Abdul Latip Talib's Blog, page 11
October 26, 2011
EKSPO BUKU ISLAM 2011
Ekspo Buku Islam diadakan pada 26 Oktober hingga 1 November 2011 ini bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Tingkat 2, Stesen Sentral, Kuala Lumpur.
Saya dan Tuan Zahiruddin dalam acara dedah buku pada 26hb. Dimeriahkan oleh Ustaz Rohidzir (Pengurus PTS Litera) sebagai juruacara...
Seorang pelajar Tahfiz Darul Quran Jakim...
Anak ini baru berusia 11 tahun datang ke Ekspo Buku Islam 2011. Beliau mengatakan sudah membaca banyak novel sejarah Islam antaranya Sultan Muhamad al Fateh, Salahuddin Ayubi dan lain-lain...Beliau mencadangkan ditulis kisah pemerintahan Mamluk di Mesir dan dinasti Fatimiyah.

Published on October 26, 2011 20:23
October 24, 2011
GELARAN BADIUZZAMAN
Gelaran Badiuzzaman atau keajaiban zaman, pertama kali diberikan kepada Said Nursi ketika berumur 15 tahun. Ketika itu beliau sudah menghafal 80 buah kitab. Kelebihan beliau apabila membaca terus melekat dalam ingatannya. Dengan kelebihan itu beliau dapat menamatkan pengajiannya dalam masa tiga bulan sahaja sedangkan orang lain mengambil masa selama 15 tahun.
Beliau diuji oleh beberapa orang ulama yang terkenal pada masa itu antaranya Syeikh Muhamad Jelali, Syeikh Muhamad Amin Efendi, Syeikh Mehmed Abdullah dan ramai lagi. Kesemua mereka mengakui Said Nursi seorang ulama. Beliau disuruh memakai jubah (pakaian ulama pada masa itu) beliau menolak dengan mengatakan masih muda belum layak digelar ulama.
Ketika berada di Siirt, Molla Fetullah seorang ulama terkenal memberi gerlaran Badiuzzaman. Said Nursi menolak gelaran itu kerana merasakan dirinya masih terlalu muda belum layak mendapat gelaran Badiuzzaman.
Pada tahun 1897 (1314H), ketika berusia 20 tahun, Said Nursi pergi ke Van atas jemputan Hassan Basya, Gabenor Van. Jemputan itu diterimanya kerana di Van ketika itu belum ada lagi tokoh ulama.
Setelah Hassan Basya meninggal dunia diganti gabenor baru Tahir Basya seorang yang cintakan ilmu pengetahuan serta menghormati ulama. Beliau menjemput Said Nursi duduk di rumahnya. Jemputan itu diterima kerana di rumah Tahir Basya ada sebuah perpustakaan besar yang terdapat banyak buku termasuk kitab-kitab agama dan juga buku-buku sains moden seperti fizik, geologi, matematik dan sebagainya.
Akhirnya dengan usaha sendiri dalam masa yang singkat beliau telah dapat menguasai ilmu-ilmu moden seperti sejarah, geografi, matematik, fizik, kimia, astronomi, falsafah moden, kaji hayat dan kaji bumi. Kehebatannya diakui oleh para cerdik pandai pada zaman itu lalu diberi gelaran Badiuzzaman. Kali ini baru beliau menerima gelaran tersebut.
"Tidakkah gelaran itu menjadikan anda bangga diri?" tanya seorang kenalannya.
"Saya menerima gelaran itu bukan untuk bermegah tetapi untuk mengingatkan diri ini berbeza dari orang lain," jawabnya.
Beliau juga pernah berkata gelaran itu bagi mensyukuri kurniaan Allah terhadapnya.
"Nama Badiuzzaman itu bukan milik saya tetapi nama pemilik Risalah Nur," katanya.
Walaupun sudah mencapai taraf ulama dan mendapat gelaran "Orang istimewa dalam satu zaman" namun beliau masih berpakaian kaum Kurdis.
Tahir Basya menawarkan hadiah seribu lira, sebuah rumah dan anak gadisnya untuk dijadikan isteri jika Badiuzzaman Said Nursi mahu memakai pakaian ulama, namun dia menolaknya.

Published on October 24, 2011 16:37
October 20, 2011
KATA-KATA PUJIAN DARI SEORANG PEMBACA

Kata-kata pujian serta penghargaan daripada Cikpuan Hayati Edward seorang peminat novel sejarah Islam membuat saya berasa terharu...
Novel-novel tuan mudah dibaca dan menarik sekali sehingga apabila kita mula membaca kita tidak ingin melepaskan buku itu sehingga ceritanya habis dibaca. Novel tuan menyinari jiwa dan membuat hati rindu untuk bertemu rasullullah saw dan sahabat serta pendampingnya.
Ini bukan pujian semata tetapi lebih kepada mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana mampu membawa saya berkembara di zaman silam. Zaman kegemilangan Islam dan zaman yang menyedarkan kita betapa kesempurnaan iman itu sangat manis dan indah sekali sehingga sanggup mati kerana Allah. Rasulullah saw dan Agama Islam. Syabas.
Keep on writing the best of Islam. May Allah guide you to success always. Salam.
Published on October 20, 2011 17:25
BADIUZZAMAN SAID NURSI

Betapa gembiranya hati ini, sebelum novel siap, sudah ada pihak yang mahu mengadakan majlis pelancaran, memperkenalkan Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah An Nur serta merancang untuk pergi ke Turki sekali lagi.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini…
Published on October 20, 2011 17:21
RECEP TAYYIP ERDOGAN
[image error]
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyeru kepada seluruh rakyat Turki supaya bertenang dan jangan bertindak terburu-buru dalam menghadapi huru hara yang dilakukan musuh negara.
Ini berikutan serangan PKK kemarin (Rabu 19/10) yang menewaskan 24 anggota keselamatan Turki serta mencederakan 18 yang lain.
Ekoran dari kejadian itu, Pemimpin Parti Rakyat Republik (CHP) Kemal Kılıçdaroğlu, meminta Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berundur serta meletak jawatan.
"Semua orang, baik musuh dan kawan harus tahu bahwa Turki tidak akan menyerah, tidak akan mundur dan tidak akan mengorbankan sedikitpun tanah air ini. Mereka yang menggugat perdamaian dan membuat huru hara pasti menghadapi perlawanan dari seluruh rakyat," kata Recep Tayyip Erdogan.
Pada masa sekarang, sesiapa yang pernah melawat Turki pasti bangga melihat negara itu semakin maju dan ekonominya semakin meningkat sejak di bawah pemerintahan Recep Tayyip Erdogan. Banyak perubahan yang dilakukannya terhadap rakyat Turki.
Di bawah pemerintahannya al Quran tidak lagi diharamkan, sudah boleh dibaca,dicetak dan dijual. Banyak madrasah dan sekolah tahfiz Quran telah didirikan di seluruh Turki. Pelajar perempuan di Universiti sudah dibenarkan memakai tudung.
Sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia ingin melihat Islam kembali bersinar di Turki.

Published on October 20, 2011 17:13
October 19, 2011
BERTEMU ABDUL KADIR BADILI
Abdul Kadir Badili antara anak-anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang masih hidup. Kami dipertemukan dengannya semasa berada di Ankara. Beliau menulis biografi Badiuzzaman Said Nursi sebanyak tiga jilid dan buku itu dihadiahkan kepada saya disertakan tanda tangannya dalam tulisan Uthmaniah.
Salah satu catatan Abdul Kadir Badili dalam bukunya, pada tahun 1969 beliau menemuramah seorang rakan karib Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bernama Fakirullah Molazade yang ketika itu sudah berusia 96 tahun.
Menurut Fakirullah Molazade pada suatu hari Badiuzzaman Said Nursi berkata, "Kamu akan hidup sampai usiamu 100 tahun. Dan aku meninggal dunia di Urfa. Kemudian orang akan menggali kuburku dan memindahkan ke suatu tempat rahsia…"
Benarlah seperti apa yang dikatakan Badiuzzaman Said Nursi, beliau meninggal dunia di Urfa pada 23 Mac 1960/ 25 Ramadan 1379). Tiga bulan selepas dikebumikan, kuburnya digali pihak tentera lalu dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui…
Fakirullah Molazade pula meninggal dunia pada tahun 1973 ketika berumur 100 tahun.

[image error]
Published on October 19, 2011 07:54
October 17, 2011
MUJADDID ABAD KE 20

Saya berasa gembira dapat menulis novel Badiuzzaman Said Nursi, seorang Mujaddid abad ke 20. Mujaddid maksudnya orang alim yang diutuskan Allah bagi menyelesaikan masalah pada zamannya. Dan dia kurniakan karamah atau maunah.
Setelah Nabi Muhamad wafat tidak ada lagi Nabi atau Rasul sesudahnya. Namun Allah itu Maha Bijaksana. Untuk menjaga umat ini dan agama Islam yang diredaiNya dari lenyap dari muka bumi ini, maka Allah mengutus Mujaddid bagi menguatkan agama.
Antara mereka yang dipercayai Mujaddid ialah Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Bukhari, Syeikh Abdul Kadir Jailani dan beberapa orang lagi.
Ramai yang percaya Badiuzzaman Said Nursi adalah Mujaddid abad ke 20 ini. Pada masa hidupnya beliau dapat mempertahankan umat Islam Turki dari fahaman sekular. Setelah meninggal dunia karyanya Risalah an Nur diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia kerana pemikirannya dapat membantu menyelesaikan masalah umat Islam pada zaman ini.
Beberapa karyanya telah diterjemahkan ke bahasa Melayu…
Published on October 17, 2011 19:52
October 16, 2011
TERLARIS SEPTEMBER 2011
[image error]
Mustafa Kamal Ataturk tersenarai antara novel PTS yang terlaris jualannya pada September 2011. Ramai pembaca memberi pujian kerana novel ini berjaya mendedahkan siapa sebenarnya tokoh tersebut.
Benarkah Mustafa Kamal Ataturk pahlawan yang berjaya menyelamatkan Turki dari penjajahan Greek dan Eropah?. Benarkah Mustafa Kamal Ataturk yang berjaya menyelamatkan Islam di Turki?.
Novel ini telah memberikan jawapannya....
Mustafa Kamal Ataturk dalam bahasa Turki membawa maksud "Leluhur atau Nenek Moyang Turki Yang Paling Mulia."
Kerana itu generasi muda Turki sekarang terutama mereka yang berpendidikan agama tidak mahu menyebut nama tersebut. Mereka lebih suka menyebut "dia" atau "orang itu".
"Orang itu" yang menghapuskan sistem khalifah, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menukar azan ke dalam bahasa Turki, masjid dijadikan gudang dan kandang kuda, mengharamkan pelajaran agama di sekolah, menutup semua sekolah agama dan universiti Islam, menangkap serta membunuh ulama, tokoh agama malah mereka yang membaca dan menyimpan Al Quran sehingga jumlahnya mencecah 500 ribu orang...

Published on October 16, 2011 19:56
KISAH SUDU YANG PATAH

Sudu patah dan barang-barang lain yang ditinggalkan Ustaz
Badiuzzaman Said Nursi masih disimpan dengan elok...
Pada suatu hari seorang anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi terjumpa satu sudu patah kepunyaan gurunya. Kerana menyangka sudu patah itu sudah tidak berguna lagi lalu dibuangnya. Ustaz Badiuzzaman Said Nursi menyedari kehilangan sudu patah itu lalu menanyakannya.
"Sudu itu sudah saya buang," jawab anak muridnya.
"Susu itu sudah berkhidmat kepada saya selama berpuluh tahun. Kerana itu saya tidak membuangnya walaupun sudah patah," kata Ustaz Badiuzzaman Said Nursi lalu dicari dan disimpan semula sudu patah itu.
Beliau terus menyimpan susu patah itu sehingga ke akhir hayatnya. Dan sekarang sudu patah itu menjadi salah satu barang bernilai yang ditinggalkannya…
Ustaz Badiuzzaman Said Nursi memang terkenal dengan sifat mulianya. Suatu hari dia bersama anak-anak muridnya melalui satu kawasan hutan. Mereka terjumpa pokok yang sedang berbuah. Beliau melarang anak-anak muridnya mengambil buah itu dengan berkata.
"Pokok buah-buahan dalam hutan ini untuk makanan binatang. Kita hanya boleh mengambil buah secara percuma dari pokok yang kita tanam sendiri."
Published on October 16, 2011 01:43
PERTANYAAN PEMBACA

Salam Pak Latip,
Mohon untuk pak latip berikan saya link, sumber dan hujah kebenaran peristiwa orang islam dan kristian berkongsi masjid damaskus semasa zaman pemerintahan khalifah umar bin abdul aziz sepertimana yg. ditulis dalam novel sejarah islam, umar abdul aziz: bayangan khalifah al rasyidin. lagi bagus sekiranya ada riwayat daripada ulama' yang menyokong sama. terima kasih banyak2..
Sabihah Shamsuddin
--------------------------------------------------------------
Cikpuan Sabihah Shamsuddin
Terima kasih kerana mengemukakan satu soalan yang agak sukar untuk saya menjawabnya.
Al Hafiz Ibnu Kasir berkatra, "Para ulama sependapat bahawa Umar bin Abdul Aziz adalah pemimpin yang adil, pemimpin yang sanggup membawa rakyatnya ke jalan yang lurus. (Sejarah Pahlawan-Pahlawan Islam Pustaka Ilmi 2006 oleh Muhamad Syadid muka surat 127)
Betapa adilnya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga kambing dan serigala boleh bersatu, umat Islam dan kristian boleh berkongsi tempat ibadat. (Sejarah keagongan kerajaan Islam Oleh Mohd Mokhtar Shafie Nurin Enterpres 1993 muka surat 407)
Islam tidak pernah dilaksanakan dalam bentuknya yang murni, kecuali selama zaman khalifah Umar Abdul Aziz... (Muhamad Qutb, Islam The Misanderstood Religion hal 330)
Yahya Ibnu Sa'id berkata, "Umar bin Abdul Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagikan zakat. Lalu aku cari fakir miskin untuk diberikan zakat tetapi tidak mendapat seorang pun yang mahu menerimanya. Umar Abdul Aziz telah menjadikan rakyatnya kaya..." (khalifah Umuar Abdul Aziz ms. 206)
Berkata Hasan al Qashab, "Aku melihat beberapa ekor serigala bersama beberapa ekor kambing disebuah padang pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz. Maka aku mengucapkan subhanallah serigala dengan kambing hidup rukun tidak mengganggu....(khalifah Umar Abdul Aziz ms 202)
Kisah berkongsi tempat ibadat ada diceritakan dalam buku yang ditulis K.H Firdaus diterbitkan Pustaka Ilmi 2001 pada muka surat 191.
Kisah bermula pada zaman khalifah Walid bin Abdul Malik yang telah menukarkan sebuah gereja kepada sebuah masjid di Damaskus.
Apabila Umar Abdul Aziz menjadi khalifah kaum nasrani menuntut semula masjid itu supaya dijadikan gereja. Maka mendapat bantahan orang ramai. Sebagai jalan penyelesaian maka dibina sebuah masjid baru berhampiran dengan gereja itu.
Sementara menunggu masjid baru itu siap maka masjid yang bakal ditukar semula kepada gereja itu dikongsi bersama. Tetapi itu Cuma untuk sementara waktu sahaja bukan untuk selamanya. Iaitu sementara menunggu pembinaan masjid baru itu siap.
Semasa Khalifah Umar Abul Aziz menjadi khalifah telah berjaya menjadikan rakyatnya kaya, hidup aman damai sehingga seriga dan kambing boleh hidup bersama maka tidak mustahil baginda dapat menyatukan umat Kristian dan Islam sehingga boleh berkongsi rumah ibadat (dalam keadaan dharurat).
Sama ada benar atau tidaknya fakta itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui...
Published on October 16, 2011 01:37
Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.