Riduan Mohamad Nor's Blog, page 26
April 11, 2011
Sebelum terlena, hirup zikirmu teman.
Berlari mengejar masa yang tidak pernah bersimpati kepada manusia yang lalai. Jom teman-teman penuhkan masjid dan surau, sebelum kita mati terkejang.
Perih dan pedih. Ramai yang solatkan jenazah pegawai kastam itu. Akhbar Melayu terlalu cepat menghukum dengan diwajahkan palitan dosa tidak terampun. Tanah leluhur ini semakin merimaskan. Sejuk seumpama taman yang rendang ketika berkuliah dalam masjid, saat melangkah keluar hembusan anginnya begitu menyucuk sendi-sendi.
Malam ini saya mengubang kembali mimpi 2001. Semua amilin kena merancang sebuah pusat pengajian Islam di Beting Maro. Jemaah mesti mengilangkan ahli2 yang faham dan konsisten dengan perjuangan Islam. Sebagaimana Sabah mempunyai Madrasah Darul Hidayah.
Sebelum terlena, hirup zikirmu teman. Biar lelah dan terulit dengan Asma Allah.
April 9, 2011
Jaulah Utara
Kuliah Subuh di Shah Alam
Teman, memaknai kehidupan yang sementara ini. Mari kita bercermin diri di malam yang sepi ini. Di sepanjang umur, berapakah jatah umur kita peruntukkan untuk gerakerja Islam? Atau masa kita terbuang dengan sia-sia? Jom kita membina Istana Akhirat kita teman, di ladang amal ini dengan umur yang masih tersisa.
Bangkit teman, berderap kita ke masjid atau surau untuk Subuh yang bening ini. Jangan ocehanmu hebat tentang Negara Islam tetapi engkau tertidur culas seperti biawak. Jom!
Usai Kuliah Subuh di Shah Alam. Terselit YB Dr Yaakob Sapari dalam kuliah. Selangor yang berselimut dengan pencerahan. Kini Abang Ipar memecut ke Subang dengan kuda besi. Seram bunyi enjin mengaum. Pagi nanti bentang pengisian di Perlis.
Perlis
Perlis, dengan sawah padi. Mendarat di Alor Setar. Fuh, semoga tiba pada saat tiupan wisel mula. Jejawi Perlis yang tenang, pepohon yang melingkari madi meliuk-liuk bertasbih. Saya di hadapan Sekolah Islam Furqan. Tragedi minggu lalu merabik hati. Belum tentu siapa yang bersalah. Malam ini Kuliah Maghrib di Kangar. Petang ini ingin menghirup laksa Kuala Perlis.
[image error]
Laksa Kuala Perlis
Hari ini hari yang mengembirakan. Bersama para duat muda Perlis, wajah bersih mereka dihantar dari amalan harian yang konsisten. Terpercik semangat untuk merubah masyarakat. Saya dihujat soalan-soalan panas seperti lelehan merapi. Menggelegak!
Kualih Maghrib di MATIN
Selesai Kuliah Maghrib di MATIN Perlis. Ramai masyarakat yang hadir. Petang tadi mendengar penerangan sebenar isu kematian di Furqan. Bagai langit dan bumi kisah sebenar dengan versi Utusan Malaysia. Betapa buruknya Perangai Utusan Malaysia memutar belit isu ini. Akhbar ini layak jadi tempat lapik duduk. Melayu tanpa akhlak, inilah rupanya.
Malam ini menarik nafas dalam melihat bangunan MATIN yang tersergam indah. Tahniah kepada Ustaz Yusaini dan anak buah yang mengucur keringat membangunkan pusat pengajian ini. Hidup pencerahan!
Pulang ke Kuala Lumpur
Pertama kali naik bas dengan tidur yang sempurna. Alor Setar- KL. Bas 2 tingkat sangat selesa rupanya. Jaulah Utara tamat. Bersarapan dengan anak-anak muda Lembah Pantai. Mereka guru-guru muda yang sedang menggebu semangat mendidik anak bangsa. "Menjadi guru miskin harta tetapi tidak korupsi" ujar Kiai rahmat Abdullah.
April 8, 2011
8 April 2011
Subang yang tenang. Pagi ini meredah awan ke Terengganu untuk berkhutbah, merasmikam mesyuarat DPP Setiu dan ceramah. Janji dengan anak-anak untuk menggeledah novel di Kuala Terengganu.
[image error]
Sampai di Terengganu bumi Tok Ku Paloh. Ulama pejuang itu dengan ilmu dan karomah yang hebat melindungi pejuang-pejuang Pahang seperti Bahman, Mat Kilau, Tok Gajah.
Usai khutbah di Seberang Takir, dijemput makan tengahari di rumah Ustaz Ismail Dagang, kekanda yang sangat saya kasihi, seorang murabbi yang sarat pengalaman semasa menjadi guru.
[image error]
April 7, 2011
Al-Fatihah, Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam
Al-Fatihah
[image error]
Al Fatihah. Kita merasakan kehilangan sosok pejuang ini. Kali terakhir berjumpa seingat saya beberapa tahun lepas. Wajah bersih yang memantulkan seorang tua yang berwibawa. Selepas Haji Sakib, kini ayahanda Mbok Masek pula. Dia sudah pergi sebentar tadi. Dia pejuang keturunan Bugis yang sangat tawadhu', pemurah, peramah, jelas aqidahnya, tinggi akhlaqnya, indah ibadahnya, mulia perjuangannya. Kita semakin sunyi dari orang-orang soleh seperti ini
Terlepas pandang lagi. Rupanya Kak Rohana (PASTI) Lembah Pantai telah meninggal dunia. Dia wira tidak didendang mengucur keringat membangunkan prasekolah jemaah. Meninggal dengan pakaian sukan pasti yang masih tersarung dibadan. Mendidik dengan ikhlas walau tanpa imbuhan yang tinggi. Moga Kak Ana, berbahagia di alam sana. Saya selaku bekas Ketua Lembah Pantai akan sentiasa mengingati seorang guru yang berbakti. Al-Fatihah. Kak Rohana, 46 tahun meninggal akibat kegagalan jantung. Dia antara sesepuh PASTI Lembah Pantai dan hari ini saya menghitung dan menghitung teman-teman yang telah kembali.
Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam
Awan tiris lagi di petang ini. Menghantar air rahmat, memulakan perjalanan ke Bangi untuk pestabuku dan Kuliah Maghrib di Masjid TJ. Debu fitnah yang sedang menyebar ini kita redam dengan bilasan air jernih. Ingat teman! Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam. Jom teman, cerdaskan bangsa kita yang sedang tersenyum bahagia mendengar kisah lendir melekat dibirai katil. Kisah-kisah lendir itu sentiasa mewarnai langit sejarah orang Melayu. Sulalatus Salatin dengan Hang Tuahnya, Sultan Mahmud, juga Mahsuri yang akhirnya menderita di Langkawi. Al-Quran bercerita tentang Nabi Yusuf, Aishah.
Tazkirah Jumaat
Tempat pemandian jenazah.
Ingat teman, misteri mimpi Altantuya, Mustakizah, Sarbini sesiapa pun, engkau boleh bersilat lidah dimahkamah dunia. Pengusungan ini aku menghantar isyarat kepadamu bahawa keadilan telah mati, diselimuti tirani yang membumbung kesombongan.
[image error]
Tandu Jenazah
Tempat sekujur jasad dibaringkan, disiram air, ditekan perut, diwangikan, dikafankan. Teman, aku juga seperti kamu yang terpancing dengan pesona dunia. Maka ingatan kepada kematianlah yang akan memancung lamunan kita. Tandu jenazah ini adalah sebahagian batu tanda kehidupan yang kita terlupa. Kita masih belum terlambat untuk membasuh noda semalam. Jom anak muda kembali kepada fitrah Islam.
70 kali sehari malaikat maut menziarahi kita dan kita sentiasa leka dengan seribu kesibukan. Seni kematian, mati yang berseni, berseni cara mati. Wallahualam.
Islam Liberal & Pluralisme Agama
April 6, 2011
Abdel Kader Hachani
Sedang mengintai bahan-bahan untuk sambungan Tanzim Al Qiam selepas era pilihanraya 1991 (FIS diharamkan). Maklumat hilang, di alam maya juga tiada. Sah tak IR. Abdel Kader Hachani dibunuh dalam penjara?
Terima kasih kepada Alang hasan yang membantu untuk akses maklumat Abdul Kader Hachani. Pejuang itu telah mati dibunuh oleh penyerang. Saya menggunakan nama samaran Abdel Kader Hachani semasa dikampus apabila menghantar artikel pada akhbar. Semoga rohnya bersama syuhada.
Ops Kriket, Perut, Jangan bodohkan kami, bekas anak didik, hidup sebagai penceramah
Ya karim! Terlupa, lusa sambutan Ops Kriket 1997 April. Ribuan dicurah asid kerana membantah kedatangan pasukan Israel. Lencun dengan kimia. Nostalgik sungguh. Malam ini kena meninta pengalaman indah belasan tahun dulu. "The Young Angry Man"
Zaman itu kita anak kampus yang radikal, seronok dikejar FRU dan kita tidak ada sepicing persaan untuk khianati jamaah. Sayu apabila diingat kembali. Ada yang sudah meninggal dunia. Yang masuk UMngok pun ada.
Wah, nampaknya pertemuan kembali mangsa Ops Kriket boleh diterjemaahkan selepas pilihanraya Sarawak. Wajib datang. Pak Amjal,YB Salahudin,YB Mahfuz, Ustaz ABC, Badik, Suhairi othman, Suhaizil, Roslan Mat Zain, Ustaz Zul Setiu Ex Comrade UM, UIA, UTM, UPM, dan lain-lain.
Yang sudah meninggal dunia adalah Pak din Hancur, Din Kubur Maras, Ustaz Bustaman Kerinchi, Zaujah Ustaz Mayuddin (lupa nama) Yang sakit, Ustaz Mat Ali kemalangan. Ramai yang masih hidup tetapi tidak aktif pun dijemput. Nantikan iklannya selepas pertempuran Kenyalang.
Perut
Perut keuzuran. Kuliah malam inidi Masjid as Salam diganti Ustaz Fauzi Husain. Kuliah Zuhur pun sama. Berulang ke kamar kecil. Apabila usia menganjak, begini rupanya. Perut tahan lasak 20 tahun dulu kini manja. Makan nasi semalam, dibekalkan oleh penganjur ceramah yang dipanaskan hari ini. Ya Tuhan, menapak ke kubur rupanya.
Jangan bodohkan kami
"Interpol datuk! " Jangan bodohkan kami. Tangkap sahaja RTC, Datuk Eskay. Aduh,tanahairku makin celaru mengalahkan filem Hindustan dan Tamil. Sakit perut malam ini hampir sempurna melihat Edisi 7. Menyesal tidak pergi kuliah Maghrih. Ceh!
"Selok kera" adalah istilah republik Besut untuk mengambarkan check mate. Mati akal. Semenjak tersiar video lucah umngok ini, terasa beratnya untuk meluncurkan idea ketika meninta. Ada yang terperap dibawah minda, menunjal-nunjal fakulti akal, penaakulan sangat tumpul. Agaknya kena ajak anak-anak memanjat Gunung Tebu minggu depan, melahap pemandangan indah, menghirup udara yang bebas carut marut.
Bekas anak didik
Petang ini aku dijerkah diruang maya oleh bekas anak didik. Namanya terbuang dari senarai teman FB. "Aduh Nur, mana perasaan, ratusan yang dibuang ." Medan ini adalah ladang pahala, merapatkan ukhuwwah, menjejak kasih yang terlera.
Hidup sebagai penceramah
Di Meru yang kian sibuk. Program bina' yang santai, melepasi As Sharif yang makin hebat. Wah, siap ada Umrah Masjid, Skuad Anti Mungkar lagi. Terselit gambar kawanku, YB jawa yang suka membantu insan lain.
Hidup sebagai penceramah adalah seperti bidan. Kami dijemput datang, balik bersendirian, makan buah langsat kini sedang sesat dalam perdesaan Meru. Ish!
Malam ini di Masjid Ittisam Shah Alam. Dua bulan tak dapat datang. Jadual meloncat-loncat. Jemput teman yang dekat, mengeteh selepas Isyak restoran berdekatan tanpa kambing sudah pasti. Selera makan adalah subjektif. Selepas ceramah zuhur tadi 2 pinggan nasi untuk lauk ikan sardin kosong. Fuhh nostalgik zaman kanak-kanak musim tengkujuh berhembus.
April 4, 2011
Berjuang 'gila-gila', Kuliah Zuhur, Ceramah di Seremban
Berjuang 'gila-gila'
Selepas Kuliah Zuhur terasa ingin menjengah ke Pesta Buku Bangi di PKNS. Harap ladang ilmu menjadi. Bangi bandar ilmu.
"Apabila kita berjuang Islam, kita kena berjuang gila-gila, bukan gila! Medan ini bukan untuk bermain, kena bersungguh" kata seorang Ustaz di Masjid Rahman pada bulan Jun 1991 sebelum masjid dibaiki dan jemaah berpindah ke Surau Kerinchi. Pagi ini terkenang-kenang frasa ini. "Gila-gila" Bagaimana tu teman-teman? Engkau faham?
Kuliah Zuhur
Usai Kuliah Zuhur di sebuah bank. Seronok dengan teman yang setia belasan tahun. Mengunyah madu kemesraan. Dua orang berminat untuk ikut ke sarawak minggu depan.
Kuda Besi
Kuda besi itu akhirnya ke bengkel pula. Ya Karim, tersedak-sedak penat di aspal kota. Hari ini meraba poket. Masuk bengkel bermakna poket akan rabak. Malam ini di Negeri Sembilan. Naik van barang la jawabnya. Moga sempat untuk Kuliah Maghrib dan Ceramah.
Bertolak ke Seremban untuk ceramah malam ini. Semoga tidak terperangkap dalam jem. Oh, singgah Bangi untuk Pesta Buku di PKNS. Jem di jantung kota yang sombong ini. Teringatkan Beting Maro, Sebuyau, Pusa Hulu. Anak muda desa yang tersengih di penambang, perawan desa mengintai-intai dari jendela, surau yang tidak bermaya dengan masjid yang terpaksa menghitung kepala untuk berjumaat. Bumi Kenyalang yang indah.
[image error]
Man dan Huzaifah
Man dan Huzaifah berlanglangbuana meneroka pasaran lembaran kertas. Man dengan tasbih digitalnya, Huzaifah dibuai Sinar F.M. Anak muda selera lama.
"Nak hukum apa tengok klip video lucah ptn ni yang terhangat?"
"Isk, tak kan itu pun tidak tahu. Bukan sahaja haram, tapi haram bejadah. Jangan main-main dengan dosa Bro."
Penguasa tirani makin melampau. Mana SKMM, mana Polis? Apa barang bang? Isk, kuliah dulu jap, nanti bentang Surah An Nur.
Selamat tinggal Seremban
Melepasi Seremban. Mata mengantuk dengan jamuan berat. Terbuai-buai seperti melahap air ketum. Semoga mata terus terpacak seperti matahari tengahari. Malam ini ada tugasan menanti.
Politik penguasa Machiavelli
Malam ini dengan mimpi resah. Apa akan terjadi dengan tanah leluhur ini? Politik penguasa Machiavelli yang sangat busuk, teman. Aku ingin bertanya, apakah bentuk negara yang ingin kita wariskan kepada anak cucu kita? Belum terlewat jika kita semua bergerak. Humbankan koruptor yang bejat ini dari serambi kuasa. Anak muda jangan hanya melihat.
"Woooit UMNGOKK, kamu merencatkan selera menulis malam ini. Tidak malu pada malaikat? Isk, kamu nak merakyatkan porno? Kami mempunyai anak-anak yang masih putih bersih. Contengan kamu mengotorkan!
Cukuplah tidurmu teman
Cukuplah tidurmu teman. Sebahagian lagi malam untuk bersimpuh menitip doa. Selamatkanlah negara tercinta ini daripada bala Allah, ketololan yang disengajakan oleh penguasa negara ini. Berdoa, cerminan dosa silam, memantul rupa yang buruk. Basuhlah dengan taubat yang bersungguh sebelum nyawa direngkung. Jom Qiam wahai anak muda. Jangn malas Bro. Islam tidak menang dengan tempikan kosong, juga amilin yang culas, berlingkar seperti biawak.
Petikan Harakahdaily:Wacana PAS Baru lawan Menerjang Badai
Wacana PAS Baru lawan Menerjang Badai
Ismail Hashim
[image error] SHAH ALAM, 4 April: Wacana ilmiah antara penulis buku Menuju PAS Baru, Dr Mujahid Yusof dengan penulis buku kritikan terhadapnya, Menerjang Badai, Ustaz Riduan Mohamad Nor mendapat sambutan memberangsangkan.
Program yang diadakan di Dewan Kompleks Kediaman Exco Selangor, dekat sini malam tadi menampilkan dua tokoh muda PAS yang juga penulis buku yang yang menjadi topik perbincangan utama.
(Gambar: Mujahid bersalam dengan Riduan (kiri) dengan diperhatikan moderator Dr Khairudin Aman Razali)
Dr Mujahid menjalani pendidikan peringkat BA (Bahasa Arab dan Sastera di Universiti Al-Azhar, Mesir, Sarjana (MA) Pembangunan Sumber Manusia di UPM dan Doktor Falsafah (PhD) Siyasah Syariah, UM.
Manakala Ustaz Riduan pula mendapat B.A (Hons) UM dan Diploma Pendidikan di UM, dan MA di UKM serta peringkat akhir PhD di sebuah unversiti tempatan.
Menjadi bualan umum secara hangat sebelum ini, mengenai buku Menuju PAS Baru karya Dr Mujahid yang menjadi kontroversi tentang isi kandungan dalam bab tertentu mengenai perjuangan ulamak dalam PAS dan kepimpinan mereka khasnya.
Namun mempunyai hujah tersendiri, ingin melihat masa hadapan PAS yang lebih cemerlang dengan membahas dan sedikit sebanyak menyentuh status quo kepimpinan parti selama ini, dengan persoalan; adakah sudah berpuas hati dengan tahap pencapaian PAS sekarang ini?
Datanglah Ustaz Riduan dengan bukunya Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan yang mempertahankan kekuatan kepimpinan ulamak selama ini.
Beliau mempunyai kajian mendalam tentang sejarah perjuangan Gerakan Islam di negara ini sementelahan menyiapkan tesis MA dan dalam proses akhir menyempurnakan tahap PhD dalam bidang berkaitan.
Dikeranakan isu ini telah berjalan agak panjang tanpa apa-apa penyelesaian, PAS Cawangan Seksyen 18 dengan kerjasama PAS Kawasan Shah Alam mengambil inisiatif mempertemukan dua tokoh ini dalam satu majlis harmoni dan kondusif.
[image error]Moderator wacana, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang juga Pengasas Darul Fuqaha menjalankan peranannya dengan begitu cemerlang.
(Gambar: Antara peserta yang memenuhi dewan)
Dewan luas itu penuh dengan anak muda sekaligus menjadikan majlis berjalan dalam keadaan meriah dan membina; menggabungkan hujah bernas kedua-dua belah pihak dengan sekitar sepuluh soalan hadirin yang turut mewarnai suasana.
Seorang pemimpin Wanita Keadilan, Puan Rozaini Mohd Azmi ketika bangun bercakap menyifatkan program seumpama ini amat baik diketengahkan dan amat perlu diadakan lebih kerap dan jika boleh, parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu meneruskan inisiatif ini.
"Saya berharap usaha ini merupakan inisiatif terbaik dan berharap ia menjadi ikutan juga kepada parti-parti lain gabungan dalam PR," tegas beliau yang juga seorang penggerak menghalang loji sisa radioaktif di Kuantan.
Dalam pada itu, Riduan berkata, isu ini menjadi hangat kerana beliau membahaskan dengan panjang lebar tentang sejarah perjuangan parti diketuai golongan ulamak sedangkan Dr Mujahid pula membicarakan logik organisasi.
"Sudah tentu berlainan dan pembaca pula mempunyai kefahaman tersendiri," tambahnya.
Dr Mujahid pula menegaskan, beliau melihat penulisan Riduan ketika menjawab isi kandungan bukunya sebagai penambahan kepada isu yang dibahaskannya di dalam buku beliau.
Riduan Mohamad Nor's Blog
- Riduan Mohamad Nor's profile
- 57 followers
