Syaihan Syafiq's Blog, page 25

September 23, 2012

289: rindu kawan lama.

Sebenarnya aku sudah lama tidak ketemu dengan kau. Terlalu lama. Hakikatnya apabila aku tinggalkan kota Shah Alam sekitar enam tahun sudah, kita seperti tiada peluang untuk bersua muka. Beberapa bulan selepas itupun kau sudah tukar nombor telefon dan khabarnya sudah tukar tempat kerja.




Aku tambah sedih.




Bukan aku tidak pernah mahu hubungi kau, tetapi sebenarnya aku tidak tahu hendak mula di mana. Aku tanyakan pada Farid, rakan serumah kau itu dan dia sendiri yang cakap kau sudah balik kampung di Pahang. Itu kisah dua tahun sudah. Sebenarnya aku hendak cari kau semula sebab aku rindu. Rindu dengan keletah selamba kau dan ketidakpedulian kau terhadap dunia. Rindu atas keberanian kau mencabar dunia dengan sepasang tangan lincah kau.




Ternyata Tuhan seperti mahu yang baik-baik sahaja berlaku ke atas aku. Alhamdulillah, aku bakal bergraduasi hujung Oktober nanti dan sekarangpun aku sedang mengerjakan ijazah sarjana di USM. Berkat usaha gigih aku ternyata berbaloi. Mungkin apa yang kau bilang pada aku saat kita berkongsi Coke dan fries di McDonald's beberapa tahun sudah itu ada benarnya.




Masin betul mulut (atau patutkah aku sebut tangan?) kau.




Kau cakap aku bakal dikenali oleh sebab tulisan aku. Kau cakap aku ada sesuatu yang istimewa. Kau cakap aku boleh pergi jauh dengan hanya keletak-keletuk di papan kekunci. Kau cakap kau akan beli apa yang aku tulis. Nah, syukur aku sudah bergelar penulis kini dan aku tahu di manapun kau ini kau pasti bangga.




Apapun... emel kau kelmarin bikin aku senyum tak sudah-sudah.




Aku dapat tahu kau ada di Putrajaya kini dengan kerja baru di bawah suatu kementerian. Baguslah. Setidaknya gaji kau tetap tidak seperti komisyen dan wang sara hidup yang kau dapat dari meniaga dulu. Aku tidak mahu tengok kau susah. Kita sama-sama susah terlalu lama. Sejak sekolah lagi aku sudah susah bersama kau.




Boleh tahan juga ligat kau. Ya, aku tidak segan menyatakan yang aku menyelongkar gambar-gambar Facebook-mu, liking-liking semahunya. Tak salah, kan? *gelak nipis* Eh... ingat tak yang aku pernah koyakkan beefburger McD separuh dan berikan pada kau usai kita meniaga dulu? Itu kisah lama, tapi aku tahu kau mesti takkan lupa.




Ah, tak sabarnya mahu ketemu kau nanti!




Cepat-cepatlah ponteng cuti kerja dan datang sini!




Aku rindulah pada kau, Suffian!




Aku janji akan belajar video di bawah ini dan kita ikut sama-sama, ya?







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2012 23:00

288: [siri sekadar cuci mata] #19 - chaiwat thongsaeng.

Chaiwat Thongsaeng.




Famous for Bangkok Love Story.




Enough said. Just enjoy the pictures... =P




















































































=)





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2012 12:30

287: [siri ulasan buku] #23 - suami karya s. mara gd.

Terjemahan, dalam erti kata lain adalah menukar struktur/lenggok ataupun bahasa itu sendiri kepada bahasa lain. Menurut pembelajaran aku, ada tiga peringkat terjemahan kesemuanya; terjemahan literal/verbatim, terjemahan maksud dan terjemahan bebas. Terjemahan literal/verbatim bermaksud menterjemahkan sesuatu ayat tersebut secara perkataan demi perkataan atau frasa demi frasa, dalam bahasa Inggerisnya, word by word. Terjemahan maksud pula merujuk kepada suatu proses terjemahan ayat (contohnya daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia) dan tidak mengekalkan essence asal ayat itu sendiri dan sebaliknya menyuntik essence ayat terjemahan yang diminta. Dalam erti kata lain, penterjemah bebas menterjemah ayat yang dirujuk, asalkan masih dalam struktur dan konteks yang sama. Yang ketiga iaitu terjemahan bebas pula merujuk kepada suatu bentuk penterjemahan yang dalam erti kata longgarnya: bebas. Si penterjemah tidak terikat dengan struktur ayat atau apapun, asalkan maksudnya difahami oleh pembaca. Sebagai contoh, kalau ayat asalnya dalam bentuk dialog tetapi telah diterjemahkan dalam bentuk huraian dalam perenggan juga tidak apa kerana masih lagi menetapi ciri-ciri terjemahan bebas.



Itu serba-sedikit apa yang aku belajar tentang terjemahan. Kalau ada yang kurang/lebih mohon dijelaskan lagi di ruang komen.




Lelaki adalah lelaki. Dia bukan malaikat, dia cuma seorang manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan ego.


- Bibi Kus, bab 8, halaman 65.



[image error]
SUAMI merupakan novel terjemahan dari FIXI yang kedua yang aku baca selepas Dosa. Sebenarnya bukan apa, aku mulakan ulasan novel SUAMI ini dengan membebel tentang terjemahan disebabkan pada hemat aku, terjemahan yang dilakukan dalam novel SUAMI agak sloppy dan terkadang rasa seperti mahu lekas habis dialihbahasa tanpa menitikberatkan struktur ayat dan keseragaman perenggan kerana terus-terang aku hendak jelaskan di sini, alihbahasanya bagus sehingga sebelum bab 20 sahaja, selepas itu ia mula terasa seperti langsung tidak diterjemah. Terlalu banyak perkataan/frasa dalam bahasa asal seolah-olah dibiarkan begitu sahaja tanpa diterjemah. Ya, tidak terganggu pun pembacaan aku sebenarnya (tidak seperti membaca DOSA yang banyak sekali perkataan/frasa yang dikekalkan tidak diterjemah tetapi aku suka pula ia begitu). Terus terang aku rasakan walaupun namanya novel terjemahan, tetapi aku tetap rasa seperti membaca sebuah novel Indonesia. Tiada bezanya. Dalam kotak minda aku, kalau sesebuah naskah itu sifatnya diterjemahkan, ia harus diterjemahkan menurut salah satu daripada tiga jenis terjemahan yang aku terangkan di atas. Itu pada pandangan aku. Bukannya aku hendak menyelar Nabila Najwa tidak membuat terjemahan yang baik, tetapi aku yakin dia punya pendirian dan sebab-musabab yang tersendiri.



Apa-apapun, SUAMI adalah sebuah novel Indonesia, makanya kita letakkan saja bahasanya sebagai itu. Dan aku juga mahu angkat topi kepada saudari penterjemah kerana sedia maklum, bukan sukar untuk menterjemah sesebuah karya, apatah lagi kalau karya asalnya diterbitkan buat pertama kali pada 1986.



End of discussion.



SUAMI dimulakan dengan agak menarik tetapi hambar, seperti makan megi yang sudah mahu sejuk. Pembaca dibawa untuk berkenalan dengan Maryati yang hendak dijodohkan dengan Supriyadi, anaknya Puan Cokronegoro yang digambarkan sebagai amat tampan dan berharta. Aku sebenarnya seperti mahu give up  baca dan angkat novel lain sebenarnya kerana hanya setelah sampai ke bab 15 di halaman 152 baru pembaca diperkenalkan dengan Kapten Polis Kosasih. Sampai di situ aku hampir-hampir sudah mahu tutup SUAMI dan fikir aku hanya akan angkat semula setelah bosan benar sebab tidak tahu apa misteri/tragedi/insiden yang bakal berlaku.



Ternyata aku silap.



Keterpaksaan aku untuk terus membaca membuatkan aku menemui suatu insiden yang menjadi titik-tolak kepada penyiasatan Kapten Polis Kosasih. Apa yang berlaku, itu aku biarkan lompong. Kalian harus beli dan baca sendiri.




Mentang-mentang menganggap dirinya berdarah biru, kita semua ini cuma seperti setengah kera di matanya.


- Gozali, bab 23, halaman 223.


Penulisnya bijak mengatur plot yang berjarak dengan baik walaupun kalau plot yang sama diangkat dan digerakkan pada masa sekarang terasa seperti kelakar dan tidak relevan. Pembaca harus ingat, SUAMI berlangsung pada latar pertengahan 1980an. Tiada telefon pintar, internet mahupun monorel. Plot yang bergerak perlahan pantas menjadi a quick page-turner apabila ada suatu insiden yang berlaku di kebun epal di belakang kediaman elit Puan Cokro. Apa, mengapa, siapa yang terlibat - itu aku serahkan sepenuhnya kepada kalian untuk baca dan temui sendiri.



Aku berikan SUAMI tiga daripada lima bintang atas beberapa kekurangan. Kalau tidak mungkin sekali aku beri empat atau empat setengah bintang:




Kompleksiti dan komposisi plot bergerak agak perlahan dan hanya mula rancak dan bersifat investigative pada bab 20 dan seterusnya. Makanya pembaca (atau mungkin hanya aku?) mulanya agak bosan untuk teruskan membaca.
Aku kira peleraiannya bijak namun agak predictable walaupun penyudahnya sebenarnya tidak puas aku baca. Beberapa soalan seperti 'kenapa?' dan 'ya, jadinya itu sahaja motifnya?' asyik berlegar seusai aku habiskan SUAMI. Agak kecewa sebenarnya.
Sebenarnya pada hemat aku, Kapten Polis Kosasih itu bukanlah bijak sangat dalam crime-solving investigation. Kalau bukan kerana sidekick-nya si Gozali itu rasanya misteri pembunuhan dalam SUAMI sampai sudah tidak akan selesai.


Apapun, SUAMI amat aku syorkan kepada semua lapisan pembaca. Gaya bahasanya, walaupun pada beberapa bahagian agak sukar untuk difahami (kerana nuansa bahasa Indonesianya masih lagi tebal) tetapi itu tidak bermakna ini suatu novel yang payah untuk dibaca dan difahami.






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2012 08:24

September 22, 2012

September 20, 2012

285: dia tidak mahu jarak jauh, jadi apa lagi yang kau mampu buat?

Terkadang aku terfikir, sejauh mana kau sanggup pertahankan rasa cinta dan kasih kau terhadap seseorang sedangkan kau sendiri sedia maklum yang di pihak sebelah sana masih belum menjawab rasa cinta yang kaulontarkan padanya.




Pernah terjadi kepada seorang kenalanku, dia menunggu sang girlfriend yang sedang menuntut di Russia walhal dia menyambung pengajian secara lokal sahaja. Penantiannya penuh hazab kerana saban musim rakan-rakan bakal 'menguji' dengan menyuarakan rasa bimbang mereka terhadap sang girlfriend yang jauh di mata tetapi dekat di hati itu. Hendak dijadikan cerita, sepanjang mereka berjauhan, dari kaca mata seorang sahabat aku sendiri merasakan yang hanya dia yang bersungguh dan beriya mahu terus kekal dan berada dalam ruang-lingkup perasaan kasih dan cinta terhadap sang girlfriend sedangkan yang perempuan sekadar whatever sahaja.




Sungguh.




Kalau ber-Skype, kenalanku siap belajar main ukulele dan nyanyikan lagu hari jadi untuk dia. Hantar ole-oleh dari sini ke sana kerana tidak mahu sang girlfriend ketinggalan merasa apa yang dia sedang makan sempena apa-apa perayaan. Tak cukup dengan konversasi gaya pantas, poskad dan entah berapa kajang kertas dalam pucuk-pucuk surat bersampul segiempat tepat dihantar walaupun yang berjawab hanya satu -dua.




Alasannya, sang girlfriend sibuk orangnya.




Lajukan empat tahun kemudian, sang girlfriend tamat pengajian, kembali ke tanah air dan mereka selamat diijab-kabulkan beberapa bulan yang lalu. Semuanya atas dasar dia yang percaya dan bersungguh atas cintanya. Sang girlfriend sebenarnya memang bersifat sebegitu, jenis ambil mudah mungkin kerana merasakan sudah selesa dirinya dipuja dan dijulang seseorang di semenanjung.




Itu kalau keduanya sudah terikat sebagai kekasih.




Kalau yang kes bertepuk sebelah tangan sepeti aku ini bagaimana?




Beberapa hari berselang yang lalu telahpun aku unjurkan (buat kesekian kalinya) rasa hatiku padanya dengan harapan agar dia tahu. Rakan-rakan fikir aku tolol, mengharap suatu keajaiban terjadi buat kali kedua. Biarlah. Bagi aku, the heart wants what the heart wants.




Biarpun sebelum ini hatiku pernah remuk redam gara-gara dia. Biarpun aku pernah menyalahkan diri sendiri (atas putusnya hubungan aku dengan dia, walaupun hakikatnya hingga ke hari ini aku tidak tahu aku dan dia putus sebab apa) kerana melepaskan dia.




Mungkin nuansa misteri aku tidak tahu kami putus sebab apa yang menyebabkan hatiku masih lagi lekat kuat padanya. Walaupun aku tidak nafikan ada yang lain yang tidak kurang menariknya, hanya dia yang aku mahu.




Ya.




Dia.








Kenalanku yang baru bernikah hanya mampu berdiri di sisi kaki lima perjalanan hidupku dan doakan yang terbaik. Dia bilang dia sudah saksikan betapa remuknya aku saat awal ditinggalkan dia dan dia tidak mahu itu berulang kembali.



Aku hanya senyum tawar.


You're like an Indian Summer in the middle of winter
Like a hard candy with a surprise center
How do I get better once I've had the best?
You said there's tons of fish in the water, so the waters I will test



Verse kedua lagu 'Thinking of You' itu seperti suatu mokeri kepada diriku. Sial.




Aku tidak mahu yang lain kerana aku hanya mahu kamu. Tolonglah faham.


Apa-apapun, aku harap Oktober ini datang dengan magis.

Aku harap sangat.






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2012 22:00

284: [siri certot!] #04 - pwtc.

Ini pula percubaan kedua aku untuk kontes yang sama, merebut senaskah CERPEN NADIA KHAN




Eh, sangkut pula terpilih untuk menang.









Alhamdulillah.




=)





Nohman Affifudin seluk poket jeans. Yang keluar hanya gumpalan benang dan kertas lunyai entah apa. Wangnya sudah habis. Dompetnya kosong. Poket lagi satu berisi kunci motor, Nokia butterfly  dan sekotak rokok. Dia tidak tahu hendak buat apa. Masa semakin suntuk sebenarnya. Matahari semacam sudah tidak berapa nampak di sebalik KLCC.

         Ketika itu dia terkenangkan restoran masakan Melayu miliknya di perdu bandar. Tak begitu maju, tapi lebih dari hidup segan mati tak mahu. Ramai juga yang puji masak lemak tempoyaknya menggiurkan. Dia senyum hambar. Air liur terasa payah hendak ditelan, sepayah dilema yang bergumpal dalam hatinya kini. Dia tahu dia tidak punya banyak masa. Gelap sikit nanti datanglah mereka dan semuanya bakal berakhir. Dia dulu adalah masuk TV nyanyi sikit-sikit, keluar Mangga. Tapi itu kisah sebelum nikah. Sekarang dia kelesa mahu terhegeh-hegeh cari publisiti. Perutnya sudah mancung dan kugirannya sudah lama bubar. Rakan yang lain-lain menghala objektif masing-masing menjauh dari mahsyur. Bininya pula jadi tukang masak, tukang kasir dan tukang sapu restoran yang taat.

         Sekarang Farid hendak laptop baru, Farhah mahu basikal untuk ke sekolah, Fasyah perlu ditadikakan, Farihin harus disusukan. Semuanya butuh wang. Objek yang Nohman tiada.

         Di kaki lima yang menghadap KFC itu dia terjelepuk duduk. Orang hilik-mudir langsung tidak pedulikannya. Dari tingkap kaca restoran ayam segera itu Nohman nampak seorang pondan sedang duduk sendirian, meratah ayam goreng sambil tangan kirinya terpegang senaskah novel Bisik. Farhah merajuk semalam sebab novel itu tidak dibelinya.

Entah macam mana dia teringat akan sekeping kad yang terselit dalam peti suratnya kelmarin. Kad ringkas warna kuning pucat dengan nama dan nombor telefon. Iklan sebenarnya. Hatinya bolak-balik, antara mahu telefon atau tidak. Dalam keterdesakan dan kesuntukan masa ini Nohman tahu dia tidak punya banyak opsyen.

         PWTC.

Pinjaman Wang Tanpa Cagaran.

         Dengan jari-jari yang terketar-ketar, Nohman Affifudin dail nombor yang tertera pada kad tersebut.

         Panggilan berjawab.







KOMEN dari juri tunggal, Wani Ardy yang sehingga ke hari ini aku masih belum pernah bertemu empat mata apatah lagi mahu dia menurunkan signatur pada naskah Langit Vanilla yang aku ada (yang separa lunyai sebab kerap benar aku ulang-baca) :

Ada tiga perkara yang saya suka tentang cerpen ini. Pertama, watak Nohman Affifudin sebagai bekas artis suam-suam kuku yang sudah berkahwin, beranak-pinak, dan memulakan perniagaan sendiri bila tidak popular lagi. Fenomena ini biasa berlaku namun watak sebegini jarang-jarang diterokai oleh para penulis. Kedua, saya suka bagaimana penulis kreatif mendefinisikan PWTC sebagai Pinjaman Wang Tanpa Cagaran dan bukan PWTC yang kebanyakan kita jangkakan. Ketiga, saya suka penghujung cerita yang membenarkan pembaca bebas berfikir sendiri tanpa membuatkan pembaca itu berasa marah dengan cerita yang tergantung.






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2012 08:16

283: [siri certot!] #03 - cikgu din.

Ini certot percubaan aku untuk kontes memenangi senaskah CERPEN NADIA KHAN. Tak menang tapi aku saja letak kat sini, nak kongi dengan korang...




=)













Seluruh warna
MidValley di bawah kakinya tampak kecil benar, seperti sebesar botol deodorant. Kakinya bergantungan sedang
tangannya terpaut pada palang besi di atasnya. Tiada yang gempar. Mungkin yang
tahu mahukan situasi ini diuruskan setenang yang mungkin, takut pengunjung lain
gawat dan gesa-gesa tinggalkan nawaitu untuk leburkan wang mereka.

Hari itu dia tidak
sempat salin baju, dari tempat kerja terus saja ke mari. Dia mahu tugas ini
segera selesai. Teringat pula buku tulis murid-murid yang bersusun-susun di
tempat duduk belakang kereta Kancilnya. Kalau tugas ini berjaya, tak sempatlah
dia pulangkan buku tulis itu kepada mereka. Dia senyum lagi lantas tunduk.
Sekeping tanda nama bertulis NAQIUDIN warna putih latar hitam tersemat di kocek
kemejanya. Sebatang pen biru jumpa juga ada di dalam kocek tersebut.

Sebenarnya sejak
kelmarin dia berperang dengan diri sendiri, sama ada mahu teruskan tugas ini
atau tidak. Tapi memandangkan ganjaran yang disogok dan keselamatan keluarganya
bakal dijamin, dia pantas sahaja bersetuju untuk mengerjakannya.

“Lapaq la
pulak,” ngomelnya. Mujur dia sudah tapau seketul burger dan segelas coke dari
McDonald’s sebelum ke mari. Masih hangat dalam beg kertas dalam gengaman tangan
kirinya. Hairannya yang sedang berjaga-jaga masih tidak berkata apa-apa setelah
hampir setengah jam dia duduk di situ.

Dia tunduk lagi,
kali ini pen tadi menggelungsur jatuh ke bawah. Sipi-sipi hendak terkena kepala
seorang amoi yang ralit membelek
sehelai blaus di ruang legar di bawah. Berkelentangan di lantai, menyebabkan
beberapa kepala mendongak. Ada yang mula menjerit ketakutan.

“Ada orang nak
bunuh diri!” Jerit seseorang dari bawah. Ramai juga yang keluarkan telefon
pintar dan rakam dia yang sedang tercokoh di alang tinggi itu. Sekejap lagi
pasti masuk YouTube. Pasti!

            “Encik,
mari ikut saya.”

“Kejap,” dia
rengek ikut lenggok suara budak dalam iklan Carrie Junior. “lagi sepuluh saat
saya ikut. Lepas bom dalam jaket ni meletup. Okay?” Dia senyum lagi.
Ragu-ragu campur takut.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2012 08:09

September 16, 2012

282: apa bezanya degree dan masters. perspektif pelajar baru di tempat baru.



Minggu lepas secara rasminya bermulalah kuliah aku sebagai seorang siswazah kesusasteraan di USM. *yay*




Sebenarnya tak banyak yang aku hendak kongsi sebab tak ada apa yang menarikpun hendak dikongsi. Walaupun semester ini aku ambil tiga subjek dan perlu hadir tiga kuliah sahaja seminggu (Khamis dan Jumaat sahaja) tetapi penat pasca kuliahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagi yang fikir menjadi siswazah ini hanyalah sekadar suatu expansion daripada apa yang dilalui zaman ijazah sarjana muda dulu.




THINK AGAIN!






by coursework
by research
mix-mode





Kalau by coursework ini harus ke kuliah, ada tutorial, ada tugasan, pembentangan blablabla... macam belajar  degree dulu. Tak banyak bezanya. Pecahan pembahagian markah per subjek juga lebih kurang macam belajar degree dulu, cuma semestinya lebih sukar (barangkali). Kebanyakan kursus yang ditawarkan dalam metod ini boleh dihabiskan dalam setahun setengah atau kurang, mengikut kesanggupan, kegigihan dan kecekalan pelajar tersebut. Selalunya metod by coursework ni, berdasarkan apa yang aku tahu tak perlu tulis tesis/disertasi tapi ada juga sesetengah kursus yang memerlukan penulisan tesis/disertasi.




Kalau by research tak perlu ke kuliah, tutorial dan sewaktu dengannya sebab 100% penilaian pensiswazahan anda tertakluk kepada kajian yang dijalankan. Hendak pohon metod ini agak leceh sebenarnya. Harus kaji siasat dahulu siapa pensyarah yang mahu atau lapang untuk jadi penyelia, harus sekurang-kurangnya tahu apa jenis penyelidikan yang hendak dijalankan sebab sebelum memohon harus sertakan proposal (kertas cadangan) hendak selidik tentang apa. Tak semua kursus ada dalam metod ini, jadi harus banyak siasat kursus apa yang kalian mahu kemudian rancang dari situ. Apa yang payah tentang mode by research ini adalah pelajarnya harus menulis dan menghasilkan sebuah tesis penyelidikan di akhir penyelidikan tersebut. Durasi pengajian agak fleksible. Ada yang boleh siap dalam tempoh dua tahun (paling laju) dan ada yang sudah masuk tahun keempat masih tak beres-beres lagi. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan hasil kajian tersebut sebenarnya. Kebanyakan universiti tidak letakkan had tarikh tutup permohonan untuk by research ni, terbuka sepanjang tahun. Tapi macam yang dicakapkan tadilah, harus lihat kalau ada pensyarah yang available baru dia akan pertimbangkan permohonan tersebut. Itupun kalau proposal penyelidikannya agak mantap. Aku ada google dan terjumpa rangka asas apa yang perlu ada dalam sesebuah proposal, ini LINK-nya, dari blog orang lain. Aku sekadar berkongsi.




Kalau by mix-mode ni macam apa yang sedang aku usahakanlah. Pengajian siswazah kesusasteraan di usm adalah mod campuran (mix-mode) di mana pelajarnya harus hadiri kuliah, lulus sejumlah subjek yang ditetapkan dengan tahap CGPA minimum, barulah boleh mula menulis disertasi. Tesis dan disertasi ni adalah dua benda yang berlainan walaupun pada amnya nampak serupa. Apa yang membezakannya adalah jumlah patah perkataan. Untuk tesis sekitar 60K patah perkataan, untuk disertasi sekitar 23-30K patah perkataan. Pelajar mode campuran ini selalunya boleh bereskan pengajian dalam tempoh setahun setengah ke dua tahun. Bergantung kepada betapa pantas dapat bereskan subjek-subjek yang harus diambil sebelum boleh mula menulis disertasi. Bagi kursus siswazah kesusasteraan macam aku, ada lima subjek yang harus dibereskan dan aku harus lulus semua dengan CGPA minima 2.50 barulah dibenarkan untuk mula menulis disertasi. Perjalanan masih jauh, tapi aku harap dapat bereskan dalam tiga semester sahaja.




InsyaAllah.




Makanya apa yang ingin aku jelaskan di sini adalah belajar untuk degree dan belajar untuk masters memang jauh panggang dari api. Jadi, jangan ambil mudah kalau ada yang berkira-kira untuk sambung belajar selepas habis degree nanti.




Pertama: bersedia dengan kurangnya bantuan daripada pensyarah. Kebanyakan pensyarah akan anggap kita sudah sedia maklum bagaimana hendak buat pembentangan dan sebagainya, makanya dia tidak akan tolong banyak dalam hal tersebut. Kalian harus banyak bergantung-harap pada rakan-rakan kuliah (terutama sekali macam aku yang datang dari degree TESL dan terjun ke bidang sastera, kalau hendak dibandingkan dengan bekas pelajar degree sastera sedia ada yang menyambung ke peringkat masters) untuk bantu dan terangkan bagaimana bentuk pembentangan atau kertas kerja yang diminta.




Kedua: kalau sebelum ini tidak rajin atau tidak pernah ke perpustakaan, anda akan mati. Titik. Kebanyakan kembangan nota kuliah atau ceramah daripada pensyarah datang daripada sumber-sumber di perpustakaan. Jadi kalau di zaman degree kalian tidak pernah jejak kaki ke perpustakaan, hatta tidak tahu prosedur hendak pinjam buku, filem mikrofil atau apa-apalah daripada situ, sila mati sekarang. Contohnya dalam kuliah teori sastera aku Jumaat lepas, pensyarah bagaikan air menyebut beberapa sumber rujuk dan makalah yang dia gunapakai untuk topik tersebut. Apa dia akan sediakan untuk kamu di dalam kuliah? HELL TO THE NO. Kamu sendiri yang harus cari, fotokopi dan baca sebab dia tidak akan sediakan. Dia menyebutnya sepintas lalu, itupun sudah lebih cari cukup baik sebenarnya.




Ketiga: jangan fikir degree kau berbeza kau akan mati kering belajar masters dalam bidang baru. Ini serius. Aku kira pengajian selama 4 tahun di UKM sebagai pelajar TESL banyak membantu aku dari segi persediaan menulis dan sebenarnya kau punya pengetahuan yang bekas pelajar ijazah sastera sedia ada tidak tahu. Itu kelebihan yang kau ada. Kekurangannya, mungkin pada awal-awal kau akan rasa agak lemas sebab contoh-contoh teks bacaan sastera (khususnya dalam Bahasa Melayu) yang meluncur macam air dariapda mulut-mulut mereka bakal menggugat kewibawaan kau. Tapi bagi aku, aku buat bodoh saja. Mungkin mereka ada kelebihan sudah belajar sastera selama tiga tahun. Tapi apalah mereka banyak mengkaji karya-karya bahasa Inggeris? Ternyata tidak. Itulah point yang aku guna sebagai kelebihan aku dalam kuliah dan sesi perbincangan.




---




Bertukar universiti dari UKM ke USM macam aku ternyata perlu masa untuk sesuaikan diri. Sesat cari bilik kuliah dan tercangak-cangak keliru dengan sign boards merata di universiti merupakan hal biasa. Tapi rasa itu bukanlah masalah major yang akan dihadapi oleh semua pelajar yang bakal menyambung pengajian ke peringkat tinggi.






Jadi pelajar siswazah ini kalau kena gayanya seronok juga sebab buat pertama kalinya aku merasa sdikit canggung melihat keakraban pensyarah dengan pelajar. Maklum sajalah, ada di antara rakan kuliah nanti bukan terus dari tamat degree sebaliknya sudah bertahun-tahun berkhidmat dan sudahpun kenal dengan pensyarah (mungkin kerana mereka berjiran atau pernah bekerja sekali sebelum ini). Aku akui pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan tempat aku belajar ini semuanya (setakat ini) baik-baik dan sporting belaka. Malah, aku sudahpun diberi 'kerja' part-time untuk menjadi tukang alih-bahasa gara-gara salah seorang pensyarah aku melihat kebolehan aku dalam bahasa Inggeris yang tiada dalam pelajar-pelajar sekuliah lain.




=)





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2012 01:14

September 10, 2012

281: [kontes] #05 - "Curi-Curi Suka" Giveaway!

So...




Abang Eqbal Zack had reached more than 6K followers today. Can you imagine, 6K followers? I wished I have THAT many followers too. Hahaha...




The last time I joined any contest whatsoever is from Abang EZ's blog as well. Remember the Domo pencil case that I have won?




=)




So he is doing (yet) another giveaway, which is EXTREMELY simple to do and participate.




Since I am a follower of his blog already, this entry is just gonna be a simple announcement that YOU too can participate in the giveaway.




Just hit...




HERE




... and follow the instruction. Simple.




Two random first prize winner will receive a copy of 'Curi-curi Suka' novel by Liyana Zahim as well as Abg EZ's fridge magnet, and 10 consolation prizes will receive Abg EZ's fridge magnet each.




Good luck, people!





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2012 01:25

281 [kontes] #05 - "Curi-Curi Suka" Giveaway!

So...




Abang Eqbal Zack had reached more than 6K followers today. Can you imagine, 6K followers? I wished I have THAT many followers too. Hahaha...




The last time I joined any contest whatsoever is from Abang EZ's blog as well. Remember the Domo pencil case that I have won?




=)




So he is doing (yet) another giveaway, which is EXTREMELY simple to do and participate.




Since I am a follower of his blog already, this entry is just gonna be a simple announcement that YOU too can participate in the giveaway.




Just hit...




HERE




... and follow the instruction. Simple.




Two random first prize winner will receive a copy of 'Curi-curi Suka' novel by Liyana Zahim as well as Abg EZ's fridge magnet, and 10 consolation prizes will receive Abg EZ's fridge magnet each.




Good luck, people!





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2012 01:25