Roslan Hamid's Blog, page 169
December 20, 2013
Teladanilah Mandela; 'pergilah sebelum orang benci...'
************************* Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************ Renungan *************************** "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 *********************************** HARI Sabtu, 7 Disember 2013 saya berada di Manipal, India. Selepas subuh hari itu, ketika menatap akhbar "Deccan Herald' agak 'terasa' saya melihat 'headline' (kepala beritanya) 'Peace hero Mandela passes away'. Di muka 15, ada belangkasuka bertajuk 'Mandela, the Gandhi of South Africa'. ***************************** Mengapa saya katakan saya 'terasa' dengan berita pemergian Mandela? Ini kerana saya sebagai wartawan pada April/Mei 1994 membuat liputan pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan yang membawa kehancuran dasar aparteid seterusnya menobatkan Mandela sebagai Presiden Afrika Selatan pertama di kalangan orang bukan kulit putih. ******************************* Ya, sebagai wartawan mungkin saya telah berusaha membuat laporan sebaik mungkin mengenai pilihan raya bersejarah itu, tetapi sebagai individu yang mempunyai hati dan perasaan apa yang sudah saya pelajari daripada kisah hidup insan yang pernah terpenjara di Pulau Robben selama 27 tahun itu? *********************************** Daripada pelbagai sumber bacaan, saya andaikan Mandela pada zaman mudanya adalah seorang pemberontak, melakukan tentangan agresif yang berakhirnya dengan dirinya meringkuk dalam penjara dan pengasingan - bukan setahun dua tetapi puluhan tahun. ******************************* Penjara telah 'mematangkan' si pemberontak bernama Mandela. Dia mula menyedari taktik gerila (ganas) tidak akan membawa bangsanya dan negara Afrika Selatan yang dicintainya ke mana-mana. Daripada seorang pejuang pembebasan, Mandela melalui 'transformasi' menjadi pemimpin sedia berunding, mendengar, berubah, melakukan pengubah-suaian, dan memperhalusi tindakannya. Dia sudah bersedia bersabar menempuh onak duri sepanjang perjalanan mencapai matlamat perjuangannya. *********************************** Mandela 'yang matang' amat jitu dalam prinsip dan matlamat utama perjuangannya - membebaskan Afrika Selatan terutama orang kulit hitam daripada dasar penghambaan aparteid seterusnya membuka lembaran baru kepada semua warga Afrika Selatan tanpa mengira warna kulit dan kedudukan. Dan semua itu sudah diraihnya melalui pilihan raya 1994. ******************************* Selepas berakhirnya pilihan raya bersejarah itu, saya jarang mengikuti perkembangan di Afrika Selatan sehinggalah negara itu bersiap sedia mengadakan pilihan raya kedua selepas berakhirnya aparteid pada 1999. Pada pilihan raya ini, Mandela sebagai pemimpin ulung Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berpeluang menang besar dan kembali menjadi presiden buat penggal kedua, memilih untuk berundur, membuka laluan kepada timbalannya, Thabo Mbeki menerajui negara. ******************************* Mandela pernah berkata: "Untuk mengawal sekawan lembu, kamu berdiri di belakang dengan memegang ranting; lembu yang 'cerdik' akan ke depan untuk mengetuai kumpulan lembu itu." Ya, pemimpin yang cerdik, berdirilah di belakang, bukan gila untuk berada di depan selama-lamanya! **************************** Demikianlah, contoh hebat ditunjukkan negarawan hebat! Mandela enggan berada di puncak kuasa buat tempoh lama, tidak seperti banyak diktator dan presiden serta perdana menteri (bagi negara) dan CEO organisasi (bagi syarikat dan agensi) yang 'lapar' atau gila untuk berkuasa 'dulu, kini dan selama-lamanya' sehingga ada yang membunuh pesaingnya seperti dalam kes gantung sampai mati pemimpin Jammat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Mollah. ****************************** Sekalipun dibunuh dan dihina sedemikian rupa, orang yang berada di jalan lurus seperti ramai nabi-nabi dan pada zaman moden ini Hasan Al-Banna, Syed Qutb dan Dr Mohamad Morsi (masih hidup) terus harum nama mereka sedangkan pemimpin yang mahu berkuasa 'dulu, kini dan selama-lamanya' seperti Firaun, Namrud (zaman dulu) dan pada zaman moden, Marcos, Gaddafi, dan mungkin Basar Al-Assad serta Bush melalui pengakhiran yang penuh penghinaan. **************************** Demikianlah, wahai insan terutama pemimpin; insaflah, ikutilah laluan yang telah dirintis dan ditunjuki negarawan termasyhur dunia abad ini, Nelson Rolihlahla Mandela - 'pergilah (atau berundurlah) sebelum orang benci!'
Published on December 20, 2013 08:06
December 15, 2013
Malam adalah 'untuk berehat' di Manipal...!
********************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan **************************** "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku." (Surah Yaasin, ayat 23) *************************** KETIKA mula menulis 'celoteh' ini saya berada di Manipal, di negeri Kartanaka, India. Saya mengambil peluang menziarahi seorang anak lelaki yang akan tamat pengajian dua setengah tahunnya di Kolej Perubatan Melaka-Manipal Februari depan. *************************** Perjalanan dari tanah air ke Manipal meletihkan. Dari Kuala Lumpur, saya menaiki pesawat ke Bangalore, ibu kota Kartanaka yang terletak di tengah-tengah bahagian selatan India. Dari Bangalore menaiki pesawat dalam negeri ke Mangalore iaitu sebuah bandar pelabuhan yang terletak di pesisir Laut Arab yang jauhnya 350 kilometer dari Bangalore. ***************************** Dari Mangalore pula melalui 'jalan agak teruk' dengan menaiki kereta pelbagai guna (MPV) ke Udupi yang terletak 60 kilometer ke utara dan akhirnya ke Manipal, sebuah bandar pinggiran Udupi yang terkenal dengan beberapa kolej perubatannya seperti Kolej Perubatan Kasturba yang menjadi tempat belajar angkasawan pertama negara, Sheikh Muszaphar Shukor. ********************************* Manipal adalah sebuah 'bandar ilmu' terutama dalam bidang perubatan dan keadaan bandar ini yang agak unik dari kaca mata saya membuat saya tertarik untuk mecelotehkannya dalam ruangan ini. ****************************** Manipal kira-kira enam dekad dulu, adalah sebuah kawasan berbukit tandus dengan hanya beberapa batang pokok. Tetapi di atas usaha seorang doktor berwawasan tinggi, Dr TM A Pai, bandar yang bermaksud 'kawasan berlumpur di tepi tasik' dalam bahasa Tulu bertukar menjadi pusat ilmu bukan saja menjadi kebanggaan India tetapi masyhur di peringkat antarabangsa. **************************** Universiti Manipal saja mempunyai 19 kolej, daripada bidang perniagaan, kejuruteraan dan sains kesihatan. Manipal juga berbangga dengan wujudnya Muzium Anatomi dan Pathologi (MAP) yang terbesar di Asia. Muzium ini menempatkan ribuan spesimen asli manusia (bukan plastik) daripada rangka hinggalah alat kemaluan mereka! **************************** 'Keunikan' Manipal boleh 'dirasakan' sebaik saja seorang mendaftar masuk ke hotel penginapannya. Hanya sebutir kecil sabun perubatan disediakan dalam bilik (berbanding hotel di tempat lain yang menyediakan pelbagai kelengkapan seperti syampu); nampaknya penghuninya berusaha 'meminimumkan' penggunaan semua jenis barangan termasuklah plastik dan yang lebih penting lagi penjimatan elektrik. ************************** Apa yang mengejutkan saya, mulai jam 9.00 malam (berdasarkan pengamatan saya), bandar Manipal sudah bergelap apabila hampir semua lampu jalan dipadamkan. Pendeknya, kegiatan dan urusan luar rumah dan bangunan sudah terhenti; fikir saya mungkinkah orang Manipal sudah bersiap sedia untuk masuk tidur! ************************** Seorang pelajar mengesahkan dugaan saya itu. Katanya, menjelang tengah malam, hampir semua kegiatan dihentikan; restoran pun perlu menutup kedai pada jam 11.00 malam, demikian juga pelbagai kemudahan awam seperti perpustakaan. ************************** Pendeknya, malam bagi orang Manipal adalah untuk tidur dan bagi 'pemburu ilmu', mereka bersengkang mata di rumah sendiri bukannya 'merayap' di kedai-kedai 'mamak' dan makanan segera 24 jam; suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi di negara kita! ********************** Sebagai penghuni 'bandar ilmu', orang Manipal faham bahawa malam dijadikan Tuhan untuk berehat selepas berhempas pulas bekerja atau menuntut ilmu pada siang harinya. Selain itu mereka dapat berjimat dari segi penggunaan elektrik dan tenaga manusia. *************************** Apabila cukup tidur pada sebelah malam, bersemangatlah orang Manipal terutama puluhan ribu pelajarnya memburu ilmu pada siang harinya. Mungkinkah ini rahsia yang membuatkan Manipal semakin dikenali di kalangan cendekiawan dari seluruh pelosok dunia termasuk ribuan pelajar dari Malaysia yang menuntut di sana. Salam daripada LanH di Manipal.
Published on December 15, 2013 08:17
December 10, 2013
You are what you eat...(Part 2)
*************************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ************************ Reflection ************************ The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ************************** IN Islam, 'you are what you eat' (the food you take) do not end up with only our physical appearence and health but most importantly it effects our inner self or spiritual aspect of life (our soul). ************************ The effects of taking 'haram' (forbidden) food make it hard for us to be associated with the positive way life such difficult to perform one's 'solat' (prayers) or gaining 'khusyuk' (total concentration) when doing it. ************************** The flesh that 'grows' from taking 'haram' food need to be fed with 'haram' food. This viscous circle would burden a person and it is difficult to be freed from it. It would definately block a person from having His (Allah SWT) straight path or light. ************************ A miniature portion of 'haram' food badly effects our heart. It is liken to a drop of ink on a white sheet of paper, if more drops fall on the paper, the sheet would be blackened and of no use anymore. ************************* If the heart is blacken, it would be difficult for us to differentiate what is good and bad. 'Haram' food that 'grows' and gives strength to our body, blood and flesh would end up as fuel in Hellfire. ******************** Every scoop of 'haram' food that is fed into our mouth would have the say in our attitudes and actions. The Prophet (peace be upon him) says: "That flesh which has grown out of haram food will not enter 'jannah' (paradise). Hell has more right to it." (Ahmad: Tirmidhi) ********************** He, s.a.w. also said, "There will come a time upon my ummah when people will not be concerned over what they take. It will not matter for them whether it is haram (forbidden) or halal (permissable)." (Bukhari: Nasai) ******************** It is further reported that, "When this time comes, then none of their 'duas' (supplication) will be accepted" (Razeen). It is narrated in another hadith, "It is better for you to consume sand rather than eating anything 'haram'." (Ahmad) ********************* 'Haram' food has a detrimental effect on one's spiritual development. It has a direct effect on one's actions. One who consumes haram will not feel any enthusiasm to perform good deeds and it will lead him/her towards sinful deeds. Haram also acts as a barrier such that 'duaas' are not accepted. ********************* The Almighty Allah (SWT) says, "O people of Imaan! Eat of the pure things (halal) that We have provided for you, and be grateful to Allah." (Surah Baqarah 2:172) ******************** On the authority of Abu Huraira (r.a.) who said, The Messenger of Allah SWT said, "Allah, the Almighty is pure and accepts only that which is pure. Allah has commanded the faithful to do that which he commanded the messengers, and the Almighty has said, 'O Messengers! Eat of the pure things, and do righteous actions'. And Allah the Almighty has said: "O` you who believe! Eat of the pure things wherewith we have provided you." Then he mentioned (the case of) a man who, having journeyed far, is disheveled and dusty and who spreads out his hands to the sky (saying): O' Lord! -- While his food is unlawful, his drink unlawful, and he is nourished unlawfully, so how can his supplication be answered!" (Muslim) *********************** In another narration, it is narrated that an angel at Bayt al-Maqdis proclaims every day and night: “Whosoever consumes unlawful (haram) food, Allah SWT will not accept his obligatory (fard) and voluntary worship.” (al-Kaba’ir of Imam Dhahabi) ************************* Other than 'haram' food that should be avoided, Muslims are told to be moderate in his eating and drinking. One who does not follow this rule would have the effect of spoiling his body and health. ********************** A good Muslim is moderate in everything he does including when taking his food and drinks. He do not eat or drink what is harmful, especially if it is forbidden. He also avoid greed and consume only what he needs to maintain his well-being and energy. The Qur'an says with the meaning: "Eat and drink; but waste not by excess, for Allah loves not the wasters." (Qur'an 7: 31) ************************* Regarding this matter; the Prophet s.a.w. said: "Man has not filled a container worse than his stomach; he should be satisfied with a few bites to survive. However, if his appetite beats him, let it be a third (of his stomach space) for his food and a third for his drink and a third for his breath." (Ahmad) ************************ Umar al-Khattab said: "Beware of filling your stomach with food and drink, for it is harmful to the body and causes sickness and laziness in performing prayers. ******************** "Be moderate in both food and drink, for that is healthier for your bodies and furthest removed from extravagance. Allah will hate the fat man (one who revels in a life of luxury), and a man will not be condemned until he favours his desires over his religion." ********************* Fatness appears when the human body takes more calories than it needs, that is the food entering the body is much greater that what is need or excreted. ************************* Therefore, in order to achive the right balance, food must be choosen correctly to give the body what it needs from proteins, vitamins and so on. *********************** Good prices should be considered because it is included in the order of Allah SWT not to waste. The food should be well-grown and well-cooked to reduce the harm that could occur. - Rules for the Muslim Home (Sa'eed Muhammad Al-Deeb, IIPH) ********************** In Islam, one does not eat to meet a physical need or for pleasure but to support the body the body to worship Allah SWT, The Most Sufficient 'Who feeds and is never fed'. (Bukhari) ********************** Eating becomes an 'ibadah' (act of worship) when undertaken with the right intention, in conformity to Islamic law, by following the Prophet's (s.a.w.) example and with a deep understanding of the act itself. ****************** In Islam, food is a blessing, a gift and sustenance from Allah SWT The Most Exalted. When we eat with the consciousness that it is an act of worship, we are more likely to be less wasteful in our eating, eat less and think of others who are in need of food. ********************* When consumed with consciousness of Allah SWT, food becomes a source of divine grace and blessing (barakah). - Eating in Islam (Perkim) ******************* You are what you eat...a good Muslim eat 'moderately' thus he would lead a 'moderate' life style. ******************** The Prophet s.a.w. described moderation in eating as a characteristic of the Believer: "The Believer eats in one stomach whist the disbeliever eats in seven." (Bukhari and Muslim)
Published on December 10, 2013 08:05
December 8, 2013
Lakukan sesuatu kebaikan itu lagi dan lagi...
*********************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan ************************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim) ********************** AKHIR tahun sinonim dengan cuti. Seorang anak dara saya 'semacam dipaksa atau terpaksa' ke dapur memasak dan menyediakan makanan. Kesediaannya untuk ke dapur sewajarnya dipuji kerana saya tahu ada anak dara lain yang sedang menuntut langsung tidak mahu masuk ke dapur. *************************** Bagaimanapun, si anak saya tak terlepas daripada merungut: "Boringlah, dan 'tension' hari-hari nak ke dapur. Bosan sungguh menghadapi perkara yang sama setiap hari. Huiii, boringnya. Boringgg!" ********************** Apabila isteri 'mereportkan keboringan' si anak kepada saya; saya berlagak pandai menjawab: "Kalau kita anggap pekerjaan itu sebagai satu paksaan, tentulah kita boring. Apa kata, anggaplah memasak itu sebagai ladang untuk menyemai pahala. Semuanya berpahala. Potong sayur dapat pahala, siang ikan dapat pahala, jerang air berpahala, tanak nasi berpahala. Tetapi semua itu perlu dilakukan secara ikhlas dengan hati dan (boleh juga) mulut kita sentiasa berzikir; insya-Allah semuanya akan mendatangkan kebaikan kepada kita dunia dan akhirat." ************************* Ya, saya pandai cakap saja; pada peringkat pelaksanaan saya adalah antara orang paling tidak sabar. Suruhlah saya buat pekerjaan leceh dan rumit di dapur seperti mengacau rendang serunding dalam kuali, saya adalah orang pertama angkat kaki. Demikian juga apabila disuruh mengasah pisau, saya akan 'cabut' - saya tak sabar dalam melakukan kerja-kerja penuh penelitian dan rumit ini. Suruh masak, lagilah saya tak tahu; yang saya tahu goreng telur dan tanak nasi dalam periuk elektrik saja; jika tidak ada lauk, itulah yang saya 'bedal' - nasi berlaukkan telur berkicap! ******************************* Pada ketika saya kerap memikir-mikirkan akan jawapan sebenar kepada 'keboringan' anak saya dalam bab memasak itu, suatu malam semasa menghadiri kelas pengajian antara maghrib dan isyak, 'terbentanglah' jalan keluar daripada sikap 'keboringan' yang selalu kita hadapi apabila saya mendengar sang ustaz antara lain berkata: "Kehidupan yang baik adalah pengulangan daripada perlakuan baik kita. Misalnya, semalam kita solat, hari ini kita solat dan insya-Allah esok kita solat lagi. Dari sehari ke sehari kita cuba tingkatkan mutu solat kita agar solat hari ini lebih baik daripada semalam dan insya-Allah esok lebih baik daripada hari ini." ******************************** Saya pun terbayang jawapan kepada 'keboringan' anak saya. Wahai si anak, semalam awak masak, hari ini pun awak masak dan insya-Allah esok pun awak masak. Tetapi masak hari ini jangan sama seperti semalam sebaliknya kita cuba membaiki mutunya supaya makin lama makin bagus. Jika niat dan cara kita betul, insya-Allah semalam kita dapat pahala, hari ini pun dapat pahala dan esok pun dapat pahala. Jadi jangan ada perasaan untuk rasa 'boring' tetapi teruskan aktiviti memasak lagi, lagi dan lagi, lagi. *********************** Sampai bila hendak membuat sesuatu kebaikan itu lagi dan lagi, tanya sang ustaz? Jawapannya, sampai dunia ini kiamat atau 'kita dikiamatkan'. Matilah tu. ************************ Amat-amatilah bahawa pengulangan berlaku dalam setiap kebaikan kita buat. Misalnya dalam solat kita akan mengulang-ulang perbuatan dan bacaannya misalnya Al-Fatihah diulang-ulang pada setiap rakaat. Demikian juga bacaan zikir, semuanya diulang-ulang balik. Kita ulang solat wajib lima kali sehari semalam. *********************** Hari ini kita baca Quran, esok insya-Allah kita akan baca lagi, lusa kita baca lagi; kita buat perkara ini bagi mendapatkan keredaan-Nya semata-mata. *************************** Bagi bab puasa pula, Ramadan tahun lalu dan sebelumnya kita sudah berpuasa, Ramadan tahun ini kita juga akan berpuasa dan Ramadan-Ramadan yang akan datang kita juga akan berpuasa, insya-Allah. ************************ Ustaz menerangkan sesuatu amalan kebaikan perlu dilakukan secara konsisten (berterusan) biarpun sedikit. Misalnya dalam bab bersedekah, hari ini kira menderma RM1, esok kita menderma RM1 lagi, lusa kita menderma RM1 ertinya kita melakukan sesuatu kebaikan itu lagi, lagi dan lagi sampailah ajal menjemput kita. Semuanya dilakukan secara ikhlas, jadi tidak timbul soal seperti 'boring' seperti diungkapkan anak saya. ************************** Adalah bagus untuk seseorang itu beristikamah menderma RM1 setiap hari tetapi adalah lebih bagus jika dia dapat meningkatkannya menjadi RM2, RM3 dan seterusnya yang juga dapat dilakukannya secara konsisten. Ertinya dia cuba menjadikan kebaikannya pada hari ini lebih baik daripada semalam dan insya-Allah esok pula lebih baik daripada hari ini. *********************** Mungkin saya sudah 'nampak' apa yang cuba dijelaskan oleh sang ustaz mengenai keperluan kita melakukan sesuatu kebaikan itu 'lagi, lagi dan lagi lagi (almaklumlah saya sudah tua); tetapi macam mana saya mahu menjelaskannya kepada anak dara saya yang 'merungut asyik-asyik dia kena memasak'. *********************** Namun saya tak salahkan anak dara saya itu 100 peratus kerana ketika saya seusianya dulu, saya lagi teruk; jangankan disuruh saya memasak, disuruh membeli barangan dapur yang terputus bekalan pun saya pandai membuat akal 'mengelat'. Itulah sebabnya sehingga kini saya hanya pandai menggoreng telur; nak suruh saya masak asam pedas, jawapannya tak makanlah satu keluarga!
Published on December 08, 2013 22:39
December 3, 2013
You are what you eat...
********************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ************************ Reflection ********************** Surah 114 ******************* An-Nas, the second of the two cries for refuge and protection, takes its name from a recurring word which marks the rhythm in the Arabic. In this case protection is sought especially from the evil in a man's own heart in the hearts of other men. An early Meccan revelation ****************** MANKIND ****************** Revealed at Mecca ***************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful. **************************** 1. Say; I seek refuge in the Lord of mankind, ************************ 2. The King of mankind, ************************ 3. The God of mankind, ************************* 4. From the evil of the sneaking whisperer, *************************** 5. Who whispereth in the hearts of mankind, ******************************* 6. Of the jinn of mankind. ****************** (The Meaning of the GLORIOUS QUR'AN, The Final Revelation, An Explanaory Translation by Muhammad Marmaduke Pickthall) ***************** AS a diabetic, I have four appointments yearly with a local clinic; during the latest routine medical check up I was directed by some nurses to go to a dark room where they were screening a documentary regarding the ugly side or effects of diabetes especially during the final stages of patients suffering the disease where 'limps were amputated'...and "oh my God, I was scared!" ************************** I was forced to spend more than 40 minutes of 'my precious time' with some 15 other 'patients'. A Chinese 'veteran' who was seated next to me showed 'a face full of displeasure face' and he was restless throughout the session and kept on repeating 'aaiyaah, aaiyah!' Once, he left his chair and went out of the room but was 'coaxed' back to his seat by the nurses. *********************** Many of the 'patients' who were highlighted in the documentary programme, regreted their past lives of having 'bad habits' such as drinking alcohol and taking food and drinks with excessive sugar and salt contents. *********************** In my opinion, 'the show' was a good effort to 'guide' us as diabetic patients; only perhaps it was quite late to show us 'that stuff' as we had already afflicted by the disease; wouldn't it more proper and more effective to screen it to young citizens of our country such as school children and students of universities? ********************* We’ve all heard the old adage ‘you are what you eat’; well I must admit that during my younger years I just took for granted the foods I consumed including high level of sugar intake and now at 50, I am diagnosed with diabetes. But why must the authorities took effort to guide me now and not some 30 years ago when I was a 'roaring' young man who was 'thirsty' of information and knowledge? **************************** Only at 50; I realize that there is a need of greater awareness about the foods we are consuming. There are many foods which are silently killing us and compromising our health but we are hardly aware of it till we are stricken by an illness. ************************* The notion that to be fit and healthy you need to eat good food. It was said that 90 percent of the diseases known to man are caused by cheap foodstuffs. So how true is the saying that you are what you eat? ******************************** There's a book entitled 'You Are What You Eat' by a clinical nutritionist Gillian McKeith to guide us on this subject. If your body could talk what would it say about you, asked McKeith. ********************** We’ve all heard the old adage ‘you are what you eat’, but have you ever stopped to think exactly how true that is? Put simply, healthy eating is the key to wellbeing. We all have up to 100 trillion cells in our bodies, each one demanding a constant supply of daily nutrients in order to function optimally. ********************** Food affects all of these cells, and by extension, every aspect of our being: mood, energy levels, food cravings, thinking capacity, sex drive, sleeping habits and general health. If you feed your body junk and convenience foods it’ll simply lay down fat, lower your energy, even your brain power. *********************** At a time when around half of all women and two thirds of all men in the UK are overweight or clinically obese and the estimated cost to the country is 18 million sick days and 30,000 deaths a year, and 40,000 lost years of working life in England alone (source: National Audit Office), this is a serious issue. ******************** We occasionally do hear about the harmful aspects of various foods but we do not pay much attention to these little warnings because a lack of awareness about this aspect. ************************* Thus, I am hopeful that the Ministry of Health and the Ministry of Education could co-operate in organizing programmes to educate the young about the importance of leading a healthy lifestyle including taking the 'correct foods' and for Muslims 'halal' (permissible) ones because in Islam, food consumed must be clean, pure and safe. ************************ Regarding dietary regulations; many verses of the Qur'an draw man's attention to his own self and invite him carefully and seriously to study his body and soul and the nature of their mutual relationship. It is therefore necessary to keep the physical body very healthy so that other things (i.e., spirit and soul) may also remain healthy and so help him in the service of both his material and spiritual attainment. Diet has therefore played an important role in Islamic medicine. Islam has prohibited certain foods because of their ill effects and allowed all other pure, good and clean things. ************************* "O Muhammad! Ask them who has forbidden the decent and clean things that God has produced for His servants and (who has forbidden) the good and pure things of life granted by Him. Say: All these things are for the believers in this world but on the Day of Resurrection, these shall be exclusively for them. Thus do We make clear Our revelations to those who possess knowledge." (Qur'an 7:32) ********************** And in Surah Al-Baqara, we read, "O believers! Eat of the good and pure things that We have provided for you and be grateful to God, if you are true worshipers of God." (Qur'an 2:172) *********************** Then people in general are advised to eat good and pure things and not to indulge in impure, bad and harmful things, following their open enemy, the Devil. ************************** "O People! Eat of what is lawful and good on earth and do not follow the footsteps of the Evil One, for he is your open enemy." (Qur'an 2:168) ***************************** The Qur'an has also given very useful tips regarding a balanced diet which contains every useful ingredient necessary for the growth, strength and repair of the human body, including animal protein, fat, calcium, iron, salts, etc. The most balanced diet consists of meat, fish, fresh milk, cheese and fruit. *********************** Fish is considered to be food of very high protein and very important for human consumption. The Qur'an refers to this fresh food in these words, "It is He Who has made the sea subject, that you may eat thereof flesh that is fresh and tender." (Qur'an 16:14) ************************ Nowadays our government is said to be very concerned about the rakyats' health and a 'precaution step' was taken by abolishing subsidies for sugar resulting a higher price for that necessity in the name of having healthy citizens; then let us guide or younger generation for better health with my 'two cents worth' suggestions. ********************** Perhaps the government was right in checking the intake of sugar by the rakyat. This was because in maintaining a nutritious diet and a healthy weight, sugars should be used in moderation by most healthy people and sparingly by people with low-calorie needs. *********************** But from my own observations and experienced in bringing up my children; the young are fond of carbonated drinks either tinned or bottled ones. These drinks are very high in sugar contents; so why not the ministries concerned precaution the young not to consume these drinks. Do dot be 'afraid' if these products could not be sold because of the small demand resulting in the government losing a lot in tax collection for isn't it we are hoping to produce healthy citizens? *************************** The young generation too should be stop from taking too much fast food which are known to be with high level of salt (sodium chloride); so stop from establising too many of such restaurants and kiosks including those with international trademark. The young should be reminded that a healthy diet is an important part of being a good and healthy citizen. ************************** Nowadays we are witnessing the mushrooming of 24 hours restaurants including of the fast food chains and 'mamak' outlets or those operating until the wee hours of the night. ********************** Many of the patrons are young men; at times they are glued to huge TV screens that aired football games. They are seen having drinks non stop for hours. To 'produce' healthy citizens, why not the authorities 'stop these type of business'; let us teach our 'rakyat', that there are specific times for them to have breakfast, lunch and dinner! **************************** I was told by a friend who had previously resided in an European country, it was difficult to find a restaurant that was open 24 hours in that country; the people there disciplined themselves by observing specific time for their 'makan' (eating) time! Here, we had our 'makan' at any time we wish even at 2.00 am! ********************* Nowadays 'makan-makan' (occasionally eating) have become part of our society. Even there was a TV programme called 'Jalan-Jalan Cari Makan' (Traveling Seeking For Food). ************************ Taking food without specific time could lead to many unwanted circumstances such as overweight. Dieticians reminded us that it is important for people of all ages to maintain a healthy weight. *************************** People who are overweight increase their risk for high blood pressure, heart disease, diabetes, breathing problems, and other illnesses. To maintain a healthy body weight, people must balance the amount of calories in the foods and drinks they consume with the amount of calories the body uses.
Published on December 03, 2013 15:48
December 2, 2013
Muslim minoriti termasuk Rohingya perlu pembelaan segera
******************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 ******************** Kita terus dikejutkan dengan tragedi umat Islam terutama golongan minoriti yang dizalimi di seluruh dunia termasuk orang Rohingya di Myanmar (Burma) yang disembelih beramai-ramai. ************************ Pengusiran orang Rohingya sekali gus memalitkan rasa malu kepada pertubuhan serantau Asean dan sejagat seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang setakat ini malu-malu untuk bersuara apatah lagi bertindak. *********************** Sehubungan itu, kita menyambut baik inisiatif pelbagai pihak prihatin yang mendesak Malaysia sebagai negara anggota kanan Asean dan OIC memboikot Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-27 di Myanmar bermula 1 Disember ini dalam usaha membantah tindakan rejim negara itu yang menzalimi masyarakat Islam Rohingya. *************************** Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia, (Mapim), Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan itu perlu, mengambil kira kejadian yang berlaku seperti membunuh, membakar hidup-hidup mangsa dan merosak serta memusnahkan masjid yang berterusan sejak sekian lama terutama selepas Jun 2012. ************************* Mapim mengesa Malaysia dan semua delegasi kejohanan Sukan SEA membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti-Islam. Kata Azmi, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama di negara itu. ************************ Malaysia yang pernah menjadi Pengerusi OIC dan anggota kanan dalam Asean perlu bertindak segera bagi membela golongan minoriti itu; apatah lagi pemimpinnya kerap mendabik dada, menguar-uarkan ia adalah negara contoh terbaik umat Islam. *********************** Berdasarkan sejarah, kita tahu PBB akan bertindak segera untuk menangani apa yang mereka dakwa keganasan yang berlaku di sesebuah negara umat Islam namun 'lembab' menangani krisis umat Islam minoriti. *************************** Krisis di Dafur, Sudan; Timor Timur (bekas wilayah Indonesia), Iraq; Afganistan, Iraq dan Iran adalah sebahagian contoh begitu 'efisyennya' PBB bertindak. ***************************** Tetapi dalam kes membabitkan penganiayaan ke atas umat Islam seperti di Rakhine (negeri kediaman orang Rohingya di Myanmar), Kashmir (India), Xinjiang (China) dan Chechnya (Rusia), PBB 'tidak berkutik' pun, apatah lagi untuk mengharapkan suara lantang kuasa besar dunia. Masalah Rohingya jelas bukan keutamaan mereka. **************************** Lebih malang lagi, OIC yang mendakwa sebagai 'payung umat Islam' sedunia juga lambat bertindak dalam krisis umat Islam minoriti termasuk orang Rohingya. ******************* Kini selepas lebih empat dekad sejak diwujudkan pada 1969; OIC, pemimpin dan ummah perlulah bermuhasabah diri, mengkoreksi dan memperbaiki apa-apa kelemahan yang menyebabkan umat Islam seluruh dunia dihina sedemikian rupa. ************************* Kita yakin selagi umat Islam terutama pemimpinnya tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-nya selagi itu penghinaan akan dihadapkan kepada umat ini. Kini dari China ke Afrika Selatan, dan dari Amerika Syarikat ke Australia, umat Islam hidup penuh tekanan sehinggakan di negara yang mengaku negara Islam contoh, hukum-hakam Islam dicemuh walaupun baru ada ura-ura melaksanakan sebahagian daripadanya. **************************** Bagi kita, berapa banyak pun sidang OIC, selagi sebahagian besar pemimpinnya dan juga pemimpin negara umat Islam masih berkiblatkan Washington, London dan Moscow, selagi itulah ummah akan dihina. ***************************** Namun berdasarkan perkembangan semasa yang menunjukkan gerakan atau parti Islam di seluruh dunia termasuk di dunia Arab semakin mendapat perhatian rakyat dan berkemungkinan besar untuk didaulatkan sebagai peneraju negara, kita berkeyakinan dan mendoakan umat Islam termasuk golongan minoriti seperti orang Rohingya akan mendapat pembelaan jua, insya-Allah.
Published on December 02, 2013 15:15
November 29, 2013
Petugas/pemilik media perlu akur halal/haram dalam penerbitan
**************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim) ************* PADA ketika kebebasan media Malaysia berada pada tahap terendah mengikut piawai antarabangsa, pada waktu yang sama juga sesetengah pemilik dan petugas media negara menyemaikan budaya negatif yang menyumbang kepada kerosakan anak bangsa. ********************* Dunia media massa Malaysia hari ini terlalu mementingkan laba sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembina masa depan generasi muda. ************************** Daripada media elektronik (termasuk 'online' dan 'sosial') sehingga media cetak, semuanya berlumba-lumba mendapatkan pelanggan sebanyak mungkin seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda. **************************** Bagi media cetak, daripada akhbar nasional (arus perdana) sehingga akhbar dan majalah picisan, kebanyakannya menyiar gambar dan cerita murahan yang diharap dapat 'menggoda' pembaca. *************************** Akhbar mingguan nasional berbahasa Melayu bersaing hebat untuk menyiarkan gambar-gambar artis separuh bogel untuk tatapan seisi keluarga pada hujung minggu. ****************************** Artis-artis terbabit orang Islam manakala negara ini pula sudah diisytiharkan sebagai negara Islam, malah negara Islam contoh pula! ****************************** Akhbar-akhbar nasional ini juga berbangga menyiarkan keputusan judi (empat nombor ekor) sedangkan pada ruangan lain disiarkan pula segmen agama yang kadang-kadang terdapat rencana yang membicarakan kebinasaan terhadap orang yang bersubahat melakukan maksiat itu. ************************ Majalah-majalah separuh lucah semakin banyak memenuhi gerai-gerai terbuka. Tiada halangan untuk budak-budak sekolah mendapatkannya. *************************** Bagi majalah wanita dan hiburan pula, adalah menjadi kebiasaan untuk mereka menggunakan gambar penghias muka depan yang menggoda. ****************************** Selain majalah separuh lucah, akhbar dan majalah berbahasa Melayu juga sarat dengan kisah berunsur tahyul dan misteri. Kunjungilah gerai-gerai akhbar, kita akan berpeluang menatap akhbar dan majalah dengan tajuk muka depan seperti 'Misteri Kubur Berasap' atau 'Pasangan Zina Melekat'. ************************* Bagi pengamal media elektronik seperti TV pula, selain rancangan yang semakin 'daring', disiarkan juga iklan yang mungkin boleh membuatkan 'datuk nenek' kita pengsan. ************************* Misalnya, sedang kita sekeluarga menikmati sebuah drama Melayu jam 12.30 tengah hari, tiba-tiba disiarkan sebuah iklan krim membesar dan menegangkan payu dara. *************************** Maka terkeluarlah istilah seperti 'menonjol' yang membuatkan kita tersipu-sipu di depan anak-anak. ************************* Berhubung hal inilah, kita tertanya-tanya di mana letaknya fungsi kementerian-kementerian yang bersangkutan terutama KDN dalam merealisasikan kehidupan yang syumul di 'sebuah negara Islam'. ************************** Apakah 'negara Islam' yang diuarkan-uarkan itu hanya sebagai penyedap mulut saja sedangkan realitinya jauh panggang dari api? ********************** Apabila maksiat menjadi-jadi kita hilang punca. Kes penderaan, rogol, bunuh tidak dapat dibendung menyebabkan masyarakat menyalahkan satu sama lain. ******************** Pemimpin mencadangkan itu dan ini, tetapi ternyata semuanya menemui jalan buntu. ********************** Berhubung hal ini kita lihat betapa penyakit yang menimpa masyarakat tidak dirawat dan diberikan ubat yang betul. Jika kaki kiri yang busuk akibat penyakit kencing manis, mengapa pula dipotong kaki kanan. ************************ Jika mahu mengubati sesuatu penyakit, carilah puncanya. Demikian juga penyakit masyarakat yang melanda kita. Kaedah rawatan perlu ditangani daripada akar umbi. ********************** Di sinilah kita berpendapat pengamal media amat penting peranan mereka. ********************** Jika pengamal media tahu dan mengamalkan hukum-hakam agama manakala kerajaan bersedia menjalankan pentadbiran dan undang-undang berdasarkan al-Quran (bukankah 'negara ini sebuah negara Islam!'), kita optimis masyarakat kita dapat diselamatkan.
Published on November 29, 2013 15:08
Sumbangan kecil; besar erti kepada agama jika ikhlas
********************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************** Renungan **************************** "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku." (Surah Yaasin, ayat 23) ********************************** SEMAKIN tua diri ini, semakin terasa pula terlalu sikit bekalan untuk dibawa ke alam sana. Kadang-kadang terasa cemas di hati, diri ini sebenarnya tiada apa-apa bekalan untuk dibawa ke sana. Ringkasnya diri ini 'belum bersedia lagi untuk mati'. Namun mati akan tetap menjemput diri kita sama ada kita bersedia atau tidak. *************************** Seorang ustaz dalam kuliah dwi-bulanan di sebuah masjid berhampiran rumah saya, berkata 'orang yang hidup hatinya' termasuk ustaz sendiri ramai yang mula 'menggulung tilam' mereka sebaik saja memasuki umur 40 tahun seterusnya 'membuat pecutan' terakhir sebelum ajal menjemput mereka. ********************************** Apakah makna 'menggulung tilam' itu? Sang ustaz membawa kisah Umar Abdul Aziz (hidup pada 682-719 Masihi) iaitu salah seorang khalifah Bani Umaiyah yang juga dianggap Khalifah Al-Rasyidin yang kelima selepas Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Uthman Affan r.a. dan Ali Abu Talib k.w.j. yang mengungkapkan kata-kata tegas penuh ketakutan kepada Allah SWT kepada isterinya, Fatimah selepas dilantik khalifah yang kerajaannya terbentang dari Lautan Atlantik di barat ke India di sebelah timur dalam usia 35 tahun. ************************** Umar berkata dia tak ada masa lagi untuk berseronok-seronok dengan anak isterinya, masa yang ada termasuk waktu tidurnya di atas tilam empuk dalam istana indah, perlu dikorbankan seluruhnya untuk Allah SWT termasuk melayan keperluan rakyat. Kalau isterinya bersedia menjalani kehidupan begitu berpanjanganlah jodoh mereka, jika tidak suka, dia sedia menceraikannya "dan kamu carilah lelaki lain yang boleh membahagiakan kamu." ****************************** Sungguh Umar telah menjalankan pemerintahan dengan penuh ketakutan kepada Allah SWT sehinggalah dia meninggal dunia dua setengah tahun kemudian dalam usia 37 tahun. Sungguhpun pemerintahannya tersangkat singkat, keadilannya disanjung Timur dan Barat, membolehkan namanya diletakkan sebaris dengan khalifah Al-Rasyidin yang empat. **************************** Khalifah Umar telah 'menggulung tilamnya' sebelum berusia 40 tahun (baginda meninggal dalam usia 37 tahun) tetapi adakah kita ini (termasuk sayalah tu) yang telah tua ini (melebihi 50 tahun) masih mahu berleka-leka dengan kehidupan dunia yang singkat ini? Masa yang berbaki terlalu pendek tetapi apa yang telah kita buat? ***************************** Ya, tiada apa yang kita sudah buat; namun sebagai teladan (tiadalah niat di hati saya untuk membesar diri), beberapa 'perkara terlalu kecil dan remeh' yang telah saya buat telah mendatangkan apa yang saya anggap kesan besar kepada kebajikan masyarakat. ************************* Menulis cadangan kepada Pengerusi dan AJK Masjid dan memasukkannya ke dalam kotak cadangan masjid (semacam surat layang) adalah antara 'kerja' yang pernah saya lakukan. Antara cadangan yang pernah saya utarakan ialah "kenapa masjid kita ada tandas VIP yang ditutup saja sepanjang tahun. Bukalah untuk kegunaan jemaah kerana ada tandas tetapi tidak digunakan adalah pembaziran (VIP datang sesekali saja). Pembaziran adalah kerja SYAITAN." *************************** Terkejut sungguh saya, cadangan saya mendapat respons baik. Tidak lama kemudian tandas itu dibuka untuk kegunaan awam selepas papan tanda VIP ditanggalkan! Bukankah ini 'kerja kecil' tetapi faedahnya dapat dinikmati bersama. *************************** Selepas kali pertama menunaikan haji pada 2002, saya menulis surat kepada pengurusan Tabung Haji mencadangkan agar diadakan tandas berasingan untuk buang air kecil dan buang air besar (serta mandi) di Mina dan Arafah (ketika musim haji) kerana orang buang air kecil mengambil masa singkat sedangkan orang buang air besar serta mandi mengambil masa terlalu lama jadi kasihanlah orang yang beratur panjang dan lama terutama orang-orang tua, hanya untuk kencing sedangkan 'urusannya' boleh diselesaikan dengan segera. ********************** Saya ingat cadangan saya tak ke mana-mana; tetapi terkejut saya mendapat surat dari Tabung Haji memberitahu cadangan saya telah disampaikan kepada pihak Muassasah Asia Tenggara di Arab Saudi yang mengurusakan hal-ehwal jemaah haji di Arafah dan Mina! Dan apabila saya menunaikan haji bagi kali kedua pada 2005, sudah ada tandas bertulis 'Untuk Buang Air Kecil' saja. Ya, tidaklah saya tahu sama ada perubahan itu ada kaitan dengan surat saya, tetapi setidak-tidaknya saya gembira dan bersyukur dengan pembaharuan itu yang mendatangkan kebaikan kepada semua. *************************** Kini, Muktmar PAS ke-59 selesai sudah. Berilah kerjasama kepada pemimpin yang dipilih dan menyumbanglah sesuatu untuk parti dan agama kita. Ia mungkin kecil di sisi kita dan manusia tetapi percayalah jika dilakukan ikhas semata-mata kerana-Nya, insya-Allah kita akan melihat hasilnya, termasuk di dunia lagi. ******************************* Ingatlah kisah si burung kecil yang berusaha memadamkan api besar yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim a.s. dengan membawa air di paruhnya; usahanya mungkin dilihat kecil oleh makhluk tetapi besar di sisi-Nya. Hendaklah kita menjadi seperti burung itu yang tidak meminta jasanya dikenang tetapi hanya mengharapkan reda Illahi!
Published on November 29, 2013 01:44
November 26, 2013
Money is the root of all evil?
******************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ******************* Reflection ******************** The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ***************************** MANY, many years ago when I was in lower secondary school; I 'was aware' that during our inter class, house or school debates, one of the favourite topics was 'Money is the root of all evil'. *********************** Speakers supporting that suggestion tried to convince audiences and judges that money is indeed the root of all evil while those against it 'play around' the topic saying that only the love of money that can lead to evil. ************************** They claimed that money in itself is harmless. It is but a medium of exchange in trade. it is only the love of money that can lead to evil. ******************** Money becomes a person's master if that person values material possessions above everything else. At the same time, many people do not realize that they are enslaved by money. *********************** I did not pay much attention to the subject; not until recently when I attended a 'tazkirah' (Islamic lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) saying it aloud and clear that 'drinking is the root of all evil'. ************************* Well, it took me years and years to realize that nobody among us (students of my good old days) have 'that thought' or 'have the courage' to say that 'drinking is the root of all evil' thus 'put into coffin' the thinking that 'money is the root of all evil'. ************************** Comparing mismanagement of money and killing a person, of course the latter is a more serious crime. But what 'offence' that could lead to such circumstances? The question is why in our society, drinking (alcohol) is look upon as 'a norm' and not a serious crime? ********************** To prove that drinking is the root of all evil, the 'ustaz' told congregators at our masjid about a story of a very religious person from 'Bani Israil' (the children of Jacob or Nabi Yaakob). He was given three choices; either drink alcohol, sleep with a woman, or murder a baby. ********************* The religious man thought that alcohol would be the lesser of the evils. So he drank alcohol, got high, slept with the woman and killed the baby. ********************* So, by drinking alcohol, he got it all wrong; went astray and in the Hereafter he would be thrown into Hellfire. *********************** In a 'hadith' Prophet Muhammad s.a.w. says: "Jealousy, pride and alcohol are the roots of all the evils." ************************ Observing happenings around us, we would realize the truth that 'drinking (alcohol) is the root of all evil' but not many people; not even those in power were willing to admit it and take steps to recitify the problem. ********************** Please admit that alcohol not only destroys its consumer but everything of him – his house, family and wealth. *********************** Please note that Islam values the moral and spiritual health of the people as well as their physical well-being. This is why Islam considers anything which interferes with the normal working of the mind and senses or clouds or perception as harmful. It is because of this and several other reasons that Islam has totally prohibited substances like alcohol and all other intoxicants (drugs etc) which can destroy the clarity of mind. ************************* Unfortunately many Muslims today do not value their moral, spiritual or physical well being as they have turned to alcohol, drugs and other intoxicants which Islam has clearly prohibited. Now the Muslim ummah has morally decline. *********************** In Malaysia, ‘haram’ (forbidden) drinks are sold openly in convenience stores including those situated in Muslims densely populated areas. Nowadays 'our boys' could have their 'happy hours boozing away' and some 'add the kicks' by trying 'dadah' (drugs). Who actually cares about them? ********************* Regarding alcohol and all other intoxicants; Allah SWT says in the Qur'an: ********************* (1) “They ask you concerning wine and gambling. Say “in them there is great sin, and some profit for mankind, but the sin is greater than the profit.” (2:219) ********************* (2) “O you who believe. Approach not prayers, with a mind befogged, until you can understand all that you say” (4:43) *********************** (3) “O you who believe! Intoxicants and gambling (dedication of) stones, and (divination by) arrows, are an abomination of Satan’s handiwork. Avoid such (abomination) that you may prosper” (5:90) ********************* (4) “Shaytaan’s plan is to show enmity and hatred amongst you with intoxicants and gambling, and to hinder you from the remembrance of Allah and from prayer. Will you not then give up?” (5:91) ********************** Hence all intoxicants which are drunk, smoked and chewed are forbidden by Allah SWT in every sense. ************************ What Prophet Muhammad (pbuh) has to say about wine and intoxicants? Anas r.a. said: “I was giving drink to people in the abode of Abu Talhah, and their wine at that time was made from dates. Then the Messenger of Allah, ordered a crier to make it known that wine was forbidden.” He added: “Abu Talhah said to me, ‘Get out and pour in out’. I poured it out, and it flowed in the streets of Medina.” ********************** In another 'hadith' the Prophet (pbuh) said: “Allah has cursed wine, its drinker, its server, its seller, its buyer, its presser, the one for whom it is pressed, the one who conveys it, and the one to whom it is conveyed.” (Bukhari: Book 26, Number 3666) ********************** ‘A’isha said: “The Messenger of Allah was asked about it.” It is a drink made of honey and the people of Yemen used to drink it. So the Messenger of Allah said, “Every drink that intoxicates is prohibited.” ******************** Of whatever thing a large quantity intoxicates, even a small quantity is prohibited. Do not drink wine, for it is the root of all evil. ****************** Abu Hurairah relates that a drunkard was brought to the Holy Prophet who ordered people to beat him. Abu Hurairah says: “Some of us beat him with hands and others with shoes and still others with their clothes. When he was gone, some people cried; “May God harm him!’ The Holy Prophet said: “Do not say like that, and let not Satan overpower him.” *************************** The question is why our Malaysian society does not look upon drinking alcohol as a serious crime? Not long ago, I read an interesting article entitled ‘The alcohol problem in Malaysia’. ************************ Among others it was written: “Malaysia, though a small country, is the tenth largest consumer of alcohol in the world. Each year Malaysians spend over US$500 million (nearly RM2 billion) on alcohol. Whilst the per capita consumption is 7 litres, those who do drink alcohol consume heavily. ************************ “Among the drinking population, the Malaysian Indians who make up about 8 per cent of the population are by far the heaviest drinkers with an annual consumption of absolute alcohol exceeding 14 litres. Beer consumption in Malaysia at 11 litres per capita is comparable to that of European countries known for their high consumption. ********************** “The easy availability of alcoholic drinks in coffee shops, supermarkets, sundry shops (including convinient 24 hours stores), and plantations together with aggressive advertising and promotions are driving Malaysians to drink. The average age for alcohol dependence is 22 years.” ************************** Malaysia, self proclaimed the most dynamic Islamic nation on the planet was the 10th largest consumer of alcohol in the world? ************************** Only now I know and realize why in schools, students only debates on subjects such as 'Money is the root of all evil' and dare not touch on topics such as 'drinking alcohol or taking 'dadah' is the root of all evil'! *************************
Published on November 26, 2013 01:57
November 18, 2013
PPSMI, PBS: Umno-BN huru-harakan sistem pendidikan
**********************DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************* Renungan *********************** "Hai anak-anakku! Pergi dan carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir." (Surah Yusuf 12:87) *************************** Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan dapat sekali lagi memuzakarahkan isu semasa. Kali ini kita ingin menyentuh isu pendidikan termasuklah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan agar dihidupkan kembali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang 'membingungkan' warga pendidik. *************************** Pelaksanaan PBS yang dimulai dengan murid tingkatan satu pada 2011 yang bermatlamat melahirkan modal insan holistik serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi dilihat baik bagi menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan tetapi dalam menjayakannya terlalu banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan oleh guru dan dengan sistem komputer kementerian yang kurang efisien dan kurang membantu, menyebabkan warga pendidik begitu tertekan. **************************** Mengenai PPSMI, dulu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran (kini Pendidikan), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021. Kini Dr Mahathir ghairah mahu 'menghidupkannya kembali'. **************************** Apa yang kita ingin ulas di sini keghairahan Dr Mahathir mahu menghidupkan semula PPSMI yang sebenarnya 'belum berakhir sepenuhnya' kerana wujudnya pendekatan soft landing' yang dikatakan oleh Muhyiddin yang memberi sekolah kebebasan penuh untuk menentukan sama ada untuk terus menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pelaksanaan program PPSMI sehingga kohort terakhir tamat pada 2015 (sekolah rendah) dan 2020 (sekolah menengah). ************************** Muhyiddin yang dilihat sebagai tunduk kepada kedua-dua pihak yang menentang dan menyokong PPSMI, mungkin bagi kepentingan politik diri dan partinya; seolah-olah memberikan situasi menang-menang (win-win situation) yang diharapkan dapat memuaskan Gerakan Menentang PPSMI (GMP) yang terbabit dalam satu demonstrasi besar-besaran di ibu kota pada Mac 2009 yang turut disertai Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said dan juga kumpulan pro-PPSMI yang digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim. ************************* Berhubung PPSMI, semua sekolah diberi kebebasan penuh sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan Muhyiddin berkata bahawa pihak sekolah lebih mengetahui keadaan pencapaian murid dan pelajar masing-masing selepas PPSMI dilaksanakan (2003). "Sekolah lebih mengetahui keadaan pelajar dan murid mereka, kerana sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri. Misalnya, sewaktu kita meminta mereka (sekolah) menggunakan bahasa Inggeris untuk PPSMI, tetapi mereka tidak berbuat demikian sebaliknya memilih bahasa Melayu kerana ada pelajar dan murid yang tidak faham, jadi mereka boleh teruskan. Lagipun, kita (kementerian) tidak mahu mengganggu proses pembelajaran sedia ada, lebih-lebih lagi jika mereka (guru dan pelajar) sudah biasa dengan keadaan ini," Muhyiddin dipetik sebagai berkata. ******************************* Bagi kita, memberi kebebasan kepada sekolah (perlu diingat ada hampir 10,000 sekolah di tanah air kita), dalam perkara dasar seperti bahasa adalah 'kerja gila' yang secara terang memperjudikan masa depan generasi muda dan negara dan jika hal ini dibuat berdasarkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, ia tindakan paling jelek kerana menjadikan anak-anak sebagai mangsa. **************************** Murid dan pelajar menjadi 'guinea pig' (tikus eksperimen) bagi memenuhi nafsu pemimpin yang rakus meraih undi sokongan demi untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya. Bagi kita tiada kompromi dalam soal pendidikan; jika dulu dan kini kita sudah mempunyai sistem pendidikan pelbagai dengan kewujudan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (hal ini tidak berlaku pun di negara lain seluruh dunia) dengan memberi kebebasan kepada sekolah untuk memutuskan apa bahasa yang sesuai akan mewujudkan 'standard' (piawai) yang berbeza-beza. Kita amat khuatir jurang pendidikan akan semakin melebar; akan wujud sekolah-sekolah kelas satu, dua dan tiga. ************************* Itulah, dunia pendidikan kita sudah dicemari oleh tangan-tangan kotor politikus, sewajarnya tiada campur tangan politik dalam pendidikan; biarkan mereka yang arif dalam bidang ini menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. **************************** Mengikut maklumat yang kita terima, guru-guru sudah bosan dengan permainan politik ini kerana bukan saja anak murid yang menjadi 'tikus eksperimen', mereka berlebih lagi, ramai menggalami gangguan jiwa kerana terpaksa menanggung bahana akibat sudah huru-hara sistem pendidikan kita.
Published on November 18, 2013 13:21
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

