Abdul Latip Talib's Blog, page 9
December 18, 2011
Gambar baru

Dia bapa sekularisme Turki yang berkuasa selama 30 tahun. Dia lelaki yang dengan bangganya memusnahkan Institusi Khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.
Dan dia lelaki yang menderita dengan pelbagai penyakit misteri sebelum mati. Dia lelaki yang tidak dikebumikan. Mayatnya disimpan dalam keranda besi kemudian diletakkan dalam satu bangunan marmar yang terletak di sebuah bukit dibiarkan menjadi tontonan orang ramai.
Novel ini diulangcetak dengan kaver baru yang lebih menggerunkan. Sejak terbit pada bulan September buku ini berada dalam senarai terlaris (Portal PTS) September, Oktober dan November 2011.
December 16, 2011
SAAD ABU WAQAS

Setelah hari siang, aku didatangi tiga lelaki tersebut yang mengatakan Muhamad diangkat menajdi Pesuruh Allah. Yakinlah aku, sesungguhnya Allah SWT menghendaki kebaikan bagi diriku, dan dengan Islam Allah akan mengeluarkanku dari kegelapan kepada cahaya terang. Aku segera bertemu Rasulullah lalu menyatakan masuk Islam di hadapan beliau. Belum ada orang mendahuluiku masuk Islam, selain mereka bertiga seperti yang terlihat dalam mimpiku
Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah lalu berkata "Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapamu? Engkau mesti meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya
Ibuku benar-benar tidak makan dan minum sehingga tubuhnya lemah tidak bermaya. Aku memujuknya supaya makan dan minum walaupun sedikit. Tetapi ibuku memang berkeras dan bersumpah tidak makan sampai mati, kecuali aku meninggalkan agama Islam
Aku berkata kepada ibuku "Wahai Ibu! Sesungguhnya saya sangat mencintai ibu. Tetapi saya lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu untuk memaksaku keluar dari agamaku sungguh aku tidak akan meninggalkan agamaku
Setelah Saad Abu Waqas masuk Islam, beliau berjasa terhadap agama yang baru dianutinya. Dalam perang Badar, beliau ikut berperang bersama adiknya Umair. Ketika itu Umair masih muda belum mencapai usia balig. Selepasai Perang Badar, Saad kembali ke Madinah seorang diri kerana adiknya Umair syahid
Semasa Perang Uhud Saad Abu Waqas menjadikan badannya sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah dari terkena senjata musuh. Baginda berkata kepada Saad. "Kutebus dengan ayah dan ibuku. Lepaskan panah. Lepaskan panah. Wahai pemuda yang kuat. Ya Allah tepatkan panahnya dan kabulkan doanya
Tidak satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasarannya.Saad Abu Waqas sangat bangga sepanjang hidupnya dengan ucapan Rasulullah itu, sehingga pernah dia berkata
Tidak pernah Rasulullah mengucapkan kepada seseorang, mempertaruhkan kedua ibu bapanya, melainkan hanya kepadaku seorang
Puncak kejayaan Saad Abu Waqas apabila Khalifah Umar Al-KhattabMelantiknya menjadi panglima angkatan perang ke Iraq. Sewaktu angkatan perang yang besar itu hendak berangkat, Khalifah Umar memberi amanat kepada Saad
Katanya, "Hai Saad! Janganlah engkau terpesona, sekalipun engkau bapa saudara Rasulullah. Sesunggunya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Hai, Saad! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Segenap manusia sama di sisi Allah, baik dia bangsawan atau rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hambaNya. Mereka berlebih berkurang karena taqwa, dan memperoleh karnia dari Allah karena taat. Perhatikanlah cara Rasulullah, yang engkau telah mengetahuinya, maka tetaplah ikuti cara beliau itu
Maka berangkatlah pasukan yang diberkati Allah itu menuju sasaran. Di dalamnya terdapat 99 orang alumni pahlawan perang badar, lebih kurang 319 orang para shahabat yang tergolong dalam baiatur ridlwan, 300 orang pahlawan yang ikut dalam penaklukan Makkah bersama-sama Rasulullah SAW, 700 orang putra-putra shahabat, dan pejuang-pejuang muslim lainnya (yang keseluruhan berjumlah 30.000 orang)
Sampai di Qadisiyah, Saad menyiagakan seluruh pasukannya dan bertempur hebat. Pada hari itu sebagai hr yang menentukan. Mereka mengepung musuh dengan ketat, lalu maju ke depan dari segala arah, sambil membaca takbir
alam pertempuran itu, kepala Rustam, panglima tentara Persia, berpisah dengan tubuhnya oleh lembing kaum muslimin. Maka merasuklah rasa takut dan gentar ke dalam hati musuh-musuh Allah
Sehingga dengan mudah kaum muslimin menghadapi para prajurit Persia dan membunuh mereka. Bahkan kadang-kadang mereka membunuh dengan senjata musuh itu sendiri
Saad Abu Waqas pernah dicalunkan namanya sebagai khalifah tetapi ditolaknya. Beliua dilantik menjadi gabenor pada zaman khalifah Uthman Affan dan pergi ke Cina berdakwah
Saad bin Abi Waqas dikaruniai Allah usia lanjut. Dia dicukupi kekayaan yang lumayan. Tetapi ketika wafat telah mendekatinya, dia hanya meminta sehelai jubah usang. Katanya, "Kafani aku dengan jubah ini. Dia kudapatkan dari seorang musyrik dalam perang badar. Aku ingin menemui Allah dengan jubah itu
Beliau dikebumikan di perkuburan Baqik yang letaknya berhampiran dengan Masjid Nabi...
December 9, 2011
PESTA BUKU POPULAR
Tarikh: 25 Nov - 11 Dec • 12.00pm - 7.00pm
Tempat: Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan
Jadual saya pada hari penutup 11 Dec
Masa: jam 2 - 4 Petang
Sesi bertemu peminat dan bicara buku
1.Pendekar Siamang Gagap
2. Mustafa Kamal Ataturk.


TOK JANGGUT

Pada tahun 1914 berlaku Perang Dunia Pertama setelah British, Perancis dan Rusia mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria. Kerajaan Khalifah Uthmaniyah Turki telah menyertai peperangan dengan menyebelahi German dan Austria.
Anggota Majlis Ulama Turki yang dianggotai Badiuzzaman Said Nursi, Syeikhul Islam Mustafa Khairi Affandi, Syed Ahmad as Syarif as Sanusi, Muhammad Asad Affandi dan Hamdi Yazir telah merangka fatwa jihad bagi pihak khalifah. Kemudian Sultan Muhamad V1 atau Sultan Muhammad Reshad telah mengistiharkan jihad kepada umat Islam diseluruh dunia.
Fatwa tersebut mendakwa bahawa kuasa-kuasa Eropah yang diketuai oleh Britain berusaha untuk meruntuhkan kerajaan Islam Turki Uthmaniah dan menakluki negara-negara Islam.
Ekoran daripada itulah maka Tok Janggut yang ketika itu berada di Mekah telah pulang ke tanah air untuk menentang Inggeris yang menjajah Tanah Melayu. Walaupun ketika itu beliau berumur 65 tahun sanggup terjun ke medan perang demi untuk mempertahankan agama dan tanah airnya.
Namun Inggeris telah berjaya mempengaruhi sultan supaya mengistiharkan Tok Janggut adalah penderhaka kerana enggan membayar cukai.
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.
Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.
Pada 25 Jun 1915 Tok Janggut bersama pengikutnya telah bertempur dengan askar Inggeris dan dalam pertempuran itu Tok Janggut syahid. Mayat TOK JANGGUT telah dibawa ke Kota bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam Di padang bank sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.
Tok Janggut bukan menderhaka, beliau pejuang yang mempertahankan agama dan tanah airnya.
Cheah Boon Kheng, Prof Sejarah USM dalam bukunya To' Janggut (old Long Revard) National Universiti Of Singapore, mengatakan banyak perkara tentang Tok Janggut disembunyikan Inggeris.
Nasron Sira Rahim, Berita Harian : Tok Janggut
Inggeris cuba menyembunyikan cerita sebenar tentang Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
December 6, 2011
BADIUZZAMAN SAID NURSI

"Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan dan politik," kata Badiuzzaman Said Nursi.
Kata-kata itu diucapkannya setelah Mustafa Kamal Ataturk mengasaskan Parti Republik Rakyat pada 23 Oktober 1923 dan pada 29 Oktober 1923 Turki dengan rasminya telah diisytiharkan sebagai negara "Republik". Dengan pengisytiharan itu, Turki telah bertukar wajah daripada Negara Islam kepada sebuah negara sekular.
Parti Republik Rakyat adalah parti politik tunggal negara Turki ketika itu. Dasar-dasarnya berlandaskan fahaman sekular dan nasionalis (kebangsaan).
Sesuai dengan dasar perjuangan parti itu maka sistem khalifah atau khalifah Utmahyiah dihapuskan, dikuatkuasakan penggunaan Kalendar Masihi bagi menggantikan kalender Hijrah. Menutup sekolah-sekolah agama dan dimansuhkan Undang-undang Keluarga Islam diganti dengan undang-undang Barat.
Mustafa Kamal Ataturk semakin berani apabila mengarahkan azan ditukar ke bahasa Turki, al Quran bahasa Arab diganti dengan al Quran terjemahan dan dilarang memakai tudung dan serban. Masjid Aya Sofea ditukar menjadi muzium dan menukarkan Pejabat Agama Islam (al-Mashikhah al-Islamiyyah) menjadi Maktab Wanita, tempat hiburan dan taman permainan.
Pada mulanya Badiuzzaman Said Nursi mengasingkan diri ke Van. Beliau banyak menghabiskan masanya di sebuah tempat terpencil di atas Bukit Arak untuk beribadah dan bertafakkur disamping ber'uzlah (mengasingkan diri), Badiuzzaman Said Nursi juga menyampaikan kuliah-kuliah agama, khususnya yang berkaitan dengan tafsiran dan hakikat kebenaran al-Qur'an kepada orang-orang yang datang menemuinya.
Menurutnya, memperlihatkan keagungan dan kehebatan al-Qur'an merupakan jalan yang paling utuh untuk mempertahankan akidah dan keimanan umat Islam ketika itu. Tiada tugas yang paling utama ketika itu melainkan tugas menyelamatkan akidah umat Islam dari sebarang anasir yang menyesatkan. Begitulah aktiviti harian Nursi selama hampir tiga tahun berada di Van.
Pada 1925 berlaku pemberontakan di Timur Turki yang dipinpin Syeikh Said Bayram. Badiuzzaman Said Nursi tidak terlibat dalam pemberontakan itu. Namun setelah berjaya dipadamkan Badiuzzaman Said Nursi turut ditangkap.
Badiuzzaman Said Nursi dibawa dari Vann ke Tarabzun (Trabzon) melalui Irdurum dan dari situ beliau kemudiannya dibawa ke Istanbul melalui jalan laut. Beliau ditahan di Istanbul selama dua puluh hari. Walaupun beliau tidak terlibat dengan pemberontakan itu namun tetap dianggap penghalang Negara sekular.
Badiuzzaman Said Nursi dibawa ke Antalya dan kemudiannya ke Burdur . Ketika dalam buangan itu Badiuzzaman Said Nursi telah mengarang al-Madkhal ila al-Nur.
Selepas tujuh bulan berada di Burdur, beliau kemudiannya dipindahkan ke Isbartah. Beliau berada di Isbartah selama dua puluh hari sebelum dibawa ke Barla. Maka bermula penentangan Beliau secara langsung terhadap Mustafa Kamal Ataturk.
Badiuzzaman Said Nursi dalam beberapa tulisannya menggelarkan Kamal Ataturk sebagai "Dajjal". Kamal Ataturk menurutnya adalah seorang pemimpin yang tidak perlu dihormati kerana beliau adalah seorang diktaktor yang membuat sesuatu tindakan menurut hawa nafsu.
December 5, 2011
TV DOST

Antara kenangan manis semasa kembara di Turki apabila diberi peluang bersiaran di TV Dost. Bagi saya ianya berupa satu penghormatan kepada penulis dari Malaysia dibenarkan bercakap Bahasa Melayu yang siarannya dapat ditonton di seluruh EU.
Menurut Puan Ainon pula, Kawabata, Tanizaki dan Mishima tidak sepatah tahu bahasa Inggeris, namun karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain (termasuk Indonesia dan Melayu). Berkaryalah dalam bahasa Melayu. Apabila memang karya kita besar, sebagaimana karya Pramoedja, satu hari nanti dunia tetap akan membaca karya kita.
Walaupun saya tidak sehebat penulis-penulis tersebut namun penghormatan itu memberi semangat dan keyakinan untuk terus menghasilkan novel sejarah…
"Ini antara karamah Badiuzzaman Said Nursi," kata tuan Khairul Nayan,ketua rombongan kami ke Turki bagi menjejaki kisah ulama yang hebat itu.
Terima kasih diucapkan kepada TV Dost Turki…
December 2, 2011
HASSAN AL BANA

Selesai menulis novel Badiuzzaman Said Nursi, menulis kisah Hassan al Bana pula.
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau lebih dikenali dengan nama Hassan al Banna, Ketika berumur 23 tahun menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah, Mesir.
Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun l928 oleh Hasan al-Banna, setelah Khalifah Uthmaniyah Turki di hapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Beliau bercita-cita untuk mendirikan pemerintahan yang berlandaskan Islam dalam semua aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.
Pada awal perjuangannya, Hasan Al Banna mengajak umat Islam berjihad menentang penjajah Inggris di Mesir. Apabila PBB mengakui negara Israil di Palestina, Hassan Al Banna menyeru Negara-negara Islam meninggalkan PBB dan berjihad melawan Yahudi.
Hasan Al Banna berkata,"Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti hingga Al-Qur'an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup untuk mencapai tujuan ini atau mati dalam usaha melaksanakannya."
Kerana kuatnya pengaruh Hassan al Bana dan Ikhwan Muslimin maka pemerintah Mesir membuat pelbagai tekanan dan akhirnya diharamkan. Semua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3 ribu cawangan ditutup. Mereka yang masih aktif dianggap pengganas.
Tidak cukup setakat itu sahaja, pada 12 Februari 1949 Hassan al Bana di tembak seorang pembunuh upahan pihak pemerintah Mesir (Raja Faroq).
Syed Qutub yang ketika itu berada di Amerika menceritakan rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna. Akhirnya Syed Qutub pula dikenakan hukuman gantung.
SYARAHAN DI DAMSYIQ

Saya dapati orang Islam mundur dari segi kebendaan berbanding dengan orang barat.Ia berpunca dari enam perkara. Pertama merebaknya sikap putus asa.Kedua tidak ada keikhlasan dalam kehidupan bermasyarakat.Ketiga wujudnya sikap permusuhan. Keempat tidak adanya hubungan persaudaraan di kalangan umat islam seluruh dunia.Kelima berleluasanya pelbagai bentuk sifat pentingkan diri sendiri, dan keenam wujudnya kezaliman. Sekarang saya akan cuba mrengubati ke enam penyakit itu dengan berpandukan gedung ubat dari al Quran.
Al amal ialah dengan meletakkan sepenuh harapan kepada rahmat Allah.Dunia Islam lebih-lebih lagi Turki dan Arab sedang mula bangun menentang segala bentuk rintangan. Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia ini adalah untuk Islam. Kebenaran al Quran dan iman akan tertegak, JIka kita benar-benar melaksanakan akhlak dan keimanan Islam penganut-penganut agama lain akan berpusu-pusu memeluk Islam.
Tamadun Asia akan menggantikan tamadun Barat kerana tamadun barat berlandaskan nafsu jahat, penindasan dan persaingan. Tamadun Barat tidak berlandaskan petunjuk Ilahi. Dalam tamadun Barat kejahatan mengatasi kebaikan. Tamadun Barat sedang reput. Lantaran itu tamadun Asia akan mengantikan tamadun Barat.
(Petikan ucapan Badiuzzaman Said Nursi di Masjid Umayyah Damsyik pada tahun 1911)
PERJUANGAN BADIZZAMAN SAID NURSI

Yang bertanda merah itu adalah tempat-tempat di mana Badiuzzaman Said Nursi dan anak-anak muridnya dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan kerana menegakkan syariat Islam. Mereka pernah didakwa di mahkamah yang sama lebih 10 kali. Dan kesemua tuduhan yang dihadapkan kepada beliau hampir 2 ribu kes. Kerana itu beliau berada dalam penjara dan tempat buangan selama 25 tahun.
Badiuzzaman Said Nursi seperti juga ulama-ulama yang terdahulu seperti Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali yang menghadapi pelbagai fitnah serta dugaan dalam perjuangannya menegakkan Islam.
Beliau pernah juga ditawarkan jawatan dalam kerajaan dan juga mahu diberi imbuhan setiap bulan oleh sultan namun ditolaknya.
Beliau selalu berkata. "JIka aku dijatuhi hukuman mati maka itu adalah tiket untuk pergi ke alam barzah. Jika dikurung dalam penjara menjadi tempat untuk aku beristirehat."
Begitu hebatnya Wali Allah abad ke 20 ini.
November 27, 2011
TAHNIAH
Apabila mendapat tahu saya berada di UUM Sintok, beliau mengajak ayahnya datang untuk bertemu.
"Pengetahuan sejarahnya Islamnya lebih hebat dari saya," kata ayahnya sambil menyatakan rasa gembira dengan kejayaan anaknya.
Semoga Muhammad Nabil menjadi anak yang soleh dan pelajar cemerlang.
InsyaAllah..



Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
