Rebecca Ilham's Blog, page 17
April 8, 2012
Bengkel GKLN - KMB - KMS
[image error]
Adik-adik yang tekun; saya suka sekali dengan 'format' bengkel ini - bersila membuka rehal!
Alhamdulillah, tadi Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) berbengkel dengan 12 adik-adik dari Kolej MARA Banting (KMB) dan Kolej MARA Seremban (KMS).
Terima kasih kerana menerima Kak Becky ini dengan seadanya. Terima kasih kepada teman-teman Fahd Razy (the writing doctor) dan pasangan sejiwa Hafiz juga Muizzah atas bantuan kalian. Juga tidak dilupakan guru-guru KMB dan KMS yang sanggup turun padang pada hari libur.
Inshaallah, GKLN komited untuk menyuburkan minat serta bakat penulisan di kalangan para pelajar yang bakal dan telah berada di luar negara. Semoga kecintaan, dan usaha kita terhadap kesusasteraan ada manfaatnya!

Published on April 08, 2012 05:59
April 7, 2012
Pak Samad (Dari Jauh)
[image error]
Alhamdulillah.
Yang mutakhir di media, artikel kecil dalam kompilasi artikel tentang SN Dato' (Dr) A Samad Said susunan dan suntingan Rahimidin Zahari - Pak Samad: Di Mata Kami.
Buku ini diluncurkan oleh SN Dato' Dr Anwar Ridhwan di Kinokuniya KLCC lewat petang 7 April 2012, dua hari sebelum ulang tahun Pak Samad yang ke-77.
Selamat hari lahir, Bapak!

Published on April 07, 2012 09:00
March 29, 2012
DOM Khas 7 April 2012: BUNOHAN
DOM Khas: Pengakuan Seorang SutradaraDain Sain akan membicarakan filem terbarunya, Bunohan
Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)Masa: 10.00 pagi - 12.00 tgh hariTempat: Rumah PENA
Masuk percuma. Semua dijemput hadir.
Published on March 29, 2012 04:44
March 26, 2012
Cerpen SUKMANYA TERKUBUR DI FALLUJAH; Harmoni 1-15 April 2011
Alhamdulillah, cerpen mutakhir di media. Sukma saya tulis lama dahulu, sewaktu masih di Amerika, sewaktu Amerika sedang gila menyebar hegemoninya di Iraq. Namun cerpen ini saya sudahkan tidak berapa lama dulu; tidak salah saya sekitar tahun lalu. Dan rezekinya, meski tertangguh, akhirnya tiba apabila diminta menghantar sebuah cerpen yang punya bauran cinta.
Adam dan Hawa.
Lt. Kol. Adam Elliot. Nurul Hawa Ahmad-Elliot.
Argh, saya bingkas teringatkan bait puisi Irama Rindu karya Pak Samad yang dilagukan oleh Kak Taheera, antara peneman sepanjang menukang esei tugasan akademik pada hujung minggu yang baru pamit:
"Mengapa Adam sayangkan Hawa?"
Semoga cerpen kecil ini ada manfaatnya.
Published on March 26, 2012 05:25
March 22, 2012
Some Days Are Just Happy Days
The Believer from McSweeney's, the US of A; The Paris Magazine from Shakespeare and Company, Paris & Strong Opinions (Vladimir Nabokov) from Kinokuniya, KL
Published on March 22, 2012 06:56
March 18, 2012
Borak Buku dengan U-wei Haji Shaari
U-wei dan Rahimidin Zahari sebelum Borak Buku bermulaSaya berada di front row seat untuk Borak Buku kali ini, betul-betul bertentangan sutradara U-wei Haji Shaari. Beliau bercakap tentang dua buah buku yang sedang diladeninya - Odisi Tanah Kampar (Affifudin Omar; mantan Menteri Kewangan Malaysia) dan Hitch-22: A Memoir (Christopher Hitchens).
Tetapi kami bukan sahaja berbual tentang buku, tetapi juga filem dan pengkaryaan. Apabila menyebut tentang karya, tentu sahaja tidak boleh dipisahkan dengan pemikiran, seperti tegas U-wei juga.
Ada soalan yang mencuit tentang adaptasi novel Juara kepada filem Jogho. U-wei mengaku beliau tidak setia dengan buku itu. Kata U-wei, penulis berfikir dengan kata-kata (teks) tetapi beliau berfikir dengan gambar. Sesebuah novel perlu sinematik pada matanya untuk sesuai diadaptasi. U-wei kemudiannya mencuit semula; penulis, katanya, tidak boleh mendesak pembuat filem setia dengan bukunya. Dia bergurau, kesetiaan itu hanya pada isteri dan itu pun sukar dilakukan!
Namun seusai lelucon itu, kata U-wei lagi, sesebuah buku itu sudah kebal apabila diterbitkan; biarlah securang mana sekali pun adaptasinya, buku itu tidak terkesan. Malah, rentetan pertanyaan wartawan Sastera BH tentang kriteria sebuah novel yang baik untuk adaptasi itu, U-wei menyebut bahawa kecurangan (infidelity) adalah kemestian apabila memindahkan teks ke layar perak.
Bahkan, kata U-wei, beliau pernah menyebut jika filemnya Hanyut, adaptasi daripada novel Almayer's Folly dibenci penulisnya Joseph Conrad sekalipun, beliau akan mengatakan: "Mr Conrad, it's my story now."
Kami turut mengorek tentang buku-buku lain yang menjadi kegemarannya. U-wei mengaku beliau tidak mempunyai keperluan untuk membaca buku-buku sastera Melayu, tetapi beliau tetap membacanya kerana mencintai Bahasa Melayu. Sewaktu berborak tentang buku itu juga, U-wei meminta hadirin untuk turut membaca beberapa perenggan daripada buku Odisi Anak Kampar yang sedang diulitinya. Kata U-wei, beliau mahu mendengar, dan mahu kami mendengar, keindahan Bahasa Melayu.
Apabila diminta untuk menamakan novel sastera klasik-moden Melayu yang paling mengesankan padanya, U-wei menyebut karya Keris Mas, selain mengaku 'bermasalah' dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) dan Salina (A. Samad Said). U-wei turut mengakui padanya William Faulkner merupakan salah seorang penulis Bahasa Inggeris terbaik. Filem Kaki Bakar merupakan adaptasi daripada cerpen Faulkner The Barn Burning. Namun, menurut U-wei, apabila ditayangkan di luar negara, rakyat Amerika sendiri mengakui tiada lagi Faulkner dalam filem itu. Sebaliknya, Kaki Bakar sarat, tepu dengan jiwa Melayu.
Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan; memetik kata-kata U-wei sendiri (tentang filem Hanyut), "Ini poskad saya kepaad Hollywood; engkau tak perlu selamatkan aku!"
Published on March 18, 2012 06:22
March 15, 2012
DOM dan Borak Buku Mac 2012
Dialog Orang Muda (DOM) dan Borak Buku akan berlangsung seperti biasa untuk bulan Mac 2012 pada hari Ahad ini.
Butir-butir acara adalah seperti berikut:
DOM
Tajuk: Sastera 'Urban': Sastera Jadi-Jadian?
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah PENA, Kuala Lumpur
Panelis:
1. Fazallah Pit; Penulis dan Pengamal Media Alternatif
2. Ainunl Muaiyanah; Penulis dan Editor Pemerolehan ITBM
3. Akan dikemaskini
Moderator: Rebecca Ilham
Borak Buku
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa: 3.30 ptg
Tempat: The Coffee Beans and Tea Leaf, KL Sentral
Tetamu: U-wei Haji Shaari; Pengarah Filem (Hanyut; Jogho; Perempuan, Isteri dan ...; Kaki Bakar)
Masuk percuma untuk kdua-dua acara. Makan tengah hari disediakan selepas DOM. Semua dijemput hadir!

Published on March 15, 2012 05:32
March 14, 2012
MASKARA "Makwe-Makwe" 31 Mac 2012!
Published on March 14, 2012 15:14
March 12, 2012
Tolong, Saya Hanya Mahu Membaca!
[image error]
Backlog yang panjang (tinggi?)
(Asalnya ditulis untuk sebuah kolum di sebuah majalah, pada November 2011)
Malam tadi, Menara Babel saya yang kembar empat telah runtuh. Buku-buku yang tidak muat disumbat ke atas rak empat para lalu disusun di atas lantai berlapikkan surat khabar kini telah mencapai ketinggian separas pinggang membunuh diri, berserakan di hadapan pintu kamar peribadi.
Ketika itu jam 8 lebih, malam. Saya baru sampai di rumah setelah seharian di luar; pagi – kelas, tengah hari di sebuah kongres dan petangnya pula di gedung buku membawa kawan-kawan dari jauh yang datang berseminar. Dan pula, saya tidak berehat sejak dua minggu lalu. Saya jadi letih; lebih-lebih letai apabila harta yang amat saya kasihi seakan tidak bersimpati pun dengan kelelahan saya.
Saya boleh sahaja membiarkan buku-buku bersepahan sehingga bertenaga menguruskan keesokan pagi. Tetapi melihat buku kulit keras proses kreatif Latiff Mohidin – Dari Titik ke Garis, novel Anak Belantara karya Allahyarham Ustaz Azizi Haji Abdullah dan koleksi esei M Fethullah Gulen tersebek di atas lantai marmar semacam tidak diperlukan, saya lekas belas. Tiga jilid buku tentang sejarah Tamadun Islam karya Hodgson pula di atas katil; jika saya tidak bersegera mengemaskan, ke mana buku-buku yang setiap satunya tebal sejengkal hendak saya letakkan?
Lalu saya menggagahkan diri; mengutip, dan membina semula Menara Babel berkembar empat. Mana-mana bahan bacaan berkala (baca: suratkhabar) yang menggugah tapak menara dan sudah saya lupa tujuan menyimpannya, diasingkan untuk dibuang. Buku-buku yang 'bergelimpangan' saya susun menggunakan pengkelasan paling mudah – buku besar di bawah dan yang lebih kecil di atas. Lebih stabil begitu, sambil mengingatkan juga diri agar tidak terlalu bercita-cita sehingga mengabaikan kedudukan optimum pusat graviti binaan.
Dan ketika itulah, buku-buku yang selama ini letaknya di bawah buku-buku yang lebih baru dari aspek usia pemilikan terpamer. Saya diserbu suatu macam rasa – bersalah. Bersalah kerana kebanyakan buku-buku itu belum pun saya habisi; sedangkan nafsu untuk mengumpul buku tidak pernah surut. Dengan kesedaran, buku-buku yang agak lama terhijab daripada perhatian itu saya cuba susun di bahagian atas pula, seraya merakam nota mental agar menekuninya secepat.
Suatu janji yang sememangnya saya sendiri tahu, entah bila akan dikotakan. Malah sewaktu menitipkan artikel ini, saya sudah pun melanggarnya!
Seharusnya, pada masa ini, buku yang sedang saya baca adalah Reading in the Age of Distraction tulisan Alan Jacobs. Namun, selepas lebih sebulan, buku yang berketebalan kurang 200 halaman, menggunakan laras bahasa Inggeris mudah itu belum juga berjaya saya habiskan. Dalam erti kata lain, I got too distracted from reading a book on reading distraction. Ironik.
Mengapa harus begini?
Saya pernah mengabaikan ulang kaji pelajaran seharian sewaktu di Tingkatan Lima semata-mata kerana tidak dapat menahan diri daripada menghabiskan novel To Kill A Mockingbird karya Harper Lee. Namun hari ini, sukar sekali untuk mengalami kenikmatan seperti itu!
Dalam bukunya yang (kononnya) sedang saya baca itu, Jacobs, seorang profesor sastera di Amerika Syarikat, melihat perkembangan teknologi sebagai faktor utama yang mengganggu tumpuannya terhadap pembacaan. Hujah Jacobs, bagaimana beliau dapat duduk dan membaca dengan penuh konsetrasi apabila iPhone-nya berdenting setiap beberapa minit, emel seakan memanggil-manggil minta diperiksa dan suapan RSS pula dikemaskini hampir setiap saat.
Jadi ini masalah godaan. Fikir saya, apa susahnya, saya hanya perlu memaksa diri agar duduk dan membaca sesebuah buku sehingga habis. Mudah, bukan? Namun daripada pengalaman, sebagaimana saya memaksa diri sekali pun, buku yang hendak saya sudahi itu tidak juga habis dengan sekali duduk.
Huraian Jacobs tentang situasi ini menarik sekali. Beliau telah memetik kajian ahli saraf tentang sifat otak. Menurut dapatan kajian berkenaan, otak mempunyai sifat plastisiti. Ini bererti, apabila otak dibiasakan dengan sesuatu, ia tidak akan kembali kepada keadaan asalnya. Dalam erti kata lain, otak tidak elastik. Oleh sebab itu, apabila otak telah terbiasa (dibiasakan?) dengan gangguan-gangguan yang menggugah tumpuan terhadap pembacaan, biar apa sekali pun gangguan itu, berdasarkan kesimpulan kajian berkenaan, sukar sekali untuk mendapatkan fokus membaca kembali.
Walau bagaimana pun, Jacobs mendakwa, beliau telah dapat mengatasi masalah ini. Penyelesaiannya adalah teknologi juga, iaitu peranti buku elektronik – Kindle. Kata Jacobs, dengan adanya Kindle, beliau dapat membaca dengan lebih kerap dan lebih banyak. Sifat peranti buku elektronik yang ringan dan saiznya yang kecil memudahkannya dibawa ke mana-mana. Maka, apabila ada selang masa, Kindle akan dibuka dan buku akan dibaca. Selain itu, peranti itu juga mampu menyimpan banyak buku pada satu-satu masa. Lalu, mengeleknya ke hulu dan ke hilir, samalah seperti mengusung sebuah kutubkhanah kecil!
Menara Babel saya yang berkembar empat tegak semula. Di atas katil, di sisi buku-buku Hogdson, ada beg plastik Kinokuniya. Di dalamnya empat buah buku; dua dari Ekspo Buku Islam di KL Sentral yang sempat disinggahi petang tadi, dan dua lagi dari gedung buku paling besar di Malaysia itu. Di sisi bantal, terdapat dua lagi menara; low rise. Saya mengerling iPad di tengah katil, terkenang pengalaman meladeni buku elektronik pada waktu malam dengan pantas sekali menggunakan komputer tablet itu. Tetapi hampir semua buku yang saya mahu baca sama ada belum ada dalam format elektronik, atau tidak boleh dibeli atas faktor geografi.
Mujur, kerana fokus saya tidak berbagi; atau malang kerana mungkin itu jugalah jawapan untuk masalah perdana saya ini?
Tolong, saya hanya mahu membaca!

Published on March 12, 2012 06:11
March 1, 2012
To Know and To Judge
Encountered the following passage from the first chapter of the Prolegomena to the Metaphysics of Islam by SMN Al-Attas, Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality:
It just crossed my mind:
How come we always feel apt to offer judgement onto others when we do not even have two-cents' worth of knowledge about them?

Published on March 01, 2012 05:02