Riduan Mohamad Nor's Blog, page 19

November 21, 2011

November 10, 2011

November 2, 2011

Tabung untuk adik Farhana

I

Hidup ini kadang tak terjangka teman, awan hitam boleh tiba-tiba melibas langit yang cerah dan membawa gerah. Panggung kehidupan ini begitu berwarna warni, sebab itulah dunia ini tidak sekadar mempunyai hitam dan putih. Aku terpanar, apabila menerima berita Farhana, gadis kecil anak teman baikku Abang Dai (aktivis dakwah Tawau) sedang dioperasi perutnya di hospital. Bermula dengan sakit perut, akhirnya melarat kepada buah pinggang. Kini perutnya ditebuk sang perawat. Anak comel itu sedang bertarung dengan maut. Bapanya tidak punyai apa pun, kecuali teratak usang. Bekerja siang dan mlm untuk dakwah. Aku merayu teman, jangan kita biarkan Farhanah disengat kesakitan lantaran bapanya tidak mampu membiayai yang terbaik buat puterinya. Ayuh, kita ada rezeki untuk dikongsi, tidak luak harta kita untuk membantu teman yang kejerihan. Jangan langit menatap murka, kita sendawa kekenyangan dan menjadi tak peduli. BIMB10025020355759 Dara​Mansah Lamasa.


II


Demi sebuah persahabatan yang mulus dan tulus, aku lancarkan tabung ini. Kau kenal teman bapanya yang tidak sepi mengirim perkembangan dakwah di Sabah. Dia petugas jamaah yang tidak berkira dengan peluh yg mengucur laju. Jangan biarkan Abang Dai berseorangan diuji dengan kepayahan. Berikan simpatimu, ruak rasa tak peduli yang sedang melilit tangkai hatimu. Bantulah dengan infak, zakat dan lain-lain. Paling lemah dengan titipan doa yang ikhlas untuk melihat Farhanah kembali ceria mengukir senyum. Hidup tak sebagaimana yang kita lihat teman, gunung takdir bila-bila masa akan menghempapmu. Jom kita bantu Abang Dai. BIMB 10025020355759. Langit sedang melirik kita teman. Jangan tak pedulisme!


 


 


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2011 08:26

November 1, 2011

October 27, 2011

Objektif dan Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS

Peringkat Kebangsaan 2011


Tempat : KUIZM Taman Melewar.


Tema :

Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya


OBJEKTIF


1- Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.


2- Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).


3- Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.


4- Meningkatkan kebersamaan dan perasaan 'sense of belonging' terhadap DPPM.


5- Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul 'amal.


6- Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan


TENTATIF


Hari Pertama : 28 Oktober 2011 – Jumaat


________________________


3.00 – 4.00 pm : Pendaftaran peserta


4.20 – 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat


5.15 – 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah


5.50 – 6.30 pm : Urus dan Hemat diri


6.35 – 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat


7.15 – 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah


7.35 – 8.30 pm : Perasmian :


Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Aam PAS


8.40 – 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah


9.00 – 9.30 pm : Makan Malam


9.40 – 11.40 pm : Pidato Tarbawi


Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

Ustaz Nasrudin bin Hassan

Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ]

Yb Hj Salahudin bin Ayub


12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur


HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 – sabtu


____________________________


4.30 – 5.10 am : Qiamullail dan munajat


5.30 – 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat


6.10 – 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah:

Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


7.00 – 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi


8.30 – 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:

Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen


9.30 – 10.20 am : Rehat


10.30 – 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri

Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader


12.00 – 12.50 pm : Makan Tengahari


1.00 – 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.


2.00 – 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa


Ahli Panel :


Dato' Mustafa Ali

Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban


4.30 – 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat


5.15 – 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah


6.15 – 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam


7.15 – 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah


7.35 – 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik


Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa

[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]


8.40 – 9.00 : Solat Isyak berjamaah


9.15 – 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda


Penceramah:


Tuan Haji Muhammad bin Sabu – Timbalan Presiden PAS Pusat

Dr. Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir

Yb. Dato' Mahfuz Umar – Naib Presiden PAS

Ustazah Siti Zailah – Ketua Muslimat PAS Malaysia

Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) – Alu-aluan

Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) – Pengerusi


12.00am : Program ditangguhkan


HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 – ahad


_____________________________


4.30 – 5.40 am : Qiamullail dan munajat


5.50 – 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat


6.35 – 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2:

Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]


7.30 – 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi


9.00 – 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :

Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda


oleh :

Ust Nasrudin HassanTantawi

Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

Dr. Raja Iskandar al Hiss


10. 05 – 11.00 am : Rehat


11.05 am – 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1

oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


12.40 – 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah


1.40 – 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2

oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


3.40 – 4.40 pm : Perasmian Penutup:


oleh :

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ,

Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss

Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]


4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2011 14:06

September 28, 2011

Jom ke Ijtima' Tarbawi 2011:Mencetak Kader Dakwah, Menyimpul Ukhuwwah

Mencetak Kader Dakwah, Menyimpul Ukhuwwah


Gerakan Islam ini semakin membesar dan menerima kehadiran penyokong yang pelbagai latarbelakang , konsistensinya di medan dakwah,tarbiah dan dakwah telah teruji dalam tempoh yang panjang di negara ini . Usai program mega , sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang , jangan lupa pula program besar tahunan Dewan Pemuda Malaysia, 28 sehingga 30 Oktober ini, yang akan berlangsung program terbesar Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ijtimak tarbawi 2011. Program ini merupakan kesinambungan program besar Dewan Pemuda PAS iaitu Ijtimak 'Alami yang pernah diadakan pada tahun 1989 dan 1994 di tempat yang sama iaitu Masjid Rusila Terengganu.


Dewan Pemuda PAS semenjak dekad 60an telah ratusan kali mengadakan ijtimak tarbawi dalam kerangka mencetak kader-kader dakwah. Semasa dipimpin oleh Ustaz Hasan Shukri ,seorang anak tarbiah Ikhwanul Muslimin program ini dinamakan SPEM.DPPP bergerak ke setiap negeri untuk mempersiapkan fikrah pemuda terutama tonggak lima rukun yang digagaskan oleh gerakan Islam fenomenal itu.pemuda PAS yang diasak dengan program tarbiah telah Berjaya menghadapi serangan tak beradab pemuda tahan lasak UMNO yang dikenali sebagai pemuda tahan lasak.


Dalam dekad kebangkitan Islam pula , selepas peralihan kepimpinan ulama ,pelbagai ijtimak tarbawi diadakan dengan menggunakan pelbagai jenis tema seperti ijtimak mustad'afin, ijtimak penerangan dan sebagainya,namun yang paling berskala besar ialah ijtimak alami yang menghimpunkan tokoh-tokoh besar gerakan Islam antarabangsa, termasuk daripada gerakan Jamiat Islami,Ikhwanul Muslimin dan juga gerakan Islam yang lainnya.


Program himpunan tarbiah ini akan menghimpunkan tokoh-tokoh tarbiah PAS seperti Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Dewan Ulama, Murabbi tarbiah , termasuk tokoh undangan daripada gerakan fenomenal dunia iaitu Ikhwanul Muslimin.


Dewan Pemuda PAS Pusat sangat berbesar hati mengundang seluruh amilin, pendokong-pendokong harakatul ummah ini untuk membanjiri bumi serambi Mekah yang telah lebih dua dekad diterajui oleh kepimpinan ulama.Ahli-ahli PAS seluruh negara dijemput hadir, tidak terhad kepada jaringan pemuda tetapi program ini mengundang juga muslimat, Nisa, warga kampus, veteran parti, pelajar-pelajar sekolah dan seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam. Saya bagi pihak jawatankuasa Panitia program Ijtimak dan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ingin menyeru kepada ahli-ahli PAS untuk hadir beramai-ramai beserta dengan kaum keluarga, bekalkan dengan tikar, bantal, bekalan musafir yang secukupnya.


Taman Melewar dan kawasan sekitarnya akan menjadi 'hotel' yang akan menampung ribuan peserta ijtimak melepaskan lelah bersimpuh di KUIZM dan kawasan disekitarnya .. Gerai-gerai jualan yang pelbagai akan menyempurnakan himpunan ini, termasuk gerai pameran yang akan diuruskan oleh pelbagai unit dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Ijtimak Tarbawi 2011 Dewan pemuda PAS akan berlangsung dengan euphoria santai namun sarat dengan mutiara ilmu yang akan disampaikan oleh pembentang kertas kerja, pengkuliah, juga panelis forum yang terdiri daripada kalangan pimpinan PAS Pusat dan tokoh jemputan daripada Ikhwanul Muslimin. Dengan jangkaan sepuluh ribu peserta yang hadir memenuhi dalam dan luar kompleks KUIZM, program ini dijangka memberikan kesan yang mendalam untuk memerkasakan kembali program tajnid , mencetak kader-kader dakwah dan merimbunkan kembali program amal tarbawi di dalam gerakan Islam tertua dan terbesar di negara ini.


PAS walaupun disibukkan dengan medan siasah namun tidak melupakan kewajipan asasinya untuk membenihkan kefahaman terhadap ahli-ahlinya yang kini menjangkau sejuta orang.


Selamat datang kepada seluruh ahli dan pastikan tarikh penting ini tidak bertembung dengan mana-mana program parti.jika BERSIH dapat menghimpunkan seratus ribu rakyat prihatin, mengapa tidak Ijtimak yang penting ini kita himpunkan seramai mungkin ahli-ahli jemaah.Rahsia kekuatan PAS dapat bertahan dalam tempoh enam dekad ini ialah kerana kejayaan mentarbiah ahlinya, berdada dengan kezaliman pemerintah.Tanpa tarbiah, maka PAS telah lama berkubur di Negara ini seperti puluhan gerakan lain yang hanya berada dirakaman sejarah negara.


NOSTALGIA PROGRAM IJTIMAK TARBAWI 2010


Saya teringat Ijtimak kita pada tahun lepas di Masjid Rusila, Ijtimak Tarbawi 2010 bukan sekadar medan untuk berhimpun dan berukhuwwah ,namun ada sesuatu yang membekas dalam palong hati saya, iaitu Ijtimak Tarbawi 2010 Pemuda menerima kehadiran tokoh murabbi PAS yang sangat tidak asing dengan program pembinaan kader pemuda PAS, iaitu al fadhil Ustaz Yahya Othman.


Siapa tidak kenal dengan sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan diasuh oleh Ikhwanul Muslimin. Kertas kerja tarbiah ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwan yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim Mesir.


Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah semenjak tahun 70an lagi. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dengan usrah, tamrin, daurah , jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau.Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan.


Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak diatas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong.


Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan beliau, bahkan merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan 'air tangan' beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda.


Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh dihadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantamao atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan 'cepu mas' ustaz Yahya.wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan.


"ayat apa tadi akhi?, surah apa?" Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid.Tak berkutik,semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz.Dia tak mengalah,terus mengasak peserta.


"Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?" Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan secawan kopi 'Janda'.


"Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?" Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam disebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah air longkang. Saya juga, walaupun panitia program kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis terjun bangunan. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata.Hormat dan gerun , sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat.


"Mengapa tak menulis dalam jawi?" Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan airliur. Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.


"Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam" kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan . Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.


Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan , meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin.Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan.


"Mula pukul berapa akhi program ni" Tanya Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta.Apa pun teguran yang diberi , saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan,terakam indah dalam lipatan ingatan kita semua.


Dalam program ijtimak Tarbawi yang lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan.kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh.Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar.


"Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu"ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta.Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas.Matanya memerhati dengan penuh teruja kearah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain.


"Nama apa ustazah yang bercakap tu?" Tanya ustaz Yahya perlahan,cuba mengingat sesuatu. "Ohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat"jawab saya.Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah.Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu.


Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam , juga kepada kita semua didalam organisasi Dewan Pemuda. Setiap kali bertemu, hati kecil akan berdoa " Ya Allah, berilah kekuatan dan kesihatan kepada murabbi kami, kami masih merindui sentuhan beliau". Maka , teman-teman sekalian , jangan lupakan Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan diadakan pada 28-30 Oktober ini.


Kita bertemu mata dengan penuh rasa ukhuwwah dan keghairahan untuk membedah perjalanan jamaah dan amal tarbawi, saat kita meriah dengan agenda menuntut ruang demokrasi yang bersih dan adil.Ajak dan iklankan program ini semaksima mungkin melalui media baru,juga mulut ke mulut seterusnya merancang untuk tiba tersenyum di KUIZM Taman Melewar pada tarikh tersebut.


Jangan kau Tanya,"nak mandi dimana, buang air dimana,muat tak Dewan Fadhil Noor", kita adalah pemuda Islam yang akan menggalas beban perjuangan, bukan anak-anak kecil yang disuap makan oleh ibunya. Islam tak akan menang ditangan sang pengecut dan pemuda yang manja, tiga hari bukanlah tiga bulan di tengah Sahara atau di hamparan ais di kutub Utara.


Ustaz Yahya yang semakin uzur pun akan hadir memberikan pengisian untuk kita semua.Juga Mursyidul Am dan juga Presiden akan membelai akal kita dengan pengisian , maka jom anak muda..jangan tak datang.Kami menunggumu dengan tangan yang didepang luas dan senyum penuh bahagia !

(Riduan Mohamad Nor adalah Ketua Penerangan dan dakwah DPPP,seorang penulis dan juga Timbalan Pengarah Ijtima' Tarbawi kebangsaan 2011)


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2011 03:35

Wacana Rakyat : MERDEKA, SEJARAH YANG DIHITAMKAN

Wacana Rakyat : MERDEKA, SEJARAH YANG DIHITAMKAN


Pada 2 Oktober 2011.

Bermula pada jam 8 malam.

Bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar


Panel :

Dr Zuhdi Marzuki ( Pengarah Operasi PPP )

Ust Nasruddin Tantawi ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )

Ust Riduan Mohd Nor( Penulis / Pengkaji Sejarah )

Dr Muhaimin Sulam ( Pensyarah UPSI )


Moderator :

Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS)


Mahasiswa dan orang ramai di jemput hadir…


Keterangan Lanjut Hubungi : Ridhuan 0132229803


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2011 03:04

September 19, 2011

Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara

Ucapan Prof Dato' Mohamad Abu Bakar dalam Forum Rakyat: Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara

Tarikh: 12 Sept 2011

Tempat: Dataran Stadium Mohamed ke IV Kota Bharu



[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 19, 2011 17:30

Riduan Mohamad Nor's Blog

Riduan Mohamad Nor
Riduan Mohamad Nor isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Riduan Mohamad Nor's blog with rss.