Mawar Safei's Blog, page 50
March 4, 2020
Saya sengaja memilih foto yang tidak mewakili keremangan ...

Saya sengaja memilih foto yang tidak mewakili keremangan filem Pet Sematary (ejaan sematary yang disengajakan). Rupa-rupanya filem seram ini dipindah dari novel Stephen King. Saya peminat genre seram walau akan terjerit jerit nantinya sewaktu menonton dengan cara mengintai intai. Ia kisah tanah perkuburan yang boleh menghidupkan semula si mati. Saya membaca filem ini sebagai tamsilan kepada manusia yang tidak dapat menerima kenyataan sebuah kehilangan. Akhirnya saya jadi tidak seram, sebaliknya saya mahu menangis. Mengapa? Saya juga antara yang sukar menerima hakikat sebuah kehilangan. Apalagi kehilangan yang dirancang lebih awal. Saya menderita dengannya.
Published on March 04, 2020 12:33
March 2, 2020
Saya sudah bekerja di tempat yang sama lebih 20 tahun (da...

Saya sudah bekerja di tempat yang sama lebih 20 tahun (dan tidak bermakna ia masa yang sangat panjang). Selama itu juga saya melihat banyak perihal amanah (bukan parti) yang tidak dihormati. Sdr tahu, kami harus merakam masa masuk bekerja setiap hari. Tapi saya tahu, ada yang meminta rakan lain yang masuk pejabat lebih awal untuk bantu rakam masa, sedangkan mereka datang lewat. Ada yang masuk dan rakam waktu awal, tetapi selepas itu hilang ghaib di balik banyaknya hijab. Ada yang rakam waktu untuk hadir acara rasmi tapi hadirnya hanya untuk mendaftar, sebaik selepas itu mereka juga ditelan ke alam ghaib. Pelik. Untuk apa bermain-main dan mempermainkan amanah. Untung apa bermain-main dan mempermainkan amanah.
Published on March 02, 2020 15:37
March 1, 2020
Sdr tahu, sesudah al-Qur'an yang menjadi sahabat paling s...

Sdr tahu, sesudah al-Qur'an yang menjadi sahabat paling setia pada waktu dini, saya sering membaca puisi dari rak buku di rumah. Ia pastinya banyak mengasuh kemahiran berbahasa saya (benar, waktu dini, waktu semua orang begitu dekat dengan mimpi). Baris dan ruang kosong antaranya, selalu akan menganjurkan saya untuk membilang tiap keghairahan yang ditawarkan penyairnya. Seperti tulis Seno GA, waktu itu bukan keindahan permainan kata yang menjadi buruan. Ternyata kita mahu turut membongkar keindahan perjuangan hidup manusia, yang tersaring antara jeda, antara bunyi kata. Begitu saya tersihir pada waktu dini begini, pada saat zaman yang penuh godaan kesementaraan, tulis Agus N lagi.
Published on March 01, 2020 12:55
February 27, 2020
Sdr, akhir akhir ini saya keluar awal ke kampus. Selain b...

Sdr, akhir akhir ini saya keluar awal ke kampus. Selain berkejar kejaran bersama-sama mahasiswa dan kerani (lagi) untuk mendapatkan kotak letak kereta, saya menanti nanti saat ini. Saya selalu berharap lampu isyarat bertukar merah di tikungan mendekati pintu kampus. Saya mahu selalu berhenti di situ dan menyaksikan sebuah tayangan alam indah yang tepat masanya. Sehimpunan unggas, yang saya tidak tahu asal keturunan apa, akan mengapung, melayah, membeluk dalam gerak yang sangat menaajubkan. Saya jadi silau. Mereka membawakan saya gelora kesetiaan, menghormati kebersamaan, kulurusan dan kemitraan, Sdr. Saya jadi taajub, ada kesalingan yang tidak membuat mereka bertabrakan. Saya tahu apa yang mengikat mereka. Cinta.
Published on February 27, 2020 12:30
February 25, 2020
Ada yang mencari cari Masitah. Ia sudah jadi langka....

Ada yang mencari cari Masitah. Ia sudah jadi langka. Sedang ia sangat dimahukan untuk kerja penelitian. Sdr tahu, saya belajar erti nilai saat ini. Pernah dia jadi sebutan hingga dalam sukma yang paling dalam. Tapi kemudiannya, debu pun masih ada harga daripada dia yang sudah dibuang ke hujung dunia.
Published on February 25, 2020 13:14
February 24, 2020
Catatan saya antaranya tentang pembikinan cerpen Ser...
Published on February 24, 2020 13:10
February 23, 2020
Cerpen terbaru saya. Dewan Sastera Mac 2020. Versi dalam ...

Cerpen terbaru saya. Dewan Sastera Mac 2020. Versi dalam taliannya sudah diedar lebih awal daripada versi cetakan. Sementara versi asalnya boleh dapatkan dari saya.
Published on February 23, 2020 15:46
February 22, 2020
Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selama...

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selamatkan kami. Ampuni kami. Bantu kami untuk mentaati dan bersyukur kepada-Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Hidup. Tuhan yang Maha Menjaga. Demi Keagungan-Mu, ya Allah.
Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selamatkan kami. Ampuni kami. Bantu kami untuk mentaati dan bersyukur kepada-Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Hidup. Tuhan yang Maha Menjaga. Demi Junjungan kami, Muhamad Rasulullah.
Saya rindukan tarhim waktu dini.
Published on February 22, 2020 13:21
February 21, 2020
Saya mengenalinya lama dulu. Lebih dua dekad. Kami memena...

Saya mengenalinya lama dulu. Lebih dua dekad. Kami memenangi HSKU bersama sama Prof Z. Akhbar yang melaporkan antaranya berbunyi, tiga pensyarah menang hadiah sastera. Membaca cerpen dan puisinya, memungkinkan kita turut membaca siapa dia. Sekarang Prof Nor Faridah merupakan TNC UIAM. Begitulah penulis sering ditebak. Apa yang dirakam adalah dirinya. Atau mungkin juga Sdr yang dimasukkan sebagai protagonis yang menggerak banyak makna dan garis yang membataskan antara ruang penciptaan dengan impian. Tahniah Kak F!
Published on February 21, 2020 13:37
February 20, 2020
Sdr tahu, dalam hidup saya selain daripada selalu diperda...

Sdr tahu, dalam hidup saya selain daripada selalu diperdaya dengan kata-kata manis, saya juga bertemu dengan ramai yang berjanji tapi selalu mungkir. Saya akan pulangkan buku besok. Itu bunyi janjinya. Sdr tahu, sehingga bertahun-tahun buku saya ghaib begitu sahaja. Saya ini mungkin terlalu pemurah atau baik hati. Saya mudah percaya, Sdr. Apalagi kepercayaan itu saya sandarkan pada ilmu yang harus selalu kita berbahagi. Ada baiknya suatu hari saya menyerahkan semua buku saya yang penuh di ruang kerja dan di rumah kepada pihak perpustakaan agar ia boleh dipinjam dan didenda jika lewat dipulang sehari pun. Tidak perlu letakkan pelekat khas sumbangan koleksi MS di rak berkenaan. Cukup saya tahu peminjam harus memulangkannya seperti yang dijanji. Sdr, saya walau sudah tua dan banyak yang saya lupa, saya tidak akan lupa pada janji.
Published on February 20, 2020 12:25
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
