Abdul Latip Talib's Blog, page 10
November 27, 2011
BENGKEL PENULISAN NOVEL ISLAMIK
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Biro Kerohanian dan Sahsiah Universiti Utara Malaysia yang telah mengadakan Program Bengkel Penulisan Novel Islamik. Dengan adanya program seperti ini pastinya dapat menarik minat pelajar dalam bidang penulisan serta mencungkil dan memupuk bakat yang sedia ada. Semoga di suatu masa nanti dari kalangan mereka akan muncul penulis-penulis tanah air yang terkenal....

Published on November 27, 2011 00:00
November 20, 2011
BENGKEL PENULISAN NOVEL

Bengkel Penulisan Novel di Universiti Utara Malaysia pada 25 November ini. Tiga slot yang akan diperkatakan iaitu
1.Menjana Idea Penulisan
2.Penulisan yang Berkualiti
3. Keusahawanan Dalam Industri Penulisan.
Semoga urusan dipermudahkan.
Published on November 20, 2011 20:19
November 19, 2011
DIULANG CETAK
Published on November 19, 2011 01:39
November 9, 2011
ULAMA YANG BERANI

Pada 31 Mac 1909 berlaku rusuhan di Istanbul yang sengaja dirancang bagi menjatuhkan Sultan. Dan pada 27 April 1909 Sultan Abdul Hamid 11, yang dituduh merancang rusuhan itu telah dilucutkan jawatan. Diganti dengan Sultan Muhamad Rasyad atau Sultan Muhamad V.
Ekoran dari peristiwa itu, tentera menangkap mereka yang disyaki terlibat termasuk Badiuzzaman Said Nursi. Apabila beliau dibawa ke mahkamah tentera, kelihatan mayat-mayat digantung pada tiang-tiang di sekitar kawasan mahkamah.
Antara soalan yang ditanya Hakim kepada Badiuzzaman Said Nursi, "Adakah kamu mahukan syariat Islam?. Mereka yang menjawab iya akan digantung seperti mayat di luar sana."
Badiuzzaman Said Nursi menjawab. "Jika saya ada seribu nyawa saya sanggup mengorbankan semuanya demi menegakkan syariat Islam."
Kemudian katanya lagi. "Saya ingin memberitahu kalian bahawa mereka yang jantan dan berani tidak akan tunduk kepada kejahatan dan kezaliman. Jika mereka dituduh melakukan kejahatan mereka tidak takut kepada hukumannya."
"Apakah kamu tidak takut dihukum gantung seperti mayat di luar sana??" tanya hakim lagi.
"Saya tidak bersalah dan tidak terlibat dengan rusuhan itu. Jika saya dihukum bunuh secara tidak adil maka saya akan mendapat pahala seperti dua orang yang mati syahid. Jika saya dimasukkan ke penjara mungkin itulah tempat paling nyaman buat saya ketika ada pemerintah yang berlaku zalim. Dan kebebasan yang dijanjikan tidak lebih dari sekadar kata-kata. Mati tersiksa lebih baik dari hidup sebagai penyiksa."
Keberanian Badiuzzaman Said Nursi membela dirinya itu mengejutkan mahkamah. Akhirnya dibebaskan kerana tiada bukti beliau terlibat dalam rusuhan.
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal…(Surah Yusof ayat 111)
Published on November 09, 2011 04:11
November 7, 2011
SUDAH TERBIT
Published on November 07, 2011 15:56
November 3, 2011
KARYA AGUNG BADIUZZAMAN SAID NURSI
Sudah ramai yang bertanya, benarkan Risalah an Nur akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diterbitkan di Malaysia?. Penerbit manakah yang memegang hakciptanya?.
Pemergian kami ke Turki baru-baru ini memang berbaloi kerana selain mendapat maklumat yang diperlukan bagi penulisan Novel Badiuzzaman Said Nursi kami juga mendapat kebenaran daripada pemegang wasiat untuk menerbitkan Risalah an Nur di Malaysia.
Delegasi kami yang terdiri daripada enam orang iaitu Puan Ainon Mohd (Pengerusi PTS) Prof Abdullah Hassan (Penasihat PTS) Tuan Khairul Nayan (Pengerusi Persatuan Kebudayaan Malaysia – Turki) Puan Shahrina dan Puan Noor Ezlin, dipertemukan dengan anak-anak murid Badiuzzaman Said Nursi yang masih hidup antaranya Abdullah Yegin, Mehmet Firinci, Said Ozdemir, Salih Ozcan dan Abdulkadir Badili.
Kami juga dipertemukan dengan jemaah an Nur di Istanbul, Ankara, Isbarta, Konya, Barla, Bursa, Yozgat dan Sanliurfa. Kesemua mereka menyatakan rasa gembira apabila dimaklumkan kami mahu menulis novel Badiuzzaman Said Nursi dan selepas itu menerbitkan Risalah an Nur di Malaysia.
Pertemuan yang paling bermakna apabila kami dipertemukan dengan Said Ozdemir . Beliau telah diberi surat wasiat oleh Badiuzzaman Said Nursi untuk menerbitkan Risalah An Nur di Turki. Surat wasiat tersebut masih ada dalam simpanannya hingga sekarang.
Semasa kami mengunjunginya, beliau telah memberikan salinan surat wasiat Badiuzzaman Said Nursi itu kepada saya serta memberi kebenaran untuk menerbitkan Risalah An Nur.
Katanya lagi, sebelum ini beliau tidak pernah memberi salinan surat wasiat itu kepada sesiapa.
Jika tiada apa-apa halangan karya agung Badiuzzaman Said Nursi Risale-i Nur atau Risalah an Nur akan diterbitkan oleh PTS Darul Furqan (Anak syarikat PTS).
Menurut Puan Ainon, usaha sedang dilakukan bagi menterjemahkan karya besar tersebut ke Bahasa Melayu untuk diterbitkan di Malaysia.
Sama-sama kita berdoa semoga usaha ini berjalan lancar...
[image error]

Published on November 03, 2011 16:24
November 1, 2011
TERBIT TIDAK LAMA LAGI
Published on November 01, 2011 19:10
SARAWAK BUMI KENYALANG
Alhamdulillah, saya dan keluarga selamat pulang ke semenanjung setelah beberapa hari berada di Bumi Kenyalang. Banyak juga tempat menarik di sekitar Kuching yang sempat kami lawati. Antaranya menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki "Cruise". Muzium Kuching dan Kampung Budaya di Santubong.
[image error]
[image error]

Published on November 01, 2011 19:02
October 27, 2011
ULASAN NOVEL MUSTAFA KAMAL ATATURK
Published on October 27, 2011 21:21
BADIUZZAMAN SAID NURSI
[image error]
"Selagi al Quran ini berada di tangan orang-orang Islam maka selagi itulah kita tidak dapat menguasai mereka. Kerana itu kita mesti jauhkan al Quran dari mereka atau berusaha membuat mereka tidak lagi mencintai al Quran."
Demikian kata-kata Gladstone (1809-1898) semasa berucap dalam House of Common Britain. Kemudian dia menghempaskan al Quran itu ke lantai.
Apabila Tahir Basya Gabenor Van... membaca berita itu dalam surat khabar lalu memaklumkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi. Dengan penuh semangat beliau pun berkata.
"Aku akan buktikan kepada dunia bahawa al Quran itu bagaikan matahari. Cahayanya tidak akan padam dan tidak siapa boleh memusnahkannya."
Kemudian Badiuzzaman Said Nursi menubuhkan madrasah sendiri yang menitik beratkan pelajaran agama dan pelajaran moden kepada anak-anak muridnya.
Beliau juga berusaha mendirikan sebuah Universiti Islam di Anatolia Timur .
Untuk menjayakan rancangan itu Badiuzzaman Said Nursi pergi ke Istanbul mengadap Sultan Abdul Hamid 11. Namun permintaannya tidak diperkenankan. Malah beliau dituduh menghina sultan lalu dihadapkan ke mahkamah. Hakim memerintahkan beliau dihantar ke hospital gila.
Doktor yang memeriksanya berkata. "Jika orang seperti ini dikatakan gila maka tidak ada lagi orang yang waras di dunia ini."
Badiuzzaman Said Nursi dibebaskan. Dia meneruskan perjuangnya mengajak umat Islam kembali kepada al Quran serta mencintainya…
Akibatnya beliau dihadapkan ke mahkamah dengan hampir 2 ribu pertuduhan, dikurung dalam penjara selama berpuluh tahun, diberi racun sebanyak 19 kali dan dibuang ke tempat yang terpencil dengan tujuan supaya beliau menjadi gila atau mati sendirian.
Setelah berjuang selama berpuluh tahun akhirnya beliau meningal dunia pada tahun 1960 ketika berumur 83 tahun.

Published on October 27, 2011 17:03
Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.