Roslan Hamid's Blog, page 163
June 10, 2014
Dirogol 38 lelaki: Hukum hudud penyelamat manusia
**************DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. **************Renungan***************************"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan..." (Yasin, ayat 12)****************************
Kita amat bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa kes rogol berkumpulan terbaru membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Kelantan membuktikan bahawa undang-undang jenayah sedia ada tidak memadai untuk pencegahan.***********************Tuan Ibrahim berkata kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada, kerana eleman pencegahan daripada Allah hanya ada dalam sistem yang diturunkan Allah.*********************"Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud - apa perasaan anda kalau yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?" katanya dalam satu kenyataan. Dalam kejadian pada 20 Mei itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.***********************Bagi kita kejadian rogol membabitkan sejumlah besar penjenayah adalah satu amaran keras betapa masyarakat sudah rosak sebenarnya. Jenayah termasuk membabitkan seks yang dilakukan bagaikan 'kenduri' atau 'pesta' - membayangkan dunia sudah dipenuhi 'syaitan bertopengkan manusia' - bagaimana dalam sekumpulan besar manusia itu tiada seorang pun yang mempunyai walau sedikit pun nilai kemanusiaan.**************************Kejadian tersebut membuktikan orang ramai apatah lagi penjenayah tegar tidak gentar mahupun gerun terhadap sistem perundangan yang ada kini. Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat. Kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak bagi mencari jalan membendungnya.**************************Dalam merungkai pemasalahan kronik yang menimpa masyarakat, umat Islam tiada pilihan kecuali menegakkan hukum-hakam Allah yang dalamnya ada kehidupan. Hari ini kes jenayah berleluasa malah terlalu buruk seperti kes rogol membabitkan 38 penjenayah ini. Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak. ***********************************Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Insaflah apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri. *************************Namun dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga.************************Hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, insya-Allah tidak akan berlaku jenayah yang seperti tidak masuk akal seperti kes rogol membabitkan 38 penjenayah!

Published on June 10, 2014 16:27
June 8, 2014
Tips penulisan (Bahagian II)
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
CELOTEH saya 'Tips penulisan terutama untuk siswa siswi USIM', (Harakah 23-25 Mei 2014) mendapat sejumlah reaksi di kalangan pembaca. Saya ucapkan 'jazakallah...' kepada pembaca yang menegur termasuk yang kurang senang dengan apa yang saya nukilkan. Jika pembaca diamat-amati tulisan itu, sebahagian besar daripadanya menceritakan pengalaman lama saya yang berhadapan dengan 'stail' guru-guru saya yang berusaha keras memantapkan karya anak-anak muridnya. *************Namun dalam penceritaan itu belum lagi saya masukkan pengalaman 'dahsyat' berada di bilik jabatan pengarang pada awal-awal waktu saya diterima menjadi wartawan di mana ada editor yang mengeronyok kertas rencana dan berita yang diserahkan kepadanya di depan mata dan kemudian membalingkannya ke dalam tong sampah!**********Berdasarkan pengalaman ini, saya terkejut betul membaca 'sikap lembik' dan kurang terbuka siswa siswi apabila diberi sedikit tips dalam penulisan...sewajarnya mereka mengambil teguran itu untuk memantapkan karya mereka. Namun adalah hak mereka untuk bersuara, pembaca ikutilah apa yang ditulisnya salah seorang daripadanya (TANPA DIEDIT) untuk menilai minda mereka:Saya dengan rasa rendah diri, menulis coretan ini kepada pihak Harakah. Saya teramat sedih apabila mendengar beberapa orang sahabat saya menunjukkan kekesalan mereka terhadap penulisan berbentuk sebuah teguran secara langsung kepada mahasiswa USIM di ruangan ‘Celoteh LanH’ dalam akhbar Harakah keluaran minggu ke-3, Mei 2014, bertajuk: Tips penulisan terutama untuk siswa siswi USIM.*****************Saya rasa terpanggil untuk memohon beribu kemaafan daripada pihak tuan kerana ramai daripada pelajar USIM, khususnya sahabat-sahabat saya di Fakulti ....................yang menghantar penulisan mereka di akhbar Harakah.*****************Untuk pengetahuan pihak tuan, kami daripada program ......................., diminta oleh pensyarah untuk menghantar rencana ke mana-mana akhabar tempatan untuk diterbitkan. Dan apabila rencana kami sudah diterbitkan, ianya dikira sebagai ‘carry marks’. Mungkin sebab itu ada sebahagian daripada pelajar USIM merayu untuk diterbitkan rencana mereka.***************Ramai juga diantara kami telah menghantar rencana mereka ke beberapa akhbar tempatan. Sebagai contoh, Berita Harian (BH), Utusan, Metro dan The Star. Namun, ada sesetengah daripada pihak akhbar yang memberi respon kepada email kami. Ada juga yang tidak respon langsung. Kebanyakan rencana kami telah pun diterbitkan di Harakah, ruangan Forum dan ruangan Agama di Berita Harian.******************Saya tidak meletakkan berat sebelah kepada mana-mana pihak media. Harakah salah sebuah akhbar politik dan sentiasa menerbitkan berita-berita dan rencana-rencana berhubung isu semasa. Cuma, saya ingin memberi sedikit komentar dan cadangan kepada pihak Harakah. Budaya kerja pihak media perlu ada nilai professionalism. Mungkin pihak Harakah boleh memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa dengan mewujudkan ruangan suara mahasiswa agar mereka boleh menumpahkan idea dan pandangan mereka sekali gus mengembangkan bakat mereka.**********Anak kecil tidak sama dengan seorang bapa, mereka masih bertatih mengenal dunia, bapa sudah lama mengenal dunia. Kami sebagai pelajar, baru mengenali dunia kewartawanan dan penulisan, tidak mungkin sama dengan wartawan dan penulis berpengalaman. Kami perlu sokongan.*******Analogi lagi, kanak-kanak kalau dimarah apabila mereka berlari-lari dan membuat bising di masjid, mereka akan rasa sedih dan takut untuk mendekati rumah ibadah itu. Sedangkan kita tahu, Rasulullah S.A.W ada mengingatkan kita, kanak-kanak seperti kain putih, kitalah yang menentukan coraknya. Saya bukan ingin menyamakan pelajar universiti dengan kanak-kanak, namun itulah adat kehidupan dan sunnatullah. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. *********Pada hemat saya, pihak tuan boleh menegur kami di email kami sendiri dan minta salah seorang daripada kami untuk menyampaikan teguran tersebut kepada pelajar-pelajar USIM. Ada juga sebahagian pelajar yang masih belum diterbitkan rencana mereka walaupun sudah lama mereka hantar di akhbar-akhbar lain. Namun, mereka tidak berputus asa untuk terus menulis kerana kami (sahabat-sahabat yang sudah menyelesaikan tugas menerbitkan rencana) sentiasa memberi galakan kepada sahabat-sahabat (yang masih belum menyelesaikan tugasan tersebut). Pensyarah juga tidak jemu memberi semangat kepada kami agar terus menulis.**************Akhir sekali, saya salah seorang penyokong PAS, dan saya risau, jika ada sahabat-sahabat saya yang baru ingin mengenali apa itu akhbar ‘Harakah’, merasa hambar dan tawar hati kepada pihak Harakah. Jika pihak Harakah boleh berlapang dada, tidak mustahil akhbar Harakah tidak lagi asing dalam kampus. Saya juga seorang penuntut IPT yang punya pendapat, pandangan dan suara.***Saya berharap agar pihak Harakah meneutralkan semula nama Fakulti .................... dan USIM.***“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan pula dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”, Surah al-‘Asr, ayat 3.***Sekian, terima kasih.****Yang merasa kerdil di sisi-Nya.************(Nama penulis dan fakultinya ada dinyatakan, tetapi tidak dituliskan di sini demi menjaga maruah pihak berkenaan)

Published on June 08, 2014 09:05
June 1, 2014
Dulu peniaga Melayu hebat, kini melukut...
***
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Dirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh."
***
MENJELANG Ramadan, ramai peniaga kecil-kecilan Melayu menempah petak-petak jualan termasuklah di Bazar Ramadan. Sambutan menggalakkan, syabas kepada peniaga Melayu/Islam yang sentiasa gigih berusaha menambah rezeki. *************************Ya, rezeki tak datang bergolek, usaha keras perlu dilakukan. Selain kerja kuat, doa pun perlu mantap, doa solat duha yang dianggap pembuka rezeki itu antara lain bermaksusd: "Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah."*************************Berdasarkan sambutan hangat terhadap petak-petak jualan sempena Ramadan, tentunya sebahagian kita menyakini Melayu/Islam sudah ke depan dalam perniagaan. Tetapi sebelum membuat rumusan itu, tunggu dulu kerana pada ketika peniaga Melayu merangkak, syarikat-syarikat gergasi termasuk firma antarabangsa yang membuka pasar raya besar sudah 'berbatu-batu' di depan dengan pelbagai promosi Aidilfitrinya.*****************************Kehadiran pasar raya hiper ini bukan saja 'melemah' dan 'menjejaskan' peniaga Melayu/Islam tetapi juga kedai-kedai runcit Cina dan Mamak yang terkenal dengan usahawannya yang tidak mengerti putus asa. Mereka turut mengeluh, bayangkanlah orang kampung jauh di pedalaman pun melakukan 'shopping' di Tesco, Aeon, Giant dan Mydin (ini bukan milik asing) dan menjamu selera di restoran KFC dan McDonald's.**************************Sebagai warga Melaka, saya amat-amati peniaga Melayu di ibu negeri ini 'semakin tenggelam' dilanda arus pemodenan dan globalisasi; dulu 'semasa muda' saya suka mengunjungi gerai-gerai peniaga Melayu di Bazar Mara Padang Nyiru dan di Kampung Jawa tetapi semuanya sudah jadi kenangan. Di atas tapak Bazar Mara itu didirikan kawasan letak kereta manakala Kampung Jawa 'sudah hampir mati'.***********************Tapak perniagaan baru seperti di Melaka Sentral juga tidak 'membawa berita gembira' kepada peniaga Melayu. Malah, Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan awal tahun ini, mendedahkan 41.9 peratus lot kedai Melaka Sentral diusaha warga asing. Jika warga asing sudah menguasai sebahagian besar lot niaga, kemudian ditambah dengan warga bukan Melayu, bermakna hanya segelintir saja Melayu berniaga di situ sedangkan kerajaan negeri telah menetapkan kuota bilangan peniaga di kompleks itu sebanyak 60 peratus.
*********************************Berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan penguasaan asing ini, timbul persoalan, apakah orang Melayu/Islam 'tidak mampu' berniaga? Jika orang Melayu/Islam gagal dalam bidang ini bagaimana Melaka boleh muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangannya?*********************************Hakikatnya peniaga Melayu Melaka hebat, termasuk ketika zaman penjajahan. Fakta ini saya temui selepas membaca buku 'Kuala Lumpur dari Perspektif Abdullah Hukum' karya Adnan Haji Nawang (terbitan Berita Publishing, 1997) yang mengutip semua penceritaan Abdullah Hukum (antara tokoh peneroka Kuala Lumpur) yang antara lain menyatakan: *********************************"Pada masa saya berumur kira-kira 15 tahun saya dibawa berdagang oleh ayahanda saya meninggalkan negeri. Kami keluar dari tanah Sumatera melalui Pekan Baharu (Siak) dengan sebuah sekoci belayar menuju tanah Semenanjung dan menempat ke Melaka pada tahun 1850. ********************************"Apabila sampai ke Melaka maka kami pun menumpang di rumah Datuk Dagang bernama Haji Said, iaitu bapa saudara bagi Almarhum Tambi Abdullah yang terkenal kaya di Kuala Lumpur dan bergelar Datuk Abdullah.*****************************"Adapun ketuaan orang Melaka masa itu ialah Wan Cilik namanya tinggal di Semabok Batu Tiga (ini kampung saya - penulis). Negeri Melaka masa itu memang telah takluk di bawah perintah Inggeris. Pekannya kecil saja. Ada sedikit-sedikit rumah batu, itu pun rendah-rendah dan separuh rumah-rumah itu betul di tepi pantai Melaka.**********************************"Perniagaan masa itu BANYAK di tangan orang MELAYU; berkedai kain dan menjual makanan. Ada juga Cina berkedai menjual sayur. Beras masa itu datang dari luar negeri. Keadaannya merah tetapi beras keluaran negeri putih dan baik. Ada juga sedikit-sedikit orang Kerinchi mencari rezeki di situ."******************************Berdasarkan pengkisahan Abdullah Hukum ini, tahulah kita bahawa orang Melayu menguasai perniagaan di bandar seperti Melaka. Itu adalah pada tahun 1850 dan negeri-negeri Melayu sudah berada di tangan Inggeris atau di ambang untuk jatuh ke tangan mereka.*********************************Kini selepas 50 tahun selepas merdeka, peniaga Melayu hanya bersisa di kota Melaka sedangkan pada zaman British, mereka sudah hebat berniaga. Jadi apakah erti merdeka, jika peniaga Melayu makin terpinggir, malah melukut di tepi gantang...fikir, fikirkanlah!

Published on June 01, 2014 16:09
May 30, 2014
Dreaming of 'Korah's treasures' in Pulau Nangka
******
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
*********
Reflection
******
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
*******IN the 1970s when I was in primary school, I 'fell in love' with Enid Blyton's 'Five on a Treasure Island'. The book is the first of the 'Famous Five' series. The 'five' (four children and a dog) happen upon an old wreck that was raised to the surface by a fierce storm and discover a map that tells the location of gold ingots that disappeared hundreds of years ago. *********************************However, the map falls into the hands of criminals who also have designs on the lost gold and it then becomes a race between the children and the criminals to find the lost gold. Old wrecks. Mysterious islands, secret tunnels, thrilling escapes and rescues are all part of this outstanding story. *********************************Then when I was in secondary school, it was 'Treasure Island' by Robert Louis Stevenson that caught my attention along with 'romantic novels' such as 'The Prisoner of Zenda' and 'The Count of Monte Cristo'. Stevenson, a Scottish writer who wrote 'Treasure Island' introduced me to bad characters such as Long John Silver, the one-legged seaman bearing a parrot on his shoulder. *************************And recently, 'Pulau Nangka', a little isle off Melaka, has become 'our new treasure island'. This 'Jackfruit Island' has become the venue of a billion-ringgit treasure hunt. An ancient treasure trove holding many chests of gold bars, a throne and royal regalia stashed away by the last Sultan of Melaka, Mahmud Shah who fled Melaka in 1511 (isn't it like the treasure that disappeared hundreds of years ago as in 'Five on a Treasure Island'?) is reportedly buried in a cave. ************************Well, what have 'they' (interested parties concerned such as Smart Partnership International (M) Sdn Bhd which was given a four month contract to find treasure on Pulau Nangka), found so far? *********************On the last day of their million ringgit contract, they 'unveiled' two yellowish coins with a diametre of six centimetres claimed to have been found in different locations on the island. The first coin with five lines of inscription is believed to be from the Majapahit Kingdom while the second coin with a square hole in the middle has Jawi script around it. *******************Both the coins have been submitted to the National Heritage Department for laboratory tests to verify their origins; but Melaka Chief Minister, Idris Haron seemed not pleased with the development, saying: "I am still not fully convinced that the coins came from there (Pulau Nangka) as they could have dropped off. We have to investigate this.” ***********************Idris’ guess was right; Melaka Museums Corporation (Perzim) general manager, Khamis Abas told him that tests on the coins revealed that they were made of a mixture of bronze and silver. “Speculations that the contractors had struck gold on the island had been laid to rest for good as the coins were actually made of bronze and silver mixture," he said. ************************So, there's 'no gold' on Pulau Nangka. But why did the authorities in the first place scream 'gold' on 'Jackfruit Island'. Even the Melaka State Government headed by Idris proudly said his side would apply to the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) to recognise Pulau Nangka as a heritage site if the artifacts found were proven to be part of the treasure from the Melaka Sultanate. ************************He said Pulau Nangka would become a site for historians and archaeologists to collect information about the Melaka Malay sultanate. Malaysian Institute of Patriotism and Historical Studies chairman, Mohd Jamil Mukmin 'added fuel to the fire' when he claimed that besides Pulau Nangka; Pulau Besar and St Paul’s Hill in Bandar Hilir were believed to be areas where treasure was kept during the rule of the Melaka Sultanate. ***********************He said the sultanate was believed to have kept the treasure in the three areas to prevent them from being seized if Melaka fell. However, there was no proof currently showing that there was treasure in Pulau Besar and St Paul’s Hill areas except the findings of porcelain artefacts in the Bandar Hilir area near St Paul’s Hill other than the search for treasure being focused in the three areas. ********************As a Melakan I was baffled by the 'enthusiasm' shown by the authorities lately 'to unearth hidden treasures' including in Pulau Nangka. In my opinion, 'somebody' or 'some parties' purposely did this to divert attention from serious matters in the state. Or there may be 'some smart guy working according to his ways' to promote the state including Pulau Nangka for the tourism industry. *********************Perhaps this story entitled 'The Farmer, His Sons, and the Field' which I had read during my primary school years could open our eyes to that possibility. **********************Once there was a farmer who had four sons. The farmer was a hard-working man, but his sons were very lazy. As the farmer grew old, he realized that he had to teach his sons the value of hard work before he died. *********************So, he took all his money and bought some land. The land was covered with weeds and full of stones, but the man knew it would be fertile ground for farming. His sons, however, were angry because they thought the land was worthless. They complained bitterly, but their father promised them that he had a good reason for buying the land. ********************Then, when he grew sick and knew he was dying, he summoned his sons and revealed the secret. "Now, before it is too late, I will tell you why I bought that land. I had a dream and in my dream I was told that in that land there is a treasure chest full of gold, but it is buried deep within the ground. Just find the buried treasure, and you will be wealthy for the rest of your lives." With those words, the old man died. **********************The sons were eager to uncover the treasure, so they started to dig. They pulled up the weeds and carted away the stones, turning over the soil to look for the treasure. They worked the ground for many days until, at last, they understood their father's words: the treasure was the land itself, made rich by their own hard work. They planted crops and the harvest was plentiful, and so it was every year, just as their father had promised. ********************The moral of the story is that hard work pays off, although it is not always in the way that you expect. So to the leaders and 'rakyat' of Melaka; please work very, very hard; do not expect or even dream of becoming rich in finding 'harta Qarun' (Korah's treasures) on Pulau Nangka!

Published on May 30, 2014 16:21
May 26, 2014
Tips penulisan
***Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
***
PULUHAN tahun lalu, seorang guru Bahasa Melayu saya begitu meradang apabila membaca karangan murid-muridnya yang bermula dengan ayat seperti 'Sebagaimana yang kita semua ketahui' dan 'Memang tidak dapat dinafikan'.**************************Beliau menjerit: "Apa pasal awak tulis 'sebagaimana yang kita semua ketahui' kerana ada orang tak tahu lagi tentang apa yang awak perkatakan itu. Kenapa awak tulis 'memang tidak dapat dinafikan', nanti ada orang dapat nafikan...terkebil-kebil biji mata awak."**************************Kesimpulannya, tidak payahlah kita memulakan tulisan kita (termasuk peranggan dan ayat) dengan mengungkapkan klise (ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan) itu.**************************Teguran guru saya itu berlaku puluhan tahun lalu; sekarang jika amat-amati, ada klise baru dalam tulisan iaitu seperti 'Sejujurnya...' atau 'Untuk rekod...' Sebagai orang bukan pakar bahasa, tidaklah dapat saya mengulasnya, cuma saya berpendapat tidak menuliskannya 'tidak akan ada cacat cela' kepada tulisan kita.*********************Guru Bahasa Melayu itu begitu prihatin, beliau turut menegur pelajar yang menulis ayat yang 'boleh mencabar logika otak' kita seperti 'turun ke bawah', 'pergi haji ke Makkah' dan 'hujan turun'. Katanya, gunakan 'turun' saja sebab 'tiada orang turun ke atas', 'pergi haji' saja sebab tiada orang pergi haji ke tempat lain selain daripada Makkah dan 'tiada hujan yang naik' Jadi, gunakan hujan saja.******************************Ya pembaca, kali ini saya mencelotehkan soal penulisan kerana kebelakangan ini saya ditugaskan mengedit sejumlah tulisan karya siswa-siswa universiti tempatan terutama 'budak' USIM. Kebanyakan pelajar USIM yang menghantar tulisan mereka adalah daripada bidang bahasa dan komunikasi.********************************Ertinya mereka sedang dipersiapkan untuk bertugas di bidang berkenaan seperti menjadi tenaga pengajar, penyiar, pengacara, penulis, wartawan dan penerbit. Mungkin mereka tidak dilatih untuk menjadi seorang ustaz atau ustazah. Perbetul dan maafkanlah jika andaian saya ini salah.**************************Jika benarlah andaian saya, pada pendapat saya yang daif ini, siswa-siswa USIM ini sewajarnya menulis dari skop mereka sebagai wartawan atau penulis. Seorang wartawan tidak menulis berdasarkan 'idea'nya semata-mata tetapi amatlah digalakkan untuk mereka melakukan wawancara. Apabila menemu bual seseorang atau beberapa orang yang selayak dan secocoknya untuk membicarakan sesuatu subjek itu dan kemudian kita menulisnya, barulah karya kita itu ada ummph!******************************Memang amat wajar kita menuliskan hujah daripada al-Quran dan hadis (sila pastikan kita nyatakan dengan tepat ayat dan Surah al-Quran dan riwayat hadis), dan apabila tulisan kita ditambah dengan pandangan tokoh yang berkaitan, relevan serta semasa yang kita wawancara (misalnya Ustaz Hasan Din dalam isu akhlak muda-mudi atau Naib Canselor USIM sendiri mengenai program meningkat syahsiah siswa-siswi), insya-Allah tulisan kita akan kelihatan 'segar' (baru) dan meningkatkan 'selera' orang hendak membacanya.***********************************Jadi, wahai siswa-siswi buatlah wawancara sebelum menulis. Dapatkan 'sumber pertama' (segar, terkini dan semasa) tetapi jika 'masa suntuk' ataupun kita jenis.......(malu saya nak sebutkan), sekurang-kurangnya kita perlu mendapatkan sumber 'kedua' seperti dapatkan buku Ustaz Hasan, lalu kita pun menulis: "Seorang tokoh agama, Ustaz Hasan Din dalam bukunya........menyatakan....." Aii, kan sudah nampak 'boring' tu...jadi syor saya lakukan wawancara supaya tulisan kita segar, memancing minat pembaca.****************************Perkara penting pertama dalam penulisan adalah apa hendak ditulis. Anjing gigit posmen adalah cerita basi yang tidak ada umphh, ramai siswa siswi menulis mengenai perkara yang sama. Carilah kelainan, terokalah isu segar misalnya, kenapa tak diterbitkan surat khabar berbahasa Arab di tanah air sedangkan sudah ramai graduan dari Timur Tengah, kenapa U (termasuk USIM) terlalu ramai 'budak' perempuan dan apa masalah yang timbul daripada perkembangan ini.*********************************Akhir sekali, tolong jangan tulis berjela-jela. Satu muka surat khabar itu bukan untuk dimuatkan 'kisah kita' saja. Penulis lain juga 'merayu' supaya dimasukkan artikel mereka. Jadi pandai-pandailah 'ukur baju di badan sendiri' (ukur kepanjangan artikel untuk dimuatkan dalam akhbar). Penulis memohon maaf jika terkasar bahasa, teguran adalah untuk semua terutama untuk diri penulis sendiri yang serba daif ini...

Published on May 26, 2014 15:57
May 22, 2014
In defense of our 'Muslimah'...
*****
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
*****
Reflection
****
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***
ONCE a Muslim woman was teased by Jews in the Jewish quarter of what was then Byzantine bordering the Muslim empire. The Jews pulled at her 'hijab' and mocked her in a most ignoble manner. ***************She cried and wrote to the Caliph addressing him in her letter, "Ya Mu'tasimah!" (Al-Mu'tasim Billah of the Abbasid Dynasty, 794-842 AD) and told him of what had happened. When the Caliph heard of this news, he was so outraged he dropped the cup of water he was drinking. *****************Immediately, Caliph Mu'tasim wrote back to the Roman Emperor of Byzantine, saying: "Ya kalb ar-Rum! (Oh you Roman dog!) I have an army of men that stretch from where I stand (Baghdad) to where you stand (Constantinople), who love to fight and die as much as your men love to live." He then commanded to deploy a massive army to retaliate against the Romans. **************Yes, during the early years of Islam, a Caliph would take responsibility to protect the honour of each and every one of his 'rakyat' including 'this Muslimah' who was being made fun of by the Jews; but what we have today – the secretary of 'Ulama Muda Umno' (Ilmu), Mohd Radzi Othman reported to have posted on Facebook that "Muslim women wearing long veils who attended the anti GST (Goods and Service Tax) rally were the same as high class prostitutes." **************He also wrote that men who supported the Muslimah who attended the rally were like customers who 'were high (on the list) to have their service'. Immediately, former Mufti of Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin was quick to respond to the uncalled-for remark, saying that it was a rude and disrespectful act on the part of the secretary of Ilmu. ***************Dr Asri said, everybody could give their criticism on something but to liken the Muslimah as prostitutes was rude and showed how low and crude the morals of the person involved was. ***************The Women”s Wing of PAS (Dewan Muslimat PAS) was enraged with the wild accusation with its Federal Territory unit headed by its chief, Ustazah Nuridah Salleh who is also a member of the PAS Central Committee, making a police report at the Balai Polis Sentul. **************Her side demanded that Mohd Radzi make an apology and retract the rude accusation, otherwise she would take legal action. *************Well, now our respected women are open to mockery by quarters who 'are crazy for power' by pleasing 'their masters', but one question is what have we done to protect or defend 'our women'? Are there still 'brave men' like Caliph Al-Mu'tasim around to defend our women-folk? **************Mu’tasim was not free from faults – readers should be aware that Mu’tasim was a staunch Mutazilite (follower of the Mutazilah ideology) and someone who oppressed, killed and imprisoned many scholars including the great Ahmad ibn Hanbal. However, he and others like him had the sense of honor and chivalry for the religion and women. When the call of the weak and the oppressed reached them, they hurried to their rescue. **************What is happening now is a complete disgrace. 'Good and pious Muslimah' have been insulted, yet 'all seems quiet at the front'; only a few individuals such as Dr Asri have voiced their concern; perhaps the women involved are forced to fight the battle alone. **************Muslims should take a stand against falsehood and come to the aid of the oppressed. Prophet Muhammad's teachings reinforce this noble, heroic attitude and confirm that Allah would support those heroes who defend the truth, and would condemn those cowards who remain silent. *************In a 'hasan hadith' (good hadith) by Ahmad and Abu Daud, the Prophet said: "No man forsakes a Muslim at a time when his honour is attacked and his sanctity is being violated, but Allah will forsake him at the time when he desires His help. And no man comes to the aid of a Muslim at the time when his honour is attacked and his sanctity is being violated, but Allah will come to his aid at the time when he desires His help." **************To Mohd Radzi Othman of 'Ulama Muda Umno' and those who are in the same basket as him, religion is not a joke; it is a serious matter, and there is no compromise when it comes to 'degrading pious women' as 'pelacur' (prostitutes), as Allah SWT has given us a warning in Ayah 4 of Surah Al-Nur (Light, 24) with the meaning; "Those who accused married women of adultery, then fail to produce four witnesses, you shall whip them eighty lashes, and do not accept any testimony from them; they are wicked.” **************In Ayah 5 also of Surah Al-Nur Allah SWT says: "If they repent afterwards and reform, then God is Forgiver, Merciful"...so are you going to repent and make an apology to the 'Muslimah', dear brother Mohd Radzi Othman?

Published on May 22, 2014 16:46
May 20, 2014
Teladani Rasulullah sebagai 'guru teragung'
******************************* DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************************* Renungan ******************************* "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 *********************** Perkembangan politik semasa membabitkan kepimpinan di sebuah negeri ketika para guru kita menyambut Hari Guru, menyebabkan kita terpanggil untuk mengulasnya berpandukan apa yang ditunjuki oleh Nabi s.a.w. sebagai 'guru teragung' sepanjang zaman. ************************** Kita 'berasa ngeri' dengan peribadi dan akhlak sesetengah pemimpin yang 'mempermain-mainkan' politik (tindakan seperti letak jawatan, keluar parti, lompat sana lompat sini macam haiwan sarkas dan kemudian masuk semula parti) seolah-olah semua itu tiada langsung kaitan dengan pembalasan hari akhirat. **************************** Inginlah kita mengingatkan kepada semua termasuk diri sendiri bahawa setiap perilaku kita hatta sebesar zarrah akan ditanya di akhirat nanti. Kita ingin bertanya pemimpin politik sebegini, apakah sebenarnya yang mereka inginkan...nampak benar mereka berpolitik untuk kepentingan peribadi, memuaskan nafsu apa yang ada 'antara perut dan lutut' mereka...soal rakyat adalah hal sampingan...jika ada kepentingan (seperti pilihan raya) barulah pemimpin menyantuni mereka, apabila habis madu sepah dibuang. ************************* Jadi wahai pemimpin, malah sesiapa saja, teladanilah Rasul s.a.w. kerana penghidupan baginda mencakupi semua bidang kehidupan seperti seorang guru/murabi/pendakwah di masjid, sebagai insan biasa di kalangan keluarga dan sahabat, seorang lelaki bertakwa, sebagai seorang soldadu, tokoh pembaharuan, seorang politikus, negarawan, seorang pentadbir dan pemerintah sebuah kerajaan yang amat luas kerana seluruh Jazirah Arab sudah jatuh ke tangan Islam sebelum kewafatan baginda. ******************************* Jadi bagaimana pembawaan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin? Apabila al-Quran mengesahkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh terbaik dalam semua bidang kehidupan (seperti ayat 21 Surah Al-Ahzab yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak, dalam masa susah dan senang"), ia bukan sekadar perkataan tetapi dibuktikan dengan amalan. ************************* Ambil contoh perintah dalam al-Quran kepada ummah berkenaan kewajipan seperti solat, puasa dan sedekah; Nabi s.a.w. melakukannya lebih daripada ummah. Jika umatnya diwajibkan solat lima kali sehari semalam, Nabi s.a.w. solat melakukannya lapan kali manakala jika ummah hanya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan, Nabi tidak akan membenarkan baki 11 bulan berlalu tanpa berpuasa manakala dari segi sedekahnya, tiada pengemis yang meninggalkan rumahnya kehampaan sedangkan baginda sendiri hidup miskin (selalu di rumahnya tiada makanan) sedangkan dia adalah pemerintah sebuah empayar yang besar. ***************************** Ketika hayatnya, Nabi s.a.w. menyertai hampir semua peperangan; ketika peperangan Uhud, baginda luka-luka dan pada Perang Ahzab, Nabi s.a.w. sendiri turun bersama-sama sahabat menggali parit di sekeliling kota Madinah. ***************************** Pada kebanyakan ketika Nabi bekerja keras dalam keadaan lapar di bawah terik matahari dan terpaksa mengikat batu di perutnya. Demikianlah Nabi s.a.w. sudah menunjukkan teladan, jadi kepada semua termasuk pemimpin...'bergurulah' kepada baginda s.a.w. agar kita selamat dunia dan akhirat. Amin
Published on May 20, 2014 15:57
May 18, 2014
'Sebenarnya, saya isteri dia'...
******************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************* Renungan ******************** "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199) ************************* DIUCAPKAN Selamat Menyambut Hari Guru kepada warga pendidik yang secara tradisinya meraikannya pada setiap 16 Mei. Memperkatakan tentang guru, secara automatik mengingatkan saya akan sajak Allahyarham Usman Awang bertajuk 'Guru Oh Guru'. ***************************** GURU OH GURU Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, *** Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, *** Jika hari ini seorang presiden sebuah negara, *** Jika hari ini seorang ulama yang mulia, *** Jika hari ini seorang peguam menang bicara, *** Jika hari ini seorang penulis terkemuka, *** Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, *** Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, *** Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. ***************************** Guru dan murid adalah satu gandingan; tiada guru tiadalah murid dan tiada murid tiadalah guru. Hari Guru disambut oleh guru dan murid; jarang kita dengar guru menyambut Hari Guru tanpa murid mereka. ************************** Guru pula digandingkan dengan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak, maka muncullah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pendeknya, persoalan guru dan murid (pendidikan) menguasai sebahagian besar daripada kehidupan kita. ************************* Kini daripada lima orang anak saya, tinggal seorang saja berada di bangku sekolah rendah. Anak bongsu perempuan saya (buat masa ini, masa depan siapa tahu) dalam Tahun 6, akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijadualkan September nanti. ***************************** Baru-baru ini terkejut besar saya mendapati anak gadis sunti ini mula berjinak-jinak membaca sejumlah besar novel 'cintan', yang antara tajuknya seperti 'Sebenarnya saya isteri dia'. Kebanyakan novel ini tebal-tebal berlaka, 500 muka surat adalah biasa bahkan ada yang mencecah 1,000 muka surat! *************************** Seorang abang anak gadis saya apabila menyedari si adik membaca 'Sebenarnya saya isteri dia' membuat heboh satu rumah, menyindirnya dengan melaung: "Oh, adik baca 'Sebenarnya saya isteri dia'...sepatutnya adik bacalah buku 'Sebenarnya, saya calon UPSR'. Ini tak, dibacanya buku ini, nak buat apa, dah nak kahwin ke, dah nak jadi isteri ke?" **************************** Demikianlah, bingung saya memikirkan gelagat anak-anak zaman sekarang. Jika anak saya gila membaca novel dan menonton TV, saya perhatikan sejumlah anak-anak saudara saya pula obses dengan gajet elektronik mereka. Mereka seolah-olah berada dalam dunia sendiri, suasana persekitaran tidak dipedulikan - mereka tidak ghairah untuk bertegur sapa dan berbual-bual dengan saudara mara. ************************ Pada kesempatan sebagai guru tuisyen hujung minggu, kadang-kadang saya bertanya anak-anak murid saya, siapa solat subuh pagi itu. Amat mengejutkan hanya seorang dua mengangkat tangan, bakinya tidak solat. Bukan saja solat subuh, tetapi solat waktu lain pun mereka tak tunaikan. *********************** Demikianlah akhlak anak-anak muda termasuk pelajar semakin buruk, kewajipan agama seperti solat semakin terlerai. Ibu bapa, guru dan anak-anak dewasa ini didakwa terlalu mementingkan kejayaan akademik, soal keagamaan terutama dari segi amalannya tidak berapa dititik-beratkan. Kejayaan diukur dengan deretan A dalam peperiksaan awam sedangkan pegangan agama termasuk akhlak ditolak ketepi. ************************** Hakikatnya, dalam mencorak generasi muda, bukan saja ibu bapa dan guru bertanggungjawab tetapi hampir seluruh institusi masyarakat seperti kepimpinan negara, media massa (bahan bacaan dan penyiaran) , masjid (rumah ibadat), keluarga besar (datuk nenek, bapa saudara dan sebagainya) serta persatuan dan pertubuhan setempat termasuklah perkumpulan belia. ************************ Namun apa yang kita perhatikan, kebanyakan daripada institusi ini mulai tempang; anak-anak dipengaruhi dengan elemen buruk menyebabkan kelompok yang terbabit dalam dunia pendidikan seperti guru menjadi bingung; apa yang diajar di sekolah tidak dipraktikkan di luar, malah di sekolah sendiri. ************************* Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, media massa kita sudah menjadi 'kurang ajar' menyebabkan anak-anak juga menjadi 'tak terajar'. Ibu bapa dan guru di sekolah bukan agen tunggal pendidikan; anak-anak juga belajar melalui media massa dan persekitaran. Ada yang belajar melalui filem dan drama Korea, Jepun, Hollywood, Bollywood dan Indonesia. Sinetron dari seberang amat diminati. *************************** Anak-anak juga didedahkan dengan bahan bacaan kurang sesuai termasuklah lambakan novel; jadi tak hairanlah jika anak di sekolah rendah saya turut membaca novel 'Sebenarnya saya isteri dia' sedangkan sepatutnya dia istiqamah dalam menunaikan kewajipan agama di samping menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menginsafi 'Sebenarnya saya calon UPSR'!
Published on May 18, 2014 16:24
May 14, 2014
Dear workers; let's 'stop' 5 minutes for reflection...
******************* In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ********************* Reflection ********************* The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. **************************** DEAR workers; 1st May is Labour Day. As you dear readers especially workers reading between the lines of this article, perhaps it is not late for me to wish you Happy Labour Day. May Allah SWT bless you in your work and accepts it as your 'ibadah' (act of devotion) to Him. ************************* In conjunction with this 'special' day, may I seek permission from you, dear workers to 'stop' five minutes from your busy and priceless schedules to continue reading this article? Don't worry, it would be a short one; I purposely have written it precisely, its length only half my normal weekly article, so it would only take a few minutes to grasp the idea and then do the thinking, including as you are on your job... ************************* As an 'ex-worker' (officially, but in Islam there is no such thing as retiring oneself from work), I must confess that there were times during my working years of more than 12 years in a top publishing house and another 13 years in Harakah, when it was totally a 'nightmare' for me especially at the former. ******************************* It was true as for almost 20 years (1994-2012) I had traveled almost daily to and from my house in Melaka to my offices in Kuala Lumpur. In the early morning I would dash off to work by express bus and only come home late at night when my children had already slept. I would only sleep a few hours, and at dawn the next day I would be on my bike, dashing off to catch the bus. ******************************* I have written about some of the 'nightmares' in my own published work 'Dilema Seorang Wartawan Islam' (The Dilemma of a Muslim Journalist) such as I had became so obsessed in my work as a journalist and at times denied myself from performing some of my religious obligations. ************************ In the preface to the book, I acknowledged that in the early days of becoming a journalist, one thing that was in my mind was "work, work and work and at the end of the month would be eager to get my 'gaji' (salary)." ************************** Yes, many of us work because of the pay, and one sad thing would be that obsession with getting money would become our 'target' or 'goal' in life. We would have forgotten that 'money' is only a tool for us to reach our ultimate goal. Scholars liken it to a 'galah' (bamboo pole) to be used to 'jolok' (push) fruits such as 'mangga' (mangoes). Our goal would be to have the mangoes not the bamboo pole. ************************** To know what is our goal we must first know why we were sent into this world and where we are heading for. In short what is our duty? On why we were sent into this world, in Surat Adh-Dhariyat 51:56 (The Winnowing Winds) Allah SWT says with the meaning; “I have only created jinn and men, that they may serve Me.” ******************** Yes, human existence along with the jinn are to worship Allah SWT, but many of us, me included, have missed out this very important point. Worldly pleasures such as money (property), position, status and accolades have become our 'goals' in life. As in the case of ‘nudging the mangoes' is the pole our 'target' or is it the mangoes? *************************** During my early years in office, I worked like mad. There were times I would head for work at 3.00 am (starting the first Malay evening newspaper - Harian Metro) and slog on until 12.00 midnight; the question is how were my religious obligations such as 'solat' (prayers) and relationship with my wife and children? Is working such a way in line with our claims that it is part of 'ibadah' (worship)? ********************** So dear readers, if you are still carrying out a life just like what I had experienced in my younger days, please 'do pause'...and start thinking; "what and where actually am I heading?" Working should be part of our 'ibadah' and to qualify for that status, all the terms laid out by the religion should be fulfilled - for example 'solat' at the workplace and are you in a business forbidden by Islam such as in industries involved in gambling, alcohol production or practicing usury. *********************** Time is running out, my five minutes '2 sen lecture' is over; now it is your turn to make a decision - ask yourself first my dear readers - is having the bamboo pole your goal or is it the mangoes itself? Remember life is too short a time -- there is no point regretting of not being on His straight path when we are already six feet underground!
Published on May 14, 2014 15:58
May 9, 2014
Bolehkah ke bulan tanpa roket?
********************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************* Renungan *********************** "Maka barangsiapa yang derhaka dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya." - Q.S An-Nazi'at 37-41 ************************* BULAN sinonim dengan PAS manakala DAP dengan roket. Kerap dibahaskan termasuklah mutakhir ini apabila isu hudud menjadi 'tersangat hangat', apakah boleh PAS 'sampai ke bulan' (antara matlamatnya masa kini ialah mendapat kuasa memerintah negara menggantikan Umno-BN) dengan tidak 'menunggang roket' (bekerjasama dengan DAP)? ************************** Saya serahkan hal ini kepada mereka yang arif termasuk politikus kedua-dua parti, namun apa yang saya celotehkan tidak ada kena mengena secara langsung dengan PAS atau DAP, tetapi mengajak pembaca memikirkan mengapa sehingga kini tiada seorang pun rakyat Malaysia dihantar ke angkasa selepas Sheikh Muszaphar Shukor melakukannya hampir tujuh tahun lalu. ************************ Tanggal 21 Oktober 2007, 'The Flying Sheikh' selamat kembali ke bumi selepas 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kapsul Soyuz TMA-10 mendarat di Arkylk, Kazakhstan. Persoalannya sudah banyak tahun berlalu, tetapi mengapa angkasawan kedua negara, Mejar Faiz Khaleed dibiarkan 'terkebil-kebil' tidak dihantar ke angkasa lepas -- kasihan beliau kerana umurnya sudah semakin lanjut, 34 tahun! ************************** Akuilah, misi Sheikh Muszaphar yang ke ISS bersama kosmonaut Rusia, Yuri Mallenchenko dan komander Peggy Whitson dijayakan dengan 'kita menumpang teknologi orang' (Rusia), hakikatnya negara kita tidak mempunyai sebuah pun kapal angkasa (roket). ************************ Jadi persoalannya, 'bolehkah kita ke bulan tanpa roket?' Malah ada kritikan pedas yang menyatakan 'The Flying Sheikh' hanyalah peserta atau pelancong angkasa lepas dengan kerajaan Malaysia dikatakan membelanjakan RM95 juta untuk projek itu (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Maximus Ongkili mendakwa hanya RM39.11 juta dibelanjakan). Ia adalah sebahagian daripada satu persetujuan membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi 30-MKM, berjumlah berbilion-bilion ringgit. *********************** Pada pandangan saya, jika kerajaan Malaysia dan rakyatnya benar-benar serius dalam menjayakan projek angkasa lepasnya, ia sewajarnya bermula 'dari bawah' dan bukannya 'dari angkasa lepas'. Ya, seorang rakyat Malaysia sudah berada di angkasa lepas malah telah melakukan penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di ISS; tetapi persoalannya apa rentetan daripada peristiwa bersejarah itu? ************************* Dua negara pesaing, Rusia (Soviet) dan Amerika memajukan teknologi angkasanya puluhan tahun sebelum menghantar manusia ke sana termasuk apa didakwanya mendarat di bulan. Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) melakukan ujian demi ujian; suatu ketika dulu kapal angkasanya, Challenger, meletup ketika berlepas menyebabkan sejumlah angkasawan terbunuh. Rusia juga membina reputasinya di bidang ini sejak sekian lama; bukan dengan hanya 'sekali ledakan' saja seperti kita yang menghantar 'The Flying Sheikh' tetapi selepas itu senyap saja. ********************* Negara gergasi lain seperti China, Jepun dan India juga giat memajukan industri angkasa lepas masing-masing. Sejumlah angkasawan China bekerjasama rapat dengan rakan mereka dari NASA untuk ke angkasa lepas. Semua negara ini mempunyai stesen angkasa lepas dan sudah pasti kapal angkasa (roket) masing-masing. *********************** Tetapi Malaysia masih tiada roket. Kita 'meledakkan' seorang angkasawan ke angkasa lepas tanpa roket sendiri. Dilaporkan beberapa orang pernah 'diledakkan' ke angkasa lepas sebagai pelancong angkasa lepas - mereka termasuklah Dennis Tito (dari Amerika Syarikat pada 2001), Mark Shuttleworth (dari Afrika Selatan-2002), Greg Olsen (Amerika -2005) dan Anousheh Ansari, seorang wanita Muslim Iran yang tinggal di Amerika. Setiap orang membayar antara RM80-RM100 juta; jumlah wang yang hampir sama dibelanjakan untuk perjalanan Sheikh Muzaphar bagi membolehkan namanya dicatatkan sebagai angkasawan pertama negara. ********************** Mengenai 'program angkasawan' Dr Faiz, yang 'dibiarkan terus menanti', dalam satu wawancara berkata: "Agensi Angkasa Negara sudah melakukan ‘postmorterm’ tentang program pertama dan apa yang boleh diperbaiki dan kita tidak mahu tergesa-gesa. Bermaksud, kita perlu kendalikan perkara ini secara dasar dulu. Tak guna kalau kita nak pergi ‘second trip’ atau ‘third trip’ tetapi tidak ‘address’ kelemahan yang lepas-lepas, jadi itu yang penting." ***************************** Ya, jangan tegesa-gesa 'meledakkan' individu tertentu ke angkasa sedangkan kita 'tiada roket' (teknologi angkasa lepas kita belum ampuh). Majukan dulu anak bangsa - apa guna jika seorang dua rakyat sudah ke angkasa raya sedangkan ada (ramai juga) anak watan masih ke sekolah yang tiada bekalan elektrik nun jauh di pedalaman negara!
Published on May 09, 2014 16:12
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.