Abdul Latip Talib's Blog
April 5, 2016
Kemarin, 4 April..Pihak IKIM ada hubungi saya.. mulanya a...

Pihak IKIM ada hubungi saya.. mulanya agak terkejut juga.. ingatkan saya ada buat salah ke ape.. hehe.. rupanya mereka mahu berbincang mengenai tawaran kisah novel Perang Badar dijadikan skrip drama radio IKIM yang akan disiarkan pada Bulan Ramadhan nanti.. tentulah saya tidak menolak tawaran itu.. walaupun sedar ianya amat mencabar.. maklum sajalah Perang Badar ada watak Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.. apabila dijadikan skrip drama radio.. tentu ada dialog-dialog.. kerana yang menawarkan itu Radio IKIM .. maka saya setuju kerana mereka juga ada pakar-pakar rujuk.. bagi saya ia merupakan satu penghormatan dan cabaran terhadap seorang penulis novel sejarah insya Allah..
Published on April 05, 2016 01:38
May 5, 2015
pesta buku antarabangsa pwtc
assalamualaikum wbt .
terdahulu saya ingin kongsikan perasaan saya selama saya berada di kl pada hari acara pesta buku antarabangsa.
sungguh saya rasa begitu gembira dan dihargai apabila buku-buku hasil tulisan saya laris dan ramai pembaca-pembaca dari setiap umur dan kategori datang bertemu dengan saya .
novel yang paling laris setakat ini adalah novel AHMAD AMMAR.
bersyukur ke hadrat ilahi .
mudahan novel ini mampu membangkitkan jiwa-jiwa anak muda diluar sana dan melahirkan berjuta ahmad ammar.

Published on May 05, 2015 09:21
March 30, 2015
“Ammar, saya pernah berdiri dan bergambar di tempat ini…”...
“Ammar, saya pernah berdiri dan bergambar di tempat ini…” kata saya.“Saya juga…” kata Ammar sambil tersenyum.“Saya datang ke Turki untuk menjejak sejarah Badiuzzaman Said Nursi. Hasilnya telah lahir novel Badiuzzaman Said Nursi. Buku itu tersebar hingga sampai ke Singapura dan Brunei …” kata saya pula.“Saya datang ke Turki untuk menuntut ilmu yang ditinggalkan Badiuzzaman Said Nurs. Pada sebelah siang Saya belajar sejarah Uthmaniyah di universiti Marmara. Pada sebelah malam dan hari-hari cuti saya membaca serta mengkaji Risalah An Nur sehingga diberi tauliah untuk mengajar pelajar baru,” kata Ammar pula.Menurut Ammar, ayahnya telah mempersiapkan dirinya selama dua tahun sebelum di hantar ke Turki. Dia juga telah belajar Bahasa Turki di Madrasah Jamaah Hayrat di Bandar Baru Bangi, sebelum pergi ke Turki. Kerana itu dia dapat menguasai Bahasa Turki.“Saya akan tinggal di turki dan tidak akan pulang sehingga saya menyelesaikan pengajian di sini,” kata Ammar.Katanya lagi, “Saya tidak akan berkahwin selagi pengajian saya belum selesai.”Dan katanya lagi. “Saya akan membakar kapal-kapal saya…”Lalu saya teringat kisah Tariq bin Ziyat yang sanggup membakar kapal-kapalnya untuk berjaya menakluk Andalus…Ammar juga sanggup membakar kapal-kapalnya untuk mengapai impiannya mati syahid di Istanbul…“Benarkah semasa berada di Syria, Ammar pernah bermimpi bertemu dengan bidadari dari syurga?” tanya saya pula.Ammar pun berkata:
Jika engkau mahukan teman
Cukuplah Allah sebagai teman
Jika engkau mahukan musuh
Cukuplah nafsu sebagai seteru
Jika engkau mahukan hiburan
Cukuplah al quran sebagai bacaan
Jika engkau mahukan nasihat
Cukuplah mati sebagai penasihat…Saya sedang menulis novel kisah Ammar....kerana asyiknya menulis kisah Ammar... sehingga terbawa-bawa dalam mimpi...

Published on March 30, 2015 07:22
March 24, 2015
Mengembara ke Turki lagi.
kali ini ditemani isteri. juga sedang membuat kajian tentang ahmad ammar ahmad azam.
Beberapa tahun yang lalu pertama kali pergi ke turki kami singgah di kedai ini kawan saya tersepak cermin pintu kedainya hingga retak beliau tak marah malah boleh tersenyum pula tanpa menuntut ganti rugi. Selepas itu kami tak lagi bertemu. Hari ini kami bertemu lagi saya hampir tak mengenalinya. Namun beliau masih cam wajah saya. Cermin yang retak masih tak berganti namun kedainya dah semakin besar. Dulu satu puntu sekarang tiga pintu. Dulu beliau seorang yang jaga sekarang 4 orang. Saya kagum dengan beliau ini.
Ziarah tempat persemadian Ahmad Ammar di tanah perkuburan Ayyub Sultan. Al fatihah.

Selamat sampai ke istanbul setelah terbang selama 12 jam

Published on March 24, 2015 10:49
menggembara ke turky lagi.

November 10, 2013
Jam 8 malam tadibersiaran langsung di Capital TV atau Ast...

Published on November 10, 2013 16:22
Jam 8 malam tadi bersiaran langsung di Capital TV atau A...

Published on November 10, 2013 16:22
September 26, 2013
Alhamdulillah...
Published on September 26, 2013 05:09
Jumpa di sana
Published on September 26, 2013 05:06
August 22, 2013
Walaupun Cuma setahun Dr Morsi menjadi Presiden Mesir b...

Pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes, 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan namun hanya seorang sahaja yang terbunuh.
Sedangkan dalam masa 50 hari kudeta memerintah Mesir, 6181 terbunuh, 25,552 tercedera dan 18,565 ditahan (Sumber : Twitter Anti-Coup Alliance).
Dalam masa setahun menjadi Presiden hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.
Kerajaan Dr Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil agar dapat memulakan hidup baru.
Kerajaan Dr Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma.
Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Dr Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.
Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur.
Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.
Malangnya semua pencapaian Dr Mursi ini disembunyikan, sebaliknya, kelemahan yang diwujudkan untuk mengaburi rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin gagal memerintah negara.
“Dan begitulah kami lantik dari kalangan orang-orang yang zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.” Surah al-An’aam ayat 129.
Umat Islam sekarang berada di zaman ke 4 iaitu zaman pemerintahan diktator. Pertama zaman nabi. Kedua zaman khalifah. Ketiga zaman pemerintah yang menggigit (fitnah). Keempat zaman pemerintah diktator.Kelima kembali pada zaman khalifah…
Published on August 22, 2013 17:54
Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.