Zaid Akhtar's Blog, page 5

May 30, 2011

PENYU MENANGIS SIAPALAH TAHUAnak muda berlagu sayangdi ba...

PENYU MENANGIS SIAPALAH TAHU
Anak muda berlagu sayangdi batu remis melepas rindu adik ketawa di rantau abang penyu menangis siapalah tahu penyu menangis siapalah tahu
Puisi: JM Aziz Nyanyian: Sudirman Haji Arshad
Lokasi: Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kerteh30 Mei 2011
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2011 22:34

April 29, 2011

SEPASANG WAN YANG BERJASA

Ustaz Wan Saudi muncul di ofi...

SEPASANG WAN YANG BERJASA

Ustaz Wan Saudi muncul di ofis disambut Ustaz Zainal Abidin Sakiran
Saya tidak ingat bila kali terakhir saya bertemu Ustaz Wan Saudi dan isterinya, Ustazah Wan Fauziah. Sekitar pertengahan 90-an barangkali. Kedua-duanya adalah guru saya ketika belajar di SMKAS sekitar 1990-1994 dulu. 

Ustaz Wan Saudi mengajar saya Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 untuk menghadapi SRP pada tahun 1992. Berkat bimbingannya dan minat yang mendalam terhadap bahasa Arab, saya beroleh A1. Sementara isterinya mengajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah ketika saya di Tingkatan 4 dan 5.

Isnin lepas, kedua-duanya yang sudah pun bersara, datang berziarah ke Segamat, sejurus mengambil anak bongsu mereka di UIAM Gombak. Barangkali terlalu rindu dengan rakan-rakan di segamat setelah pulang dan menetap di Kelantan.

Ustaz Wan Saudi yang kini berusia 68 tahun masih tampak sihat. Tidak banyak berubah saya lihat selain uban yang memutih. Wajahnya seperti dulu - putih kemerah-merahan. Begitu juga isterinya yang enam tahun lebih muda jika tidak silap. Terima kasih, ustazah, kerana masih mengenali saya. Moga Tuhan merahmati kalian berdua.

Ah, segalanya terasa bagai baru berlaku. Memang selalunya saya dijentik nostalgia apabila bertemu guru-guru lama yang banyak berjasa, yang hampir dua dekad tidak bersua muka. Dan kini, saya pula berdiri di sini, menggantikan tempat mereka. Begitulah masa "mengusiakan" kita.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2011 04:19

SEPASANG WAN YANG BERJASAUstaz Wan Saudi muncul di ofis d...

SEPASANG WAN YANG BERJASA
Ustaz Wan Saudi muncul di ofis disambut Ustaz Zainal Abidin SakiranSaya tidak ingat bila kali terakhir saya bertemu Ustaz Wan Saudi dan isterinya, Ustazah Wan Fauziah. Sekitar pertengahan 90-an barangkali. Kedua-duanya adalah guru saya ketika belajar di SMKAS sekitar 1990-1994 dulu. 
Ustaz Wan Saudi mengajar saya Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 untuk menghadapi SRP pada tahun 1992. Berkat bimbingannya dan minat yang mendalam terhadap bahasa Arab, saya beroleh A1. Sementara isterinya mengajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah ketika saya di Tingkatan 4 dan 5.
Isnin lepas, kedua-duanya yang sudah pun bersara, datang berziarah ke Segamat, sejurus mengambil anak bongsu mereka di UIAM Gombak. Barangkali terlalu rindu dengan rakan-rakan di segamat setelah pulang dan menetap di Kelantan.

Ustaz Wan Saudi yang kini berusia 68 tahun masih tampak sihat. Tidak banyak berubah saya lihat selain uban yang memutih. Wajahnya seperti dulu - putih kemerah-merahan. Begitu juga isterinya yang enam tahun lebih muda jika tidak silap. Terima kasih, ustazah, kerana masih mengenali saya. Moga Tuhan merahmati kalian berdua.
Ah, segalanya terasa bagai baru berlaku. Memang selalunya saya dijentik nostalgia apabila bertemu guru-guru lama yang banyak berjasa, yang hampir dua dekad tidak bersua muka. Dan kini, saya pula berdiri di sini, menggantikan tempat mereka. Begitulah masa "mengusiakan" kita.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2011 04:19

April 13, 2011

TELUK GOREK, KAMI DATANG
Kem Jati Diri Pra-U 2011Lokasi: ...

TELUK GOREK, KAMI DATANG

Kem Jati Diri Pra-U 2011Lokasi: Teluk Gorek, Tanjung Resang, EndauTarikh: 8-10 April 2011

Di Puncak Gunung Arong

Nun jauh di sana, Teluk Gorek dan Tanjung Resang

Di balik rimbunan hijau

Para peserta kem
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2011 07:18

TELUK GOREK, KAMI DATANGKem Jati Diri Pra-U 2011Lokasi: T...

TELUK GOREK, KAMI DATANG
Kem Jati Diri Pra-U 2011Lokasi: Teluk Gorek, Tanjung Resang, EndauTarikh: 8-10 April 2011
Di Puncak Gunung Arong
Nun jauh di sana, Teluk Gorek dan Tanjung Resang
Di balik rimbunan hijau
Para peserta kem
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2011 07:18

April 5, 2011

GAYA KEWARTAWANAN BARU 

Saya bukan penyokong PKR. Bukan...

GAYA KEWARTAWANAN BARU 

Saya bukan penyokong PKR. Bukan juga peminat tegar Anwar. Tetapi melihat kepada muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya fikir ia adalah sesuatu yang tersangat melampau. Kalau sebelum ini, para pembangkang menggelarkannya Utusan Meloya. Gelaran itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Kini ia sudah bertukar menjadi Utusan Melucah!

Apabila kepentingan politik sempit menguasai segalanya, manusia sudah jadi lembu. Bodoh, tongong dan tidak tahu malu. Mereka anggap seks adalah perkara biasa yang boleh dibicarakan di mana-mana, hatta dalam majlis rasmi sekalipun. Justeru, hari ini adalah hari paling hitam dalam sejarah akhbar Utusan Malaysia (dahulunya Utusan Melayu) yang pernah menjadi wadah perjuangan kemerdekaan negara pada abad lalu.

Apa jadahnya paparan Youtube itu menjadi muka depan akhbar yang dibaca oleh jutaan rakyat ini? Tidak pernah terfikirkah pihak atasan akhbar dan politikus yang bersembunyi di belakangnya tentang golongan muda seperti remaja dan kanak-kanak yang membaca akhbar ini? Tidak cukupkah selama ini pembaca dibosankan dengan kes liwat yang tidak berkesudahan. Kini dipantakkan pula dengan cover aksi lucah di sebuah bilik hotel yang entah siapa pelakonnya.

Syabas, Utusan Melucah! Gaya ini barangkali adalah gaya kewartawanan baru negara.

Memo: Syabas juga KDN kerana melacurkan etika dan membiarkan media tidak bermoral sebegini selesa bermaharajalela.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2011 06:28

GAYA KEWARTAWANAN BARU  Saya bukan penyokong PKR. Bu...

March 27, 2011

BAHASA ARAB KOMUNIKASI & PELAJAR CINA
Sewaktu mula-mula m...

BAHASA ARAB KOMUNIKASI & PELAJAR CINA

Sewaktu mula-mula mengajar dulu, saya masih ingat benar apabila diminta mengajar Bahasa Arab Komunikasi (BAK) bagi kelas Tingkatan 3 yang akan mengambil PMR pada tahun tersebut. Saya posting awal bulan Ogos 2001, awal Oktober mereka sudah memasuki dewan peperiksaan. Dua bulan genap cuma tempohnya untuk saya mempersiapkan mereka. Saya masih ingat beberapa pelajar saya gagal subjek tersebut dengan beroleh F. Saya bengang kerana saya kira saya gagal dalam tugasan tahun pertama. Namun mereka berjaya. Ya, berjaya dalam usaha untuk keluar dari sekolah agama berasrama. Mereka tidak akan layak masuk ke mana-mana SMKA sekiranya gagal subjek tersebut!

Itulah realitinya. Mengajar BAK untuk kelas-kelas calon PMR bukanlah tugas yang mudah. Ia tugas paling mencabar dan kadangkala sangat menekan di sesetengah SMKA dan sekolah yang ada Kelas Aliran Agama. Prestasi sekolah bagaikan bergantung kepada subjek BAK. Andai ada seorang sahaja yang gagal, cukuplah. Sasaran 100% dalam PMR akan terlepas dari genggaman sekolah dan guru-guru bahasa Arab pastinya akan menjadi sasaran dan dipersalahkan. Guru bukan sekadar dituntut memiliki dedikasi yang tinggi tetapi juga harus pintar memotivasikan pelajar (yang segelintirnya mahu keluar dari asrama lalu sengaja membiarkan diri mereka gagal) agar mereka mencuba sedaya mungkin untuk sekurang-kurangnya lulus.

Malah saya masih ingat, kami guru-guru bahasa Arab terpaksa pula berhadapan dengan pihak PPD daerah yang membuat post-mortem kemudiannya selepas keputusan diumumkan. Dan biasanya juga disusuli oleh pihak jabatan pelajaran. Apa sahaja alasan boleh sahaja diberi ketika diminta, tetapi telinga juga haruslah bersedia 'menadah' segala.

Mulai 2005, saya tidak  lagi mengajar calon-calon PMR. Saya memilih untuk mengajar Bahasa Arab Tinggi bagi calon SPM. Ia ternyata lebih tenang dan kurang menekan, meskipun masa pengajarannya dulu sangat sedikit - 4 masa seminggu. Cukuplah empat lima tahun saya mendepani tugasan maha berat itu. Namun sehingga kini, saya sangat mengormati guru-guru yang mengajar BAK untuk PMR kerana mereka hebat menahan tekanan dan sangat berdedikasi. Ia bukan kerja enteng. Saya sudah merasai cabarannya dan akibatnya jika ada calon yang gagal untuk lulus atau tidak ramai yang berjaya beroleh A.

Artikel dalam Harian Metro hari ini, entah mengapa, mengingatkan saya kenangan sewaktu mengajar BAK untuk PMR dulu. Kisah seorang pelajar Cina yang menerima anugerah Maulidur Rasul baru-baru ini saya kira amat istimewa. Moga calon-calon PMR yang mengambil BAK akan tercabar apabila membacanya.

BERBANGSA Cina, tetapi berjaya membuat kejutan apabila memperoleh pangkat A dalam subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Di atas kecemerlangan itu, anak kelahiran Jelawat, Bachok, Kelantan itu, turut menjadi sebutan apabila terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Februari lalu. Itu keistimewaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soo Yen, 16.

Fasih berbahasa Melayu dan Arab, Soo Yen mengakui bukan mudah untuk dia mencapai kejayaan berkenaan kerana perlu berdepan tentangan keluarga dan mengambil masa lama untuk menguasai subjek dipilih itu.

"Pada mulanya keluarga membantah (memilih subjek Bahasa Arab Komunikasi) kerana tidak yakin dengan kemampuan saya. Keluarga terutama ibu bimbang saya tidak mampu menguasai subjek berkenaan.

"Namun, dengan semangat dan kesungguhan, saya berusaha keras selama tiga tahun sebelum dapat menguasai subjek itu, sekali gus mampu bertutur dalam bahasa Arab. Untuk menguasainya saya beri tumpuan khusus kepada subjek berkenaan dan memastikan mendapat pangkat A setiap kali menduduki ujian atau peperiksaan," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Menurut Soo Yen yang aktif dalam Persatuan Bahasa Arab di sekolahnya, keinginannya untuk memilih bahasa Arab didorong pengaruh rakan sebaya sejak dari usia tiga tahun lagi.

"Ketika itu, saya turut mengikuti kelas Fardu Ain dan mempelajari al-Quran. Rakan memberi dorongan supaya saya cuba untuk menguasai bahasa Arab. Apabila masuk ke tingkatan satu, saya terus memilih subjek Bahasa Arab Komunikasi sehing­galah berjaya menguasainya. Selain usaha keras, kejayaan diperoleh adalah hasil bantuan dan sokongan daripada keluarga, guru dan rakan sebaya," katanya.

Anak sulung daripada dua beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah itu berkata, anugerah Maulidur Rasul yang diterimanya tidak pernah diimpikannya kerana dia hanya mahu melakukan sesuatu yang mencabar dan luar daripada kebiasaan. "Ketika diberitahu terpilih untuk menerima anugerah itu, saya memang terkejut. Apapun, anugerah diterima menguatkan lagi semangat saya untuk terus mencipta kejayaan pada masa depan. Saya akan terus berusaha melakukan sesuatu perkara yang mencabar, kerana bagi saya perkara yang sukar akan menjadi lebih senang jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak jemu untuk menimba ilmu dengan individu yang lebih berpengalaman," katanya yang memperoleh 9A dalam PMR.

Ditanya mengenai kehidupan seharian, Soo Yen mengakui dia lebih dekat dengan kehidupan orang Melayu. "Di sekolah saya berkawan dengan pelajar Melayu. Di rumah pula, dengan ibu dan ayah saya bertutur dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, saya tidak melupakan bahasa dan budaya asal saya," katanya.

Bagi ibu Soo Yen, Soo Ah Khem, 46, anak sulungnya mula memilih untuk belajar bahasa Arab ketika memasuki tingkatan satu. Katanya, Soo Yen memang minat mendalami bahasa Arab walaupun pada awalnya dia kurang yakin dengan kemampuan anaknya itu. "Saya masih ingat, ketika kami melarangnya mengambil subjek itu, muka anak saya berubah dan prestasinya juga menurun. Melihat perubahannya yang mendadak itu, saya dan suami mengambil satu pendekatan untuk memberikan peluang kepada anak kami belajar apa saja bahasa yang diminatinya. Apabila dia meyakinkan kami bahawa akan lulus subjek itu, saya tidak lagi membantah," katanya yang juga kakitangan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok.

Menurutnya, Soo Yen banyak mendapat bimbingan guru selain bahan tambahan dan kamus bahasa Arab yang dibeli untuk rujukan pembelajarannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2011 02:28

BAHASA ARAB KOMUNIKASI & PELAJAR CINASewaktu mula-mul...

BAHASA ARAB KOMUNIKASI & PELAJAR CINA
Sewaktu mula-mula mengajar dulu, saya masih ingat benar apabila diminta mengajar Bahasa Arab Komunikasi (BAK) bagi kelas Tingkatan 3 yang akan mengambil PMR pada tahun tersebut. Saya posting awal bulan Ogos 2001, awal Oktober mereka sudah memasuki dewan peperiksaan. Dua bulan genap cuma tempohnya untuk saya mempersiapkan mereka . Saya masih ingat beberapa pelajar saya gagal subjek tersebut dengan beroleh F. Saya bengang kerana saya kira saya gagal dalam tugasan tahun pertama. Namun mereka berjaya. Ya, berjaya dalam usaha untuk keluar dari sekolah agama berasrama. Mereka tidak akan layak masuk ke mana-mana SMKA sekiranya gagal subjek tersebut!
Itulah realitinya. Mengajar BAK untuk kelas-kelas calon PMR bukanlah tugas yang mudah. Ia tugas paling mencabar dan kadangkala sangat menekan di sesetengah SMKA dan sekolah yang ada Kelas Aliran Agama. Prestasi sekolah bagaikan bergantung kepada subjek BAK. Andai ada seorang sahaja yang gagal, cukuplah. Sasaran 100% dalam PMR akan terlepas dari genggaman sekolah dan guru-guru bahasa Arab pastinya akan menjadi sasaran dan dipersalahkan. Guru bukan sekadar dituntut memiliki dedikasi yang tinggi tetapi juga mesti pandai memotivasikan pelajar (yang segelintirnya mahu keluar dari asrama dan sengaja membiarkan diri mereka gagal) agar mereka mencuba sedaya mungkin untuk sekurang-kurangnya lulus.
Mulai 2005, saya tidak  lagi mengajar calon-calon PMR. Saya memilih untuk mengajar Bahasa Arab Tinggi bagi calon SPM. Ia ternyata lebih tenang dan kurang menekan, meskipun masa pengajarannya dulu sangat sikit - 4 masa seminggu. Cukuplah empat lima tahun saya mendepani tugasan berat itu. Namun saya sangat mengormati guru-guru yang mengajar BAK untuk PMR kerana mereka hebat menahan tekanan dan berdedikasi. Saya sudah merasai cabarannya dan akibatnya jika ada calon yang gagal untuk lulus atau tidak ramai yang berjaya beroleh A.
Artikel dalam Harian Metro hari ini, entah mengapa, mengingatkan saya kenangan sewaktu mengajar BAK untuk PMR dulu. Kisah seorang pelajar Cina yang menerima anugerah Maulidur Rasul baru-baru ini. Moga calon-calon PMR yang mengambil BAK akan tercabar apabila membacanya.

BERBANGSA Cina, tetapi berjaya membuat kejutan apabila memperoleh pangkat A dalam subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.
Di atas kecemerlangan itu, anak kelahiran Jelawat, Bachok, Kelantan itu, turut menjadi sebutan apabila terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Februari lalu. Itu keistimewaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soo Yen, 16.

Fasih berbahasa Melayu dan Arab, Soo Yen mengakui bukan mudah untuk dia mencapai kejayaan berkenaan kerana perlu berdepan tentangan keluarga dan mengambil masa lama untuk menguasai subjek dipilih itu.

"Pada mulanya keluarga membantah (memilih subjek Bahasa Arab Komunikasi) kerana tidak yakin dengan kemampuan saya. Keluarga terutama ibu bimbang saya tidak mampu menguasai subjek berkenaan.
"Namun, dengan semangat dan kesungguhan, saya berusaha keras selama tiga tahun sebelum dapat menguasai subjek itu, sekali gus mampu bertutur dalam bahasa Arab. Untuk menguasainya saya beri tumpuan khusus kepada subjek berkenaan dan memastikan mendapat pangkat A setiap kali menduduki ujian atau peperiksaan," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Menurut Soo Yen yang aktif dalam Persatuan Bahasa Arab di sekolahnya, keinginannya untuk memilih bahasa Arab didorong pengaruh rakan sebaya sejak dari usia tiga tahun lagi.
"Ketika itu, saya turut mengikuti kelas Fardu Ain dan mempelajari al-Quran. Rakan memberi dorongan supaya saya cuba untuk menguasai bahasa Arab. Apabila masuk ke tingkatan satu, saya terus memilih subjek Bahasa Arab Komunikasi sehing­galah berjaya menguasainya. Selain usaha keras, kejayaan diperoleh adalah hasil bantuan dan sokongan daripada keluarga, guru dan rakan sebaya," katanya.

Anak sulung daripada dua beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah itu berkata, anugerah Maulidur Rasul yang diterimanya tidak pernah diimpikannya kerana dia hanya mahu melakukan sesuatu yang mencabar dan luar daripada kebiasaan. "Ketika diberitahu terpilih untuk menerima anugerah itu, saya memang terkejut. Apapun, anugerah diterima menguatkan lagi semangat saya untuk terus mencipta kejayaan pada masa depan. Saya akan terus berusaha melakukan sesuatu perkara yang mencabar, kerana bagi saya perkara yang sukar akan menjadi lebih senang jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak jemu untuk menimba ilmu dengan individu yang lebih berpengalaman," katanya yang memperoleh 9A dalam PMR.

Ditanya mengenai kehidupan seharian, Soo Yen mengakui dia lebih dekat dengan kehidupan orang Melayu. "Di sekolah saya berkawan dengan pelajar Melayu. Di rumah pula, dengan ibu dan ayah saya bertutur dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, saya tidak melupakan bahasa dan budaya asal saya," katanya.

Bagi ibu Soo Yen, Soo Ah Khem, 46, anak sulungnya mula memilih untuk belajar bahasa Arab ketika memasuki tingkatan satu. Katanya, Soo Yen memang minat mendalami bahasa Arab walaupun pada awalnya dia kurang yakin dengan kemampuan anaknya itu. "Saya masih ingat, ketika kami melarangnya mengambil subjek itu, muka anak saya berubah dan prestasinya juga menurun. Melihat perubahannya yang mendadak itu, saya dan suami mengambil satu pendekatan untuk memberikan peluang kepada anak kami belajar apa saja bahasa yang diminatinya. Apabila dia meyakinkan kami bahawa akan lulus subjek itu, saya tidak lagi membantah," katanya yang juga kakitangan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok.

Menurutnya, Soo Yen banyak mendapat bimbingan guru selain bahan tambahan dan kamus bahasa Arab yang dibeli untuk rujukan pembelajarannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2011 02:28

March 22, 2011

SEMINAR SEHARI di UPM
Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya...

SEMINAR SEHARI di UPM

Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Bertempat di Dewan Za'ba FBMK, program tersebut sebetulnya dikendalikan oleh para pelajar yang mengambil kursus Novel Melayu dan Penglahiran Bakat Kreatif di bawah bimbingan Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Samsina Abdul Rahman.

Saya diminta mengisi Slot 1 pada sebelah pagi bersama dua editor ternama tanah air - Nor Azah Abd Aziz (Utusan Publications) dan Rozninah Abd Azib (Dewan Sastera). Rasa gerun juga apabila berkongsi pentas bersama dua editor major yang pernah berjasa kepada saya. Editor bagi saya, ibarat mak andam yang peranannya memperindah dan mempermantap sesebuah karya. Tanpa bimbingan, perhatian dan kerjasama mereka, siapalah saya pada hari ini.

Sementara Slot 2 pada sebelah petang menampilkan Nisah Haji Haron, Salina Ibrahim dan Zahiruddin Zabidi (PTS). Rupanya, setelah setahun lebih berlalu, barulah saya mengetahui bahawa Kak Salina Ibrahim kini sudah menjadi penulis sepenuh masa. Wah, alangkah hebat dan beraninya beliau!

Memandangkan saya sedikit dikenali dalam bidang penulisan novel, justeru saya memilih untuk berbicara tentang pengalaman saya dalam menghasilkan keempat-empat novel yang sudah terbit. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk berkongsi pengalaman penulisan saya yang tidak seberapa dan menelusuri kembali sebahagian dunia kepengarangan yang seadanya ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 01:15

Zaid Akhtar's Blog

Zaid Akhtar
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zaid Akhtar's blog with rss.