Rebecca Ilham's Blog, page 27

October 23, 2010

Never Let Me Go: Buku Berhantu

Haunting, atau terjemahan langsung ke bahasa ibunda - berhantu.

Itulah kesimpulan tuntas yang terlintas di kepala saya yang dikocak bas panjang yang dipandu gopoh mendaki perbukitan Ulu Kelang sebaik menyudahkan Never Let Me Go, sebuah novel karya Kazuo Ishiguro. Buku terakhir yang menerbitkan reaksi yang sama adalah Unaccustomed Earth tulisan Jhumpa Lahiri.

Buku ini bukan buku saya. Afni yang meminjamkan minggu lalu. Atas dasar apa, saya kurang pasti. Timbal balik agaknya, kerana saya mengenalkan Ishiguro kepadanya lewat kumpulan cerpen Nocturnes. Saya sengaja meninggalkan buku itu di rumahnya, dan dia mengaku menghabiskan buku itu dalam masa semalaman sahaja.

Sebenarnya, Nocturnes bukanlah buku yang benar-benar meninggalkan kesan pada saya. Saya membaca buku itu untuk belajar tentang bentuk dan teknik, sementelah kata Adibah Abdullah, Ishiguro hebat bermain dengan pameran emosi. Pembaca-pembaca karya saya tentu tahu dan perasan kelemahan saya yang ini.

Oleh sebab saya mencari bentuk semata-mata, maka itulah yang saya jumpai. Pembacaan Nocturnes berbentuk analisa dan saya tidak habis-habis menyoal praktikaliti cerita-cerita yang disampaikan Ishiguro lewat cerpen-cerpennya seperti kisah pasangan selebriti yang bercerai supaya sang suami, seorang penyanyi veteran yang hendak membuat comeback boleh berkahwin lain, misalnya.

Mujur Nocturnes adalah sebuah kumpulan cerpen, variasi watak dan latar (walaupun ada cameo dalam beberapa cerpen), maka berjaya jugalah saya menghabiskannya. Selepas itu, saya menyerahkannya kepada Afni, dan tidak teruja langsung untuk membaca karya-karya Ishiguro yang lain.

Kemudian Afni jatuh cinta head over heels dengan Ishiguro dan membeli kerja-kerja lain penulis berketurunan Jepun yang besar Britain itu. Dan saya pula membaca ulasan tentang filem Never Let Me Go, adaptasi novel Ishiguro ke layar perak, di akhbar New York Times. Barulah saya tahu buku itu berlatarkan distopia. Kebetulan lagi, saya berada dalam 'fasa distopia' juga selepas membaca Animal Farm dan Fahrenheit 451 (dan masih sangkut dalam usaha menghabiskan 1985). Maka apabila saya ke rumah Afni minggu lalu, saya dengan tanpa segan-silu menebalkan muka meminta pinjam Never Let Me Go.

Yang saya akhirnya sudahkan dalam masa seminggu.

Never Let Me Go digerakkan oleh kehilangan. Ia jadi lebih mengesankan kerana buku ini ditulis menggunakan teknik imbas kembali dari perspektif Kathy, yang sudah pun kehilangan teman-teman baiknya dari Hailsham - Tommy dan Ruth. Mereka bertiga merupakan klon manusia, yang dicipta dan dibesarkan untuk menderma semua organ-organ utama apabila dewasa. Never Let Me Go bukan sebuah karya fiksyen sains, sebaliknya ia menyelongkor sisi psikologi-emosi dalam sebuah dunia distopia di mana pengklonan dilakukan dan diterima sebagai norma untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia yang dilahirkan melalui proses normal.

Ishiguro menghadapkan persoalan kepada kita - bagaimana jika klon-klon ini juga berperasaan? Adakah mereka akan diberikan hak untuk hidup bebas seperti manusia biasa dan dibenarkan menangguhkan 'tugas'?

Banyak perkara yang boleh dibincangkan selepas membaca novel ini. Saya masih dihantui rasa berhantu yang saya rasai dalam bas tadi, dan menjangka ia akan berlarutan setahun dua. Malah, setiap kali melihat kuras buku Unaccustomed Earth di rak Asian Literatue di Kinokuniya, masih berdenyar sisa kesan emosinya terhadap saya. Tetapi cuma satu persoalan yang kuat bergema dalam kepala saya:

Mengapa proses pendermaan dilakukan secara berperingkat, dan penuaian sepenuhnya organ hanya berlaku apabila penderma akhirnya completed (mati) berikutan komplikasi semasa pendermaan? Mengapa tidak dimatikan sahaja penderma itu sejak pendermaan fasa pertama? Lagipun, pihak yang bertanggungjawab berpendapat para penderma ini bukanlah manusia dalam erti kata sebenar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2010 02:24

September 30, 2010

Konsep Tauhid dalam Cerpen "Seribu Burung Jenjang"

Perkara utama yang ingin saya cetuskan ialah mesej Rebecca Ilham tentang konsep tauhid. Di sebalik kisah Sophia dan ikhtiar Mak Cik Masako, Rebecca sebenarnya ingin menyampaikan mesej bagaimana seorang gadis yang jauh dari tanah airnya, dan dikelilingi pula dengan ahli keluarga bukan Islam, dicabar pula dengan gaya hidup yang bertentangan dengan agama, disogok pula dengan keinginan dan harapan keluarga terdekat, namun ketauhidan Sophia tetap utuh dan teguh.

Sebenarnya isu yang cuba dipaparkan Rebecca wajar dibaca dan dihayati oleh golongan remaja bukan sahaja remaja yang sedang menuntut ilmu di luar negara tetapi golongan remaja di tanah air sendiri.


- Petikan ulasan Dr Siti Hajar Che Man untuk cerpen Seribu Burung Jenjang melalui artikel "Keanekaragaman Pengalaman Mencetuskan Kreativiti Bercerita" dalam Tunas Cipta edisi September 2010
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2010 05:09

September 23, 2010

Antara Dapatan Dari Seminar Pencinta Buku

Antara banyak-banyak sesi di Seminar Pencinta Buku 2010 anjuran bersama BukuOnline dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Selasa lalu, slot yang menjadi pilihan saya untuk dikongsi dengan penuh keterujaan dengan teman baik adalah Bicara Tokoh yang menampilkan Ustaz Abdullah Al-Qari dari Kubang Kerian, Kelantan. Pilihan itu berlaku di bawah sedar sebetulnya. Dan kata Afni, kerana beliau yang saya sebut dahulu, itu bererti pengisian slot berkenaan mempunyai impak tersendiri ke atas diri...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2010 07:26

September 21, 2010

Tanggapan Pendek Tentang Impuls/Roh

Lama saya menangguhkan, pernah pula berkeputusan untuk tidak menulis apa-apa tentangnya. Tetapi balik-balik saya terkenang, maka terbitlah entri ini yang akan memperkatakan tentang tanggapan saya terhadap buah tangan terbaru Sri Rahayu Mohd Yusop, Impuls/Roh yang telah memenangi tempat pertama dalam HSKU tahun 2009.

Premis novel kecil dan agak tipis ini bertitik-tolak daripada cubaan manusia mencari kehidupan maya yang 'abadi' sebagai alternatif kepada kehidupan dunia yang sementara. Ibu Ahmad...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2010 06:28

September 18, 2010

Pengarang Muda Lupa Tradisi (Tanpa Tanda Soal)

[image error] Foto ihsan ITNM
Artikel dari segmen Sastera Berita Harian, 21 Jun 2010


Bagaimanapun, Rebecca Ilham melihat usaha pengarang muda mengangkat isu global melalui watak tempatan yang kental jati diri dalam latar antarabangsa, sebenarnya tetap mengangkat wajah ketimuran yang tegas dalam lembut.

Baca lanjut di sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2010 20:38

September 15, 2010

Rutin Menulis Paling Sempurna

Kenangan menulis sepenuh masa, musim panas tahun 2008

Sewaktu mula menulis secara serius pada permulaan musim panas tahun 2007, saya tidak pernah memikirkan situasi paling kondusif untuk produktif menulis. Ketika itu, selaku pelajar tahun dua kemudian tahun tiga yang disibukkan kelas, makmal dan kerja kursus, menulis merupakan aktiviti 'selit-selit' antara desakan keripuhan.

Namun pada musim panas tahun 2008, saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air. Pada mulanya, saya merancang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2010 23:39

September 10, 2010

Berita Awal September

[image error] Terselit dalam grafik yang mengiringi esei tulisan Faisal Tehrani, "Cabaran Pengarang Muda" dalam majalah Tunas Cipta edisi September 2010. Foto dan pemberitahuan ihsan Hazwan Arif Hakimi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2010 20:57

September 9, 2010

Today marks the 36th day of fasting...

...from Facebook.

It wasn't that hard. I found more time to read; discovering new and not-so-new great books, and have been getting calls and texts from people who need to get hold of me instead of us engaging in some virtual communication. Yeah, as someone at work remarked, I am old-fashioned.

It started from an unofficial 'commitment' which, ironically, was declared on Facebook itself. Back in the 1st quarter of the year, a few friends gave up FB for Lent. I cheered them for such a vocation a...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2010 00:43

September 5, 2010

Understanding Tariq Ramadan

What I Believe from Kinokuniya


It wasn't easy.

I picked up the book after a week of hiatus from work. I wanted to understand this man, his thoughts and principles really badly. After all, as I said over on Facebook when he was in the country for a couple of days, Tariq Ramadan is my kind of a rock star.

But his books so far have been very thick and frightening. I must have ADD as a kid, my attention wavers every two seconds or so, and hence I was scared that I would forget their contents every t...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2010 04:11

August 24, 2010

If This Was My Last Ramadhan...

...then I am grateful for the blessings to rediscover the serene joy and calmness of congregational prayers and mind-humbling prostration to God.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2010 05:11