Riduan Mohamad Nor's Blog, page 28

March 28, 2011

Kempen Anti Zina, Kuliah Zuhor, Santai anak muda

Kempen Anti Zina


Pagi yang berbunga bahagia. Merancang Kempen Anti Zina yang lebih memancing anak remaja untuk datang. Zuhur ini di Maybank untuk Kuliah Zuhor. Selepas sentiasa tertangguh dan terloncat jadual. Petang ini "inner circle" memperingati Sheikh Ahmad Yassin, Sang pencerah yang membakar semangat juang.


Bertemu sahabat lama


Usai Kuliah Zuhur, bertemu dengan teman belasan tahun terpisah, Zulkarnen anak jati Marang. Rumahnya di tepi sungai Marang. Sungai yang menyimpan rahsia nelayan Terengganu yang miskin. Banyak kenangan kolektif yang kami kongsi.


Bersama mangsa Marvi Marmara


Petang ini bersama Abdul Halim mangsa Marvi Marmara. Menemuramah wira tidak didendang dalam isu bantuan Palestina. Halim pernah diserkap di penjara Israel.


 


[image error]

Temuramah dengan wira Marvi Marmara, Abdul Halim. Rawan dan indah bergumpal-gumpal dalam satu perasaan


Santai Anak Muda


Malam ini santai anak muda di Dataran Desa Minang Gombak bersama Bob Lokman, mengunyah isi hati insan seni yang berhijrah. Ada duka dan ada tawa.


Ya Tuhan, terselit Mr. Os. Kau kenal teman dengan Mr Os? Figura seni dekad 80an. "Abang, kenal rapat dengan Bob?" tanya saya. "Baik juga " kata Mr Os. Dia dimamah usia, tetapi tetap dikenali walau terselit dalam remang gelap malam.


 


[image error]

Program santai anak muda malam ini. Tahniah Pemuda Gombak


Mengunyah maklumat dengan santai. Harap semua DPP kawasan dapat anjurkan program Santai Anak Muda untuk memancing anak muda di luar kelompok.


[image error]

Makan selepas jam 12. Mengunyah isu Palestin. Dia serius menuang idea dan aku menjadi pendengar yang setia


Teruskan zikirmu teman, sehingga terlena. Hidup hanya pentas sementara, sekejap lagi kita akan kembali samada bersiaga atau tidak sambil memikul jutaan soalan yang akan terbeban pada pundakmu dan aku teman. Jom kita membasahkan lidah dengan ingatan kultus buat Pencipta.


 


 






[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2011 19:38

March 27, 2011

Talkshow Subuh, Mesyuarat DPP Kuala Langat

Talkshow Subuh


Jom teman. Basahkan lidah dengan berzikir. Hayunkan derap kaki kita ke masjid. Jangan malas, jangan leka, mungkin hari ini ada temujanji dengan malaikat maut. Jom Qiam. Pagi ini talkshow Subuh di Bandar Saujana Utama.


[image error]

Talkshow Subuh di Bandar Saujana Utama. Melimpah. Tahniah penganjur atas inisiatif


Mesyuarat DPP Kuala Langat


Terus bergerak ke Banting, perasmian DPP Kuala Langat.


 


[image error]


Ustaz Ridzuan Rahmat, KP  Kuala Langat melontar kata aluan. Saya berada di Banting untuk meramikan Mesyuarat Agong Kawasan.


 







Ya Tuhan, betapa rabaknya mata. Jangan tertidur ketika berceramah. Jujurnya sudah tidak mampu untuk fokus. Semalam hanya sejam tidur. Ada yang menunjal-nunjal dalam kepala setiap malam. Ada tugasan yang mengundang resah.


Tersedak pagi ini dengan tayangan multimedia aktiviti DPP Kuala Langat. Lagu Metallica jadi intro awal. Fuhh, merinding bulu roma, hebat anak muda dengan percikan api semangat yang menyala. Tahniah akhifillah.



At Taqwa Taman Melewar


Mengeteh di At Taqwa Taman Melewar. Restoran mamak dengan aspirasi agama. Staf mereka dengan wajah bersih. Biasanya dengan alunan Quran Sudais. Menyantuni adik permpuan saya, Nur Asiah yang menghantar anak ke Tahfiz Furqan Padang Balang.


Kuliah Maghrib


Kuliah Maghrib di Al Firdaus Selayang. Matahari malu bersembunyi.


 


 








[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2011 16:14

March 26, 2011

Seminar, Kisah si anak muda, Kuliah Maghrib dan Forum Perdana

Seminar di Shah Alam


Seminar di Shah Alam. Hujung minggu yang sendat. Kereta kedengaran ngauman yang hodoh. Mungkin ekzos bocor lagi.


Kisah si Anak Muda


Anak muda itu memandangku dengan tatapan dingin, sedingin ais di rabung Himalaya. Guratan wajahnya kepucatan. Isyarat wajah yang sakit. Anak muda itu mencurahkan isi hati, pahit dan kelat. Saya tersedak dan terasa patah berkeping-keping.


Dengan umur yang relatif muda, anak muda itu telah terjebak dengan pelbagai dosa. Dia menghela nafas sambil memerinci satu persatu noda lampau. Titik manik mula berguguran. Saya diam tidak berkutik. Segunung simpati kerana darahnya telah bercampur dengan virus HIV.


Program Kahwin Perdana 2011 anjuran Kerajaan Negeri Selangor


Malam ini program Kahwin Perdana. Salut buat kerajaan Selangor kerana berusaha menutup pintu zina dengan mengalakkan anak muda berkahwin.


Kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman


Kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman. Masjid yang mendera kami dengan seribu nostalgia anak-anak kampus. 1990an,  masjid ini menjadi tempat iktikaf, tempat dihambat aparat keamanan, tempat 'merancang' kerja anak muda yang nakal. Kini masjid itu terkunci rapat diwaktu malam. Masjid Ar Rahman umpama Masjid Universiti Algiers.


Forum di Kelang


Forum malam ini di Kelang. Padat dan sarat. Forum sempena Perkahwinan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Selangor.


[image error]

Forum Perdana sempena Perkahwinan Perdana 2011 anjuran Kerajaan Negeri Selangor


Forum malam ini bersama YB Dr. Halimah Ali terselit di tengah. Beliau merupakan Exco  yang menganjurkan kahwin perdana. Tahniah YB. Kempen jauhi zina.


Malam melabuhkan tirai. Semoga esok ada mentari muncul untuk program yang padat. Terima kasih teman atas huluran tangan.



 










[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2011 17:59

March 25, 2011

Santai Anak Muda

[image error]


Tarikh: 28 Mac 2011


Hari    : Isnin


Masa: 9.30 Malam


Tempat: Dataran Desa Minang, Greenwood Gombak.


Anjuran: Pemuda PAS Gombak


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2011 20:47

Tazkirah Jumaat, Kematian, Kuliah Maghrib dan Forum

Tazkirah Jumaat di Masjid Khairiah. Langit mendung tetapi hati berbunga bahagia. Petang ini pertemuan penggerak Lujnah Dakwah, santai meracik api semangat. Bermula dengan usrah dan cuba untuk tidak diakhiri dengan berkambing. Aduh, mampukah? Kata Bob Lokman, "Boleh mati kalau tidak makan kambing". Hihi.


Pagarilah dadamu dengan anugerah dan pingat, tetapi jika jasamu menfitnah insan lain? Ingat, engkau hanya mampu tersenyum sementara. Nanti kawah api akan mengaduk-aduk. Dadamu yang sombong. 110 peratus,ingatan buat aku di tegak matahari Jumaat.


Kematian demi kematian, solat jenazah demi solat jenazah, doa selamat silih berganti, derapan ke kuburan acap kali. Hari ini menghening cipta, pertemuan dengan malaikat maut dalam keadaan bersedia atau tidak?


Selesai mengeteh arab dengan Bob Lokman, berjaya mengatasi godaan kambing Arab petang ini. Malam ini Bob di Dewan Hamzah Kelang. Dia berusaha untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri dan hari ini terbongkar mengapa dia suka memandu sendirian. Engkau mahu teman?"Aaahhh, engkau sentiasa ingin mahu tahu."


Bertolak ke Sijangkang untuk Kuliah Maghrib dan Forum. Teman-teman  FB kepingin buku diskaun 50 peratus boleh jumpa disana. Aku ingatkan kamu, hanya 50% ya . Bukan 110%



Pesta lampu merah di Tol Duta. Tersadung sekian lama. Tak tahulah apa nasib Kuliah Maghrib di Sijangkang. Jalan jem . Banting, Sijangkang, Teluk Panglima Garang. Hanya menangis dalam hati terbayang-bayang jemaah kuliah menunggu.



Anak muda bertubuh kurus melenking dengan kasar apabila saya bertanyakan mengapa tidak pernah muncul di Perkim pada hujung minggu. "Apa Perkim boleh bagi pada saya?" Issk,kaki terasa ringan,kawah kesabaran mendidik, saya menahan sabar. 10 tahun memeluk Islam masih tidak mampu menghafal 7 ayat Al Fatihah.

 


Forum Perdana


Forum Perdana di Sijangkang malam ini. Khalayak 110 peratus di luar jangkaan. Paling berbunga bahagia bersama teman saya di Asrama Pantai Puri Universiti Malaya, Ustaz Zamri Shafik. Dia menyeruak zaman di kolej yang sarat idealisme dan perangai anak muda kail sejengkal.


[image error]


Memacu kuda besi ke Gombak. Menghirup madu perjuangan. Lazat tidak terkata, berahi dan berjelira. Titis air menikam kaca kereta, pohon meliuk-liuk bertasbih, sujud rukuk dan kita dengan mimpi-mimpi mengapai awan. Ayuh sebelum Subuh bangkit untuk menasbih tuhanmu. Zikir dahulu ya teman. Jangan tertidur cula.


[image error]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2011 17:29

Riduan Mohamad Nor's Blog

Riduan Mohamad Nor
Riduan Mohamad Nor isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Riduan Mohamad Nor's blog with rss.