Riduan Mohamad Nor's Blog, page 23

June 10, 2011

June 9, 2011

Langkawi

Dalam perut pesawat meredah langit ke Langkawi. Malam ini Kuliah Maghrib dan ceramah di tempat sumpah Mahsuri. Terkocoh-kocoh dan tercungap-tercungap melepasi trafik metro yang makin lelah.


[image error]

Minum petang di Padang Mat Sirat dengan aktivis masyarakat Langkawi, Hj. Sabri.


[image error]

Di Pantai Cenang Petang ini. Malam berceramah dengan Azmim Ali.


Langkawi masih hangat berbahang. Petang ini mendengar rintihan dan masam manis kehidupan masyarakat. Pulau ini dengan lagenda sang hawa yang terfitnah. Kuliah-kuliah masjid aktif dalam 4 tahun ini. Moga ada anjakan.


Berjogging santai di hamparan pantai yang bersih. Langkawi dengan tarikan pesonanya yang tersendiri. Ceramah malam ini dengan Azmin Ali. Jom teman, sihatkan badan, bakar kalori.


[image error]

Markas Langkawi malam ini. Bersama Azmin Ali, Ir.Amiruddin, Ustaz Zubir. Audien ramai di luar dewan. Angin yang santai mungkin.


[image error]

Ir.Amiruddin sedang berwejangan. Polis adakan sekatan jalanraya malam ini. Aku hanya melepaskan nafas yang berat di negara Zimbabwe ini.


 


[image error]

Ceramah di Langkawi. Harap kehadiran ke BERSIH 2 mampu mencecah 300 ribu. "Ada berani ke?''


Bersama YB Azmin Ali dan teman-teman mencicip teh di Kuah. Malam ini juga lebih 20 kereta dipancitkan tayar. Politik rimba di tanah air tercinta. "Tak pernah berlaku macam ini. Parkir tempat terang, terbuka, polis pun ramai" seranah kawanku tak puashati.


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2011 14:34

June 3, 2011

Jadual Muktamar Tahunan PAS Kali ke-57

From Friday, 03 June 2011

To Sunday, 05 June 2011 by admin Hits : 1565


ATURCARA


MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-57


1 Rejab 1432H / 3hb Jun 2011 (Jumaat ) 3.00 petang Sidang bermula




AGENDA PERTAMA

: Mengesahkan Peringatan Muktamar yang lalu

AGENDA KEDUA

: Membentang dan menerima penyata dan laporan

• Laporan Tahunan PAS 2010-2011

• Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2010

AGENDA KETIGA

: Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat)

9.00 malam : Persembahan Kebudayaan


2 Rejab 1432H / 4hb Jun 2011 (Sabtu) 8.30 pagi Sidang bermula




AGENDA KEEMPAT

: Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan ucapan dasar

1.00 t/hari : Rehat dan Solat Zohor berjamaah

2.00 petang : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula

4.30 petang : Rehat dan Solat Asar berjamaah

5.00 petang : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula

6.30 petang : Rehat dan Solat Maghrib berjamaah

9.00 malam : Ceramah umum

12.00 t/malam : Rehat


3 Rejab 1432H / 5hb Jun 2011 (Ahad) 8.30 pagi Sidang bermula




AGENDA KELIMA

: Membahas usul-usul

1.00 t/hari : Rehat dan Solat Zohor berjamaah

2.00 petang AGENDA KEENAM

: Penggulungan dan ucapan penangguhan

: Muktamar ditangguhkan

: Doa

: Bersurai


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2011 05:26

May 31, 2011

SAAT MUKTAMAR ITU DATANG KEMBALI

Malam dengan bintang bergantung di perut langit. Teman-teman mula bertali arus mudik ke kota untuk menghadiri Muktamar. Taman Melewar seperti seorang bapa tersenyum girang menyambut tetamu yang datang dari seluruh negara. Puluhan ribu yang akan hadir. Inilah saatnya kami merajut ukhuwwah dan cinta pada perjuangan. Masjid dan surau Lembah Kelang ini turut berkerlipan sinar kerana turut mengambil kesempatan dengan ratusan para asatizah yang hadir. Masjid surau di sekitar Gombak dan Batu juga akan menjadi medan persinggahan, meningkatnya jemaah yang bersusun mengumam dan menasbih nama Tuhan. Solat berjemaah dan menganyam doa.


 


Muktamar seperti sebuah pesta pertemuan alumni "sekolah besar" dengan pelbagai jalur pemikiran, bertanya khabar melepas rindu yang panjang. Juga dengan khabar sedih kehilangan rakan yang telah dijemput ke alam abadi. Muktamar dengan titik pesona terbesar dalam setahun, merapatkan jurang pimpinan dan pengikut. Kami semua menyimpul erat tali ikrar untuk menegakkan agama Allah di tanah leluhur ini. Rongga dada kami bergelombang saat bersenandung dengan lagu AMAL, laungan takbir yang menakluki angkasa melantunkan ruh kami yang menyatu dengan seluruh pergerakan Islam yang lain diseluruh belahan dunia ini. Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dengan tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah. Tuhan, anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah untuk menjulang Agama ini.Selamat bermuktamar teman.  Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa.


 


Aturcara Muktamar Tahunan

Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52


Majlis Perasmian (Rabu, 1 Jun 2011 / 29 Jamadil Akhir 1432)

Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah AlamMasa Aturcara

12.00 – 06.00 ptg : Pendaftaran dan Taklimat Program

07.45 – 08.00 p.m : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat

08.00 – 08.10 p.m : Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-negeri

08.10 – 08.20 p.m : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat

08.20 – 08.40 p.m : Ketibaan Perasmi (YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS)

: Pemeriksaan perbarisan Unit Amal / dan Exco DPPP

08.40 – 08.45 p.m : Ucapan Aluan Pengerusi

08.45 – 08.50 p.m : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS

08.50 – 09.00 p.m : Bacaan ayat suci Al Quran

09.00 – 09.10 p.m : Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Ketua Pengarah Panitia Muktamar

09.10 – 10.00 p.m : Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

10.00 – 10.05 p.m. : Persembahan Multimedia

10.05 – 10.50 pm : Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 52

10.50 – 11.10 p.m : Penyampaian anugerah-anugerah

11.10 – 11.30 pm : Jamuan Ringan / Sidang Media


Muktamar Penuh (Khamis, 2 Jun 2011 / 30 Jamadil Akhir 1432 ) Masa Agenda

08.15 – 08.30 a.m. : Aluan Pengerusi Tetap

08.30 – 08.40 a.m : Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke 51

08.40 – 10.00 a.m. : Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP & 2 Pemeriksa Kira-kira

10.00 – 10.20 a.m : Minum pagi

10.20 – 10.30 a.m : Membentang dan membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010

10.30 – 11.45 tgh : Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010

11.45 – 01.30 tgh : Membahas Ucaptama Ketua Pemuda

01.30 – 02.30 p.m : Makan tengahari dan solat Zuhur

02.30 – 05.30 p.m. : Sambungan perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda

05.30 – 05.35 p.m. : Menerima Ucaptama Ketua Pemuda

05.35 – 06.00 p.m : Rehat / Solat Asar / minum petang

06.00 – 07.15 p.m. : Perbahasan Usul-usul

07.15 – 08.00 p.m. : Solat Maghrib / Makan malam

08.00 – 09.30 p.m. : Sambungan perbahasan dan menerima Usul-usul

09.30 – 09.40 p.m. : Memilih 15 orang wakil ke Muktamar Tahunan PAS ke 57

09.40 – 10.00 p.m. : Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja DPP Pusat sesi 2011-2013

10.00 – 10.20 p.m. : Ucapan Penangguhan Perwakilan

10.20 – 10.35 p.m. : Anugerah Khas "Jasamu Dikenang"

10.35 – 11.00 p.m. : Ucapan Penangguhan Ketua DPP Pusat 2011-2013

11.00 p.m. : Doa Penutup / Doa Wehdah dan bersurai


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2011 17:17

May 26, 2011

Kerana Dia Aku Menarik Diri Daripada Pencalonan Tim. K DPPP

Teman, ampun kerana mengecewakanmu. Aku menarik diri dari pencalunan Timbalan Ketua DPPP. Aku mempunyai alasan, seteguh karang, kerana teman itu sosok yang cerdas, pemikiran literal dan analitikal. Dia mesra buku dan merajut cinta dengan budaya intelektual. Malam hari ini dia menopang tubuhnya yang melidi dengan bermunajat pada Tuhan, sedangkan aku berdengkur keras. Mulutnya tidak mengumbar, dan lidahnya tidak menghiris menikam.


Teman, aku melihat dalam bening wajahnya, insan yang tawaduk. Pemikirannya untuk bina' dan tajnid (kaderisasi dakwah) demi masa depan jamaah yang dicintai. Sela dan senggang masanya membaca Al Quran dengan suara yang lirih, pemikiran politiknya cerdas dan boleh dihirup oleh ahli-ahli gerakan lewat tulisannya di dada akhbar, majalah, alam maya. Meruak peribadinya yang mulia aku sangat yakin, dia bukan bersandar pada nasab bapanya untuk muncul ditengah jamaah. Kerana teman itu maka, aku menarik diri. Berikan aku sedikit ruang menyiapkan beberapa lembaran sijil untuk masa depan perjuangan. Maafkan aku teman kerana menarik diri!


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2011 04:50

May 25, 2011

Kenyataan Media – PAS : Benteng Ombak Penyelamat Ummah

Pagi ini, saya sempat membelek beberapa akhbar yang menyiarkan laporan muka depan berkenaan pertandingan jawatan-jawatan utama di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan. Calon-calon yang sudah mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak kurang juga yang menarik diri dilaporkan secara meluas bahkan mendapat tempat di muka hadapan akhbar. Saya melihat laporan media massa yang meluas ini sebagai satu perkembangan yang menarik.


Bagi saya, ini menunjukkan PAS telah menjadi perhatian ramai. Mustahil jika PAS merupakan parti kecil yang bertaraf kampung dilaporkan secara besar-besaran melalui akhbar harian. Tentulah banyak mata yang sedang memerhati gerak langkah PAS pada hari ini. Samada mata memandang menanti pincangnya langkah atau cantiknya bunga silat, wallahua'lam. Apa yang penting, PAS bukan lagi menjadi parti yang tersisih dari arus politik perdana. Hal-hal dalaman 'rumahtangga' PAS pun dijadikan gosip panas sedangkan apa yang pasti siapa saja yang membarisi kepimpinan PAS, pasti semuanya akan tetap melawan UMNO / Barisan Nasional.


Hari ini, istilah 'ulama' dan 'profesional' dihidupkan kembali oleh akhbar dan media eletronik milik UMNO. Kononnya kedua-dua ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional di dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada UMNO/Barisan Nasional.


Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada pakar strategi seperti Khalid bin al-Walid, ada penyair seperti Hassan bin Thabit, ada ahli korporat seperti Abdul Rahman bin Auf dan tidak kurang juga ahli ilmu seperti Abdullah bin Abbas dan Abddullah bin Umar radhiallahu anhum. Bahkan jika diteliti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi khulafa selepas baginda, semuanya datang dari latar belakang yang berbeza. Abu Bakar RA seorang sahabat yang terkenal dengan kehalusan hatinya, mudah menangis dan menitiskan air mata kerana Allah SWT, berbeza dengan Umar al-Khattab yang agak kental jiwanya, sesuai berdepan dengan kerajaan Rom dan Parsi di zamannya. Umar juga seorang tokoh pentadbir yang bijak menyesuaikan dasar dengan situasi semasa, lalu lahirlah pada hari ini perbincangan tentang Fiqhu Umar. Ia merupakan satu mata pelajaran yang saya sempat pelajari sewaktu berada di al-Azhar dahulu.


Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS, kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional di dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama di dalam PAS itulah professional. Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah.


Alhamdulillah, di Kelantan saya berharap agar benteng ini terus kukuh mempertahankan kerajaan negeri yang ditegakkan di atas dasar Membangun Bersama Islam. Kita asuh generasi yang ada agar terus kekal dengan perjuangan Islam. Malangnya, usaha kita dituduh meracun pemikiran anak-anak. Hakikatnya, anak-anak muda inilah yang perlu dibentuk dengan pemikiran Islam ketika masih di bangku sekolah. Jika kita boleh mengajar mereka tentang kesedaran alam sekitar, menjaga kesihatan bahkan pendidikan seks pun dicadangkan diajar untuk pelajar sekolah, apa jijiknya jika pemikiran politik cara Islam diajar agar mereka dapat membezakan intan dan kaca? Hairan saya, apabila akhbar-akhbar utama yang saban hari menyiarkan maklumat lucah di muka hadapan dan menayangkan cerita-cerita yang menjijikkan dibenarkan pula memasuki sekolah, bebas sahaja bertebaran di atas meja pusat-pusat sumber sekolah, sebaliknya apabila kita menjemput anak muda membaca al-Quran, kita dituduh meracun? Sungguh rabun mata hati mereka!


Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam. Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah SWT. Insya-allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air.


Sekian, wassalam.


TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 25 Mei 2011 / 21 Jamadil Akhir 1432


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2011 17:09

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang

Tarikh: 27-28 Mei 2011


Tempat:Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, Felda Jengka 16 dan 18[image error]


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2011 17:05

May 24, 2011

May 23, 2011

Isu Lynas

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2011 16:50

Riduan Mohamad Nor's Blog

Riduan Mohamad Nor
Riduan Mohamad Nor isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Riduan Mohamad Nor's blog with rss.