Roslan Hamid's Blog, page 165
April 21, 2014
Tegakkan hukum-hakam Allah yang ada kehidupan
********************* Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************** Renungan *********************** "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 ************************ Setiap Muslim tidak terlepas daripada ditanya usaha mereka dalam menunaikan segala kewajipan agama termasuklah menjayakan hukum jenayah Islam yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum hudud, qisas dan takzir. ********************** Dalam menunaikan kewajipan beragama ini ada yang boleh dilakukan sendiri seperti solat dan ada yang tidak kerana ia membabitkan negara seperti melaksanakan hukum jenayah hudud, qisas dan takzir. Sekalipun ia membabitkan pihak berkuasa, tiada Muslim terlepas daripada ditanya oleh Allah SWT mengenai peranannya dalam pelaksanaan hukum jenayah ini. *************************** Sehubungan itu kita dukacita apabila Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April lalu menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002. Usul tersebut yang dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun bagaimanapun, ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong. ************************ Ya, melaksanakan hukum jenayah Islam terletak di bahu pemerintah, tetapi apabila ia tidak dilaksanakan bagaimana orang awam dalam menghadapi pertanyaan Allah nanti? Pertama, kita mesti mengaku bahawa hukum-hakam ini wajib ke atas diri kita kerana ia difardukan Allah sama seperti sembahyang dan puasa. Kedua kita mesti berniat untuk melaksanakannya tetapi memohonlah keampunan bersungguh-sungguh kepada Allah kerana tidak ada daya untuk melakukannya. *************************** Ketiga kita hendaklah mendoakan agar pemimpin yang memerintah kita hari ini terbuka hatinya untuk melaksanakan hukum Allah ini. Kita berdoa bersungguh-sungguh agar mereka dapat menerima Islam sepenuhnya. ************************ Keempat, kita hendaklah membantu sedaya upaya jika ada pihak yang berusaha ke arah melaksanakan hukum-hakam ini, dan yang kelimanya kita tidak pula berusaha menggagalkan pihak yang mahu melaksanakannya termasuklah membantu pihak berkenaan. ************************ Selalulah berbuat kebajikan dan jika kita tidak boleh berbuat baik, janganlah berbuat jahat kerana itu sudah dikira ibadat juga. Jika kita tidak mampu membuat kebajikan, jangan pula menghalang orang yang mahu berbuat kebajikan. ********************** Hari ini kes jenayah berleluasa. Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Mengapa orang tidak takut berzina dan membuang bayi? ********************** Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak. Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri. *********************** Ambil contoh ketegasan hukum qisas. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu. ********************** Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga. Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. **************************** Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya." (Surah al-Maidah ayat 45) ************************* Dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, pencurah asid akan menerima pembalasan dicurah asid ke mukanya pula manakala yang mengelar tubuh mangsa, akan dikelar juga tubuhnya. **************************** Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000! ********************** Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan. ********************* Demikianlah hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?
Published on April 21, 2014 16:55
April 18, 2014
Pejam mata apabila tabung derma disorong depan mata...
************************ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************ Renungan ************************ "Bahawasanya manusia itu dijadikan berkeluh kesah, apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah, apabila beroleh kebajikan dia bersifat kikir dan menahan kebajikan, melainkan orang-orang yang mendirikan solat." (Al-Ma'arif: 19-22) Pejam mata apabila tabung derma disorong depan mata... ********************************** BEBERAPA minggu lalu, saya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Gombak, Selangor. Masjidnya besar dan selesa. Khutbah Jumaat disampaikan khatib penuh bersemangat, antara lain membidas seorang tokoh antihadis. ******************************* Sebelum itu, sesi tazkirah menjelang azan Jumaat juga menggetarkan jiwa, antaranya menyentuh perlakuan pemimpin yang menyalahi iktikad dan ucapan berhubung hukum Allah sedangkan perkara itu terkandung dalam kitab Mustika Hadith, terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM). ****************************** Contohnya ada pemimpin yang mengungkapkan kata-kata seperti "hukum apa ini" dan "kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju." ****************************** Terpegun saya mendengar khutbah dan tazkirah 'penuh bersemangat dan jitu itu' yang sudah pasti jarang atau lebih tepat lagi tidak pernah 'kedengaran' di masjid-masjid negeri yang belum lagi diperintah Pakatan Rakyat. ***************************** Syabas, saya ucapkan di atas 'keterbukaan' itu, namun 'ada satu hal' yang tidak berkenan di mata dan hati saya berlaku ketika khatib berkhutbah di mimbar. Saya amat-amati pada saat jemaah diperlukan untuk 'concentrate' (menumpukan sepenuh perhatian) kepada khutbah, seorang anak muda berjubah dan berserban bergerak dari satu saf ke satu saf dengan kantung besar di tangan. *************************** Dia berjalan sambil mengutip derma; 'kelibatnya' sahaja sudah cukup membuatkan jemaah mengalih tumpuan daripada khatib dan ketika dia melintasi jemaah, ada pelbagai aksi dilihat seperti jemaah terkial-kial mengeluarkan dompet, ada mengeluarkan wang dan ada yang seolah-olah 'menayangkan' wang kertas yang mahu didermakan. *************************** Perlakukan si pengutip derma dan gelagat penderma mungkin lebih teruk daripada mengungkapkan kata-kata 'diam' kepada rakan se-Jumaat. Kerap benar sebelum khutbah, bilal akan membacakan sebuah hadis daripada Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Apabila kamu berkata kepada rakan kamu untuk diam sedang imam berkhutbah, maka dikira sia-sia Jumaat kamu." ********************** Beberapa tahun lalu ketika saya menjadi jemaah Jumaat secara tetap di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, ada seorang tua 'terhinjut-hinjut' berjalan dari saf ke saf mengutip derma ketika khutbah; penampilannya begitu menyentuh hati. Saya pun turut sama menderma, fizikal sang pengutip derma membuatkan kita belas kepadanya, dan secara automatik tangan diseluk ke poket, mahu menderma. ********************************* Namun selepas disedarkan melalui kelas pengajian apabila ada ustaz memberitahu kaedah fiqh, mengutamakan perkara lebih utama daripada yang utama, barulah saya tahu perbuatan menderma ketika khutbah Jumaat itu tidak wajar - yalah menderma itu sunat sedangkan menumpukan konsentrasi kepada khutbah itu wajib, jadi tidak mungkin yang sunat dapat mengatasi yang wajib. Melakukan perkara sunat boleh jadi tidak sah kerana kita telah mengabaikan yang wajib. ***************************** Keyakinan saya mengenai perkara ini menjadi semakin jitu apabila saya 'terjumpa' sebuah buku panduan jabatan mufi sebuah negeri mengenai perbuatan menderma ketika Jumaat ini. Namun, apa yang saya musykilkan mengapa buku ini tidak disebarkan secara meluas, pembaca boleh memikirkannya sendiri. ******************************* Dalam buku yang bertajuk 'Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid Dan Surah Negeri...' itu ada disebut mengenai hukum mengerakkan tabung derma antara jemaah ketika imam sedang berkhutbah: *************************** "Perbuatan mengerakkan tabung derma masjid semasa khatib sedang membaca khutbah sekiranya menyebabkan ahli Jumaat terganggu atau memalingkan mereka daripada mendengar khutbah maka ia termasuk perbuatan yang tidak digalakkan dan menghilangkan fadilat Jumaat. ************************** "Justeru, amalan tersebut walaupun mempunyai tujuan yang baik tetapi tidak digalakkan kerana pelaksanaannya boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah. Jawatankuasa masjid dinasihatkan agar mencari kaeadah lain umpamanya mengedarkan tabung sebelum khutbah dimulakan, meletakkan tabung di setiap pintu masuk masjid, memperbanyakkan tabung untuk memudahkan jemaah menderma dan membuat pengumuman kepada jemaah agar menderma." ******************************** Selepas yakin bahawa perbuatan menderma ketika khutbah Jumaat adalah tidak wajar, apabila ada tabung derma yang disorongkan di depan saya, kerap benar saya pura-pura pejam mata, namun ada jemaah yang 'kuit' perut atau tangan saya, 'menyuruh' agar tabung itu dijalankan, maka mahu tidak mahu saya menolaknya! **************************** Ya saya bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan Jumaat saya dan jemaah lain, tapi persoalannya apa yang boleh saya lakukan?
Published on April 18, 2014 03:41
April 10, 2014
Wanita, 'berdemolah' jika lelaki pakai sutera, emas...
********************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan ************************* Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah." *********************** TUAN Guru pada kelas pengajian yang saya hadiri minggu lalu memuzakarahkan 99 Asma' Ul-Husna; memfokuskan kepada Al-Muqit iaitu Yang Maha Pemberi Kecukupan. Allah SWT-lah Yang Maha Memberi Kecukupan kepada makhluknya. ************************** Dalam saya 'termamai-mamai' (biasalah bagi orang tua seperti saya yang kerap mengantuk), terdengar tuan guru antara lain berkata, dalam dunia ini wanitalah paling beruntung kerana agama Allah telah menaikkan darjat mereka; antara lain kurniaan istimewa Allah SWT kepada wanita mereka di dunia lagi sudah diberikan hak memakai 'barangan syurga' yang diharamkan kepada lelaki iaitu sutera dan emas. ********************** Mendengar perkara menarik itu, saya tumpukan perhatian; tuan guru seterusnya membacakan ayat al-Quran yang menerangkan pakaian ahli syurga antaranya sutera dan perhiasan emas. *********************** Antaranya, Allah SWT berfirman maksudnya: "Mereka itu (orang yang) diberikan syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Di dalam syurga itu, mereka dihiasi dengan gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau daripada sundus dan istabraq (sutera halus dan sutera tebal). Mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah." (Surah al-Kahfi 18: 31) ************************** Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Pakaian mereka adalah pakaian hijau yang diperbuat daripada sundus dan istabraq, serta dihiaskan mereka dengan gelang tangan daripada perak. Tuhan mereka memberikan mereka minuman yang sangat suci. (Surah al-Insan 76: 21) **************************** Demikianlah Allah SWT telah memberi penghormatan tertinggi kepada wanita sehingga ada satu surah dalam al-Quran dinamakan an-Nisa' (Wanita). Dan mengenai kehormatan wanita, Allah ada menyatakan dalam Surah an-Nuur, 24: 31 yang bermaksud: "“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” ************************** Kata Tuan Guru, Allah SWT memberi penghormatan kepada wanita dengan mengizinkan mereka memakai sutera dan emas tetapi mengharamkannya kepada lelaki. Namun apa yang berlaku hari ini, sebahagian wanita menukarkan penghormatan tertinggi itu sebaliknya mencari-cari penghinaan diri seperti memperjuangkan hak sama rata seperti lelaki. Wanita diberikan peluang menutup tubuh mereka hatta dengan sutera tetapi sesetengahnya memilih untuk tidak berpakaian atau berpakaian tetapi bertelanjang. *********************** Jika lelaki auratnya hanya anggota tubuh dari lutut hingga ke pusat, sesetengah wanita mahu berpenampilan lebih teruk lagi dengan hanya menutup dua anggota sulitnya, itupun ada yang bersedia mendedakan semuanya. ******************************** Mengenai berpakaian tetapi bertelanjang, ada satu satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya...yang keduanya adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh.” (Riwayat Imam Muslim) ****************************** Tuan Guru berkata Allah SWT telah memberikan keistimewaan kepada wanita seperti membolehkan mereka memakai sutera dan emas, jadi hak seperti inilah yang perlu dipertahankan dan perjuangkan. Pertahankan hak ini, 'berdemonstrasilah' bagi menyatakan bantahan terhadap golongan lelaki yang memakai sutera dan emas kerana mereka telah bersikap biadap kepada Allah dengan mencabul hukum-hakam-Nya. *************************** Jika dari segi pakaian saja lelaki sudah 'fail' (gagal) untuk mengikut hukum-hakam Allah (termasuk yang memakai seluar pendek), dibimbangi dalam urusan berat lain termasuklah melaksanakan hukum hudud mereka akan enggan tunduk kepada perintah Allah. *************************** Kata Tuan Guru, Allah SWT menghendaki sedikit saja daripada manusia seperti firman-Nya melalui ayat 56 Surah Az-Zariyat yang bermaksud: "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku” tetapi pemberian-Nya kepada makhluk tersangat luas tetapi kebanyakan manusia tidak pandai bersyukur sebaliknya bersifat kufur. ************************** Mana tidak kufur, Allah beri keistimewaan kepada wanita memakai pakaian syurga (sutera) di dunia lagi, tetapi kebanyakannya kufur kerana 'syok' untuk bertelanjang, malah ada yang berpakaian tetapi bertelanjang seperti memakai tudung tetapi pakaiannya nipis, singkat, ketat, terbelah, menampakkan lengan dan sebagainya. **************************** Tanyalah diri sendiri, apakah kita bertindak betul dan adil apabila Allah SWT mengizinkan kita memakai pakaian ahli syurga, sebaliknya kita gunakan pakaian sejenis itu (sutera) untuk mendedahkan tubuh badan kita seperti memakai kain belah atau baju 'low cut'? ***************************** Sewajarnya kita menghargai penghormatan Allah itu dengan sebaik mungkin termasuklah mensyukuri nikmat itu dengan meningkatkan ibadat kepada-Nya. Dan jika ada lelaki yang memakai sutera atau mengenakan perhiasan emas, kita (golongan wanita) sewajarnya bersedia 'berdemonstrasi' kerana mereka telah merampas hak istimewa kita yang diberikan Allah SWT yang amat kita kasihi, demikian kata Tuan Guru. ************************* Inilah wanita sejati yang bersedia berkorban demi menegakkan hukum-hakam Allah bukan hanya terikut-ikut dengan tuntutan wanita Barat melalui 'Women's Lib' mereka!
Published on April 10, 2014 16:29
April 6, 2014
Reaping the rewards of generosity
******************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ********************** Reflection ********************** "Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80) ****************** ONCE in a while, especially on Sunday mornings I would be called by an 'ustaz' to teach English and Mathematics to students at his 'tahfiz' school (school for memorizing the Qur'an). *********************** During the latest session (2nd March), when I arrived at the school compound at about 11.00 am, I saw a group of about 10 volunteers busily unloading goodies from a three ton lorry. Among items they carried from the lorry to a verandah of the Ustaz's house were fish, vegetables and fruits. ************************** All the volunteers were Chinese; their lorry had the word 'Lotus Light Charity Society' on it. They too came in some cars. As I was curious as to why a Chinese charity society was keen to lend a helping hand to a 'tahfiz' school, I delayed my class session to have a brief talk to its chairman, Choo Ah Sit, 55, and his deputy, Lai Swee Keong, 46. **************************** Choo said charity work knows no boundary. "We stretch our helping hands to all in need irrespective of race, religion and background. In Melaka, we deploy our team to give assistance to 15 centres such as orphanages and houses for handicapped children. ********************** "Three of those centres cater for Malay-Muslims, this school (the tahfiz school) in Duyong is one of them. The other two are in Ujong Pasir and Padang Temu." ************************ Lai said their team would make their rounds to distribute necessities on the first Sunday of every month. He said some of the goodies were bought with money contributed by members while the rest especially wet items such as fish and vegetables were donated by the Melaka Wholesale Market Association which is situated in Batu Berendam. *************************** "Lotus Light Charity Society is also based in Batu Berendam, so there's no problem for both societies to team up in helping the needy," said Lai. ************************ He said with the abundance of goodness in life, one must pay back by contributing something to society. ************************** "The more you contribute, the more you get the rewards. But mind you, these rewards should not be looked as material gains only but also the spiritual aspects of life including good health, vast and rich experiences, satisfaction in life and sound education." ************************ After being told that I was about to begin class with the 'tahfiz' students, Lai said: "That's good. If you impart knowledge to somebody, others would add to what you had learnt. You would be wiser by each day. You too would 'master' the subjects that you teach." ************************ Impressed with what I heard and learned from Choo and Lai, I googled for items on generosity to know more about this subject from the perspective of various peoples. Generosity is both a spiritual value and a spiritual practise. It is universal, taught around the world by all major world religions, wrote a blogger. ************************ He also wrote that generosity (paying 'zakat' –tithe- or giving charity) is one of the pillars of Islam (Rukun Islam). Christianity, Judaism, Hinduism and Buddhism also teach generosity as a core value and practice. ************************** In Buddhism, generosity is one of the Ten Perfections and is the antidote to the self-chosen poison called greed. ************************* Wikipedia notes that generosity is the habit of giving without expecting anything in return. It can involve offering time, assets or talents to aid someone in need. Often equated with charity as a virtue, generosity is widely accepted in society as a desirable trait. *************************** Since Choo, Lai and their friends were engaged in giving a helping hand to a 'tahfiz' school, I took the opportunity to ask the 'ustaz' of the school himself about their good work. *********************** Ustaz Rostami Abu Bakar Al-Hafiz welcomes all contributions to his school - even from non-Muslims. "I would like to take this opportunity to thank all parties concerned, their help is very much appreciated." ************************** In Islam, the Qur'an states that whatever we give away generously, with the intention of pleasing God, He will replace it. God knows what is in the hearts of men. Say: “Truly, my Lord enlarges the provision for whom He wills of His slaves, and also restricts it) for him, and whatsoever you spend of anything (in God’s Cause), He will replace it. And He is the Best of providers.” (Qur'an 34:39) ************************** Whoever is kind to His creatures, God is kind to him; therefore be kind to man on earth, whether good or bad; and being kind to the bad is to withhold him from evil, thus in Heaven you will be treated kindly. He who is not kind to God's creatures, God will not be kind to him. ************************* Ustaz Rostami said that all, irrespective of their beliefs and religions would 'insha-Allah' (God willing) get rewards for their good deeds. But the 'ustaz' stressed that the rewards would be of use in this world only; for any good deed to be beneficial to the doers in the Hereafter the person or persons concerned must first be on His straight path, he must have the 'iman' (faith). ************************* Let us have a look at what Allah SWT has to say in Surah Al-'Asr (The Declining Day) with the meaning: 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ***************************** Allah SWT says that everybody is in a state of loss except those who have 'iman'. This 'iman' (faith) is mentioned first, if you do not have 'the iman', then the rest of it is naught; you could do all the good deeds but they would not be looked upon what more counted by Allah SWT. ***************************** Those with 'iman' too would be in a state of loss if they do not do good works including rendering help to the poor and the needy. Those who 'cover' these two aspects too would be in a state of loss if they do not exhort one another to truth and endurance.
Published on April 06, 2014 16:29
April 3, 2014
Arak dalam pesawat: Eloklah contohi GoAir
************************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *************************** Renungan *************************** "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 ****************************** SANG ustaz dalam kuliahnya di sebuah masjid berhampiran rumah penulis minggu lalu, memuzakarahkan ayat 90 Surah Al-Maa'idah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." ***************************** Memfokuskan pengajian kepada masalah arak, sang ustaz berkata laknat Allah bukan saja terkena kepada peminum arak tetapi juga kepada mereka yang mempunyai kaitan dengannya seperti penanam anggur (atau buah-buahan lain), pembuatnya, pembelinya, penghidangnya dan penghantarnya. *************************** Mengenai hukuman di akhirat terhadap orang yang terbabit dengan arak, sang ustaz berkata mereka akan dikeluarkan daripada kubur dalam keadaan hitam legam (kubur mereka adalah antara lubang neraka), lidah mereka terjelir hingga ke paras dada dengan nanah keluar daripada mulut mereka, mangkuk berat bekas minuman arak tergantung di leher mereka manakala kaki mereka dipakaikan kasut api neraka yang menyebabkan otak mereka menggelegak. ******************************** Semua makluk akan benci dan melarikan diri daripada mereka sedangkan di dunia mereka sudah dihina dengan perintah Allah jangan memberi salam kepada mereka, jangan ziarahi jika mereka sakit dan jika mati jangan disembahyangkan mayatnya. Juga jangan duduk dekat mereka. Tempat mereka di neraka Hawiyah adalah bersama Firaun dan Hamman dan penyembah berhala. ***************************** Orang yang minum arak walaupun setitis, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tirmidzi (Iman Tirmidzi) bermaksud: "Diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w. namanya Abdullah bin Umar al-Khattab, katanya; telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa minum arak nescaya tidak diterima sembahyangnya 40 pagi." *************************** Berceloteh mengenai arak, penulis terpanggil mendedahkan pengalaman menyaksikan bagaimana bahan ini dihidangkan dengan 'lumayan' dalam kapal terbang oleh sejumlah syarikat penerbangan antarabangsa termasuklah dari negara umat Islam. **************************** Jika arak dihidangkan secara 'mewah' dalam pesawat termasuklah oleh petugas Islam kepada penumpang beragama Islam sendiri, apakah ada keberkatan dan jaminan sesuatu penerbangan itu sedangkan Allah SWT telah memberi amaran tersangat keras kepada semua golongan yang terbabit dengannya. *************************** Arak adalah ibu segala kejahatan, jadi bagaimana satu kejahatan dapat dibenarkan berlaku dalam sebuah kenderaan di udara yang Allah SWT boleh saja pada bila-bila masa boleh menghempaskannya. **************************** Namun ada syarikat penerbangan yang patut dipuji kerana tidak menyajikan arak malah memberi amaran agar penumpang tidak minum arak. Tidak lama dulu, ketika berkunjung ke India, penulis menaiki pesawat tambang murahnya GoAir. *************************** Sebelum perjalanan dari New Delhi ke Srinagar (Kashmir) berlepas, terdengar jelas pengumuman dalam bahasa Inggeris: “Tuan puan diingatkan bahawa meminum arak (drink) dan merokok adalah diharamkan dalam pesawat ini.” *************************** Terfikir di benak penulis jika sebuah pesawat komersial India, sebuah negara sekular, dapat mengeluarkan peraturan melarang penumpang daripada minum arak, mengapa syarikat penerbangan dari negara umat Islam tidak boleh melakukan perkara yang sama. ************************* Alangkah eloknya jika syarikat penerbangan dari negara-negara umat Islam, berhenti daripada menghidangkan arak dalam pesawat. Alangkah janggalnya sebuah negara umat Islam yang kerap mendakwa paling hebat di dunia, mempunyai syarikat penerbangan yang menghidangkan arak. ************************** Tak malukah umat, peneraju syarikat penerbangan dan pemimpin negara umat Islam kepada syarikat milik bukan Islam seperti GoAir yang boleh mengharamkan pengambilan minuman keras sedangkan mereka yang berdegar-degar bercakap mengenai Islam tidak berani 'mengusik' kecenderungan syarikat penerbangan negara mereka menghidangkan arak dalam pesawat? ************************ Sekalipun larangan GoAir itu difahami bertujuan memastikan keselamatan dalam pesawat, setidak-tidaknya ia boleh dicontohi bagi menjamin keharmonian dalam pesawat daripada digugat penumpang mabuk. ************************* Berceloteh mengenai penumpang mabuk, suatu hari dalam penerbangan dari Manchester (UK) ke Dubai, penulis saksikan seorang penumpang ‘mat salih’ terbongkang tidur di satu barisan kerusi selepas menikmati bergelas-gelas arak. *********************** Dia memang sah sudah mabuk, tetapi penulis yang duduk tidak jauh dari situ kecut perut memikirkan nasib jika Allah SWT mahu menghukum segera dengan menghempaskan pesawat itu. *********************** Jika itu berlaku (nauzubillah), maka hancurlah penulis; bagi mengelakkannya sekali lagi penulis rayu, wahai syarikat penerbangan dari negara umat Islam, hentikanlah segera daripada menghidang arak dalam pesawat; contohilah GoAir yang 'mengharamkan' arak!
Published on April 03, 2014 16:45
March 30, 2014
Pengamal media patuhilah hukum-hakam agama
******************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************* Renungan ********************* "Bahawasanya manusia itu dijadikan berkeluh kesah, apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah, apabila beroleh kebajikan bersifat kikir dan menahan kebajikan, melainkan orang-orang yang mendirikan solat." (Al-Ma'arij: 19-22) ********************************** KETIKA negara digegarkan Tragedi MH370, wartawan turut menjadi perhatian umum. Wartawan dan media massa tempatan dibandingkan dengan rakan sejawatan mereka dari luar negara. Apakah wartawan kita dilihat sebaris dengan mereka atau cenderung berperanan sebagai 'jurucakap' pihak berkuasa. ************************* Eloklah kita menyorot tuduhan bahawa wartawan atau media massa kita bagaikan burung kakatua (kakak tua?) berdasarkan penilaian pertubuhan media sedunia dan sikap pengamal media kita selama ini terutama dari segi pendekatan dan kehendak Islam sebagai agama rasmi negara kita. ************************ Tanggal 3 Mei setiap tahun wartawan menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Di negara kita, wartawan menyambutnya dengan mengadakan pelbagai forum, seminar dan pertemuan. ************************** Sekalipun pertubuhan media sedunia, 'Freedom House' saban tahun meletakkan Malaysia pada kedudukan pada kelompok hampir terbawah negara dalam indeks kebebasan media, ia adalah daripada perspektif Barat yang mungkin tidak sesuai dijadikan kayu pengukur bagi 'Malaysia sebagai sebuah negara Islam'. ************************* Di rantau Asia Pasifik, indeks kebebasan media Malaysia diletakkan pada kedudukan terbawah - kadang-kadang sekelompok dengan negara dianggap 'musuh' kepada pengamal media seperti Afghanistan, Brunei, China, Laos, Vietnam, Myanmar dan Korea Utara. ***************************** Badan pemantau antarabangsa, Reporters Without Borders (RWS) atau Wartawan Tanpa Sempadan yang beribu pejabat di Paris, Perancis juga saban tahun menyenaraikan Malaysia pada kelompok terbawah. ************************ Sekalipun kita menyokong usaha untuk meleraikan kekangan terhadap media kerana wujudnya pelbagai sekatan seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kita berpendapat media di Malaysia seolah-olah sudah terlupa tanggungjawab sosialnya. ******************************* Apa dimaksudkan dengan tanggungjawab sosial ini adalah dalam memenuhi keperluan untuk mendidik rakyat terutama generasi muda dalam konteks 'sebuah negara Islam' yang dilaung-laungkan itu. ************************** Di sinilah terletaknya kekesalan kita yang amat sangat. Pada ketika kebebasan media Malaysia berada pada tahap terendah mengikut piawai antarabangsa, pada waktu yang sama juga sesetengah media negara menyemaikan budaya negatif yang menyumbang kepada kerosakan anak bangsa. **************************** Dunia media massa Malaysia hari ini terlalu mementingkan laba sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembina masa depan generasi muda. ******************************** Daripada media elektronik sehingga media cetak, semuanya berlumba-lumba mendapatkan pelanggan sebanyak mungkin seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda. ************************************** Bagi media cetak pula, daripada akhbar nasional (arus perdana) sehingga akhbar dan majalah picisan, kebanyakannya menyiar gambar dan cerita murahan yang diharap dapat 'menggoda' pembaca. ******************************* Bayangkan dengan hanya dua tiga akhbar mingguan nasional berbahasa Melayu, hampir semuanya bersaing hebat untuk menyiarkan gambar-gambar artis separuh bogel untuk tatapan seisi keluarga pada hujung minggu. ****************************** Artis-artis terbabit orang Islam manakala negara ini pula sudah diisytiharkan sebagai negara Islam, malah negara Islam contoh pula! ******************************* Akhbar-akhbar nasional ini juga berbangga menyiarkan keputusan judi (empat nombor ekor) sedangkan pada ruangan lain disiarkan pula segmen agama yang kadang-kadang terdapat rencana yang membicarakan kebinasaan terhadap orang yang bersubahat melakukan maksiat itu. ************************************ Majalah-majalah separuh lucah semakin banyak memenuhi gerai-gerai terbuka. Tiada halangan untuk budak-budak sekolah mendapatkannya. ********************************* Bagi majalah wanita dan hiburan pula, adalah menjadi kebiasaan untuk mereka menggunakan gambar penghias muka depan yang menggoda. ****************************** Selain majalah separuh lucah, akhbar dan majalah berbahasa Melayu juga sarat dengan kisah berunsur tahyul dan misteri. Kunjungilah gerai-gerai akhbar, kita akan berpeluang menatap akhbar dan majalah dengan tajuk muka depan seperti 'Misteri Kubur Berasap' atau 'Pasangan Zina Melekat'. *************************** Bagi pengamal media elektronik seperti TV pula, selain rancangan yang semakin 'daring', disiarkan juga iklan yang mungkin boleh membuatkan 'datuk nenek' kita pengsan. *************************** Misalnya, sedang kita sekeluarga menikmati sebuah drama Melayu jam 12.30 tengah hari, tiba-tiba disiarkan sebuah iklan krim membesar dan menegangkan payu dara. ************************** Maka terkeluarlah istilah seperti 'menonjol' yang membuatkan kita tersipu-sipu di depan anak-anak. *************************** Berhubung hal inilah, kita tertanya-tanya di mana letaknya fungsi kementerian-kementerian yang bersangkutan terutama KDN dalam merealisasikan kehidupan yang syumul di 'sebuah negara Islam'. ****************************** Apakah 'negara Islam' yang diuarkan-uarkan itu hanya sebagai penyedap mulut saja sedangkan realitinya jauh panggang dari api? **************************** Apabila maksiat menjadi-jadi kita hilang punca. Kes penderaan, rogol, bunuh tidak dapat dibendung menyebabkan masyarakat menyalahkan satu sama lain. *************************** Pemimpin mencadangkan itu dan ini, tetapi ternyata semuanya menemui jalan buntu. ******************************* Berhubung hal ini kita lihat betapa penyakit yang menimpa masyarakat tidak dirawat dan diberikan ubat yang betul. Jika kaki kiri yang busuk akibat penyakit kencing manis, mengapa pula dipotong kaki kanan. *************************** Jika mahu mengubati sesuatu penyakit, carilah puncanya. Demikian juga penyakit masyarakat yang melanda kita. Kaedah rawatan perlu ditangani daripada akar umbi. *************************** Di sinilah kita berpendapat pengamal media amat penting peranan mereka. ***************************** Jika pengamal media tahu dan patuh kepada hukum-hakam agama manakala kerajaan bersedia menjalankan pentadbiran dan undang-undang berdasarkan al-Quran (bukankah 'negara ini sebuah negara Islam!'), kita optimis masyarakat kita dapat diselamatkan. *********************** PS.....Malaysia turut sama menganjurkan Sukan Grand Prix. Persoalannya apa kena mengena gadis-gadis seksi yang pertontonkan bersebelahan pelumba dan kereta dan jenama minyak termasuk PETRONAS yang kita hormati itu? Adakah dengan hadirnya gadis-gadis litar seksi ini, prestasi kenderaan dan pemandu lebih BROMMMMMMMMMMM? Tolong buktikan!
Published on March 30, 2014 16:54
The grass is no longer green...
********************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. *********************** Reflection ************************ The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ************************ HOPEFULLY all Malaysian can make 'solat hajat' (a special prayer to fulfill a specific intention for important and urgent matters) so that there would be rainfall because a lot of crops have been destroyed. ************************** I read this interesting note in a SMS column of a Malay daily tabloid on Wednesday, 19th February. Yes, the country is now facing a dry spell, perhaps it had not rained for two months. ************************* Since I opted for gardening after resigning from office exactly two years ago and nowadays spend about two to three hours daily in my 'kebun' (garden), I could feel the impact of this drought to persons who are involve directly in agriculture such as farmers, paddy planters and rubber tappers. ************************ In my small 'kebun' I grow 'easy to handle' crops such as 'ubi kayu' (tapioca), 'serai' (lemon grass) and 'tebu' (sugar-cane). These crops could be harvested in short span of time - after six months I was able to market my 'pucuk ubi' (young leaves of tapioca plants) and 'serai' on a weekly basis to a sundry shop near my 'kebun'. *********************** But when drought hit the country, I sold nothing in the month of January and February. The leaves of the tapioca plants had turned dry and yellow and on surfaces of some of them there were burnt marks while lemon grass leaves not only turned brownish but the plants die. ************************* The leaves of sugar-cane plants too turned brownish; when I pull a plant, I was surprised to find termites destroying its roots. I thought, perhaps it was too dry so the termites left their home and found 'comfort' in the bottom part of the cane where they 'enjoyed the juice'. **************************** Nowadays, the grass in my 'kebun' and in surrounding areas or perhaps in parts of the country are no longer 'perfectly green'. Some had turned yellowish, others brownish, and sad to say some had die. What's a pity, the lyrics of a song by Tom Jones; 'it is good to touch the green, green grass of home' seemed do not fit to describe our grass, even those grown and watered almost daily at road dividers and traffic lights in the cities too had turned dry. **************************** Grass at historical sites such as 'Dataran Merdeka' in Kuala Lumpur too had turned into a brownish state; thus the field is no more green. Flower plants planted by the city authorities on road dividers and road sides seemed limp and weak, many gave way because they could not stand the heat. *************************** The dry season and hot weather sent panic waves through out the country. Water levels in dams and reservoirs were reported to shrink and water crisis hit parts of the country especially in central regions such as Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan. *************************** As I do the gardening for 'suka-suka' (to fill my time and as a part of exercising), I may not have the feeling of farmers who perhaps depended 100 percent on their crops as their source of income. And what is more worrying to farmers, prices of certain natural products such as rubber has dip to a record low at RM2.30 a kilogramme. *************************** And looking at the paddy fields, I felt pity for the farmers because most of their crops was destroyed; perhaps for this season they would have to face 'a nil income'. ******************************* People of the country should pity them and hopefully readers too shared feeling of their grievances, so let us 'du'a' (do supplication) and join congregators in masjids to perform the 'solat hajat', pleading to Allah SWT to end this drought. 'Insya-Allah; (if Allah Wills) the rain would come and end our woes. ************************* A few days ago, I heard an 'ustaz' (religious teacher) explained beautifully how we could sooth or comfort ourselves in coping with this unexpected situation. He said we must 100 percent put our trust in Allah SWT and never-never give up hope (berputus asa). 'Berputus asa' does not exist in 'the dictionary' of a Muslim, he said. ************************** The ustaz said, imagine that you are on a beach and seeing a very beautiful sight of the sun slowly setting on the horizon. You seem to enjoy at every aspect of the sight; the rays and faded lights of the sun, the splendor of the sea, the coconut leaves swaying beautifully rhythmically with the cool breeze and so on. Ohh, it is a perfect scene; you reach for your camera and captured that beautiful sight. ************************** You appreciated the scene. You appreciated every details of the scene. You acknowledge every aspect of the scene. If the ray is reddish, you accept it as reddish. Reddish is 100 percent percent perfect. You know you have no what so ever 'ability' or 'power' to alter it. You must accept it all as it is. You must receive with open arms everything that The Almighty (Allah SWT) has bestow and shower upon us. ************************ The 'ustaz' asked back; why if it is a beautiful scene we acknowledge and enjoy at every aspect of it which was from Allah SWT but in facing our faith in life (qadha' and qadar' or the power of doing actions good and bad comes from Allah SWT), many of us seemed not to be happy about it. Both are from Allah SWT, but see our attitude are different - our reception contradicts! ************************** Allah SWT is the Creator of the universe and everything in it. The Qur'an says: "He it is Who created the heavens and the earth in truth (Qur'an 6:73). Everything, including the earth we live on and the heavens we see above, was created by the Almighty God. (Essence of Islam - ABIM) ************************** God does not merely create and abandon His creatures. God is active as the Creator, the Life Giver and Life Remover, the Sustainer and the sole Controller of all His creation. God is the Supreme Reality. He has revealed o mankind 99 beautiful names (al-asma Husna) which indicate His transcendent majesty and unity. ******************* Allah SWT knows everything. He creates (gives us) 'a perfect scene' and He too gives us 'a perfect life', why we could enjoy that scene but 'not enjoy' or satisfied (bersyukur) with our lives? He is the same God that created that beautiful scene and that of our lives; is it true that we only accepted what is good to us from our own point of view and frown or rejected at what we think is bad? ********************** The 'ustaz' said only Allah SWT is perfect but we human beings are very very weak and always make mistakes in life. Thus, we have to repent (bertaubat) and acknowledge we have strayed from His straight Path all this while. ************************* Thus dear readers, please religiously do our 'solat' (prayers) at least five times daily pleading to Him to show us His truth path at least 17 times a day by reading 'Ehdinas siratal mustaqeem'' which means 'guide us to the straight path'. ************************* Regarding our sufferings nowadays such facing this drought, it is caused by our failure to adhere to what He has permitted and refrain from what He has prohibited. Look 'inside you' and around you and do some 'muhasabah' (reflections), you would 'insya-Allah' realize that human beings are actually the destroyer of themselves and this world. ******************** For example mountains and forests are cut down, flows of rivers altered and dams being built, and in front our own eyes, vehicles are emitting poisonous gas! And of course do not forget the 'greenhouse effect'! ********************** Allah SWT gives us beautiful scenes, but we were 'dulu, kini dan selamanya' (in the past, now and in the future) destroying it. Wallahu'alam. Only Allah knows best. ************************ Thus as weak persons, we must seek His help in prayer. We must never gives up. Pray and pray to Him until our final moment on earth. 'Insya-Allah' don't worry, the moment would come when 'it is good to touch the green, green grass of home...' once again!
Published on March 30, 2014 03:30
March 27, 2014
'Pahatlah ilmu di batu semasa muda...'
************************* DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************* Renungan *********************** Dirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh." ******************************* CITA-CITA kanak-kanak luar biasa. Bagi pembaca yang masih ingat, di sekolah rendah dulu, kita diberikan kad 001 untuk diisikan antara lain cita-cita kita. Doktor, angkasawan, saintis dan jurutera adalah antara cita-cita pilihan kanak-kanak. *********************** Beberapa tahun lalu, saya ketawa terbahak-bahak apabila seorang anak perempuan saya yang berumur lapan tahun ketika itu memberitahu cita-citanya menjadi seorang ahli arkeologi. Saya tanya apa itu ahli arkeologi, dia sendiri tak dapat menjawabnya. Saya berlawak kepadanya dengan berkata kerjaya itu ada kaitan dengan menggali kubur dan barangan lama...dia pun berasa seram; dan tidak lama kemudian berkata, tak jadilah nak jadi ahli arkelogilah. Baik jadi polis, katanya! *************************** Ketika di sekolah menengah dulu, seorang rakan setingkatan mengheboh-hebohkan cita-citanya hendak jadi Perdana Menteri (PM). Sejak itu namanya dilekatkan dengan huruf singkatan PM itu. Maka dia pun bergelar Ramli PM. Dia dipanggil begitu sehinggalah tamat sekolah. Tak tahulah sama ada dia 'sudah dekat' nak jadi PM atau masih jauh lagi perjalanan dengan banyak ranjau yang perlu ditempoh. Yalah, Anwar Ibrahim yang sudah dekat nak jadi PM pun, tak sampai-sampai lagi sekalipun pernah setakuk lagi dia hendak sampai ke kedudukan itu. ******************************* Seorang remaja perempuan dalam blognya menyatakan antara cita-cita yang pernah dia isikan dalam kad 001 warna biru tu adalah; *********************** * Peguam syariah (masa ini saya rajin ikut pasukan bahas sekolah-sekolah, konon-kononnya nak pandai berdebat lalu jadi peguam. Oleh sebab duduk (belajar) di sekolah agama dan ada pengaruh Islamik, maka saya isi ruangan cita-cita mahu jadi peguam syariah). ************************* * Penganalisis politik (sampai sekarang pun saya tak tahu penganalisis politik itu kerjanya macam mana. Ha...ha...bunyi macam 'best', sebab itu tulis jugak. Masa itu, saya banyak baca buku-buku berbaur politik dan novel-novel ala sejarah Tanah Melayu masa nak merdeka). ************************* "Sekarang ini jika ditanya cita-cita saya, rasanya saya akan jawab, 'saya nak jadi budak dan nak jadi remaja semula! Tak seronok pun jadi orang dewasa rupa-rupanya'," tulisnya. ************************** Dalam kad 001, pelajar diperlukan menyatakan tiga cita-cita mereka. Saban tahun untuk cita-cita pertama, saya tulis WARTAWAN dengan tidak mengetahui apa sebenarnya tugas wartawan. Namun akhirnya, saya jadi wartawan juga; kini sudah hampir 30 tahun mengharung bidang ini selepas mendapat ijazah pertama bidang kewartawanan pada tahun 1985. *************************** Sebenarnya sudah lama saya 'mempencenkan' diri saya daripada menjadi wartawan. Sebaliknya saya menjadi penulis bebas, namun penulis juga perlukan 'persekitaran' untuk dia mengutip idea bagi bahan penulisannya. Salah satu kaedahnya menghadiri kelas pengajian di masjid terutama antara waktu magrib dan isyak. Tetapi harap tak tersilap sangka yang saya ke masjid untuk mendapatkan bahan tulisan; tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat idea di majlis-majlis di masjid adalah secara kebetulan saja. ************************ Sejak pencen daripada bekerja sepenuh masa, hampir setiap malam saya luangkan masa, mengikuti pengajian di masjid. Namun, nampaknya sukar untuk mempelajari ilmu semasa tua ini. Selalu tersenggok-senggok dan tertidur ketika bersandar di tiang atau dinding. Ya, badan kena disandarkan di tiang atau dinding, jika tak terasa sakit tulang belakang. Teringat saya sebuah syair Arab yang sebahagiannya berbunyi begini: ************************* Kukerap terlupa apa yang kupelajari pada masa tua sedang yang kupelajari pada masa muda tidak pula kuterlupa takkan berkesan ilmu itu kecuali yang dituntut pada masa muda kalaulah boleh dibelah hati si pelajar pada waktu muda kelihatan ilmunya umpama ukiran di atas batu ilmu itu tak akan berkesan jika dituntut pada usia tua Pabila tumpul hati tumpullah pendengaran dan penglihatan hidup manusia bergantung dua; akal dan logikanya Pabila luput kedua-duanya, hidup sia-sia tidak berhaluan. ********************* Pendeknya semasa tua ini, 'pikup' (pick up) kita terhadap ilmu sangat lemah. Semakin tua seseorang semakin sukarlah untuk dia menerima ilmu. Sebaliknya, fikiran seseorang kanak-kanak masih banyak ruang kosong, membolehkan dia mudah menerima ilmu sedangkan orang dewasa banyak perkara perlu difikirkan menyebabkan dia sukar menerima perkara baru. Kata orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Atau lebih teruk lagi, ilmu melantun keluar sebelum masuk ke dalam telinga. *************************** Jadi 'pahatkan' ilmu di batu semasa muda; jangan menunggu masa tua kerana ketika itu ia ibarat membuat lakaran di atas pasir. Apabila ombak datang, pasir pun sirna apatah lagi lakaran itu. ************************** Oleh itu wahai anak-anakku, janganlah dipersia-siakan usia muda kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara - hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sibukmu, masa kayamu sebelum papamu dan zaman mudamu sebelum tuamu." - Riwayat Al-Baihaki daripada Ibnu Abbas
Published on March 27, 2014 14:10
March 25, 2014
Janganlah lupa kesengsaraan rakyat marhaen
*********************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan "Dan tiadalah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad s.a.w. melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." (Al-Anbiya': 107) ********************** Bersyukur ke hadrat Illahi kita dipanjangkan usia maka dapatlah kita memuzakahkan isu semasa. Sekalipun negara digegarkan pelbagai peristiwa besar seperti kehilangan pesawat MH370, kita akan terus mendedah serta menarik perhatian akan kisah penderitaan rakyat marhaen seperti penoreh getah dan petani ketika musim kemarau sedangkan pemimpin kerap menguar-uarkan kita dalam peringkat memasuki kategori negara berpendapatan tinggi. ********************************** Petani sejak dulu lagi kebanyakannya hidup derita tetapi kini memasuki tahap mencemaskan apabila harga barangan penghasilan mereka seperti getah menjunam ke paras paling rendah iaitu kurang RM3 sekilogram. Kita amat simpati kepada nasib golongan ini yang khabarnya terpaksa mencatu makanan. Jika penduduk sesetengah kawasan seperti Selangor dan Negeri Sembilan terpaksa menghadapi catuan bekalan air bersih, penoreh getah terpaksa berjimat cermat bagi membeli beras yang harganya boleh mencapai sehingga RM30 bagi satu paket 10 kilogram. ************************************ Walaupun kita sedar kerajaan menguar-uarkan ada beras 'untuk orang miskin' yang berharga RM18 bagi satu paket 10 kilogram, beras itu terhad dan hanya dipasarkan di tempat tertentu sedangkan keluarga petani dan golongan miskin lain berada di serata pelosok negara termasuk nun jauh di pedalaman. ********************************** Di kawasan miskin ini, beras dibeli dengan kuantiti perkilo dan amat-amat menyedihkan ada keluarga terpaksa membeli dengan kadar setengah kilogram. Demikian juga ada yang membeli barangan keperluan lain seperti gula, minyak masak dan tepung dalam kuantiti kecil mengikut kemampuan mereka seperti 50 sen atau RM1. Kita menjadi semakin terharu apabila mendengar ada keluarga yang terpaksa membeli satu atau dua lingkaran ubat nyamuk (bukan sekotak) bagi menghadapi serangan nyamuk yang mengganas sekarang ini. ************************************** Tidakkah kita menjadi terharu jika ada keluarga yang terpaksa meminjam beras daripada rumah jiran, malah ada dapur mereka yang tidak berasap; jika berasap pun mereka menanak beras yang dicampur ubi kayu yang diperolehi dari kebun untuk dipadankan dengan sayur kangkung atau pucuk paku goreng yang mereka pungut di longkang atau tepi belukar. ***************************************** Kita teramat bimbang negara kita sedang bergerak menjadi negara kaya berpendapatan tinggi dengan sejumlah rakyat marhaennya mengalami derita yang tiada kesudahan. Pengalaman mengembara ke negara lain termasuk di Eropah mendedahkan kita bahawa sesetengah negara ini amat prihatin akan keperluan asas rakyat masing-masing. Tidakkah rakyat kita yang telah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi mengerjakan haji menyedari bahawa harga makanan asas di sana adalah teramat murah malah ada yang percuma. Misalnya roti, kalau kita mahu tidak payah dibeli. Ia percuma, sedangkan yang dikenakan bayaran adalah kuah dan potongan daging dalamnya. ****************************** Di United Kingdom harga barangan keperluan asas seperti tepung dan susu adalah tersangat murah. Demikian juga hasil tenusu dan buah-buahan. Pendek kata mereka yang kurang berkemampuan tetapi rajin berusaha untuk memasak sendiri, mereka tidak akan terbeban sebaliknya yang malas akan menanggung risiko kerana harga makanan di restoran adalah tersangat tinggi. Penduduk kurang berkemampuan juga diberikan 'dole' sementara kemudahan pendidikan dan rawatan perubatan adalah 'free of charge'. Inilah negara berkebajikan yang mereka uar-uarkan dan lebih menakjubkan mereka melaksanakannya! Bagi orang miskin, keperluan mereka mudah saja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. ************************************* Malangnya perkara asas ini pun gagal dipenuhi oleh kerajaan yang mendakwa mendahulukan rakyat. Jika beras sekampit 10 kilogram yang berharga RM25 susah untuk disediakan, bagaimana keperluan asas lain termasuk bahan api. Harga gas setong sudah RM28.00. Kemudian perlu ada cili, minyak masak, asam garam, kopi dan gula dan ikan. Harga ikan cencaru dan kembong (lauk biasa rakyat miskin) sudah meningkat sehingga RM10.00 sekilogram. ****************************** Itu soal makanan, bagaimana keperluan asas lain seperti tempat tinggal (rumah)? Bagaimana belanja anak ke sekolah? Atau ke universiti? Oohh, bagi keluarga miskin seperti penoreh getah semuanya nampak kabur - seolah-olah 'tiada cahaya di hujung terowong'! ******************************* Berdasarkan senario yang kita lihat amat memedihkan di kawasan kampung dan pedalaman ini, kita amat bimbang, pemimpin kita berlagak bagaikan ayam sabung, berkokok menguar-uarkan kehebatan negara di seantero dunia tetapi hakikatnya ekor bergelumang tahi - sesetengah rakyat sudah setengah mati bagi menghadapi derita berpanjangan ini sedangkan pemimpin tetap angkuh; dulu, kini namun sudah pasti tidak selama-lamanya!
Published on March 25, 2014 23:59
March 23, 2014
Hari ini hujan, esok perangai kita kembali ke asal...
************************* DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************* Renungan *********************** Dirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh." ************************ SYUKUR, alhamdulillah petang Sabtu lalu (15 Mac) hujan lebat di kampung saya. Demikianlah saya diberitahu orang rumah saya. Ketika itu saya tidak berada di Melaka, sebaliknya sedang menunggang motosikal buruk saya di Beranang, Selangor dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur/Kajang ke Melaka. ********************** Di laluan jalan lama Kajang-Seremban itu hujan tidak lebat, hanya rintik-rintik. Namun saya berhenti juga, berehat sebentar di sebuah warung untuk 'pekena' cendol jagung yang dingin dan manis. **************************** Ya Allah, terima kasih di atas hujan itu. Di kampung saya, ini hujan lebat pertama dalam masa lebih dua bulan. Bukan manusia saja menanggung derita tak hujan, tumbuh-tumbuhan seperti rumput dan lalang, longlai, layu tak bermaya. Demikian juga binatang, suatu malam saya terperasan cacing-cacing 'menjerit nyaring' bersahut-sahutan, mungkin 'mereka' kehausan agaknya. ************************** Pada kuliah subuh Ahad (sehari selepas hujan), ustaz mengingatkan, bukan manusia saja berdoa untuk didatangkan hujan. Binatang pun berdoa, demikian juga dengan tumbuh-tumbuhan. Jadi doa siapa dikabulkan Allah SWT kita tidak tahu, jadi manusia janganlah perasan. Namun kekalkan berdoa dan solat, bukan saja ketika ditimpa musibah tetapi sepanjang masa dalam kita menunaikan perintah Allah - melakukan apa disuruh-Nya sebaliknya meninggalkan apa dilarang. ****************************** Namun, pada zahirnya kebanyakan manusia berteleku, menghadapkan diri kepada Allah ketika mereka ditimpa musibah. Misalnya, solat hajat memohon keselamatan pesawat MH370 yang dianjurkan oleh sebuah sekolah, murid-muridnya memenuhi satu kawasan lapang sekolah. Ya, murid-murid dipinta untuk solat hajat, tetapi bagaimana solat lima waktu? Tidakkah dulu kita digemparkan dengan satu hasil kajian yang menunjukkan hanya 20 peratus murid-murid solat fardu lima wahtu sehari semalam? ****************************** Ketika bersolat hajat, kita terlebih dahulu dinasihatkan untuk meminta keampunan daripada Allah SWT (bertaubat) kerana kita melakukan kezaliman terhadap diri sendiri dan pihak lain. Untuk bertaubat kepada-Nya kita merintih kepada-Nya, berazam tidak mengulangi kesalahan; tetapi kezaliman kepada pihak lain bagaimana? Apakah kita sudah meminta ampun kepada orang dizalimi misalnya orang tak dapat dibuktikan bersalah mengikut hukum hakam Islam akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara? ****************************** Seorang ustaz mengingatkan betapa besarnya akibatnya jika kita berani bersumpah menggunakan nama Allah seperti Wallahi kerana Arasy Allah SWT akan bergegar kerananya. Katanya, jika ada orang menggunakan atau menyebut nama kita dalam dalam satu-satu kes, kita menjadi tak tentu arah, demikianlah Allah SWT akan memandang berat orang yang berani bersumpah atas nama-Nya apatah lagi jika pengakuan itu tidak benar. Murka Allah SWT tersangat dahsyat, tidakkah kita memikirkannya? ********************** Demikian juga kezaliman lain seperti menipu dalam pilihan raya, memperkudakan harta awam termasuk mengeksploitasi media massa untuk kepentingan pihak sendiri; semua ini perlu diminta keampunan daripada pihak teraniaya. Apa, sudahkah kita melakukannya? ****************************** Pada khutbah Jumaat, 7 Mac (sehari sebelum kehilangan pesawat MH370), ketika solat Jumaat di masjid kampung saya, jelas kedengaran khatib memberi pengingatan kepada jemaah mengenai bahaya syirik dan khurafat termasuk tidak mendatangi bomoh kerana boleh terkeluar daripada agama kerananya. ***************************** Teks khutbah ini dibaca di hampir semua masjid seluruh negeri kerana ia disediakan oleh pihak berkuasa agama; ya bagus untuk mengingatkan orang Islam agar menjauhkan kesyirikan yang nyata ini, tetapi alangkah memeranjatkan apabila sejumlah BOMOH didatangkan khas dan mendapat liputan istimewa media massa apabila mereka muncul di KLIA! Jadi peringatan untuk 'tidak berbomoh' itu sebenarnya ditujukan kepada SIAPA? *************************** Di kampung saya hujan hari Sabtu tetapi pada hari Ahad saya perhatikan ratusan pokok-pokok kecil di pembahagi jalan Lebuh AMJ dibongkar untuk dibuang. Sepanjang dua bulan kemarau, saya tidak nampak pihak berkuasa menyiram pokok-pokok ini. Kenapa begitu, mungkinkah mereka sengaja membiarkan pokok-pokok ini supaya mati, supaya tiba masa yang sesuai pokok-pokok lama dibuang untuk digantikan dengan yang baru. *************************** Jika ini berlaku, adalah pihak yang mendapat kontrak membekal dan menanam pokok-pokok baru. Ya, hal ini bagi saya tersangat pelik, pokok-pokok itu ditanam dalam masa tak sampai setahun tetapi sudah dikorek balik untuk dibuang. Tak sayangkah mereka dengan pokok-pokok itu yang ongkos membiayainya adalah daripada kantung rakyat? ****************************** Subhanallah, sungguh takjub saya saksikan perkembangan ini, mungkin betullah dakwaan seorang kawan saya, seorang kontraktor bahawa ada orang yang tidak pernah pegang cangkul dan tak tahu apa-apa mengenai tanam-tanaman, diberi tender untuk membekal dan menanam pokok di tepi dan di pembahagi jalan! Ya sungguh pelik, hari ini hujan, esok perangai kita kembali kepada yang asal!
Published on March 23, 2014 09:17
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

