Abdul Latip Talib's Blog, page 8

December 29, 2011

December 27, 2011

DIULANG CETAK

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2011 03:16

December 26, 2011

IMAM SYAFIE


Namanya Muhammad bin Idris lahir di Gazza, Palestin pada tahun150 hijrah. Ketika masih kecil ayahnya meninggal dunia lalu dibawa oleh ibunya berpindah ke Mekah. Kehidupan mereka sangat miskin namun beliau bersungguh menuntut ilmu. Ketika umurnya 7 tahun sudah hafal Al-Quran dan ketika berumur 10 tahun hafal kitab Hadis "Al-Muwathta" karangan Imam Malik. Dan ketika berumur 15 tahun sudah diizinkan memberi fatwa.

Ketika berumur 20 beliau, Imam Syafie pergi ke Madinah belajar dengan Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq,menemui sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka.

Kemudian Imam Syafie meneruskan perjalanan ke Parsi dan Iraq selama dua tahun sebelum pulang semula ke Madinah. Tidak lama Kemudian beliau berpindah ke Baghdad. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan "Qaul Qadim" (pendapat lama).

Kemudian beliau berpindah ke Mesir dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).

Imam Syafie adalah lelaki yang dimaksudkan Rasulullah saw yang bersabda, "Seorang lelaki alim dari suku Quraisy yang ilmunyamemenuhi seluruh muka bumi".

Beliau membahagi malam kepada tiga bahagian, satu pertiga untuk beribadah, satu pertiga untuk menulis atau membaca dan satu pertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie khatam membaca Al-Quran setiap hari sekali khatam dan pada bulan Ramadan dua kali khatam.

Imam Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan dan menumpulkan otak, suka tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.

Kata Imam Syafie lagi, " Aku tidak pernah bersumpah seumur hidupku, baik untuk kebenaran mahupun tidak".

Katanya lagi, "Jika aku dicaci maki oleh orang, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Suatu ketika aku pernah dihina oleh seseorang, namun aku takmenghiraukannya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat kayu cendana,semakin hangus dibakar, semakin harum baunya."

Imam Syafie meninggal dunia pada hari Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah, Mesir. Beberapa tahun kemudian ada usaha hendak memindahkan kuburnya ke Baghdad. Ketika kuburannya digali mereka tercium bau yang sangat harum, mereka membatalkan pemindahannya.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2011 16:46

December 25, 2011

KEHIDUPAN DI BARLA

Kampung Barla terletak di atas lereng bukit di tepi barat Tasik Egridir. Terdapat sebuah sungai kecil bernama Sungai Barla. Kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau yang tinggi mencuar. Barla terkenal dengan tempat-tempat yang indah, antara yang paling terkenal Cham Daglar.

Di Barla Badiuzzaman Said Nursi tinggal di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Rumah itu mempunyai dua bilik dan kedudukannya terpencil. Di hadapan rumah itu ada pokok Chinar yang rendang daunnya, menjadi tempat bermalam burung-burung.

Salah seorang penuntut setianya bernama Mustafa Jawish, seorang tukang rumah dan merupakan murid pertama Badiuzzaman Said Nursi di Barla, telah membina sebuah pelantar di atas pokok Chinar. Di situlah Badiuzzaman Said Nursi banyak menghabiskan dengan mengarang Rasalah an-Nur.

Badiuzzaman Said Nursi memasak sendiri makanannya. Kadangkala Saniah dan Nafiah anak Muhajir Hafiz Ahmad menghantar sup dan beliau membayar kepada dua kanak-kanak perempuan itu 10 kurush.

Ketika itu Mustafa Kamal Ataturk telah mengeluarkan larangan memakai jubah dan serban, azan dalam bahasa Turki, wanita disuruh memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan masjid ditutup. Badiuzzaman Said Nursi menentang larangan tersebut dan tidak mematuhinya. Bagi menyedarkan orang ramai beliau mengajar al Quran dan menulis Risalah An Nur.

Selama lapan tahun setengah di Barla Badiuzzaman Said Nursi telah menulis lebih separuh dari kandungan Risala an nur.Pada peringkat awalnya dinamakan 'Sozler' (Kalimah), tetapi kemudiannya ditukar kepada "Risalah an NUr".

Dari hari kesehari, bilangan pelajarnya semakin bertambah. Dan Risalah An Nur mula tersebar ke Istanbul dan Anqarah.







1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2011 05:55

December 22, 2011

DI BUANG KE BARLA


Ya Baqi Anta al Baqi

Itulah ucapan Badiuzzaman Said Nursi setiap kali menyendiri di Tasik Barla. Beliau dibuang ke tempat yang terpencil itu tiga hari sebelum menyambut hari Raya Aidil Fitri. Dengan sengaja beliau dibuang ke situ supaya menjadi gila atau meninggal dunia.

Hatinya sedih apabila mendapat khabar Abdul Rahman, anak saudara yang paling rapat dengannya meninggal dunia dan bertambah sedih apabila mendapat berita ibunya pula meninggal dunia beberapa hari kemudiannya.

Perginya Abdul Rahman dirasakannya hilang separuh dunia dan pemergian ibunya dirasakan hilang separuh lagi. Beliau sering menyendiri lalu bertafakur sambil mengucapkan Ya Baqi Anta al Baqi…

Kehidupan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi di Barla ini cukup terasing. Kawalan yang begitu ketat dikenakan terhadapnya. Hubungannya dengan masyarakat Barla tersekat. Beliau sengaja diberi layanan sebegitu buruk untuk melemahkan semangat juangnya, tetapi tekanan ini dihadapinya dengan sabar. Bahkan, tempat inilah yang menjadi markas pertama Badiuzzaman Said Nursi dalam perjuangannya menyelamatkan iman masyarakat Islam Turki.



3 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2011 02:53

GAMBAR BARU


Novel Mustafa Kamal Ataturk telah diulangcetak dengan gambar baru.

Tawaran Harian Bookcafe : Diskaun 25% bagi buku Mustafa Kamal Attaturk (Kaver Baru).

Rujuk http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/tawaran-harian/


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2011 02:50

December 20, 2011

JUBAH


Semasa berada di penjara Denzili Badiuzzaman Said Nursi dikunjungi seorang wanita bernama Aishah Hanim isteri kepada Gabenor Penjara Kastamonu. Beliau menyerahkan sehelai jubah tetapi Badiuzzaman Said Nursi menolaknya.

"Bapa saya menerima jubah ini daripada Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi seorang ulama terkenal dengan nama Asik Kucuk," pujuk Aishah.

Menurutnya, Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi, berasal dari Afyon telah merantau ke Baghdad untuk belajar dengan Maulana Khalid Bagdadi. Setelah tamat pengajian, gurunya memberi sehelai jubah sebagai hadiah. Kemudian jubah itu diserahkan kepada bapa Aishah Hanim sebelum Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi pergi ke Mesir dan meninggal dunia di sana. Keluarga Aishah telah memelihara jubah itu dengan baik.

Kata Aishah lagi, apabila suaminya di hantar bertugas ke Kastamonu sebagai Gabenor Penjara, Aishah Hanim merasakan sudah tiba masanya jubah itu diberikan kepada orang yang paling layak memakainya. Kerana itu beliau mahu menyerahkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi.

Semasa Badiuzzaman Said Nursi berumur 15 tahun pernah disuruh memakai jubah dan serban tetapi dia enggan kerana merasakan dirinya masih terlaku muda untuk memakai pakaian ulama.

Ketika di penjara Denzili umurnya sudah 56 tahun. Akhirnya terbuka hatinya menerima jubah yang berusia ratusan tahun itu…


1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2011 15:55

DIULANG CETAK


Dalam sejarah Islam antara peperangan besar yang disertai Nabi Muhamad saw ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Khaibar.

Empat perang tersebut menyaksikan bagaimana kehebatan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw bertempur dalam Perang Badar sehingga dibantu oleh seribu malaikat. Perang Uhud yang menyaksikan akibat engkar perintah Rasulullah saw tentera Islam hampir dimusnahkan. Perang Khandak menyaksikan kehebatan strategi pertahanan dan perisikan pahlawan Islam dan Perang Khaibar menyaksikan kubu kuat Yahudi dapat ditawan setelah berlaku pertempuran yang sengit.

Empat kisah perang tersebut disatukan dalam sebuah buku dengan harganya RM 55.00 /RM 58.00

Dan buku ini sudah diulangcetak.


1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2011 15:46

December 19, 2011

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR


Ada yang tidak setuju apabila kisah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali itu di jadikan novel kerana di dalamnya ada dialog-dialog. Sahabat-sahabat Rasulullah saw itu paling tinggi darjatnya dan kata-kata mereka seolah-olah hadis. Kerana itu tidak boleh didialogkan. Begitu hujah mereka. Dan mereka lebih marah jika kisah Nabi Muhammad itu di kreatifkan.

Tidak tahu pula pandangan mereka apabila Deepak Chopra seorang Non Muslim menulis "Muhammad A Story of The Last Prophet" yang juga disampaikan dengan gaya penulisan kreatif. Sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2010, tidak ada pula yang membantahnya. Malah buku tersebut mendapat sambutan.

Penulis yang bertanggung jawab, tidak kiralah apa agamanya, tidak akan menulis sesuka hatinya. Apatah lagi jika menulis kisah tokoh yang begitu agung. Pastilah sebelum menulisnya dibuat kajian, rujukan dan membaca banyak buku dan bahan mengenai tokoh tersebut.

Antara yang setuju dengan tidak setuju ramai lagi yang bersetuju. Ramai yang mengatakan apabila dinovelkan dapat membantu mereka memahami kisah sejarah dan mengenali sifat-sifat mulia tokoh tersebut.

Kisah empat tokoh tersebut telah dijadikan sebuah buku yang berkulit tebal. Dan buku ini berada dalam senarai yang ramai pembacanya dan laris jualannya.




2 likes ·   •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2011 16:17

DITERJEMAH KE BAHASA INGGERIS


Novel sejarah Islam yang diterbitkan PTS terus melangkah ke hadapan apabila diusahakan menterjemahkannya ke Bahasa Inggeris. Usaha tersebut sedang dijalankan oleh Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan Puan Hayati Edward yang menterjemahkan Umar al Khattab Reformis Islam.

Apabila sudah siap nanti pastilah pembacanya semakin ramai. Rakan-rakan di Turki yang kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris sudah mula bertanya bila novel tersebut boleh dapat mereka baca.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2011 00:01

Abdul Latip Talib's Blog

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Abdul Latip Talib's blog with rss.