Riduan Mohamad Nor's Blog, page 21
August 6, 2011
Travelog 1 Ramadan di Bumi Gaza, Palestin
August 1, 2011
Imarah Ramadan Sebagai Bulan Hidayah – TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Imarah Ramadan Sebagai Bulan Hidayah
Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba ke destinasinya ia akan terhenti walau apapun usaha untuk menegahnya daripada berhenti.
Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadan.
Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadangkala sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadan sebagai bulan untuk bepuasa.
Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadan.
Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadan. Perkara paling penting dalam menyambut Ramadan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadah puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT.
Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota anggota lain.
Hidayah adalah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis.
Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah.
Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi ideologi ini hanya akan meratibkan soal soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah.
Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.
Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah adalah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah Al Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus.
Firman Allah SWT bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus…" – (Surah Al-Fatihah:6)
Sekiranya hidayah adalah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon didalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT.
Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT bermaksud: "…(yaitu) jalan orang orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Surah Al Fatihah:7)
Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia dihadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya.
Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT bermaksud: "Dan barang sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama sama dengan orang-orang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya…" –(Surah an-Nisa':69)
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan Al Quran sebanyak banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaanya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.
Memahami Al Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah.
Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah Al Quran.
Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak Al Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.
Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengetepikan al –Quran selaku manual hidup.
Di bumi yang bersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union. Ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberi kemudharatan kepada Islam.
Bumi ini yang pernah melahirkan ulama ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi,, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain lain, hari ini seolah olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah.
Masjid masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan, lebih teruk apabila anak anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur.
Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.
Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al Quran. Bagaimanapun, usaha usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya Insya-Allah.
Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan.
Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.
Justeru, jadikanlah Ramadan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibu bapa berperanan di rumah, guru guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara.
Semua pihak perlu bekerjasama dan insyaAllah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati Al-Quran dalam kehidupan.
Akhir kata, selamat menyambut Ramadan. Semoga Ramadan tahun ini akan lebih mesra qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadan yang telah berlalu.
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Artikel ini ditaip semula dari Harakah versi cetak)
July 30, 2011
Perutusan Ramadan 1432 oleh Presiden PAS
July 23, 2011
TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA
TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH
APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Muqaddimah
الحمد لله رب العالمين , وبه نستعين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وإمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وصحبه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين .
Firman Allah :
وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِى خُسْرٍ * إِلاَّ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(سورة العصر:1-3)
(Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , melainkan orang-orang yang beriman , yang mengerjakan amal soleh , dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan- pesan dengan kesabaran".
Ayat ini merupakan prinsip penting bagi manusia yang benar- benar melaksanakan peranan nya, mengapa mereka dicipta dan diletakkan di atas muka bumi Allah. Allah telah menetapkan tiga tugas besar bagi manusia dalam kehidupan di alam dunia ini , dan perkara-perkara ini akan dihisab dan dibicarakan di hadapan Allah , firman Allah :
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثَا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ (المؤمنون:115)
"Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu (sahaja tanpa tujuan) ? dan dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami (untuk dihisab dan dibicarakan"?
Ketiga-tiga tugas itu ialah :
1- 'Ibadah , dinyatakan oleh firman Allah :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ (الذاريات:56).
"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada ku"
'Ibadah itu merangkumi perkara syi'aar 'ibadah dan kepatuhan semua urusan kehidupan di dunia dalam segala aspek.
2- Khilafah, dinyatakan oleh firman Allah :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي اْلأَرْضِ خَلِيْفَة (البقرة:30).
"Dan ingatlah apabila Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : " Sesungguhnya aku hendak menciptakan di atas muka bumi itu makhluk (manusia) yang menjadi khalifah"
Khilafah itu ialah kewajipan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama.
3- Amanah , dinyatakan oleh firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke 72 :
إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ, كَانَ
ظَلُومًا جَهُولاً
(Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit , bumi , bukit-bukau dan gunung-ganang (supaya mereka memikulnya ) tiba-tiba mereka enggan dan merasa takut akan tetapi manusia sanggup memikulnya , sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi amat jahil ".
Amanah paling besar ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia dengan menunaikan perintah Allah .
Manusia yang dapat menunaikan ketiga-tiga peranan itu ialah mereka yang dipandu oleh petunjuk Allah yang terkandung di dalam surah Al Asr yang menjadi wirid menamatkan majlis di kalangan Assalafu Soleh (jenerasi awal yang soleh).
Perkara perkara yang disebut dalam surah itu ialah :
1- Iman
2- Amal soleh
3- Berpesan dan nasihat supaya menegakkan yang benar daripada Allah
4- Berpesan dan nasihat supaya bersabar dalam perjuangan dan menghadapi cabaran kerana menegakkan yang benar dengan berjihad , amar ma'arof dan nahi munkar.
5- Melaksanakan perkara-perkara tersebut di atas secara berjama'ah kerana disebut dengan lafaz jama'ah .
Oleh kerana penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah memenuhi kewajipan merealisasikan perkara-perkara yang tersebut dan kejayaannya juga sangat bergantung dengan pertolongan Allah apabila memenuhi syarat-syarat nya , maka Tarbiyah Islamiyah Harakiyah wajiblah menjadi Aplikasi yang ditunaikan merangkumi aspek-aspek nya yang menyeluruh .
TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH
Allah Azza wa Jalla telah mengatur ciri-ciri HizbuLlah (Parti yang menegakkan Agama Allah) dengan janji kemenangan dunia dan akhirat , firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ َلآئِمٍ ذَالِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ )54(إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ )55(وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ)56(
(المائدة:54-56).
(Wahai orang-orang yang beriman ! sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasulnya dan orang orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguh nya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan " .
Kesimpulan nya ialah mewujudkan satu gulungan atau kumpulan di kalangan orang-orang beriman yang bersifat dengan perkara-perkara yang tersebut , ciri-ciri dan sifat nya dilahirkan melalui tarbiyah .
Tarbiyah itu ialah menanamkan ilmu yang menghasilkan iman atau aqidah yang membuahkan amal dan jihad dengan sifat-sifat individu yang menjadi anggota kepada gulungan yang berdasarkan aqidah dan sifat-sifat yang tersebut .
Maka di dalam tarbiyah itu disenaraikan perkara-perkara yang berikut :
1- Tabiyah imaniyah (Aqidah).
2- Tarbiyah amal soleh .
3- Tarbiyah ruhiyah
4- Tarbiyah berjamaah (berparti).
5- Tarbiyah Jihadiyah .
6- Tarbiyah siyasiyah .
TARBIYAH IMAN (AQIDAH):
Al Quran telah menyebut bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan beberapa cara :
1- Firman Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .2. الَّذِيْنَ يُقِيمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ.3.أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ حَقًّا لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ.4.
(الأنفال:2-4)
"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut Allah , rasa takutlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayat Nya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka . Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami beri rezeki kepada mereka . Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar ,untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka , serta keampunan dan rezeki yang mulia".
Ayat ini menyatakan bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan ilmu berkenaan ayat-ayat Allah yang dibaca dan ilmu melihat alam, zikrullah dan mengerjakan amalan yang wajib dan sunat .
Ayat-ayat Allah itu mengandungi ayat yang dibaca daripada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang menyatakan kebesaran Allah , dosa dan pahala , janji syurga dan amaran neraka , dan juga cerita-cerita umat-umat yang terdahulu , sama ada yang beriman dan beramal soleh yang berjaya di dunia dan di akhirat , atau yang kafir dan durhaka yang dibinasakan di dunia dan azab neraka di hari akhirat .
2- Firman Allah :
الَّذِيْنَ اسْتَجَابُواْ لِلَّهِ وَالرَّسُوْلِ مِنْ بَعْدِ مَآ أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِيْنَ أَحْسَنُواْ مِنْهُمْ وَاتَّقَواْ أَجْرٌ عَظِيمٌ .172 الَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيْمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ .173
(ال عمران:172-173)
"Mereka yang menyahut seruan Allah (agar meneruskan jihad) setelah mereka mengalami luka-luka (dalam peperangan Uhud) , bagi mereka yang berbuat baik (menta'ati Allah dan Rasul) dan bertaqwa mendapat ganjaran yang besar . Mereka ialah orang-orang yang apabila diberitahu :"Bahawa musuh sedang berkumpul untuk memerangi kamu , maka takutlah kepada nya " . Tiba-tiba iman mereka bertambah dan mereka berkata:"Cukuplah Allah (yang menolong kami ) dan sebaik-baik yang kami bertawakkal kepadaNya".
Firman Allah :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُوْنَ اْلأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
(الأحزاب:22)
"Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab (Bersekutu yang datang menyerang) , mereka berkata: "Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya dan benarlah Allah dan Rasul Nya dan tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan iman yang lebih kuat dan penyerahan diri kepada Allah yang lebih bersungguh- sungguh".
3- Firman Allah :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ* وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِيْنَ*
(العنكبوت:2-3).
"Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata: "Kami telah beriman ", dalam keadaan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka . Maka Allah mengetahui orang-orang yang benar (beriman ) dan orang-orang yang berbohong.
Ayat-ayat ini menegaskan berlakunya tarbiyah iman dengan ujian menghadapi cabaran kezaliman yang dilakukan oleh musuh untuk menapis keikhlasan orang beriman .
Kesemua ayat-ayat yang tersebut menjelaskan bahawa tarbiyah imaniyah (aqidah) itu berlaku dengan ilmu , amal , jihad dan ujian secara serentak . Adalah tidak benar mereka yang menangguhkan masa nya untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu , harta dan menguatkan iman terlebih dahulu.
Aqidah atau Iman itu hendaklah bertonggakkan Tauhid dan menolak syirik dalam segala bentuknya yang menjadi prinsip semua para Rasul dan Anbia A.S. di sepanjang zaman . Firman Allah :
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُل أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللَّهَ وَاجْتَنِبُواْ الْطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَّنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذبِينَ (النحل:36).
"Dan sesungguhnya kami bangkitkan di kalangan tiap-tiap umat itu Rasul (yang menyeru manusia supaya) mengabdikan diri kepada Allah sahaja dan menjauhkan diri daripada toghut (setiap yang melampaui batas Allah".
Maka tarbiyah dalam aspek ini juga wajib memperkenalkan perkara-perkara yang menentang dan membatalkan aqidah Tauhid yang berlaku di sepanjang zaman dalam segala aspek nya. Oleh itu tarbiyah Aqidah juga wajib mengalami tajdid (pembaharuan).
Perlu disedari juga bahawa iman itu menjadi asas kepada semua amalan , di mana amalan yang dibina di atas perkara yang membatalkan iman tidak diterima oleh Allah. Firman Allah :
وَلَقَدْ أُوْحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
(الزمر:65).
"Sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu dan kepada Rasul-rasul sebelum mu :" Jika sekiranya kamu melakukan syirik nescaya dihapuskan amalan mu dan kamu tergulung di kalangan orang-orang yang rugi".
TARBIYAH AMAL SOLEH
Allah S.W.T menegaskan amal soleh menjadi ciri terpenting kepada gulungan Islam di sepanjang masa , sama ada dalam perjalanan perjuangan sehingga mencapai kemenangan . Firman Allah :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ * وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (المائدة:55-56).
(Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman sehingga mewujudkan gulungan (Parti yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan"
Dan firman Allah:
الَّذِينَ إِنْ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَـاةَ وَأَمَرُواْ ِبا لْمَعْرُوفِ وَنَهَوْاْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُور
(الحج:41).
(Orang-orang yang kami berikan kepada mereka memerintah bumi , mereka mendirikan sembahyang , mereka menunaikan zakat , mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemunkaran , dan bagi Allah sahaja dikembalikan segala urusan".
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(ال عمران:200).
(Wahai orang-orang yang beriman ! , bersabarlah kamu , dan bersungguh-sungguh dengan kesabaran (dalam beribadah dan berjihad) dan tetapkan pendirian dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan".
Ayat-ayat tersebut menegaskan ciri gulungan Islam itu ialah beramal soleh dalam hubungan dengan Allah melalui roh dan jasad dengan mendirikan sembahayang , amal melalui harta benda dengan menunaikan zakat terhadap masyarakat dalam hubungan dengan manusia , dan menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik serta mencegah kemunkaran di semua peringkat , sehingga di peringkat berkuasa memerintah menegakkan kerajaan, seterusnya semua amalan itu dihisab di hadapan Allah .
Amalan-amalan yang disebut di dalam ayat-ayat itu merupakan rukun dan tonggak yang diwajibkan . Perlu difahami bahawa amal yang soleh itu terlalu luas bidang nya sehingga mencakupi segala ruang hidup manusia yang diserlahkan dalam setiap denyut nadi dan jantung , dan sendi- sendi anggota seseorang sama ada dalam perkara mengerjakan atau meninggalkan mengikut perintah Allah yang wajib dipatuhi secara Islam (menyerah diri) dan 'Ibadah (memperhambakan diri) dengan hati yang ikhlas kerana Allah yang lahir daripada iman ('aqidah ) yang benar.
Amalan itu dibahagikan oleh syara' kepada lima cabang : Wajib , Sunat , Haram , Makruh dan Harus .
Pendukung gerakan Islam wajib ditarbiyah untuk meneguhkan pendirian mereka sendiri dengan Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat . Kejayaan generasi awal umat Islam dalam perjuangan mereka bukan sahaja kerana berjaya dalam ujian Iman ('Aqidah ) , mereka juga berjaya menjadi model orang-orang yang mengerjakan amal soleh yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan makhluknya .
في الليل رهبان وفى النهار فرسان
"Di malam hari merupakan ahli-ahli ibadat yang kuat dan tekun dan di siang hari merupakan para pahlawan yang gagah berani".
TARBIYAH RUHIYAH
Tarbiyah ini disebut juga dengan tazkiatun nafs (membersih jiwa) dengan tujuan untuk mengikhlaskan hati kepada Allah dan menjauhkan diri daripada maksiat yang merosakkan niat . Firman Allah :
وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ (البينة:5).
"Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas keranaNya sahaja berpegang dengan agama".
Firman Allah:
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِى مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُّدْبِرِيْنَ ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُوْلِهِ
وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُوْداً لَّمْ تَرَوْهَا وَعذَّبَ الَّذِيْنَ كَفَرُواْ وَذالِكَ جَزَآءُ الْكَـافِرِيْنَ * ثُمَّ يَتُوْبُ اللَّهُ مِنْ بَعْدِ ذالِكَ عَلَى
مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (التوبة:25-27).
(Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari peperangan Hunain ketika kamu merasa 'Ujub (kagum) dengan ramainya bilangan kamu , tiba-tiba kamu tidak boleh berbuat sesuatu (ketika diserang) dan bumi yang luas itu kamu rasa sempit, kemudian kamu berundur lari bertempiaran , kemudian Allah menurunkan rasa ketenangan kurnia Nya ke atas Rasullullah S.A.W. dan orang-orang yang beriman dan ia menurunkan kepada kamu bala tentera bantuan yang kamu tidak dapat melihatnya , lalu ia mengazabkan orang-orang yang kafir dan itulah balasan yang sewajarnya bagi orang-orang yang kafir. Kemudian Allah mengampunkan selepas itu kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ".
Ayat-ayat ini menyatakan wajib ikhlas kerana Allah dalam segala amalan termasuk ketika berjihad dan membersihkan hati daripada ma'siat batin saperti 'ujub (kagum pada diri sendiri ) riyaa (menunjuk diri) , hubbul mal (kasihkan harta) , hubbur riasah (kerana jawatan) dan lain-lain , serta meneguhkan pendirian dengan istiqamah dalam perjuangan .
TARBIYAH BERJAMA'AH (BERPARTI)
Selaras dengan kehidupan bermasyakat menjadi naluri manusia , banyak perkara yang mewajibkan wujudnya jalinan hidup yang berkumpul bagi menghasilkan keperluan hidup , maka keperluan hidup beragama Islam menjadi sebahagian daripada nya .
Banyak orang mengetahui berkenaan perlunya sembahyang berjamaah dan wajib sembahyang jumaat secara mingguan , dan berijtima'a di Makkah secara tahunan untuk mengerjakan Haji , tetapi masih ramai yang melupakan kewajipan berjama'ah menegakkan Islam dan mempertahankannya . Allah mewajibkan wujudnya kumpulan ini di kalangan umat Islam , pada awalnya secara fardzu kifayah , tetapi kepada orang-orang yang tertentu dan keadaan tertentu menjadi Fardhu 'Ain . Allah befirman :
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(ال عمران :104).
(Hendaklah ada di kalangan kamu satu gulungan yang menyeru kepada yang baik (berda'awah ) , yang menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemunkaran dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
Firman Allah :
يَااَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِىاللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَـافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذالِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (المائدة:54).
"Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan " .
Seterusnya Allah menunjukkan cara berjamaah dalam berjuang untuk menegak dan mempertahankan agama Nya dalam ayat-ayat yang banyak , di antaranya firman Allah :
يَاأََيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُوْلُواْ مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ * إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِى سَبِيْلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ (الصف:2-4).
"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan , sangat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan . Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalan Nya dalam sof yang tersusun rapi laksana bangunan yang didirikan daripada batu bata yang disusun diatur dan diikat dengan seteguh teguhnya ".
Firman Allah :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ.
(العمران:159).
"Maka dengan sebab rahmat Allah yang melimpah ruah terhadap mu (wahai Muhammad) maka engkau bersikap lembut terhadap mereka , dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati terhadap mereka nescaya mereka lari dari keliling mu . Maka ma'afkan kesilapan mereka , dan beristighfar untuk mereka dan bermesyuaratlah bersama mereka (dalam perkara yang memerlukan mesyuarat) , dan apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah , sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada Nya".
Ayat-ayat tersebut menyatakan wajib berparti , ciri-ciri parti Islam dan akhlak berparti , saperti beriman dan teguh dengan prinsip , hubungan pemimpin dengan pengikut dengan bermusyawarah , ketaatan dan lain lain .
TARBIYAH JIHADIYAH
Allah telah menetapkan Islam yang dianut oleh manusia wajib mengalami proses fitrah kejadiannya yang dikurniakan aqal untuk memilih, maka Allah menetapkan berlakunya pertembungan dan cabaran yang memerlukan jihad sejak manusia pertama sehingga akhir zaman , perkara ini menjadi penentu yang meninggikan martabat mereka daripada makhluk yang lain .
Jihad bermakna kesungguhan mengembelingkan segala ne'mat kurnia Allah roh dan jasad , harta , jiwa raga , akal dan tenaga bagi digembelingkan sehinggalah dikorbankan untuk menegakkan agama Allah di bumi sehingga keperingkat yang dihuraikan oleh Allah secara terperinci dengan firman Nya:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ* تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ* وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ*
"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka , dan Allah tetap menyempurnakan agama Nya walau pun orang-orang yang kafir membencinya . Dialah (Allah) yang telah mengutuskan Rasul Nya dengan petunjuk dan agama yang benar , agar dia (Allah) memenangkannya di atas segala agama (dan ajaran) walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin. Wahai orang-orang yang beriman , sukakah kamu , aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih . Ia itu kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu , itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya . Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di dalam nya sungai-sungai dan tempat-tempat tinggal yang sangat baik di dalam syurga Adn , dan itulah kemenangan paling besar . dan yang lain yang sangat kamu ingini , iatu pertolongan Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya) , dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman ".
Ayat-ayat ini memperincikan jihad , bermula daripada mengapa perlunya , definasi nya , prinsip nya , cara nya , dan natijah nya di dunia dan akhirat .
Seterusnya Allah berfirman:
قَالَتِ اْلأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُوْلُوْا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ اْلإِيمَانُ فِي قُلُوْبِكُمْ وَإِنْ تُطِيْعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيْمٌ ﴿14﴾إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيَنَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿10﴾
(الحجرات:14-15).
"Berkatalah orang-orang Arab Badwi :" Kami telah beriman . Katakan kepada mereka :" Kamu belum beriman , kerana iman itu belum lagi masuk ke dalam hati-hati kamu, jika kamu ta'atkan Allah dan Rasulnya , Dia tidak akan mengurangi dosa kamu sedikit pun , sesungguhnnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ". Sesungguhnya orang-orang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka . Mereka itulah orang- orang yang benar ".
Ayat-ayat ini mengaitkan pula hubungan jihad dengan iman , menandakan kaitan rapat di antara kedua-dua nya .
( أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يوم خيبر : لأعطين هذه الراية غداً رجلاً يفتح الله على يديه ، يحب الله و رسوله و يحبه الله و رسوله ، قال : فبات الناس يدوكون ليلتهم أيهم يعطاها ، فلما أصبح الناس غدوا على رسول الله صلى الله عليه و سلم كلهم يرجو أن يعطاها ، فقال : أين علي بن أبي طالب ؟ فقال : هو يا رسول الله يشتكي عينيه ، قال : فأرسلوا إليه فأتي به ، فبصق رسول الله صلى الله عليه و سلم في عينيه و دعا له فبرأ حتى كأن لم يكن به وجع ، فأعطاه الراية ، فقال علي : يا رسول الله ، أقاتلهم حتى يكونوا مثلنا ، فقال : انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم ثم ادعهم إلى الإسلام ، و أخبرهم بما يجب عليهم من حق الله فيه ، فو الله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من أن يكون لك حمر النعم .). رواه أحمد وغيره .
"Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ketika berlakunya peperangan Khaibar:" Besok aku serahkan bendera kepada seorang yang Allah kurniakan dengan nya akan mencapai kemenangan , dia mengasihi Allah dan Rasul Nya dan dia dikasihi oleh Allah dan Rasul Nya ". Pada malam nya masing bertanya-tanya siapakah orang nya , di waktu pagi nya masing- masing datang dengan mengharapkan bendera itu diserahkan kepada nya . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda : "Di mana 'Ali bin Abi Tolib?". Di kalangan mereka ada yang memberitahu :" Dia mengalami sakit mata". Maka 'Ali dipanggil datang mengadap . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. meludah ke dalam mata nya yang sakit dan sembuh dengan segera , dan bendera diserahkan kepada nya . Ali berkata : "Wahai Rasulullah , perangi mereka sehingga mereka menjadi Islam saperti kita?" Sabda Rasulullah S.A.W. : "Teruskan perjalanan mu sehingga sampai ke tempat mereka , ajak mereka kepada Islam , dan perintahkan mereka melaksanakan hak yang wajib ditunaikan (dalam ajaran Islam) . Demi sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab mu lebih baik daripada barang yang paling mahal harganya ".
Hadith ini menunjukkan bahawa peroses da'awah dan motivasi sehingga mengubah fikiran adalah yang terbaik dan pertama dilakukan. Maka PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi walaupun penuh dengan kelemahan dan kejahatan dan kita wajib berjihad dengan cara ini selagi peluang masih ada . Maka jangan terpengaruh dengan pendekatan lain yang cuba ditonjolkan, sesungguhnya kepatuhan kepada jama'ah hukumnya wajib .
Allah berfirman menceritakan Nabi Musa A.S.
وَقَالَ مُوْسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيَنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوْبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ اْلأَلِيْمَ ﴿88﴾قَالَ قَدْ أُجِيْبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيْمَا وَلاَ تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ ﴿98﴾
(يونس :88-89).
"Dan berkatalah Nabi Musa A.S. : "Wahai Tuhan kami ! Engkau telah berikan kapada Firaun dan pembesar-pembesar nya perhiasan dan harta benda dunia sehingga mereka sesat dan dapat menyesatkan (rakyat ) dari jalanmu , wahai Tuhan ! binasakan harta mereka dan tutup pintu hati mereka sehingga mereka melihat azab yang pedih" . Tuhan berfirman :" Sesungguhnya doa kamu berdua (Musa dan Harun) telah diperkenankan , maka kamu mestilah beristiqamah (berada dijalan dan cara yang betul) dan jangan sekali-kali mengikut jalan mereka yang tidak mengerti" .
TARBIYAH SIYASIYAH
Kemuncak perjuangan Islam didunia ini ialah menegakkan negara Islam dengan acuan yang dinyatakan oleh Allah , diantaranya firman Allah :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِيْنَ آمَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِيْ ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُوْنَنِيْ لاَ يُشْرِكُوْنَ بِيْ شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ
(النور:55).
"Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh , bahawa Dia akan menjadikan mereka gulungan yang memerintah , sebagaimana dikurniakan kepada mereka yang sama di zaman dahulu , dan ia menjadikan agama yang ia redza ini (Islam ) berkuasa memerintah , dia menukar keadaan ketakutan kepada keamanan, mereka mengabdikan diri kepada Ku dan mereka tidak menyengutui Ku dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka adalah orang-orang yang fasik ".
Ayat-ayat ini menegaskan Tarbiyah Siasiyah itu dengan senarai berikut :
1- Adanya jamaah (parti ) yang berjuang
2- Memenuhi keperluan tarbiyah iman , amal, dan jihad.
3- Negara mengikut acuan Allah .
APLIKASI TARBIYAH
Al Quraan dan Hadith Nabawi menegaskan bahawa kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurnia Allah dengan syarat-syarat dan ciri-ciri yang menunjukkan kematangan pendukung cita-cita Islam . Amir al Mu'aminin Umar bin Al Khattab R.A. telah menyimpulkan perkara ini dalam perutusannya kapada Sa'ad bin Abi Waqqas R.A, yang ditugaskan memimpin jihad menetang Farsi , salah satu Kuasa Besar dunia di zaman itu :
بسم الله الرحمن الرحيم
أما بعد , فإني آمرك ومن معك من الأجناد بتقوى الله , على كل حال , فإن تقوى الله أفضل العدة وأقوى المكيدة فى الحرب , وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراسا منكم من عدوكم , فٌإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم , وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله , ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة لأن عددنا ليس كعددهم , وعدتنا ليست كعدتهم. فإن استوينا فى المعصية كان لهم الفضل علينا فى القوة , وإن لا ننصر عليهم بفضلنا لم نغلبهم بقوتنا . فاعلموا أن عليكم في سيركم حفظة من الله يعلمون ماتفعلون فاستحيوا منهم ولا تعملوا بمعاصي الله وأنتم في سبيل الله . ولا تقولوا إن عدونا شر منا فلن يسلط علينا , فرب قوم سلط عليهم من هو شر منهم , كما سلط على بني إسرائيل لما عملوا بالمعاصي كفار المجوس , فجاسوا خلال الديار وكان وعدا مفعولا . وسلوا الله العون على أنفسكم كما تسألونه النصر على عدوكم وأسأل الله ذلك لنا ولكم .
"Adapun selepas itu (Bismillah) . Maka sesungguhnya aku memerintah mu dan bala tentera bersama mu , supaya bertaqwa kepada Allah ( dengan mentaati perintah Nya dan meninggalkan larangan Nya) dalam semua keadaan , maka sesungguhnya bertaqwa itu persediaan terbaik dan perancangan paling teguh di medan perang . Aku memerintah mu dan sesiapa sahaja (tiap- tiap individu) bersama mu supaya berwaspada menjaga diri sendiri lebih daripada berwaspada menghadapi musuh , kerana sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh bala tentera sendiri lebih merbahaya daripada musuh mereka , dan sesungguhnya orang-orang Islam itu diberi kemenangan dengan ma'asiat yang dilakukan oleh musuh , kalau tidak kerana itu , kita tidak mempunyai jumlah bilangan yang sama saperti mereka dan kelengkapan kita juga tidak sama saperti mereka , kalau kita sama sama mengerjakan ma'asiat saperti mereka , mereka pula mempunyai kekuatan yang lebih daripada kita . Kalau kita tidak mempunyai kemuliaan yang mengatasi mereka nescaya kita tidak dapat mengalahkan kekuatan yang ada pada mereka . Ketahuilah !, bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu para Malaikat yang memerhati amalan kamu yang bertugas daripada Allah , mereka mengetahui apa sahaja yang kamu lakukan , maka malulah kepada mereka , dan jangan sekali-kali melakukan ma'asiat padahal kamu dalam perjalanan berjuang kerana menegakkan agama Allah . Dan jangan kamu berkata : " Musuh kita lebih jahat daripada kita , maka mereka tidak bolih mengalahkan kita ". Kerap berlaku kaum yang dikalahkan oleh musuh yang lebih jahat daripada mereka , sebagaimana berlaku ke atas kaum Bani Israel apabila mereka mengerjakan ma'asiat di mana mereka dikalahkan oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api) di mana musuh dapat bermahajalela (menawan dan membunuh) sampai kecelah-celah kampung , itulah ketetapan yang pasti berlaku. Bermohonlah kepada Allah akan pertolongan untuk menghadapi diri kamu sendiri sebagaimana kamu bermohon kemenangan menentang musuh musuh kamu dan aku juga bermohon untuk kami dan juga untuk kamu ".
Taqwa adalah perkara penting yang menjadi syarat bagi mendapat pertolongan Allah dan perjuangan kita diberkati. Kesemua perkara yang dilahirkan oleh tarbiyah yang berjaya dalam segala aspek tersebut di atas disimpulkan di dalam perkara yang dinamakan TAQWA yang dihuraikan oleh Allah dalam ayat ayat yang berikut :
ذَالِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿2﴾ الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ﴿3﴾ والَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِاْلآخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَ ﴿4﴾ أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿5﴾
(البقرة:2-5).
"Kitab ini tidak syak lagi di dalam nya petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa . Meraka itu ialah orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib , mereka juga mendirikan sembahyang dan menginfaqkan daripada apa-apa yang kami beri rezqi kepada mereka . Mereka juga beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka (Al Quraan ) dan apa yang diturunkan (kitab sebelumnya serta mereka percaya kepada hari akhirat . Mereka itulah orang-orang yang berada diatas hidayah Tuhan mereka dan mendapat kemenangan "
Dan firman Allah :
لَّيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّواْ وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
(البقرة :177).
"Bukanlah kebajikan itu seqadar bahawa kamu berhadap wajah ke arah timur dan barat , tetapi kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah , Hari Akhirat , Para Malaikat , dan Para Nabi-nabi , serta memberi harta dalam keadaan sayangnya kepada harta itu untuk kaum keluarga , anak-anak yatim , orang- orang miskin , orang musafir yang memerlukan bantuan , orang- orang yang meminta sedekah dan hamba-hamba , dan juga dia mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat , begitu juga orang-orang yang menunaikan janji apabila berjanji dan bersabar ketika menghadapi kesusahan , kesempitan dan dalam perjuangan ketika menghadapi musuh . Mereka itulah orang- orang yang benar (beriman ) dan bertaqwa".
Ayat-ayat ini juga menunjukkan betapa erat sifat taqwa yang lahir daripada iman , amal dan jihad melalui tarbiyah yang bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul S.A.W. itu dengan Gerakan Islam di mana Parti Islam Se Malaysia (PAS) menjadi wadah yang wajib dipelihara dan dipertahankan dengannya, kerana Islam menjadi rahsia ketahanan PAS sepanjang perjalanannya yang penuh cabaran. Pasang surut hanya keputusan pilihanraya, tetapi kematangan parti dan kesinambungan kepimpinan dan pangikut tetap bertambah matang , kerana kita membangun bersama Islam dan membina keperkasaan juga dengan Islam , rebah bangun tetap bersama Islam dan dengan Islam kita mendapat petunjuk yang sebenar .
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَة إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَاب
"Wahai Tuhan kami ! janganlah hati kami terpesung setelah engkau mengurniakan petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu .Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha melimpah kurnian Nya ".
July 18, 2011
Ucapan Takziah Ketua Pemuda Dewan Pas Pusat kepada keluarga Al Marhumah Dr Lo' Lo'
Karnival Islami (Karisma II) 22-24 Julai 2011
Nama Program: Karnival Islami (KARISMA 11)
Tarikh:22-24 Julai 2011
Tempat:Masjid Al-Salihin Kampung Teras Jernang, Bangi berhampiran: Kolej Polytech Mara, UNIKL-MFI, Akedemi Percukaian.
Tentantif Program:Rujuk gambar di bawah.
July 17, 2011
Doktor Permata Hati Jamaah:Al-Fatihah
[image error]Melihat lorong gelap itu, aku teringatkan seorang aktivis muslimah tegar yang memulakan program menyantuni gelandangan kota termasuk pekerja-pekerja seks yang membuka peha meraih rezeki.
Dia wanita besi yang tabah, sekental karang di lautan, tak tertahan asakan kuat , dia terus berlari menebarkan pengaruh jamaah.
Aku mengenalinya lewat tulisannya dalam Majalah Muslimah semenjak aku di kampus. Seorang doktor perubatan yang juga seorang aktivis muslimat. Dia terus menuju ke puncak apabila sepenuh masa di medan, banyak sumbangannya termasuk memajukan Nisa'.
Al-Fatihah.
INFO[http://docpearl.blogspot.com/2011/07/solat-jenazah-dr-lolo.html]
Solat Jenazah Dr. Lo'lo'
Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
July 7, 2011
BERSIH 2.0: Mengapa Ambiga?
Ustaz Nik Abduh- BERSIH 2.0: Mengapa Ambiga?
Mengapa Ambiga?
Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.
Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.
Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar'ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.
Pertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit.
Untuk institusi dan kumpulan kehidupan sosial, samada dalam masyarakat Islam yang majoriti atau sebaliknya, Islam tidak pernah melarang berketuakan seorang non muslim, lelaki atau perempuan, jika institusi dan kumpulan itu bertujuan baik dan tidak bercanggah dengan agama. Itu dapat dilihat melalui 'ijmak' ulama masa kini yang membiarkan penglibatan umat Islam di dalam pelbagai pertubuhan sosial yang bertujuan membina kehidupan manusia yang lebih baik.
Contoh terbaik adalah pertubuhan peringkat antarabangsa seperti PBB. Ia selalunya diketuai non muslim dan tujuannya baik walaupun sering tunduk kepada kekuasaan yang acap kali memusuhi Islam seperti Amerika. Tiada fatwa yang mengharamkan negara-negara Islam – sedangkan mereka adalah ketua-ketua umat Islam – menganggotainya. Jika begitu, anda bolehlah kiaskan secara mudah betapa pertubuhan-pertubuhan yang lebih kecil adalah lebih layak dan syar'ie bagi umat Islam untuk menyertainya.
Maka, pada asasnya, penyertaan PAS di dalam BERSIH 2.0 yang diketuai seorang non muslim adalah harus kerana tujuannya yang murni, malah merupakan tunjang kehadiran Islam di muka bumi, iaitu menegakkan keadilan dan kebebasan hidup.
Adapun untuk sebuah negara, berketuakan non muslim dalam sebuah negara yang umat Islam Islam memiliki kekuatan untuk melantik dan memilih seorang muslim sebagai ketuanya adalah tidak harus. Ini kerana adalah mustahil seorang non muslim akan memandu negara tersebut untuk patuh tunduk kepada syariat Islam di dalam bernegara.
Sebaliknya, jika umat Islam tiada memiliki kekuatan tersebut, seperti memiliki jumlah minoriti, maka berketuakan non muslim adalah harus selagi mereka bebas menjalani hak mereka sebagai seorang muslim. Contoh mudah ialah kerajaan nabi Yusuf alaihissalam. Baginda adalah menteri kepada kerajaan yang kufur. Ada beberapa persoalan mungkin timbul, saya ketepikan dulu untuk memberi laluan kepada topik asal perbincangan.
Kedua, bagaimana jika ketua itu anti Islam? Ada beberapa keadaan. Pertama, jika pertubuhan itu bermaksud anti Islam, maka jelas haram menyertainya. Jika tidak, bahkan untuk turut menyokong matlamat Islam, maka hukum adalah sebaliknya. Kedua, jika ketuanya anti Islam dan secara jelas dilihat begitu, maka hendaklah dilihat kesan baik dan buruknya. Jika keburukan mendahului atau sama atau ditakuti buruknya, maka hukumnya tidak harus. Ini soal ijtihadiah dalam siyasah syar'ieyah.
Lihat juga perbahasan ulama dan fatwa mereka dalam penyertaan umat Islam di dalam pertubuhan-pertubuhan tajaan zionis misalnya. Walaupun zahirnya kelihatan baik, tetapi keraguan adalah besar disebabkan matlamat zionis terhadap Islam adalah jelas, apatah jika ketua pertubuhan tersebut dilihat pro zionis.
Adapun jika ketua tersebut dilihat anti Islam kerana beberapa tindakannya yang menunjuki demikian, maka ia bergantung kepada matlamat pertubuhan tersebut dan perjalanannya, bukan pada ketuanya. Semua bukan Islam adalah biasa dan natural jika beberapa tindakannya dilihat bercanggah atau memusuhi Islam. Jika tidak, terbantutlah kehidupan yang dicanang agama Islam yang sejagat agar Islam menghubungkan sesama manusia, bukan memutuskan! Islam dengan itu akan hanya relevan dalam masyarakat Islam sahaja, bukan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya.
Ketiga, bagaimana dengan Datuk S. Ambiga? Saya akan merujuk kepada beberapa dakwaan terhadapnya sehingga beliau dituduh oleh pihak yang menuduh sebagai anti Islam, terutama berkaitan soal murtad dan pluralisme agama.
1) Adakah salah untuk seorang bukan Islam berpendapat dan bertindak menyalahi hukum Islam sedangkan ia tidak menyalahi undang-undang negara? Jika salah, maka adalah baik untuk kita tumpukan dulu pertuduhan dan kemarahan kita itu terhadap orang Islam sendiri yang berkata dan bertindak menyalahi hukum ugamanya sendiri daripada melampiaskan kemarahan kita kepada orang luar yang mungkin saja bertindak demikian hanya kerana melihat telatah umat Islam sendiri yang menolak ugamanya.
Jika tidak salah, maka mengapa kita menganggapnya anti Islam, sedangkan undang-undang negara tidak menganggapnya salah? Adakah agama kita memaksakan mereka sebagaimana ugama kita memaksakan kita? Tidak bukan? Undang-undang negara membenarkan mereka mencabar. Jadi, salahkah mereka bergerak di atas lunas-lunas itu?
Yang boleh memaksakan semua adalah undang-undang yang terpakai di dalam sesebuah negara. Islam tak terpakai di negara kita. Jadi persoalan asas adalah mengapakah tidak dilaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, atau dalam isu ini, yang berkaitan penjagaan terhadap ugama Islam dan individu muslim daripada dijadikan bahan murahan dan mainan seperti kes murtad oleh umat sendiri.
Maksud saya, pertuduhan anti Islam terhadap individu non muslim seperti Datuk S. Ambiga dan sepertinya adalah berbentuk persepsi dan anggapan. Ia bukan terbukti. Sesuatu yang samar-samar tidak boleh dibina hukum di atasnya. Ia adalah kezaliman. Kezaliman tertolak daripada merajai hukum ugama.
Ya, benar bahawa persepsi dan kesamaran itu berguna untuk sikap berhati-hati. Adakah anda menjangkakan BERSIH 2.0 adalah medan untuk menolak agama? Atau ianya adalah untuk menolak ketidakadilan? Penilaian adalah ke atas BERSIH 2.0, bukan lagi pada individu yang mengetuainya itu. Saya tidak berhujah untuk memperkenalkan BERSIH 2.0 di sini. Topik kita ialah ketuanya sesudah BERSIH 2.0 difahami sebagai kumpulan yang bersih murni matlamatnya.
Lainlah jika anda memang berpendapat bahawa BERSIH 2.0 itu sendiri adalah tidak bersih. Kita bincang di lain kali pula hal itu.
2) Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.
Malangnya, sebelum non muslim, umat Islam sendirilah yang berada di hadapan menentang perlaksanaan hukum syariat ke atas mereka dan negara mereka juga. Siapakah mereka? Agak malang, bahkan pelik sekali kerana mereka inilah juga yang sering menuduh Datuk S. Ambiga sebagai anti Islam?! Jadi, sudah pasti nyata bagaimana pertuduhan terhadap pengerusi BERSIH tersebut adalah semata-mata untuk mengaburi masyarakat agar turut menolak BERSIH 2.0 tersebut, walaupun pengerusinya ditukar kepada TG Abdul Hadi Awang! Saat itu, pertuduhan khas pula dicipta ke atas TG Abdul Hadi Awang. Mungkin sebagai neo Khawarij!?
Khulasahnya, sebelum anda melihat kepada Datuk S Ambiga, lihat dulu kepada kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam yang sebenar dan begitu takut dan ngeri dengan kemaraan BERSIH 2.0 itu. Mengapa takut kepada pencinta keadilan dan kebebasan jika mereka juga adalah kerajaan yang adil dan pro kebebasan?
3) Apakah yang sebenarnya dituntut oleh bukan Islam? Sudah pasti hak mereka sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. Anda harus faham, sebagai sebuah minoriti ugama dan bangsa, non muslim memiliki perasaan sendiri bahawa mereka merasa masih tidak selesa dan selamat dengan undang-undang dan perlaksanaannya di negara ini yang dilihat tidak mesra minoriti. Ini termasuklah hak beragama dan kawalan terhadap ugama mereka.
Adakah setiap kali mereka bersuara, maka hukumnya adalah 'anti-Islam', sedangkan tiada pun Islam sebenar yang menjadi undang-undang di negara ini? Adalah menjadi tuntutan ugama Islam bahawa menjaga hak bukan Islam adalah teras besar kepada undang-undang Islam. Tanpa ini, undang-undang Islam adalah terbantut, lemah dan tidak relevan sebagai 'rahmatan lil alamin'.
4) PAS konsisten memperjuangkan Islam dan kedaulatannya semenjak sekian lama. Ia pertubuhan politik dan dakwah yang secara jelas memperkenalkan Islam dan syariatnya yang sebenar walau terpaksa berhadapan kesusahan dan tindakan zalim pemerintah. Adakah PAS yang diketuai oleh syura ulama yang menepati maksud kekuasaan sebenar Islam tiba-tiba gagal mengenal Datuk S Ambiga? Ia agak jauh, sukar dan 'unreachable' oleh otak yang BERSIH!!
Kelima, mengapa Ambiga? Mengapa tidak PAS yang mengetuai demonstrasi aman BERSIH 2.0, sedangkan PASlah yang dilihat menjadi pemain utama menggerakkan massa? Perhatikan,
1) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif politik dan parti politik semata-mata, bahkan dilihat sebagai tuntutan bersama rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mesra politik dan orang politik. Rakyat mahu pemerintah mereka adalah yang mereka pilih melalui proses pilihan raya yang adil dan telus. Dengan penglibatan golongan non partisan seperti puluhan NGO yang bergabung di dalam BERSIH 2.0, maka adalah nyata bahawa rakyat seluruhnya telah nampak secara jelas bahawa perjalanan pilihan raya negara adalah di tahap lemah dan sering dimanipulasi oleh pemerintah semasa. Rakyat seluruhnya mahukan reformasi pilihan raya!
Maka, Datuk S Ambiga dicalonkan dan semua pihak menerimanya mengetuai BERSIH 2.0.
2) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif ugama semata-mata. Oleh kerana PAS terlalu 'ugama', maka sudah pasti BERSIH 2.0 akan gagal mencapai matlamatnya yang mahukan seluruh rakyat yang mahukan reformasi pilihan raya itu turut menyertainya tanpa rasa curiga terhadap motif pihak lain. Ia adalah matlamat yang disepakati bersama.
Kesepakatan melakukan kebaikan adalah dendangan syariah Islam.
3) Agar PAS tidak dilihat sebagai ekstrimis ugama. Walaupun PAS berjaya daripada semasa ke semasa memperkenalkan dirinya sebagai pertubuhan Islam yang sederhana dan 'wasathiyah', ia tetap menjadi buruan golongan anti Islam untuk menghancurkannya dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Antara peluru utama ke atas PAS adalah senjata tajaan Amerika yang menghukum golongan Islamis sebagai ekstrimis dan pelampau ugama. Sudah pasti tujuannya adalah menjauhkan masyarakat, terutama non muslim daripada PAS.
Apabila orang yang dilabel pula sebagai anti Islam seperti Datuk S Ambiga bersedia untuk bersama-sama PAS mengetuai perhimpunan rakyat, maka ia adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Sebagai mana PAS, beliau dan kumpulan non muslim juga tidak gemar di label dengan tuduhan-tuduhan yang negatif yang tidak membantu ke arah perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.
4) PAS memerlukan sokongan semua lapisan dan kumpulan rakyat. Negara dibina dan dibentuk oleh rakyat. PAS mencadangkan alternatif yang dilihat terbaik untuk negara Malaysia iaitu negara berkebajikan yang bertunjangkan Islam sebagai neracanya. Adalah satu kesempatan dan peluang yang baik untuk PAS memperkenalkan dirinya sebagai pejuang bersama menuntuk hak-hak rakyat yang diketepikan oleh pihak pemerintah. Adakah menjadi 'bos' dalam semua perkara adalah syarat atau rukun dakwah? Adakah ia juga satu hikmah dalam berdakwah? Tidak bukan?
5) Dekad terakhir dalam sejarah dan politik negara adalah dekad anjakan paradigma rakyat dalam banyak hal. Antara yang menarik adalah pecahnya tembok binaan UMNO yang berusaha memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. Kesan tembok itu adalah buruk. Non muslim mengenal Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. Kesannya, tiada yang indah dalam Islam. Melayu UMNO adalah dipenuhi penyakit. Bagaimana si pesakit boleh menawarkan kesihatan?
Apabila tembok pecah, kini non muslim mula melihat dan mengenal Islam daripada PAS. Daripada PAS yang ditakuti, kini menjadi PAS yang disenangi. BERSIH 2.0 adalah sebahagian proses berkenalan di dekad baru ini, dekad yang dipenuhi cita-cita bersama ke arah Malaysia yang lebih harmoni, merdeka dan berjaya.
Sekarang anda telah melihat beberapa perkara penting yang mampu menghapuskan keraguan mengenai penerimaan PAS untuk menyertai BERSIH 2.0 walaupun diketuai oleh seseorang yang menghadapi tohmahan sebagai anti Islam.
Walaupun saya tidak membawa nas-nas penghujahan secara lebih terperinci demi meringkaskan, adalah cukup dengan memahami hujah-hujah yang diberi, kita akan melihat nas-nas ugama itu seperti bersedia untuk tampil.
Bersih dah berjaya 60%. Giliran rakyat untuk jayakan 40% yang akhir dengan hadiri perhimpunan di stadium
PAS mengucapkan syabas kepada semangat kental yang ditunjukkan oleh para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang sehingga mendapat Bersih 2.0 mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang DiPertuan Agong.
PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada kebijaksaan Yang DiPertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut yang sengaja diwujudkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata kerana ketakutan menghadapi pilihanraya pada satu padang yang sama rata.
Di sini, PAS ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali. Namun, oleh kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang, maka PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur.
Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.
Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.
Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat.
Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan KDN yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.
Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.
Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya.
Rakyat kena yakinkan diri sendiri dan kawan-kawan kita yang lain yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.
Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.
Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya.
Namun begitu, PAS juga ingin mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.
Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.
Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.
Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini. Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti.
Namun demikian, tidak perlu bimbang, sekiranya Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah nanti, kita akan pasti supaya 8 tuntutan ini dilaksanakan supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang – dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Julai 2011
BERSIH 2.0:Aman, Santai dan Happy
Riduan Mohamad Nor's Blog
- Riduan Mohamad Nor's profile
- 57 followers
