Mawar Safei's Blog, page 51

February 23, 2020

Cerpen terbaru saya. Dewan Sastera Mac 2020. Versi dalam ...


Cerpen terbaru saya. Dewan Sastera Mac 2020. Versi dalam taliannya sudah diedar lebih awal daripada versi cetakan. Sementara versi asalnya boleh dapatkan dari saya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2020 15:46

February 22, 2020

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selama...


Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selamatkan kami. Ampuni kami.  Bantu kami untuk mentaati dan bersyukur kepada-Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Hidup. Tuhan yang Maha Menjaga. Demi Keagungan-Mu, ya Allah. 
Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihi. Kasihani kami, selamatkan kami. Ampuni kami.  Bantu kami untuk mentaati dan bersyukur kepada-Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Hidup. Tuhan yang Maha Menjaga. Demi Junjungan kami, Muhamad Rasulullah. 
Saya rindukan tarhim waktu dini. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2020 13:21

February 21, 2020

Saya mengenalinya lama dulu. Lebih dua dekad. Kami memena...


Saya mengenalinya lama dulu. Lebih dua dekad. Kami memenangi HSKU bersama sama Prof Z. Akhbar yang melaporkan antaranya berbunyi, tiga pensyarah menang hadiah sastera. Membaca cerpen dan puisinya, memungkinkan kita turut membaca siapa dia. Sekarang Prof Nor Faridah merupakan TNC UIAM. Begitulah penulis sering ditebak. Apa yang dirakam adalah dirinya. Atau mungkin juga Sdr yang dimasukkan sebagai protagonis yang menggerak banyak makna dan garis yang membataskan antara ruang penciptaan dengan impian. Tahniah Kak F!  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2020 13:37

February 20, 2020

Sdr tahu, dalam hidup saya selain daripada selalu diperda...


Sdr tahu, dalam hidup saya selain daripada selalu diperdaya dengan kata-kata manis, saya juga bertemu dengan ramai yang berjanji tapi selalu mungkir. Saya akan pulangkan buku besok. Itu bunyi janjinya. Sdr tahu, sehingga bertahun-tahun buku saya ghaib begitu sahaja. Saya ini mungkin terlalu pemurah atau baik hati. Saya mudah percaya, Sdr. Apalagi kepercayaan itu saya sandarkan pada ilmu yang harus selalu kita berbahagi. Ada baiknya suatu hari saya menyerahkan semua buku saya yang penuh di ruang kerja dan di rumah kepada pihak perpustakaan agar ia boleh dipinjam dan didenda jika lewat dipulang sehari pun. Tidak perlu letakkan pelekat khas sumbangan koleksi MS di rak berkenaan. Cukup saya tahu peminjam harus memulangkannya seperti yang dijanji. Sdr, saya walau  sudah tua dan banyak yang saya lupa, saya tidak akan lupa pada janji. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2020 12:25

February 19, 2020

Indah sekali pertemuan kami di penjuru Tanah Suci. Benar,...



Indah sekali pertemuan kami di penjuru Tanah Suci. Benar, sudah lebih satu dekad saya diasuhnya. Ketertiban. Rapi dalam setiap satunya. Secara seni saya memang dituntunnya untuk tidak jadi buru-buru - resam manusia yang sering al Qur'an tegur. Saya mahu selalu melafaz huruf dengan perlahan dan hati-hati, cuba memaknakan setulusnya. Saya mahu selalu mengerjakan rukun gerak dengan lemah lembut, penuh ketundukan. Baris doa bukan lagi rutinitas, sebaliknya penuh harap dengan tangan gementar.  Sdr, saya mahu mula belajar memerhati dengan mata hati. Bukankah nanti ia akan lebih membawa saya  ke ruang singkapan hijab dan dengannya saya lebih meyakini. Bukankah selama ini saya diperdaya dan dipermainkan mirage, bayang-bayang fatamorgana. Bukankah.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2020 13:06

February 18, 2020

Saya sediakan pensanitasi di penjuru meja kerja perbincan...


Saya sediakan pensanitasi di penjuru meja kerja perbincangan sejak lama. Ya sebelum convid-19. Selama ini tiada yang peduli, mahasiswa atau tetamu yang sering duduk di kerusi yang berdekatannya juga tidak peduli. Tiada siapa yang peduli, Sdr. Sekarang di mana-mana saya melihatnya. Saya mungkin kian faham, kepedulian itu sebenarnya datang dan pergi.   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2020 01:32

February 16, 2020

Rangkaian mimpi yang semakin rancak memasuki tidur saya. ...


Rangkaian mimpi yang semakin rancak memasuki tidur saya. Dan seperti dulu, Sdr, saya sangat dungu untuk memahami, apalagi takwil mimpi seperti itu. Mungkin juga sekuat itu dia mengirim isyarat. Atau mimpi itu adalah mainan sub conscious saya terhadap satu keterpedayaan. Mirip tulis Ebiet G Ade dalam Camelia III, kuanggap engkau berlebihan. Seperti watak lelaki yang diseret masuk ke ruang impian dalam cerpen Kupu-kupu Biru di Penjuru Qalbu, saya juga mahu bertanya, apakah benar dia mahu meninggalkan kenangan?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2020 13:08

Saya berkesempatan menonton Parasite, gubahan  Bong ...



Saya berkesempatan menonton Parasite, gubahan  Bong Joon-ho. Banyak sisi yang boleh dibahaskan tentang karya ini; antara kekayaannya memenangi Filem Terbaik Oscar 2020. Terkesan bukan sahaja memerihalkan peperangan kelas sosial tetapi bagaimana seni memperagakan peperangan berkenaan. Bagaimana dengan mainan teknik jengkelnya si hartawan Park terhadap bau bawah tanah, bau kemelaratan, bau si miskin Kim. Saya kerap mencari antara kerja seni yang begini dalam filem mahupun penulisan. Bagaimana saya mengingat dalam al-Qur'an betapa kita harus memihak dan mencintai faqir miskin.  Hak mereka yang harus selalu dipertimbangkan dan bukan mengutamakan kehalobaan sendiri. Apalagi untuk mencemuh dan menghina bau bawah tanah. Sedang nanti, mereka yang banyak memenuhi ruang syurga. Saat itu pasti sahaja bau mereka lebih indah daripada segala haruman yang ada.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2020 06:55

February 14, 2020

Saya terperangkap di ruang kerja dalam hujan senja. Dari ...



Saya terperangkap di ruang kerja dalam hujan senja. Dari rangka jendela, gemuruh hujan ternyata sangat keras. Hampir tidak kelihatan perbukitan di seberang jalan atau kubah masjid kampus seperti waktu hari cerah. Pulang memandu dalam keadaan begini, akan lebih memerangkap.  Menghidupkan lampu meja kerja, saya baru sedar hari kian gelap dan rupa-rupanya saya sendiri. Kampus semakin kosong dan dingin. Saya baru sedar, sering saya terperangkap dalam banyak suasana seperti ini, Sdr.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2020 02:19

February 11, 2020

Saya dititip foto ini beserta lagu yang hiba. Ia men...


Saya dititip foto ini beserta lagu yang hiba. Ia mengheret saya kepada kenangan panjang yang tak akan berulang. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2020 06:47

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.