Roslan Hamid's Blog, page 83

July 23, 2020

Zulhijah 3: Sempena haji...Sampai bila mahu asyik 'naik haji'...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)


DULU ketika bersekolah menengah (tahun 1970-an) saya dan rakan-rakan terpegun dengan karakter seorang pelajar - dia mengumumkan cita-citanya menjadi perdana menteri - dan dia menunjukkan kesungguhannya itu dengan mempamerkan daya kepimpinan seperti menyertai pasukan bahas sekolah dan menjadi kapten permainan sukan. Lantas dia mendapat jolokan Si......PM sampailah sekarang!

Sahabat ini menjadikan PM kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idola. Gambar Tun Razak, seorang murid tua yang bagaikan sireh pulang ke gagang ke sekolah kami pada tahun 1974 dengan menaiki beca sering menjadi perhatiannya - ya nanti dia juga akan pulang ke 'alma mater' mengulangi kisah Tun Razak sebagai seorang perdana menteri!

Namun, selepas puluhan tahun, nama sahabat ini 'tidak muncul-muncul' dalam arena politik tanah air yang boleh menonjolkan dirinya sebagai bakal perdana menteri. Kalau dia dalam kedudukan seorang Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, menteri dan sebagainya, insya-Allah dia semakin hampir menjadi perdana menteri tetapi entah apa silapnya, 'namanya' belum timbul-timbul lagi.

Tidaklah saya bertujuan memperkecil-kecilkan cita-citanya atau menidakkan kuasa Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu sekehendak-Nya seperti menaik dan menjatuhkan seseorang tetapi saya ingin memfokuskan satu perkara penting - masa berlalu begitu pantas dan saya dan orang-orang seangkatan saya seperti pelajar setingkatan puluhan lalu seperti rakan yang bercita-cita menjadi PM ini, kini tanpa sedar atau sedar sudah memasuki usia 'tidak berapa muda' seperti ungkapan seorang ustaz yang tidak mahu menggunakan perkataan 'tua' yang ramai orang tak suka. Namun hakikatnya 'game is over' (permainan sudah tamat), kita semakin ke kubur!

Masa adalah emas, kata bijak pandai Melayu; orang Arab pula mengandaikannya bagai pedang, jika kamu tidak pandai memanfaatkannya ia akan memotong kepala kamu. Ya, masa telah 'memotong kepala' kebanyakan daripada kita termasuklah saya dan kini jika dihitung-hitung berdasarkan usia kewafatan Rasulullah s.a.w., saya dan rakan seusia saya hanya berpeluang menyambut Hari Raya beberapa kali saja lagi!

Itu pun, kata  sang ustaz dalam kuliahnya yang saya hadiri baru-baru ini, sayang sekali sayang, ramai 'orang tidak berapa muda' gagal memanfaatkan 'reja' (baki) masa mereka. Beliau menceritakan seorang 'datuk' di kampungnya terus leka bermain ayam sabung. Siang malam asyik dengan ayamnya saja. Tidak teringat hendak ke masjid hatta pada maghrib yang tempoh waktu solatnya pendek, dia terus leka dengan dengan ayamnya. Orang kalau pada usia tua bukankah baik perbanyakkan zikir menyebut nama Allah atau berselawat, ini tak, dia asyik kurrrrrr, kurrrrrr, kurrrrrrr sana sini siang dan malam.

Demikian juga kalau seseorang itu sudah gila dengan burung misalnya burung terkukur, siang malam asyik main dengan burung yang dikurung dalam sangkar. Si tua yang gila mengumpul barang antik pun ada manakala yang lain asyik-asyik memancing ikan dan tak kurang juga terutama perempuan jadi kaki TV. Ya, kata sang ustaz susah nak tegur orang tua dengan hobi gila-gila ini. Beliau 'mengomen' orang lain dah naik ke bulan, meneroka angkasa lepas, menjelajah laut lepas tetapi sesetengah orang Melayu masih dengan hobi pelik seperti bermain burung, bermain ayam sabung dan bermain gasing.

Akhir sekali sang ustaz 'membasuh' golongan tua yang asyik duduk kedai kopi bermain dam papan. Lepas sepapan sepapan mereka main, dari pagi sampailah maghrib atau malam. Selagi warung tak tutup selagi itulah mereka bermain. Sekali pusingan menghadap papan dam, mereka 'berupaya naik haji' berkali-kali tetapi 'haji' ini bukan menyebabkan mereka semakin 'syok' dan 'leka', lantas tak ingat rumah tangga, anak bini apatah lagi masjid dan surau.

Pemain dan peminat yang menggerumuni papan dam sekalipun minum secawan dua kopi tetapi kebanyakannya kuat hisap rokok. Pada kotak rokok ada perkataan AMARAN, ada gambar besar leher pesakit kanser yang berlubang atau lidah yang bernanah, mereka tak peduli. Sebatang demi sebatang mereka hisap akibat terlalu syok main atau melihat permainan dam aji.

Mereka yang syok dengan dam aji ini tak sedar masa keemasan yang berbaki semakin hari malah sesaat demi sesaat semakin habis. Mereka terus syok dapat 'naik haji demi haji' tetapi bagi menunaikan haji sebenar iaitu Rukun Islam kelima jauh atau tak terfikir dalam benak mereka. Mungkin mereka berfikir, ah aku tak mampu, duit tak ada (tak cukup) jadi bagaimana nak naikhaji. Antara syarat tunai haji berkuasa dari segi perbelanjaan, aku tak mampu jadi tak payahlah.

Namun mereka tak sedar, duit belanja beli rokok kalau dihimpunkan tahun demi tahun boleh mencapai puluhan jika tak ratusan ribu ringgit yang jika dapat dijimatkan membolehkan mereka 'naik haji atau umrah' beberapa kali. Katakanlah seseorang itu menghisap sebungkus rokok sehari yang harganya dianggarkan RM10, dalam sebulan jika tidak merokok dia boleh menyimpan RM300 yang dalam setahun akan menjadi RM3,600. Kalau 10 tahun sudah RM36,000 yang membolehkan dia 'naik haji atau umrah sebenar' sebanyak beberapa kali.

Ini tak, sekalipun setiap hari 'naik haji' beberapa kali atau belasan atau puluhan kali di meja papan dam, dia tetap dulu, kini dan harap-harap tidak selama-lamanya bergelar haji dam...ya wahai orang yang tak beberapa muda...sedar-sedarlah diri bila nak menjejakkan kaki ke masjid atau berangkat ke Tanah Suci...takkan nak tunggu orang usung diri kita ke masjid atau buatkan badal haji untuk kita!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2020 23:54

Zulhijah 2: Menegakkan syiar Islam, hukum hakamnya kewajipan setiap Muslim (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)

MENEGAKKAN syiar Islam dan hukum hakamnya adalah kewajipan setiap Muslim; jadi kepada semua termasuklah diri ini, jangan lari daripada amanah dan tanggungjawab ini

Di negara kita tercinta sekarang ini, Islam dan umatnya diserang dari pelbagai penjuru termasuk yang membabitkan media baharu. Sempena kehadiran bulan haji yang kemuncaknya nanti Hari Wukuf di Arafah dan Hari Raya Korban, marilah kita merenung antara doa yang kita panjatkan di sana sebagai satu muhasabah sama ada kita berada di jalan-Nya yang lurus atau tidak.

Antara doa itu bermaksud: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Belas Kasihan, terimalah segala permintaan kami, wahai Tuhan yang menerima segala permintaan mereka semasa dalam kecemasan. Wahai Tuhan, apabila menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat dirintangi lagi.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, kami ini datang beramai-ramai untuk mendapatkan keampunan daripada Engkau di atas segala dosa kami. Janganlah Engkau kecewakan kami, berilah kepada kami seperti yang Engkau berikan kepada hamba-hamba Engkau yang salih. Janganlah Engkau palingkan kami daripada tempat suci ini, melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula kami daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan. Wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani.

“Ya Allah, Ya Tuhan kami! Berilah petunjuk dan taufik kepada kami. Peliharalah kami daripada terjerumus dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri daripada runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit ya Allah, jadikan kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Engkau, kasihan belaslah, ketika kami bertadharuk bersemadi terhadap Engkau.

“Ya Allah, perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng, perkuatkanlah kami dalam pendirian kami, hidupkan kami dalam iman dan taat kepada Engkau, matikan kami di dalam Islam, daripada golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah kami daripada mereka yang yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikan kami daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kesukaan kepada kami, ya Allah dengan dapat memandang wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.”

Jadi dalam isu terkini di tanah air kita seperti perlakuan sesetengah pihak dan individu di kalangan orang Islam sendiri yang memandang rendah (mempersenda) syiar dan hukum hakam Islam seperti soal penutupan aurat, memperjuang seks dan gaya hidup songsang dan menghina usaha pendaulatan perundangan Islam, di manakah diri kita dalam menegakkan Islam - tanyalah diri sendiri sama ada tindakan kita sejajar dengan apa yang kita doakan di Tanah Suci terutama di Arafah, Mina dan Mudzalifah.

Tidak menjadi masalah jika orang bukan Islam tidak mahukan peraturan Islam dan sebuah negara yang mendaulatkan hukum-hakam Islam kerana sah dia bukan seorang Islam, tetapi yang menjadi persoalannya mengapa orang yang mengaku Islam termasuk pihak berkuasa tidak mahu mendaulatkan hukum-hakam Islam. Mungkinkah mereka sudah berusaha ke arah itu atau mereka sebenarnya dalang yang menghalang Islam daripada memerintah negara ini? Selayaknya Islamlah yang memerintah dan bukan diperintah kerana pengakuan setiap Muslim, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Taala.

Menegakkan perundangan Islam hanya boleh dilaksanakan negara dan bukan secara individu, namun perintah ini tersangat berat kerana setiap Muslim wajib bertindak ke arah itu, sekurang-kurangnya mempunyai niat atau cita-cita mencapai matlamat itu. Dengan adanya niat itu, diharapkan kita terlepas daripada dakwaan tidak melaksanakan hukum Allah apabila diadili di Mahsyar nanti.

Bagaimanapun niat saja tidak mencukupi. Niat perlu disertakan usaha dan doa. Setiap orang perlu berusaha mengikut kemampuan masing-masing. Ustaz dengan kelas pengajiannya, penulis dengan tulisannya dan begitulah seterusnya. Kemudian kita perlu ada jemaah bagi memperjuangkannya. Jika kita tidak mampu ke arah menegakkan hukum-hakam Islam, berilah sokongan tidak berbelah bagi kepada jemaah yang mahu menegakkannya.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini, bukan saja jemaah yang mahu menegakkan hukum-hakam Islam tidak dibantu, usaha mereka mahu digagalkan termasuklah dengan melakukan fitnah dan sekatan. Malah ada pula di kalangan umat Islam sendiri yang mempromosi cara hidup songsang dan lebih menakutkan mereka mahu memaksa masyarakat mengiktiraf kehidupan sesat mereka itu.

Panduan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan masyarakat seperti menegakkan hukum-hakam Islam sudah diberikan oleh Allah, kenapa manusia pula pandai-pandai mahu mencari jalan sendiri?

Tidak mahu mengikut garis panduan kehidupan yang ditetapkan Allah SWT dan enggan menerima hukum-hakam-Nya bermakna tidak takutkan Allah, sombong pada-Nya. Jika seseorang atau negara tidak melaksanakan hukum Allah bermakna dia lebih berkuasa daripada Allah, sebab dia mampu tolak perintah Allah. Jika Allah SWT yang memberikan segala-galanya kepada kita, tidak mahu kita turuti, kita mahu ikut cakap siapa? Iblis, syaitan?

Kepada mereka yang sudah berada di laluan menegakkan Islam, JANGAN LARI jika mendapat tentangan yang semakin perit hari demi hari...ingatlah kembali kisah Nabi Yunus a.s.; baginda yang meninggalkan kaumnya dihukum Allah SWT dengan ditelan ikan nun (paus). Baginda Nabi Yunus a.s. memohon pengampunan dengan berdoa 'La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin' yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang yang membuat zalim."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2020 00:44

July 21, 2020

Zulhijah 1: Merindui Masjidilharam, Masjid Nabawi...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 

KINI umat Islam berada pada 10 hari pertama bulan kemuncak haji, Zulhijah. Selain sejumlah jemaah haji pilihan (khabarnya 1,000 orang) yang pastinya dalam konsentrasi mengerjakan manasik haji termasuk wukuf di Arafah; bagi orang yang tidak menunaikan haji pelbagai amalan amat dituntut pada hari-hari ini termasuklah berpuasa sunat terutama pada Hari Wukuf (9 Zulhijah).

Di kalangan kebanyakan kita yang sudah ke Tanah Suci sama ada mengerjakan haji dan umrah,  hati akan sentiasa dilambai-lambai untuk ke sana lagi dan lagi.

Masjidilharam dengan Kaabahnya dan Masjid Nabawi dengan makam Nabi s.a.w. yang mulia tetap tersemat di hati. Oh, sungguh rindu untuk 'mendakap' dua masjid terulung iaitu Masjidilharam dan Masjid Nabawi, bila kapan dapat ke sana lagi agaknya?

Kedua-duanya ini adalah 'universiti' terhebat dunia, sungguh banyak tarbiyah, ilmu dan rahsia kehidupan yang dapat diselami di sana. Di bumi bekas berpijaknya kaki Rasulullah saw yang mulia dan sahabat-sahabat baginda, ada kalanya 'terasa' bagaikan kita bersama mereka.

Teringat dan terasa syahdu sekali talbiyah umrah dan haji: "Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikala Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka." (Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu).

Bagi yang sudah ke Tanah Suci, terasa kerinduan untuk ke sana lagi dan lagi, dan bagi yang belum, marilah kita berdoa beramai-ramai agar mereka dapat juga ke sana sekalipun tercatat dalam nombor giliran Tabung Haji 50 tahun lagi.

Ya, saudaraku jemaah haji, kami berharap anda memberi kesempatan untuk selain anda supaya bisa melaksanakan sya'iroh (syariat) haji!

Kata-kata indah ini saya temui di badan sebuah bas jemaah Indonesia di Mina ketika menunaikan haji kali pertama pada musim haji 1422 (2002M).

Kata-kata perangsang ini amat bermakna untuk menyuntik semangat muda-mudi Islam agar merancang pemergian mereka ke Tanah Suci. Sebaik-baiknya seseorang Muslim itu mula menyimpan sejumlah wang setiap bulan apabila dia mula bekerja, mungkin pada usia 23 tahun (selepas tamat pengajian universiti).

Dengan menyimpan atau membuat potongan gaji RM50 atau RM100 sebulan kepada Tabung Haji, seseorang itu boleh memasang niat dengan mendaftar menunaikan haji dalam masa 10 tahun kerana pada ketika itu jumlah simpanannya sudah mencukupi.

Ini kerana dalam setahun simpanan RM100 sebulan itu berjumlah RM1,200 dan dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000 tanpa dicampur bonus simpanan. Jumlah itu sudah memadai untuk penyimpan itu menunaikan haji kerana perbelanjaan semasa kira-kira RM10,000 seorang.

Berdasarkan congkak mudah ini, seseorang itu dapat menunaikan haji pada usia 30 atau 40-an. Pada peringkat umur ini, fizikal seseorang itu adalah pada tahap terbaik dan ini akan memudahkannya melakukan manasik haji yang penuh cabaran seperti melontar di jamrah, bermalam di Mina, berwukuf di Arafah, bahkan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam.

Selain tahap fizikal terbaik itu, adalah bermanfaat untuk seseorang itu menyediakan diri seperti memantapkan ilmu agamanya termasuk pengetahuan haji dan umrah secara beransur-ansur sejak dia muda lagi.

Jika tahap fizikal dan ilmu serta amalan sudah mantap, maka pemergiannya ke Tanah Suci adalah bertepatan dalam usaha mendapatkan haji mabrur yang kata Allah tiada balasannya kecuali syurga. Ya, universiti Masjidilharam dan Masjid Nabi setia menunggu kita untuk menjadi anak muridnya. Berusaha keraslah untuk sana, mantapkan doa dan bertawakallah kepada-Nya.

Insya-Allah akan sampailah kita sebagai tetamu-Nya. "Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikala Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2020 23:59

Zulkaedah 29: Merdekakan diri, keluarga, negara daripada neraka…(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 

RENUNGKANLAH maksud ayat al-Quran ini: “Allah yang menciptakan kamu dalam keadaan lemah, kemudian dijadikan-Nya kamu kuat sesudah lemah, kemudian dijadikan kamu lemah dan tua bangka sesudah kuat. Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya, sedang Dia Maha Mengetahui lagi Berkuasa." (Ar-Rum:54)

Ya, insaflah dulu negara kita lemah bagaikan bayi, sekarang dalam usia lebih 60 tahun mungkin sudah matang dan kuat…dan selepas itu apa? Hakikatnya setiap yang kuat itu akan menuju kelemahan dan mati…namun jika kena caranya terutama memohon kebarakahan Illahi, proses ‘ketuaan’ itu boleh dilambatkan bagi membolehkan anak bangsa terus menikmati rahmat-Nya di bumi bertuah ini.

Dulu Malaysia tiada, ia hanya wujud pada 16 September 1963. Namun sebelum itu asasnya sudah ada iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini dianggap sebagai Hari Merdeka dan sekarang untuk mengharmonikan sambutan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada tempoh Ogos sehingga 16 September dinamakan bulan kemerdekaan negera.

Bersyukur ke hadrat Illahi, kita masih diberi peluang oleh-Nya menyambut ulang tahun kemerdekaan negara tidak lama lagi dan kini pada hari terakhir bulan Zulkaedah dan tidak lama selepas itu Hari Raya Haji akan menjelang (pada tanggal 10 Zulhijah). Pada tanggal 9 Zulhijah, jemaah haji akan berada di kemuncak ibadat haji dengan berwukuf di Padang Arafah – menurut sesetengah ulama ini adalah hari (siang) paling mulia menyamai malam Qadar pada bulan Ramadan.

Ya, pada Ramadan, Allah menjanjikan rahmat pada permulaannya, pengampunan dosa pada pertengahan dan pengakhirannya bebas atau merdeka daripada api neraka. Pada bulan haji juga Allah menawarkan ganjaran tidak kurang hebatnya. Maka sayogialah kita berebut-rebut peluang ini, meningkatkan amalan untuk akhirnya melayakkan diri kita menjadi insan bertakwa kerana inilah produk (hasil) yang diharapkan melalui universiti Ramadan dan ibadat haji.

Namun sebahagian umat Islam terlepas pandang atau masih diseliputi kejahilan, terlupa akan hakikat pada Islam itu merangkumi segala bidang kehidupan, tidak terikat kepada amalan khusus saja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Apabila ini berlaku, akan lahirlah insan yang tidak seimbang amalannya, dia berpuasa tetapi tidak bersolat, dia bersolat tetapi di luar solat mendedahkan sebahagian besar auratnya, dan dia berhaji tetapi menyanjung kehidupan sekular.

Pemisahan politik daripada agama adalah antara penyelewengan itu. Apabila politik tidak terikat dengan agama, penyelewengan begitu berleluasa kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat utama adalah untuk terus berkuasa, jadi akan diusahakan perkara itu sekalipun tindak tanduk adalah berlawanan dengan ajaran agama. Berdasarkan slogan untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya, tindakan halal dan batil bercampur-aduk, sedangkan kehidupan seseorang Muslim itu hendaklah berdasarkan hukum-hakam halal haram yang termaktub dalam ajaran agama.

Sekarang ini, pada bulan kemerdekaan dan haji yang penuh kebarakahan ini, sesetengah pihak menyemarakkan politik perkauman dan membela maksiat seperti rasuah dalam usaha mengekalkan kuasa. Perkembangan ini begitu membimbangkan kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat termasuk diri kita sendiri. Amat bahaya jika setiap pemimpin bangsa mengapi-apikan kepentingan dan sentimen kaum masing-masing sedangkan perkara ini ditentang keras oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. yang kedatangannya adalah untuk membawa rahmat kepada sekian alam, sekali gus mematikan semangat asabiyah jahiliah.

Selain itu pemimpin jahil menyemarakkan amalan jahilah ketika sambutan hari kemerdekaan. Adakah patut hari kemerdekaan yang begitu bermakna itu disemarakkan dengan majlis hiburan termasuk konsert yang membabitkan percampuran bebas lelaki-wanita. Sewajarnya kesyukuran dipamerkan kerana bebas daripada cengkaman penjajah, bukan terikut-ikut dengan cara hidup Barat yang bukan bertunjangkan agama dan budaya kita.

Amat-amatilah apabila pemimpin hidup bermaksiat termasuk berleluasanya amalan rasuah dan penindasan (jauh daripada landasan agama), maka Allah Taala menurunkan bala yang turut menimpa rakyat. Sekarang ini kehidupan rakyat tidak aman; jenayah seperti pembunuhan, perompakan, perzinaan dan buang bayi menjadi-jadi, menggambarkan institusi keluarga dan masyarakat serta negara sedang menuju kehancuran. Inilah neraka dunia, petanda kehidupan buruk akhirat nanti.

Syukurlah ulang tahun kemerdekaan sejak akhir-akhir ini kurangnya majlis-majlis liar yang menyebabkan anak muda kita tersasar termasuk dalam upacara dianjurkan pemimpin. Mungkin ada cahaya keinsafan, memberi kesempatan semua pihak terutama pemimpin membuang jauh-jauh majlis batil, sebaliknya menggantikannya dengan amalan mulia sejajar dengan kehendak agama.

Apa kata sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini, pemimpin disertai anak muda mengimarahkan masjid atau bersolat berjemaah dan berselawat beramai-ramai serta mengadakan majlis ilmu di dataran, merendahkan diri merayu kurnia-Nya termasuklah pembebasan (kemerdekaan) daripada api neraka. Ya lupakan majlis lara seperti membuat 'countdown' 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,,,Merdeka!.

Imam (pemimpin) adalah contoh ikutan, jadi bersempena sambutan kemerdekaan bertepatan dengan bulan mulia, marilah kita mengorak langkah permulaan bagi menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita daripada neraka dunia, juga api neraka Allah SWT dengan tidak membiarkan diri kita terus bergelumang dalam kemaksiatan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2020 00:44

July 20, 2020

Zulkaedah 28: Kubur kian hampir (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)

BERSYUKUR ke hadrat Illahi, insya-Allah jika dipanjangkan usia; kita akan memasuki tahun 1442 Hijrah sebulan lagi iaitu selepas musim haji. Ini bermakna bertambahlah usia kita tetapi hakikatnya semakin hampir kita ke penghujungnya, memasuki alam barzakh (kubur) yang pasti dilalui setiap yang bernyawa.

Berdasarkan hakikat ini, marilah kita mulai saat ini membuat 'pecutan terakhir' dengan 'segala yang ada' pada diri kita demi memburu keredaan-Nya. Hendaklah kita ingat bahawa segala yang kita sama ada kemewahan, kuasa, pangkat serta keseronokan dunia atau kepahitannya seperti kekalahan pilihan raya, penderitaan penyakit dan kesengsaraan menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekarang ini hanyalah bersifat sementara; semuanya akan berakhir apabila nyawa direnggut daripada tubuh (mati).

Sebelum kita memasuki kubur (siapa boleh LARI daripada hal ini?), pergunakan 'segala yang kita ada' sebagai modal untuk kita mendapat keredaan Illahi. Bukankah Nabi yang kita kasihi, Muhammad s.a.w. mengingatkan kita supaya mempergunakan lima perkara (muda, berada, lapang, sihat dan hidup) sebelum datang lima perkara (tua, miskin, sibuk, sakit dan mati).

Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal pula mengingatkan kita tentang umur, di mana dihabiskan; demikian juga tentang masa remaja, harta dan ilmu; apa yang telah kita lakukan.
Berdasarkan perkembangan semasa, kita boleh mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa bagi membantu kita mengkoreksi (muhasabah) diri di samping menyemarakkan semangat kita berkorban bagi mendapat keredaan-Nya.

Di peringkat antarabangsa kita melihat syahidnya ulama seperti Sheikh Ramadan Al-Butti sebagai kayu pengukur pengorbankan kita - apakah kita sudah bersedia melakukan pengorbanan peringkat tertinggi sehingga mempertaruhkan hatta nyawa kita demi mendaulatkan Islam?

Selepas itu kita bertanya; apakah harta yang sudah kita korbankan untuk Islam? Apakah kita benar-benar sudah mengorbankan harta kita atau setakat sikit-sikit saja; tentunya kita akan teramat malu kerana usaha kita itu tidak sekelumit pun dapat dibandingkan dengan Ummu Mukminin Sayidatina Khadijah Khauwalid yang mengorbankan segala yang beliau ada demi Islam sehingga ketika nazaknya menawarkan tulang belulangnya kepada Rasulullah jika itu dapat digunakan untuk menegakkan Islam.

Demikian juga masa kita; bagaimana sudah kita guna dan habiskan? Apakah selama ini kita menyia-yiakannya dengan melepak di depan TV atau di kedai berjam-jam lamanya? Insafkan dengan kisah perjuangan golongan lampau termasuk sahabat, tabien, tabik tabien dan ulama.

Bagi orang berilmu, bagaimana sumbangan kita dalam bidang ini? Apa, adakah ilmu kita sudah manfaatkan untuk kepentingan agama kita atau kita gunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata atau lebih buruk lagi kita menyimpannya saja atau berbuat maksiat dengannya? Dengan ilmu dan kuasa yang ada, kita memaksiat kepada-Nya dengan melakukan rasuah, menipu dalam pilihan raya dan menahan orang tanpa bicara. Malah yang lebih dahsyat lagi dengan ilmu yang kita ada; kita memutar-belitkan hukum; seperti yang haram kita cari dalil untuk menghalalkannya.

Kesimpulannya bagi 'orang berakal', pergunakan 'segala sumber yang kita ada' untuk mendapat keredaan-Nya. Pada diri kita sendiri, kedapatan banyak 'sumber-sumber' itu; misalnya mulut kita gunakannya untuk melakukan segala kebaikan seperti menunaikan tanggungjawab agama seperti beribadat, berdakwah dan berzikir, sebaliknya jangan menggunakannya untuk melakukan maksiat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2020 00:54

July 19, 2020

Zulkaedah 27: If I were in my twenties....(U)

***
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***

I am now in my fifties. But I wished, I was still in my twenties. If only I could use the time machine, and go back to those youthful years - the abundance of energy and spirit. Who knows, it would then change my outlook and the inside of me.

Alas, it was only a dream because time flies quickly and never will be back.Scholars had divided time into three categories - yesterday(the past), now(present) and tomorrow( the future).To the thinking group of people, we have only the present because yesterday has gone and tomorrow nobody knows what would happen.

Yesterday was too far because it was history.But I would like to recollect some of the things that I did and what I should have done during my youthful years as a guideline to youths after I received this e-mail from a young man, using the nickname Alakazam.

(Alakazam's letter is produced in its original form to enable us to gauge the standard of our youth's English)

" Assalamualaikum Mr Lanh,
I was hoping that you can write impressive article about youth in Malaysia. A bit motivational and guidence article for youth who's seeking guidence to achieve success in thier lives. Many youth nowdays were not entirely knew what to do with their life as education gets more complex and life struggle being more demanding in this hectic world of globaliztion the western views.
Reading and knowing doesnt make enough, guidence for better life improvements are extreamly needed for this purpose.
Wish that u can write something that thoughtful for these class.
Thank you."

Prior to this e-mail, Alakazam had written to me in Malay, asking me if I could lend a hand to improve his English. Here is the extract of that e-mail (also unedited).

" Assaalamualaikum warahmatullah...
Wahai Saudara Lanh
Saya seorang budak remaja Melayu amat meminati artikel nukilan saudara setiap kali Harakah diterbitkan.
Di sini saya ingin meminta nasihat serta tunjuk ajar daripada saudara tentang bagaimana caranya menghasilkan penulisan berbahasa Inggeris yang senang difahami dan padat dengan isi sepertimana yang telah dinukilkan dalam setiap artikel saudara.
Sesungguhnya saya seorang yang amat lemah dalam menguasai penulisan dalam bahasa Inggeris dan sememannya penggunaan bahasa Inggeris amat penting didalam bidang kerjaya saya. Harap dapat beri nasihat yang bermanafaat.
Sekian, terima kasih."


Firstly, I would like to congratulate Alakazam for writing in English. Although his notes were punctured with glaring grammatical mistakes, his courage won my heart. And for this, I am in the spirit to share the experiences of my youthful years with readers and 'insya-Allah', if my views are right, they could be of benefit but if they are 'nonsense' readers have the right to thrash it.
For easy reading, may I break up the views into several sub-topics.

Love

I have many reasons to choose 'love' as the No. 1 topic of discussion. 'Love' has a very broad definition, for example the love for one's religion, the country, parents and between a boy and a girl.
Falling in love with the opposite sex is a gift from Allah SWT. But this gift should be controlled, treated with extreme care just like fire, which if under control, is useful but if it is uncontrollable, it threatens life.

This gift or in certain cases 'disease' started off early, may be at a tender age of 12, as I found out from a love letter sent by a girl to my son of the same age, a few years back. As the letter 'was shipped' off by a daughter of mine by a 'kakak'(girl) to my son, I 'hijacked' it and what a horror that I discovered.

When I drilled my boy, he said he knew nothing about it and kept his cool. From his reactions, I knew he was still green but it was the girl who made the first move. Girls grow fast, as the saying goes...
For the benefit of teenagers and youth out there, don't play with the fire of love. If you're entrusted to shine in your studies, just do it and don't mix it with 'a sub plot' named love, because as mentioned earlier, as a gift of Allah SWT, sooner or later, it will be a part of you.

I too played the fire of love as a teenager, and by the age of 20 'was out of love'.
At that tender age, I had experienced the bitterness of life and was hooked to sad songs like ' Di Hari Persandinganmu' by Yunizar Hossein or ' Ku tunggumu di Pintu Syurga' by Alleycats.
On that unforgetful day when my love was 'down in the drain',I took the express bus to Kuala Lumpur (merajuk konon), and during the 'long and winding' journey, I read 'my love letter'over and over again!

As I was writing this article, I had a big laugh because from my point of view now, I looked very silly indeed. Actually the puppy love was nothing if it was to be compared with the duty Allah SWT has entrusted upon us.

We are born in this world with heavy responsibilities. And each of us, are answerable to it. As youth,where our energies used to and for what purpose? So to youth out there, if you are entrusted to study, please do so.

My wife after hearing my mischievous and playful years in secondary school, said this to our children: "Your father should be a doctor or an engineer, not a writer". She should know better because for my tertiary education, I preferred the Arts (kacang goreng) stream and ignored the sciences.

Seek knowledge

Knowledge is the key to success.I am not saying education because from the general point of view, education is limited to obtaining a certificate, diploma, degree, masters or a PhD. May be I'm wrong(please do correct me), but after 'becoming an adult' (they say it begins at 40),I discovered that I know nothing in the sea of knowledge.

Human beings' knowledge is only like a drop of water in the vast oceans of knowledge so could you imagine how little we know compared to what we don't.

After hundreds of lessons in mosques, 'suraus' and 'tazkirah'(religious talks), only then did I realize how I longed and craved for more and more knowledge.

If you know yourself) this only could be obtained by seeking knowledge), only then you will know Allah SWT and the heavy responsibilities you shoulder in this world.Our existence is not without purpose or to 'suka-suka saja' (for play only).Each and every one of us holds higher responsibilities to God, the human race and in fact everything.Everyone is accountable for his actions, even if it is as small as an atomic part of substance.

So to youth out there, don't waste your time,grazing aimlessly at the empty sky.Fulfill your days seeking knowledge,for with knowledge, you will understand that everything you do, is to seek God's forgiveness and acknowledge His Greatness.For example when you stare at the empty sky and acknowledge Allah SWT's greatness in creating without pillars and feel how small you are, then you are in the right direction to have His Blessing in this world and the Hereafter.

When you realize this,you will understand, there is no such things as unemployment in Islam. There is so much to do and we are short of time to make them materialize. If we were to look at the Prophet as an example, he successfully preached Islam in 23 years - 13 years in Mecca and 10 years in Medina, and died at the age of 63.

If we were to look back at our past, we will realize that we had been wasting our time.If we are now in our forties and suppose we die at the same age as the prophet, we have about 20 years left to spend our lives.If we had done 'practically nothing' during our past 40 years, just imagine what could be done in our last 20 years.

Learn foreign languages

How I wish I could communicate and write in Arabic, Mandarin and other languages. To study Islam in depth for example, one needs to master Arabic because its source, for example the Qur'an is written in that language.Other than Arabic, many books on Islam are written in English, so it is an advantage to those who master this language.

So how I wish I could turn the clock back, back into my younger days so that I could benefit the lot of spare time to learn Arabic a few other foreign languages.To know only one language is not good enough because the more languages one masters, the more opportunities one has,including in gaining knowledge.

Conclusion

There were many more things I wish I had done in my youthful years like travelling ( around Malaysia and the globe), writing books and polishing up my reading of the Qur'an, but I didn't take them seriously.During those youthful years, money was the setback, but wise man used to say, if you have the will, you will have the way.

Time passed, and after getting married and blessed with children, I found out that I too am 'burdened' with family's matters that I don't have enough time and energy to fulfill some of my dreams.So to guys and girls out there, please don't waste your precious time, fill them with your treasured dreams, for when time passes, it was gone forever. That precious time will never return!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2020 00:03

July 18, 2020

Zulkaedah 26: Kenangan bersama Pak Shukur di Harakah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

SUATU pagi pada Ogos 1999 saya (LanH) menghadiri temuduga jawatan Pengarang Berita di pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, KL. Penemuduga adalah Dato' Hishamuddin Yahaya (Pengarah Urusan Harakah), Zulkifli Sulong (Ketua Pengarang Harakah) dan Haji A Shukur Harun (Pengarang 1 Harakah).

Haji Shukur atau lebih mesra dengan panggilan Pak Shukur bukan asing bagi diri ini; dahulunya beliau adalah teman sepejabat di Berita Harian (BH)...yalah 'kami satu geng' walaupun berbeza generasi (Pak Shukur usianya sama bapa saya). Di BH walaupun kami tak pernah semeja (tugasan terakhirnya adalah penyunting) sedangkan saya di Meja Luar Negara, perwatakan Pak Shukur yabg tegas orangnya sekalipun bertubuh kecil mengkagumkan saya.

Suatu hari saya lihat dia berhujah hebat dengan Pengarang Kumpulan BH ketika itu, Dato' A Nazri Abdullah...apa yang mereka debatkan tidaklah saya ketahui kerana tak manis dan bagus bagi  saya sebagai wartawan kadet (hingusan) mencampuri urusan 'orang tua' (senior). Demikianlah Pak Shukur  tegas mempertahankan pendirian dan pendapatnya...yalah ini antara ciri-ciri baik bagi melahirkan wartawan hebat....demikian kata seorang wartawan kanan.

Pak Shukur, anak Kampung Serkat, Pontian, Johor ini bukan saja meninggalkan legasi dalam dunia kewartawanan tetapi juga kesusasteraan. Karyanya, daripada cerpen ke novel apatah lagi rencana dan kritikan kerap mengangkat derita rakyat miskin, antara yang paling terkesan kepada saya adalah sebuah cerpen yang saya baca ketika di bangku sekolah mengenai sebuah perkampungan yang 'dilanyak' buldozer bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Ketika mencelotehkan kisah ini, Pak Shukur sudah tiada...beliau meninggal dunia 9 Julai lalu dalam usia 82 tahun, 24 hari selepas pemergian ke rahmatullah isterinya Hajah Kiah (Rokiah), 83. Di sini saya memohon pembaca berhenti sebentar...marilah kita bersama-sama membaca Surah Al-Fatihah untuk arwah beliau dan isterinya dan berdoa semoga Allah SWT meredhai mereka dan sekalian Muslimin dan Muslimat. Al-Fatihah...

Di Harakah, Pak Shukur adalah guru kewartawanan dan tempat rujukan anak buah, al-maklumlah Allahyarham membawa bersamanya khazanah ilmu dan pengalaman selama lebih 30 tahun berkhidmat di Utusan Melayu dan BH. Beliau belajar dari bawah, jarang menolak tugasan (ini juga ciri wartawan yang baik), sehubungan itu tak menjadi kehairanan jika Pak Shukur pernah berkhidmat di sebuah majalah wanita terbitan syarikat akhbar berkenaan.

Penulis hebat ada keunikan dalam berkarya. Mempunyai gaya tersendiri. Demikianlah saya dan penulis muda seperti Mohd Arif Juhani Abdul Rahman yang pernah mendapat didikan di Harakah sependapat, antara kekuatan karya Pak Shukur adalah dalam pengenalan (intro) sesebuah karyanya.

Mohd Arif, dalam artikelnya, 'Mengingati Pak Shukur, ingati keindahan tulisannya' antara lain mencatatkan: "Di manakah letaknya keindahan sesebuah karya penulisan?

"Amat banyak. Tetapi biasanya tulisan yang indah akan dimulai dengan pendahuluan yang menarik dan ‘menangkap’, wacana yang diusung ada nilai tambah dan menyegarkan serta bahasa yang dijalin antara ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, dari pendahuluan hingga penutup adalah berlaras sederhana."

Alhamdulillah sepanjang perkhidmatan saya di Harakah (1999-2012) bukan saja saya dapat belajar ilmu menulis daripada Pak Shukur (banyak buku ditulisnya antaranya 'Sehingga Jatuhnya Matahari', 'Lampu Neon dan Kelkatu', 'Getaran' dan 'Matahari Kuala Lumpur' ) tetapi 'ilmu hidup' seperti pengendalian keluarga (suami isteri), hubungan anak dengan ibu ayah malah hubungan sesama rakan.

Selepas tidak lagi bertugas di Harakah (tak silap saya mulai 2008), Pak Shukur dan rakan-rakan kerap juga berjumpa kerana sosok tubuh kecil ini sering ada di Jalan Pahang Barat (banyak urusan beliau di sini seperti ke pejabat PAS, ke kedai Buku Nufair Street, ke Restoran Haslam dan Masjid Flet Pekeliling), ungkapan ini kerap Allahyarham ucapkan kepada rakan-rakan - "Aku bimbang nasib kawan-kawan." (maksudnya beliau mahu Harakah terus gagah perkasa agar rakan-rakan dapat terus bekerja bagi kelangsungan hidup masing-masing).

Demikian Pak Shukur ambil berat terhadap kebajikan rakan-rakan. Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Pak Shukur.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2020 00:11

July 16, 2020

Zulkaedah 25: Ingatkan anak-anak masa depan di tangan Allah (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 
Renungan
"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)
SEORANG penceramah motivasi  yang diundang berucap di sebuah sekolah menengah beberapa bulan menjelang peperiksaan awam SPM dan STPM meluahkan 'rasa terkilan' apabila pengetua sekolah itu yang berucap bagi merumuskan perjumpaan menegaskan beberapa kali kepada pelajar: "Ingat SPM dan STPM ini adalah penentu masa depan kamu!"
Penceramah itu berkata kalaulah dia diberi peluang berucap selepas pengetua itu bolehlah dia 'secara lawak cuba-cuba membetulkan' kata-kata semangat "Ingat SPM dan STPM ini adalah penentu masa depan kamu!"
Beliau berkata dari segi akidah, ingatan itu sudah terpesong, tidak bolehlah kita sebagai manusia menyatakan kejayaan peperiksaan adalah penentu masa depan seseorang. "Sekalipun untuk memberi semangat kepada pelajar, kata-kata yang diucapkan perlu difikirkan secara mendalam akan maksudnya," katanya.
Penceramah itu berkata, bercakaplah secara benar bahawa kita ini makhluk lemah, jadi mintalah pertolongan kepada Allah SWT...apa, adakah kita malu untuk menyatakan bahawa Allah yang menentukan masa depan kita? Demikianlah, betapa banyak pelajar kurang cemerlang dalam SPM dan STPM berjaya dalam hidup dan tidak kurang juga pelajar terbaik kurang berjaya dalam kehidupan.
Kejayaan dalam kehidupan pula mempunyai pelbagai tafsiran...apakah berjaya itu bermaksud seseorang pelajar cemerlang dalam SPM atau STPM seterusnya memasuki universiti, mendapat pekerjaan baik bergaji besar seterusnya berpangkat tinggi serta berharta banyak?
Seorang ustaz dalam kuliah dwi-mingguannya yang sering saya hadiri, cukup kesal dengan sikap sesetengah anggota masyarakat yang meletakkan sijil sebagai penentu masa depan anak-anak. Mereka yakin lebih tinggi sijil diperolehi (daripada sijil UPSR kepada SPM, STPM seterusnya ijazah) maka cerahlah masa depan seseorang sebaliknya mengutuk anak-anak 'tak bersijil' seperti pelajar tahfiz kononnya tidak mempunyai masa depan.
"Sekarang ini budak-budak tahfiz sudah buktikan...ada yang sudah jadi 'lawyer' (peguam) dan pensyarah sedangkan kita tahu ribuan orang berijazah pun sedang menganggur. Ini menunjukkan sijil-sijil bukanlah penentu masa depan, yang berkuasa menentukan masa depan kita hanyalah Allah SWT," katanya.
Beliau mendakwa 'kegilaan' masyarakat bagi anak-anak mereka mendapatkan sijil cemerlang dengan deretan 'A' menyebabkan agama seolah-olah digunakan dalam keadaan dan masa-masa diperlukan saja. "Misalnya, menjelang peperiksaan, sekolah mengundang ibu bapa dan anak-anak untuk solat hajat dan baca Yassin...kita bimbang kerana ada kajian menunjukkan ramai anak-anak kita yang tidak cukup solat waktunya dalam sehari malah ada yang tidak solat sama sekali...jadi sewajarnya kita berusaha agar anak kita dapat menunaikan solat dengan sempurna setiap hari."
Akibat terlalu memberi penekanan kepada kejayaan akademik seperti meluahkan kata-kata "SPM, STPM penentu masa depan kamu" pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku. Tindakan meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam pelajaran memberikan tekanan bukan saja kepada pelajar malah ibu bapa, guru, sekolah dan masyarakat.
Baru-baru ini seorang pelajar dilaporkan membunuh diri dikatakan kecewa tidak dapat menjawab kertas peperiksaan Matematik Tambahan SPM yang didudukinya. Mana tidak 'tension' kerana sejak awal-awal lagi sudah dipasak ke minda murid "SPM ini penentu masa depan kamu."
Mungkin kerana takut masa depannya tiada lagi 'kerana SPM-nya sudah lingkup', pelajar berkenaan dikhuatiri mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. 
Sehubungan itu, diharapkan 'orang kepercayaan' anak-anak seperti ibu bapa dan guru (termasuk pengetua) berhati-hati tatkala mereka memberi nasihat dan mengungkapkan kata-kata perangsang kepada pelajar! JANJAN LARI daripada tanggungjawab ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2020 21:14

Zulkaedah 24: Jadi si 'copycat' bagi tangani masalah ekonomi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku." (Surah Yaasin, ayat 23) 

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 mendedahkan banyak perkara. Antaranya kedudukan kewangan kita -- sebahagian besar daripada kita tidak mempunyai sumber kewangan kukuh bagi menampung 'hari-hari hujan' (rainy days) apatah lagi buat jangka masa panjang. Tidak ramai mempunyai keupayaan bertahan lebih tiga bulan apatah lagi jika seseorang itu hilang pekerjaan.

Tentunya saranan membaiki diri adalah untuk semua tetapi belia perlu difokuskan. Ya, sekarang adalah masa melaksanakan rangsangan ekonomi khusus untuk belia, seperti kata seorang penulis, Tan Wei Siang. Ramai belia menganggur sepanjang tempoh wabak Covid-19 . Justeru mereka amat memerlukan campur tangan ‘luar biasa’ daripada kerajaan agar dapat kembali ke landasan asal.

Sejumlah belia hilang pekerjaan menyebabkan mereka berdepan kesusahan hidup. Kaji selidik mendapati tiga daripada lima belia hilang pekerjaan. Ini bermakna lebih 50 peratus belia di Malaysia hilang pekerjaan sejak PKP dikuatkuasakan.

Pada masa sama isu pengangguran belia yang menamatkan pengajian di universiti atau kolej amat serius. Melalui kaji selidik yang dijalankan sebelum PKP, enam daripada 10 graduan belia adalah penganggur. Mereka berusia antara 20 dan 24 tahun. Data sama juga menunjukkan daripada 200,000 belia yang tamat pengajian tinggi, hanya 50,000 berjaya diupah dan bekerja selepas enam bulan menghabiskan pengajian.

Keadaan ini dijangka tambah teruk dalam tempoh selepas ini, jadi golongan belia harus mendapat perhatian dan dibantu kerajaan. Ini kerana mereka merupakan pemacu utama dalam pembangunan negara. Penglibatan mereka berupaya mengekalkan pencapaian dan kemakmuran negara. Contohnya, ramai belia menjadi penghantar makanan FoodPanda atau GrabFood dan berjaya merancak aktiviti ekonomi negara.

Berceloteh mengenai usaha menghadapi desakan kehidupan ini, penulis (LanH) teringat mengenai pemikiran kreatif dipelajari di universiti dulu. Seorang pensyarah berkata adalah bagus untuk berfikir di luar kotak termasuk mampu melakukan pembaharuan terhadap ciptaan atau rekaan orang atau diistilahkan seorang 'copycat' (peniru, pencetak rompak; kamus Merriam Webster mendefinisikannya sebagai 1: one who imitates or adopts the behavior or practices of another; 2: an imitative act or product).

Banyak bangsa maju antaranya kerana mengamalkan budaya 'copycat'. Mereka 'copy' buatan orang, lepas itu mereka 'modified'-nya (melakukan pembaharuan). Hasilnya, produk yang mereka keluarkan lebih baik daripada yang asal. Ya ambil tahu penghasilan sesuatu barangan itu, jangan nak jadi pengguna saja.

Bahkan, jika ada yang berusaha mengambil tahu siapa dan bagaimana sesuatu barangan itu dihasilkan, pengetahuannya hanyalah setakat itu saja. Jarang benar seseorang itu berusaha ‘pergi’ lebih jauh lagi.

Pensyarah itu berkata, sewajarnya kita melanjutkan pengetahuan (perasaan ingin tahu) untuk menghasilkan benda lebih baik daripada yang kita gunakan. Inilah namanya perubahan dalam pemikiran kreatif yang sudah menjadi budaya sesetengah bangsa maju.

Orang Jepun terkenal sebagai ‘copycat’ paling hebat di dunia. Hasil kerja (barangan) dari Eropah, mereka ‘modified’ untuk kegunaan masyarakat Asia dan hari ini terbukti usaha gigih mereka membuahkan hasil lumayan.

Sebut saja apa saja barangan, daripada kereta dan motosikal kepada peralatan rumah – kebanyakannya tertera perkataan ‘Made in Japan’. Bukankah ini menunjukkan betapa besarnya manfaat jika seseorang mempunyai pemikiran kreatif?

Seorang pemulis pula berkata, terdapat empat (4) golongan manusia: 1 -Tahu apa yang dia tahu; 2-Tahu apa yang dia tak tahu; 3-Tak tahu apa yang dia tahu dan 4 -Tak tahu apa yang dia tak tahu. Biasanya pelajar di sekolah dan universiti adalah golongan ke-3 dan ke-4. Sebelum masuk belajar di U, mereka tak tahu apa yang mereka nak tahu.

Jadi mereka akan terus belajar, pergi kelas, salin nota, jawab kuiz, ujian, tutorial, buat laporan, tugasan dan akhir sekali peperiksaan akhir tanpa berfikir sama ada apa yang diajar oleh pensyarah itu mereka betu-betul faham. Mereka tak akan sedikit pun berfikir sama ada ilmu yang diajar itu berkualiti atau tidak.

Sejumlah pensyarah kurang peka kualiti ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada para pelajar. Apa yang penting ialah pelajar-pelajar mendapat 'pointer' (markah) tinggi. Biasanya, pelajar yang mendapat markah tinggi adalah mereka yang kuat menghafal tanpa memahami konsep sesuatu ilmu @ subjek.

Mereka hanya hebat menjawab soalan di universiti tetapi dalam pemahaman ilmu yang sebenar mereka tidak faham, tidak boleh menjelaskan apatah lagi menggembangkan ilmu pengetahuan tersebut. Selepas memegang segulung ijazah, yang sebenarnya mereka tidak tahu apa yang mereka tahu selama menuntut ilmu di universiti.

Orang yang berfikiran kreatif sebenarnya ialah golongan pertama dan ke-2. Mereka tahu apa yang mereka ingin tahu dan mereka akan mengkaji sendiri apa yang mereka hendak tahu. Apabila mereka sudah faham sesuatu ilmu pengetahuan itu, mereka akan menjadi tahu apa yang mereka tahu. Selepas itulah mereka akan menggembangkan ilmu itu kepada suatu idea baru dan lebih mendalam seperti Sir Isaac Newton. Beliau berfikir kenapa buah epal boleh jatuh ke atas tanah; ini yang membuatkan beliau mengkaji apa yang beliau nak tahu.

Apabila beliau faham tentang konsep daya tarikan graviti, beliau mengembangkannya kepada tiga (3 ) hukum yang sekarang ini dikenali sebagai 3 Hukum Newton. Sehingga sekarang ketiga-tiga hukum Newton ini masih dipakai oleh para jurutera dan saintis walaupun selepas lebih 400 tahun diilhamkan oleh Newton sendiri. Oleh itu fikir-fikirkanlah kita golongan yang mana?

Orang kreatif, sekalipun terpaksa menjadi 'copycat' akan sentiasa 'mempunyai kerja' (tiada istilah pengangguran bagi mereka) jadi sumber 'income' (pendapatan) akan sentiasa mengalir ke dalam poket mereka. Ya, kita hanya menjalankan tugas kita sebagai manusia, REZEKI Allah yang tentukan!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2020 03:01

July 15, 2020

Zulkaedah 23: Isu rasuah - hanya jauhari kenal manikam...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)

Akhir-akhir ini, saya kerap mendengar kuliah dan membaca artikel berkenaan rasuah. Khutbah Jumaat yang saya ikuti di sebuah masjid di Kuala Lumpur tidak lama dulu membicarakan rasuah, kemudian pada kuliah subuh di masjid kampung sada menyentuh soal sama, malah majalah Hidayah tidak lama dulu ada membicarakan hal rasuah.

Dalam ruangan Mutiara, Hidayah, ditulis; - “Pelaku rasuah masuk neraka: Abdullah bin ‘Amr bin Ash menceritakan, bahawa dulu ada seorang dalam pasukan perang Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang digelar ‘karkaroh’. Orang tersebut meninggal, lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Ia masuk neraka.” Pada sahabat pergi melihat orang tersebut, ternyata mendapati orang itu melakukan rasuah dengan mengambil rampasan perang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis di atas menegaskan sesiapa pun yang melakukan rasuah kelak ia akan masuk neraka. Tidak peduli ia seorang pegawai kerajaan atau tokoh masyarakat yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara. Apalagi pegawai sudah dibayar gajinya dan menerima pelbagai kemudahan daripada negara.

Seorang yang turut berjuang dengan Rasulullah s.a.w. tanpa digaji saja, setelah terbukti rasuah dihukum masuk neraka. Mudah-mudahan hadis ini membangkitkan keinsafan kita untuk berhati-hati dalam mencari wang.

Dalam kuliah Subuh seorang ustaz membicarakan bab qisas berdasarkan kitab Bahru Al-Madzi iaitu berkenaan dengan hadis Termizi yang disyarahkan oleh Syeikh Idris Marbawi. Ilmuan dari Perak ini adalah satu-satunya ulama berketurunan Melayu yang mensyarahkan hadis-hadis.

Ustaz itu membawakan kisah khianat (pecah amanah, rasuah) berdasarkan sebuah hadis mengenai ghanimah iaitu harta rampasan perang. Katanya, hadis daripada Sayidina Umar al-Khattab ini menceritakan seorang lelaki yang pecah amanah dengan menyembunyikan jubah (ada menyatakan sehelai sapu tangan) bagi tujuan kegunaannya sebelum dilakukan pembahagian dibuat ke atas harta rampasan perang itu.

Hukum bagi orang khianat ini ialah dibakar semua harta bendanya manakala dirinya menempah tempat di neraka. Ustaz bertanya jika seorang khianat dengan hanya menyembunyikan sehelai sapu tangan atau jubah dihukum begitu, apa agaknya balasan bagi orang mengkhianati amanah atau melakukan rasuah jutaan ringgit atau ratusan juta ringgit seperti zaman sekarang?

Berdasarkan perkembangan kini, keadaan begitu membimbangkan apabila masyarakat mengambil ringan perkara rasuah sehingga ada tokoh yang disabitkan dengan kesalahan seumpama ini masih diberi kepercayaan untuk memimpin mereka.

Perkara ini cukup bahaya; satu isyarat kecemasan telah diberikan bahawa masyarakat mengundang kemurkaan Allah SWT dengan memilih dan melantik seseorang yang tidak layak ke jawatan tinggi. Apa yang dibimbangkan, apabila berlaku khianat dalam pemilihan pemimpin, manusia seolah-olah menunggu hukuman daripada Allah SWT.

Ustaz menerangkan bahawa masyarakat kini hancur gara-gara manusia tidak berhukum dengan undang-undang Allah SWT. Katanya, hukum-hakam Allah SWT adalah kehidupan tetapi manusia hari ini berlagak lebih pandai daripada Sang Pencipta.

Katanya, jika sesebuah kereta rosak, untuk membaikinya perlulah dirujuk kepada si pembuat atau pakarnya (mekanik) kerana dia yang tahu selok belok mengenai kenderaan itu. Allah sebagai Pencipta manusia (dan seluruh makhluk) tahu segala hal mengenai ciptaan-Nya, jadi mengapa manusia dengan bongkak menolak bulat-bulat undang-undang-Nya?

Ustaz bertanya, jika pembeli kereta boleh patuh kepada ‘manual’ (buku panduan) kereta, kenapa mereka enggan saja mengikuti ‘manual’ yang disediakan oleh Allah SWT. Jelas sekali manusia sombong dan bongkak, berlagak lebih tahu daripada Pencipta mereka.

Satu persoalan penting, mengapa rasuah terus berleluasa sedangkan ia kerap disyarahkan? Ia seolah-olah sama seperti gejala arak dan judi; sekalipun hebat disyarahkan akan akibat buruk dan dosanya, tetapi kegiatan ini berterusan menular dalam masyarakat.

Ustaz berkata, sebab utama perkara ini terjadi kerana manusia tidak mengambil hukum-hakam Allah SWT dalam kehidupan mereka. Sebaliknya mereka mengambil undang-undang manusia, apabila tidak berhukum dengan undang-undang Allah SWT, mereka sengsara dan sesat dalam kehidupan.

Sekarang ini hampir setiap hari berlaku jenayah bunuh, merompak, merogol dan sebagainya. Menurut Ustaz apabila hukum-hakam Allah SWT tidak dilaksanakan, tiada barakah dalam kehidupan sebaliknya masyarakat dan negara menjadi huru-hara dan menuju kehancuran.

Kemajuan dan kemodenan yang dilihat dan diuar-uarkan sekarang ini adalah kemewahan material sedangkan pembangunan insaniah semakin lama semakin merosot. Lihatlah semakin banyak masjid-masjid hebat didirikan tetapi isinya, ternyata kosong; ia bagaikan hampas.

Masjid hebat tetapi golongan muda semakin menjauhkan diri. Jenguklah masjid-masjid di luar bandar; kadang-kadang untuk mendirikan solat jemaah pun sukar; golongan tua saja yang hadir sekali-sekala sedangkan orang muda entah ke mana lesapnya.

Berhubung pemilihan tokoh yang disabitkan dengan kesalahan rasuah sebagai pemimpin, dikhuatiri perkembangan ini akan menjadi kes rujukan yang menyeramkan kepada generasi masa depan. Ini kerana masyarakat akan beranggapan tidak ada apa-apa dengan rasuah, sogokan dan aneka kejahatan lain; seterusnya menjadikan mereka tidak kenal apa itu hak dan yang batil.

Demikianlah apabila hukum-hakam Islam tidak terlaksana; undang-undang dan harga diri boleh dibeli dengan wang ringgit. Falsafahnya mudah, ada wang semua boleh jadi, tiada wang merempatlah kau sendiri. Apabila majoriti orang kini berkiblat atau bertuhankan wang ringgit, pangkat dan kuasa, kebenaran akan terhumban ke dalam lumpur.

Kini, alangkah beratnya untuk menggali kebenaran atau permata dalam lumpur itu; hanya dengan iman, ilmu dan amal yang dapat menyelamatkan seseorang itu daripada hanyut; bukankah perpatah Melayu ada menyebut, hanya jauhari (orang berilmu) mengenal manikam!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2020 00:06

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.