SEMINAR SEHARI di UPM
Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya...

SEMINAR SEHARI di UPM

Sabtu lepas, bertarikh 19 Mac, saya menghadiri Seminar Sehari bersama Penulis, Editor dan Penerbit anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Bertempat di Dewan Za'ba FBMK, program tersebut sebetulnya dikendalikan oleh para pelajar yang mengambil kursus Novel Melayu dan Penglahiran Bakat Kreatif di bawah bimbingan Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Samsina Abdul Rahman.

Saya diminta mengisi Slot 1 pada sebelah pagi bersama dua editor ternama tanah air - Nor Azah Abd Aziz (Utusan Publications) dan Rozninah Abd Azib (Dewan Sastera). Rasa gerun juga apabila berkongsi pentas bersama dua editor major yang pernah berjasa kepada saya. Editor bagi saya, ibarat mak andam yang peranannya memperindah dan mempermantap sesebuah karya. Tanpa bimbingan, perhatian dan kerjasama mereka, siapalah saya pada hari ini.

Sementara Slot 2 pada sebelah petang menampilkan Nisah Haji Haron, Salina Ibrahim dan Zahiruddin Zabidi (PTS). Rupanya, setelah setahun lebih berlalu, barulah saya mengetahui bahawa Kak Salina Ibrahim kini sudah menjadi penulis sepenuh masa. Wah, alangkah hebat dan beraninya beliau!

Memandangkan saya sedikit dikenali dalam bidang penulisan novel, justeru saya memilih untuk berbicara tentang pengalaman saya dalam menghasilkan keempat-empat novel yang sudah terbit. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya untuk berkongsi pengalaman penulisan saya yang tidak seberapa dan menelusuri kembali sebahagian dunia kepengarangan yang seadanya ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 01:15
No comments have been added yet.


Zaid Akhtar's Blog

Zaid Akhtar
Zaid Akhtar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zaid Akhtar's blog with rss.