Zaid Akhtar's Blog, page 6

March 22, 2011

SEMINAR SEHARI di UPMSabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya ...

SEMINAR SEHARI di UPM
Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Bertempat di Dewan Za'ba FBMK, program tersebut sebetulnya dikendalikan oleh para pelajar yang mengambil kursus Novel Melayu dan Penglahiran Bakat Kreatif di bawah bimbingan Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Samsina Abdul Rahman.
Saya diminta mengisi Slot 1 pada sebelah pagi bersama dua editor ternama tanah air - Nor Azah Abd Aziz (Utusan Publications) dan Rozninah Abd Azib (Dewan Sastera). Rasa gerun juga apabila berkongsi pentas bersama dua editor major yang pernah berjasa kepada saya. Editor bagi saya, ibarat mak andam yang peranannya memperindah dan mempermantap sesebuah karya. Tanpa bimbingan, perhatian dan kerjasama mereka, siapalah saya pada hari ini.
Sementara Slot 2 pada sebelah petang menampilkan Nisah Haji Haron, Salina Ibrahim dan Zahiruddin Zabidi (PTS). Rupanya, setelah setahun lebih berlalu, barulah saya mengetahui bahawa Kak Salina Ibrahim kini sudah menjadi penulis sepenuh masa. Wah, alangkah hebat dan beraninya beliau!
Memandangkan saya sedikit dikenali dalam bidang penulisan novel, justeru saya memilih untuk berbicara tentang pengalaman saya dalam menghasilkan keempat-empat novel yang sudah terbit. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk berkongsi pengalaman penulisan saya yang tidak seberapa dan menelusuri kembali sebahagian dunia kepengarangan yang seadanya ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 01:15

SEMINAR SASTERA di UPMSabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya...

SEMINAR SASTERA di UPM
Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Betempat di Dewan Za'ba FBMK, program tersebut sebetulnya dikendalikan oleh para pelajar yang mengambil kursus Novel Melayu dan Penglahiran Bakat Kreatif di bawah bimbingan Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Samsina Abdul Rahman.
Saya diminta mengisi Slot 1 di sebelah pagi bersama dua editor ternama tanah air - Nor Azah Abd Aziz (Utusan Publications) dan Rozninah Abd Azib (Dewan Sastera). Rasa gerun juga apabila berkongsi pentas bersama dua editor major yang pernah berjasa kepada saya. Editor bagi saya, ibarat mak andam yang peranannya memperindah dan mempermantap sesebuah karya. Tanpa bimbingan dan kerjasama mereka, siapalah saya pada hari ini.
Sementara Slot 2 pada sebelah petang menampilkan Nisah Haji Haron, Salina Ibrahim dan Zahiruddin Zabidi (PTS). Rupanya, setelah setahun lebih berlalu, barulah saya mengetahui bahawa Kak Salina Ibrahim kini sudah menjadi penulis sepenuh masa. Wah, alangkah hebat dan beraninya beliau!
Memandangkan saya sedikit dikenali dalam bidang penulisan novel, justeru saya memilih untuk berbicara tentang pengalaman saya dalam menghasilkan keempat-empat novel saya yang sudah terbit. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk berkongsi pengalaman penulisan saya yang tidak seberapa dan menelusuri kembali sebahagian dunia kepengarangan saya yang seadanya ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 01:15

March 12, 2011

KINAYAH : ANTARA PERLAMBANGAN & MAKSUD
Kinayah adalah me...

KINAYAH : ANTARA PERLAMBANGAN & MAKSUD

Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Namun definisi yang lebih masyhur dan diterima pakai ialah pendapat al-Hasyimy yang melihat kinayah sebagai ungkapan yang menggunakan makna tersirat, di samping harus menggunakan makna tersurat. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar.

Sebagai contoh:     فُلاَن نَؤُوْمُ الضُّحاَUngkapan kinayah di atas bermaksud: Si fulan  gemar tidur waktu pagi. Dalam kalangan orang Arab, ungkapan fulan na'umu al-Dhuha sangat masyhur untuk menggambarkan seseorang yang kaya. Lantaran kekayaannya itu, dia boleh tidur dan bersenang-lenang tanpa perlu gigih bekerja pada waktu pagi. Tetapi jika fulan na'umu al-Dhuha difahami dengan makna literalnya (gemar tidur waktu pagi)  juga tidak salah.

Kinayah terbahagi kepada 3 jenis. Salah satunya kinayah 'an al-Siffat yang menyerupai bentuk "simpulan bahasa" dalam retorika Melayu.  Bahkan terdapat ungkapan-ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut yang faktor lahirnya ungkapan tersebut  hampir sama.

Contohnya, ungkapan دَمٌ خَفِيْف   adalah kinayah yang bermaksud "darah cair". Dalam retorika Melayu. "darah cair" adalah sebuah simpulan bahasa yang membawa maksud seorang yang peramah atau bermulut manis. Begitu juga dengan ungkapan  البَبْغاَء   (burung kakaktua) hampir sama dengan ungkapan "burung murai" bagi mengkiaskan "orang yang suka bercakap banyak" dalam retorika Melayu.

Namun tidak semua kinayah 'an-Siffah boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu untuk dijadikan "simpulan bahasa" dengan menggunakan maksud yang sama kerana perbezaan latar budaya dan geografi.  Sebagai contoh, penggunaan ungkapan panjang tangan dalam peribahasa Melayu diertikan sebagai "orang yang suka mencuri", manakala dalam ilmu Balaghah,  طُوْلُ الذِّرَاع membawa maksud yang berlainan, iaitu orang yang banyak bersedekah.

Dalam pengajaran Balaghah di Malaysia, kinayah sering dianggap atau diterjemahkan sebagai "kiasan". Namun tanggapan atau terjemahan tersebut kurang tepat lantaran kiasan dalam bahasa Arab merangkumi hampir keseluruhan 'Ilm Bayan. Sebaliknya kinayah adalah sebahagian daripada ilmu tersebut, malah boleh berada di tengah-tengah antara makna hakiki dan majazi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2011 17:18

KINAYAH : ANTARA PERLAMBANGAN & MAKSUD Kinayah adalah...

February 28, 2011

ASYRAT AL-SA'AH
Menjadi kegemaran saya sejak zaman pelaj...

ASYRAT AL-SA'AH

Menjadi kegemaran saya sejak zaman pelajar dulu mengumpul buku-buku (terutamanya dalam bahasa Arab) yang berkaitan hari Kiamat. Setiap kali ke kedai buku atau pameran buku antrarabangsa saya sering mengintai buku-buku terbaru bertemakan demikian. Biasanya buku-buku berbahasa Arab yang berkaitan dengan salah satu Rukun Iman kita itu dinamakan Asyrat al-Sa'ah  (أشراط الساعة) yang bermaksud tanda-tanda hari Kiamat.

Menariknya, agak banyak buku yang berkongsi judul sebegitu. Barangkali mengambil sempena hadis-hadis fitan yang banyak ditemui bermula dengan matan  ... مِن أشراط الساعة  (antara tanda-tanda Kiamat).

Ramai penulis Islam yang menyentuh topik berkenaan. Malah mereka menulis dari pelbagai aspek seperti tanda-tanda kecil, tanda-tanda besar, tanda-tanda yang telah berlaku, tanda-tanda yang sedang berlaku, dan tanda-tanda yang akan berlaku menjelangnya Kiamat. Antara yang pernah menulis berkenaan topik yang menarik ini seperti Dr. Sulaiman Asyqar, Yusof Wabil dan ramai lagi.

Dalam koleksi saya yang agak banyak itu, saya paling menggemari buku Asyrat al-Sa'ah oleh Yusof Wabil yang ditulis untuk meraih ijazah sarjananya di Universiti Ummul Qura. Buku ini malah sudah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Sewaktu mengaji dulu, kami sempat menganjurkan kelas pengajian buku berkenaan yang diajarkan oleh Dr. Muhammad al-Malkawi di Masjid Universiti Yarmouk sejurus Maghrib sekali seminggu.

Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lepas, saya menemui sebuah lagi buku berkenaan hari Kiamat yang agak terkini. Judulnya Nihayah al-Alam (Kesudahan Alam) yang tampil dengan konsep lebih menarik.

Bukunya agak tebal, berkulit keras tetapi memiliki ilustrasi berwarna yang membezakannya dengan buku-buku berkonsep demikian sebelumnya. Saya tanpa berfikir panjang, terus sahaja membeli dengan harga RM40 selepas ditolak diskaun pada hari terakhir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2011 22:58

ASYRAT AL-SA'AH Menjadi kegemaran saya sejak zaman pelaja...

February 16, 2011

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA

Jumaat lalu, dalam per...

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA

Jumaat lalu, dalam perjalanan menuju ke Serdang, saya seperti biasa akan melalui Hutan Percha untuk ke Tol Tampin/Simpang Ampat. Tiba di Pulau Sebang, Melaka - bersempadan dengan Negeri Sembilan - waktu Zuhur sudah masuk lalu saya berhenti untuk bersolat Jumaat.

Saya memang jarang-jarang melalui Tampin tetapi lebih gemar melewati Pulau Sebang apabila mahu ke ibu kota. Suasana desanya harmoni mendamaikan. Lebih-lebih lagi jika singgah di Masjid Pulau Sebang yang terletak di tepi sebatang sungai.

Beberapa kali juga saya singgah di masjid itu. Panorama di situ cukup menarik. Sebuah masjid desa yang cukup sederhana di tepi sebatang sungai yang mengalir tenang. Berdiri di tebing sungainya yang agak tinggi itu juga sudah menenangkan. Cuma 3-4 meter dari kaki lima masjid.

Cukup saya ingat, pada satu petang Sabtu dalam tahun 2007 - bila mana saya berulang-alik ke Lembah Pantai setiap minggu -. tatkala singgah untuk bersolat asar, saya bertemu beberapa orang kanak-kanak yang memikul joran sesudah memancing di anak sungai berhampirannya. Mereka membasuh haruan dan keli yang menjadi hasil tangkapan petang itu di paip wuduk masjid.

Lantas saya bersolat Jumaat di situ. Nyaman. Ada pendingin hawa di dalamnya. Sejurus solat, saya mendekati tebing sungai di sebelah kanan masjid. Ternyata, ada bahaya yang sedang menanti rumah Allah itu.

Tebingnya separuh runtuh. Sebahagiannya sudah jatuh ke bawah dihakis air. Pagarnya juga runtuh.  Barangkali akibat hujan lebat dan bah yang melanda Melaka dua minggu lepas. Saya kaku memerhatikannya. Tidak mustahil masjid ini boleh runtuh jika berlaku sekali lagi hujan lebat dan banjir besar dalam skala yang serupa. Air yang deras mampu melarikan tebing lalu merobohkan tiang masjid.

Entah mengapa, ingatan saya lekas kembali kepada novel Imam yang dikarang Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Betapa sebuah masjid kampung dalam novel itu boleh runtuh akibat perbuatan tangan-tangan manusia gila.

Dan Masjid Pulau Sebang itu boleh sahaja menerima nasib yang serupa jika tidak diselamatkan segera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2011 06:47

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA Jumaat lalu, dalam perja...

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA

Jumaat lalu, dalam perjalanan menuju ke Serdang, saya seperti biasa akan melalui Hutan Percha untuk ke Tol Tampin/Simpang Ampat. Tiba di Pulau Sebang, Melaka - bersempadan dengan Negeri Sembilan - waktu Zuhur sudah masuk lalu saya berhenti untuk bersolat Jumaat.

Saya memang jarang-jarang melalui Tampin tetapi lebih gemar melewati Pulau Sebang apabila mahu ke ibu kota. Suasana desanya harmoni mendamaikan. Lebih-lebih lagi jika singgah di Masjid Pulau Sebang yang terletak di tepi sebatang sungai.

Beberapa kali juga saya singgah di masjid itu. Panorama di situ cukup menarik. Sebuah masjid desa yang cukup sederhana di tepi sebatang sungai yang mengalir tenang. Berdiri di tebing sungainya yang agak tinggi itu juga sudah menenangkan. Cuma 3-4 meter dari kaki lima masjid.

Cukup saya ingat, pada satu petang Sabtu dalam tahun 2007 - bila mana saya berulang-alik ke Lembah Pantai setiap minggu -. tatkala singgah untuk bersolat asar, saya bertemu beberapa orang kanak-kanak yang memikul joran sesudah memancing di anak sungai berhampirannya. Mereka membasuh haruan dan keli yang menjadi hasil tangkapan petang itu di paip wuduk masjid.

Lantas saya bersolat Jumaat di situ. Nyaman. Ada pendingin hawa di dalamnya. Sejurus solat, saya mendekati tebing sungai di sebelah kanan masjid. Ternyata, ada bahaya yang sedang menanti rumah Allah itu.

Tebingnya separuh runtuh. Sebahagiannya sudah jatuh ke bawah dihakis air. Pagarnya juga runtuh. . Barangkali akibat hujan lebat dan bah yang melanda Melaka dua minggu lepas. Saya kaku memerhatikannya. Tidak mustahil masjid ini boleh runtuh jika berlaku sekali lagi hujan lebat dan banjir besar dalam skala yang serupa. Air yang deras mampu melarikan tebing lalu merobohkan tiang masjid.

Entah mengapa, ingatan saya lekas kembali kepada novel Imam yang dikarang Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Betapa sebuah masjid kampung dalam novel itu boleh runtuh akibat perbuatan tangan-tangan manusia gila.

Dan Masjid Pulau Sebang itu boleh sahaja menerima nasib yang serupa jika tidak diselamatkan segera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2011 06:47

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYAJumaat lalu, dalam perjal...

MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA

Jumaat lalu, dalam perjalanan menuju ke Serdang, saya seperti biasa akan melalui Hutan Percha untuk ke Tol Tampin/Simpang Ampat. Tiba di Pulau Sebang, Melaka - bersempadan dengan Negeri Sembilan - waktu Zuhur sudah masuk lalu saya berhenti untuk bersolat Jumaat.

Saya memang jarang-jarang melalui Tampin tetapi lebih gemar melewati Pulau Sebang apabila mahu ke ibu kota. Suasana desanya harmoni mendamaikan. Lebih-lebih lagi jika singgah di Masjid Pulau Sebang yang terletak di tepi sebatang sungai.

Beberapa kali juga saya singgah di masjid itu. Panorama di situ cukup menarik. Sebuah masjid yang cukup sederhana di tepi sebatang sungai yang mengalir perlahan. Berdiri di tebing sungainya yang agak tinggi itu juga sudah mendamaikan. Cuma 3-4 meter dari kaki lima masjid.

Cukup saya ingat, pada satu petang Sabtu dalam tahun 2007 - bila mana saya berulang-alik ke Lembah Pantai setiap minggu -. tatkala singgah untuk bersolat asar, saya bertemu beberapa orang kanak-kanak yang memikul joran sesudah memancing di anak sungai berhampirannya. Mereka membasuh haruan dan keli yang menjadi hasil tangkapan petang itu di paip wuduk masjid.

Lantas saya bersolat Jumaat di situ. Nyaman. Ada pendingin hawa di dalamnya. Sejurus solat, saya mendekati tebing sungai di sebelah kanan masjid. Ternyata, ada bahaya yang sedang menanti rumah Allah itu.

Tebingnya separuh runtuh. Pagarnya juga runtuh. Barangkali akibat hujan lebat dan bah yang melanda Melaka dua minggu lepas. Saya kaku memerhatikannya. Tidak mustahil masjid ini boleh runtuh jika berlaku sekali lagi hujan lebat dan besar dalam skala yang serupa. Air yang deras mampu melarikan tebing lalu merobohkan tiang masjid.

Entah mengapa, ingatan saya lekas kembali kepada novel Imam yang dikarang Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Betapa sebuah masjid kampung dalam novel itu boleh runtuh akibat perbuatan tangan-tangan manusia gila. Dan Masjid Pulau Sebang itu boleh sahaja menerima nasib yang serupa jika tidak diselamatkan segera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2011 06:47

January 16, 2011

ANTARA TASYBIH DAN SIMILE
Jika ditinjau beberapa konsep b...

ANTARA TASYBIH DAN SIMILE

Jika ditinjau beberapa konsep bahasa kiasan dalam ilmu Balaghah dan Retorika Melayu terdapat beberapa konsep yang mempunyai persamaan. Namun ada yang agak besar persamaannya, ada juga yang sebahagian kecilnya sahaja. Antara yang memiliki persamaan ketara adalah tasybih dan simile.Secara umumnya, tasybih dan simile mempunyai persamaan yang besar. Sebagaimana yang dimaklumi, tasybih bermaksud perbandingan sesuatu dengan lain yang mempunyai ciri yang sama dengan menggunakan partikel atau perkataan tertentu. Sebagai contoh:                        فاطمة كَالْقَمَرِ فِي الْجَمَال                                                                      Maksudnya: Fatimah seperti bulan cantiknya.

Fatimah adalah al-Musyabbah. Al-Qamar atau bulan adalah al-Musyabbah bih.. Manakala  al-Jamal adalah wajh al-Syabh. Dan huruf kaf yang bermaksud seperti adalah ada t al-Tasybih. Contoh di atas adalah contoh tasybih yang lengkap atau sempurna lantaran ia mempunyai keempat-empat unsur utamanya.Namun begitu, tasybih masih lagi dikira sempurna atau memadai sekalipun wajh al-Syabh digugurkan. Ia disebut tasybih mursal mujmal  مُرْسَل مُجْمَل)). Demikian juga jika ada t al-Tasybih digugurkan sedangkan wajh al-Syabh ada, tasybih masih dianggap memadai. Ia dinamakan tasybih mu'akkad mufasshal (مُؤَكَّد مُفَصَّل) .

Sementara simile pula ialah perumpamaaan atau perbandingan dan bersifat eksplisit. Simile menyamakan sesuatu objek atau perkara atau hal atau situasi dengan objek atau perkara atau hal atau situasi yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan.            Ia mengandung dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan bandingan. Ringkasnya, ia membandingkan dua perkara; A dan B.  Biasanya simile menggunakan perkataan seperti bagai, bak, macam, umpama, laksana, persis dan seperti.

Sebagai contoh:              Stornya bersepah seperti sarang tikus.            Subjek utama bagi simile di atas ialah stor, dan bahan bandingannya ialah sarang tikus. Biasanya bahan bandingan mengandung imej iaitu kata atau ungkapan yang membentuk sesuatu perkara yang boleh ditanggap oleh deria.            Justeru, apabila diperincikan sedemikian, kelihatan sedikit perbezaan antara tasybih dan simile. Pada dasarnya, simile adalah tasybih, namun tidak semua tasybih adalah simile. Hanya tasybih mursal mufasshal dan tasybih mursal mujmal boleh dianggap sebagai simile kerana ia menggunakan adat al-Tasybih atau kata bandingan. Tasybih yang tidak menggunakan adat al- Tasybih tidak boleh disamakan dengan simile, tetapi sudah termasuk dalam kategori metafora.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2011 02:51

Zaid Akhtar's Blog

Zaid Akhtar
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zaid Akhtar's blog with rss.