Zaid Akhtar's Blog, page 2

February 9, 2012

PRAPROMOSI

akan muncul tidak lama lagi ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 09, 2012 04:29

January 30, 2012

HANG TUAH & PENDEDAHAN

Apabila polemik Hang Tuah "dipanaskan" oleh Prof Khoo Kay Kim seminggu dua ini, saya lekas teringatkan sebuah cerpen saya yang pernah mengusik "legenda" tersebut beberapa tahun lalu. Judulnya Pendedahan. Ia tersiar  dalam Mingguan Malaysia 3 Oktober 2004.
Ketara, "watak"Hang Tuah memang cukup kuat menguasai kita, masyarakat Melayu khususnya. Justeru,berpuluh-puluh karya interteks daripada Hikayat Hang Tuah dihasilkan,waima dalam genre prosa dan puisi mahupun genre filem dan drama/teater. Seingatsaya, watak Hang Tuah sudah beberapa kali diangkat ke dalam filem tempatan.Antaranya, Hang Tuah (1956) arahan Phandi Majundar, Hang Jebat (1961)arahan Hussein Haniff, Puteri Gunung Ledang (1961) arahan S. Romai Noor,dan Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin. 
Malah,watak ini juga "dibawa" secara fiksyen ke zaman moden dalam filem Tuah(1988) yang dibintangi Jamal Abdillah, dan filem XX-Ray II (1995) arahansutradara terkenal, Aziz M. Osman. Selain itu, "perdebatan" yang menyuguhkanpertikaian "siapa benar siapa salah" melibatkan watak Tuah dan Jebat turutditemukan dalam drama atau teater seperti yang pernah diangkat oleh Usman Awang,Rahim Razali dan beberapa karyawan lain. Pendedahan jugaadalah sebahagian daripada karya-karya yang melakukan interteks terhadap Hikayat HangTuah. Sayatergerak untuk segera menyiapkan cerpen ini sejurus membaca tulisan Ku Seman KuHussain dalam sudut sastera Mingguan Malaysia bertarikh 29 Ogos 2004.Rencananya yang berjudul Hang Tuah Dianggap Sebahagian Sejarah Melaka –Hebatnya Sebuah Hikayat   banyakmencetus persoalan dalam kepala saya yang selama ini sememangnya lebih meyakinibahawa Hang Tuah hanyalah mitos semata-mata. 
            Antara lain Ku Semanmenyatakan:
"Kalaumelihat kepada periodiknya, Hang Tuah hidup pada abad ke-14. Sementara padaawal abad ke-15 iaitu 1511 empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun1511. Meletakkan Hang Tuah abad ke-14 sebagai merujuk kepada kedatanganLaksamana China,Zheng He (Cheng Ho) ke Melaka. Sementara Zheng He pula dikatakan membawa puteriMaharaja China, Hang Li Po. Bagaimanapun Hang Li Po tidak ada dalam sejarah China atauMelaka.

Kepadakita Hang Tuah adalah laksamana yang maha hebat, menewaskan Patih Karma Wijayadari Majapahit, menjadi pengutus ke negara China dan orang pertama melihatwajah Maharaja China selain orang yang bertanggungjawab melarikan Tun Teja dariTerengganu untuk diberikan kepada Sultan Melaka. Semua kehebatan ini diterimasebagai sejarah oleh sebahagian besar daripada kita. 
  Tetapidalam buku 1421: TheYear China Discovered America tulisan Gavin Menzies yang menjejak kembalilaluan Laksamana Zheng He, nama Hang Tuah sebagai laksamana Melaka tidaktercatat. Buku setebal 551 halaman itu ada menyebut tentang Sultan Melakasemasa Cheng Ho singgah di Melaka. Masakan orang kanan sultan seperti Hang Tuahtidak wujud di sisi Sultan Melaka? Ini satu bukti bahawa watak Hang Tuah(seorang Melayu dan laksamana) adalah mitos dan hanya ditulis pada 1621 dalamHikayat Hang Tuah." 

 Di samping itu, pertikaian sama ada Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya sejarah(faktual) atau fiksi (sastera) sudah pun diperjelaskan oleh Kassim Ahmad selakupenyelenggaranya. Menurut Kassim Ahmad: "Hikayat Hang Tuah bukankarangan sejarah. Ia sebuah karya sastera Melayu lama, sebuah karya yang asli."(Hikayat Hang Tuah, DBP, 1975: xiv).

Justeru, saya beranggapan bahawa watak Hang Tuah adalahmitos rekaan seorang sasterawan agung misteri yang menulisnya pada kurun ke-17.Bahkan pangkal nama "Hang" juga meninggalkan keraguan kepada kita tentangbangsa sebenar Hang Tuah. Barangkali ia berbangsa Melayu, Cina, Keling, Jawa,Bugis, Acheh, Siam, Benggali, dan pelbagai lagi kaum yang tinggal di Melakawaktu itu. Uniknya watak ini adalah keupayaannya bertenggek di atas sejarahMelaka membuatkan ia lebih kelihatan sebagai sejarah berbanding hikayat.
Segala proses kreatif yang saya alami dalam menghasilkan Pendedahan ada diterbitkan dalam buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen yang diselenggarakan oleh Mawar Shafei dan Nisah Haji Haron. Sebahagian tulisan di atas dipetik dari esei saya dalam buku tersebut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2012 20:11

January 16, 2012

8

Alhamdulillah. Genap 8 tahun blog ini beroperasi. Meskipun Facebook lebih menjerat perhatian, namun fungsi blog tetap tersendiri dan kekal relevan. 
Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mengikuti blog saya yang seadanya ini. Mohon maaf kerana jarang-jarang mengemaskininya. Mengikut rekod, tahun 2011 adalah tahun paling kurang blog ini dikemaskini. Cuma 33 kali sahaja. Mudah-mudahan, pada tahun ini, saya diberi kekuatan untuk lebih aktif menulis dan berkongsi di sini. Insya-Allah.
Dua tahun lalu, saya ada mencatatkan serba ringkas sejarah kelahiran blog ini pada tanggal usianya yang keenam.
Terima kasih sekali lagi.
Kullu 'aam wa antum bi alfi khayr.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2012 16:56

January 4, 2012

AMAL MAHU KE SEKOLAH

Hari pertama. Nil di sisi Amal yang sudah bersiap awal untuk ke Raudhah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2012 09:36

December 18, 2011

PPMN III

Setelah terlepas untuk hadir pada PPMN II di Melaka, saya hadir juga ke PPMN III di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Makalah yang dibentangkan bertajuk "Menelusuri Diaspora Penulis Muda Timur Tengah". Selain berpeluang berkongsi ilmu, inilah masanya untuk bersua teman-teman penulis dari seluruh Malaysia.

Sesi 2 ini moderatornya Sdr Salman Sulaiman yang berbaju batik kuning cair. Ditakdirkan para pemakalahnya terdiri daripada para pelajar pascasiswazah di UPM. Dari kiri, Maisarah Yaakub (yang mewakili Dr Kamariah Kamarudin), Zaid Akhtar, Muhammad Zharif Hassan, dan Saifullizan Yahaya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2011 20:40

December 11, 2011

MARI BERJAWI

Sebelum bius habis. Irfan dan sepupunya, Fahmi saling berpandangan dan tersenyum.



Fahmi mula menjerit kesakitan apabila biusnya hilang. Irfan terpinga kehairanan. Terkedang. Cuba teka apa di dalam kain pelikat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2011 20:41

November 30, 2011

WISATA BANDUNG 1 : Berburu Buku di Palasari

Minggu pertama cuti. Wisata ke Bandung terlaksana sebagaimana dirancang. Barangkali Bandung adalah surga factory outlet bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya ia antara surga untuk pencinta buku. Penerbangan tambang murah kami tiba lewat malam sewaktu Harimau Muda membaham Garuda. Lalu pada pagi hari pertama lagi kami sudah terbenam dalam lubuk buku di Palasari. Pusingan pertama ternyata tidak memuaskan hati, lantas kami ke sana lagi pada tengah hari kedua sejurus pulang dari Tangkuban Parahu. Di luar kedai hujan lebat ribut petir langsung tidak mengganggu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2011 07:22

October 22, 2011

DARI LENSA PENGEMBARA 3 : Satu Malam di Viernheim

Heidelberg ditinggalkan. Kami menuju ke Viernheim, Mannheim untuk bermalam di sana. Nama tempat tersebut lekas mengingatkan saya kepada sebuah kelab bolasepak di Jerman, TSG Hoffeinheim. Keletihan menggigit. Perjalanan hampir 24 jam termasuk transit agak meletihkan. Sebuah teksi berwarna kuning berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat. Sebuah Mercedes. Lihat sahaja modelnya, bisik Bro. Azhary. [image error] Tiba di Viernheim ketika waktu Asar baru berusia setengah jam. Ia pekan yang tenang. Salji belum gugur di sini. Barangkali dalam sehari dua lagi. Namun bayu petangnya menusuk tulang. NH Hotel. Ia hotel berskala sederhana dengan pelayan kaunter yang tidak mesra. Murah jika ditempah lebih awal secara atas talian. Sekadar untuk satu malam rasanya tidak menjadi masalah demi beroleh rehat secukupnya. Esok ada perjalanan ke sempadan Jerman-Switzerland yang harus ditempuh. [image error] Tidak jauh dari tempat menginap kelihatan sebuah gedung pakaian dan barangan sukan. Malam hadir terlalu awal pada musim sejuk. Sejurus bersolat jamak taqdim Maghrib dan Isyak, kami menapak ke sana untuk meninjau. Adidas dan Puma adalah dua jenama barangan sukan yang berasal dari Jerman. Tentu ada pilihan yang menarik jika membeli di tempat asalnya sendiri. Beberapa meter dari situ, ada sebuah gedung menjual pakaian musim sejuk mustakmal. Saya berhasrat mencari mafla dan baju panas terpakai dengan harga yang rendah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2011 16:44

October 18, 2011

DARI LENSA PENGEMBARA 2 : Gigil Heidelberg

Usai membeli snow cap dan beberapa keping poskad, perjalanan diteruskan dengan bas ke selatan, lebih tepat lagi ke barat daya Jerman. Destinasi kami selanjutnya adalah Heidelberg. Di luar salji-salji cair kelihatan sepanjang lebuh raya. Wiper bas yang kami naiki tidak henti-henti menyapu fros yang hinggap lalu bertenggek di cermin depannya. Heidelberg terletak hampir 100 kilometer ke selatan Frankfurt. Perjalanan memakan masa sejam atau lebih sedikit.  Kelihatan sebuah gereja tua dengan jamnya menunjukkan  baru pukul 11.31 pagi. Alamak, rupanya saya terlupa mengubah lokaliti waktu pada DSLR saya. Masih memaparkan waktu Malaysia yang berbeza 7 jam.
[image error] Setelah melepasi Darmstadt, Viernheim dan beberapa bandar lagi, kami tiba di Kota Heidelberg yang menjadi tarikan pelancongan di sini. Dalam bahasa Jerman ia disebut Heidelberger Schloss. Ia sebuah kota lama yang unik dan bagaikan menjadi tempat yang wajib untuk dilawati di selatan Jerman. Sejuk makin menggigit, meskipun tiada salji. Apatah lagi, kota ini terletak kira-kira 80 meter di utara sebuah bukit tinggi. Bersama teman seperjalanan, Bro Azhari yang macho dan sporting. Kami sebenarnya baru saja berkenalan tetapi mesranya bagai sudah kenal lama. Sedari dalam pesawat, transit di Bahrain, ada saja yang kami bualkan. Politik, sosial, sukan, pendidikan, ekonomi, malah dunia menjadi topik perbualan kami. Dia mantan PTD yang bersara awal. Kini usahawan berjaya. Sebahagian kota lama yang runtuh. Katanya, akibat dipanah petir? Tetapi kesan runtuhnya itu masih kelihatan unik dan menarik untuk dirakam oleh lensa pengembara. Bandar Heidelberg dari jihat Kota Heidelberg. Kelihatan Sungai Neckar mengalir lesu membelah bandar yang bersejarah ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2011 21:30

October 17, 2011

DARI LENSA PENGEMBARA : Rontok Frankfurt

Turun dari pesawat pada pagi 24 November dingin itu, terus saja menelusuri sebuah kawasan bandaran di tengah Frankfurt yang mewah dengan souvenir. Tiada yang menarik minat selain aroma roti bakar dan beberapa keping poskad. Sayang tidak dapat berlama-lama di sini.
Krismas lagi sebulan, tetapi di sana sini sudah ada jualan sempena perayaan. Barangkali selari dengan musim dingin yang datang sangat awal. Saya tidak menyangka, setelah 10 tahun tidak menempuh musim dingin, perjalananan kali ini benar-benar menguji kerana dinginnya tahap ekstrim.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2011 22:50

Zaid Akhtar's Blog

Zaid Akhtar
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zaid Akhtar's blog with rss.