pembaca membaca dan memahaminya sebagai Y. makanya ada salah faham alias kekeliruan di situ. walhal kau sedikitpun tidak mahu pembaca kau salah faham dan jauh sekali mahu membiarkan pembaca kau tersasar hingga faham seperti Z. ya, itu yang kau tidak mahu tetapi sebaliknya ia telahpun berlaku. apa-apapun, kepada individu yang terbabit, aku mohon maaf dan mohon dibaca
entri 275
sekali lagi dan fahamkan apa maksud sebenar aku sebenarnya. terima kasih.

Published on August 26, 2012 12:24
276: [siri kuotasi hari ini] #11 - luka.
"Pe(r)ca(ya)lah, mata pena tu lebih tajam dari sebilah pisau. luka ditgn nampak berdarah, tp luka dlm hati siapa yg tahu."
- HIM, 12:48PM |26.08.12

Published on August 26, 2012 00:00
August 25, 2012
275: kamu memang bukan choi siwon, tapi aku tetap sayang kau.
Pernahkah kau berada dalam situasi di mana kau secara separa sedarnya rela melakukan sesuatu untuk seseorang hanya disebabkan jauh di sudut hati kau, kau masih sayangkan seseorang tersebut?
Entahlah.
Mungkin benar kata Lord Zara, orang yang hopelessly romantic macam aku ini terkadang terasa seperti mudah dipergunakan, namun seakan tiada kudrat untuk mengatakan tidak.
Si dia alias HIM hubungi aku pagi tadi, memohon aku untuk menyemak sesuatu (ah, tak perlulah aku huraikan apa di sini) dan aku dengan segera bersetuju. Tolol, bukan? Sedangkan aku sendiri tidak tahu letaknya aku di dalam hatinya, sudah terkinja-kinja melonjak gembira sebab si dia akhirnya hubungi diri ini setelah sekian lama diamkan diri.
Kerja yang diminta aku lakukan tidak sukar, mudah saja aku bereskan menjelang petang. Kemudian tadi dia hubungi aku lagi, mohon mahu dibayar atas kerjaan aku siang tadi.
Aku menolak. Jujurnya aku ikhlas. Kerja itu tidak sesukar mana, makanya tak perlulah diupah apapun. Cukuplah dengan ucap terima kasih sudah memadai sebenarnya.
Tetapi hakikatnya jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku ingin benar dia sebutkan di mana sebenarnya letak aku di hatinya. Hanya dengan itu (mungkin) aku dapat berasa tenang sedikit. Mungkin.
Tapi mana mungkin. Aku seperti dapat rasakan yang dia tidak punya apa-apa rasa lagi terhadap aku. Kisah aku dan dia sudah terlalu lama terlipat, usai di tahun 2006. Jarak enam tahun bersenggang itu, masakan tiada orang lain yang mengisi lompang di hatinya walhal aku sepanjang itu meraba dalam gelap mencari secebis rasa kasih dari sesiapa yang sudi. Akhirnya, hingga kini aku melongo sendiri.
Tadinya aku keluar bersama BFFku, Abang Nazs yang mahu pulangkan beberapa novel FIXI yang dipinjam olehnya sebelum cuti raya tempoh hari. Tabu, Jerat dan Zombijaya bertukar milik kembali kepadaku. Aku tanyakan kepadanya, mana yang jadi kegemaran.
"Antara kesemua novel FIXI yang dah dibaca, setakat ni my top three would be Dosa, Cekik and Kasino, not in any particular order-lah."
"Bukan Bisik?" Aku sekadar menjebak.
Dan deraian ketawa meletus di antara kami.
*ehem*
Kemudian konversasi kami melencong pergi ke 'apa yang kau buat masa raya', 'siapa kau jumpa masa pergi beraya' dan entah macam mana boleh patah balik ke tajuk 'apa khabar orang tersayang'. Aku diamkan saja selepas aku ceritakan pada Abg Nazs apa yang berlaku siang tadi. Entah macam mana mulut aku tiris pula untuk ceritakan hal seenteng itu pada dia. Mangkuk.
"Kalau dalam bahasa Indonesia, itu bego. Tahu tak? Sia-sia sahaja taruh rasa sayang pada orang yang kau sendiri tak tahu apa rasa hati dia terhadap kau. Buang masa, tahu tak?"
Aku masih diam.
"Apa yang kau nampak pada dia, sebenarnya? Cuba cerita..."
Entah.
Jujur aku tak tahu. Ya, dia memang bukan Choi Siwon, tapi siapa yang peduli sebenarnya bila aku bilang ayat klise 'cinta itu buta'?
Hati ini mahukan apa yang hati ini mahukan, ya tak?
Aih...
Lagu SuJu di bawah seperti kena benar dengan situasi aku sekarang. Terbakar di pangkal hati.
=(

Published on August 25, 2012 11:33
August 19, 2012
274: kawan kau yang itu, itu je sejak dulu.
Salam lebaran untuk semua pembaca (ada pembaca ke blog merapu-rapik ni?). Harap kalau ada khilaf yang aku buat, dimaafkan dan diabaikan.
Anyways, lets get to the real deal.
Sebenarnya aku malas nak bebel pasal whats up yang berlaku ke atas aku sepanjang raya. Tak ada yang menarik pun selain selang lima minit aku log-in m2u usyar baki duit dalam akaun sebab ada certain someone yang owe me some moolah cakap nak transfer.
Petangnya Nazs ajak lepak Starbucks untuk a dose of coffee di siang hari sebab dah sebulan tahan nafsu tak boleh nak nikmati hot chocolate tanpa merisikokan diri ditangkap abam pulisi dan dibawa bersiar-siar naik van mayat (rumors has it that ada abam pulisi yang buat rondaan dan tangkap jantan-jantan tak puasa di bulan Ramadhan dan parade them all naik kereta mayat... izzit true peeps?). Lagipun Qimie ada sekali so seronok la jugak layan budak kecik tu sekali.
Tengah layan sembang dengan Nazs, dia tiba-tiba tanya aku satu soalan yang agak-agak nyaris membunuh jugak la.
"Aku tengok kau memang tak ramai or tak ada kawan langsung eh? Kawan kau yang itu, itu je sejak dulu. Aku, Daniel, Iz, Firdauz, Shark. Ha, itu je kawan kau yang juga kawan aku yang aku kenal."
Aku diam. Betul juga. Aku memang tak ramai kawan sebenarnya. Sepatutnya aku ajaklah sapa-sapa datang rumah hari ni sebab mak aku ada buat makan-makan sikit tapi aku garu kepala sebab tak tahu nak contact siapa. I mean, siapa je yang ada kat Penang yang nak datang rumah aku?
Realistically, tanpa aku sedari, aku sebenarnya seorang yang gila babi amat selective in making friends. No wonder la masa kat PBAKL dan launching KOPI hari tu ada orang tegur aku sebab diorang cakap aku nampak sombong. Perhaps its true. Aku luaran memang nampak sombong, kekwat, bajet comel. Tapi sebenarnya aku insecure dan seram-sejuk untuk start a conversation dengan siapa-siapa. Aku secara unconsciously takut being rejected socially in any given social encounter.
Kiranya aku ni ada masalah a dose of pessimistic conversationalist la. Whatever that means.
Entahlah.
Tapi kau tanyalah kawan-kawan sedia ada aku, dan diorang akan cakap once dah kenal aku sebenarnya aku ni hantu jugak perangainya. Sejauh mana kehantuan aku, itu korang kena tanya diorang. Harap aku ni secomel hantu Casper ittew.
Eh, sebenarnya entri ni aku nak tulis pendek je. Tertaip panjang berjela pulak.
Kthnxbai.

Published on August 19, 2012 07:00
August 17, 2012
273: [siri ulasan buku] #21 - perempuan nan bercinta karya faisal tehrani.

Membaca Perempuan Nan Bercinta
(PNB) karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang
sedikit mengecewakan. Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan
tergantung (pada hemat aku). Seperti karya-karya Faisal Tehrani yang terdahulu,
novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma
feminismanya. Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan
daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum
mengangkat PNB. Ada pula yang bilang PNB ini mampu berdiri sendiri tanpa perlu
dibaca Tuhan Manusia terlebih dahulu untuk faham ceritanya. Entahlah. Aku belum
baca Tuhan Manusia dan aku baru sahaja usai baca PNB, faham sahaja kisahnya.
Cuma ulasan ini mungkin kurang ampuh kerana aku tidak baca Tuhan Manusia.
Mungkin.
Faisal Tehrani masih lagi kekal
dengan trademark beliau; laras bahasa
yang tinggi, kupasan isu yang teliti dan semestinya jenaka sinikal tempelakan
terhadap masyarakat yang disuntik secara separa sedar di dalam lembar demi
lembar novelnya yang sarat dengan konten Islamik. Aku akui agak perlahan
membaca PNB gara-gara kontennya yang pada hemat aku agak ‘berat’ untuk aku digest (mungkin juga kerana naïf dan
kecetekan ilmu agamaku sendiri yang membuat bacaanku tersekat-sekat dan
berkali-kali harus berhenti untuk mengugel beberapa hal yang disebut di dalam
PNB) dan juga jalan ceritanya yang agak meleret (namun aku tidak begitu
kisahkan kerana ini novel deskriptif yang meligatkan otak). Kalau ada di antara
kalian yang mungkin terfikir ini novel cinta yang beralaskan tema Islamik, sila
pergi ke rak PTS. Di sana mungkin boleh bertemu judul yang cocok dengan selesa
kalian.
Ini adalah plot cerita yang aku
nampak (kalau ada yang salah atau terkurang/terlebih harap diberitahu di ruang
komen); asasnya PNB berkisar tentang seorang wanita feminis bernama Tengku
Idora yang punya fahaman dan pendirian sendiri terhadap konsep dan aplikasi
fahaman feminism dalam Islam, yang dikira harus ditegak dan dilaungkan meskipun
jauh di sudut hatinya beliau sedikit-sebanyak akur bahawa fahamannya itu agak
tergelincir dari ajaran Islam yang pada hakikatnya suatu agama yang syumul. Namun
pada masa yang sama beberapa watak dimunculkan dan kisah mereka bergaul-gaul
antara satu sama lain, memberikan perspektif yang berbeza-beza tentang definisi
apa itu Islam di mata mereka.
Sub-plot yang bergerak secara
tidak parallel dengan kisah Tengku
Idora yang aku kesan ada tiga. Pertama, kisah pencarian nur seorang lelaki
bangsa asing bernama Bastian yang sejak sekian lama menaruh hati terhadap
Tengku Idora namun sekadar memendamkan sahaja rasa hatinya dek perbezaan agama.
Kedua, kisah abang ipar kepada Tengku Idora yang bernama Hashemi yang pada
mulanya sekadar menurut majoriti para ilmuan terhadap kebencian mereka pada
seorang ilmuan Islam yang bernama Dr. Ali Taqi dan pada akhirnya membuang
tanggapan negatifnya terhadap lelaki cendekiawan tersebut setelah benar-benar
mengenali beliau dengan lebih dekat. Ketiga, kisah Briana rakan sekerja Tengku
Idora yang mulanya ateis namun di penghujung cerita mula menerima nur Islam.
Ketepikan plot buat seketika dan
aku kira kontroversi yang bertiup seputar tentang isu ada beberapa pihak yang
kononnya mahu novel ini disekat merupakan suatu ketidakwajaran bagi pendapat
aku. Pertama, ya mungkin ada juga bibit-bibit yang menyuarakan teras syiah dan
sunni dan supramazhab (suatu terma asing yang sehingga kini saya kurang faham
maksudnya) di dalam novel ini namun ia tidak lebih daripada dinyatakan dalam
bentuk makluman atau fakta, banyak menerangkan daripada memancing (kalau kalian
faham maksud aku). Kedua, isu liberalisasi Islam, perjuangan Hezbollah, kupasan
tentang pengurusan jemaah haji oleh pihak berwajib di Mekah dan beberapa lagi
isu dipersembahkan (bagi aku) dalam bentuk paling diplomatik, ada hitam ada
putihnya, ada baik ada buruknya. Makanya terpulang kepada pembaca untuk
menilai, dan aku yakin rata-rata yang berani angkat novel ini untuk dibaca
bukan daripada golongan yang *ehem* dangkal otaknya. Ketiga, kalau ya novel ini
mahu disekat gara-gara empat soalan yang dibangkitkan oleh Bastian di awalan
novel yang menjadi batu penghalang baginya untuk memeluk Islam, (kerana aku
pernah terbaca entah di mana tentang asas mengapa buku ini harus disekat adalah
oleh sebab hal ketiga ini) makanya mereka yang mengusulkan untul buku ini
disekat ternyata pada hemat aku *ehem* agak dangkal otaknya kerana gagal
melihat novel ini secara keseluruhannya dan tidak membuat bandingan secara
berkesan.
Ini merupakan karya kedua tulisan
Faisal Tehrani yang aku baca (yang pertama merupakan Ketupat Cinta yang pada
kaca mata aku amat berbeza gaya naratif dan penceritaannya) makanya aku tidak
punya banyak rujukan lain untuk aku bandingkan tulisan beliau. Namun begitu,
berdasarkan novel ini dan Ketupat Cinta, aku sudah mulai menyukai karya beliau
dan mungkin di masa akan datang akan berani untuk membaca novel-novel beliau
yang lain. Namun harus aku ingatkan, PNB bukan untuk semua. Mungkin akan ada
yang mencemuh dan pasti juga ada yang tersenyum memuji. Aku harus angkat topi
pada Faisal Tehrani tentang kemahiran luar biasa beliau untuk menghidupkan watak-watak
di dalam cerita yang beliau persembahkan. Ternyata banyak kajian yang
besungguh-sungguh dilakukan oleh penulis untuk memastikan akurasi fakta dan
maklumat yang dinyatakan. Mohon pembaca baru ambil masa untuk meneliti nota
kaki (mungkin sebab aku banyak kali
berhenti baca dan ambil masa untuk teliti jurnal yang disebut dalam nota kaki
novel ini) yang terselit di beberapa bab novel ini kerana dengan cara itu anda
akan lebih faham tentang konten yang dipersembahkan.
Ya, ini mungkin satu ulasan hambar yang tidak konklusif dari kaca mata seorang pembaca baru iaitu aku. Kalian punya hak untuk caras dan bidas semahunya kerana bagi aku, tiada ulasan yang sempurna. Ini hanya apa yang aku rasa dan fikir tentang novel ini. Apa-apapun, ini antara novel yang pernah aku
baca yang aku kira baca sekali faham secupak, bacaan seterusnya baru
bergantang-gantang fahamnya datang. InsyaAllah.

Published on August 17, 2012 08:21
August 15, 2012
272: Wawancara Sofa Putih (ITBM) - 6 Mei 2012.
Sesi bual bicara bersama tokoh terkemuka iaitu Amir Muhammad, Raja Faisal dan Syaihan Syafiq berkenaan dunia penerbitan, isu perbukuan dan budaya keilmuan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 6 Mei 2012 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
nota kaki:
sebenarnya prior kepada sesi wawancara tersebut aku teramatlah gemuruh. rasa macam hendak pitam lite-lite pun ada. maaf dressing agak selekeh, saya baru kebah demam sebenarnya. oh, video ni berdurasi 54 minit. harap layan je. hahahaha....

Published on August 15, 2012 19:00
August 11, 2012
271: super junior - hanya kau.
Published on August 11, 2012 17:23