Zaid Akhtar's Blog, page 4
August 2, 2011
KITUL MENDELIARPagi PR, petang Warganegara Beruntungnya ...
KITUL MENDELIAR
Pagi PR, petang Warganegara
Beruntungnya Mismah. Pagi dia masih lagi Penduduk Tetap (PR). Petang sudah dapat taraf warganegara. Pengkhianatan apakah ini? Pendustaan apa lagi yang dapat kalian telan?
Pagi PR, petang Warganegara

Beruntungnya Mismah. Pagi dia masih lagi Penduduk Tetap (PR). Petang sudah dapat taraf warganegara. Pengkhianatan apakah ini? Pendustaan apa lagi yang dapat kalian telan?
Published on August 02, 2011 07:55
July 23, 2011
HIJAB TEKONG SEPAK TAKRAW Cahaya Permata Fahrani s...
HIJAB TEKONG SEPAK TAKRAW
Cahaya Permata Fahrani sedang beraksi"Abang Syahir hebat. Naj … Naj kagum dengan abang." Lidah saya kelu tiba-tiba. Tergegau saya sejenak. Rasanya telinga saya tidak tersalah. Denyutan nadi hampir sama lajunya dengan degupan jantung. Sudah menggunung pujian saya terima, tetapi tidak sama dengan pujian yang saya dengar kali ini. Tidak pernah saya alami pengalaman begini. "Tiba-tiba Naj rasa kagum melihat kesungguhan Abang Syahir." Dia menarik nafas. "Kesungguhan Abang Syahir dalam mempertahankan prinsip." "Maksud Najlah?" "Tak ramai orang yang macam abang. Dalam dunia badminton ni, hanya abang seorang. Naj tabik dengan ketegasan abang untuk berpakaian menutup aurat ketika bermain." Saya menghela nafas lega. Debaran sedikit merosot. "Sebetulnya, lepas baca Mingguan Riadah hari tu, lepas dengar kata-kata abang, Naj berfikir; kenapa Naj tidak menjadi seperti abang?" luahnya lagi. "Kenapa seorang pemain lelaki seperti abang bersungguh-sungguh mahu menutup aurat, sedang Naj sendiri seorang perempuan Islam membiarkan aurat ni terbiar dipandang orang lain?" Saya terkasima. Bagai tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Kalau benar ada insan yang terpandu hatinya untuk melaksanakan syariat agama sejurus melihat penampilan dan akhlak saya, alangkah bermaknanya. "Sebagai pemain, Naj lihat abang adalah contoh terbaik yang boleh Naj ikut." Wan Najlah tidak berselindung-selindung lagi. "Naj … Naj nak tutup aurat. Naj nak pakai tudung, tapi …" Subhan Allah! Saya hampir terlonjak gembira. Ini bukan mimpi, ini benar realiti. Taufik hidayah Tuhan boleh datang bila-bila masa tanpa kita duga. "Tapi apa, Najlah?" "Tapi Naj takut. Naj takut dengan pandangan dan kata-kata orang-orang di sekeliling kita. Naj bimbang tak sekuat abang." Ya. Perkara yang baik-baik kadangkala dipandang serong pada mulanya. Saya pernah mengalami situasi itu. Memang perit. Tapi saya nekad. Yakin dengan rahmat Allah. Keberkatan menjadi keutamaan.
Memo: Fragmen novel keempat saya, Justeru Impian di Jaring, 2007.

Memo: Fragmen novel keempat saya, Justeru Impian di Jaring, 2007.
KUALA LUMPUR 22 Julai – "Hijab" dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai "hijab" dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai "hijab" pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama
Published on July 23, 2011 23:10
July 7, 2011
PELUDAH WARNAKuasa gusar kini menggelegak murka;warna kun...
PELUDAH WARNA
Kuasa gusar kini menggelegak murka;warna kuning diisytihar racun terbisa.Diragutnya baju-T segeram tenagadan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,menjadikannya panji terindah dan tulen.Warna kuning yang teramat tenang dan syahdukita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramasdan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.Memanglah mereka kini peludah warnasedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A. Samad Said
Memo: Sebagai satu dokumentasi berharga, saya berbangga memaparkan puisi Pak Samad yang sangat bersejarah itu di sini.

Published on July 07, 2011 06:52
July 2, 2011
KEMBARA BEIJING : Catatan iiiBangun awal pagi. Sejurus so...
KEMBARA BEIJING : Catatan iii
Bangun awal pagi. Sejurus solat subuh, mata masih mengantuk. Maklum sahaja subuh masuk jam 2.47 pagi. Tepat jam 8 pagi, sesudah bersarapan, terus menaiki bas persiaran. Hari ini ada perjalanan memenatkan menanti kami. Terasa risau juga memandangkan sudah lama tidak menapak dalam jarak yang agak jauh. Namun saya fikir, ia tidak seteruk menapak dalam cuaca musim rontok yang ekstrim di Eropah pada November-Disember 2010 lalu.
Berlatarkan layar lebar di dataranDestinasi kami hari ini adalah Medan Tiannanmen. Medan atau dataran paling bersejarah di China saya kira. Nama dataran bandar terbuka yang terluas di dunia ini saya dengar pertama kali pada 1989 sewaktu belajar dalam Darjah 6. Apalagi yang membuatkannya terkenal selain perhimpunan pelajar dan rakyat pada 15 April hingga 4 Jun 1989. Meskipun banyak lagi peristiwa berbentuk perarakan atau pengumuman bersejarah yang berlaku di dataran ini, namun ia tidak dapat menandingi kemasyhuran Bantahan Medan Tiannanmen atau disebut juga Tragedi Berdarah Tiannanmen yang menelan korban ribuan nyawa pelajar dan rakyat marhaen ketika itu.
Luas amatMing yang menjadi pemandu pelancong kami sibuk bercerita di dalam bas tentang trgaedi berdarah susulan demonstrasi tersebut. Walau bagaimanapun ceritanya jauh menyeleweng dari apa yang saya baca dari pelbagai sumber dan yang saya tonton di History Channel sebelum ini. Sekadar mampu menggeleng. Saya faham ketakutan yang dialami oleh penduduk Beijing seperti Ming yang tidak berani mengungkapkan kebenaran yang mereka simpan selama-lamanya di hati. Bercakap tentang peristiwa tersebut tanpa menurut versi yang 'disejarahkan' oleh kerajaan di khalayak ramai, boleh menghantar seseorang itu ke penjara. Bukankah China sebuah negara komunis terbesar di dunia.
Muzium Kebangsaan China Atau barangkali Ming bercerita berdasarkan buku sejarah yang dipelajarinya. Ya. Buku sejarah tidak semuanya benar. Fakta yang kita baca dalam sesebuah buku, tidak semestinya tepat dan mewakili kebenaran; barangkali sudah diubahsuai mengikut sisi pandangan pemerintah, demi kepentingan pemerintah. Itu sudah dilakukan sejak zaman-berzaman. Yang ikhlas berjuang dan berkorban bermati-matian, didakwa pembelot, pengganas dan pengkhianat. Sebaliknya yang bersekongkol dengan penjajah, pengampu kolonial, penjual agama, dan perasuah tegar, didendangkan pula sebagai wira dan serikandi. Itu banyak berlaku di mana-mana negara. Justeru, usah mudah terpedaya dengan topeng sejarah yang sering menjadi senjata ampuh yang menjajah minda selama-lamanya tanpa sedar.
Medan Tiannanmen luas amat. Entah mengapa saya lekas terkenang Medan Tahrir di Kaherah yang pernah saya lewati dua kali. Dengan kapasiti lebih sejuta orang berhimpun di Medan Tahrir mampu menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang keji dan zalim, inikan pula jika rakyat Beijing memenuhi seluruh Tiannanmen. Dan entah mengapa, tidak semena-mena, saya lekas juga terkenang Dataran Merdeka!
Bergambar beramai-ramai sebelum menyeberang Lebuh Chang'an
Menuju Pintu Tiannanmen sesudah melalui terowong bawah tanah yang merentasi Lebuh Chang'anSebetulnya, dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tiannanmen di utara dan Zhengyangmen di selatan. Di sepanjang sisi barat terdapat Dewan Besar Rakyat. Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan pula terletak antara Pintu Tiannanmen dan Dataran Tiannanmen.
Menghampiri Pintu Tiannanmen
Di hadapan potret besar Mao Zedong
Menapak di Medan Tiannanmen memang agak melenguhkan, namun mengambil foto di setiap sudutnya juga boleh dikira mengasyikkan. Setelah puas menapak dari selatan ke utara, sebelum melepasi Lebuh Chang'an, pada bangunan agam yang dinamakan Pintu Tian'an di seberangnya, kelihatan jelas potret agam Mao Zedong yang menubuhkan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949. Inilah pemimpin ulungnya yang berjaya menjadikan China sebuah negara komunis hingga ke hari ini.
Merentasi Pintu Tiannanmen menuju ke Kota Larangan
Bangun awal pagi. Sejurus solat subuh, mata masih mengantuk. Maklum sahaja subuh masuk jam 2.47 pagi. Tepat jam 8 pagi, sesudah bersarapan, terus menaiki bas persiaran. Hari ini ada perjalanan memenatkan menanti kami. Terasa risau juga memandangkan sudah lama tidak menapak dalam jarak yang agak jauh. Namun saya fikir, ia tidak seteruk menapak dalam cuaca musim rontok yang ekstrim di Eropah pada November-Disember 2010 lalu.

Medan Tiannanmen luas amat. Entah mengapa saya lekas terkenang Medan Tahrir di Kaherah yang pernah saya lewati dua kali. Dengan kapasiti lebih sejuta orang berhimpun di Medan Tahrir mampu menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang keji dan zalim, inikan pula jika rakyat Beijing memenuhi seluruh Tiannanmen. Dan entah mengapa, tidak semena-mena, saya lekas juga terkenang Dataran Merdeka!

Menapak di Medan Tiannanmen memang agak melenguhkan, namun mengambil foto di setiap sudutnya juga boleh dikira mengasyikkan. Setelah puas menapak dari selatan ke utara, sebelum melepasi Lebuh Chang'an, pada bangunan agam yang dinamakan Pintu Tian'an di seberangnya, kelihatan jelas potret agam Mao Zedong yang menubuhkan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949. Inilah pemimpin ulungnya yang berjaya menjadikan China sebuah negara komunis hingga ke hari ini.

Published on July 02, 2011 20:06
June 28, 2011
ISRA' WA MI'RAJDoa yang meruntun hati sebelum selesai kul...
ISRA' WA MI'RAJ
Doa yang meruntun hati sebelum selesai kuliahSelepas bersolat maghrib, terus berkereta ke Masjid Kampung Jawa kira-kira 5 kilometer dari kediaman saya. Niat saya hanya dua. Menghadiri ceramah Isra' wa Mi'raj sempena esok 27 Rejab 1433 yang disampaikan oleh Prof Muhd. Kamil Ibrahim dan seterusnya bersolat isyak berjemaah di sana.
Menurut Prof, itulah kali pertama beliau mendapat peluang berceramah di kariahnya sendiri. Alhamdulillah, tercapai juga hajat dan lintasan hati Prof yang bakal berhijrah ke Madinah untuk bertugas di Universiti Toyyibah kira-kira dua bulan lagi. Saya dapat melihat betapa gembiranya dia. Dengarnya, Prof dan isteri sudah mewakafkan banglo Ar-Raudhah yang didiaminya sekarang kepada PERKIM Segamat untuk dijadikan markas kegiatan dakwah dan ilmu. Subhan-Allah.
Seperti biasa, ceramah Prof akan cuba membawa sisi yang berbeza. Namun lazimnya beliau tidak akan lupa menyebut tentang solat berjemaah dan qiam yang sudah diceramahkannya lebih 2000 jam. Tentang sifat syukur seorang Nabi. Tentang sifat sabar yang sebenar bila menjadi mangsa banjir.
Ya, betapa agungnya sifat ar-Rahman-Nya yang memberi kelonggaran solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu. Betapa agungnya sifat ar-Raheem-Nya yang mengurniakan waktu sepertiga malam untuk sekalian hamba.

Published on June 28, 2011 08:26
June 26, 2011
KEMBARA BEIJING : Catatan iiAmin@Ming beragama Islam. Mas...
KEMBARA BEIJING : Catatan ii
Amin@Ming beragama Islam. Masih bujangan pada usia akhir 30-an. Salah seorang pemandu pelancong yang sangat laris di ICT (Islamic China Tours). Kefasihannya berbahasa Melayu mengagumkan. Katanya, dia graduan Beijing Foreign Studies University yang menjurus dalam Pengajian Melayu. Justeru, bahasa ibunda kita tidak menjadi masalah baginya. Lagu Ayat-ayat Cinta nyanyian Rossa menjadi nada dering telefon bimbitnya.
Amin memperkenalkan dirinya. MesraMing dan temannya yang memandu bas persiaran akan menemani kami sepanjang 6 hari di China. Perjalanan dari Tianjin ke Beijing memakan masa 2 jam. Jalan tidak macet. Cuaca juga tidak terlalu panas. Kami tidak terus ke hotel sebaliknya dibawa untuk mengisi perut di sebuah restoran Islam di pinggir Beijing.Alhamdulillah, perut memang sudah lama mendendangkan lagu keroncong sebenarnya.
Restoran halal orang-orang Islam Xinjiang
Menanti hidangan diedarkan satu demi satu
Juadah makan malam. Bawang besar dan kobis wajib ada.Hampir jam 5 petang, kami tiba di sebuah restoran halal. Kebanyakan restoran Islam di Beijing katanya dimiliki oleh Muslim dari etnik Uygur yang menetap di Beijing. Etnik Uygur adalah etnik majoriti di wilayah Xinjiang atau dulunya dikenali sebagai Turkistan Timur. Insya-Allah, saya akan menulis sebuah entri khusus tentang etnik ini memandangkan saya membawa bersama sebuah buku berjudul Cerita Minoriti Muslim di China untuk dibaca sepanjang permusafiran kami.
Tiba di hotel Tai Shun yang dikelilingi deretan kedai-kedai kecil
Hotel Tai Shun yang menjadi lokasi penginapan kamiJam 6.30 petang, kami tiba di Hotel Tai Shun setinggi 7 tingkat. Saya kira ia bertaraf 3 atau 4 bintang. Bagi peserta yang masih belum bersolat jama' takhir masih boleh melakukannya kerana Maghrib masuk jam 7.35 malam. Saya sudah menunaikan jama' taqdim di lapangan terbang. Malam itu kami lena awal sebelum Isyak. Letih. Subuh esok masuk jam 2.47 pagi.
Amin@Ming beragama Islam. Masih bujangan pada usia akhir 30-an. Salah seorang pemandu pelancong yang sangat laris di ICT (Islamic China Tours). Kefasihannya berbahasa Melayu mengagumkan. Katanya, dia graduan Beijing Foreign Studies University yang menjurus dalam Pengajian Melayu. Justeru, bahasa ibunda kita tidak menjadi masalah baginya. Lagu Ayat-ayat Cinta nyanyian Rossa menjadi nada dering telefon bimbitnya.

Published on June 26, 2011 00:01
June 24, 2011
SEBELUM DAJAL DATANG &...
SEBELUM DAJAL DATANG
Bodoh biarlah bertempat.
Memo: Penayang video lucah pun mahu dijulang sebagai wira. Apa punya muflis akhlak mereka ini? Kalau dipanggil "keldai", tahu pula marah. Lapar habuan sangat agaknya.

Memo: Penayang video lucah pun mahu dijulang sebagai wira. Apa punya muflis akhlak mereka ini? Kalau dipanggil "keldai", tahu pula marah. Lapar habuan sangat agaknya.
Published on June 24, 2011 08:06
June 11, 2011
KEMBARA BEIJING : Catatan iKata ulama, tuntutlah ilmu hin...
KEMBARA BEIJING : Catatan i
Kata ulama, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Hasrat untuk ke sana menang sudah lama ada, namun tertangguh seketika setelah saya memilih destinasi Eropah pada kembara November-Disember lalu. Akan tetapi, apabila beberapa guru sekolah saya dan pasangan mereka bermuafakat sejak awal tahun 2011 untuk ke Beijing, kami berdua tidak berfikir panjang untuk turut menyertai.
Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin
Bas pelancong yang akan membawa kami ke mana-mana selama di China
Tol di TianjinYa, akhirnya kami tiba di Tanah Besar China. Tepat jam 2.30 petang waktu Tianjin (sama waktunya dengan Kuala Lumpur), pesawat Air Asia yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin setelah menempuh enam jam penerbangan. Kembara 6 hari 5 malam dari 3-8 Jun 2011 ini disertai oleh 16 peserta. Kebanyakannya berpasangan, kecuali beberapa orang yang masih bujang dan sengaja kembara solo.
Penat? Memang agak penat terpaksa menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang agak sempit dan miskin ruangnya. Apatah lagi saya ditempatkan di kerusi bersebelahan pelancong wanita China yang kerap benar ke tandas. Istirahat dan tidur saya sering terganggu dalam penerbangan. Namun kelihatannya masing-masing mulai bersemangat untuk menempuh hari-hari seterusnya di ibu negara China.
Siapa yang menyambut kami di Tianjin? Itu pertanyaan yang bermain di antara kami mulanya. Ternyata kami dikira agak beruntung. Dia seorang pemuda Cina asal Beijing. Namanya Amin atau lebih mesra dipanggil Ming. Fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Di lapangan terbang, dia menanti kami di balai ketibaan dengan sebatang besi yang terikat di hujungnya panji kecil berwarna biru muda di tangan; dengan senyuman intim di wajah. Dia menggoyang-goyangkan panji itu sambil menyapa mesra.
Selamat datang ke Tianjin!
Kata ulama, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Hasrat untuk ke sana menang sudah lama ada, namun tertangguh seketika setelah saya memilih destinasi Eropah pada kembara November-Disember lalu. Akan tetapi, apabila beberapa guru sekolah saya dan pasangan mereka bermuafakat sejak awal tahun 2011 untuk ke Beijing, kami berdua tidak berfikir panjang untuk turut menyertai.

Penat? Memang agak penat terpaksa menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang agak sempit dan miskin ruangnya. Apatah lagi saya ditempatkan di kerusi bersebelahan pelancong wanita China yang kerap benar ke tandas. Istirahat dan tidur saya sering terganggu dalam penerbangan. Namun kelihatannya masing-masing mulai bersemangat untuk menempuh hari-hari seterusnya di ibu negara China.
Siapa yang menyambut kami di Tianjin? Itu pertanyaan yang bermain di antara kami mulanya. Ternyata kami dikira agak beruntung. Dia seorang pemuda Cina asal Beijing. Namanya Amin atau lebih mesra dipanggil Ming. Fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Di lapangan terbang, dia menanti kami di balai ketibaan dengan sebatang besi yang terikat di hujungnya panji kecil berwarna biru muda di tangan; dengan senyuman intim di wajah. Dia menggoyang-goyangkan panji itu sambil menyapa mesra.
Selamat datang ke Tianjin!
Published on June 11, 2011 02:16
KEMBARA BEIJING : Catatan i
Kata ulama, tuntutlah ilmu hi...
KEMBARA BEIJING : Catatan i
Kata ulama, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Hasrat untuk ke sana menang sudah lama ada, namun saya sengaja memilih destinasi Eropah pada kembara November-Disember lalu. Akan tetapi, apabila beberapa guru sekolah saya dan pasangan mereka bermuafakat sejak awal tahun 2011 untuk ke Beijing, kami suami-isteri tidak berfikir panjang untuk menyertai.
Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin
Bas pelancong yang akan membawa kami ke mana-mana selama di China
Tol di Tianjin
Ya, akhirnya kami tiba di Tanah Besar China. Tepat jam 2.30 petang waktu Tianjin (sama waktunya dengan Kuala Lumpur), pesawat Air Asia yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin setelah menempuh enam jam penerbangan. Kembara 6 hari 5 malam dari 3-8 Jun 2011 ini disertai oleh 16 peserta. Kebanyakannya berpasangan, kecuali beberapa orang yang masih bujang dan solo.
Penat? Memang agak penat terpaksa menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang agak sempit dan miskin ruangnya. Namun masing-masing mulai bersemangat untuk hari-hari seterusnya.
Siapa yang menyambut kami di Tianjin? Itu pertanyaan yang bermain di antara kami mulanya. Ternyata kami dikira beruntung akhirnya. Dia seorang pemuda Cina asal Beijing. Namanya Amin atau lebih mesra dipanggil Ming. Fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Di lapangan terbang, dia menanti kami di balai ketibaan dengan sebatang besi terikat di hujung panji kecil berwarna biru muda di tangan; dengan senyuman intim di wajah.

May 30, 2011
PENYU MENANGIS SIAPALAH TAHU
Anak muda berlagu sayangdi b...
PENYU MENANGIS SIAPALAH TAHU
Anak muda berlagu sayangdi batu remis melepas rindu adik ketawa di rantau abang penyu menangis siapalah tahu penyu menangis siapalah tahu
Puisi: JM Aziz Nyanyian: Sudirman Haji Arshad
Lokasi: Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kerteh30 Mei 2011

Puisi: JM Aziz Nyanyian: Sudirman Haji Arshad
Lokasi: Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kerteh30 Mei 2011
Published on May 30, 2011 22:34
Zaid Akhtar's Blog
- Zaid Akhtar's profile
- 49 followers
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.