Zaid Akhtar's Blog, page 7
January 16, 2011
ANTARA TASYBIH DAN SIMILEJika ditinjau beberapa konsep ba...
ANTARA TASYBIH DAN SIMILE
Jika ditinjau beberapa konsep bahasa kiasan dalam ilmu Balaghah dan Retorika Melayu terdapat beberapa konsep yang mempunyai persamaan. Namun ada yang agak besar persamaannya, ada juga yang sebahagian kecilnya sahaja. Antara yang memiliki persamaan ketara adalah tasybih dan simile.Secara umumnya, tasybih dan simile mempunyai persamaan yang besar. Sebagaimana yang dimaklumi, tasybih bermaksud perbandingan sesuatu dengan lain yang mempunyai ciri yang sama dengan menggunakan partikel atau perkataan tertentu. Sebagai contoh: فاطمة كَالْقَمَرِ فِي الْجَمَال Maksudnya: Fatimah seperti bulan cantiknya.
Fatimah adalah al-Musyabbah. Al-Qamar atau bulan adalah al-Musyabbah bih.. Manakala al-Jamal adalah wajh al-Syabh. Dan huruf kaf yang bermaksud seperti adalah ada
t
al-Tasybih. Contoh di atas adalah contoh tasybih yang lengkap atau sempurna lantaran ia mempunyai keempat-empat unsur utamanya.Namun begitu, tasybih masih lagi dikira sempurna atau memadai sekalipun wajh al-Syabh digugurkan. Ia disebut tasybih mursal mujmal مُرْسَل مُجْمَل)). Demikian juga jika ada
t
al-Tasybih digugurkan sedangkan wajh al-Syabh ada, tasybih masih dianggap memadai. Ia dinamakan tasybih mu'akkad mufasshal (مُؤَكَّد مُفَصَّل) .
Sementara simile pula ialah perumpamaaan atau perbandingan dan bersifat eksplisit. Simile menyamakan sesuatu objek atau perkara atau hal atau situasi dengan objek atau perkara atau hal atau situasi yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan. Ia mengandung dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan bandingan. Ringkasnya, ia membandingkan dua perkara; A dan B. Biasanya simile menggunakan perkataan seperti bagai, bak, macam, umpama, laksana, persis dan seperti.
Sebagai contoh: Stornya bersepah seperti sarang tikus. Subjek utama bagi simile di atas ialah stor, dan bahan bandingannya ialah sarang tikus. Biasanya bahan bandingan mengandung imej iaitu kata atau ungkapan yang membentuk sesuatu perkara yang boleh ditanggap oleh deria. Justeru, apabila diperincikan sedemikian, kelihatan sedikit perbezaan antara tasybih dan simile. Pada dasarnya, simile adalah tasybih, namun tidak semua tasybih adalah simile. Hanya tasybih mursal mufasshal dan tasybih mursal mujmal boleh dianggap sebagai simile kerana ia menggunakan adat al-Tasybih atau kata bandingan. Tasybih yang tidak menggunakan adat al- Tasybih tidak boleh disamakan dengan simile, tetapi sudah termasuk dalam kategori metafora.
Jika ditinjau beberapa konsep bahasa kiasan dalam ilmu Balaghah dan Retorika Melayu terdapat beberapa konsep yang mempunyai persamaan. Namun ada yang agak besar persamaannya, ada juga yang sebahagian kecilnya sahaja. Antara yang memiliki persamaan ketara adalah tasybih dan simile.Secara umumnya, tasybih dan simile mempunyai persamaan yang besar. Sebagaimana yang dimaklumi, tasybih bermaksud perbandingan sesuatu dengan lain yang mempunyai ciri yang sama dengan menggunakan partikel atau perkataan tertentu. Sebagai contoh: فاطمة كَالْقَمَرِ فِي الْجَمَال Maksudnya: Fatimah seperti bulan cantiknya.
Fatimah adalah al-Musyabbah. Al-Qamar atau bulan adalah al-Musyabbah bih.. Manakala al-Jamal adalah wajh al-Syabh. Dan huruf kaf yang bermaksud seperti adalah ada
t
al-Tasybih. Contoh di atas adalah contoh tasybih yang lengkap atau sempurna lantaran ia mempunyai keempat-empat unsur utamanya.Namun begitu, tasybih masih lagi dikira sempurna atau memadai sekalipun wajh al-Syabh digugurkan. Ia disebut tasybih mursal mujmal مُرْسَل مُجْمَل)). Demikian juga jika ada
t
al-Tasybih digugurkan sedangkan wajh al-Syabh ada, tasybih masih dianggap memadai. Ia dinamakan tasybih mu'akkad mufasshal (مُؤَكَّد مُفَصَّل) .Sementara simile pula ialah perumpamaaan atau perbandingan dan bersifat eksplisit. Simile menyamakan sesuatu objek atau perkara atau hal atau situasi dengan objek atau perkara atau hal atau situasi yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan. Ia mengandung dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan bandingan. Ringkasnya, ia membandingkan dua perkara; A dan B. Biasanya simile menggunakan perkataan seperti bagai, bak, macam, umpama, laksana, persis dan seperti.
Sebagai contoh: Stornya bersepah seperti sarang tikus. Subjek utama bagi simile di atas ialah stor, dan bahan bandingannya ialah sarang tikus. Biasanya bahan bandingan mengandung imej iaitu kata atau ungkapan yang membentuk sesuatu perkara yang boleh ditanggap oleh deria. Justeru, apabila diperincikan sedemikian, kelihatan sedikit perbezaan antara tasybih dan simile. Pada dasarnya, simile adalah tasybih, namun tidak semua tasybih adalah simile. Hanya tasybih mursal mufasshal dan tasybih mursal mujmal boleh dianggap sebagai simile kerana ia menggunakan adat al-Tasybih atau kata bandingan. Tasybih yang tidak menggunakan adat al- Tasybih tidak boleh disamakan dengan simile, tetapi sudah termasuk dalam kategori metafora.
Published on January 16, 2011 02:51
January 9, 2011
THE RETURN OF THE KING "Kami gembira bahawa Kenny Dalgli...
THE RETURN OF THE KING
"Kami gembira bahawa Kenny Dalglish bersetuju untuk tampil dan menguruskan pasukan bagi perlawanan Piala FA, hari ini di Old Trafford dan bagi baki musim ini. Kenny bukan hanya seorang pemain bola sepak legenda, dia merupakan yang ketiga daripada tiga pengurus kami paling berjaya (Shankly, Paisley dan Dalglish).
Nasib kami luar biasa dan bersyukur kerana dia mengambil keputusan untuk tampil ketika pertengahan musim ini," kata pemilik kelab, John Henry.
Dalglish menjadi teraju ketika kali terakhir Liverpool meraih daripada 18 kejuaraan Liga England pada 1990.
"Kami gembira bahawa Kenny Dalglish bersetuju untuk tampil dan menguruskan pasukan bagi perlawanan Piala FA, hari ini di Old Trafford dan bagi baki musim ini. Kenny bukan hanya seorang pemain bola sepak legenda, dia merupakan yang ketiga daripada tiga pengurus kami paling berjaya (Shankly, Paisley dan Dalglish). Nasib kami luar biasa dan bersyukur kerana dia mengambil keputusan untuk tampil ketika pertengahan musim ini," kata pemilik kelab, John Henry.
Dalglish menjadi teraju ketika kali terakhir Liverpool meraih daripada 18 kejuaraan Liga England pada 1990.
Published on January 09, 2011 02:41
January 7, 2011
IRFAN DARJAH SATU Amal bersedih dan sibuk hendak ber...
Published on January 07, 2011 02:01
December 23, 2010
PELAJAR BARURabu. 22 Disember 2010. Jam 12.25 tengah...
PELAJAR BARU
Rabu.
22 Disember 2010. Jam 12.25 tengah hari. Alhamdulillah segalanya mudah dan lancar. Selamat mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah UPM, Serdang. Macam mimpi pula.Helo, engkau kini pelajar baru!
Rabu.
22 Disember 2010. Jam 12.25 tengah hari. Alhamdulillah segalanya mudah dan lancar. Selamat mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah UPM, Serdang. Macam mimpi pula.Helo, engkau kini pelajar baru!
Published on December 23, 2010 20:23
PELAJAR BARU
Rabu.
22 Disember 2010. Jam 12.25 tengah h...

December 20, 2010
BUKU TERBARU KAWAN-KAWAN & SAYABuku "Bagaimana Saya M...
BUKU TERBARU KAWAN-KAWAN & SAYA
Buku "Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen" menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna.
Buku ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa penulis dengan karya-karya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat, sekali gus boleh menjadi panduan dan rujukan kepada khalayak mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung.
Buku ini sudah ada dijual di Ujana Ilmu.
KANDUNGAN
Pengenalan
1. Aminah Mokhtar
Ya Allah Dia Menangis
Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"
2. Faisal Tehrani
Perlak Emak
"Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu
3. Jais Sahok
Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"
4. Kamariah Kamaruddin
Tentang Hijab
Bagaimana "Hijab" Terhasil
5. Maskiah Masrom
Nyanyi Sunyi
Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"
6. Mawar Safei
Dia dari Penjuru Tahun Lalu
Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"
7. Mohd Nazmi Yaakub
Selirat Derita Pun Terurai
Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"
8. Muhd Nasruddin Dasuki
Kelekatu Bersayap Ungu
Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"
9. Nisah Haji Haron
Pusaka Cendana
Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"
10. Rahimidin Zahari
Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih
Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"
11. S.M. Zakir
Cerita untuk Teman-teman
Menulis Adalah Permainan Silap Mata
12. Saharil Hasrin Sanin
Air Mata Orang Kaya
Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"
13. Salina Ibrahim
Imam
"Imam" Suatu Terapi Diri
14. Samsiah Mohd. Nor
Lazuardi
Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman
15. Siti Jasmina Ibrahim
Kelir
Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"
16. Siti Raihani Mohd. Saaid
Seniman Rajemee
Proses Kreatif "Seniman Rajemee"
17. Zaid AkhtarPendedahan"Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)
Buku "Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen" menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna. Buku ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa penulis dengan karya-karya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat, sekali gus boleh menjadi panduan dan rujukan kepada khalayak mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung.
Buku ini sudah ada dijual di Ujana Ilmu.
KANDUNGAN
Pengenalan
1. Aminah Mokhtar
Ya Allah Dia Menangis
Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"
2. Faisal Tehrani
Perlak Emak
"Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu
3. Jais Sahok
Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"
4. Kamariah Kamaruddin
Tentang Hijab
Bagaimana "Hijab" Terhasil
5. Maskiah Masrom
Nyanyi Sunyi
Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"
6. Mawar Safei
Dia dari Penjuru Tahun Lalu
Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"
7. Mohd Nazmi Yaakub
Selirat Derita Pun Terurai
Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"
8. Muhd Nasruddin Dasuki
Kelekatu Bersayap Ungu
Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"
9. Nisah Haji Haron
Pusaka Cendana
Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"
10. Rahimidin Zahari
Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih
Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"
11. S.M. Zakir
Cerita untuk Teman-teman
Menulis Adalah Permainan Silap Mata
12. Saharil Hasrin Sanin
Air Mata Orang Kaya
Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"
13. Salina Ibrahim
Imam
"Imam" Suatu Terapi Diri
14. Samsiah Mohd. Nor
Lazuardi
Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman
15. Siti Jasmina Ibrahim
Kelir
Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"
16. Siti Raihani Mohd. Saaid
Seniman Rajemee
Proses Kreatif "Seniman Rajemee"
17. Zaid AkhtarPendedahan"Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)
Published on December 20, 2010 23:33
BUKU TERBARU KAWAN-KAWAN & SAYA
Buku "Bagaimana Saya Menu...
BUKU TERBARU KAWAN-KAWAN & SAYA
Buku "Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen" menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan

December 1, 2010
KEMBARA EROPAH - AMSTERDAM 1Kruise-kruise yang memenuhi t...
KEMBARA EROPAH - AMSTERDAM 1
Kruise-kruise yang memenuhi terusan-terusan di Amsterdam
Menikmati 'Canal Cruise' keliling Amsterdam
Kincir angin berhampiran kilang keju
Sungai beku menjelang maghrib
Kruise-kruise yang memenuhi terusan-terusan di Amsterdam
Menikmati 'Canal Cruise' keliling Amsterdam
Kincir angin berhampiran kilang keju
Sungai beku menjelang maghrib
Published on December 01, 2010 13:25
KEMBARA EROPAH - AMSTERDAM 1
Kruise-kruise yang memenu...

November 28, 2010
KEMBARA EROPAH - HARI KETIGAInilah pusat peranginan musim...
KEMBARA EROPAH - HARI KETIGA
Inilah pusat peranginan musim sejuk paling terkenal di Switzerland. Terletak di Egelberg. Pintu masuk untuk mendaki Gunung Titlis di Banjaran Alps
Ketinggian 10000 kaki. Nak sampai ke sini mesti dua kali menaiki kereta kabel dan kapsul. Di ketinggian begini dengan suhu -10, masih ada bangunan 5 tingkat!
Lagi 250 langkah ke tempat bermain ski dan taman glasier
Selepas melepasi papan tanda ini, beberapa langkah di hadapan, peluncur ski akan mulai meluncur menuruni Gunung Titlis setinggi 3020 meter
Pengalaman baru. Rupanya bas menggunakan rantai besi ketika menuruni bukit dalam salji lebat
Hanya rumah dan kenderaan yang berwarna. Yang lain hitam dan putih.

Published on November 28, 2010 14:19
Zaid Akhtar's Blog
- Zaid Akhtar's profile
- 49 followers
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.